• Tiada Hasil Ditemukan

Universlti Utara Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Universlti Utara Malaysia "

Copied!
335
0
0

Tekspenuh

(1)

The copyright © of this thesis belongs to its rightful author and/or other copyright owner. Copies can be accessed and downloaded for non-commercial or learning purposes without any charge and permission. The thesis cannot be reproduced or quoted as a whole without the permission from its rightful owner. No alteration or changes in format is allowed without permission from its rightful owner.

Universlti Utara Malaysia

(2)

PENGARUH RELIGIOSITI, PENAAKULAN MORAL DAN PENGHAYATAN NILAI MURNI TERHADAP TINGKAH

LAKU PROSOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI BANDA ACEH, INDONESIA

SAFRILSYAH

IJAZAH DOKTOR FALSAFAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

2018

Universlti Utara Malaysia

(3)

i

Kebenaran Mengguna

Dalam menyerahkan tesis ini sebagai memenuhi syarat sepenuhnya untuk ijazah lanjutan Universiti Utara Malaysia, saya bersetuju supaya pihak perpustakaan Universiti Utara Malaysia boleh secara bebas membenarkan sesiapa sahaja untuk memeriksa. Saya juga bersetuju bahawa penyelia saya atau jika ketiadaannya, Dekan Sekolah Siswazah diberi kebenaran untuk membuat sesalinan tesis ini dalam sebarang bentuk, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya bagi tujuan kesarjanaan. Adalah dimaklumkan bahawa sebarang penyalinan atau penerbitan atau kegunaan tesis ini sama ada sepenuhnya atau sebahagian daripadanya bagi tujuan kewangan, tidak dibenarkan kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada saya. Juga dimaklumkan bahwa pengiktirafan harus diberi kepada saya dan Universiti Utara Malaysia dalam sebarang kegunaan kesarjanaan terhadap sebarang petikan daripada tesis saya.

Sebarang permohonan untuk menyalin atau mengguna mana-mana bahan dalam tesis ini, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, hendaklah dialamatkan kepada:

Dekan Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences Kolej Sastera dan Sains UUM

Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman

Universlti Utara Malaysia

(4)

ii

Abstrak

Fenomena kemerosotan tingkah laku prososial dalam kalangan pelajar sangat membimbangkan di Indonesia. Hal ini terlihat berlakunya penyusutan nilai dan moral dan pelanggaran norma masyarakat dalam kalangan pelajar sekolah. Oleh itu, kajian ini mengfokuskan kepada hubungan antara religiositi dengan tingkah laku prososial. Manakala penaakulan moral dan penghayatan nilai murni dijadikan sebagai pembolehubah mediator. Metodologi kajian ini menggunakan kajian tinjauan keratan rentas. Data kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik, religiositi diukur dengan menggunakan Skala Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar Menengah (SPPIP-M) dari Azma (2006), penaakulan Moral diukur dengan Ujian Pengecaman Skema Taakulan Akhlak (UPSTA) dari Aswati Hamzah (2007), penghayatan nilai murni diukur dengan menggunakan penghayatan nilai-nilai murni dari Mohamad Khairi Othman (2011) dan tingkah laku prososial diukur dengan menggunakan Prosocial Tendencies Measure (PTM) yang dibina oleh Carlo (2010).

Kaedah persampelan adalah menggunakan teknik persampelan kelompok pelbagai peringkat. Pelajar telah dipilih secara rawak seramai 649 pelajar pada lapan buah Sekolah Menengah Atas di Banda Aceh, Indonesia. Data dianalisis berdasarkan korelasi Pearson dan regresi berganda. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara religiositi (r=.606; p<.00), penaakulan moral (r=.294; p<.00) dan penghayatan nilai murni (r=.668; p<.00) dengan tingkah laku prososial pelajar. Dapatan juga menunjukkan wujudnya pengaruh yang signifikan di antara dimensi angkubah utama dan demografi pelajar terhadap tingkah laku prososial (R2=.622; p<.00). Di samping itu, hasil dapatan juga membuktikan bahawa hanya faktor penghayatan nilai murni sahaja sebagai mediator separa antara religiositi dan tingkah laku prososial pelajar. Kesimpulan kajian menunjukkan tahap religiositi, penaakulan moral dan penghayatan nilai murni mempengaruhi tingkah laku prososial. Seterusnya, hanya faktor penghayatan nilai murni berperanan sebagai mediator separa untuk meningkatkan amalan religiositi sebagai asas pembentukan tingkah laku prososial pelajar.

Kata kunci: Religiositi, Penaakulan Moral, Penghayatan Nilai Murni, Tingkah Laku Prososial.

Universlti Utara Malaysia

(5)

iii

Abstract

The phenomenon of decline in prosocial behaviors among students is alarming in Indonesia. This is seen as the decline of values and morals and the violation of society norms amongst students. Therefore, this study focuses on the relationship between religiosity and prosocial behavior whereby moral reasoning and appreciation of pure values are used as mediator variables. The methodology of this study used cross sectional survey. The data were collected using questionnaire, religiosity was measured using the Secondary Student Islamic Education Scale (SPPIP-M) from Azma (2006), Moral Reasoning was measured using the Honorable Scheme of Identity Scheme (UPSTA) from Aswati Hamzah (2007), appreciation of pure values was measured using pure values internalization from Mohamad Khairi Othman (2011) and prosocial behavior was measured using the Prosocial Tendencies Measure (PTM) built by Carlo (2010). The sampling method used multiple tier sampling techniques. Students were randomly selected among 649 students at eight high schools in Banda Aceh, Indonesia. Data were analyzed based on Pearson correlation and multiple regression. The findings show that there is a significant positive relationship between religiosity (r=.606;p<.00), moral reasoning (r=.294;p<.00) and appreciation of pure values (r=.668;p<.00) with student's prosocial behavior. The findings also showed significant influence between the main variables dimensions and student demographics on prosocial behavior (R2=.622;p<.00). In addition, the findings also prove that the pursuit of pure values is only partial mediator between the religiosity and prosocial behavior of the students.

The conclusion of the study shows that the level of religiosity, moral reasoning and appreciation of pure values affects prosocial behavior. Furthermore, only the pursuit of pure values serves as a partial mediator to improve religiosity practice as the basis of the formation of student's prosocial behavior.

Keywords: Religiosity, Moral Reasoning, Pure Values, Prosocial Behavior.

Universlti Utara Malaysia

(6)

iv

Penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga Baginda.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan kekuatan, inayah serta kerahmatanNya sehingga berjaya mencapai cita-cita untuk memperolehi ijazah tertinggi akademik.

Dengan tulus ikhlas, ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penyeliaan saya, Prof. Madya Mohd. Zailani bin Mohd. Yosuff, yang amat saya hormati dan kagumi akan ilmu dan kepakaran beliau, atas segala bimbingan, tunjuk ajar, bantuan dan sokongan yang telah diberikan kepada penulis dalam usaha menjayakan tesis ini. Melalui sesi-sesi perbincangan, ulasan-ulasan yang diberi dalam penulisan kajian dapat saya hayati dan selami dari sudut yang luas lagi mendalam.

Penulis juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohamad Khairi bin Hj. Othman selaku ahli jawatankuasa penyeliaan yang telah banyak memberikan bimbingan, saranan dan tunjuk ajar sehingga tesis ini berjaya diselesaikan.

Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah membantu dan memberikan motivasi kepada saya sepanjang membuat kajian ini, terutamanya isteri saya Susita Yusuf dan anak-anak saya.

Ucapan terima kasih ini juga saya panjangkan kepada para pendidik dan mahasiswa/i dari serata tanah air yang turut terlibat di dalam kajian ini.

Semoga Allah SWT jua membalas segala budi baik mereka dan moga usaha kecil saya ini dapat memberi manfaatnya yang tersendiri kepada negara ini.

Safrilsyah

Universiti Utara Malaysia 2018

Universlti Utara Malaysia

(7)

v

Perakuan

Saya dengan ini mengaku bertanggungjawab atas ketepatan semua pandangan, komen teknikal, laporan fakta, data, gambar rajah, ilustrasi dan gambar foto yang telah diutarakan dalam laporan ini. Saya bertanggungjawab sepenuhnya bahawa bahan yang diserahkan ini telah disemak dari aspek hak cipta dan hak milik.

Universiti Utara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap ketepatan mana-mana komen, laporan, dan maklumat teknikal dan fakta lain, dan terhadap tuntutan hak cipta dan juga hak milik.

Penyelidik:

_________________________

Safrilsyah

Universlti Utara Malaysia

(8)

vi

Isi Kandungan

Kebenaran Mengguna ... i

Abstrak ... ii

Abstract ... iii

Penghargaan ... iv

Perakuanan ... v

Isi Kandungan ... vi

Senarai Jadual... xii

Senarai Rajah ... xvi

Senarai Singkatan ... xvii

Senarai Lampiran ... xviii

BAB SATU PENGENALAN ... 1

1.1 Pendahuluan ... 1

1.2 Latar Belakang Kajian... 2

1.2.1 Penghayatan Nilai Murni dan Tingkah Laku Prososial ... 6

1.2.2 Religiositi dan Tingkah Laku Prososial Remaja ... 8

1.2.3 Penaakulan Moral dan Tingkah Laku Prososial Remaja ... 9

1.2.4 Faktor-faktor Persekitaran dan Tingkah Laku Prososial Remaja ... 11

1.3 Pernyataan Masalah ... 12

1.4 Objektif Kajian ... 21

1.4.1 Objektif Umum ... 21

1.4.2 Objektif Khusus ... 21

1.5 Persoalan Kajian... 22

1.6 Hipotesis Kajian ... 23

1.7 Signifikan Kajian ... 28

1.8 Definisi Operasional... 31

1.8.1 Religiositi ... 31

1.8.2 Penaakulan Moral ... 33

1.8.3 Penghayatan Nilai Murni ... 35

1.8.4 Tingkah Laku Prososial ... 38

1.8.5 Pelajar ... 40

Universlti Utara Malaysia

(9)

vii

1.9 Kerangka Konseptual Kajian ... 41

1.10 Batasan Kajian ... 42

1.11 Rumusan ... 43

BAB DUA SOROTAN LITERATUR ... 44

2.1 Pendahuluan ... 44

2.2 Religiositi ... 44

2.2.1 Teori Religiositi ... 47

2.2.2 Dimensi Religiositi ... 52

2.2.3 Religiositi Menurut Perspektif Islam ... 59

2.2.4 Hubungan Reliogisiti dengan Tingkah Laku Prososial ... 64

2.3 Perkembangan Moral ... 66

2.3.1 Teori Perkembangan Moral... 68

2.3.2 Teori Perkembangan Moral dalam Pendidikan Moral ... 77

2.3.3 Penaakulan Moral menurut Perspektif Islam ... 80

2.3.4 Hubungan Religiositi, Penaakulan Moral dengan Tingkah Laku Prososial... 85

2.4 Penghayatan Nilai Murni ... 93

2.4.1 Teori Penghayatan Nilai Murni ... 95

2.4.2 Hubungan Religiositi, Penghayatan Nilai Murni dengan Tingkah Laku Prososial... 97

2.5 Tingkah Laku Prososial ... 103

2.5.1 Teori Tingkah Laku Prososial ... 104

2.5.1.1 Teori Pelaziman Operan B.F Skinner ... 104

2.5.1.2 Teori Tingkah Laku Carlo ... 105

2.5.1.3 Teori Tingkah Laku Triandis ... 106

2.6 Kerangka Teoritikal ... 109

2.7 Rumusan ... 113

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN ... 114

3.1 Pendahuluan ... 114

3.2 Reka Bentuk Kajian ... 114

3.3 Populasi dan Persampelan Kajian ... 117

Universlti Utara Malaysia

(10)

viii

3.3.1 Populasi Kajian ... 117

3.3.2 Sampel Saiz ... 119

3.4 Instrumen Kajian ... 124

3.4.1 Instrumen Tingkah Laku Religiositi... 125

3.4.2 Instrumen Penaakulan Moral ... 129

3.4.3 Instrumen Penghayatan Nilai Murni ... 135

3.4.4 Instrumen Tingkah Laku Prososial ... 136

3.5 Prosedur Pengumpulan Data ... 139

3.6 Kajian Rintis ... 140

3.6.1 Analisis Kesahan ... 141

3.6.2 Penapisan Data ... 143

3.6.3 Analisis Kehilangan Data ... 143

3.6.4 Ujian Diagnosis Outliers ... 144

3.6.5 Ujian Normaliti Pemboleh Ubah Kajian ... 145

3.6.6 Ujian Kehomogenan Sampel Kajian ... 146

3.6.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan ... 147

3.6.7.1 Kebolehpercayaan ... 147

3.6.8 Analisis Faktor ... 149

3.6.8.1 Keputusan Analisis Faktor Eksploratori Pemuatan Faktor Religiositi ... 151

3.6.8.2 Keputusan Analisis Faktor Eksploratori Pemuatan Faktor Penaakulan Moral ... 153

3.6.8.3 Keputusan Analisis Faktor Eksploratori Pemuatan Faktor Penghayatan Nilai Murni ... 154

3.6.8.4 Keputusan Analisis Faktor Eksploratori Pemuatan Faktor Tingkah Laku Prososial ... 157

3.7 Penganalisisan Data ... 159

3.8 Rumusan ... 162

BAB EMPAT DAPATAN KAJIAN ... 163

4.1 Pendahuluan ... 163

4.2 Demografi Responden ... 163

4.3 Dapatan Deskriptif Kajian ... 167

Universlti Utara Malaysia

(11)

ix

4.3.1 Tahap Amalan Religiositi ... 168

4.3.2 Tahap Penaakulan Moral... 168

4.3.3 Tahap Amalan Penghayatan Nilai Murni ... 169

4.3.4 Tahap Amalan Tingkah Laku Prososial ... 169

4.4 Pengujian Hipotesis ... 170

4.4.1 Perbezaan Amalan Religiositi dan Penaakulan Moral, Penghayatan Nilai Murni dan Tingkah Laku Prososial Berdasarkan Aspek Demografi ... 171

4.4.2 Hubungan antara Amalan Religiositi, Penaakulan Moral dan Tingkah Laku Prososial ... 189

4.4.3 Pengaruh Religiositi, Penaakulan Moral, Penghayatan Nilai Murni terhadap Tingkah Laku Prososial ... 191

4.4.4 Pengaruh Pemboleh Ubah Utama (Religiositi, Penaakulan Moral) dan Pemboleh Ubah Demografi Responden (Jantina, Tempat Tinggal dan Jenis Sekolah) terhadap Tingkah Laku Prososial... 202

4.4.5 Pengaruh Pemboleh Ubah Perantara (Mediator Variable) terhadap Hubungan Antara Religiositi dengan Tingkah Laku Prososial Pelajar ... 217

4.4.5.1 Pengaruh Pengantaraan (Mediator) Penaakulan Moral terhadap Hubungan antara Religiositi dengan Tingkah Laku Prososial ... 220

4.4.5.2 Pengaruh Pengantaraan (Mediator) Penghayatan Nilai Murni terhadap Hubungan antara Religiositi dengan Tingkah Laku Prososial... 222

4.5 Rumusan Dapatan Kuantitatif ... 224

BAB LIMA PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN ... 226

5.1 Pendahuluan ... 226

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian ... 226

5.2.1 Tahap Amalan Religiositi, Penaakulan Moral, Penghayatan Nilai Murni dan Tingkah Laku Prososial dalam Kalangan Pelajar... 227

5.2.1.1 Tahap Amalan Religiositi ... 227

5.2.1.2 Tahap Amalan Penaakulan Moral ... 228

Universlti Utara Malaysia

(12)

x

5.2.1.3 Tahap Amalan Penghayatan Nilai Murni ... 230

5.2.1.4 Tahap Amalan Tingkah Laku Prososial ... 232

5.2.2 Perbezaan bagi Religiositi, Penaakulan Moral, Penghayatan Nilai Murni dan Tingkah laku Prososial Berdasarkan Demografi (Jantina, Tempat Tinggal dan Jenis Sekolah) ... 233

5.2.2.1 Perbezaan Berdasarkan Demografi Jantina ... 233

5.2.2.2 Perbezaan Berdasarkan Demografi Tempat Tinggal ... 237

5.2.2.3 Perbezaan Berdasarkan Demografi Jenis Sekolah ... 241

5.2.3 Hubungan antara Religiositi, Penaakulan Moral, Penghayatan Nilai Murni dan Tingkah Laku Prososial ... 248

5.2.3.1 Hubungan antara Religiositi dengan Penaakulan Moral Pelajar Sekolah Menengah di Banda Aceh ... 248

5.2.3.2 Hubungan antara Religiositi dengan Penghayatan Nilai Murni Pelajar Sekolah Menengah di Banda Aceh ... 250

5.2.3.3 Hubungan antara Religiositi dengan Tingkah Laku Prososial Pelajar Sekolah Menengah di Banda Aceh ... 253

5.2.3.4 Hubungan antara Penaakulan Moral dengan Tingkah Laku Prososial Pelajar Sekolah Menengah di Banda Aceh ... 255

5.2.3.5 Hubungan Antara Penghayatan Nilai Murni dengan Tingkah Laku Prososial Pelajar Sekolah Menengah di Banda Aceh ... 256

5.2.4 Pengaruh Religiositi, Penaakulan Moral dan Penghayatan Nilai Murni terhadap Tingkah Laku Prososial Pelajar, Pengaruh daripada Setiap Dimensi Pemboleh Ubah Utama (Religiositi, Penaakulan Moral dan Penghayatan Nilai Murni) dan Pemboleh Ubah Utama Demografi (Jantina, Tempat Tinggal dan Jenis Sekolah) terhadap Tingkah Laku Prososial Pelajar ... 260

5.2.4.1 Pengaruh Religiositi Terhadap Tingkah Laku Prososial Pelajar ... 260

5.2.4.2 Pengaruh Penaakulan Moral terhadap Tingkah Laku Prososial Pelajar ... 263

5.2.4.3 Pengaruh penghayatan Nilai Murni terhadap Tingkah Laku Prososial Pelajar ... 265 5.2.4.4 Pengaruh Pemboleh Ubah Utama (Religiositi,

Universlti Utara Malaysia

(13)

xi

Penaakulan Moral dan Penghayatan Nilai Murni) dan Pemboleh Ubah Utama Demografi (Jantina, Tempat Tinggal dan

Jenis Sekolah) terhadap Tingkah Laku Prososial... 266

5.2.5 Pengaruh Penaakulan Moral dan Penghayatan Nilai Murni sebagai Pemboleh Ubah Perantara terhadap Hubungan antara Religiositi dengan Tingkah Laku Prososial ... 270

5.2.5.1 Pengaruh antara Religiositi terhadap Tingkah Laku Pelajar Berdasarkan kepada Penaakulan Moral sebagai Mediator ... 270

5.2.5.2 Pengaruh antara Religiositi terhadap Tingkah Laku Prososial Pelajar Berdasarkan kepada Penghayatan Nilai Murni sebagai Mediator ... 273

5.3 Rumusan Kajian ... 276

5.4 Implikasi Kajian ... 277

5.4.1 Implikasi Kepada Teori dan Model ... 277

5.4.2 Implikasi Kepada Pengamal ... 279

5.5 Cadangan Kajian Akan Datang ... 283

5.6 Kesimpulan ... 286

Rujukan ... 288

Universlti Utara Malaysia

(14)

xii

Senarai Jadual

Jadual 1.1: Data Pelanggaran Syariat Di Kota Banda Aceh (Kes Khalwat dan

Zina) pada (Januari-Oktober 2015) ... 13

Jadual 2.1: Model Kognitif Perkembangan Moral (Kohlberg, 1967) ... 69

Jadual 2.2: Integrasi Nilai-nilai Murni dalam Mata Pelajaran Di Sekolah Al-Azhar 21 Pontianak ... 94

Jadual 3.1: Jumlah Sampel Kajian Mengikut Jenis Sekolah ... 114

Jadual 3.2: Kriteria Jenis Sekolah Menengah Atas di Daerah Aceh ... 115

Jadual 3.3: Senarai Sekolah Menengah Agama yang Terlibat dalam Kajian... 116

Jadual 3.4: Taburan Soal Selidik ... 117

Jadual 3.5: Sub Kontrak Soal Selidik Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar Menengah (SPPIP-M) ... 120

Jadual 3.6: Skala Likert Lima Mata ... 120

Jadual 3.7: Sub Kontrak Skala Ujian Pengecaman Taakulan Akhlak (UPSTA) ... 124

Jadual 3.8: Sub Kontrak Skala Penghayatan Nilai Murni (SPNM)... 128

Jadual 3.9: Taburan Item Instrumen Tingkah Laku Prososial (PTM-R) ... 129

Jadual 3.10: Nilai Kepencongan dan Kurtosis ... 146

Jadual 3.11: Keputusan Ujian Kehomogenan ... 146

Jadual 3.12: Nilai Cronbach Alpha Instrumen Kajian ... 149

Jadual 3.13: Keputusan Analisis Faktor Eksploratori Pemuatan Faktor Religiositi ... 152

Jadual 3.14: Keputusan Analisis Faktor Eksploratori Pemuatan Faktor Penaakulan Moral... 154

Jadual 3.15: Keputusan Analisis Faktor Eksploratori Pemuatan Faktor Penghayatan Nilai Murni ... 156

Jadual 3.16: Keputusan Analisis Faktor Eksploratori Pemuatan Faktor Tingkah Laku Prososial ... 158

Jadual 3.17: Matrik Analisis Data Berdasarkan Objektif Kajian ... 161

Jadual 4.1: Demografi Responden ... 166

Jadual 4.2: Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Setiap Dimensi Mengikut Pemboleh Ubah ... 169

Universlti Utara Malaysia

(15)

xiii

Jadual 4.3: Perbezaan bagi Religiositi ke atas Jantina ... 171

Jadual 4.4: Perbezaan bagi Religiositi ke atas Tempat Tinggal ... 172

Jadual 4.5: Statistik Anova Sehala Perbezaan bagi Religiositi ke atas Jenis Sekolah ... 173

Jadual 4.6: Hasil Ujian Post-Hoc bagi Religiositi ke atas Jenis Sekolah ... 175

Jadual 4.7: Taburan Amalan Religiositi ke atas Jenis Sekolah ... 175

Jadual 4.8: Perbezaan bagi Penaakulan Moral ke atas Jantina ... 176

Jadual 4.9: Perbezaan bagi Penaakulan Moral ke atas Tempat Tinggal... 177

Jadual 4.10: Statistik Anova Sehala Perbezaan bagi Penaakulan Moral ke atas Jenis Sekolah ... 178

Jadual 4.11: Perbezaan bagi Penghayatan Nilai Murni ke atas Jantina ... 180

Jadual 4.12: Perbezaan bagi Penghayatan Nilai Murni ke atas Tempat Tinggal ... 181

Jadual 4.13: Statistik Anova Sehala Perbezaan bagi Penghayatan Nilai Murni ke atas Jenis Sekolah ... 182

Jadual 4.14: Hasil Ujian Post-Hoc bagi Penghayatan Nilai Murni ke atas Jenis Sekolah ... 183

Jadual 4.15: Taburan Amalan Penghayatan Nilai Murni ke atas Jenis Sekolah ... 184

Jadual 4.16: Perbezaan bagi Tingkah Laku Prososial ke atas Jantina ... 185

Jadual 4.17: Perbezaan bagi Tingkah Laku Prososial ke atas Tempat Tinggal ... 186

Jadual 4.18: Statistik Anova Sehala Perbezaan bagi Tingkah Laku Prososial ke atas Jenis Sekolah ... 187

Jadual 4.19: Hasil Ujian Post-Hoc bagi Tingkah Laku Prososial ke atas Jenis Sekolah ... 188

Jadual 4.20: Taburan Amalan Tingkah Laku Prososial ke atas Jenis Sekolah ... 189

Jadual 4.21: Hubungan antara Dimensi-dimensi Religiositi dan Penaakulan Moral Pelajar Sekolah Menengah di Banda Aceh ... 191

Jadual 4.22: Hubungan antara Dimensi-dimensi Religiositi dan Penghayatan Nilai Murni Pelajar Sekolah Menengah di Banda Aceh ... 193

Universlti Utara Malaysia

(16)

xiv

Jadual 4.23: Hubungan antara Dimensi-dimensi Religiositi dan Tingkah Laku Prososial Pelajar Sekolah Menengah

di Banda Aceh ... 195 Jadual 4.24: Hubungan antara Dimensi-dimensi Penaakulan Moral

dan Tingkah Laku Prososial Pelajar Sekolah Menengah

di Banda Aceh ... 197 Jadual 4.25: Hubungan antara Dimensi-Dimensi Penghayatan Nilai Murni

dan Tingkah Laku Prososial Pelajar Sekolah Menengah

di Banda Aceh ... 199 Jadual 4.26: Pengaruh Religiositi terhadap Tingkah Laku Prososial ... 201 Jadual 4.27: Pengaruh Dimensi Religiositi terhadap Tingkah Laku

Prososial ... 202 Jadual 4.28: Pengaruh Penaakulan Moral Terhadap Tingkah Laku

Prososial ... 203 Jadual 4.29: Pengaruh Dimensi Penaakulan Moral terhadap Tingkah Laku

Prososial ... 204 Jadual 4.30: Pengaruh Penghayatan Nilai Murni terhadap Tingkah Laku

Prososial ... 205 Jadual 4.31: Pengaruh Dimensi Penghayatan Nilai Murni terhadap

Tingkah Laku Prososial... 206 Jadual 4.32: Analisis Regrasi Berganda Sumbangan Angkubah Bebas

ke atas Tingkah Laku Prososial ... 215 Jadual 4.33: Hubungan Religiositi dan Tingkah Laku Prososial Pelajar

dengan Pemboleh Ubah Pengantara Penaakulan Moral ... 221 Jadual 4.34: Religiositi dan Tingkah Laku Prososial Pelajar dengan

Pemboleh Ubah Pengantara Penghayatan Nilai Murni ... 222 Jadual 4.35: Rumusan Dapatan Kajian Kuantitatif ... 224

Universlti Utara Malaysia

(17)

xv

Senarai Rajah

Rajah 1.1: Model Kerangka Konseptual Kajian ... 42

Rajah 2.1: Model Perkembangan Religiositi Individu ... 48

Rajah 2.2: Model Religiositi Perspektif Islam ... 50

Rajah 2.3: Model Mental untuk Pengaktifan Skema Dilema Heinz (DIT, Rest 1999) ... 55

Rajah 2.4: Gaya Kepimpinan Dan Perilaku Dalam Teori Perkembangan Moral (Graham, 1995) ... 70

Rajah 2.5: Komponen Pendidikan Moral (Lickona, 1991) ... 72

Rajah 2.6: Model Konsep Nilai/Moral ... 97

Rajah 2.7: Skema Komponen Sikap dari Triandis (1971) ... 99

Rajah 2.8: Kerangka Teoritikal Kajian ... 104

Rajah 3.1: Pengiraan Saiz Sampel Setiap Jenis Sekolah ... 113

Rajah 4.1: Kerangka Model Pengantaraan ... 218

Rajah 4.2: Kerangka Model Pengantaraan A ... 221

Rajah 4.3: Kerangka Model Pengantaraan B ... 223 Rajah 5.1: Cadangan Model Religiositi, Penaakulan Moral dan

Penghayatan Nilai Murni terhadap Pembangunan

Tingkah Laku Prososial Belia Indonesia ... 273

Universlti Utara Malaysia

(18)

xvi

Senarai Singkatan

AIDS Acquired Immune Deficiency Syndrome BNN Badan Narkotik Nasional

BPS Badan Pusat Statistik

DSES Daily Spiritual Experiences Scale Depdiknas Departmen Pendidikan Nasional DIT Defining Issue Test

Es Ekstrinsik religiositi sosial Ep Ekstrinsik religiositi personal HIV Human Immunodeficiency Virus KAPOLRI Kepolisian Republik Indonesia

KMO Kaise-Meyer-Olkin

MA Madrasah Aliyah

MRPI Muslim Religisity Personality Index

PABSS Prosocial and Antisocial Behavior in Sport Scale PSB Prosocial Behavior

PSBQ Prosocial Behavior Questionnaire PTM Prosocial Tendencies Measure

PTM-R Prosocial Tendencies Measure-Revision ROS Religious Orientation Scale

SD Sekolah Dasar

SMA Sekolah Menengah Atas SMP Sekolah Menengah Pertama

SMU Sekolah Menengah Umum

SPNM Skala Penghayatan Nilai Murni SPPIP-M Skala Penghayatan Pendidikan

Islam Pelajar Menengah

SPSS Statistical Package for Social Sciences UIN Universitas Islam Negeri

UPSTA Ujian Pengecaman Skema Taakulan Akhlak UUM Universiti Utara Malaysia

Universlti Utara Malaysia

(19)

xvii

Senarai Lampiran

Lampiran A Surat Rekomendasi Menjalankan Kajian oleh Kementerian Agama Republik Indonesia

Lampiran B Surat telah Menjalankan Kajian oleh Kementerian Agama Republik Indonesia

Lampiran C Surat Kebenaran oleh Pemerintah Aceh, Dinas Pendidikan SMAS Islam Al-Falah Lamjampok

Lampiran D Surat Kebenaran oleh Pemerintah Aceh, Dinas Pendidikan SMA Negeri 5 Kota Banda Aceh

Lampiran E Surat Keterangan Penyelesaian Menjalankan Kajian oleh Yayasan Pembangunan Umat Islam, Madrasah Aliyah Darul ‘Ulum

Lampiran F Soal Selidik Kajian

Lampiran G Profil Panel Kesahaan Pakar Lampiran H Hasil Analisis SPSS

Lampiran I Laporan Turnitin

Universlti Utara Malaysia

(20)

1

BAB SATU PENGENALAN

1.1Pendahuluan

Sudah menjadi kenyataan bahawa perkembangan teknologi maklumat dalam arus globalisasi telah mewujudkan satu cabaran kepada umat Islam, khususnya dalam kalangan remaja Muslim di seluruh dunia. Kemajuan dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi amat dititikberatkan. Malah Islam sendiri menyarankan penganutnya supaya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan (Isnaini, 2013). Namun, implikasi kemajuan teknologi maklumat yang dicapai pada masa kini, wujud fenomena-fenomena sosial yang kian meruncing dalam kehidupan masyarakat seperti fenomena munculnya tingkah laku individualisme dan meningkatnya delikuensi dalam kalangan remaja (Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan, 2011).

Fenomena ini terlihat dari semakin berkurangnya remaja mengambil berat terhadap kesusahan antara satu sama lain, sikap menutup mata terhadap masalah yang sedang dihadapi orang lain, menolong orang lain dengan mempertimbangkan kepada untung-rugi dan sebagainya. Apabila gejala individualisme ini dibiarkan, maka sangat dikhuatiri akan menyebabkan hilangnya tingkah laku prososial pada diri remaja (Ashikin Hamid, Suryati, & Jamil, 2015). Fenomena berkurangnya perilaku prososial ini selanjutnya dapat menyebabkan pelbagai permasalahan sosial seperti kerosakan, kecelaruan norma sosial dan salah laku yang kian menular dalam kalangan masyarakat.

Universlti Utara Malaysia

(21)

2 1.2Latar Belakang Kajian

Tingkah laku prososial atau tingkah laku sosial yang positif sering bertentangan dengan tingkah laku anti sosial (Kavussanu, Stanger, & Boardley, 2013). Menurut Penner (2000), tingkah laku prososial merupakan satu perbuatan yang bermatlamat demi kesejahteraan orang lain dengan melihat kepada norma-norma yang terjadi dalam persekitaran hidup bermasyarakat. Oleh itu, tingkah laku prososial diperlukan bagi mempertahankan kehidupan supaya menjadi manusia yang berperanan aktif dalam kehidupannya sebagai penolong dan yang ditolong (Malti & Buchmann, 2010).

Keperluan terhadap pembentukan akhlak mulia atau tingkah laku prososial kian mengalami tekanan disebabkan oleh gejala sosial yang berlaku sejajar dengan perkembangan dan pembangunan ekonomi serta dunia yang kian pesat membangun.

Menurut Mohd. Zailani Mohd. Yusoff (2012), keadaan ini berlaku pada peringkat sekolah lagi di mana timbulnya masalah disiplin pelajar sehinggalah pada peringkat golongan yang berpendidikan tinggi di mana berlakunya masalah seperti penyelewengan, amalan rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Sememangnya, kejadian seperti ini perlu ditangani dan dikawal dari peringakat awal lagi.

Permasalahan ini boleh dibendung apabila wujudnya pembentukan moral dan akhlak yang mulia serta timbulnya kesepaduan ilmu dalam diri para pelajar, khususnya melalui bidang pendidikan.

Ballantine (1997), telah menyenaraikan lima fungsi pendidikan dalam masyarakat iaitu:

Universlti Utara Malaysia

(22)

3

i. membentuk ahli masyarakat yang produktif dan mewarisi budaya ii. menyebar budaya

iii. sebagai pengawal dan perkembangan sosial

iv. membuat pemilihan, latihan dan kedudukan individu dalam masyarakat

v. melakukan perubahan dan pembaharuan

Kenyataan Ballantine (1997), jelas menunjukkan bahawa peranan pendidikan dalam pembentukan masyarakat amat penting terutama untuk melahirkan warga masyarakat yang berilmu, berakhlak dan mempunyai jati diri yang sempurna. Sistem pendidikan di Indonesia mempunyai tujuan yang jelas lagi nyata di mana ianya adalah untuk melahirkan insan berilmu serta bertaqwa (Kementerian Pendidikan & kebudayaan Indonesia, 2012). Hal ini telah digariskan dalam Undang-undang No. 20, Tahun 2003. Pasal 3 mengatakan bahawa:

“Pendidikan nasional berfungsi mengembangkan kemampuan dan membentuk watak serta peradaban bangsa yang bermartabat dalam rangka mencerdaskan kehidupan bangsa, bertujuan untuk berkembangnya potensi peserta didik agar menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, berakhlak mulia, sihat, berilmu, cakap, kreatif, mandiri, dan menjadi warganegara yang demokratis serta bertanggungjawab.”

Matlamat falsafah pendidikan di Indonesia antaranya ialah mempersiapkan pelajar supaya dapat berfikir kreatif, menjadi manusia yang bijak dan bertanggungjawab bagi dirinya, masyarakat dan negara. Oleh itu, kurikulum pendidikan yang baharu mesti dapat membina pelajar berkarakter bagi mewujudkan negara yang terhormat (Pusat Kurikulum & Perbukuan, 2011). Selanjutnya, semua aktiviti dan program

Universlti Utara Malaysia

(23)

4

pendidikan adalah berteraskan dan bertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana ianya merupakan susulan kepada sistem pendidikan Kebangsaan Indonesia. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan dan amalan pendidikan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan. Hal ini, membuktikan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu asas utama yang berkait rapat dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan seseorang individu yang berilmu dan bertaqwa bagi menghadapi cabaran masa hadapan (Kementerian Pendidikan & Kebudayaan, 2013).

Menurut Zainuddin (2000), Pendidikan Islam dalam Falsafah Pendidikan Islam pula merupakan satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan kemahiran, ilmu dan penghayatan Islam mengikut prinsip dalam al-Quran dan al-Sunnah. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, membentuk sikap dan keperibadian yang mulia serta mempunyai matlamat hidup sebagai hamba Allah s.w.t di mana timbulnya rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu bagi membangunkan diri, masyarakat dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat. Menurut Sukro Muhab (2014) pula, pendidikan merupakan satu proses untuk mengadaptasikan perkembangan diri manusia dari aspek kebebasan, aqli, perasaan manusia terhadap Tuhan dan jasmani seperti mana yang dinyatakan dalam alam aqliyah, kemahuan manusia dan perasaan.

Namun begitu, pendidikan secara hakikatnya merupakan satu proses yang sangat penting dalam melahirkan seseorang individu yang cemerlang dan gemilang yang merangkumi pembentukan sahsiah diri individu yang mantap, bukan sahaja melihat dari segi akademik semata-mata dalam menggapai kesempurnaan hidup sama ada di

Universlti Utara Malaysia

(24)

5

dunia mahupun di akhirat (Zainuddin, 2000). Hal ini demikian kerana, perkembangan agama, bangsa dan juga negara akan terjejas tanpa adanya ilmu pendidikan dalam diri setiap individu di samping membantutkan kejayaan matlamat yang dikehendaki oleh pihak kerajaan (Azra Azyumardi, 2012).

Satu usaha untuk memupuk dan mengekalkan akhlak karimah atau tingkah laku prososial, pemerintah Indonesia melalui Jabatan Pendidikan Nasional telah mewajibkan setiap sekolah melaksanakan Kurikulum Pendidikan Karakter (Peraturan Menteri Pendidikan Nasional, 2014). Dengan pendidikan karakter ini diharap dapat mendidik pelajar tentang cara berfikir dan berperilaku positif yang menyokong pelajar hidup dan bekerja bersama dengan persekitarannya (Kemdiknas, 2010).

Menurut Zuchdi (2010), menjelaskan bahawa penghayatan nilai karakter menentukan fikiran dan tindakan pelajar. Penghayatan nilai karakter yang baik akan merangsang pelajar untuk melakukan tindakan prososial dalam setiap keadaan.

Satu daripada cara yang dapat dilakukan untuk melaksanakan Kurikulum Pendidikan berkarakter adalah dengan mengintegrasikan nilai-nilai karakter yang terbina dalam diri pelajar (Wening, 2012). Melalui pendidikan dapat mengintegrasikan nilai prososial dalam kehidupan misalnya saling menghormati, suka menolong, berkongsi dengan rakan dan kasih sayang ketika mengajarkan kemahiran yang disenaraikan dalam kurikulum pendidikan (Anies Baswedan, 2015). Selanjutnya, pendidikan juga dapat mengintegrasikan nilai prososial yang berasal daripada nilai-nilai kearifan yang ada dalam masyarakat (local wisdom) di sekitar pelajar seperti nilai gotong royong, bermusyawarah dan muafakat yang wujud dalam persekitaran komuniti pelajar.

Universlti Utara Malaysia

(25)

6

Nilai-nilai yang arif juga adalah bersumberkan daripada agama Islam dan hukum adat tempatan (Darwis Soeleman, 2015).

Dengan usaha pembentukan pendidikan yang bersepadu antara ilmu pengetahuan, sains sosial, keterampilan hidup dan nilai syariat Islam diharapkan menjadi salah satu alternatif dalam usaha penerapan penghayatan nilai murni kepada pelajar. Pada kelanjutannya, diharapkan menjadi cara yang berkesan dalam pembentukan tingkah laku prososial pelajar.

1.2.1 Penghayatan Nilai Murni dan Tingkah Laku Prososial

Amalan dan tingkah laku seseorang individu sememangnya dipengaruhi oleh satu elemen penting yang dikenali sebagai penghayatan. Penghayatan lahir daripada pengetahuan dan kefahaman seseorang. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2001), kesedaran dan penghayatan dalam diri pelajar akan timbul sekiranya wujudnya pengetahuan dan kefahaman nilai murni dalam diri mereka berkaitan dengan isu-isu moral. Pada masa yang sama dapat mempengaruhi serta menguasai tingkah laku dan amalan seseorang itu.

Asas penting dalam pembinaan kekuatan intelektual dan moral seseorang manusia adalah bergantung kepada pengetahan dan nilai seseorang itu (Abd. Rahim Abd.

Rashid, 2001). Nurahimah, Mohd Isha Awang & Ibrahim (2014), juga menjelaskan bahawa etika dan tingkah laku prososial dan etika murni yang positif seseorang perlu memiliki serta menguasai pelbagai ilmu pengetahuan. Lantaran itu, Dinas Pendidikan Daerah Istimewa Aceh (2012) telah mengeluarkan qanun pendidikan yang

Universlti Utara Malaysia

(26)

7

mengutarakan bahawa peserta didik yang mempunyai akhlak mulia adalah mereka yang memiliki ilmu pengetahuan berkaitan dengan nilai positif dan negatif serta wujudnya kesedaran terhadap nilai-nilai murni, mampu menghadapi tentangan pada masa hadapan, cinta akan negara dan tanah air (Qanun Pendidikan Aceh, 2014).

Qanun Pendidikan Aceh yang berasaskan nilai keislaman menjadi salah satu faktor yang berpengaruh dalam pembangunan Tingkah Laku Prososial Remaja (Qanun Pendidikan Aceh, 2008). Sememangnya, penerapan dan penghayatan nilai murni serta ilmu pendidikan mempunyai hubungan yang sangat kukuh dan tidak dapat dipisahkan. Tanpa penerapan nilai murni dalam diri, maka ilmu pendidikan tidak mempunyai sebarang makna dan tidak sempurna. Menurut Brown, Woods, Hirst &

Heck (2010), mereka menyatakan bahawa pendidikan adalah satu proses penyerapan adab ke dalam diri pelajar. Hal ini bermakna pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk menghasilkan pekerja dan warganegara yang baik, tetapi juga membentuk manusia atau insan yang mulia. Bagi merealisasikan aspek pendidikan yang diutarakan, pihak Kementerian Pendidikan Negara Repulik Indonesia telah memperkenalkan konsep pendidikan karakter merentas kurikulum 2012 yang berkarakter mulia seperti cinta kepada Tuhan, semangat kerja keras dan lain-lain (Kemdiknas, 2010).

Selaras dengan isu tersebut kerajaan Aceh menetapkan proses belajar dan mengajar dalam sebuah Qanun Pendidikan Aceh No. 23 Tahun 2013. Di antara ayat pernyataan dalam qanun pendidikan tersebut dinyatakan bahawa pendidikan Aceh adalah berdasarkan kepada Pendidikan Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam mengikut al-Qur'an dan al-Hadis, Falsafah Negara Pancasila, Kebudayaan Aceh dan

Universlti Utara Malaysia

(27)

8

Undang-undang Dasar 1945. Pendidikan Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam bertujuan untuk membentuk peribadi Muslim yang sebenar, bersesuaian dengan fitrahnya iaitu peribadi yang bertaqwa dan beriman Allah SWT, berpengetahuan, berakhlakul karimah, demokratik, sihat jasmani dan rohani (Qanun Pendidikan Aceh, 2013).

Berdasarkan pengetahuan penyelidik, kajian nilai murni di Aceh masih sangat terhad.

Tambahan lagi, kajian berkaitan penghayatan nilai dalam tingkah laku prososial masih belum terdapat kajian yang dijalankan. Hal ini, menunjukkan bahawa aspek penghayatan nilai murni masih terlampau luas untuk dikaji. Oleh itu, kajian ini tertumpu kepada aspek penghayatan nilai murni yang dilihat berdasarkan Qanun Pendidikan Aceh.dan tingkah laku prososial pelajar.

1.2.2 Religiositi dan Tingkah Laku Prososial Remaja

Secara umumnya, semua ajaran agama di dunia mengajarkan umatnya untuk bertingkah laku mulia (prososial). Semua agama memiliki ajaran moral yang sama iaitu kedamaian dan anti-kekerasan, saling memaafkan, saling mencintai sesama manusia dan mengajarkan kebaikan hidup di antara manusia. Agama Buddha menekankan kepada aspek kesederhanaan, agama Kristian pula menitikberatkan tentang cinta dan kasih, seterusnya agama Konfusianisme pula menitikberatkan tentang kebijaksanaan dan agama Islam pula menekankan tentang konsep kasih sayang untuk seluruh alam kejadian (Hanafi, 2011).

Universlti Utara Malaysia

(28)

9

Oleh itu, para pakar bersepakat bahawa agama merupakan salah satu faktor penting untuk membangunkan tingkah laku prososial remaja. Pada peringkat akhir remaja adalah masa peralihan pencarian identiti dan sosial di mana mereka memiliki keinginan yang tinggi untuk memahami makna nilai (value) dan kepercayaan yang dianutnya (Jamal & Zahra, 2014; Mahaarcha & Kittisuksathit, 2013). Berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu, terdapat beberapa aspek yang dapat menyumbang kepada pembangunan tingkah laku prososial individu antaranya adalah aspek religiositi, moral, nilai, kecerdasan emosi dan rakan sebaya. Namun, dalam kajian ini akan difokuskan kepada faktor religiositi, moral dan nilai murni yang dapat membangunkan tingkah laku prososial remaja.

Religiositi merupakan komponen major dalam pembentukan identiti remaja (Yonker, Schnabelrauch, & DeHaan, 2012). Oleh sebab itu, pembentukan identiti remaja didapati mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan penglibatan remaja dalam perkhidmatan religiositi, amalan religiositi dan aktiviti religiositi. Pelbagai kajian lepas mendapati bahawa tahap penglibatan dalam agama berkait dengan kesejahteraan remaja, penglibatan aktiviti kemasyarakatan, pencapaian akademik, percaya diri dan tingkah laku prososial.

1.2.3 Penaakulan Moral dan Tingkah Laku Prososial Remaja

Penaakulan moral adalah antara punca yang dapat mempengaruhi pembinaan perilaku prososial remaja. Penaakulan moral merupakan satu proses atau aktiviti kognitif yang melibatkan tingkah laku prososial bagi mencapai sesuatu keputusan.

Menurut Arbuthnot (1981), penaakulan moral mempunyai satu hubungan yang kuat

Universlti Utara Malaysia

(29)

10

dengan perkembangan kognitif dalam membuat keputusan moral. Terdapat pelbagai pendekatan pembangunan moral cuba menghubungkaitkan aspek-aspek penaakulan moral (moral thinking), tingkah laku prososial (moral judgement) dan tingkah laku moral (moral action). Teori perkembangan moral Kohlberg dan Hersh (1977), merupakan asas penting dalam kajian moral yang terdiri daripada tiga aspek utama iaitu pemikiran moral (kognitif), tindakan moral (psikomotor) dan perasaan moral (afektif).

Terdapat banyak kajian dan perbincangan tentang penaakulan moral, namun kebanyakan kajian lalu hanya membincangkan permasalahan konsep penaakulan moral dan perkembangan moral tanpa perincian huraian yang mendalam berkaitan aplikasi pembentukan tingkah laku responden. Antara penyelidik yang dikelompokkan dalam kajian ini adalah Aswati Hamzah (2007), Atkinson dan Bourrat (2011), Balakrishnan (2010), Forte (2013), Jas Laile Suzana Jaafar (1999), Kernohan (2010), Mahasneh (2014), Setiawan (2013), Watkins, Wheeler dan Haslam (2014), dan Zubairu, Ismail & Abdulhamid (2016).

Kesemua kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik terdahulu memberikan penjelasan permasalahan yang disertai dengan cadangan kajian yang mendalam.

Misalnya, kajian Jas Laile Suzana Jaafar (1999) mendapati bahawa kepercayaan dan adat resam terhadap ajaran Islam sememangnya memberi pengaruh terhadap corak taakulan moral dalam kalangan pelajar Melayu. Namun, kajian tersebut hanya menghuraikan konsep dan kandungan moral dalam corak budaya Melayu tanpa mengaitkan dengan tindakan individu seperti tingkah laku prososial. Oleh itu, kajian ini akan menerokai pengaruh penaakulan moral terhadap tingkah laku prososial

Universlti Utara Malaysia

(30)

11

pelajar di daerah syariat Islam. Kajian ini juga akan mengukur penaakulan moral pelajar dengan menggunakan Ujian Pengecaman Skema Taakulan Akhlak (UPSTA) yang berorientasikan fahaman agama Islam kepada pelajar Muslim berbanding dengan skala DIT (Defining Issue Test) yang lebih berorientasi kepada Barat dan agama Kristian.

1.2.4 Faktor-Faktor Persekitaran dan Tingkah Laku Prososial Remaja

Selain daripada faktor religiositi, penaakulan moral dan penghayatan nilai murni terdapat pengaruh atau faktor lain yang mempengaruhi tingkah laku prososial pelajar seperti pengaruh persekitaran sosial pelajar. Hal ini demikian kerana, faktor persekitaran juga mempengaruhi proses pembentukan sahsiah dan tingkah laku seseorang manusia dalam menjalani kehidupan seharian mengikut Teori Pembelajaran Sosial (Bandura, 1977).

Antara contoh faktor sosial lain ialah pengaruh rakan sebaya, pendidikan ibu bapa, artis (media massa), masyarakat sekeliling serta persekitaran sekolah telah dikenal pasti memberikan sumbangan terhadap pembentukan peribadi dan perilaku dalam kalangan remaja (Afolabi, 2014; Ahmed, 2009; Caroli & Sagone, 2014; Gentile et al., 2009; Isnaini, 2013; Landor, Simons, Simons, Brody, & Gibbons, 2011;

Mesurado et al., 2014). Faktor tersebut sememangnya memberi pengaruh dan menjadi sumber pembelajaran terhadap proses pembentukan perilaku seseorang individu melalui pelbagai corak pembelajaran sosial, antaranya ialah permodelan, maklum balas, dorongan serta halangan (Hassan Langgulung, 1987; Sarlito, 2010;

Bandura, 1991).

Universlti Utara Malaysia

(31)

12

Selain itu, antara faktor sosial lain yang turut mempengaruhi pembentukan tingkah laku prososial pelajar ialah sekolah dan aktiviti sosial dalam kumpulan. Menurut kajian Ahmed (2009), mendapati bahawa aktiviti sosial dan aktiviti keagamaan seharian dan persekitaran sekolah merupakan faktor yang mewarnai fikiran dan tingkah laku prososial remaja. Pelajar yang bersekolah agama didapati lebih bertingkah laku prososial jika dibandingkan dengan pelajar di sekolah umum (Chang, 2010; Isnaini, 2013; Nuryani & Hakam, 2013; Ortega & Krauss, 2013; Yusoff, 2012). Begitu juga aktiviti sosial dalam kumpulan sama ada dalam kawasan sekolah mahupun luar kawasan sekolah menjadi salah satu inspirasi bagi pelajar untuk bertingkah laku prososial (Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid, 2010;

Zarkasyi, 2015).

Walaupun terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi tingkah laku prososial remaja, namun penekanan utama dalam kajian ini adalah tentang pengaruh religiositi, penaakulan moral dan penghayatan nilai murni terhadap tingkah laku prososial pelajar yang akan dikaji dengan lebih terperinci dan menyeluruh.

1.3 Pernyataan Masalah

Peningkatan gejala sosial sering dikaitkan dengan rendahnya tahap tingkah laku prososial dan religiositi serta pengaruh daripada kurangnya penghayatan nilai murni dan juga penaakulan moral khususnya dalam diri setiap remaja (Mohd Zailani Mohd Yusoff, 2012). Laporan media dan Kementerian Pendidikan Nasional (Dinas Pendidikan Aceh, 2015), menunjukkan bahawa peningkatan isu juvana yang tinggi dalam kalangan pelajar Indonesia yang perlu ditangani secara serius oleh semua

Universlti Utara Malaysia

(32)

13

pihak. Laporan kes terbaru mengenai perkembangan jumlah penghidap HIV/AIDS dari bulan Oktober sehingga bulan Disember 2015 mencapai 7799 kes, di mana sebanyak 43 peratus melibatkan kumpulan pelajar. Jangkitan virus HIV/AIDS terbanyak adalah melalui hubungan seks bebas dalam kalangan remaja (Komisi Penanggulangan AIDS, 2016). Seterusnya perilaku seks songsang dan seks bebas ini telah menyebabkan kehamilan di luar nikah sehingga berlakunya pengguguran. Data Badan Koordinasi Keluarga Berencana Nasional Indonesia (2016), menunjukkan bahawa jangkaan jumlah pengguguran mencapai 2.4 juta jiwa setiap tahun dan sebanyak 800 000 jiwa di antaranya terjadi dalam kalangan remaja di Indonesia.

Di samping itu, data Jabatan Syariat Islam dan Wilayatul Hisbah Kota Banda Aceh (2015), menunjukkan jumlah pelanggaran Qanun Syariat Islam melibatkan remaja bersekolah juga masih tinggi. Berdasarkan laporan data tersebut, menunjukkan bahawa pelajar sekolah bukan sahaja terlibat dalam kelakuan khalwat tetapi juga terlibat dengan perzinaan. Jadual 1.1 menunjukkan data pelanggaran syariat di Kota Banda Aceh dalam kes khalwat dan zina.

Jadual 1.1

Data Pelanggaran Syariat di Kota Banda Aceh (Kes Khalwat dan Zina) pada (Januari-Oktober 2015)

Bulan Jumlah Kes Kelompok

Januari 1 Remaja

Februari 2 Remaja

Mac 3 Remaja

April 4 Remaja

Mei 3 Remaja (2) dan Dewasa (1)

Jun 5 Remaja

Julai 2 Remaja

Ogos 3 Remaja (2) dan Dewasa (1)

September 3 Remaja (1) dan Dewasa (2)

Oktober 3 Remaja (2) dan Dewasa (1)

Jumlah 29 Remaja (24) dan Dewasa (5)

Sumber: Jabatan Syariat Islam (2015)

Universlti Utara Malaysia

(33)

14

Berdasarkan data tersebut menunjukkan jumlah kes tentang permasalahan sosial dalam kalangan remaja di Banda Aceh sangat membimbangkan. Hal ini, dibuktikan berdasarkan 24 kes khalwat dan zina dalam kalangan remaja lebih banyak berbanding dengan kelompok dewasa hanya lima kes. Meskipun data kes tersebut adalah kecil namun, masih banyak kes khalwat yang tidak tertangkap dan tidak direkod oleh Dinas Syariat Islam dan polis Wilayatul Hisbah (Dinas Syariat Islam, 2015).

Seterusnya, berdasarkan laporan Badan Pusat Statisitik (BPS) Nasional (2015), kes penagihan dadah, kes rogol dan kes sumbang mahram merupakan antara masalah sosial yang semakin menunjukkan peningkatan yang drastik dalam kalangan pelajar dengan peningkatan kepada 352,936 kes pada tahun 2015 daripada 325,317 kes pada tahun 2014 kemudian, kes dadah pula meningkat kepada 2919 kes pada tahun 2015 daripada 1662 kes pada tahun 2014 (Badan Pusat Statistik, 2016). Selain itu, berdasarkan data dari Kepolisian Republik Indonesia (KAPOLRI), mendapati bahawa 'mat rempit' dan 'geng motor' membawa sebanyak 87 peratus di mana ianya terdiri daripada golongan remaja yang berusia antara 14 tahun hingga 25 tahun.

Kegelisahan orang ramai yang terdiri daripada pengguna jalan raya mula timbul akibat daripada gejala mat rempit yang semakin menular dan berleluasa. Menurut Serambi Indonesia (2016), mereka juga turut ada kaitan dengan gejala sosial yang lain, antaranya ialah ragut, dadah, seks bebas, berjudi, bergaduh dan lain-lain. Selain itu, terdapat sebanyak 3,212 orang pelajar di seluruh negara dilaporkan terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah dan terdapat 46 orang pelajar pula terbabit dengan aktiviti gangsterisme pada tahun 2015 (Ida Oetari Poernamasasi, 2016).

Universlti Utara Malaysia

(34)

15

Jumlah bilangan kes salah laku disiplin dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah di Indonesia secara keseluruhannya masih menunjukkkan bilangan kes berada pada tahap yang tinggi. Keadaan ini dibuktikan berdasarkan data kumpulan kelompok kerja pembanterasan dadah Departmen Pendidikan Nasional (Depdiknas) pada tahun 2004 yang menunjukkan bahawa bilangan penagih dadah telah mencapai empat peratus dari seluruh pelajar di Indonesia yang berumur 14 tahun hingga 20 tahun. Angka ini dijangkakan akan terus meningkat mencapai empat hingga enam juta orang pada tahun ini. Malah, menurut ketua Badan Narkotik Nasional (BNN) Provinsi Aceh iaitu Drs. Armensyah Thay Amiruddin menyatakan bahawa Indonesia berada dalam keadaan “Darurat Narkoba” pada peringkat ke-12 penagih terbanyak (Koran Tempo, 2016).

Jelaslah berdasarkan kesemua data dan laporan-laporan yang telah dinyatakan dalam huraian di atas menunjukkan tahap gejala sosial dan kemerosotan moral yang semakin meruncing dalam kalangan pelajar sekolah di Indonesia, khususnya di Banda Aceh. Keadaan ini sangat membimbangkan dan jika dibiarkan permasalahan ini akan terus merebak tanpa adanya jalan penyelesaian, secara tidak langsung dapat memberikan kesan buruk kepada pembangunan agama, bangsa dan negara kelak.

Oleh itu, kajian berkaitan dengan tingkah laku menjadi salah satu penyelesaian untuk mencungkil kembali faktor pembentukan perilaku prososial para pelajar. Penyelidik telah melaksanakan satu kajian yang berkaitan dengan pengaruh religiositi, penaakulan moral dan penghayatan nilai murni terhadap tingkah laku prososial pelajar di Banda Aceh.

Universlti Utara Malaysia

(35)

16

Menurut Abdel-Khalek (2013), Ahmadi, Davoudi, Mardani, Ghazaei dan ZareZadegan (2013) dan Ahmed (2009) menyatakan bahawa elemen terbesar yang berpengaruh adalah elemen religiositi yang mempengaruhi pembentukan tingkah laku prososial pelajar. Sebahagian kajian juga mendapati bahawa pendidikan agama boleh digunakan untuk membantu mengurangkan keterlibatan remaja kepada tingkah laku delinkuen (Beaver et al., 2016; Carlo et al., 2011; Palamar, Kiang & Halkitis, 2012). Selain itu, menurut Yonker et al. (2012), pula menyatakan religiositi merupakan salah satu faktor penting untuk pembangunan tingkah laku prososial remaja. Remaja soleh akan sentiasa menjalankan perintah Allah SWT dan menghindarkan diri daripada perbuatan dosa. Hal ini demikian kerana, mereka merasakan bahawa Allah SWT akan selalu bersama walaupun di mana mereka berada (Annalakshmi & Abeer, 2011; Shariff et al., 2015). Kajian ini turut disokong oleh (Barton, Miller, Wickramaratne, Gameroff & Weissman, 2013; Beaver et al., 2016; Hoga, Rodolpho, de Souza Penteado, Borges & Chávez Alvarez, 2013;

McCree, Wingood, DiClemente, Davies & Harrington, 2003; Paciello, Fida, Cerniglia, Tramontano & Cole, 2013; Palamar et al., 2012) yang menyatakan bahawa pelajar yang taat juga akan cenderung untuk menjauhi tingkah laku negatif seperti seks bebas, tekanan, penyalahgunaan arak dan dadah.

Namun, masih terdapat dapatan kajian yang tidak konsisten. Seperti mana kajian Altemeyer (2003); Hunsberger et al., (1999); Mavor KI, Louis WR and Laythe B (2011); Rowatt et al., (2006) telah melaporkan bahawa orang yang soleh bertingkah laku anti sosial seperti prejudis dan etnosentrik. Mereka bersikap negatif terhadap golongan homoseksual dan minoriti. Selain itu, menurut Rowatt, Franklin dan Cotton (2005), menegaskan bahawa fundamentalisme agama amat berkait rapat dengan

Universlti Utara Malaysia

(36)

17

autoritarianisme dan beberapa sikap negatif fundamentalis, antara lainnya ialah sikap berprasangka buruk kepada orang lain yang bukan dari kumpulan mereka. Manakala, Blogowska dan Saroglou (2011), menyatakan bahawa beragama secara fundamentalisme berkait rapat dengan tingkah laku prososial yang hanya dilakukan kepada kumpulan mereka sahaja. Sebaliknya mereka bersikap autoritarian terhadap kumpulan di luar mereka (out-group) melalui sikap agresif, pencerobohan dan keganasan. Bahkan terkadang agama juga menjadi faktor pengaruh terhadap tingkah laku anti sosial kepada penganutnya. Agama dapat juga menjadikan sebahagian umatnya sekular, radikalisme dan taksub (ta’asubiyah) atau semangat perkauman.

Mereka berlaku kasar dan merosak terhadap orang kafir atau berbeza dengan kefahamannya (Firdaus, 2011).

Selain daripada wujud ketidakkonsistenan dapatan kajian, instrumen yang digunakan untuk pengukuran religiositi juga pelbagai. Kajian-kajian sebelumnya tidak mengunakan religiositi dari perspektif Islam seperti Skala Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar Menengah (SPPIP-M) seperti yang diperkenalkan oleh Azma (2006) atau mengunakan alat ukur Muslim Religiosity Personality Index (MRPI) sebagaimana kajian yang dilakukan Ahmad Amri Zainal Adnan, Khairul Anwar Mastor, Hasnan kasan dan Firdaus Mohamad Hamzah (2017). Malahan, sebahagian kajian telah mengunakan skala religiositi yang berbeza dengan perspektif Islam dalam mengukur religiositi. Misalnya, mengunakan skala intrinsik dan ektrinsik religiositi dari Penner (2000), yang mana lebih berfokuskan kepada kekerapan berdoa dan pergi ke gereja. Selain itu, ianya mengunakan Daily Spiritual Experiences Scale (DSES) untuk mengukur tahap religiositi. Perbezaan pengunakan

Universlti Utara Malaysia

(37)

18

alat ukur kajian bagi mengukur religiositi itu mungkin kerana disesuaikan dengan aspek latar belakang budaya tempatan di mana kajian itu dijalankan.

Seterusnya, tidak dinafikan bahawa terdapat banyak kajian yang berkaitan tingkah laku prososial pelajar. Namun begitu, setelah diamati masih terdapat kelompangan dan kekurangan daripada kajian-kajian terdahulu. Sesetengah perbincangan hanya membincangkan topik kajian secara umum sahaja tanpa membincangkan nilai dan moral yang mempengaruhi tingkah laku prososial (Brittian et al., 2013; Gentile et al., 2009; Griese & Buhs, 2014; Hodge & Lonsdale, 2011; Kumru, Carlo, Mestre &

Samper, 2012). Sebahagian kajian pula meninggalkan lompang-lompang yang perlu diisi dari segi pengkaedahan alat ukur kajian yang berbeza (Annalakshmi & Abeer, 2011; Shariff et al., 2015; Beaver et al., 2016; Palamar et al., 2012). Selain itu juga, terdapat sesetengah kajian terdahulu masih menimbulkan masalah dan persoalan dalam pewajaran dapatannya (Firdaus, 2011; Santoso, 2011). Inilah kekurangan yang didapati dalam banyak kajian lepas berkaitan dengan topik kajian.

Selain daripada pengaruh religiositi juga, kajian ini turut mengaitkan penaakulan moral yang mempengaruhi tingkah laku prososial pelajar di Banda Aceh.

Sememangnya tidak dinafikan sudah banyak kajian dan perbincangan yang berkaitan dengan penaakulan moral, namun hanya sekadar membincangkan aspek tersebut dengan sesuatu pemboleh ubah lain. Seperti kajian yang dilakukan oleh Mohd Zailani Mohd Yusoff (2012), hanya mengaitkan penaakulan moral dalam pertimbangan moral seseorang individu dan tidak menjadikan penaakulan moral sebagai pemboleh ubah kajian. Selain itu, Norzihani, Nur Surayyah & Samsilah (2012) pula, mengkaji tentang kepentingan penaakulan moral terhadap calon guru

Universlti Utara Malaysia

(38)

19

Pendidikan Moral, seperti mana kajian yang dilakukan oleh Margaret Goh Lee Zea, Chai Sheau Ming & Ravi Gopal (2006) turut membincangkan tentang tahap penaakulan dalam kalangan guru pelatih. Selain itu, Ashotha Krishnan (2011);

Chander Vengadasalam (2017) turut menjalankan kajian berkaitan dengan penaakulan moral. Namun begitu, kajian-kajian tersebut dilakukan kepada pelajar India dan juga kepada guru pelatih serta tidak membincangkan dengan teliti tentang penaakulan moral terhadap tingkah laku prososial pelajar.

Seterusnya, ada juga kajian yang telah dilaksanakan tentang penghayatan nilai murni.

Namun, kelemahan kajian lalu didapati hanya membincangkan permasalahan konsep pendidikan nilai akhlak dan pembentukan sikap tanpa perincian huraian yang mendalam kaitannya dengan pembentukan tingkah laku prososial pelajar. Walaupun terdapat kajian tersebut, namun ianya tidak pula dilengkapi dengan angkubah perantara pada tingkah laku kepada pelajar. Antara penyelidik yang dikelompokkan dalam kajian ini adalah (Ahmad, 1998; J. Brown, 2014; Ghufron, 2010; Isnaini, 2013; Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid, 2010; Oktarina, 2009;

Thornberg & Oğ uz, 2013).

Menurut Ahmad (1998), menyatakan bahawa kajian yang dijalankan hanya menyenaraikan orientasi nilai tentang pemilihan kerjaya dalam kalangan remaja.

Manakala, kajian Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid (2010) pula menghuraikan peranan pembelajaran nilai murni di sekolah oleh guru bidang Sains dan Bahasa dalam pembangunan nilai pelajar. Beliau menghuraikan teknik pembelajaran guru dan bagaimana tindak balas pelajar dalam penerapan nilai murni dalam mata pelajaran. Manakala, menurut kajian yang dilakukan oleh Ghufron

Universlti Utara Malaysia

(39)

20

(2010) hanya membincangkan tentang metod pembangunan nilai murni dalam mata pelajaran Sains. Kajian Isnaini (2013), juga turut membahaskan tentang nilai-nilai murni di sekolah agama dengan kurikulum yang dipelajari. Keadaan ini menunjukkan dapatan kajian lepas tidak memberi tumpuan penghayatan nilai murni kepada tingkah laku prososial pelajar secara konkrit.

Sehubungan itu, jurang daripada dapatan kajian lampau telah menarik minat penyelidik untuk meneroka pengaruh religiositi, penaakulan moral dan penghayatan nilai terhadap tingkah laku prososial pelajar. Oleh itu, religiositi, penaakulan moral dan yang berbeza berdasarkan instumen kajian yang sesuai iaitu dengan mengunakan alat kajian berdasarkan kepada perspektif Islam iaitu Skala Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar Menengah (SPPIP-M) yang diperkenalkan oleh Azma (2006) bagi religiositi, Ujian Pengecaman Skema Taakulan Akhlak (UPSTA) oleh Asmawati Hamzah (2007) bagi penaakulan moral dan Skala Penghayatan Nilai Murni (SPNM) oleh Mohd Khairi (2012) bagi penghayatan nilai murni. Bagi tingkah laku prososial, penyelidik menggunakan skala Prosocial Tendencies Measure-Revision (PTM-R) yang telah diubahsuai oleh Carlo (2005). Kesemua pengunaan alat ukur ini akan menjadi jurang perbezaan antara kajian ini dengan kajian sebelumnya.

Oleh itu, dalam kajian ini penyelidik memfokuskan kepada pengaruh religiositi, penaakulan moral dan penghayatan nilai murni terhadap tingkah laku prososial pelajar di Banda Aceh. Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran sumbangan unik terhadap perkembangan tingkah laku prososial remaja sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Aspek-aspek yang berasaskan kepada persoalan cuba dicungkil dalam kajian ini.

Universlti Utara Malaysia

(40)

21 1.4Objektif Kajian

Kajian ini terdiri daripada dua objektif utama iaitu objektif umum dan objektif khusus.

1.4.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti pengaruh religiositi, penaakulan moral dan penghayatan nilai murni terhadap tingkah laku prososial dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Aceh, Indonesia.

1.4.2 Objektif Khusus

Berdasarkan objektif umum yang diberikan, objektif khusus kajian ini adalah seperti yang berikut:

1. Menjelaskan tahap religiositi, penaakulan moral, penghayatan nilai murni dan tingkah laku prososial dalam kalangan pelajar.

2. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan bagi religiositi pelajar, penaakulan moral, penghayatan nilai murni dan tingkah laku prososial pelajar berdasarkan aspek demografi (jantina, tempat tinggal dan jenis sekolah).

3. Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara religiositi pelajar, penaakulan moral, penghayatan nilai murni dengan tingkah laku prososial dalam kalangan pelajar.

Universlti Utara Malaysia

(41)

22

4. Mengenal pasti pengaruh yang signifikan religiositi, penaakulan moral, penghayatan nilai murni terhadap tingkah laku prososial pelajar dan pengaruh signifikan daripada setiap dimensi pemboleh ubah utama (religiositi, penaakulan moral, penghayatan nilai), dan pemboleh ubah demografi responden (jantina, tempat tinggal dan jenis sekolah) terhadap tingkah laku prososial pelajar.

5. Mengenal pasti pengaruh yang signifikan penaakulan moral dan penghayatan nilai murni sebagai pemboleh ubah perantara (mediator variabel) terhadap hubungan antara religiositi dengan tingkah laku prososial pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan penyataan masalah, persoalan kajian bagi kajian ini adalah seperti yang berikut:

1. Apakah tahap religiositi, penaakulan moral, penghayatan nilai murni dan tingkah laku prososial dalam kalangan pelajar?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi religiositi pelajar, penaakulan moral, penghayatan nilai murni dan tingkah laku prososial pelajar berdasarkan aspek demografi (jantina, tempat tinggal dan jenis sekolah)?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara religiositi pelajar, penaakulan moral, penghayatan nilai murni dengan tingkah laku prososial dalam kalangan pelajar?

Universlti Utara Malaysia

(42)

23

4. Adakah terdapat pengaruh yang signifikan religiositi, penaakulan moral, penghayatan nilai murni terhadap tingkah laku prososial pelajar, dan pengaruh signifikan daripada setiap dimensi pemboleh ubah utama (religiositi, penaakulan moral, penghayatan nilai murni) dan pemboleh ubah demografi responden (jantina, tempat tinggal dan jenis sekolah) terhadap tingkah laku prososial pelajar?

5. Adakah terdapat pengaruh yang signifikan penaakulan moral dan penghayatan nilai murni sebagai pemboleh ubah perantara (mediator variabel) terhadap hubungan antara religiositi dengan tingkah laku prososial pelajar?

1.6 Hipotesis Kajian

Berpandukan kajian lepas, aspek teoritikal berkaitan pemboleh ubah dan kerangka konseptual kajian, hipotesis-hipotesis nul telah dibentuk dan diuji. Hipotesis kajian ini telah dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama adalah untuk melihat perbezaan setiap pemboleh ubah (religiositi, penaakulan moral, penghayatan nilai murni dan tingkah laku prososial pelajar) dari aspek demografi responden yang meliputi jantina, tempat tinggal dan jenis sekolah. Bahagian kedua pula ialah untuk melihat hubungan antara religiositi dengan penaakulan moral, hubungan antara religiositi dengan penghayatan nilai murni, hubungan antara religiositi dengan tingkah laku prososial, hubungan penaakulan moral dengan tingkah laku prososial, hubungan antara penghayatan nilai murni dengan tingkah laku prososial.

Universlti Utara Malaysia

(43)

24

Seterusnya, bahagian tiga pula adalah bertujuan untuk melihat subskala utama religiositi dalam meramal penaakulan moral, subskala utama religiositi dalam meramal penghayatan nilai, subskala utama religiositi dalam meramal tingkah laku prososial, subskala utama penakulan moral dalam meramal tingkah laku prososial, subskala utama penghayatan nilai murni dalam meramal tingkah laku prososial. Serta melihat subskala masing-masing dimensi pemboleh ubah utama (religiositi, penaakulan moral) dan pemboleh ubah demografi responden (jantina, tempat tinggal dan jenis sekolah) dalam meramal tingkah laku prososial pelajar.

Seterusnya, bahagian keempat pula ialah untuk melihat sama ada penaakulan moral merupakan pemboleh ubah perantara kepada hubungan religiositi dengan tingkah laku prososial pelajar dan melihat sama ada penghayatan nilai murni merupakan pemboleh ubah perantara kepada hubungan religiositi dengan tingkah laku prososial pelajar.

Bahagian 1

1.6.1. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi amalan religiositi pelajar dan penaakulan moral, penghayatan nilai murni dan tingkah laku prososial pelajar berdasarkan aspek demografi (jantina, tempat tinggal dan jenis sekolah)?

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan religiositi pelajar berdasarkan jantina.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan religiositi pelajar berdasarkan tempat tinggal.

Universlti Utara Malaysia

(44)

25

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan religiositi pelajar berdasarkan jenis sekolah.

Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penaakulan moral pelajar berdasarkan jantina.

Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penaakulan moral pelajar berdasarkan tempat tinggal.

Ho6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penaakulan moral pelajar berdasarkan jenis sekolah.

Ho7: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penghayatan nilai murni pelajar berdasarkan jantina.

Ho8: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penghayatan nilai murni pelajar berdasarkan tempat tinggal.

Ho9: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penghayatan nilai murni pelajar berdasarkan jenis sekolah.

Ho10: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tingkah laku prososial pelajar berdasarkan jantina.

Ho11: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tingkah laku prososial pelajar berdasarkan tempat tinggal.

Ho12: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tingkah laku prososial pelajar berdasarkan jenis sekolah.

Universlti Utara Malaysia

(45)

26 Bahagian 2

1.6.2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara religiositi pelajar, penaakulan moral, penghayatan nilai murni dengan tingkah laku prososial dalam kalangan pelajar.

Ho13: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara religiositi dengan penaakulan moral dalam kalangan pelajar.

Ho14: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara religiositi dengan penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar.

Ho15: Tidak terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara religiositi dengan tingkah laku prososial dalam kalangan pelajar.

Ho16: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penaakulan moral dengan tingkah laku prososial dalam kalangan pelajar.

Ho17:

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Persampelan dalam kajian iaitu pengkaji telah menemu bual seramai lima orang informan yang mempunyai kriteria pemilihan sampel yang sama dalam kajian iaitu warga

ANOVA sehala digunakan untuk sampel bebas yang diambil daripada empat populasi normal dengan varians yang sama.. all population means are equal semua min populasi adalah sama

Selain itu, antara faktor dimensi yang berkaitan penjagaan kesihatan fizikal adalah dalam dimensi penjagaan petugas, keputusan ujian ANOVA satu hala membuktikan

Ujian kepegunan sama ada tanpa tren (p.) ataupun dengan tren (t,) bagi negara Malaysia, Indonesia dan Thailand mendapati bahawa kesemua pemboleh ubah yang dikaji,

Jadual 3 menunjukkan analisis variasi (ANOVA) dua pemboleh ubah tidak bersandar (Persepsi Penerimaan dan Persepsi Kemudahan Menerima) dengan pemboleh ubah bersandar

Untuk menghasilkan kes ujian yang mewakili ciri-ciri yang menjayakan sesuatu operasi, nilai-nilai pemboleh ubah keadaan, pemboleh ubah input atau pemboleh ubah output dalam

Harga minyak dunia merupakan pemboleh ubah eksogen yang tidak mempunyai hubungan ke atas kejutan serta merta yang berlaku dalam pemboleh ubah endogen iaitu pendapatan negara asing

Jalankan satu ujian statistik yang sesuai untuk menunjukkan sama ada pesakit hipertensi primer mempunyai aras jumlah kolesterol yang lebih tinggi daripada