• Tiada Hasil Ditemukan

HKB 216 – KARYA–KARYA TERPILIH DARI KESUSASTERAAN EROPAH DAN AMERIKA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HKB 216 – KARYA–KARYA TERPILIH DARI KESUSASTERAAN EROPAH DAN AMERIKA "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008

Oktober/November 2007

HKB 216 – KARYA–KARYA TERPILIH DARI KESUSASTERAAN EROPAH DAN AMERIKA

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan sahaja.

…2/-

(2)

[HKB 216]

- 2 -

1. Dalam bukunya The Matrix of Narrative (1990), Denis Jonnes mengembangkan satu teori plot yang berdasarkan fasa dalam kehidupan watak-watak dalam karya sastera. Huraikan jenis plot transisi menurut teori itu dan terapkannya secara bandingan pada dua karya sastera berikut: Heinrich Boell: “Ketika perang usai” dan Mark Twain: Petualangan Huckleberry Finn.

2. Dalam novel Don Kisot karya Cervantes, dunia dalam banyak aspek nampak terbalik. Huraikan aspek-aspek “dunia terbalik” dalam karya sastera itu, dan jelaskan sejauh mana prinsip “dunia terbalik”

digunakan sebagai hujahan pandangan hidup.

3. Pelayaran Gulliver karya Jonathan Swift menggambarkan bermacam- macam aspek pertemuan antara seorang Inggeris/Eropah abad ke-18 dengan tamadun lain. Huraikan ciri khas tamadun yang lain itu, dengan memberi satu sinopsis singkat dari petualangan Gulliver, termasuk bahagian akhir dari buku itu. Berdasarkan pengertian Orientalisme yang dikembangkan oleh Tk. Ismail Jakub dalam bukunya Orientalisme dan Orientalisten (1971), bincangkan sejauhmanakah boleh dikatakan bahawa imej tamadun luar Eropah dalam Pelayaran Guliver digambarkan dengan kacamata Orientalisme?

4. Karya sastera Saint Exupéry The Little Prince dan Heinrich Boell

“Ketika perang usai” berlatarbelakang Perang Dunia Kedua di Eropah.

Sejauhmanakah pandangan humanisme memainkan peranan penting dalam karya tersebut? Bandingkan kedua-dua karya itu dengan menghuraikan persamaan dan perbezaannya.

5. Novel Petualangan Huckleberry Finn oleh Mark Twain merupakan paparan secara realistik isu perkauman di Amerika pada pertengahan kurun ke - 19. Bincangkan pernyataan di atas dengan mengemukakan bukti-bukti yang nyata dari teks.

6. Novel Orang Tua Dengan Laut karya Ernest Hemingway boleh digolongkan sebagai sebuah tragedi sejati. Bincangkan pernyataan di atas secara kritis.

7. Walaupun Gatsby watak utama di dalam novel Tuan Gatsby hasil tulisan F. Scott Fitzgerald mengakui cintanya pada Daisy, pembaca boleh merasakan bahawa beliau tidak menyintainya, tetapi hanya menyintai imejnya sebagai seorang wanita yang ideal atau sempurna.

Bincangkan.

- ooo0ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Bandingkan aspek pengolahan watak wanita dalam dua karya Asia Tenggara yang terkemuka untuk membuktikan bahawa pengarang wilayah ini mampu menghasilkan karya yang bermutu

“Karya-karya besar tidak mengenal sempadan.” Bincangkan pernyataan ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong hujahan anda... Bandingkan aspek pengolahan

Pilih seorang penyair Eropah ATAU Amerika clan huraikan kejayaannya dari suclut persoalan clan alatan puisi yang

Pilih seorang penyair Eropah ATAU Amerika dan huraikan kejayaannya dari sudut persoalan dan alatan puisi

Berbanding dengan karya-karya yang dianggap masih primitif, "Generasi Boom" memisahkan dirinya dari primitivisme kepada modernisme untuk mengecapi kreativiti yang

Berbanding dengan karya-karya yang dianggap masih primitif, "Generasi Boom" memisahkan dirinya dari primitivisme kepada modernisme untuk mengecapi kreativiti yang

Jawapan anda harus disertai dengan contoh daripada karya-karya agung Timur dan Barat yang anda baca.. Jelaskan TIGA kaedah dalam disiplin Kesusasteraan Bandingan dengan merujuk

Merujuk kepada beberapa buah sajak yang sesuai bincangkan perbezaan gaya dan tema yang anda lihat dalam karya-karya mereka5. Cara berfikir manusia sering menyeberang