• Tiada Hasil Ditemukan

View of Modul Celik Karangan: Meningkatkan Kemahiran dan Minat Murid Tahun Enam Dalam Penulisan Karangan Jenis Fakta

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Modul Celik Karangan: Meningkatkan Kemahiran dan Minat Murid Tahun Enam Dalam Penulisan Karangan Jenis Fakta"

Copied!
14
0
0

Tekspenuh

(1)

Modul Celik Karangan: Meningkatkan Kemahiran dan Minat Murid Tahun Enam Dalam Penulisan Karangan Jenis Fakta (Essay Literacy Module: Improving the Skills and Interest of Year Six

Pupils in Writing Factual Essays)

Avralinetine Epin1*, Nurfaradilla Mohamad Nasri1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: P100107@siswa.ukm.edu.my Accepted: 15 May 2021 | Published: 1 June 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis fakta dalam kalangan murid tahun enam menggunakan Modul Celik Karangan (MCK). MCK ialah modul yang mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), peta pemikiran (i-Think) dan bahan bantu belajar (BBB) yang dicipta sendiri oleh pengkaji, iaitu Kit IDEA (Idea, Description, Example, Assertion). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan MCK dalam meningkatkan kemahiran dan minat murid tahun enam dalam penulisan karangan jenis fakta. Kajian tindakan ini dijalankan dengan satu kitaran berdasarkan Model Kurt Lewin (1948). Empat orang murid daripada sebuah sekolah rendah di daerah Pitas, Sabah dipilih sebagai peserta kajian. Data dikumpul menggunakan analisis dokumen, pemerhatian berstruktur dan temu bual. Data dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan MCK berupaya meningkatkan kemahiran dan minat murid tahun enam dalam penulisan karangan fakta. Peningkatan markah murid dalam latihan dan ujian serta respon yang positif dalam temu bual membuktikan penggunaan MCK mampu meningkatkan kemahiran dan minat murid dalam karangan fakta.

Kesimpulannya, MCK sesuai digunakan sebagai bahan sokongan dalam pembelajaran bahasa Melayu khususnya bagi penulisan karangan.

Kata kunci: Modul Celik Karangan (MCK), karangan jenis fakta, penulisan karangan, Bahasa Melayu, bahan bantu belajar, pengajaran dan pembelajaran karangan

Abstract: This study was conducted to improve the skills of writing factual essays among year six pupils using the Essay Literacy Module (MCK). MCK is a module that integrates Information and Communication Technology (ICT), mind maps (i-Think) and learning aids created by the researcher himself, known as IDEA Kit (Idea, Description, Example, Assertion).

This study aimed to examine the effectiveness of MCK in improving the skills and interests of year six pupils in writing factual essay. This action research was conducted with one cycle based on the Kurt Lewin Model (1948). Four pupils from a primary school in Pitas, Sabah were selected as participants. Data collected by using document analysis, structured observations and interviews. All data would be analyzed qualitatively and quantitatively to answer the research questions. As the result, the findings of the study showed that the usage of MCK was able to improve the skills and interest year six pupils in writing factual essay. The increasing of the scores in exercises and tests had shown positive responses in interviews proved that the usage of MCK can improve pupils' skills and interest in factual essays. In conclusion, MCK can be used as material support in learning the Malay language, especially for essay writing.

(2)

Keywords: Essay Literacy Module (MCK), factual essay, essay writing, Malay language, teaching aids, teaching and learning of writing

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pemikiran adalah keistimewaan manusia yang paling penting untuk membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain. Dalam konteks bahasa, pemikiran diterjemahkan melalui sistem bahasa lisan dan sistem bahasa tulisan (Faridah & Tuan Jah, 2013). Sehubungan dengan itu, penguasaan sistem bahasa lisan dan sistem bahasa tulisan merupakan salah satu keperluan asas manusia dalam komunikasi harian sama ada sebagai penutur, pendengar, pembaca atau penulis. Kendatipun begitu, kemahiran berbahasa dalam bentuk tulisan adalah lebih kompleks dan berbentuk teknikal berbanding kemahiran berbahasa secara lisan. Hal ini adalah kerana, kemahiran menulis merupakan satu amalan intelektual yang melibatkan proses menyalurkan idea dan pemikiran secara bersistem (Abdul Jamian, 2011).

Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan minat dan kemahiran murid- murid dalam penulisan karangan jenis fakta menggunakan Modul Celik Karangan (MCK).

Penggunaan modul sebagai bahan pembelajaran amembantu murid-murid mengikuti proses pembelajaran dengan lebih baik (Asmalinda, 2008). Maka, kajian ini menumpukan usaha untuk membangunkan MCK yang berasaskan Teori Konstruktivis Brunner (1966) serta mengintegrasikan beberapa elemen seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), peta pemikiran (i-Think), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), pembelajaran koperatif dan pembelajaran akses kendiri (PAK). Malah, bagi menambahkan lagi unsur interaktif dalam modul ini, pengkaji juga memperkenalkan Kit IDEA (Idea, Description, Example, Assertion), iaitu bahan bantu belajar yang menggabungkan konsep origami dan kerangka karangan. Oleh itu, melalui modul yang digunakan, pengkaji membimbing murid-murid untuk memahami format karangan jenis fakta, menganalisis topik karangan, menjana idea yang kreatif dan kritis berdasarkan topik karangan seterusnya menghasilkan kerangka karangan yang merangkumi perenggan pendahuluan, isi serta penutup.

Modul yang dibangunkan dalam kajian ini merupakan satu bahan bantu belajar yang membolehkan pembelajaran berpusatkan murid dan bahan berlaku secara efektif. Modul ini turut mengambil kira enam aras Taksonomi Bloom (1956) yang disemak semula oleh Anderson dan Krathwol (2001) agar seiring dengan perkembangan aktiviti yang terkandung di dalam MCK. Kronologinya, intervensi menggunakan MCK bermula dengan proses memahami dan mengingat format serta bentuk karangan jenis fakta. Kemudian disusuli dengan mengaplikasikan kemahiran membina kerangka karangan di samping menganalisis kesesuaian isi, huraian dan contoh dalam penulisan. Seterusnya, murid akan menilai idea yang terbaik secara kritis dan berjustifikasi dan akhirnya menghasilkan sebuah karangan fakta yang lengkap.

Objektif Kajian

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

i. Meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis fakta dalam kalangan murid tahun enem menggunakan MCK.

ii. Meningkatkan minat murid tahun enam terhadap penulisan karangan jenis fakta menggunakan MCK.

(3)

2. Ulasan Kajian Lepas

Proses menulis bukan sahaja memerlukan seseorang pengarang mempunyai pengetahuan luas tentang topik karangan, malah turut menguji kebolehan mereka untuk menghuraikan serta memberi contoh yang sesuai tentang sesuatu perkara. Dalam buku panduan penulisan karangan yang ditulis oleh Mohd Khir dan Marzukhi (2009) mendedahkan bahawa kelemahan dalam penulisan karangan adalah berpunca daripada pengutaraan isi yang tidak bernas serta penghuraian yang tidak jelas. Idea yang tidak bernas dalam penulisan karangan amat berkaitan dengan keupayaan murid menjana idea secara kreatif dan kritis untuk memenuhi kehendak tugasan. Dalam konteks pendidikan rendah di Malaysia, kemahiran menulis karangan merupakan salah satu daripada kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu (DSKP BM). Kemahiran menulis diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mengikut Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang terkandung di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu (DSKP BM). Namun begitu, dapatan pengkaji-pengkaji terdahulu menunjukkan masih wujud pelbagai aspek kelemahan dalam penulisan karangan bagi murid-murid sekolah rendah. Oleh itu, beberapa dapatan kajian terdahulu telah dianalisis dengan melihat kembali permasalahan yang wujud, implikasi masalah dan intervensi yang telah dijalankan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi dalam penulisan karangan.

Antaranya ialah kajian Tarmizi (2016) yang dijalankan untuk meningkatkan kemahiran penulisan karangan jenis berita dalam kalangan murid. Kajian ini mendapati bahawa murid- murid tidak membina kerangka karangan sebelum menulis karangan. Malah, berdasarkan pemerhatian yang dijalankan dalam kajian ini, murid-murid didapati akan mula menulis karangan sejurus selepas mereka membaca arahan soalan ataupun mendapat arahan daripada guru. Perkara ini menyukarkan mereka untuk menyusun idea secara sistematik dalam penulisan mereka. Akibatnya, murid-murid gagal untuk menepati kriteria karangan yang cemerlang menurut piawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) iaitu mempunyai perenggan pendahuluan, tiga isi minimun dan satu penutup yang bernas. Maka, bagi mengatasi masalah ini, Tarmizi (2016) telah menggunakan peta bersoalan, iaitu peta dakap yang diintegrasikan dengan kata tanya seperti apa, siapa, mengapa, di mana, bila dan bagaimana (5W1H). Melalui intervensi ini, murid dibimbing untuk membina kerangka karangan berdasarkan kata tanya yang telah disediakan. Hasilnya, peserta kajian berjaya meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis berita berdasarkan perbandingan markah Ujian Awal dan Ujian Akhir.

Di samping itu, kajian Fikri dan Zamri (2019) mendapati wujudnya masalah penulisan yang serius dalam kemahiran menulis bagi murid etnik Lun Bawang di Lawas, Sarawak. Kajian mereka menunjukkan bahawa murid menghadapi masalah dalam penjanaan idea walaupun bagi karangan yang mudah seperti karangan autobiografi. Analisis dokumen yang dijalankan mendapati hasil penulisan murid sangat ringkas dan kadangkala tidak mempunyai penutup.

Implikasinya, murid tidak mencapai tahap penguasaan yang dikehendaki seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, khususnya dalam penulisan karangan. Maka, bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan karagan autobiografi, Fikri dan Zamri (2019) menggunakan teknik lakaran bersama peta alir i- THINK untuk membantu murid menjana serta menyusun idea dengan lebih sistematik.

Dapatan kajian menunjukkan intervensi yang dijalankan membantu peserta kajian mengcungkil idea dalam penulisan karangan autobiografi. Hasil temu bual dalam kajian ini turut menunjukkan murid lebih bermotivasi dalam pembelajaran karangan menggunakan teknik lakaran bersama peta alir i-Think. Tuntasnya, intervensi tersebut bukan sahaja

(4)

mengukuhkan kebolehan imaginasi dan kreativiti murid dalam penulisan, malah menggalakkan pembudayaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Malah, pengkaji-pengkaji seperti Noor Hidayu dan Yahya (2016) menegaskan kepentingan untuk menguasai proses berfikir sebelum menulis karangan. Kajian mereka tentang keberkesanan peta bulatan dan peta alir dalam meningkatkan penguasaan penulisan karangan naratif murid Cina menunjukkan masalah penulisan karangan yang dihadapi oleh murid Cina.

Dalam kajian ini, murid-murid Cina didapati tidak mampu menghasilkan karangan naratif yang baik, bukan sahaja disebabkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan bahasa ketiga bagi murid-murid Cina, malah turut disebabkan oleh kelemahan dari segi teknik, kemahiran dan pengetahuan tentang sesuatu topik penulisan. Namun, setelah didedahkan dengan penggunaan alat berfikir seperti peta bulatan dan peta alir, pencapaian murid dalam penulisan karangan naratif dapat ditingkatkan. Sehubungan dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa dengan adanya proses berfikir sebelum menulis karangan, murid-murid dapat menstrukturkan idea mengikut keutamaan seterusnya menterjemahkan pemikiran ke dalam bentuk wacana penulisan yang baik.

Bertitik tolak daripada penggunaan pelbagai jenis intervensi untuk membantu murid-murid menulis karangan dengan lebih baik, pelbagai bahan bantu belajar dibangunkan bagi memastikan kaedah dan pedagogi pengajaran yang diimplementasikan di sekolah seiring dengan tuntutan zaman. Landskap pembelajaran dalam bilik darjah pada masa kini banyak berubah berbanding bilik darjah konvensional. Dalam era yang serba canggih ini, bahan bantu belajar memainkan peranan penting bagi membantu murid mencapai objektif pembelajaran di samping meningkatkan kompetensi mereka dalam bidang yang dipelajari. Antara bahan bantu belajar yang popular dalam pembelajaran pada masa kini ialah modul pembelajaran. Modul pembelajaran yang telah disusun secara sistematik dan berpandu membantu murid-murid untuk belajar secara kendiri.

Sehubungan daripada itu, keberkesanan penggunaan modul dalam pembelajaran pernah dikaji oleh beberapa orang penyelidik terdahulu. Antaranya ialah, kajian Fince, Chandra dan Ismu (2018) tentang pengaruh penggunaan modul pembelajaran berasaskan Learning Content Development System (LCDS) terhadap hasil pembelajaran pelajar dalam subjek Fizik. Kajian yang dijalankan secara eksperimental ini membandingkan dua kumpulan pelajar, iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan ini dibezakan dari segi bahan pembelajaran yang digunakan untuk memahami topik graviti berdasarkan Hukum Newton, iaitu modul berasaskan LCDS bagi kumpulan eksperimen dan buku teks sekolah bagi kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar di dalam kumpulan eksperimen yang menggunakan modul pembelajaran mempunyai pencapaian yang lebih baik dalam ujian pos.

Rumusan kajian ini menegaskan bahawa penggunaan modul pembelajaran memberi pengaruh terhadap keberkesanan pembelajaran pelajar dari aspek pencapaian skor dalam ujian pos dan peratus pemahaman konsep yang lebih tinggi.

Dalam pembelajaran Bahasa Melayu pula, Aliza dan Zamri (2016) telah menjalankan penyelidikan tentang proses pembangunan dan penilaian kebolehgunaan modul berasaskan bermain bagi pembelajaran kemahiran Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Dalam kajian ini, satu modul berasaskan bermain telah dibangunkan dan diuji di dalam bilik darjah yang sebenar. Empat orang murid daripada dua sekolah yang berbeza dipilih sebagai peserta kajian untuk mengikuti pembelajaran menggunakan modul yang telah dibangunkan. Rakaman video, rekod anekdot dan sampel kerja murid dianalisis bagi melihat kebolehgunaan modul tersebut dalam pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan impak yang positif apabila peserta kajian

(5)

didapati mampu berinteraksi dengan bahan permainan dan rakan mereka dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini turut mendedahkan bahawa kanak-kanak berupaya menguasai kemahiran Bahasa Melayu secara terjalin (emergent) walaupun tidak mendapat bimbingan yang sepenuhnya daripada guru. Sehubungan dengan itu, kajian ini membuktikan bahawa penggunaan modul pembelajaran mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna dan meningkatkan perhatian murid-murid agar lebih fokus semasa belajar serta menggalakkan pembelajaran kendiri berpandukan modul.

Dalam pembelajaran penulisan karangan pula, Norul Haida (2014) pernah menjalankan kajian yang menggunakan modul untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan dalam kalangan murid tahun empat. Modul yang telah beliau hasilkan ialah, Modul Bijak Mengarang (MBM).

Dalam kajian tersebut, MBM berfungsi sebagai bahan rangsangan yang menjadi panduan pelajar untuk menulis karangan, khususnya karangan jenis fakta. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak berfokus kepada penulisan karangan jenis fakta secara keseluruhannya, sebaliknya hanya memberi tumpuan terhadap aspek penggunaan bahasa dan penstrukturan ayat. Malah, berdasarkan penelitian pengkaji terhadap kajian yang Norul telah jalankan, dapatan kajian sekadar menyatakan punca utama masalah penulisan yang wujud dalam kalangan peserta kajiannya, iaitu tidak tahu mengembangkan idea dan kekurangan kosa kata. Dari perspektif pengkaji, dapatan kajian yang menggunakan modul dalam pembelajaran karangan jenis fakta ini tidak berupaya menggambarkan impak sebenar penggunaan MBM. Namun begitu, kajian beliau berjaya menghuraikan permasalahan yang serius dalam penulisan karangan secara umumnya.

Kesinambungan daripada kajian-kajian yang pernah dijalankan, tinjauan literatur menunjukkan penyelidikan dalam skop penulisan karangan cenderung memberi tumpuan kepada penggunaan peta, sama ada peta minda atau pun peta pemikiran i-Think. Daripada pemahaman pengkaji, kajian-kajian terdahulu berfokus kepada aspek penjanaan idea berbanding memenuhi kriteria yang telah ditetapkan untuk menilai sesebuah hasil penulisan. Namun begitu, penulisan yang baik bukan sekadar membawa gagasan pemikiran yang bernas, tetapi seharusnya ditulis secara tersusun dan mengikut keutamaan. Maka, kemahiran untuk menyusun isi karangan mengikut hierarki yang betul tidak dapat diperloleh daripada intervensi seperti peta pemikiran, kata tanya dan penggunaan TMK semata-mata. Selain daripada itu, hanya beberapa kajian sahaja yang meneliti keberkesanan modul dalam pembelajaran penulisan karangan. Namun, kajian yang dijalankan tidak menunjukkan cubaan untuk meneroka potensi modul untuk dijadikan satu bahan inovasi yang menggabungkan pelbagai elemen yang menarik. Kebanyakan literatur berfokus kepada usaha yang tidak seimbang untuk menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran karangan dan pada masa yang sama benar-benar membantu dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan berdasarkan rubrik atau standard prestasi yang dikehendaki dalam kurikulum Bahasa Melayu. Perkara ini secara tidak langsung mewujudkan jurang kajian yang amat penting untuk diteroka.

Rumusannya, kajian ini akan menambahkan penelitian dalam bidang penulisan karangan yang menggunakan konsep “inovasi sebagai intervensi”. Justeru, kajian ini ialah lanjutan penyelidikan daripada kajian terdahulu bagi menyiasat keberkesanan modul yang dibangunkan berasaskan pelbagai elemen menarik seperti nota pembelajaran, video pembelajaran, peta pemikiran, bahan bantu belajar (Kit IDEA), serta pelbagai bentuk soalan karangan jenis fakta.

Akhir sekali, kajian ini turut meneroka kebolehgunaan modul sebagai bahan bantu belajar yang efektif bagi murid-murid yang mempunyai kelemahan dalam penulisan karangan khususnya karangan jenis fakta.

(6)

3. Metodologi

Reka bentuk kajian

Kajian ini merupakan penyelidikan tindakan yang dijalankan berdasarkan empat langkah utama yang terkandung dalam Model Kurt Lewin (1948), iaitu peringkat perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

Lokasi dan Populasi

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah luar bandar di daerah Pitas, Sabah. Daerah Pitas terletak di utara Sabah. Sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah terbesar di daerah Pitas. Bilangan murid di sekolah ini ialah 534 bagi tahun 2020. Populasi dalam kajian ini merupakan semua murid tahun 6 di daerah Pitas, Sabah. Empat orang peserta kajian telah disenarai pendek dan dipilih berdasarkan analisis dokumen, pemerhatian dan ujian pra seperti yang telah dihuraikan di dalam bahagian persampelan kajian.

Instrumen Kajian

Analisis dokumen digunakan sebagai instrumen kajian ini. Dokumen yang dianalisis ialah hasil penulisan karangan jenis fakta sebelum dan selepas intervensi. Beberapa instrumen juga dibangunkan dalam kajian ini. Antaranya ialah senarai semak berstruktur dan ujian tahap penguasaan. Semasa kajian dijalankan, pemerhatian dilakukan sepanjang proses pennggunaan MCK dalam pembelajaran penulisan karangan jenis fakta. Pengkaji juga sering berbincang dengan peserta kajian dari masa ke masa agar maklumat yang dikutip dapat dianalisis melalui temu bual tidak berstruktur. Ujian Pra dan Ujian Pos dijalankan bagi menilai pencapaian murid dalam penulisan karangan jenis fakta. Item-item ujian diambil daripada modul penulisan (Shahiza, 2019) yang digubal berlandaskan format penulisan karangan LPM (2016). Selain itu, data temu bual tidak berstruktur direkodkan bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dan eksplisit mengenai penggunaan MCK dalam pembelajaran penulisan karangan. Temu bual tidak berstruktur adalah bersesuaian dalam kajian ini keranan sifatnya yang fleksibel dan responsif bagi mendapatkan maklum balas yang berkaitan dengan persoalan kajian, khususnya bagi aspek minat dan cabaran pelaksanaan MCK.

Kesahan Kajian

Kajian ini mengambil kira dua jenis kesahan, iaitu kesahan konstruk dan kesahan kandungan.

Kesahan konstruk dilakukan menggunakan triangulasi data seperti yang dicadangkan oleh Khairuddin, Ibrahim dan Zaridah (2014). Maka, pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data seterusnya membentuk rangkaian bukti, iaitu pemerhatian (berstruktur dan tidak berstruktur, temu bual dan analisis dokumen). Manakala, bagi kesahan kandungan pula, modul yang dibangunkan dalam kajian ini telah pun disemak dalam dua peringkat penilaian melibatkan guru-guru Bahasa Melayu, guru pakar subjek Bahasa Melayu dan SISC+ di daerah kajian. Penilaian kandungan telah dijalankan melibatkan penilaian dari aspek penyampaian bahasa dan penyampaian kandungan yang selari dengan sukatan pelajaran di dalam DSKP BM sekolah rendah. Selain itu, pengkaji telah menjalankan usaha untuk memenuhi beberapa kriteria untuk mengawal kesahan seperti yang dinyatakan oleh Noradinah (2001), iaitu mendapatkan kebenaran menjalankan kajian, berada di lokasi kajian sepanjang tempoh penyelidikan, mendapat semakan data daripada rakan (member check) berkaitan kajian yang dijalankan serta melaksanakan triangulasi data.

Kebolehpercayaan Kajian

Dari aspek kebolehpercayaan, pengkaji menjalankan semakan silang (cross-checking) terhadap data-data yang dikumpul melalui temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian.

(7)

Kebolehpercayaan dalam kajian ini dicapai apabila maklumat yang sama diulang beberapa kali oleh peserta kajian sama ada dari aspek minat, pencapaian atau cabaran dalam pembelajaran penulisan karangan jenis fakta menggunakan MCK. Selain itu, kebolehpercayaan kajian ini turut ditingkatkan menerusi kaedah pasangan pemerhatian. Menurut Mak (1981), pasangan pemerhatian atau (tandem observation) berlaku apabila dua orang informan dijadikan sampel kajian bagi tema atau kategori yang sama. Dalam konteks kajian ini, seramai empat peserta kajian diperhatikan menggunakan senarai semak yang sama. Dengan demikian, tahap kebolehpercayaan dapatan kajian ini lebih meyakinkan. Kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini turut mengambil kira pembangunan modul berserta submodul yang menjadi tunjang MCK.

Oleh hal yang demikian, kaedah semakan ahli kumpulan atau semakan daripada sekumpulan individu yang berpengetahuan dalam bidang kajian telah dijalankan ke atas modul yang dibangunkan. Dalam proses tersebut, cadangan penambahbaikan dan maklum malas daripada guru-guru Bahasa Melayu, pakar subjek Bahasa Melayu dan SISC+ telah diambil kira dalam proses pemurnian dan penggubalan modul sekali gus meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini.

Analisis Data

Analisis dokumen dijalankan untuk mengenal pasti pencapaian murid dalam penulisan karangan sebelum intervensi dilaksanakan. Analisis prestasi murid-murid dalam subjek Bahasa Melayu (Penulisan) turut membantu pengkaji menilai tahap kemahiran semasa murid dalam penulisan karangan. Ujian Pra dan Pos dijalankan bagi melihat kesan penggunaan MCK dalam pembelajaran karangan jenis fakta. Ujian bertulis ini menilai tahap penguasaan penulisan karangan jenis fakta murid berlandaskan skema pemarkahan LPM (2016) dan Standard Prestasi seperti yang digariskan dalam DSKP BM. Data pemerhatian yang direkod dengan menggunakan borang pemerhatian dianalisis melalui kekerapan tingkah laku murid dari aspek kogntif, afektif dan psikomotor dalam proses pembelajaran karangan jenis fakta menggunakan MCK. Selain itu, data yang dikumpul menerusi proses temu bual juga dianalisis bagi mencungkil pendapat murid terhadap penggunaan MCK dalam pembelajaran penulisan karangan jenis fakta.

4. Dapatan Kajian

Penggunaan MCK dalam pembelajaran penulisan karangan berjaya meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam penulisan karangan. Peningkatan markah yang ketara dapat dilihat dalam kalangan peserta kajian yang dipilih setelah intervensi dijalankan. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid sekolah rendah di daerah Pitas, Sabah, yang terdiri daripada 2 orang lelaki (50.0%) dan 2 orang perempuan (50.0%) seperti dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 1: Kekerapan dan peratusan peserta kajian mengikut jantina

Jantina Kekerapan, f Peratus, %

Lelaki 2 50.0 %

Perempuan 2 50.0%

Jumlah 4 100%

4.1 Meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis fakta dalam kalangan murid Tahun Enam menggunakan MCK.

Penggunaan MCK berjaya meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis fakta dalam kalangan murid Tahun Enam. Peserta kajian menunjukkan peningkatan kemahiran menulis fakta dalam setiap sesi latihan dan ujian. Peningkatan ini dapat dilihat melalui Rajah 1.

(8)

Rajah 1: Perbandingan Markah Peserta Kajian Bagi Ujian Pra, Latihan 1, Latihan 2, Latihan 3 dan Ujian Pos

Jadual 2: Jadual markah murid sebelum, semasa dan selepas intervensi

Rajah 1 dan Jadual 2 menunjukkan perbandingan markah peserta kajian bagi ujian pra, latihan 1, latihan 2, latihan 3 dan ujian pos bagi penulisan karangan jenis fakta. Berdasarkan analisis data yang dipamerkan, markah peserta kajian dalam ujian pra berada pada tahap kurang memuaskan dengan julat markah di antara 6 hingga 9 markah. Data ini mendedahkan bahawa peserta-peserta kajian tidak mempunyai kemahiran dalam penulisan karangan jenis fakta.

Walau bagaimanapun, peningkatan markah dapat dilihat setelah intervensi diperkenalkan.

Dalam latihan 1, PK1, PK2, PK3 dan PK4 masing-masing telah mendapat markah di antara 10 hingga 13 markah. Namun begitu, kesemua peserta kajian masih berada di tahap penguasaan yang sama, iaitu tahap memuaskan. Seterusnya, dalam latihan 2, PK1 dan PK3 telah mendapat markah dan tahap penguasaan yang sama, iaitu 15 markah (memuaskan). PK4 juga turut menunjukkan peningkatan dengan mendapat 13 markah. Namun, PK2 melonjak naik satu tahap dengan memperoleh 17 markah, iaitu berada pada tahap baik.

Dalam fasa latihan yang terakhir, iaitu latihan 3, para peserta kajian menunjukkan peningkatan yang sangat ketara. PK1 dan PK3 masing-masing berjaya mendapat markah 19 dan 17, iaitu berada pada tahap yang sama dengan PK2 yang sememangnya berada pada tahap baik dengan 20 markah. Bagi PK4 pula, walaupun masih berada pada tahap memuaskan, markahnya telah

9 9

8

6 11

13

10 10

15

17

15

13

19 20

17

15

21 22

19

17

0 5 10 15 20 25

PK1 PK2 PK3 PK4

Markah ( /25)

Ujian Pra Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Ujian Pos

Peserta Kajian

Markah dan Tahap

(Berpandukan Penskoran Bahasa Melayu, Penulisn, Bahagian C, Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah, LPM, 2016) Dapatan

Sebelum Semasa Selepas

Ujian Pra Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Ujian Pos PK1

9 11 15 19 21

Meningkat (Kurang

Memuaskan) (Memuaskan) (Memuaskan) (Baik) (Cemerlang) PK2

9 13 17 20 22

Meningkat (Kurang

Memuaskan) (Memuaskan) (Baik) (Baik) (Cemerlang) PK3

8 12 15 17 19

Meningkat (Kurang

Memuaskan) (Memuaskan) (Memuaskan) (Baik) (Baik)

PK4 6 10 13 15 17 Meningkat

(9)

meningkat kepada 15 markah. Menyoroti dapatan penting dalam Rajah 1 dan Jadual 2, markah ujian pos menjadi indikator bahawa pelaksanaan intervensi MCK berjaya membantu para peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran dalam penulisan karangan jenis fakta. Daripada data ini dapat dilihat bahawa PK1 dan PK2 telah mencapai markah cemerlang dengan masing- masing mendapat 21 dan 22 markah. Manakala, PK3 dan PK4 pula masing-masing mendapat markah 19 dan 17, iaitu berada pada tahap baik.

Secara keseluruhannya, dua orang peserta kajian mencapai tahap cemerlang manakala dua lagi peserta kajian mencapai tahap baik dalam ujian pos. Berdasarkan skema pemarkahan karangan UPSR yang digariskan oleh LPM (2016), karangan pada kedua-dua tahap tersebut mempunyai penyampaian isi yang jelas dan pengolahan idea yang sangat baik. Tambahan pula, struktur karangan yang ditulis mempunyai pendahuluan, minimum tiga isi dan penutup yang bernas.

Oleh hal yang demikian, keputusan ujian pos menunjukkan para peserta kajian telah mendapat pendedahan dan mengetahui peringkat-peringkat penulisan karangan yang berstruktur sekaligus membantu mereka mencapai markah cemerlang dalam penulisan karangan.

Jadual 3: Senarai semak berstruktur bagi tahap kemahiran murid dalam penulisan karangan

Seterusnya, berdasarkan dapatan bagi pemerhatian ujian akhir menggunakan senarai semak berstruktur (Jadual 3), semua peserta kajian dapat menguasai kemahiran menulis karangan jenis fakta setelah menggunakan MCK. Jadual 3 menunjukkan terdapat enam aspek yang diperhatikan meliputi proses sebelum menulis karangan, iaitu pembinaan kerangka karangan.

Seterusnya, aspek perenggan pendahuluan, perenggan isi yang merangkumi isi, huraian dan contoh serta perenggan penutup. Sebelum intervensi MCK dijalankan, kesemua peserta kajian hanya berkemahiran membina pendahuluan. Hal ini bermakna, kesemua peserta kajian tidak berjaya menuliskan minimum tiga isi, huraian dan contoh dalam karangan yang mereka hasilkan. Namun, penemuan kajian ini membuktikan bahawa peserta kajian telah berjaya memenuhi keenam-enam kriteria yang ditetapkan dalam borang senarai semak berstruktur.

Maka, dapat disimpulkan bahawa MCK berjaya membantu meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis fakta dalam kalangan peserta kajian.

4.2 Meningkatkan minat murid Tahun Enam terhadap penulisan karangan menggunakan MCK

Dapatan kajian ini turut disokong melalui data temu bual yang diperoleh. Murid memberikan maklum balas positif dalam proses temu bual yang dijalankan oleh pengkaji. Respon murid menunjukkan peningkatan minat murid Tahun Enam terhadap penulisan karangan jenis fakta

Bil. Tahap Kemahiran Ujian Pra Ujian Pos

PK1 PK2 PK3 PK4 PK1 PK2 PK3 PK4 1. Murid membina kerangka karangan

sebelum mula menulis karangan X X X X / / / /

2. Murid dapat menuliskan perenggan

pendahuluan / / / / / / / /

3. Murid dapat menuliskan sekurang-

kurangnya tiga isi yang bernas X X X X / / / /

4.

Murid dapat menuliskan sekurang- kurangnya satu huraian yang relevan bagi setiap isi

X X X X / / / /

5.

Murid dapat menuliskan sekurang- kurangnya satu contoh yang sesuai bagi setiap isi

X X X X / / / /

6. Murid dapat menuliskan perenggan

penutup X X X X / / / /

(10)

menggunakan MCK. Jadual 4 menunjukkan maklum balas yang murid berikan dalam proses temu bual selepas pelaksanaan intervensi.

Jadual 4: Petikan data temu bual selepas intervensi

Bil. Soalan Respon Murid

1. Adakah kamu berasa seronok sewaktu belajar menggunakan MCK? Mengapa?

PK1 Ya. Senang faham. Sebab cikgu ajar satu-satu ikut aktiviti dalam buku (MCK).

PK2 Ya cikgu. Sangat seronok. Sebab boleh belajar sendiri guna buku tu. (MCK)

PK3 Ya. Saya suka belajar guna tu buku (MCK). Saya suka guna tu Kit IDEA juga. Sebab tidak bosan.

PK4 Ya cikgu. Sebab dapat tengok video semasa belajar dan dapat fikir banyak idea.

2. Adakah kamu melibatkan diri semasa pembelajaran penulisan karangan

menggunakan MCK?

Mengapa?

PK1 Ya. Supaya dapat bertukar idea dengan kawan.

PK2 Ya cikgu. Supaya dapat tulis karangan yang baik.

PK3 Ya. Sebab aktiviti menarik.

PK4 Ya cikgu. Supaya dapat lebih banyak idea.

3. Apakah pendapat kamu tentang penggunaan MCK dalam pembelajaran penulisan karangan?

PK1 Mudah digunakan.

PK2 Boleh belajar sendiri.

PK3 Menarik

PK4 Mudah difahami.

Pengkaji mengesan peningkatan minat murid dalam pembelajaran penulisan karangan jenis fakta berdasarkan hasil jawapan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Dalam soalan 1 dan soalan 2, peserta kajian menyatakan bahawa mereka berasa seronok dan melibatkan diri semasa pembelajaran penulisan karangan menggunakan MCK. Antara jawapan yang diberi termasuklah mudah memahami isi pembelajaran, seronok menggunakan bahan (Kit IDEA) dan melaksanakan aktiviti yang terkandung dalam MCK, menjana lebih banyak idea dan pembelajaran yang tersusun secara berperingkat. Malah, dalam soalan 3, peserta-peserta kajian juga memberikan respons positif terhadap penggunaan MCK dalam pembelajaran penulisan karangan. Selain mudah digunakan, mereka juga bersetuju bahawa MCK menarik minat mereka dalam pembelajaran. Dapatan ini menonjolkan keberhasilan MCK dalam membantu meningkatkan minat para peserta kajian dalam penulisan karangan jenis fakta.

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Laporan pengkaji dalam dapatan kajian membuktikan bahawa MCK telah berjaya membantu para peserta kajian untuk meningkatkan kemahiran dan minat dalam penulisan karangan jenis fakta. Namun begitu, peningkatan tersebut tidak bergantung kepada MCK semata-mata sebaliknya turut disokong oleh beberapa elemen aktiviti yang dilaksanakan menerusi intervensi MCK. Sebagai contoh, dalam Submodul 1, iaitu Kenali Karangan Fakta, murid-murid terlebih dahulu memahami struktur karangan jenis fakta serta elemen yang perlu ada di dalam karangan tersebut mengikut format yang ditetapkan oleh LPM (2016). Di samping itu, murid-murid turut diberi pendedahan tentang binaan perenggan isi yang terdiri daripada idea utama (isi) dan idea sampingan (huraian dan contoh). Aktiviti ini secara tidak langsung mengukuhkan pemahaman tentang elemen yang perlu ada dalam setiap perenggan. Justeru, berdasarkan dapatan jadual pemerhatian berstruktur dalam Jadual 4, kesemua peserta kajian berjaya menuliskan sekurang- kurangnya tiga isi yang masing-masing disusuli oleh huraian dan contoh. Selain itu, Submodul

(11)

2 membimbing para peserta kajian untuk mendalami serta menguasai setiap tema yang menjadi topik penulisan karangan. Dalam aktiviti ini, peserta kajian melaksanakan pencarian maklumat berbentuk video untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas tentang sesuatu tema.

Dengan cara ini, mereka dapat menambahkan input pengetahuan bagi membantu mereka menghuraikan serta memberi contoh bagi sesuatu perkara yang dibincangkan dalam penulisan karangan.

Di samping itu, dalam Submodul 3 intervensi ini, para peserta kajian menggunakan Peta i- Think untuk merangka karangan secara berstruktur. Penggunaan Peta i-Think sebagai salah satu aktiviti dalam kajian ini sememangnya membantu murid-murid mengklasifikasi maklumat seperti kata kunci soalan, huraian am tentang isu, isi, huraian, contoh serta cadangan tentang isu yang dibincangkan. Keberkesanan penggunaan Peta i-Think dalam penyusunan maklumat turut diakui oleh Hilmi (2014) dalam kajiannya yang bertajuk “Meningkatkan kemahiran mengecam maklumat tersurat dalam kalangan murid tahun empat dengan menggunakan teknik peta pokok”. Keberkesanan peta pemikiran i-think sebagai salah satu alat berfikir dalam penguasaan kemahiran menulis karangan disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Noor Hidayu dan Yahya (2016) di sebuah Sekolah Kebangsaan Cina. Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa melalui peta pemikiran seperti peta pokok, murid boleh membuat pertautan antara isi-isi karangan yang dipelajari. Maka, jelaslah bahawa kejayaan MCK adalah berkesinambungan dengan aktiviti ansur maju yang dijalankan dalam proses pelaksanaan tindakan.

Seterusnya, berdasarkan data ujian pos kajian ini, kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan dari segi tahap penguasaan kemahiran menulis karangan. PK1 dan PK2 berada pada tahap cemerlang manakala PK3 dan PK4 masing-masing berada pada tahap baik.

Sekiranya dibandingkan dengan tahap penguasaan mereka sebelum MCK diperkenalkan, pencapaian mereka masih berada pada tahap kurang memuaskan. Walau bagaimanapun, setelah MCK diperkenalkan, mereka berjaya menghasilkan karangan yang baik dan cemerlang berdasarkan kriteria LPM (2016).

Secara konsepnya, MCK ialah satu bahan bantu belajar yang diintegrasikan dengan satu pelbagai unsur menarik. Oleh itu, pengkaji percaya bahawa keberkesanan MCK dalam meningkatkan kemahiran dan minat peserta kajian dalam penulisan karangan jenis fakta turut disokong oleh gabungan teknologi dalam MCK itu sendiri, iaitu video pembelajaran.

Penggunaan MCK sebagai bahan bantu belajar yang menarik bukan sahaja menarik minat peserta kajian untuk belajar cara menulis karangan jenis fakta dengan betul. Malah, MCK turut berfungsi sebagai pemudah cara bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran tentang penulisan karangan jenis fakta. Perkara ini selari dengan dapatan kajian Nor Azlan dan Nordalina (2010) yang menyatakan bahawa bahan bantu belajar turut berfungsi untuk memudahkan guru menyampaikan intipati pembelajaran.

Dalam konteks penggunaan MCK, penggunaan konsep origami yang diintegrasikan dengan Kit IDEA secara tidak langsung mewujudkan pembelajaran yang menarik seterusnya menggalakkan penglibatan peserta kajian dalam pembelajaran. Menurut Nor Azlan dan Nordalina (2010) penggunaan bahan bantu belajar dalam pembelajaran akan mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif. Pendapat ini menyokong bertepatan dengan penemuan pengkaji, iaitu para peserta kajian bukan hanya menggunakan MCK malah berinteraksi dengan bahan bantu belajar semasa membina kerangka karangan. Malah, menerusi MCK, para peserta kajian belajar secara interaktif melalui soalan-soalan yang dikemukakan dalam paparan video pembelajaran. Sehubungan dengan itu, penggunaan soalan-soalan tersebut sebagai panduan

(12)

untuk menjana idea dalam penulisan karangan jenis fakta bertepatan dengan kajian Mariam (2011) yang telah berjaya meningkatkan kemahiran penulisan karangan dalam kalangan respondennya menggunakan kaedah kata tanya.

Pada tahun 2014, Noradinah, Yusri, Suraya dan Sri Kartika membuktikan dalam kajian mereka bahawa penggunaan iMindMap bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian pelajar secara keseluruhan malah dalam aspek isi, bahasa dan teknik karangan. Dapatan penting dalam kajian mereka berkorelasi dengan dapatan kajian ini, iaitu penggunaan MCK turut menekankan komponen isi, huraian dan contoh dalam pembinaan kerangka karangan menggunakan Kit IDEA. Oleh itu, pengajaran karangan jenis fakta yang lebih sistematik dan menarik telah berjaya diwujudkan menggunakan MCK.

Akhir sekali, video yang dihubungkan dengan MCK merupakan satu bahan rangsangan yang turut menyumbang kepada kejayaan intervensi ini dalam meningkatkan kemahiran dan minat menulis karangan jenis fakta. Terdapat konsensus dalam kalangan para pengkaji seperti Barbot, Randi, Tan, Levenson, Friedlaender dan Grigorenko (2012) serta Tomlinson dan Masuhara (2004) bahawa video adalah bahan stimulus untuk berfikir dan menjana idea dalam penulisan karangan dan dapat memberikan implikasi positif dalam kecekapan berbahasa. Literatur ini seiring dengan dapatan kajian ini, iaitu integrasi video dalam MCK berfungsi sebagai perangsang idea para peserta kajian semasa membina kerangka karangan. Dengan adanya rangsangan tersebut, peserta kajian dapat berfikir dengan lebih mendalam tentang butiran- butiran penting seperti huraian am tenang isu serta fakta yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan.

Rangkumannya, langkah-langkah tindakan dalam intervensi MCK yang diperkenalkan kepada peserta kajian telah meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis fakta. Peningkatan markah, tahap penguasaan dan minat peserta kajian yang dirumuskan dalam analisis ujian pra, ujian pos, senarai semak berstuktur dan data temu bual menjadi bukti kukuh kepada peningkatan kemahiran dan minat peserta kajian dalam penulisan karangan jenis fakta.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kejayaan MCK disokong dan dikukuhkan oleh proses yang berlaku sebelum MCK benar-benar diaplikasikan secara menyeluruh dalam tindakan kajian.

Maknanya, aktiviti mengenali karangan fakta yang mengkehendaki peserta kajian menuliskan idea utama dan idea sampingan serta aktiviti merangka karangan menggunakan Peta i-Think dan Kit IDEA telah memainkan peranan yang besar dalam kejayaan intervensi ini. Penemuan yang paling jelas dalam dapatan kajian ini adalah apabila kesemua peserta kajian berjaya mencapai objektif kajian, iaitu untuk meningkatkan kemahiran dan minat dalam penulisan karangan jenis fakta menggunakan MCK. Peningkatan markah dan tahap penguasaan bagi kesemua peserta kajian memberi keyakinan kepada pengkaji bahawa pelaksanaan kajian tindakan ini telah memberi manfaat dan membantu murid-murid dalam pembelajaran menulis karangan jenis fakta. Walau bagaimanapun, kajian lanjut tentang cabaran penggunaan modul dan persepsi murid sebagai pengguna modul harus diselidik dengan lebih mendalam dalam kajian akan datang. Kesimpulannya, usaha untuk meningkatkan amalan pedagogi hendaklah sentiasa disuburkan agar anak didik yang menuntut ilmu mendapat manfaat daripda penambahbaikan yang kita bawa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

(13)

Rujukan

Ahmad Fikri Ab. Rahman & Zamri Mahamod. (2019). Teknik lakaran bersama peta alir i-think meningkatkan kemahiran menjana idea murid etknik Lun Bawang dalam karangan autobiografi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1). pp.12-22. ISSN: 2180-4842.

Ahmad Khair Mohd Noor. (2005). Menulis membina ketrampilan berfikir. Pelita Bahasa, Julai 18 7: 12-14.

Aliza Ali & Zamri Mahamod. (2016). Pembangunan dan kebolehgunaan modul berasaskan bermain bagi pembelajaran kemahiran Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 6 (1). pp. 16-29.

ISSN 2180-4842

Barbot, B., Randi, J., Tan, M., Levenson, C., Friedlaender, L. dan Grigorenko, E. L.

(2012). From perception to creative writing; A multi-method pilot study of viusal literacy instructional approach. Learning and Individual Differences. Dimuat turun daripada http://dx.doi.org/10.1016/j.lindif.2012.09.003

Brunner, J. (1966). Toward a Theory of Instruction. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Kamarul Azmi Jasmi. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Malaysia. Journal Of Islamic and Arabic Education.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun Empat. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Guru.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Penataran Format Instrumen Pentaksiran Bagi Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR Mulai Tahun 2016. Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Khairuddin Mohamad, Ibrahim Yusof & Zaridah Ramli. (2014). Penyelidikan dalam pendidikan bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mariam binti Md. Saad. (2011). Pengajaran kemahiran penulisan karangan naratif bahasa Melayu menggunakan kaedah kata tanya. Laporan Projek Akhir Ijazah Sarjana Bahasa Melayu. Fakulti Bahasa dan Komunikasi: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Merriam, S. B. & Simpson, E. L. (2000). A guide to research for educators and trainers of adults. Malabar, Florida: Krieger.

Mohd Khir & Marzukhi. (2009). Panduan KBSM. Karangan Gred A SPM. Shah Alam: Cerdik Publications

Muhamad Hilmi Adnan. (2014). Meningkatkan kemahiran mengecam maklumat tersurat dalam kalangan murid tahun empat dengan menggunakan teknik peta pokok. Prosiding seminar penyelidikan tindakan program PISMP IPGKSAH. Jilid 1. Pengajian Melayu.

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Sultan Abul Halim.

Noor Hidayu Mohd. Rahim & Yahya Othman. (2016). Keberkesanan peta bulatan dan peta alir dalam meningkatkan penguasaan menulis karangan naratif murid-murid Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM Malay Language Education Journal – MyLEJ. 62 68-77. Dimuat turun daripada http://journalarticle.ukm.my/10197/1/119-234-1-SM.pdf Nor Azlan Ahmad Zanzali & Nordalina Daud. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di

Kalangan Guru Pelatih Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan.

Universiti Teknologi Malaysia

Noradinah Jaidi, Yusri Abdullah, Suraya Tarasat & Sri Kartika Rahman.

(2014). Kesan Penggunaan Perisian iMindMap Dalam Penulisan Karangan Jenis Rencana. Procedia - Social and Behavioral Sciences. 134, 389-398. Dimuat turun daripada https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S187704

(14)

Norul Haida Redzuan. (2014). Modul ‘Bijak Mengarang’ mempertingkat kemahiran menulis karangan. Jurnal Peradaban Melayu. Jilid 9 (54-62).

Tarmizi Hanafiah. (2016). Meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis berita dalam kalangan murid tahun empat menggunakan kaedah peta bersoalan. Kompilasi Penyelidikan Tindakan. Sungai Petani: IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Tomlinson, B. & Masuhara, H. (2004). Developing Language Course Materials. Singapore:

SEAMEO Regional Language Centre.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pahang: PTS Publications

& Distributors.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Jadi, kajian yang berkaitan dengan penggunaan teknik Jejari Penanda Wacana (JPW) dalam penulisan karangan Bahasa Melayu adalah satu kaedah yang sesuai dijalankan di

Latihan penulisan ini menggunakan gambar bersiri sebagai bahan perangsang untuk mengkaji kematangan penulisan karangan narratif di kalangan pelajar-pelajar dalam penggunaan

Pakar-pakar pentaksiran juga menyedari akibat yang perlu ditanggung daripada penggunaan ujian penulisan karangan kerana dalam pentaksiran dan pengujian karangan, sumber varian

Dapatan kajian Norsidah, Jamaludin dan Fairose (2010) yang mengkaji kelemahan tatabahasa murid Cina dalam karangan pula mendapati terdapat sembilan aspek

Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian menulis karangan naratif menggunakan peta pemikiran (peta bulatan) dan peta pemikiran (peta alir) dalam

Berjaya menarik minat dan menguasai sebutan dan penulisan huruf : Keseluruhannya, kesemua murid PA ini dapat menguasai semua bunyi huruf yang telah dipelajari, namun dalam

Dapatan ini telah membuktikan bahawa hipotesis 2, iaitu terdapat perbezaan skor min yang signifikan terhadap prestasi penulisan karangan keseluruhan antara murid kumpulan

Keputusan kajian ini memperlihatkan bahawa kesan rawatan penggunaan buku elektronik telah meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan berbentuk deskriptif bahasa