• Tiada Hasil Ditemukan

View of Analisis Keperluan Pembangunan Modul Kelas Berbalik Dan Pembelajaran Berasaskan Projek Bagi Menerapkan Pemikiran Reka Bentuk Dalam Kalangan Murid RBT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Analisis Keperluan Pembangunan Modul Kelas Berbalik Dan Pembelajaran Berasaskan Projek Bagi Menerapkan Pemikiran Reka Bentuk Dalam Kalangan Murid RBT"

Copied!
14
0
0

Tekspenuh

(1)

Analisis Keperluan Pembangunan Modul Kelas Berbalik Dan Pembelajaran Berasaskan Projek Bagi Menerapkan Pemikiran

Reka Bentuk Dalam Kalangan Murid RBT

(Needs Analysis of Reversible Classroom Module Development and Project-Based Learning to Apply Design Thinking Among RBT

Students)

Mohd Ridzuan Padzil1*, Aidah Abdul Karim1, Hazrati Husnin1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p101248@siswa.ukm.edu.my

Accepted: 15 August 2021 | Published: 1 September 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Penerapan pemikiran reka bentuk dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah merupakan suatu keperluan penting di dalam pendidikan masa kini. Kepentingan pemikiran reka bentuk khususnya dalam pendidikan STEM dilihat mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi pelajar untuk menyelesaikan suatu masalah yang dihadapi. Pelaksanaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan integrasi TMK yang menarik dan berkesan di dalam pembelajaran PAK-21 akan memberikan kesan yang baik terhadap perkembangan pemikiran pelajar. Justeru itu, temu bual separa berstruktur dijalankan ke atas empat orang guru RBT di daerah Sepang, Selangor bagi meneroka pandangan guru terhadap keperluan modul RBT kelas berbalik dan pembelajaran berasaskan projek bagi menerapkan pemikiran reka bentuk dalam kalangan murid RBT sekolah menengah rendah. Dapatan kajian melalui empat tema yang dibincangkan, adalah menunjukkan bahawa terdapat keperluan terhadap pembangunan modul pengajaran bagi membantu guru menerapkan pemikiran reka bentuk dalam kalangan murid RBT. Selain daripada itu, pembangunan modul turut dilihat membantu guru menghadapi kekangan terhadap masa mengajar dan juga kekurangan bahan pengajaran.

Kata kunci: analisis keperluan, kualitatif, modul pengajaran, kelas berbalik, pembelajaran berasaskan projek, pemikiran reka bentuk

Abstract: The application of design thinking in Design and Technology or RBT is an important requirement in education today. The importance of design thinking, especially in STEM education, increases students' creativity and innovation to solve a problem faced.

Implementing teaching and learning approaches with interesting and effective integration of ICT in learning PAK-21 will positively affect students' thinking. Thus, semi-structured interviews were conducted on four RBT teachers in Sepang district in Selangor to explore teachers' views on the need for reversible classroom RBT modules and project-based learning to apply design thinking among lower secondary school RBT students. The study's findings through the four themes discussed show a need to develop teaching modules to help teachers apply design thinking among RBT students. Apart from that, the development of modules is also seen to help teachers face teaching materials and teaching time constraints.

Keywords: need analysis, qualitative, teaching module, flipped classroom, project-based learning, design thinking

_________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Dalam macapada yang kian mencabar akal dan pemikiran, penerapan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar adalah merupakan suatu usaha kerajaan dalam strategi ketiga dan keempat aktiviti pertumbuhan ekonomi negara atau Key Economic Growth Activities (KEGA) sebagai persediaan terhadap fenomena globalisasi berasaskan pengetahuan, revolusi digital serta kecerdasan buatan dalam arus perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan juga Industri Kandungan (Ringkasan Laporan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030). Statistik daripada laporan ringkasan wawasan kemakmuran bersama 2030 menunjukkan sebanyak 72.8% pasaran buruh negara terhadap tenaga pekerja berkemahiran rendah dan separuh mahir masih bergantung kepada kemahiran pekerja asing. Ini adalah disebabkan oleh terdapatnya jurang kemahiran dalam kalangan pelajar terhadap kemahiran dan pengetahuan abad ke-21. Malah, kajian lalu oleh Triling & Fadel (2009) turut menunjukkan bahawa tujuh kemahiran asas iaitu komunikasi lisan dan bertulis, pemikiran kreatif dan kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, profesionalisme dan etika kerja, kerja berpasukan dan kerjasama, bekerja dalam pelbagai pasukan, penggunaan teknologi, kepimpinan dan pengurusan projek adalah kemahiran yang kurang diaplikasikan di kalangan pelajar di peringkat menengah dan tinggi yang dipanggil jurang kemahiran abad ke-21.

Permintaan industri dalam Revolusi Industri 4.0 kini tidak lagi tertumpu kepada pekerja yang mempunyai penguasaan teori dan juga kemahiran praktikal sahaja, tetapi pekerja yang memiliki pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah secara inovatif dan kreatif (Ismail, 2012; Lynch, Kamovich, Longva, & Steinert, 2019). Malah menurut UNESCO 2030, kreativiti dan inovasi turut dijadikan sebagai kunci pembangunan mapan (United Nations Education Science and Culture Organization 2016) yang mana memerlukan perubahan besar dalam bidang ekonomi, teknologi dan masyarakat disebabkan oleh kemunculan ekonomi digital yang meliputi kemahiran inovasi, kreativiti dan mereka cipta yang perlu ditangani dengan efisien (Athanassios & Vasiliki, 2019). Ini membuktikan bahawa pengetahuan teori sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan pelajar yang kompeten dan berdaya saing. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran tinggi terutamanya dalam kemahiran praktikal atau hands- on dan juga kemahiran dalam bidang seperti penyelesaian masalah, pemikiran kreatif, komunikasi bertulis dan lisan dan kerja berpasukan (Lynch et al., 2019).

Pendidikan abad ke 21 atau PAK-21 dinyatakan sebagai suatu dimensi di dalam pendidikan 4.0 yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai medium perpindahan maklumat atau ilmu pengetahuan. Ia juga merupakan suatu abad yang membawa perubahan daripada masyarakat industri kepada masyarakat inovasi, penggunaan teknologi terkini, pengagihan kuasa serta transformasi e-pembelajaran kepada m-pembelajaran (Mumtaz 2013;

Yaakob, 2016) meningkatkan keberkesanan pedagogi guru (Norliza A Rahim, 2013). Guru seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang baik dalam merancang dan melaksanakan pengajaran bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21 melalui amalan pedagogi yang menarik, interaktif serta berkesan (Mohd Rusdin & Ali, 2019). Selain daripada itu, pengunaan teknologi di dalam proses PdP juga terbukti mampu menarik minat dan meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar secara aktif serta juga mampu untuk menyelesaikan masalah pembelajaran walaupun berada di luar bilik darjah. Sistem pembelajaran ini juga merupakan suatu peralihan kaedah pembelajaran yang mengaplikasikan pendekatan pembelajaran berpusat guru (teacher-centered learning) menjadi pendekatan pembelajaran berpusatkan murid (student-centered learning).

(3)

Walau bagaimanapun, keberhasilan terhadap sesuatu perancangan adalah terletak kepada perubahan dan pelaksanaannya. Seiring dengan perubahan kemajuan teknologi, maka kaedah pengajaran dan proses pembelajaran juga perlu berubah seiring dengan perubahan di masa hadapan (Dunwill 2016). Hal ini adalah amat diperlukan dalam usaha membentuk generasi masa hadapan yang kreatif, inovatif serta kompetatif (Lase, 2019) dalam era Pendidikan 4.0.

Malah jika di lihat dalam konteks pendidikan di Malaysia, transformasi ini telahpun mula berlaku melalui pelaksanaan pembelajaran abad ke 21 atau PAK-21. Malah susun atur bilik darjah telah mula berubah dari barisan dan kerusi yang kemas kepada susunan tempat duduk yang fleksibel yang memungkinkan untuk ruang kerja individu dan kolaboratif. Tugasan pelajar tidak lagi dalam bentuk jawapan yang dibina atau dipilih sahaja. Selain daripada itu, penilaian alternatif turut diperkenalkan bagi menampung pelbagai gaya pembelajaran. Sebagai contoh, tugasan portofolio, kertas projek, demonstrasi kemahiran dan skala penilaian adalah antara penilaian alternatif yang diamalkan sekarang.

2. Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) adalah di antara transformasi dalam pendidikan. RBT adalah mata pelajaran baharu yang diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi menambah baik mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di bawah kurikulum lama iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah menengah (KBSM). RBT diletakkan di bawah unit Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) di dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau dikenali sebagai STEM. Transformasi ini mengalami perubahan dari segi standard pembelajarannya dan memfokuskan kepada idea mereka bentuk, penggunaan teknologi pembuatan terkini, kaedah penyelesaian masalah serta penghasilan projek. Transformasi ini mampu menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21 (Sahaat & Nasri, 2020).

Berdasarkan laporan kajian oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (Unit Penyelidikan dan Pentaksiran Sekolah, 2019), terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran RBT secara optimum. Kekangan tersebut termasuklah kekangan masa guru dan murid untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan juga kekurangan sumber atau panduan pengajaran seperti Bahan Bantu Mengajar (BBM) serta modul pengajaran (Sahaat & Nasri, 2020; Unit Penyelidikan dan Pentaksiran Sekolah, 2019). Kekangan ini akan menyebabkan murid lemah dalam perkembangan dan penghasilkan idea reka bentuk. Selain daripada itu, murid juga didapati kurang mahir menggunakan alatan tangan dalam membangunkan produk (BPK 2019). Kemahiran menggunakan peralatan asas dalam penghasilan reka bentuk adalah penting bukan sahaja terhadap pembangunan produk, malahan turut penting dari aspek keselamatan, nilai estetika produk yang dibangunkan. Malah hal ini turut dipersetujui oleh Baharuddin dan Badusah (2016) bahawa pengetahuan dan kemahiran proses reka bentuk adalah perkara yang penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan inovasi dalam pembelajaran. Kelemahan ini akan menyebabkan hasil pembangunan produk atau reka bentuk projek tidak mempunyai kualiti dan kreativiti yang diharapkan.

Pemikiran reka bentuk adalah merupakan suatu elemen yang penting di dalam pendidikan masa kini khususnya pendidikan STEM kerana dapat membantu meningkatkan kreativiti dan inovasi seseorang pelajar untuk menyelesaikan suatu masalah yang dihadapi (Li et al., 2019) . Kekurangan terhadap kemahiran ini digambarkan sebagai suatu tingkah laku yang kurang terhadap seseorang mengaplikasikan kemahiran atau kebolehan terhadap penghasilan suatu produk atau reka bentuk. Ciri-ciri kreatif dalam pemikiran reka bentuk meliputi imaginasi yang

(4)

baik, pembuat keputusan yang baik serta penerimaan keadaan yang baharu atau nobel (Stenberg 1995; Kadir, Nordin, & Iksan, 2017). Penekanan dan penerapan pemikiran reka bentuk secara formal perlu diajar di sekolah seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mana generasi abad ke-21 perlu mempunyai pemikiran kreatif dan kritis disamping kaya dengan maklumat dan kemahiran dalam bidang Sains dan Teknologi (Sachi 2004). Usaha ini haruslah diterapkan dari peringkat awal persekolahan sebagai usaha menggalakkan murid menguasai kemahiran pemikiran reka bentuk. Apabila wujudnya kesedaran dan pembudayaan ini dalam persekitaran seperti keluarga, masyarakat, pendidikan serta budaya, maka pemupukan nilai kreativiti dalam kalangan masyarakat akan meningkat (Niu dan Sternberg 2003; Said & Yunus, 2008). Selain itu, pemikiran reka bentuk dapat memandu kreativiti ke arah matlamat, tindakan, dan tujuan di sekitar isu-isu dunia sebenar (Collins, A., Joseph, D., & Bielaczyc, 2004; Ronen-Fuhrmann, Kali, & Hoadley, 2008). Hal ini meletakkan pemikiran reka bentuk sebagai penyelesaian kepada masalah kreatif dengan menggunakan pendekatan pemikiran berpusatkan manusia yang kini semakin luas digunakan dalam pelbagai profesion seperti bidang perubatan, kejuruteraan, pendidikan dan lain-lain.

Pelaksanaan kaedah PdP yang menarik dan berkesan di dalam pembelajaran PAK-21 akan memberikan kesan yang baik terhadap perkembangan pemikiran pelajar. (Morrison, Ross, Kalman, & Kemp, n.d.; Zakaria & Khalid, 2016) menyatakan terdapat dua aspek dalam konteks pendidikan pemikiran reka bentuk kreatif iaitu mengajar untuk kreatif dan juga pengajaran yang kreatif. Mengajar untuk menjadi kreatif adalah merupakan suatu kaedah yang digunakan dalam usaha untuk membangun dan mengembangkan pemikiran dan tingkahlaku pelajar, manakala pengajaran yang kreatif pula adalah merujuk kepada bagaimana guru atau pengajar menjadikan suasana kelas lebih menyeronokkan dengan menggunakan pendekatan yang imaginatif bagi menarik minat pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza (Kuo, Tseng, & Yang, 2019). Selain itu, pelajar juga berpotensi untuk menjadi seorang yang lebih kreatif dan berdaya saing.

Perkembangan teknologi dan perlaksanaan dasar-dasar baharu dalam pendidikan mendorong guru untuk merancang semula strategi serta pendekatan yang berkesan dalam proses PdP.

Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, kepelbagaian aktiviti pembelajaran harus dipraktikkan secara berkesan bagi meningkatkan kualiti PdP di dalam kelas serta menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis (Mohd, 2019; Yong, 2019; Zanariah Ahmad, 2017). Jesteru itu, satu pendekatan pembelajaran perlu dikenalpasti dan dibangunkan dalam usaha bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pelajar untuk berjaya hidup dalam masyarakat masa kini (Vega & Brown, 2013; Almulla, 2020; Salam, Mailok, &

Ubaidullah, 2015). Aktiviti pdp pemikiran reka bentuk dalam kelas menyediakan pelbagai peluang pengintegrasian TMK kepada pelajar dan guru. Hal ini disokong oleh Ratcliffe (2014) bahawa pelaksanaan pembelajaran berasaskan pemikiran reka bentuk memberi ruang dan peluang kepada strategi pengajaran berkesan dan pengintegrasian alat dan teknologi. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah bagi meneroka pandangan guru terhadap keperluan modul RBT kelas berbalik dan pembelajaran berasaskan projek bagi menerapkan pemikiran reka bentuk dalam kalangan murid RBT sekolah menengah rendah.

3. Metodologi

Dalam konteks kajian ini, pendekatan kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur digunakan sebagai satu cara yang berkesan bagi mendapatkan maklumat mengenai pendapat, pemikiran, pandangan, pengalaman, memahami apa yang sebenarnya dialami dan difikirkan oleh infroman (Bogdan & Biklen 1992, Ghazali dan Sufean 2018). Selain daripada itu, Silverman (2013)

(5)

menyatakan bahawa pendekatan ini adalah merupakan metodologi yang sesuai bagi meneroka secara mendalam dalam sebuah proses sosial.

Bagi memahami sesuatu fenomena, pengkaji memilih individu yang berkelayakan dan boleh memberikan maklumat yang dikehendaki (Morse dan Richards 2002). Pemilihan peserta kajian yang betul dan sesuai adalah penting dalam sesebuah kajian kualitatif (Silverman 2013;

Creswell 2014) dan dalam kajian ini, pemilihan peserta kajian adalah dilakukan secara pensampelan bertujuan (purposive sampling). Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada keupayaan dan kemampuan mereka memberikan maklumat yang dikehendaki (Silverman 2013; Neuman 2000). Peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 4 orang guru RBT dari sekolah menengah sekitar Daerah Sepang. Guru-guru yang dipilih adalah merupakan guru yang mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun bagi mata pelajaran RBT dan juga melebihi 5 tahun bagi mata pelajaran KHB. Bilangan peserta kajian bagi temu bual separa struktur yang dipilih adalah berdasarkan kepada cadangan (Creswell 2009; Silverman 2002) iaitu sampel bertujuan kerana ianya adalah amat sesuai digunakan bagi mendapatkan maklumat dan mengetahui perkembangan fenomena semasa yang berlaku di lokasi kajian. Kriteria pemilihan ini juga merujuk kepada kenyataan Merriam dan Tisdell (2016) bahawa untuk penyelidik mengetahui, memahami serta mendapatkan maklumat yang jelas mengenai sesuatu fenomena di lokasi kajian, perlulah mendapatkan maklumat tersebut daripada seseorang yang paling boleh dipelajari selain.

Temu bual separa struktur yang dijalankan secara atas talian bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan keperluan pembangunan modul bagi mata pelajaran RBT. Temu bual separa struktur adalah merupakan suatu kaedah yang sesuai dan kerap digunakan bagi mendapatkan data secara tepat berdasarkan isu-isu yang diingini (Merriam, 1998; 2002; 2009). Proses bagi mendapatkan maklumat daripada peserta kajian bagi menceritakan sesuatu perkara yang berada di antara fenomena dan konteks sebenar amat penting dalam kajian (Yin, 2014). Selain itu, kaedah ini juga memerlukan penyelidik bersemuka dengan peserta kajian bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan berdasarkan kepada objektif kajian. Melalui kaedah ini juga dapat mengetahui tingkah laku, perasaan atau bagaimana persepsi peserta kajian terhadap isu yang dikaji (Merriam, 1998).

Analisis dapatan temu bual separa struktur yang dijalankan adalah mengikut format tematik yang memfokuskan kepada analisis kualitatif bagi data temu bual (Catherine, 2015). Semua sesi temu bual yang dijalankan di transkrip dalam bentuk verbatim dan dilakukan secara fasa demi fasa melalui pemadanan pola (pattern matching) bagi memudahkan pengkaji membuat analisis data (Yin, 1994). Setiap patah perkataan dalam temu bual yang direkodkan dan dipindahkan dalam bentuk transkrip memerlukan kesabaran dan penelitian yang tinggi serta pengulangan bagi memastikan bait-bait perkataan yang dinyatakan oleh peserta kajian adalah betul. Ini selari dengan saranan Godson dan Sikes (2001) bahawa pengulangan pendengaran dan menulis semula akan merapatkan hubungan pengkaji dengan data yang boleh membangunkan tema untuk analisis seterusnya.

Analisis bermula sebaik sahaja proses transkrip temu bual selesai. Setiap unit yang di transkrip dikelompokkan di bawah satu tema dan kategori, disub-kategori dan dianalisis bagi menghasilkan tema (Miles & Huberman, 1985). Proses ini dilakukan dengan menggunakan perisian Nvivo 12. Beberapa kategori yang dibentuk dipindahkan ke dalam kategori yang sama

(6)

dan beberapa kategori akan membentuk beberapa tema sebagai jawapan kepada persoalan kajian yang berkaitan (Creswell, 2013).

4. Dapatan dan Perbincangan

Analisis dapatan kajian ini akan mengupas mengenai persoalan kajian iaitu keperluan pembangunan modul kelas berbalik dan pembelajaran berasaskan projek bagi menerapkan pemikiran reka bentuk dalam kalangan murid RBT. Bagi menjelaskan dapatan kajian, terdapat empat tema utama yang dapat dibentuk iaitu;

Rumusan Tema 1: Keperluan Modul bagi menerapkan pemikiran reka bentuk

Daripada tema 1, jelas menunjukkan bahawa peserta kajian bersetuju dan bersepakat bahawa terdapat keperluan untuk membangunkan modul pengajaran bagi menerapkan pemikiran reka bentuk dalam mata pelajaran RBT bagi membantu guru serta meningkatkan kemampuan pelajar. Hal ini dijelaskan seperti penyataan yang berikut;

“Kalau modul ini ada, saya yakin pasti sangat membantu cikgu dan juga murid untuk menambah minat mereka terhadap RBT. Bila minat mereka bertambah, mereka akan lebih fokus untuk belajar.”(GR1)

“saya setuju dan saya rasa penggunaan modul akan lebih banyak membantu..pelajar akan lebih fokus.”(GR3)

“idea tu ok..menarik dan sangat boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran RBT.”(GR4)

Manakala Guru 2 (GR2) pula berpendapat bahawa penggunaan modul RBT adalah perlu bagi membantu pelajar untuk berkongsi maklumat dan juga idea-idea penyelesaian masalah kepada guru dan rakan-rakan yang lain.

“di kelas dia boleh berkongsi maklumat dan juga idea-idea penyelesaian masalah kepada rakan-rakan yang lain.”(GR2)

Daripada penjelasan tersebut membuktikan bahawa terdapat satu keperluan bagi membangunkan modul pengajaran RBT bagi membantu guru serta meningkatkan kemampuan murid dalam aspek pengetahuan dan juga kemahiran dalam Proses Reka Bentuk. Jika disoroti kajian oleh Sahaat & Nasri (2020) ke atas guru-guru RBT di Sarawak mendapati bahawa guru tidak boleh bergantung harap hanya kepada buku teks semata-mata dan memerlukan sokongan bahan pengajaran lain seperti modul, kemudahan peralatan, bahan bantu mengajar dan juga sokongan kursus-kursus yang berkaitan. Malah kajian oleh Yazid (2016) turut membuktikan bahawa penggunaan modul pengajaran RBT tahun empat merupakan pendekatan yang terbaik serta menunjukkan kesan yang signifikan terhadap pencapaian murid. Berdasarkan perbincangan yang dinyatakan, jelas menunjukkan sesuatu perubahan atau pendekatan perlu dibangunkan bagi membantu guru menyampaikan pengajaran RBT dengan lebih berkesan dan dalam konteks kajian ini menunjukkan pembangunan modul adalah suatu keperluan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru.

Pendekatan pembelajaran teradun (blended learning) merujuk kepada sebahagian kelas secara semuka digantikan dengan pembelajaran berasaskan web secara atas talian di mana matlamat utama pembelajaran ini adalah untuk menyatukan ciri-ciri terbaik dalam pengajaran dalam kelas dengan ciri-ciri yang terbaik dalam pengajaran dalam talian untuk menggalakkan

(7)

pengajaran kendiri dan mengurangkan masa di dalam kelas (Mohamad 2015; Modi Lakulu, Maizatul Hayati dan Suhairun 2018). Malah pendekatan ini juga dilihat telah menjadi satu trend di dalam sistem pendidikan di Asia Tenggara (Gaol & Hutagalung, 2020). Salah satu konsep pengajaran yang diketengahkan dalam pembelajaran teradun adalah kelas berbalik atau flipped classroom. Kelas berbalik adalah merujuk kepada kelas yang ditambah baik dari segi persekitaran pengajaran dengan penggunaan teknologi pengajaran yang bersesuaian dengan kemahiran abad ke-21 berbanding kelas konvensional yang biasa diamalkan (Maizatul Hayati 2018; Shahaimi & Khalid 2015). Malah Strayer (2012) pula membahaskan bahawa kelas berbalik adalah merupakan suatu bentuk baru kaedah pembelajaran teradun di mana kaedah pengajaran konvensional dipindahkan ke luar kelas banyak latihan dan interaksi antara guru dan murid di dalam kelas.

Pembelajaran berasaskan projek pula merujuk kepada satu inovasi pendekatan pembelajaran yang sesuai diaplikasikan dalam bidang pendidikan bagi menyediakan pelajar dengan kemahiran abad ke-21(Allison, 2018; Bell, 2010; Rahman, Zaid, Abdullah, Mohamed, & Aris, 2015; Salam et al., 2015). Pendekatan pembelajaran ini mendorong pelajar untuk bersifat aktif menjalankan proses kolaborasi, berkomunikasi sesama rakan dalam suatu kumpulan kecil bagi melaksanakan tugasan projek (Mispuah dan Kamisah Osman 2016). Malah pendekatan ini juga terbukti sebagai suatu kaedah yang terbaik bagi meningkatkan kualiti pengajaran abad ke-21 dan memerlukan pelajar untuk menguasai kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran media dan teknologi serta kemahiran kehidupan dan keperluan pekerjaan masa hadapan (Sing & Osman, 2017). Pandangan ini berpadanan dengan penyataan oleh peserta-peserta kajian di mana dalam dapatan temu bual juga menyatakan bahawa pendekatan belas berbalik (flipped classroom) dan juga pembelajaran berasaskan projek adalah sesuai untuk digunakan dalam modul pengajaran yang dibangunkan.

“berkaitan dengan penggunaan pendekatan kelas berbalik atau flipped classroom ini pada saya amatlah membantu.”(GR1)

“yang flipped tu ya..dia belajar dulu, cari maklumat dulu sebelum masuk kelaskan…

benda tu bagus sebab bila dia dah tahu sikit tentang apa yang dia akan belajar haritu dan bila kita ajar dalam kelas dia dah ready dan dia mudah faham…itu

bagus.”(GR2)

“memang sangat sesuai..dan saya rasa kalau ada ianya akan banyak membantu.”(GR3)

“kita boleh berkomunikasi dengan murid-murid lain, yang berada di luar lingkungan persekitaran kita.”(GR4)

Dalam konteks pembelajaran berasaskan projek turut menunjukkan bahawa peserta kajian bersetuju menyatakan bahawa pendekatan tersebut sesuai dilaksanakan dalam modul yang dibangunkan berdasarkan penyataan yang berikut;

“sesuai…sebab RBT ini adalah lebih kepada projek di akhirnya.”(GR1)

“kemudian pembelajaran berasaskan projekpun sesuai untuk digunakan dalam RBT.” (GR2)

(8)

“Pada pendapat saya memang sangat membantu la..untuk RBT kaedah pembelajaran berasaskan projek memang sangat membantu.”(GR4)

Manakala Guru 1(GR1) dan Guru (GR3) turut menyatakan bahawa pendekatan pembelajaran berasaskan projek sesuai dilaksanakan di peringkat awal kerana ianya mampu untuk meningkatkan minat dan juga pengetahuan pelajar. Tetapi perlu juga melihat kepada keadaan prasarana yang ada di sekolah.

“jadi penting kaedah ini didedahkan di peringkat awal supaya banyak perkara yang akan mereka atasi seperti pengurusan idea, emosi, mengurus ahli kumpulan,

menguruskan masa, bahan dan sebagainya. Jadi memang perlu pembelajaran berasaskan projek ini didedahkan awal kepada murid-murid.”(GR1)

“pada saya jika adanya pendekatan yang macam ni akan mampu meningkatkan minat dan pengetahuan pelajar..tapi itu la..kena juga sesuaikan dengan prasarana yang ada di sekolah.”(GR3)

Liesa-Orús, Latorre-Cosculluela, Vázquez-Toledo, & Sierra-Sánchez (2020) menyatakan bahawa model pedagogi baru, persekitaran pembelajaran baru dan tindakan guru yang kreatif mampu memberi pelajar pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan untuk kehidupan murid masa kini. Ini membuktikan bahawa kedua-dua pendekatan yang dicadangkan iaitu kelas berbalik dan pembelajaran berasaskan projek adalah wajar untuk digunakan dalam pembangunan modul RBT bagi menerapkan pemikiran reka bentuk. Malah kajian oleh (Canina & Bruno, 2018) melibatkan penggunaan kelas berbalik bagi menerapkan pemikiran reka bentuk mendapati bahawa pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pengalaman pembelajaran mereka terhadap pemikiran reka bentuk dan mendorong mereka untuk berkolaborasi bersama rakan lain dalam tugasan pembangunan projek reka bentuk. Hal ini dapat disimpulkan bahawa pendekatan kelas berbalik dan pembelajaran berasaskan projek adalah merupakan pendekatan yang sesuai mata pelajaran STEM khususnya RBT bagi mengembangkan potensi murid terhadap kemahiran abad ke-21(Alashwal, 2020; Badia, 2017;

Boakes, 2019; Mishra & Kartikeya, 2019a; Orloff, 2016; Saleh, Muhammad, & Syed Abdullah, 2020; Wan Husin et al., 2016; Yata, Ohtani, & Isobe, 2020).

Rumusan Tema 2: Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Modul

Analisis pada tema kedua ini pula membincangkan mengenai cadangan aktiviti oleh guru yang diperlukan dalam modul yang dibangunkan. Berdasarkan transkrip temu bual, mendapati bahawa peserta kajian mencadangkan bahawa aktiviti-aktiviti yang dimasukkan di dalam modul perlulah berpusatkan kepada pelajar melalui aktiviti seperti perbincangan, sumbang saran dalam kumpulan dan juga projek. Malah turut dicadangkan supaya aktiviti yang dimasukkan ke dalam modul juga perlu mengikut apa yang disukai oleh pelajar khususnya pelajar tingkatan 1 kerana pemikiran mereka masih lagi belum matang. Selain daripada itu, setiap aktiviti yang dimasukkan dikecilkan skop iaitu mengikut langkah demi langkah atau step by step. Hal ini jelaskan seperti penyataan yang berikut;

“aktiviti-aktiviti yang dicadangkan perlulah berpusatkan kepada murid.”(GR1)

“kita cuba buat benda yang dia suka la..sebab form 1 ni dia masih macam murid sekolah rendah… pemikiran masih lagi belum matang..yang dia suka tu dia akan buat.”(GR2)

(9)

“aktiviti yang dijalankan di dalam kelas supaya dikecilkan skopnya..iaitu mengikut langkah step by step.”(GR3)

“aktiviti yang membolehkan murid-murid berbincang, sumbang saran..aktiviti dalam kumpulan, kemudian projek.”(GR4)

Rumusan daripada penyataan tersebut dapatlah dihuraikan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusat murid adalah merupakan kunci kepada kejayaan sesuatu aktiviti pengajaran selain daripada teknik pedagogi yang menarik oleh guru. Penglibatan murid ini adalah lebih menjurus aktiviti yang hands-on atau pengintegrasian teknologi terhadap sesuatu sesi pembelajaran atau pengajaran. Melalui pendekatan ini, murid akan lebih berminat dan bersungguh dalam mata pelajaran yang dipelajarinya (Boakes, 2019). Malah kajian oleh Masri

& Mahamod (2020) turut membuktikan bahawa penggunaan kaedah kelas berbalik yang menekankan integrasi TMK dan berpusatkan murid mampu memberi kesan baik dalam melahirkan murid yang kompeten dalam kemahiran penulisan karangan Bahasa Melayu. Selain daripada itu, ianya amat bertepatan dengan kehendak pendidikan STEM dan pemikiran reka bentuk itu sendiri iaitu menggunakan pendekatan berpusatkan murid(Allan, Campbell, &

Crough, 2019; Kelley & Knowles, 2016; Mishra & Kartikeya, 2019b).

Rumusan Tema 3: Cadangan Media dan Bahan Pengajaran Modul

Menurut Kemp dan Smellie (2002), penggunaan media dan bahan berteknologi seperti video interaktif, grafik dan audio dalam pengajaran boleh memberi kesan kuat kepada murid berbanding dari media konvensional. Melalui perancangan dan pembangunan yang teliti, penggunaan media haruslah disesuaikan mengikut kemampuan dan latar belakang murid supaya ianya dapat membantu mereka untuk meneroka dan memahami sumber tersebut dengan jelas dan berkesan. Tema seterusnya adalah membincangkan mengenai dapatan temu bual peserta kajian mengenai cadangan media dan juga bahan bagi modul. Secara keseluruhan guru mencadangkan penggunaan media seperti gambar, video, power point, animasi dan lain-lain di dalam modul kelas berbalik dan pembelajaran berasaskan projek bagi menerapkan pemikiran reka bentuk dalam kalangan murid RBT. Hal ini dijelaskan seperti penyataan yang berikut;

“media yang sesuai untuk murid-murid ni untuk pendekatan kelas berbalik dan pembelajaran berasaskan projek ni pertamanya video la... slide show, power point atau animasi.. sekurang-kurangnya pelajar tahu mengenai langkah-langkah untuk menjalankan projek.”(GR1)

“mungkin boleh guna gambar, video, kuiz, macam aplikasi boleh digunakan.”(GR2) Selain itu, Guru 4(GR4) turut menyatakan bahawa penggunaan video conference juga boleh digunakan bagi tujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pemikiran reka bentuk pelajar.

“video boleh..animasi…dan video conference juga menarik untuk kita gunakan dalam modul ini.”(GR4)

Jika disoroti penyataan tersebut, menunjukkan bahawa peranan media seperti video, animasi, slide persembahan adalah merupakan antara perkara yang penting dan harus ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 khususnya kepada murid daripada generasi Z (1998- 2009) dan gen Alpha (2010-2025). Ini kerana golongan ini adalah merupakan generasi yang paling akrab dengan perkakasan teknologi terkini dan juga capaian internet (Modi Lakulu,

(10)

Maizatul Hayati dan Suhairun 2018; Don Tapscoot 2008). Malah generasi ini lebih teruja kepada ciri-ciri pembelajaran yang unik serta melibatkan penggunaan bahasa komunikasi yang ringkas. Ini turut dibuktikan dalam beberapa kajian terdahulu bahawa penggunaan media dan bahan pengajaran yang sesuai dapat membantu meningkatkan pengetahuan, minat serta motivasi pelajar (Isa & Mohd Imam Ma’arof, 2018; Mohd, 2019; Samad et al., 2013; Yazid, 2016). Dapatan ini secara tidak langsung bertepatan dengan kenyataan oleh Clark, R.E., dan Craig, T.G (1992); Clark R.E (2001) bahawa media pengajaran, jika digunakan dengan betul, akan memberi sumbangan yang berharga dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malah Kemp dan Smellie (2002) turut menyatakan bahawa kejayaan terhadap media dan bahan berdasarkan kepada tiga perkara utama iaitu mencari bahan media yang sesuai, menilai media berpotensi sesuai serta memilih media yang terbaik.

Rumusan Tema 4: Harapan guru terhadap pembangunan modul bagi menerapkan pemikiran reka bentuk

Harapan guru-guru RBT terhadap modul yang dibangunkan menjadi tema yang terakhir dalam transkrip temu bual yang dijalankan. Berdasarkan dapatan, mendapati bahawa peserta kajian berharap agar modul yang dibangunkan itu perlulah realisitik dan boleh digunakan oleh semua peringkat pelajar. Selain daripada itu, mereka turut menyatakan bahawa modul yang dibangunkan tidak terlalu susah terutamanya dari segi laras bahasa serta mengikut langkah- langkah secara berperingkat atau step by step dan setiap perubahan dari satu topik atau aktiviti mestilah ada kesinambungan. Hal ini adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh penyelidik dalam membangunkan sesuatu bahan pengajaran kerana setiap murid mempunyai latar belakang yang berbeza, mempunyai pengalaman yang berbeza dalam aspek pengetahuan, kemahiran, psikologi, TMK dan juga komunikasi (Williams, 2002). Hal ini turut diharapkan oleh peserta kajian melalui penyataan yang berikut;

“modul tu biarlah dia realistik, boleh digunakan pakai oleh semua aras pelajar..daripada murid yang kurang kemampuan membaca kepada yang mahir.. dari sekolah pendalaman hingga lah ke sekolah yang hebat.”(GR1)

“modul tu jangan terlalu susah…dari segi laras bahasa yang tidak terlalu tinggi…banyakan langkah demi langkah (step by step) dan perubahan dari satu topik atau aktiviti ke satu aktiviti itu mesti ada kesinambungannya. Jangan lompat- lompat.”(GR4)

Kesimpulannya, berdasarkan hasil analisis temu bual ke atas empat orang guru RBT menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk membangunkan suatu modul pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Pembangunan modul ini bukan sahaja mengisi kelompangan yang wujud dalam pelaksanaan mata pelajaran RBT, malah potensi pemikiran reka bentuk yang dilihat mampu menyokong pembelajaran abad ke-21 yang mendedahkan murid kepada kreativiti, inovasi, kolaborasi serta berpusatkan murid (Canina &

Bruno, 2018; Doppelt, 2009; Kwek, 2011; NurulRabihah Mat Noh, 2020; Wells, 2013). Selain daripada itu, pembangunan modul pengajaran RBT ini juga wajar dibangunkan memandangkan kurangnya penyelidikan mengenainya khusus bagi selain mata pelajaran ini baru dilaksanakan dalam konteks pendidikan di sekolah menengah. Rata-rata kajian terdahulu lebih tertumpu kepada pelaksanaan mata pelajaran RBT di peringkat sekolah rendah (Hamzah, Omar, Ariffin, Rubani, & Subramaniam, 2018; Ismail, 2012; Taha, 2014; Yong, 2019). Malah jika diamati, penyelidikan mengenai penerapan pemikiran reka bentuk dalam konteks

(11)

pendidikan di Malaysia (NurulRabihah Mat Noh, 2020) juga kurang berbanding di negara barat dan hanya beberapa kajian mengenainya di peringkat Asia (Koh, Chai, Benjamin, & Hong, 2015) dan kajian tersebut tidak dapat memberi gambaran kepada pendidikan mengenai kemampuannya kerana perbezaan dari konteks umur dan latar belakang budaya. Maka secara keseluruhan mendapati bahawa terdapat kewajaran bagi membangunkan modul pengajaran kelas berbalik dan pembelajaran berasaskan projek bagi menerapkan pemikiran reka bentuk dalam kalangan murid RBT sekolah menengah rendah.

5. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pembangunan modul pengajaran dilihat sebagai suatu pendekatan yang sesuai digunakan bagi membantu guru menerapkan kemahiran abad ke-21 khususnya pemikiran reka bentuk dalam mata pelajaran RBT. Berdasarkan analisis dapatan temu bual, terdapat empat konstruk penting terhadap keperluan pembangunan modul pengajaran iaitu keperluan modul bagi menerapkan pemikiran reka bentuk, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, media pengajaran serta harapan guru terhadap kesesuaian modul yang dibangunkan. Selain daripada itu, keperluan pembangunan modul pengajaran juga dilihat sebagai nilai tambah terhadap kepelbagaian pendekatan guru di samping mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kreativiti dan kemahiran murid.

Malah, implikasi kajian ini turut boleh dijadikan panduan bagi membangunkan modul pengajaran sama ada di peringkat guru mahupun di peringkat jabatan dan kementerian.

Rujukan

Alashwal, M. (2020). Design Thinking in STEM Education: A Review. International Research in Higher Education, 5(1), 18. https://doi.org/10.5430/irhe.v5n1p18

Allan, C. N., Campbell, C., & Crough, J. (2019). Blended Learning Designs in STEM Higher Education: Putting Learning First.

Allison, J. M. (2018). Project Based Learning to Promote 21st Century Skills : An Action Research Study (Doctoral Dissertation), (May). Retrieved from ProQuest Dissertations &

Theses Global. (2047551059)

Almulla, M. A. (2020). The Effectiveness of the Project-Based Learning (PBL) Approach as a Way to Engage Students in Learning. SAGE Open, 10(3).

https://doi.org/10.1177/2158244020938702

Athanassios, A., & Vasiliki, B. (2019). education sciences Developing and Piloting a Pedagogy for Teaching Innovation , Collaboration , and Co-Creation in Secondary Education Based on Design Thinking ,. Education Sciences, (i), 1–11.

Badia, J. D. (2017). Creative Project-based learning to boost technology innovation. @Tic.

Revista D’Innovació Educativa, 0(18). https://doi.org/10.7203/attic.18.9019

Bell, S. (2010). Project-Based Learning for the 21st Century: Skills for the Future. The Clearing House: A Journal of Educational Strategies, Issues and Ideas, 83(2), 39–43.

https://doi.org/10.1080/00098650903505415

Boakes, N. J. (2019). Cultivating Design Thinking of Middle School Girls through an Origami STEAM Project. Journal for STEM Education Research. https://doi.org/10.1007/s41979- 019-00025-8

Canina, M., & Bruno, C. (2018). Design thinking via flipped classroom. Proceedings of the 20th International Conference on Engineering and Product Design Education, E and PDE 2018, (September).

Collins, A., Joseph, D., & Bielaczyc, K. (2004). (2004). Design research: Theoretical and methodological issues.The Journal of the learning sciences, 13(1), 15-42. Journal of the

(12)

Learning Sciences, 13(1), 105–114. https://doi.org/10.1207/s15327809jls1301

Doppelt, Y. (2009). Assessing creative thinking in design-based learning. International Journal of Technology and Design Education, 19(1), 55–65.

https://doi.org/10.1007/s10798-006-9008-y

Gaol, F. L., & Hutagalung, F. (2020). The trends of blended learning in South East Asia.

Education and Information Technologies, 25(2), 659–663.

https://doi.org/10.1007/s10639-020-10140-4

Hamzah, N., Omar, R., Ariffin, A., Rubani, S. N. K., & Subramaniam, T. S. (2018).

Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Mata Pelajaran RBT. Journal of Materials Processing Technology, 1(1), 1–8.

Isa, N. S., & Mohd Imam Ma’arof, N. N. (2018). Keberkesanan Penggunaan Grafik Berkomputer Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Pelajar Reka Bentuk Dan Teknologi. Sains Humanika, 10(3–3), 81–87. https://doi.org/10.11113/sh.v10n3- 3.1519

Ismail, S. (2012). Kesediaan guru terhadap pelaksanaan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah rendah di Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Retrieved from https://core.ac.uk/download/pdf/42953990.pdf

Kadir, K. A., Nordin, N. M., & Iksan, Z. (2017). Reka Bentuk dan Pembangunan Modul Sains (e-SMART) Berasaskan Pendekatan Konstruktivisme 5E dan Analogi : Satu Alternatif Strategi Pengajaran Bagi Menerapkan Kemahiran Berfikir Kreatif Murid, 1, 80.

Kelley, T. R., & Knowles, J. G. (2016). A conceptual framework for integrated STEM education. International Journal of STEM Education, 3(1).

https://doi.org/10.1186/s40594-016-0046-z

Koh, J. H. L., Chai, C. S., Benjamin, W., & Hong, H. Y. (2015). Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) and Design Thinking: A Framework to Support ICT Lesson Design for 21st Century Learning. Asia-Pacific Education Researcher, 24(3), 535–543. https://doi.org/10.1007/s40299-015-0237-2

Kuo, H. C., Tseng, Y. C., & Yang, Y. T. C. (2019). Promoting college student’s learning motivation and creativity through a STEM interdisciplinary PBL human-computer interaction system design and development course. Thinking Skills and Creativity, 31, 1–

10. https://doi.org/10.1016/j.tsc.2018.09.001

Kwek, S. (2011). Innovation in the Classroom: Design Thinking for 21st Century Learning.

Stanford EDU. https://doi.org/10.1007/11608035_20

Lase, D. (2019). Pendidikan di Era Revolusi Industri 4.0. SUNDERMANN: Jurnal Ilmiah Teologi, Pendidikan, Sains, Humaniora Dan Kebudayaan, 1(1), 28–43.

https://doi.org/10.36588/sundermann.v1i1.18

Li, Y., Schoenfeld, A. H., diSessa, A. A., Graesser, A. C., Benson, L. C., English, L. D., &

Duschl, R. A. (2019). Design and Design Thinking in STEM Education. Journal for STEM Education Research, 2(2), 93–104. https://doi.org/10.1007/s41979-019-00020-z Liesa-Orús, M., Latorre-Cosculluela, C., Vázquez-Toledo, S., & Sierra-Sánchez, V. (2020).

The technological challenge facing higher education professors: Perceptions of ICT tools for developing 21st Century skills. Sustainability (Switzerland), 12(13).

https://doi.org/10.3390/su12135339

Lynch, M., Kamovich, U., Longva, K. K., & Steinert, M. (2019). Combining technology and entrepreneurial education through design thinking: Students’ reflections on the learning process. Technological Forecasting and Social Change, (June), 119689.

https://doi.org/10.1016/j.techfore.2019.06.015

Masri, M. F. bin, & Mahamod, Z. (2020). Keberkesanan Kaedah Flipped Classroom Dalam Meningkatkan Kemahiran Mengolah Isi Karangan Murid-Murid Sekolah Rendah. Jobsts, 6(1), 189–203.

(13)

Mishra, R., & Kartikeya, M. (2019a). Accelerating innovation and problem solving in engineering by design thinking. International Journal of Advanced Science and Technology, 28(18), 691–698.

Mishra, R., & Kartikeya, M. (2019b). Accelerating Innovation and Problem Solving in Engineering By Design Thinking. International Journal of Advanced Science and Technology, 28(18), 691–698.

Mohd, K. (2019). PEMBANGUNAN KOSWER INTERAKTIF DENGAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI BAGI MATA PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 1.

Mohd Rusdin, N., & Ali, S. R. (2019). Amalan dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21. International Conference on Islamic Civilization and Technology Management, 87–105.

Morrison, Ross, Kalman, & Kemp, J. E. (n.d.). Designing Effective Instruction.

Norliza A Rahim. (2013). Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) Untuk Tujuan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan UTHM. Thesis, 43.

NurulRabihah Mat Noh. (2020). Pembangunan Model Pengajaran Pemikiran Reka Bentuk Sekolah Rendah Nurulrabihah Bt Mat Noh Fakulti Pendidikan.

Orloff, M. A. (2016). ABC-TRIZ: Introduction to creative design thinking with modern TRIZ modeling. ABC-TRIZ: Introduction to Creative Design Thinking with Modern TRIZ Modeling. https://doi.org/10.1007/978-3-319-29436-0

Rahman, A. A., Zaid, N. M., Abdullah, Z., Mohamed, H., & Aris, B. (2015). Emerging project based learning in flipped classroom: Technology used to increase students’ engagement.

2015 3rd International Conference on Information and Communication Technology, ICoICT 2015, (July), 212–215. https://doi.org/10.1109/ICoICT.2015.7231424

Ronen-Fuhrmann, T., Kali, Y., & Hoadley, C. (2008). Helping education students understand learning through designing. Educational Technology, 48(2), 26–33.

Sahaat, Z., & Nasri, N. M. (2020). Cabaran pelaksanaan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1(SI)), 51–59.

Said, M. M. B. M., & Yunus, N. (2008). Halangan-halangan Kepada Usaha Memupuk Kreativiti Di Kalangan Pelajar. Prosiding SKIKS, 89–150.

Salam, F., Mailok, R., & Ubaidullah, N. (2015). Perubahan Pencapaian Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui Pembelajaran Berasaskan Projek dengan Scaffolding (The Change of Achievements in Information and Communication Technology Subjects through Project-Based Learning with Scaffoldin. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(1), 29–41. https://doi.org/10.17576/JPEN-2015-%x

Saleh, S., Muhammad, A., & Syed Abdullah, S. M. (2020). Stem Project-Based Approach in Enhancing Conceptual Understanding and Inventive Thinking Skills Among Secondary School Students. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 5(1), 234–254.

https://doi.org/10.24200/jonus.vol5iss1pp234-254

Samad, N. A., Ahmad, W. M. R. W., Harun, H., Amiruddin, M. H., Hashim, S., & Ja’apar, F.

binti. (2013). BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) DAERAH PONTIAN. Journal of Chemical Information and Modeling, 53(9), 1689–

1699.

Sing, E. C. K., & Osman, K. (2017). Peningkatan Penglibatan dan Pencapaian Melalui Pendekatan Flipped Classroom. Prosiding Seminar Kebangsaan Sains dan Psikologi Dalam Pendidikan 2017.

Strayer, J. F. (2012). How learning in an inverted classroom influences cooperation, innovation and task orientation. Learning Environments Research, 15(2), 171–193.

https://doi.org/10.1007/s10984-012-9108-4

(14)

Taha, N. M. (2014). STRES GURU YANG MENGAJAR SUBJEK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) DI SEKOLAH RENDAH DI KUANTAN NORREZA. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Triling, B., & Fadel, C. (2009). Century Skills. 21St Century Skill, (Book), 48.

Unit Penyelidikan dan Pentaksiran Sekolah, K. (2019). Kajian Tahap Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Bahagian Pembangunan Kurikulum (Vol. 2).

https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004

Wan Husin, W., Mohamad Arsad, N., Othman, O., Halim, L., Rasul, M., Osman, K., & Iksan, Z. (2016). Fostering Students’ 21st Century Skills through Project Oriented Problem Based Learning (POPBL) in Integrated STEM Education Program. Asia-Pacific Forum on Science Learning and Teaching, 17(1).

Wells, A. (2013). The importance of design thinking for technological literacy: A phenomenological perspective. International Journal of Technology and Design Education, 23(3), 623–636. https://doi.org/10.1007/s10798-012-9207-7

Williams, P. (2002). The Learning Web. Active Learning in Higher Education, 3(1), 40–53.

https://doi.org/10.1177/1469787402003001004

Yaakob, M. N. (2016). Pembangunan Model Kurikulum M-Pembelajaran Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Ipg Doctor of Philosophy.

Yata, C., Ohtani, T., & Isobe, M. (2020). Conceptual framework of STEM based on Japanese subject principles. International Journal of STEM Education, 7(1).

https://doi.org/10.1186/s40594-020-00205-8

Yazid, F. A. (2016). Kesan Pengunaan Bahan Pengajaran dan PembelajaraTahun 4 Dalam Subjek Reka Bentuk dan Teknologi.

Yong, E. S. (2019). KESAN PENGGUNAAN PORTAL PEMBELAJARAN PELAJAR DALAM SUBJEK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI.

Zakaria, N. A., & Khalid, F. (2016). " Cross-Cultural Education for Sustainable Regional Development " Bandung Kesan Pembelajaran Multimedia terhadap Perkembangan Kognitif Mahasiswa. International Conference on Education and Regional Development, 2016(November).

Zanariah Ahmad. (2017). Pembangunan Modul Pedagogi Kelas Berbalik Berasaskan Pembelajaran Reflektif Untuk Politeknik Premier.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN