• Tiada Hasil Ditemukan

HMT329 - Analisis Kontrastif Bahasa-Bahasa di Malaysia (Contrastive Analysis of Languages in Malaysia)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HMT329 - Analisis Kontrastif Bahasa-Bahasa di Malaysia (Contrastive Analysis of Languages in Malaysia) "

Copied!
6
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2001/2002

September 2001

HMT329 - Analisis Kontrastif Bahasa-Bahasa di Malaysia (Contrastive Analysis of Languages in Malaysia)

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi ENAM [6] muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Kertas soalan ini mengandungi LAPAN [8] soalan.

ARAHAN KEPADA CALON:

1. Jawab mana-mana ENAM [6] soalan.

2. Setiap soalan bernilai 100 markah.

3. Jawapan hendaklah menggunakan KERTAS JAWAPAN yang

disediakan.

…2/-

(2)

- 2 - [HMT329]

1. Berdasarkan data bahasa Tagalog yang dituturkan di Sabah/Filipina dan bahasa Melayu standard yang berikut, buatlah satu perbandingan linguistik ; iaitu:

- morfologinya (pembinaan kata), dan - sintaksisnya (pembinaan frasa dan ayat).

Bahasa Tagalog Bahasa Melayu

[ i] T-um-akbo si Ali. [ i] Si Ali lari.

AW-lari TOP Ali 'Ali lari.'

[ ii] Mag-bili siya ng tinapay. [ ii] Dia membeli roti.

AW-beli dia TOP roti 'Dia membeli roti.'

[iii] Ibig namin iyon. [iii] Kami suka itu.

suka kami itu 'Kami suka itu.'

[iv] May dalawang libro ang enstudyante.

Ada dua buku TOP pelajar 'Pelajar (itu) ada dua buah (buah) buku.'

[ v] Kabayo niya ito.

Rumah nya ini 'Ini rumahnya'

[ vi] Bahay ko ito.

Rumah saya ini 'Ini rumah saya.'

(Kata kunci: AW = awalan, TOP= penanda topik)

…3/-

(3)

- 3 - [HMT329]

2. Jawab [a] dan [b]:

[a] Nyatakan antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk menentukan kekerabatan bahasa.

[b] Dengan menggunakan data bahasa Tagalog (TAG), bahasa Toba Batak (TB) dan bahasa Jawa (JW) di bawah, tentukan dalam bahasa tersebut:

[ i] kekerabatannya, dan [ ii] inovasi seragamnya.

(Sila tunjukkan penggunaan kaedah kesepadanan bunyi dalam membuat rumusan anda).

TAG TB JW (glos dalam BM) [ i] lait lait lait langit

[ ii] lima lima lima lima

[iii] saba saba tawa cabang

[iv] pusod pusor puser pusat [ v] budbod bubur bubur bubur

[vi] galis garis garis garis/garu [vii] baboi babi babi babi [viii] tubo tobu tebu tebu (Sumber data: Dempwolff, 1934-38).

…4/- - 4 - [HMT329]

(4)

3. Jawab [a] dan [b]:

[a] Teliti data dialek Kantonis (Cina) dan data bahasa Melayu yang diberikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berkenaan;

(gunakan lambang N = Nama, Prt = partikel, Kj = kerja, Bil = bilangan, pen. bil = penjodoh bilangan, dan lain-lain sepertinya).

Bahasa Kantonis (Cina) Bahasa Melayu A. Berikan perbezaan/persamaan

strukturnya:

[ i] yat gor yan seorang satu unit orang

'seorang'

[ ii] yat pa tou sebilah pisau satu bilah pisau

'sebilah pisau'

[iii] yat pou shu sebuah buku satu buah buku

'sebuah buku'

B. Berikan strukturnya:

[ i] Ngo ge shu buku saya.

saya punya buku

'Buku saya.'

[ ii] Ngo (hei) tong yan. Saya (ialah) saya (ialah) Cina orang orang Cina.

'Saya orang Cina.'

[b] Huraikan sistem logograf dalam tulisan bahasa Mandarin.

4. Jawab [a] dan [b]:

[a] Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, nyatakan sistem sebutan dialek Kantonis (Cina) dengan sistem sebutan bahasa Mandarin.

...5/- - 5 - [HMT329]

(5)

[b] Dengan ringkas dan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, bandingkan cara intonasi menangani makna dalam bahasa Mandarin dan bahasa Melayu.

5. Jawab [a], [b] dan [c]:

[a] Huraikan dengan contoh dua (2) pendekatan tipologi linguistik yang anda ketahui serta nyatakan kekuatan masing-masing.

[b] Dengan menggunakan contoh-contoh daripada bahasa Melayu, dialek-dialeknya serta bahasa-bahasa yang berkerabat dengannya (serumpun), perlihatkan gejala-gejala persamaan linguistik (fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan lain-lain)

sehingga ia dapat digunakan untuk mengumpulkan bahasa-bahasa sebagai tergolong ke dalam satu keluarga

bahasa.

6. Dengan menggunakan contoh daripada bahasa yang anda ketahui, tulis nota pendek tentang tajuk-tajuk berikut:

[a] Catatkan ciri-ciri utama bahasa berikut:

- bahasa aglutinatif, - bahasa-bahasa berfleksi, - dan bahasa isolasi.

[b] kesejagatan formal dan kesejagatan substantif,

[c] Dengan contoh-contoh daripada bahasa yang sesuai apakah maksud bahawa sesuatu bahasa itu SVO, SOV dan VSO?

7. Berdasarkan Hipotesis Transitiviti oleh Hopper dan Thomson (1980) terhadap beberapa bahasa di dunia, jawab [a] dan [b]:

[a] berikan ciri-ciri utama hipotesis tersebut;

[b] dengan contoh-contoh yang sesuai terutamanya data bahasa Melayu, huraikan komponen utama hipotesis berkenaan.

...6/- - 6 - [HMT329]

(6)

8. Dalam kesejagatan tak terhad dan kesejagatan implikasi, terdapat tiga [3] parameter yang lazim digunakan, iaitu:

[ i] urutan kata,

[ ii] urutan N-A dan A - N; (N = Nama, A = ajektif),

[iii] urutan Rel-N dan N-Rel; (Rel = relatif, N = Nama).

Tunjukkan aplikasi setiap parameter di atas dalam data bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris anda sendiri.

--oo000oo--

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

(a) Namakan satu (1) contoh sistem maklumat multimedia di dalam domain-domain di bawah dan terangkan bagaimana contoh anda sesuai dengan persekitaran sistem

[a] Bandingkan konsep kala di dalam bahasa lnggeris dan bahasa Malaysia dengan memberikan contoh-contoh

(a) Nyatakan kenyataan ini “ Geganti memainkan peranan yang penting dalam perlindungan dan kestabilan satu sistem elektrikal “ dengan bantuan contoh-contoh yang

(b) Terangkan dengan menggunakan satu contoh, bagaimana kerja bergantung kepada proses dan bukan kepada keadaan akhir sistem..

(c) Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, terangkan secara ringkas kepentingan suhu peralihan kaca terhadap kualiti dan kestabilan makanan.

Kukuhkan hujah anda dengan contoh-contoh bahasa yang sesuai dalam menjawab soalan-soalan berikut:-.. [a] Bincangkan mengapa teori generatif mempersoalkan

[a] Nyatakan lima langkah-langkah yang harus diambil dalam menentukan urutan kata asas bagi satu-satu bahasa berserta dengan contoh yang sesuai.. [ I 0

Dengan menggunakan contoh-contoh daripada mana-mana DUA bahasa di Malaysia yang anda ketahui, huraikan perbezaan clan persamaan proses morfologi mengikut tajuk-tajuk berikut:.