• Tiada Hasil Ditemukan

View of TAHAP KESEDIAAN DAN SOKONGAN BAGI PELAKSANAAN PENDEKATAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU SEKOLAH RENDAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of TAHAP KESEDIAAN DAN SOKONGAN BAGI PELAKSANAAN PENDEKATAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU SEKOLAH RENDAH"

Copied!
20
0
0

Tekspenuh

(1)

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464 [Vol. 2 No. 4 December 2020]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

TAHAP KESEDIAAN DAN SOKONGAN BAGI PELAKSANAAN PENDEKATAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU SEKOLAH

RENDAH

Venessa Phang Iywon1* and Nurfaradilla Mohd Nasri2

1 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: iywonphang@gmail.com

Article Information:

Article history:

Received date : 1 December 2020 Revised date : 27 December 2020 Accepted date : 28 December 2020 Published date : 29 December 2020

To cite this document:

Phang Iywon, V., & Mohd Nasri, N.

(2020). TAHAP KESEDIAAN DAN SOKONGAN BAGI PELAKSANAAN PENDEKATAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN GURU SEKOLAH RENDAH. International Journal Of Education And Pedagogy, 2(4), 489-508.

Abstrak: Guru perlu berkemahiran menggunakan ICT dan media dalam pengajaran dan pembelajaran di samping mengaplikasikan dan menyesuaikan strategi pengajaran dalam pengajarannya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru sekolah rendah terhadap pendekatan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut jantina serta mengenal pasti bentuk sokongan yang diterima oleh guru sekolah rendah dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Seramai 288 responden terlibat dalam kajian ini dan instrumen soal selidik digunakan bagi proses pengumpulan data bagi mendapatkan makumat tentang tahap kesediaan, sokongan dan pendekatan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru sekolah rendah khususnya dari Daerah Serian, Sarawak. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah jenis kuantitatif berbentuk deskriptif dan inferens. Aplikasi SPSS telah digunakan bagi menganalisis dapatan data demografi melalui pengiraan min dan peratus serta untuk mengetahui hubungan antara pembolehubah dalam kajian ini menerusi ujian-t dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min antara jantina perempuan dan lelaki terhadap tahap kesediaan guru sekolah rendah dalam pendekatan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi pengenalpastian sokongan yang diterima oleh guru Bandar juga terdapat min skor yang

(2)

1. Pengenalan

Pada tahun 2018, jumlah pengguna mudah alih di dunia telah meningkat menjadi 5.135 bilion (Prieto et al., 2019). Pedagogi guru mempunyai pengaruh yang besar terhadap pencapaian murid, antaranya seperti peranti teknologi yang dipilih, cara penggunaan, sejauh mana guru merancang dan mempersiapkan peranti teknologi menerusi pelajaran. Lantaran itu, di US, Perancangan Pendidikan (US Department of Education 2017) menyatakan bahawa teknologi telah berubah dengan cepat ke arah memperkasa dan mengukuhkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah (Vespanathan Supramaniyam, 2015). Guru perlu berkemahiran menggunakan ICT dan media dalam pengajaran dan pembelajaran di samping mengaplikasikan dan menyesuaikan strategi pengajaran dalam pengajarannya (Wong et al., 2018). Menurut Dinc (2019), apabila mengadaptasikan teknologi dalam pengajaran, sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna jika jenis teknologi disesuaikan dengan persekitaran pembelajaran. Untuk memperdalam kajian ini, Theory Reasoned Action iaitu TRA telah dijadikan sebagai teori mendasari kajian ini.

lebih tinggi dari skor luar. Bagi korelasi, terdapat hubungan sederhana negatif yang signifikan bagi variabel umur guru terhadap tahap kesediaan dalam pendekatan penggunaan ICT. Secara fakta, penggunaan ICT juga dianggap sebagai salah satu tanda kelayakan bagi warga pendidik, guru dan penyelidik dalam dunia pendidikan.

Oleh itu, selain dari infrastruktur yang lengkap bagi penerapan ICT, kajian ini juga mengharapkan guru hendaklah menyediakan diri individu dengan pengetahuan kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terdahulu sebelum melakukan penyampaian sesi pengajaran dan pembelajaran bersama dengan pelajar.

Kata Kunci: ICT, tahap kesediaan guru, sokongan, pengajaran dan pembelajaran, pendekatan, sekolah rendah.

(3)

Namun seperti yang telah sedia maklum, kualiti sesuatu sistem pendidikan yang telah dirangka dan dibangunkan tidak memberi sebarang makna jika kualiti guru itu sendiri tidak dipertingkatkan terlebih dahulu terutamanya dari aspek komitmen dan kompetensi (Nor et al., 2019). Guru yang tidak mempunyai pengetahuan tentang keberkesanan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tidak mudah untuk menerima integrasi ICT dalam pengajaran mereka (Ravendran & Daud, 2020).

Perkara ini disokong dimana apabila kesediaan guru khususnya aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap individu guru tidak memuaskan, ianya akan menjadi suatu halangan kepada pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran (Johansson 2017; Langan 2015; Kaviza 2018).

Rajah 1: Kerangka Konsep yang digunakan dalam kajian Aktiviti dan Tindakan

Atribut Guru

Atribut Sumber dan Sokongan Penyediaan

Kebolehsediaan (Affordance)

Pengetahuan Kemahiran

Sikap Pihak pentadbir

sumber infrastruktur

Konteks Pembelajaran Hasil Pembelajaran

Pendekatan

(4)

2. Kajian Literatur Peranan Guru

‘Role model’ merujuk kepada seseorang yang kita gemari dan contoh yang kita ingin capai (Shakila & Munaza 2014). Guru memainkan peranan yang dinamik dalam kehidupan seharian terutamanya bagi pelajar dan dijadikan sebagai teladan tanpa mengira apapun perspektif (Shakila

& Munaza 2014). Selain itu, guru perlu menguasai ilmu pengetahuan ICT seterusnya menjadi rujukan dan idola bagi masyarakat (Ani Omar, 2016). Apabila guru menguasai dan menekankan penggunaan ICT yang sempurna maka pelajar pun akan mula mengikut teladan tersebut. Perkara ini berkait rapat dengan kajian Sumarni Lapammu & Zamri Mahamod (2018) yang menyatakan penekanan penggunaan ICT perlu diberikan kepada guru agar mereka mengoptimumkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran.

Guru seharusnya dapat mereka bentuk kaedah pengajaran dan menyesuaikan pengajaran tersebut dengan perubahan pelajar bagi memudahkan lagi pemahaman mereka. Dalam pada itu, guru juga hendaklah boleh menyesuaikan pengajaran mengikut perubahan dunia pendidikan (Ani Omar, 2016). Jadi dalam dunia pendidikan yang terkini, guru seharusnya bijak memanfaatkan ICT bagi penambahbaikan dan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Wong et al., 2018). Fungsi guru sebagai agen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat setempat menerusi ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh individu (Ani Omar, 2016).

Ini bermaksud, guru sebagai agen perubahan hendaklah menguasai ilmu dan kemahiran berkaitan dengan ICT terdahulu sebelum ingin mempengaruhi orang sekeliling. Menurut Ani Omar (2016) seseorang pendidik bukan sahaja berpengaruh dalam mengubah perlakuan pelajarnya dalam penggunaan ICT. Jadi, guru perlu mengenal pasti pendekatan pengajaran yang paling berkesan untuk memberikan pengalaman dan pengajaran yang bermakna kepada pelajar (Wong et al., 2018 ; Hie et al., 2018) khususnya dalam dunia ICT yang mengalami perkembangan yang semakin pesat ini (Nor et al., 2019). Tuntasnya, guru sebagai agen perubahan hendaklah bersedia atas penerimaan perubahan pedagogi mengikut peredaran masa yang sesuai dengan zaman pelajar agar prestasi pelajar dapat ditingkatkan menerusi pendekatan pengajaran yang lebih menarik.

(5)

ICT dalam Pendidikan

Anjakan ketujuh PPPM menyarankan guru-guru memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia (KPM 2015). Pengetahuan ICT hendaklah diselitkan dalam pengetahuan asas murid dan harus dikuasai sepenuhnya (Kalaiselvi & Balamuralithara, 2018).

Penelitian dan penerimaan penggunaan ICT dalam keperluan pengajaran akan membina hubungan positif dan terus membawa ke arah tahap kesediaan yang lebih tinggi, lantaran itu, tahap penggunaan juga akan turut ditingkatkan (Shuib et al., 2018). Dalam pada itu, keyakinan yang tinggi oleh pihak pendidik adalah diperlukan bagi usaha menerapkan ICT dalam pendidikan Malaysia.

ICT dan Pedagogi

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan keupayaan memahami dan menggunakan maklumat dalam pelbagai format dari pelbagai sumber dengan menggunakan komputer. Pedagogi penggunaan ICT ini boleh memanfaatkan kedua-dua pihak guru dan pelajar.

Selain itu, pengajaran menggunakan ICT merupakan salah satu strategi menyeluruh dalam menentukan tahap pencapaian murid. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan yang lebih aktif serta perlu peka dengan pembangunan teknologi dalam pendidikan (Rohani et al., 2015). Guru boleh mengintegrasikan ICT untuk memperbaiki pedagogi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah (Md.Nor Bakar & Rashita, 2011). Jadi, penggunaan ICT dalam pendidikan harus difokuskan kepada proses pengaplikasian peralatan dengan menggunakan prinsip, kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran (Puteh & Salam 2011). Sumber-sumber rujukan ICT yang tersedia di laman sesawang boleh menjadi pemudah cara kepada guru dalam menyampaikan pengajaran menerusi simulasi, video, permainan dan aktiviti yang lebih menarik (Nor et al., 2019).

Pengaplikasian ICT boleh lebih memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan dan kehendak semasa sistem pendidikan (Vespanathan Supramaniyam, 2015). Oleh demikian, dalam dunia pendidikan, ICT telah menyediakan pelbagai variasi kaedah yang tujuan meningkatkan profesionalisme guru sekali gus membantu melaksanakan pendidikan sepanjang hayat (Nor et al., 2019).

(6)

Pendekatan ICT di peringkat sekolah rendah.

Menurut KPM (2020) dalam bahagian sistem pendidikan, pendidikan rendah adalah bermaksud kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun. Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan. Sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah sekolah kebangsaan.

Seperti yang telah sedia maklum, kerajaan amat mementingkan perkara yang berunsur ICT pada hari ini. KPM menjadikan kemahiran maklumat, media dan teknologi sebagai salah satu kemahiran yang diperlukan dalam pembelajaran abad ke-21. Pelbagai usaha dalam membentuk dasar-dasar baharu bagi mengorak langkah ke arah menyelitkan ICT secara sepenuhnya dalam sistem pendidikan dan perkara ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap sekolah rendah. Namun begitu, perkara ini amat membimbangkan jika datang pada persoalan seperti infrastruktur sekolah dan kemahiran guru (Mcculloch et al., 2018). Lanjutan itu, pihak pentadbir dapat menyediakan latihan pembangunan profesional untuk membolehkan guru menggunakan ICT dengan lebih cekap dan yakin (Aslan et al., 2016). Pihak pentadbir sekolah rendah boleh memainkan peranan untuk meningkatkan keyakinan guru untuk mengintegrasikan teknologi dalam subjek tertentu dengan memberi latihan profesional yang secukup dan memperkembangkan potensi guru untuk mengintegrasikan teknologi dalam bilik darjah. Selain itu, infrastruktur seperti penyediaan peralatan dan bengkel dalam mengintegrasikan ICT semasa pengajaran juga merupakan salah satu jenis sokongan yang diperlukan oleh guru(Ravendran & Daud, 2020; Chen & Price, 2006).

KPM perlu meningkatkan jumlah infrastruktur dan kemudahan internet untuk kegunaan murid dan guru di kawasan sekolah. Kekurangan peralatan ICT dan akses internet yang pantas merupakan salah satu masalah utama yang dihadapi oleh sekolah khususnya di kawasan luar bandar(Ghavifekr

& Rosdy 2015). Jadi, penambahbaikan sistem pendidikan dengan menyeragamkan kemudahan yang terdapat di luar bandar bagi setarafkan dengan bandar adalah diperlukan bagi memastikan kehendak dan keperluan pendidikan di luar bandar adalah samarata seperti bandar.

(7)

2.1 Masalah Kajian

Penggunaan ICT dalam pengajaran akan menjadi lebih kaku jika guru tidak menguasai kemahiran yang sepatutnya dalam sesuatu perisian (Ravendran & Daud 2020). Kebanyakkan negara menemui masalah yang sama di mana guru tidak memaksimumkan penggunaan teknologi yang disediakan (Ravendran & Daud, 2020). Seperti sedia maklum, kualiti sesuatu sistem pendidikan yang telah dirangka dan dibangunkan tidak memberi sebarang makna jika kualiti guru itu sendiri tidak dipertingkatkan terlebih dahulu terutamanya dari aspek komitmen dan kompetensi (Nor et al., 2019). Para guru masih sanggup menggunakan kaedah ‘Chalk and Talk’ dan tidak manfaatkan teknologi yang ada (Ravendran & Daud 2020). Ini adalah kerana pihak guru berasa kaedah tradisional adalah lebih senang dikendalikan serta mereka tidak cukup pengetahuan untuk mengendalikan ICT dalam kelas. Menurut Mirzajani & Mahmud (2016); Ravendran & Daud (2020), guru sekolah tidak mempunyai pengetahuan tentang keberksanan teknologi dalam pengajaran kerana kurang pemahaman akan kepentingan teknologi pendidikan. Selain itu, guru yang tidak mempunyai pengetahuan tentang keberkesanan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tidak mudah untuk menerima integrasi ICT dalam pengajaran mereka (Ravendran

& Daud 2020). Perkara ini disokong oleh Johansson (2017); Langan (2015); Kaviza (2018), dimana apabila kesediaan guru khususnya aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap individu guru tidak memuaskan, ianya akan menjadi suatu halangan kepada pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, para guru yang mempunyai kemahiran dan kemudahan menggunakan komputer sememangnya ada, namun peluang untuk mengadaptasikan komputer di sekolah adalah terhad atas sebab bilangan perkakasan yang tidak mencukupi, kekangan masa serta lain-lain masalah yang timbul (Hamzah & Attan, 2007; Shanmugam & Balakrishman, 2018;

Ravendran & Daud, 2020). Jadi, kajian ini ingin mengkaji tahap kesediaan dan sokongan bagi pelaksanaan pendekatan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah.

3. Kaedah Kajian

Reka bentuk bagi kajian ini adalah jenis kuantitatif berbentuk deskriptif dan inferensi. Sekaran (2003) menyatakan bahawa kajian deskriptif dilakukan bagi tujuan untuk memastikan dan penerangan bagi sesuatu ciri-ciri pemboleh ubah yang berlaku dalam satu situasi (Sekaran 2003).

Selalunya, kajian deskriptif dilakukan dalam sesuatu organisasi atau kelompok untuk tujuan lebih mengetahui dan mengenali melalui ciri-ciri sebahagian subjek, pengetahuan mengenai sebahagian subjek tersebut akan dianggap sebagai pemahaman atas ciri-ciri sesuatu organisasi sewaktu amalan biasa (Sekaran 2003). Kajian inferensi pula merujuk pada keputusan kajian mewakili kumpulan subjek dalam populasi (Chua 2011). Dalam kajian ini, statistik deskriptif dan inferensi juga digunakan, statistik deskriptif adalah untuk menilai min dan peratus data demografi manakala statistik inferensi dilakukan untuk mengetahui hubungan antara pembolehubah dalam kajian ini menerusi ujian-t dan korelasi.

(8)

3.1 Instrumen Kajian

Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan data demografi responden dan data bagi tahap kesediaan, sokongan dan pendekatan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru sekolah rendah. Statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan ataupun membuat ringkasan pada maklumat dan data yang didapati bagi populasi atau sampel. Set soal selidik disediakan melalui aplikasi ‘google’ yang terdapat perisian ‘google form’. Google form diedarkan melalui ‘link’ yang dibina dari perisian google form. Kemudian ‘link’ tersebut diedarkan melalui aplikasi laman sosial seperti ‘facebook messenger’, dan ‘whatsapp’kepada sampel kajian. Soal Selidik adalah satu instrumen yang mempunyai beberapa soalan yang perlu diisikan oleh responden. Menurut Kartini et al., (2012), soal selidik merupakan salah satu instrumen yang paling popular dalam kalangan penyelidik kerana kemudahtadbirannya. Soal selidik merupakan set soalan yang dibina dalam kaedah bertulis atau bercetak yang digunakan untuk mengutip data berdasarkan jawapan bertulis responden. Dengan itu, pengkaji telah menyediakan satu set soal selidik jenis skala lima-likert. Set soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A untuk Demografi, Bahagian B untuk Tahap Kesediaan Guru, Bahagian C bagi sokongan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru sekolah rendah. Jumlah soalan bagi set soal selidik yang telah disediakan adalah 31 soalan. 6 Soalan bagi Bahagian A, 15 soalan bagi Bahagian B dan 10 soalan bagi Bahagian C. Sebelum disampaikan kepada responden, set soal selidik ini disahkan dan disemak oleh pakar bahasa iaitu Ketua Panitia Bahasa Melayu untuk menyemak kegunaan bahasa set soal selidik agar sesuai dan tidak mengelirukan. Setelah selesai, set soal selidik ini disediakan dalam bentuk ‘Google Form’ dan disebarkan melalui aplikasi sosial iaitu

‘Whatsapp’ atau ‘Facebook Messenger’. Soal selidik ini juga tertumpu kepada maklum balas responden terhadap objektif kajian. Soal selidik yang dibina merupakan pengadaptasian soal selidik dari (Hashim, 2008 Izham & Attan, 2008) dan set soal selidik ‘The Technology in My Life Survey’ yang dijalankan oleh McKenzie pada tahun 1999. Item bagi soal selidik tersebut telah diterjemahkan dan dipadankan mengikut persoalan kajian ini.

3.1.1 Sampel Kajian

Pemilihan jumlah sampel adalah berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Penentuan saiz sampel tersebut dilakukan bagi mengambil kira aras kesignifikanan pada p< .05 (aras kebolehpercayaan=95%) untuk mengawal ralat persampelan. Populasi dalam kajian ini adalah seramai 1100 orang guru di semua sekolah kebangsaan bagi Daerah Serian. Jumlah sampel kajian adalah 288 orang dimana setiap 48 orang akan diambil mewakili zon yang ada pada daerah tersebut. Individu ini hendaklah mempunyai ciri-ciri di bawah bagi menyempurnakan pemilihan sampel bagi kajian ini;

1. Merupakan seorang guru.

2. Mengajar di sekolah kebangsaan pendidikan rendah.

3. Mengajar dalam Daerah Serian.

Menerusi kajian ini, melalui instrumen soal selidik, mereka akan menilai dan menyatakan kesediaan, sokongan yang berkaitan dengan ICT serta pendekatan yang digunakan dalam ICT di sekolah rendah.

(9)

3.1.2 Tempat Kajian

Terdapat 6 zon dalam Daerah Serian iaitu Zon Balai Ringin, Zon Kedup, Zon Taee, Zon Tebedu, Zon Serian, dan Zon Payau. Sampel diambil dari setiap Zon yang ada pada Daerah Serian. Sampel yang mewakili dari setiap zon merupakan sampel daripada populasi guru yang ada dalam Daerah Serian.

3.1.3 Prosedur Persampelan

Prosedur yang dipilih dalam kajian ini adalah jenis persampelan kebarangkalian. Kaedah rawak berstrata telah diaplikasikan dalam memilih sampel bagi kajian ini.

3.2 Pengukuran Data

Soal Selidik bagi kajian ini meliputi beberapa jenis skala pengukuran. Antaranya ialah skala nominal, ordinal dan nisbah. Data demografi dalam Bahagian A telah dibahagikan kepada dua jenis skala pengukuran iaitu skala nominal dan ordinal. Dalam kajian ini, skala nominal adalah untuk mewakili umur manakala skala ordinal pula adalah untuk mewakili jantina. Penggunaan pengukuran data skala nisbah pula digunakan untuk mewakili data yang didapati dari Bahagian B dan Bahagian C.

3.3 Analisis Data

Pengkaji menggunakan aplikasi SPSS untuk menganalisis data yang diperoleh. Jenis ujian statistik parametrik seperti Ujian-t tidak bersandar (Independent T-Test) dan korelasi (correlation) telah digunakan untuk menganalisis data bagi kajian ini. Ujian statistik parametrik ialah satu ujian untuk mencari kesignifikanan statistik yang sesuai digunakan apabila data kajian yang dikumpulkan dalam bentuk skala ukuran interval atau nisbah dan memenuhi andaian-andaian yang spesifik (Lee et al., 2018).

Dengan itu, dalam kajian ini, Ujian-t tidak bersandar dijalankan ke atas pembolehubah yang memberi kesan (tahap kesediaan dan sokongan) terhadap pembolehubah bersandar (penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran). Ujian tersebut dijalankan oleh pengkaji bagi menjawab persoalan kajian satu dan dua mengikut jantina dan lokasi sekolah. Bagi persoalan kajian ketiga pula, pengkaji menggunakan kaedah korelasi untuk mengetahui perhubungan di antara tahap kesediaan terhadap pendekatan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah mengikut umur. Pengiraan nilai kekerapan dan peratus dilaksanakan bagi menganalisis data demografi daripada Bahagian A. Data yang diperoleh dari Bahagian A, B dan C dianalisis bersama menerusi aplikasi SPSS Statistic 23 bagi pengiraan skor min dan nilai-t untuk menjawab persoalan kajian pertama dan kedua. Kemudian, untuk menjawab persoalan kajian ketiga, data yang terdapat di Bahagian C dihubungkan bersama dengan Bahagian A bagi melihat perhubungan yang wujud di antara umur dan tahap kesediaan guru menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Nilai pekali korelasi r digunakan bagi melihat perhubungan tersebut dan menganggarkan kekuatan hubungan berdasarkan jadual anggaran kekuatan pekali korelasi seperti dalam Jadual 1.

(10)

3.3.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Bagi tujuan pengesahan kandungan soal selidik, ketua bidang Bahasa Melayu dari Sekolah Kebangsaan Sematan, Daerah Lundu telah dipilih. Beliau merupakan ketua bidang Bahasa Melayu selama dua tahun. Beliau dipilih sebagai pengesah bagi membaca dan memeriksa instrumen soal selidik yang disediakan dan mengesahkan kandungannya sesuai untuk menjalankan pengumpulan data bagi kajian ini. Selain itu, tujuan pengesahan dari ketua bidang Bahasa Melayu juga adalah untuk memastikan ayat soal selidik yang digunakan adalah betul dan mempunyai kesahan yang tinggi. Dalam pada itu, ujian rintis bagi kajian ini terus dijalankan.

Menurut Chua (2011), ujian rintis dijalankan sebelum instrumen digunakan boleh memastikan kebolehpercayaan instrumen kajian. Ujian rintis boleh dilakukan pada 30 orang subjek yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel kajian (Chua, 2011). Jadi, bagi kajian ini, seramai 30 orang guru telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden bagi tujuan ujian rintis ini.

Jadual 2 di bawah ini menunjukkan keputusan nilai kebolehpercayaan dalaman instrumen soal selidik berdasarkan analisis data kajian rintis yang telah dijalankan. Pengiraan nilai kebolehpercayaan dan kesahan item telah dijalankan dalam ujian Cronbach Alpha. Piawaian pengukuran nilai kebolehpercayaan item jenis Likert boleh didapati pada Jadual 3.

Pekali Korelasi Kekuatan hubungan

0.70-1.00 Kuat

0.30-0.69 Sederhana

0.00-0.29 Tiada (0.00) ke lemah

Bil Bahagian Nilai Alpha

1 A-Demografi -

2 B-Tahap Kesediaan Guru 0.967 3 C-Sokongan penggunaan ICT 0.763 Jadual 1: Anggaran kekuatan pekali korelasi Jackson (2003)

Rujukan: Jackson (2003) dalam buku Penyelidikan dalam Pendidikan Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah, Chua Lay Nee. 2018

Jadual 2: Nilai kesahan bagi pembahagian set soal selidik melalui ujian Cronbach Alpha

(11)

Setelah kajian rintis dijalankan, terdapat 5 soalan Bahagian B yang mempunyai nilai kebolehpercayaan yang kurang memuaskan iaitu mempunyai nilai antara item yang lebih tinggi daripada nilai Cronbach Alpha. Jadi, item tersebut dihapuskan untuk menghasilkan keputusan yang lebih konsisten dan kebolehpercayaan yang tinggi bagi kajian ini. Dengan itu, item bagi soal selidik kajian ini adalah 31 soalan. 6 Soalan bagi Bahagian A, 15 soalan bagi Bahagian B dan 10 soalan bagi Bahagian C.

4. Keputusan dan Perbincangan Data Demografi

Jadual 4: Analisis Demografi Responden

Latar Belakang Klasifikasi (n=288) Kekerapan Peratus (%)

Jantina Lelaki

Perempuan

136 47.1

152 52.6

Umur < 30

30 - 39 40 - 49

> 50

54 18.7

87 30.1

90 31.1

57 19.7

Lokasi Sekolah Bandar Luar Bandar Pedalaman

55 19.0

216 74.7

17 5.9

Jadual 4 menunjukkan data demografi bagi responden guru dalam kajian ini. Bagi kekerapan latar belakang jantina responden dalam kajian ini, terdapat seramai 136 orang guru lelaki dan 152 orang guru perempuan telah mengisi soal selidik bagi kajian ini. Peratusan bagi lelaki adalah 47.1%

manakala perempuan pula adalah sebanyak 52.6%. Bagi latar belakang umur responden kajian ini pula adalah <30 (30 tahun kebawah) mempunyai kekerapan seramai 54 orang 18.7 %, 30-39 (30 hingga 39 tahun) adalah seramai 87 orang 30.1%, kekerapan 40-49 (40 hingga 49 tahun) mempunyai 90 orang 31.1% iaitu kekerapan yang paling tinggi manakala umur > 50 ( lebih dari 50 tahun) adalah seramai 57 orang 19.7%.

Cronbach’s Alpha Ketekalan Dalaman

α ≥ 0.9 Cemerlang

0.9 > α ≥ 0.8 Baik

0.8 > α ≥ 0.7 Boleh Diterima 0.7> α ≥ 06 Dipersoalkan 0.6> α ≥ 0.5 Tidak memuaskan

0.5>α Tidak boleh diterima

Jadual 3: Piawai pengukuran nilai kebolehpercayaan item jenis Likert

Rujukan: A rule of thumb for interpreting Alpha for dichotomous questions or Likert Scale Question Tavakol, M., & Dennich, R.2011.

(12)

Analisis latar belakang lokasi sekolah bagi responden guru terhadap kajian ini mempunyai responden dari sekolah bandar dengan kekerapan 55 orang, guru dari sekolah luar bandar mempunyai 216 orang dan seterusnya guru dari pedalaman adalah seramai 17 orang. Jadual 2 juga menunjukkan peratusan bagi lokasi sekolah responden terhadap kajian ini iaitu guru dari sekolah bandar adalah 19%, luar bandar 74.7%, dan seterusnya pedalaman adalah sebanyak 17 %. Oleh demikian, responden dalam kajian ini kebanyakan adalah guru lelaki dan dalam lingkungan umur 40 hingga 49 dari luar bandar.

Pengenalpastian Tahap Kesediaan Guru Sekolah Rendah Terhadap Pendekatan Penggunaan Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mengikut Jantina.

Jadual 5: Ujian-t tidak bersandar bagi jantina dan min kesediaan guru

Jantina N Min Sisihan Piawai t p

Lelaki 136 4.0309 .72227 1.1260 0.016

Perempuan 152 3.9465 .54469

Jadual 5 menunjukkan keputusan min skor lelaki min= 4.031 dimana ia lebih tinggi berbanding dengan min skor perempuan min= 3.947 dengan menunjukkan keputusan t (288) =1.126; p<.05.

Bagi untuk menjawab soalan kajian pertama, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi tahap kesediaan guru sekolah rendah terhadap pendekatan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Menerusi aspek jantina dalam kajian ini, lelaki adalah mempunyai tahap kesediaan yang lebih tinggi berbanding dengan jantina perempuan. Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang mempunyai pendapat berlainan. Kajian-kajian berikut menyatakan bahawa tiada perbezaan di antara jantina lelaki dan perempuan menerusi penggunaan ICT dalam pengajaran(Ramadan et al., 2018; Semerci & Aydın, 2018; Tas & Balgalmis, 2016). Yasemin Tas

& Esra Balgamis (2016) menjelaskan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara jantina dan penggunaan ICT dalam penyediaan kelas dan pengajaran dalam mata pelajaran sains dan matematik, dalam pada itu kajian Semerci & Aydın (2018) juga berpendapat bahawa tiada perbezaan yang signifikan bagi jantina dan tahap kesediaan penggunaan ICT.

Akan tetapi, menerusi dapatan kajian ini, guru-guru sekolah rendah Daerah Serian yang lebih bersedia dalam menghadapi penerapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah guru lelaki. Dapatan kajian ini hampir sama dengan beberapa kajian lain yang mengkaji tahap kesediaan guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran menerusi jantina. Kajian Tou et al., (2020) juga menunjukkan bahawa min skor tahap kesediaan terhadap ICT bagi guru lelaki adalah lebih tinggi berbanding dengan guru perempuan. Menurut kajian tersebut beliau menyatakan bahawa guru lelaki Pendidikan Jasmani mempunyai perspektif kesediaan yang lebih positif terhadap pergabungan ICT dalam subjek Pendidikan Jasmani berbanding dengan guru Pendidikan Jasmani wanita. Oleh itu, dapatan kajian ini membuktikan bahawa guru lelaki mempunyai min skor tahap kesediaan yang lebih tinggi berbanding dengan guru perempuan (Krause et al., 2017; Nur Fatahiyah & Siti Nur Diyana 2020; Tou et al., 2020)

(13)

Pengenalpastian Sokongan Yang Diterima Oleh Guru Sekolah Rendah Dalam Mengintegrasikan Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mengikut Lokasi Sekolah (Bandar Dan Luar Bandar).

Jadual 6: Ujian-t tidak bersandar bagi lokasi sekolah dan min sokongan

Lokasi Sekolah N Min Sisihan Piawai t p

Bandar 55 4.1200 0.51618 4.900 0.303

Luar Bandar 216 3.6889 0.59013

Jadual 6 menunjukkan keputusan min skor bandar, min= 4.120 dimana ia lebih tinggi berbanding dengan min skor luar bandar min= 3.689 dengan menunjukkan keputusan t (288) =4.90; p<.05.

Seperti kita tahu, penggunaan ICT menjadi semakin penting dalam semua bidang pendidikan kerana kemampuan menyediakan persekitaran pembelajaran dan pengajaran tahap kesediaan merangkumi aspek pengetahuan dan sikap (Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan, 2017). Bagi menjawab soalan kajian kedua, pengenalpastian sokongan yang diterima oleh guru sekolah rendah dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di lokasi bandar adalah lebih tinggi min skor berbanding dengan skor luar bandar. Ini bermaksud sokongan yang diberi kepada guru dari kawasan bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan luar bandar. Perkara ini juga boleh dikatakan sebagai salah satu penyebab guru di bahagian luar bandar kurang bersedia dalam penerapan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sebahagian sekolah luar bandar, perkakasan ICT yang rosak dibiarkan begitu sahaja kerana kos untuk membaik pulih adalah sangat tinggi (Mohd Norakmar et al., 2020). Sehubungan itu, menurut kajian Kalonde (2017), guru ingin menggunakan teknologi untuk mendidik pelajar mereka, tetapi akibat dari kekurangan teknologi di bilik darjah maka cabaran dan masalah yang tidak dijangka akan berlaku di dalam kelas. Menerusi kajian Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan (2017), min tertinggi bagi guru Pendidikan Islam bersetuju bahawa pengajaran secara multimedia bergantung kepada kemudahan teknikal yang disediakan oleh sekolah.

Selain daripada itu, sokongan dari pihak atasan adalah sangat diperlukan bagi sesuatu penerapan ICT dalam pedagogi guru. Kajian Ab Rahman et al., (2015) menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam yang bersetuju dengan kenyataan pelaksanaan berasaskan ICT ialah dari aspek mendapat sokongan dari pihak atasan adalah lebih tinggi berbanding dengan yang kurang bersetuju serta tidak pasti. Sehubungan itu, kajian ini menunjukkan keputusan sokongan yang rendah bagi luar bandar berbanding dengan sekolah bandar juga membawa maksud bahawa sokongan dari pihak atasan bagi sekolah luar bandar adalah kurang memuaskan. Jadi dalam kajian ini, oleh kerana sokongan ICT bagi guru daripada sekolah luar bandar di kawasan Daerah Serian adalah rendah dan terabai maka perkara ini sekaligus boleh menyebabkan tahap kesediaan guru menjadi rendah.

(14)

Hubungan Tahap Kesediaan Terhadap Pendekatan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Peringkat Sekolah Rendah Mengikut Umur.

Berdasarkan jadual 7, nilai r = -.373, p=0.000<0.01 merupakan keputusan bagi ujian korelasi dalam kajian ini. Korelasi antara umur dan Min Kesediaan Guru telah diuji nilai signifikan pada aras keyakinan alpha=0.01.Terdapat hubungan negatif yang signifikan antara umur dan skor min kesediaan guru menerusi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Nilai r yang sederhana telah menunjukkan bahawa umur dan min kesediaan guru dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah mempunyai hubungan yang sederhana.

Hubungan negatif yang sederhana di antara umur dan min kesediaan guru terhadap pendekatan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah membawa maksud semakin muda umur guru tersebut semakin tinggi tahap kesediaan guru dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Maka hubungan ini akan menyimpulkan bahawa hipotesisi nol ditolak. Keputusan ini adalah sejajar dengan kajian Mwila, (2018); Ramadan et al., (2018); Tou et al., (2020);Seraji et al., (2017). Namun begitu, terdapat pandangan yang berbeza menerusi keputusan bagi beberapa kajian terhadap dapatan kajian ini. Menurut Bindu, (2017); Hun et al., (2020); Semerci & Aydın (2018); Teo et al., (2016), mereka telah menyatakan bahawa tiada hubungan yang signifikan bagi umur dan penggunaan ICT. Ini membawa maksud tiada pengaruh terhadap perbezaan bagi umur yang berlainan. Kajian-kajian tersebut telah juga menjelaskan bahawa kedua-dua peringkat umur sama ada muda atau tua mempunyai tahap kesediaan yang positif terhadap penggunaan ICT(Semerci & Aydın, 2018).

Jadual 7: Korelasi

Umur Min Kesediaan Guru

Umur Pearson Correlation 1 -.373**

Sig. (2-tailed) .000

N 288 288

Min Kesediaan Guru

Pearson Correlation -.373** 1 Sig. (2-tailed) .000

N 288 288

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

(15)

Walaubagaimanapun, terdapat juga dapatan kajian yang menyokong keputusan kajian ini.

Menerusi kajian ini, guru yang paling jarang menerapkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah guru yang berumur lebih dari 40 tahun, keputusan kajian adalah selaras dengan dapatan kajian Tou et al., (2020). Kajian membuktikan bahawa guru yang muda mempunyai tahap kesediaan yang positif serta minat yang lebih tinggi terhadap ICT berbanding dengan guru yang lebih berusia(Mwila, 2018; Seraji et al., 2017). Oleh hal yang demikian, kajian ini membuktikan bahawa orang muda adalah lebih berkemahiran dalam penggunaan ICT(Mwila, 2018; Ramadan et al., 2018).

5. Kesimpulan

Pengintegrasian ICT dalam pendidikan adalah keutamaan dalam dunia pendidikan. Negara yang sedang membangun telah mempertimbangkan untuk melakukannya kerana penggunaan ICT yang berkesan dapat meningkatkan kualiti dan tahap pendidikan (Huberts, 2018; Hun et al., 2020).

Bukan itu sahaja, penggunaan ICT juga dianggap sebagai salah satu tanda piawai bagi warga pendidik, guru dan penyelidik dalam dunia pendidikan (Yildirim & Sensoy, 2018). Jadi, tanpa kesediaan penerapan ICT dan sokongan diberikan, warga pendidik tidak akan bersedia untuk menerapkan kaedah pedagogi yang baharu.

Dengan itu, guru hendaklah menerapkan diri individu dengan pengetahuan kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terdahulu sebelum melakukan penyampaian sesi pengajaran dan pembelajaran bersama dengan pelajar. Pihak pentadbir sekolah juga digalakkan untuk memberi sokongan dan bimbingan bagi meningkatkan tahap kesediaan guru. Bagi kajian yang akan datang, pengkaji menyarankan bahawa kajian lain boleh dilakukan bagi populasi kajian yang lebih luas agar dapatan kajian boleh menjadi lebih menyeluruh dan sekaligus meliputi data yang lebih teliti bagi negara Malaysia. Selain itu, pengkaji juga berharap kajian ini dapat memberi kesedaran bagi warga pendidik agar boleh mengasah kemahiran penerapan ICT.

6. Penghargaan

Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa atas doa dan sokongan yang telah diberi.

Penghargaan yang tinggi kepada pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia atas segala ilmu pengetahuan yang telah dicurahkan sepanjang pengajian. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan seperjuangan dan warga DSG (Doctorate Scholar Group) yang sentiasa memberi sokongan dari segi mental.

(16)

Rujukan

Ab Rahman, H., Zainal, N., & Ab Karim, N. A. (2015). Keberkesanan Penggunaan ICT Di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Bagi Sekolah Kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur. International Conference on Information Technology & Society, June, 238–

252.

Ani Omar. (2016). Integrasi Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kesusasteraan Melayu Mempertingkatkan Keyakinan Dan Keberhasilan Guru Semasa Latihan Mengajar.

Jpbu, 9, 13–25.

Aslan, Aydin, & Zhu, C. (2016). Influencing Factors And Integration Of ICT Into Teaching Practice Of Pre-Service And Starting Teachers. International Journal of Research in Education and Science. https://doi.org/10.21890/ijres.81048

Bindu, C. N. (2017). Attitude towards, and Awareness of Using ICT in Classrooms: A Case of Expatriate Indian Teachers in UAE. Journal of Education and Practice, 8(1), 10–17.

http://ezproxy.lib.uconn.edu/login?url=https://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=true

&db=eric&AN=EJ1131567&site=ehost-live

Chen, J. & Price, V. (2006). Narrowing the Digital Devide: Head Start Teachers Develop Proficiency in Computer Technology. Eductaion and Urban Society, Vol.38, No.4

Chua, Y. P. (2011). Kaedah Penyelidikan: Buku 1. Kaedah dan statistik penyelidikan. McGraw- Hill.

Chua, Y. P. (2011). Kaedah Penyelidikan: Buku 1. McGraw-Hill.

https://books.google.com.my/books?id=hD_QjgEACAAJ

Dinc, E. (2019). Prospective Teachers’ Perceptions of Barriers to Technology Integration in Education. 10(4), 381–398.

Ghavifekr, S., & Rosdy, W. A. W. (2015). Teaching and Learning with Technology: Effectiveness of ICT Integration in Schools Teaching and Learning with Technology: Effectiveness of ICT Integration in Schools. International Journal of Research in Education and Science (IJRES), 1(2), 175–191.

Hamzah, M.I.M., & Attan, N. (2007). Tahap kesediaan guru sains dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan computer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Teknologi. 46(E) Jun 2007:45-60. Universiti Teknologi Malaysia.

Hashim, M. M. (2008). Kesediaan, sokongan dan pendekatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru di peringkat prasekolah. Universiti Teknologi Malaysia. https://books.google.com.my/books?id=HVDcswEACAAJ

Hie, yong hie, Samsu, ku hasnita ku, Adnan zatul hiMMah, Awang, M. daud, & HaliM, adlina ab.

(2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah. Akademika, 88(2), 95–108.

Huberts, L. W. J. C. (2018). Integrity: What it is and Why it is Important. Public Integrity, 0(0), 1–15. https://doi.org/10.1080/10999922.2018.1477404

(17)

Huberts, L. W. J. C. (2018). Integrity: What it is and Why it is Important. Public Integrity 0(0): 1–

15. doi:10.1080/10999922.2018.1477404

Hun, R., Shimizu, K., & Kao, S. (2020). Cambodian Teacher Educators’ Attitudes towards the Use of Information and Communication Technologies (ICT) in Education: Journal of International Development and Cooperation, 27(1), 1–15.

Izham, M. & Attan, N. (2008). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.

doi:10.11113/jt. v46.307

Johansson, P. (2017). Learning study as clinical research practise to generate knowledge about the learning of historical primary source analysis. Educational Action Research.25 (1).167-181 Kalaiselvi, S., & Balamuralithara, B. (2018). Kerangka Panduan Efektif Pengajaran Dan

Pemudahcaraan (PdPc) Sains. Sains Humanika, 1(10), 25–35.

Kalonde, G. (2017). Rural School Math and Science Teachers’ and Technology Integration Familiarization. International Journal of Educational and Technology, 4(1), 17-25.

Kartini. A.M., & Ahamad. S.Y. (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan: Untuk PISMP dan DPLI. Institut Pendidikan Guru KPM, Kampus Ipoh, Hulu Kinta

Kaviza, M., Rahim, A.A., & Bukhari, N. 2018. Tahap kesediaan guru-guru sejarah dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber sejarah: Satu tinjauan di Negeri Perlis. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Bil.6, Isu 2.23-31 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Buletin Anjakan, Buletin Transformasi Pendidikan

Negara: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pelaksanaan KBAT di Sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Sistem Pendidikan.

https://www.moe.gov.my/dasarmenu/sistem-pendidikan dicapai pada 24 Mei 2020.

Krause, M., Pietzner, V., Dori, Y. J., & Eilks, I. (2017). Differences and developments in attitudes and self-efficacy of prospective chemistry teachers concerning the use of ICT in education.

Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 13(8), 4405–4417.

https://doi.org/10.12973/eurasia.2017.00935a

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determinig sample size for research activities.

Educational and Psychological Measurement, 30,608.

Langan, E. (2015). Using Multiple-Perspective Primary Sources to Enhance Pre-service Teachers’

Understandings. Teacher Education and Practice.28 (4).617-626.

Lee, K.C., Zakri, A., & Chua, L.N. 2018. Penyelidikan dalam Pendidikan. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Shah Alam: Selangor.

Li, L., Worch, E., & Aguiton, R. (2015). How and Why Digital Generation Teachers Use Technology in the Classroom: An Explanatory Sequential Mixed Methods Study How and Why Digital Generation Teachers Use Technology in the. 9(2).

(18)

Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan, M. I. H. (2017). Tahap Pengetahuan dan kesediaan guru-guru pendidikan Islam sekolah menengah di selangor terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran pendidikan islam. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilisation (ACER-J), 1(1) (January), 1–13.

https://doi.org/10.1107/S205698901700411X

Mcculloch, H., Hollebrands, K., Lee, H., & Harrison, T. (2018). Computers & Education Factors that influence secondary mathematics teachers’ integration of technology in mathematics lessons. Computers and Education, 26-40. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2018.04.008 Md.Nor Bakar, & Rashita. (2011). Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Matematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah Kota Tinggi. Journal of Science and Mathematics Educational, 2, 1–17. http://eprints.utm.my/id/eprint/13425/1/JSME-2011-2- 001.pdf

Mirzajani, H., Mahmud, R. (2016). Teachers’ acceptance of ICT and its integration in the classroom. https://doi.org/10.1108/QAE-06-2014-0025

Mohd Norakmar, O., Siti Noor Ismail, A. L., & Abd Latif, K. (2020). Karakter Kepimpinan Teknologi Pengetua dalam Pengintegrasian ICT di Sekolah Menengah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 28–46.

Mwila, P. (2018). Assessing the attitudes of secondary school teachers towards the integration of ICT in the teaching process in Kilimanjaro, Tanzania Prospery Mwila St Augustine University of Tanzania. International Journal of Education and Development Using Information and Communication Technology (IJEDICT), 14(3), 223–238.

Nor, N. M., Talib, C. A., Wahidah, N., Hakim, A., Ali, M., Osman, S., & Ibrahim, N. H. (2019).

Penggunaan Sumber ICT dalam Pengajaran Kimia: Cabaran kepada Guru Masa Kini The Use of ICT Resources in Teaching Chemistry: Challenges to Recent Teachers. 2(2), 82–88.

Nur Fatahiyah, M. H., & Siti Nur Diyana, M. (2020). Kesediaan Guru Sains dan Matematik Dalam Melaksanakan STEM dari Aspek Pengetahuan, Sikap dan Pengalaman Mengajar. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) Ke-6, 90(3), 85–101.

Prieto, M. C., Palma, L. O., Tobías, P. J. B., & León, F. J. M. (2019). Student assessment of the use of kahoot in the learning process of science and mathematics. Education Sciences, 9(1).

https://doi.org/10.3390/educsci9010055

Puteh, S.N., & Salam, K.A. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja Dan Tingkah Laku Murid Prasekolah (Level Of Readiness In Using ICT For Teaching And Its Effect On The Work And Behaviour Of Preschool Pupils). Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 25-34

Ramadan, A., Chen, X., & Hudson, L. L. (2018). Teachers’ Skills and ICT Integration in Technical and Vocational Education and Training TVET: A Case of Khartoum State-Sudan. World Journal of Education, 8(3), 31. https://doi.org/10.5430/wje.v8n3p31

(19)

Ravendran, D. R., & Daud, Y. (2020). Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Guru Matematik Sekolah Rendah Dalam Dalam Pdpc (Factor s Affecting Primary School Mathematic Teachers’ Integrating the use of ICT in Teaching and Facilitation). 1(3), 24–33.

Razak, R. binti A., & Hassan, H. bin. (2019). Analisis Kesediaan E-Latihan dalam Kalangan Pekerja Swasta Berdasarkan Faktor Jantina, Bangsa dan Status Perkahwinan di Negeri Pahang. International Journal of Humanities Technology and Coviiization (IJHTC), 2(7), 69–78.

Rohani, M.M., Ahmad, S.J., & Abda, H. D. A. (2015). Tahap kesediaan pelajar dalam penggunaan teknologi, pedagogi, dan kandungan (tpack) dalam pembelajaran kurikulum di ipt. October, 12–13.

Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill-Building Approach, hlm. 4th Edisi United States: John Wiley & Sons, Inc.

Semerci, A., & Aydın, M. K. (2018). Examining High School Teachers’ Attitudes towards ICT Use in Education. International Journal of Progressive Education, 14(2), 93–105.

https://doi.org/10.29329/ijpe.2018.139.7

Seraji, N. E., Ziabari, R. S., Jalal, S., & Rokni, A. (2017). Teacher’s Attitudes towards Educational Technology in English Language Institutes. 7(2), 176–185.

https://doi.org/10.5539/ijel.v7n2p176

Shakila Bashir, Munaza Bajwa, S. R. (2014). Teacher as a role model and its impact on the life of female students. International Journal of Research -Granthaalayah, 1(1), 9–20.

http://granthaalayah.com/Vol1Iss1.html

Sharifah, N.., & Kamarul, A. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah (Level of Readiness in Using ICT for Teaching and Its Effect on the Work and Behaviour of Preschool Pupils).

Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1), 25–34.

Shuib, A.S., Sarkawi, A., & Yaakob, M.N. (2018). Pengaruh Pengalaman Teknologi, Peluang Dan Kesediaan Terhadap Penggunaan Mobile Learning Di Institute Pendidikan Guru Zon Utara.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi. Vol 14(2018). 143-166

Sumarni Lapammu, & Zamri Mahamod. (2018). Tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar tingkatan 4 terhadap penggunaan pembelajaran persekitaran maya vle frog dalam pembelajaran bahasa melayu. Malay Language Education Journal – MyLEJ, 8(1), 2180–

4842.

Tas, Y., & Balgalmis, E. (2016). Turkish Mathematics and Science Teachers’ Technology Use in Their Classroom Instruction: Findings from TIMSS 2011. Journal of Education in Science, Environment and Health, 2(2), 166. https://doi.org/10.21891/jeseh.51026

Teo, T., Milutinović, V., & Zhou, M. (2016). Modelling Serbian pre-service teachers’ attitudes towards computer use: A SEM and MIMIC approach. Computers and Education, 94, 77–88.

https://doi.org/10.1016/j.compedu.2015.10.022

Tou, N. X., Kee, Y. H., Koh, K. T., Camiré, M., & Chow, J. Y. (2020). Singapore teachers’

attitudes towards the use of information and communication technologies in physical education. European Physical Education Review, 26(2), 481–494.

https://doi.org/10.1177/1356336X19869734

(20)

Vespanathan Supramaniyam. (2015). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (Tmk) dalam kalangan guru-guru mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah rendah luar bandar negeri Johor. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 59–65.

Wong, K.W., Noriati, A.R., & Boon, P.Y. (2018). Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru –Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn Bhd. Shah Alam: Selangor

Yildirim, H. I. & Sensoy, O. (2018). The Effect of Science Teaching Enriched With Technological Applications on the Science Achievements of 7th Grade Students. Journal of Education and Training Studies 6(9): 53. doi:10.11114/jets. v6i9.3363

Yildirim, H. I., & Sensoy, O. (2018). The Effect of Science Teaching Enriched With Technological Applications on the Science Achievements of 7th Grade Students. Journal of Education and Training Studies, 6(9), 53. https://doi.org/10.11114/jets.v6i9.3363

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Item-item dalam Bahagian B adalah untuk mengukur amalan guru besar sekolah dalam aspek kepimpinan dan hala tuju, tahap amalan pengurusan organisasi guru besar sekolah, tahap

Hasil analisis ujian-t ke atas sikap guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru Bahasa Melayu tidak pernah menghadiri kursus ICT telah menunjukkan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pendekatan pengajaran guru, gaya belajar pelajar dan jenis penilaian dalam pelaksanaan mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4 di

Menurut Wan Nurul Syuhada (2017), pengetahuan merujuk kepada maklumat yang diketahui dan dimiliki oleh seseorang hasil daripada pengalaman, pendidikan dan pemerhatian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemahiran teknologi dan kesediaan guru melaksanakan PdPc dalam talian serta kemudahan penggunaan Google Classroom dan

Menurut Wan Nurul Syuhada (2017), pengetahuan merujuk kepada maklumat yang diketahui dan dimiliki oleh seseorang hasil daripada pengalaman, pendidikan dan pemerhatian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perisian aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam instruksional guru Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah yang memberi

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan isi kandungan, kemahiran pedagogi dan pengetahuan pedagogikal kandungan guru RBT sekolah rendah