• Tiada Hasil Ditemukan

View of Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal dan Kecergasan Fizikal Dalam Kalangan Pemain Bola Sepak di Kapit, Sarawak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal dan Kecergasan Fizikal Dalam Kalangan Pemain Bola Sepak di Kapit, Sarawak"

Copied!
9
0
0

Tekspenuh

(1)

Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal dan Kecergasan Fizikal Dalam Kalangan Pemain Bola Sepak di Kapit, Sarawak (The Level of Involvement of Physical Activity and Physical Fitness

among Football Players in Kapit, Sarawak)

Erwin Medan1*, Mohd Radzani Abdul Razak1, Erwan Ismail1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor.

*Pengarang Koresponden: winrieya4@gmail.com Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Aktiviti fizikal dan kecergasan fizikal merupakan komponen penting dalam kehidupan individu. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap aktiviti fizikal dan tahap kecergasan fizikal dalam kalangan pemain bola sepak di Kapit, Sarawak. Populasi dan sampel kajian adalah terdiri daripada pemain bola sepak di daerah Kapit dalam kategori 12 tahun.

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian tinjauan iaitu kajian silang- rentas yang menggunakan borang soal selidik dan penilaian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik iaitu Physical Activity Questionnaire for Older Children (PAQ-C) dan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemain bola sepak adalah diklasifikasikan aktif dalam melakukan aktiviti fizikal iaitu 27.5% yang mana kategori kawasan yang paling tinggi aktif melakukan aktiviti fizikal adalah kawasan pedalaman berbanding kawasan luar bandar dan bandar. Dapatan BMI menunjukkan bahawa pemain bola sepak di Kapit berada dalam kategori ideal iaitu 85.0%. Dapatan kajian berkaitan dengan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan menunjukkan bahawa tahap kecergasan fizikal tertinggi adalah cergas iaitu 37.5%. Penglibatan aktiviti fizikal yang baik dan sistematik secara tidak langsung dapat mempengaruhi dan mempunyai perkaitan dengan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Kajian ini memberi gambaran kepada semua pihak dalam merangka program yang lebih efisien dalam pembangunan bola sepak di Kapit, Sarawak.

Kata kunci: tahap penglibatan, aktiviti fizikal, kecergasan fizikal, pemain bola sepak

Abstract: Physical activity and physical fitness are the important component in one’s life. This research is to investigate the level of involvement of physical activity and physical fitness among the football players in Kapit, Sarawak. Population and sample were among 12 years old football player category. This is a cross-sectional survey study. The instrument that was used in this research was feedback form of Physical Activity Questionnaire for Older Children (PAQ-C) and Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). The result shows that the football players are classified as active in doing physical activity which is 27.5% of the highest level of activeness in physical activity came from the rural area compared to the outskirt and urban area. BMI results showed that the football players in Kapit are in ideal condition which 85.0% of them. The result related to the physical fitness based on health showed that the highest level of physical fitness was 37.5%. A good and systematic physical activity involvement indirectly affects and has its relevance with the level

(2)

of physical fitness based on health. This research gave a whole picture to everyone’s involve in planning much efficient programme in football development in Kapit, Sarawak.

Keywords: involvement, physical activity, physical fitness, football players

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pada zaman era teknologi ini, bukan sahaja golongan dewasa yang mengutamakan teknologi namun kanak-kanak pada usia di bawah 12 tahun juga mudah terjebak dengan teknologi dan ini merencatkan lagi tumbesaran fizikal kanak-kanak. Oleh itu, penglibatan aktiviti fizikal secara aktif secara langsung dapat mempengaruhi tahap kesihatan dalam individu (Bouchard 1990). Aktiviti fizikal juga mempunyai perkaitan dengan kecergasan fizikal (ACSM 2018).

Menurut Ibrahim et al. (2013), sebilangan besar rakyat Malaysia beranggapan bahawa aktiviti fizikal terlalu sukar untuk dilakukan, tidak memberi kebaikan, terlalu berisiko dan umumnya beranggapan tidak menarik untuk dilakukan. Tambahan menurut Wee (2013), masalah kurangnya penglibatan pelajar di dalam aktiviti fizikal di sekolah juga melanda institusi pendidikan di negara ini. Kebanyakan pelajar di kawasan bandar juga mempunai sikap sperti ini dan tidak cenderung untuk menjalankan aktiviti fizikal yang lebih aktif. Menurut M Jamsiah et al., (2007), senaman dan aktiviti fizikal merupakan satu cabang penting dalam penjagaan kesihatan dan bentuk badan seseorang selepas mempunyai diet yang betul dan berfaedah dalam membantu meningkatkan kualiti hidup. Ini merupakan elemen penting bagi memastikan kemenjadian seseorang atlet untuk berjaya. Kecergasan fizikal merupakan komponen penting dalam membantu perkembangan seseorang atlet. Manakala aktivti fizikal pula akan menjurus kepada kecergasan fizikal seseorang. Aktiviti fizikal seseorang atlet pula mungkin berbeza dari segi faktor demografi seseorang atlet tersebut. Manakala menurut kajian Jeffre, Jeff, & Ricky (2010), melihat pelajar melakukan kegiatan fizikal aktif sebagai altenatif untuk memotivasi diri berbanding pelajar lain.

Pembangunan bola sepak di peringkat 12 tahun ke bawah di Sarawak kini sedang dipergiatkan.

Kecergasan fizikal adalah berkait rapat dengan aktiviti fizikal dalam kalangan pemain pada peringkat ini kerana jika dilihat di kawasan bandar, pemain di peringkat ini lebih dilihat cenderung kepada gajet-gajet masa kini yang menyekat aktiviti aktif mereka. Kebanyakan kajian yang lepas memfokuskan di kawasan-kawasan padat penduduk atau kawasan-kawasan bandar di mana aktiviti fizikal yang lebih berbeza berbanding aktiviti fizikal seperti di luar bandar atau di pedalaman Sabah dan Sarawak. Jika dilihat dari segi ini, aktiviti fizikal kanak- kanak bawah 12 tahun di luar bandar jauh berbeza dari segi jenis aktiviti dan juga kecergasan fizikal mereka. Selain daripada itu, populasi kaum yang menduduki bahagian Kapit juga lebih ramai yang berbangsa Dayak dan sekaligus mengenalpasti aktiviti fizikal harian pemain- pemain bola sepak di bawah usia 12 tahun dalam kalangan kaum tersebut.

Di samping itu, pelbagai program pembangunan telah di buat antaranya penubuhan akademi bola sepak disegenap pelusuk negeri Sarawak. Namun begitu cabaran utama di dalam program- program ini adalah kekurangan bakat-bakat serta kadar kecergasan fizikal pemain-pemain yang di ambil di akademi-akademi ini amat merisaukan. Pada zaman era teknologi ini, bukan sahaja kita sebagai dewasa mengutamakan teknologi namun kanak-kanak pada usia di bawah 12 tahun juga mudah terjebak dengan teknologi. Jika dilihat melalui ini, kebanyakan program pembangunan bola sepak di tempatkan di kawasan-kawasan bandar, aktiviti fizikal harian mereka juga akan lebih menjurus kepada permasalahan ini. Ini membuatkan para pemain di

(3)

kawasan-kawasan bandar ini harus diberi penekan lebih dari segi latihan fizikal dan akan melambatkan proses latihan teknik dan taktikal di dalam bola sepak pada usia muda.

Selain itu, World Health Organization (WHO) (2017) mendapati bahawa obesiti dalam kalangan kanak-kanak menjadi isu kesihatan yang serius yang mana pada tahun 2015 dianggarkan 42 juta orang kanak-kanak Asia yang berumur bawah 5 tahun adalah dikategorikan dalam berat berlebihan. Ini menunjukkan hubungan rapat di antara aktiviti fizikal dan kecergasan dengan kesihatan seseorang atlet 12 tahun ke bawah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga turut mencadangkan kanak-kanak dan warga muda berumur 5 hingga 17 tahun perlu menjalankan aktiviti fizikal yang sederhana hingga berintensiti tinggi dalam jangka masa 60 minit setiap hari.

Aktiviti fizikal dan kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan memainkan peranan dalam pembangunan bola sepak dalam kalangan pemain bola sepak. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara aktiviti fizikal dan kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dalam kalangan pemain bola sepak di Kapit. Objektif kajian bagi mencapai tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap aktiviti fizikal dan kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dalam kalangan pemain bola sepak. Kajian ini dapat membantu pihak sekolah dalam merangka program untuk meningkatkan prestasi dan tahap kecergasan fizikal pemain bola sepak kategori 12 tahun di Kapit, Sarawak

2. Ulasan Kajian Lepas

Aktiviti Fizikal

Kebanyakan kajian yang lepas memfokuskan kajian di kawasan-kawasan padat penduduk atau kawasan-kawasan bandar di mana aktiviti fizikal yang lebih berbeza berbanding aktiviti fizikal seperti di luar bandar atau di pedalaman Sabah dan Sarawak. Gaya hidup kanak-kanak bawah 12 tahun diluar bandar jauh berbeza dari segi pemakanan dan juga aktiviti fizikal harian mereka. Menurut Aziz (2014), ini dibuktikan melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 menunjukkan 43.7 peratus rakyat Malaysia tidak menjalankan hidup secara aktif. Kajian yang sama juga menunjukkan 45.6% orang dewasa di kawasan luar bandar kurang aktif berbanding dengan orang dewasa di kawasan luar bandar. Kajian ini juga menunjukkan terdapat kira-kira 43% orang dewasa, 20 % remaja dan 26 % pelajar sekolah rendah mengalami berat badan yang berlebihan atau obes. Penglibatan yang aktif dalam apa sahaja aktiviti fizikal tidak dapat dinafikan boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes, penyakit serangan jantung, masalah tekanan darah tinggi, masalah kerapuhan tulang dan masalah berat badan berlebihan di samping mampu meningkatkan kecergasan diri seseorang (Warburton et al., 2007 & Tremblay et al., 2011) dalam Chun et al., (2014).

Pembangunan Bola Sepak

Pembangunan bola sepak di Malaysia sedang berkembang dengan aktif dengan pelbagai program pembangunan ditubuhkan, akademi-akademi swasta diwujudkan bagi mencari bakat- bakat baru di dalam sukan bola sepak. Menurut kajian Ismail, Hashim & Rashid (2013), kesan faktor fizikal, faktor kecergasan dan psikologi memberi kesan dalam pemilihan bakat-bakat di dalam sukan bola sepak. Ini menunjukkan bahawa kecergasan fizikal harus difokuskan bagi meningkatkan lagi bakat-bakat di dalam bola sepak. Oleh yang demikian, berdasarkan kajian lepas dan juga isu yang timbul sebelum ini, adalah penting bagi para jurulatih mahupun pengendali pusat-pusat pambangunan bola sepak untuk merancang aktiviti fizikal yang dapat dijadikan tabiat di dalam kehidupan seharian pemain-pemain ini selain daripada hanya semasa latihan. Ini bertujuan agar dapat melahirkan bakat-bakat baru di dalam bola sepak yang mampu

(4)

seiring dengan negara-negara lain. Selain daripada pendekatan latihan yang sistematik, beberapa faktor seperti fizikal, fisiologi, psiklogikal dan sosiologi merupakan antara faktor utama dalam kejayaan sesebuah pasukan bola sepak (William & Reilly, 2000).

Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal merupakan komponen penting dalam membantu perkembangan seseorang atlet. Manakala aktivti fizikal pula akan menjurus kepada kecergasan fizikal seseorang. Aktiviti fizikal seseorang atlet pula mungkin berbeza dari segi faktor demografi seseorang atlet tersebut.

Manakala menurut kajian Jeffre, Jeff, & Ricky (2010), melihat pelajar melakukan kegiatan fizikal aktif sebagai altenatif untuk memotivasi diri berbanding pelajar lain. Begitu juga yang berlaku dalam kalangan pelajar 12 tahun ke bawah dimana mereka melakukan aktiviti fizikal kerana ingin membuktikan kebolehan mereka. Faktor demografi dari segi kawasan dan kaum boleh menjadi salah satu faktor untuk mengenal pasti apakah aktivti fizikal yang menjurus kepada kecergasan fizikal para pemain bola sepak bawah 12 tahun dan kebergantungannya kepada tahap kesihatan mereka. Kecergasan individu merupakan situasi fizikal seseorang yang membolehkan dia melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, menyertai acara sukan atau rekreasi serta mempunyai lebihan tenaga untuk digunakan sekiranya berlaku kecemasan (Singh, 2012).

3. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan iaitu silang-rentas dan penilaian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Populasi dan sampel kajian adalah terdiri daripada pemain bola sepak lelaki di daerah Kapit iaitu di bawah kategori 12 tahun. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik Physical Acitivy Questionnaire for Older Children (PAQ- C) untuk mengkaji tahap penglibatan aktiviti fizikal pemain bola sepak dan ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) untuk mengkaji tahap keceragsan fizikal berlandaskan kesihatan.

Kajian ini dijalankan secara berkelompok mengikut akademi dan pusat pembangunan bola sepak yang dikaji. Sebelum kajian dilaksanakan, jurulatih di setiap pusat dan akademi telah dimaklumkan terlebih dahulu. Mereka diminta untuk memilih sampel kajian atau pemain yang sering mewakili daerah atau bahagian bagi memastikan data dapat dilihat dengan lebih berkesan. Terdapat 3 buah sekolah ini telah dipilih adalah kerana ketiga-tiga sekolah ini mempunyai perancangan pembangunan pemain bawah 12 tahun yang teratur dan merupakan populasi yang mewakili 3 kawasan geografi dan demografi yang berbeza di bahagian Kapit iaitu kawasan pekan, luar bandar dan juga pedalaman. Tambahan pula, ketiga-tiga sekolah ini mempunyai populasi kaum majoriti berbangsa Iban. Semua sampel kajian dikehendaki menjawab setiap bahagian dalam soal selidik bagi mendapatkan data yang diperlukan untuk dianalisis. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi bagi mendapatkan keputusan yang signifikan untuk kajian ini. Bagi memudahkan lagi pengumpulan data dilakukan, borang soal selidik telah dijawab sebelum ujian SEGAK dijalankan di setiap sekolah. Setelah selesai ujian dijalankan, data yang telah diambil, telah dimasukkan ke sistem dan melalui guru-guru yang pelajarnya terlibat dalam kajian, data SEGAK telah diambil. Oleh kerana bahagian Kapit merupakan zon hijau di dalam data penularan pandemik Covid-19, aktiviti kokurikulum dibenarkan secara bersyarat dan S.O.P yang ketat.

(5)

Jadual dan Rajah

Jadual 1: Latar belakang demografi kajian.

Kategori Klasifikasi N %

Umur 10 Tahun

11 Tahun 12 Tahun

20 35 25

25.0 43.8 31.2

Agama Islam

Kristian Lain-Lain

8 64

8

10.0 80.0 10.0 Sektor Pekerjaan Bapa Kerajaan

Swasta Sendiri Tidak Bekerja

15 20 45 -

18.6 25.0 56.4 - Sektor Pekerjaan Ibu Kerajaan

Swasta Sendiri Tidak Bekerja

5 10 10 55

6.3 12.5 12.5 68.7 Pendapatan Keluarga < RM1,000.00

RM1,000.00 – RM1,999.99 RM2,000.00 – RM2,999.99 RM3,000.00 – RM3,999.99

≥ RM4,000.00

20 30 15 5 10

25.0 37.5 18.8 6.3 12.5 Tahap Penglibatan Sukan MSSS

MSSD MSSN MSSM

40 30 10 -

50.0 37.5 12.5 - Jadual 2: Tahap penglibatan aktiviti fizikal dalam kalangan pemain bola sepak mengikut kawasan Kategori Klasifikasi Aktiviti Fizikal Kekerapan (N) Peratusan (%) Keseluruhan Sangat Tidak Aktif

Tidak Aktif Sederhana Aktif Sangat Aktif

15 8 18 22 17

18.7 10.0 22.5 27.5 21.3 Pedalaman Sangat Tidak Aktif

Tidak Aktif Sederhana Aktif Sangat Aktif

- 1 2 5 12

- 5.0 10.0 25.0 60.0 Luar Bandar Sangat Tidak Aktif

Tidak Aktif Sederhana Aktif Sangat Aktif

- 4 7 10

4

- 16.0 28.0 40.0 16.0 Bandar Sangat Tidak Aktif

Tidak Aktif Sederhana Aktif Sangat Aktif

15 3 9 7 1

42.9 8.6 25.7 20.0 2.9

(6)

Jadual 3: Klasifikasi BMI mengikut kawasan pemain bola sepak

Kategori Klasifikasi BMI Kekerapan

(N)

Peratusan (%) Keseluruhan Obesiti

Berlebihan Berat Kurang Berat Ideal

- 12

- 68

- 15

- 85 Pedalaman Obesiti

Berlebihan Berat Kurang Berat Ideal

- 2 - 18

- 10

- 90 Luar Bandar Obesiti

Berlebihan Berat Kurang Berat Ideal

- 1 - 24

- 4 - 96

Bandar Obesiti

Berlebihan Berat Kurang Berat Ideal

- 9 - 26

- 25.7

- 74.3

Jadual 4: Analisis Penyataan Ujian SEGAK pemain bola sepak mengikut kawasan

Kategori Kawasan Pusat Pembangunan

Bandar (N) Luar Bandar (N) Pedalaman (N) Peratus (%)

Sangat Cergas 0 1 8 11.3

Tinggi 13 11 5 36.2

Cergas 13 12 5 37.5

Kurang Cergas 7 1 2 12.5

Tidak Cergas 2 0 0 2.5

3. Perbincangan dan Kesimpulan

Dapatan kajian bagi latar belakang demografi menunjukkan bahawa umur tertinggi dalam kalangan pemain bola sepak di Kapit adalah 11 tahun iaitu 43.8% dengan jumlah agama tertinggi adalah beragama Kristian iaitu 80%. Dapatan bagi sector pekerjaan bapa yang tertinggi adalah sendiri iaitu 56.4% dan sector pekerjaan ibu tertinggi adalah tidak bekerja iaitu 68.7% dengan anggaran pendapatan keluarga bulanan adalah RM1,000.00 hingga RM1,999.99 iaitu 37.5%. Tahap penglibatan dalam sukan yang tertinggi dalam kalangan pemain bola sepak di Kapit adalah MSSS iaitu 50.0%. Jadual 1 menunjukkan analisis deskriptif bagi latar belakang demografi kajian dalam kalangan pemain bola sepak di Kapit.

Jadual 2 menunjukkan taburan penglibatan aktiviti fizikal dalam kalangan pemain bola sepak mengikut kawasan. Jika dilihat secara keseluruhan, 75.8% pemain ini melakukan aktiviti dalam tahap yang aktif dimana kebanyakan penglibatan secara aktif ini lebih menjurus di kawasan pedalaman dan juga luar bandar. Secara keseluruhannya, data ini menunjukkan bahawa tahap penglibatan aktiviti aktif bagi pelatih yang rata-rata tinggal di kawasan rumah panjang di pedalaman dan luar bandar. Kebanyakkan pelatih yang tinggal di kawasan bandar lebih terdedah dengan teknologi dan hiburan lain. Menurut Mcquire, 2014, kanak-kanak atau remaja perlu melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya satu jam atau lebih dalam satu hari.

Perkara ini amat sukar bagi pemain di kawasan bandar dimana mereka lebih gemar bermain gajet elektronik. Penyataan ini disokong jika dilihat penyumbang utama peratusan pemain yang sangat tidak aktif melibatkan diri di dalam aktiviti fizikal merupakan pemain di kawasan bandar

(7)

dengan 42.9% daripada pemain di bandar mempunyai tahap penglibatan sangat tidak aktif. Jika dilihat di kawasan pedalaman, tiada seorang pun pemain yang berada di dalam kategori yang sangat tidak aktif dan sebanyak 60% mengamalkan tahap aktiviti fizikal yang sangat aktif. Di kawasan luar bandar pula para pemain sudah mula mempunyai aktiviti-aktiviti lain selain daripada aktiviti fizikal namun tetap mempunyai penglibatan aktiviti fizikal yang aktif sebanyak 40%. Kebanyakan pemain di kawasan luar bandar lebih seimbang penglibatannya dimana masih juga tidak terdapat pemain yang sangat tidak aktif. Ini kerana pemain di kawasan ini ada di antara mereka yang sudah mula melakukan aktiviti lain selain aktiviti fizikal seperti melepak dan aktiviti santai yang lain. Namun begitu, jauh berbeza di kawasan bandar di mana lebih banyak aktiviti yang lebih menarik perhatian pemain ini yang memikirkan penglibatan aktiviti fizikal yang aktif sangat sukar bagi mereka. Keadaan ini mendorong kepada hanya 2.9 peratus sahaja pemain ini yang terlibat sangat aktif dalam aktiviti fizikal.

Jadual 3 menunjukkan klasifikasi BMI mengikut kawasan pemain bola sepak menjalankan latihan. Secara keseluruhan, kebanyakan pemain bola sepak kategori 12 tahun di Kapit mempunyai berat badan yang ideal sebanyak 85% dan hanya 15% yang berlebihan berat badan.

Hasil dapatan klasifikasi BMI para pelatih juga menunjukkan di kawasan bandar, lebih ramai pelatih ini yang mempunyai berat badan yang berlebihan sebanyak 25.7% berbanding di kawasan pedalaman dan bandar masing hanya 10% dan 4% sahaja. Jika dilihat di kawasan pedalaman, 90% daripada pelatih mempunyai berat badan yang lebih ideal. Kajian Grant- Guimaraes et al. (2016) mengenai amalan gaya hidup sihat dapat memberi faedah termasuklah dapat mengurangkan risiko obesiti dan seterusnya dapat memberikan kesejahteraan kepada mental, membina bentuk tubuh yang menarik dan dapat meningkatkan keyakinan dalam diri seseorang. Ini sekaligus menunjukkan bahawa penglibatan aktiviti fizikal yang aktif memberikan impak kesihatan yang lebih baik bagi pemain ini. Melalui dapatan ini juga didapati pemain di kawasan luar bandar juga tidak mempunyai masalah di dalam mengekalkan berat badan yang ideal dimana hanya 4 peratus pemain mempunyai berat badan yang berlebihan.

Walaubagaimanapun, jika dilihat dari segi kesihatan, kesemua pemain ini berada di dalam keadaan yang baik kerana tidak seorang pun yang mempunyai BMI obesiti. Dalam kajian Martinez, Petranovic dan Nielson (2016) telah mengatakan bahawa kanak-kanak akan menjadi lebih cergas dan dapat menghindarkan diri daripada segala penyakit yang berkaitan dengan jantung serta obesiti sekiranya mereka melakukan aktiviti fizikal yang aktif melalui aktiviti kecergasan.

Jadual 4 menunjukkan analisis penyataan ujian SEGAK pemain bola sepak mengikut kawasan.

Hasil analisis ini menunjukkan kawasan pedalaman menyumbangkan peratusan yang tertinggi bagi pemain di dalam kategori sangat cergas seramai 8 orang pemain yang memberikan 11.3%

kepada keseluruhan pemain. Ini dapat dilihat jika penglibatan aktif pemain di pedalaman menjurus kepada pemain yang sangat cergas. Manakala pemain kawasan luar bandar lebih ramai di tahap cergas dan tahap kecergasan tinggi dengan 37.5% dan 36.2 %.

Walaubagaimanapun, jika dilihat di kawasan bandar, pemain-pemain bola sepak kategori 12 tahun kurang cergas dalam ujian SEGAK kerana kurang melakukan aktiviti fizikal yang aktif.

Kawasan bandar mempunyai pemain yang kurang cergas dan tidak cergas paling banyak sebanyak 12.5% dan 2.5%. Ini menunjukkan bahawa penglibatan pemain yang kurang aktif di kawasan ini telah mendorong kepada pemain yang kurang cergas dalam kalangan pemain bola sepak di Kapit. Tahap penglibatan aktiviti fizikal yang aktif dapat mempengaruhi tahap kecergasan pemain bola sepak. Kesediaan murid-murid dalam melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah sangat penting sama ada dari segi kognitif, tingkah laku, dan juga petunjuk yang menyatakan penglibatan murid dalam sesuatu tugasan pembelajaran (Chapman, 2007).

Kesediaan ini amat penting bagi pemain bola sepak dalam kategori ini bagi sentiasa bersedia

(8)

untuk pelbagai jenis aktiviti fizikal di dalam bola sepak. Dalam kajian Yazzie-Mintz (2007) pula telah merungkaikan konsep penglibatan murid-murid berlandaskan tiga komponen iaitu kognitif, intelektual dan akademik. Perkara ini berkait rapat dengan pemain ini kerana mereka masih berada di dalam kategori 12 tahun dan seharusnya mereka lebih banyak melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian mereka.

Kesimpulannya, penglibatan aktiviti fizikal dalam kalangan pemain bola sepak kategori 12 tahun ini amat berkait rapat dengan tahap kecergasan para pemain dimana selain daripada latihan yang dijalankan di pusat-pusat latihan, para pemain juga seharusnya meningkatkan tahap kecergasan di luar latihan dengan aktiviti fizikal yang aktif. Ini sekaligus dapat membantu meningkatkan kualiti pemain bawah 12 tahun yang akan diketengahkan ke peringkat usia yang lebih tinggi kelak. Hasil daripada kajian ini seharusnya dapat memberikan manfaat serta panduan yang baik kepada pusat-pusat latihan atau pembangunan yang dilaksanakan menggunakan sekolah-sekolah yang terpilih. Kajian ini juga seharusnya dapat memberi pengetahuan kepada para jurulatih di pusat pembangunan bawah 12 tahun untuk lebih memfokuskan aktiviti fizikal yang mampu meningkatkan lagi tahap kecergasan fizikal yang sesuai bagi pemain bawah 12 tahun. Jika dilihat dari segi pemain itu sendiri, kajian ini mampu memberi kesedaran agar lebih banyak melakukan aktiviti fizikal yang lebih aktif untuk kesihatan kendiri. Dilihat dari sudut lain pula:

i. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak

Kajian ini boleh memberikan manfaat khususnya JPN Sarawak terutama unit sukan kerana jika dilihat dari segi pemilihan atlit ke sekolah sukan, kesukaran mencari bakat di kawasan bandar boleh diselesaikan dengan melihat ke kawasan pedalaman atau luar bandar. Di samping itu, kajian ini boleh dijadikan modul untuk program latihan yang lebih banyak di kawasan bandar.

ii. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kapit

Kajian ini perlu dilihat PPD Kapit sebagai satu batu loncatan yang dapat dijadikan satu pemangkin untuk mewujudkan lebih banyak pusat-pusat pembangunan sukan di bahagian Kapit agar mampu melahirkan lebih ramai atlit yang lebih berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi.

Corak aktiviti fizikal para pemain di kawasan bandar dan luar bandar juga seharusnya dilihat dan dikaji oleh para pegawai pusat-pusat pembangunan di Sarawak agar dapat diadaptasi dan didokumentasikan menjadi salah satu aktiviti di mana-mana program pembangunan di Sarawak. Oleh hal yang demikian, pengkaji mencadangkan agar pengkaji lain dapat mengkaji dengan lebih lanjut corak aktiviti fizikal para pemain bola sepak bawah 12 tahun di semua kawasan-kawasan pedalaman Sarawak agar dapat dikenalpasti keberkesanannya terhadap tahap kecergasan pemain-pemain bola sepak bawah 12 tahun.

Rujukan

Blair, S.N., Kohl, H.W., & Gordon, N.F. (1992). How Much Physical Activity Is Good For Health? Annual Review of Public Health, 13, 99-126.

Brownson, R.C., Chang, J.C., Davis, J.R., & Smith, C. (1991). Physical Activity on the Job and Cancer in Missouri. American Journal of Public Health, 81(5): 639-642.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2016. Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia. Retrieved from

(9)

http://jpnpahang.moe.gov.my/v2/images/stories/SPA/BahanMuaturun/SEGAK2016- 1.pdf

Chapman, R. L. (2007). How to think about environmental studies. Journal of Philosophy of Education, 41(1), 59–74. doi:10.1111/j.1467-9752.2007.00544.x

Corbin C. B. & Lindsey R. (1998). Concept Of Physical Fitness With Laboratories (6th ed.) Dubuque, Iowa: Wm. C.Brown Publisher.

Emilia anak Gelau & Mohd Radzani Abdul Razak (2017). Tahap Penglibatan Pelajar Melanau Tingkatan Empat Di SMK Belawai Dalam Aktiviti Fizikal. Seminar Serantau 2017. 177- 183.

Erwan Ismail & Mohd Radzani Abdul Razak (2017). Tahap Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan dan Corak Aktiviti Fizikal Murid Sekolah di Gugusan FELDA. Seminar Serantau 2017, 1052-1056.

Grant-Guimaraes, J., Feinstein, R., Laber, E. & Kosoy, J. (2016). Childhood Overweight and Obesity. Gastroenterology Clinics of North America,. Elsevier Inc.

doi:10.1016/j.gtc.2016.07.007.

Ibrahim S, Karim N.A, Oon N.L., Ngah W.Z.W. (2013). Perceived Physical Activity Barrriers To Body Weight Status.And Sociodemographic Factors Among Malaysian Men In Klang Valley. BMC Pub Health, 13: 275.

Kementerian Belia dan Sukan. (1988). Dasar sukan Negara. Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities.

Educational and Psychological Measurement.

Kowalski, K. C., Crocker, P. R. E., & Donen, R. M. (2004) The Physical Activity Questionnaire for Older Children (PAQ-C) and Adolescents (PAQ-A) Manual. College of Kinesiology, University of Saskatchewan, (August), 1-37. https://doi.org/Accessed on 15 August 2017.

Martínez, J. L., Petranovic, D. & Nielsen, J. 2016. Heme metabolism in stress regulation and protein production: From Cinderella to a key player. Bioengineered, 7(2), 112–115.

doi:10.1080/21655979.2015.1126016.

Mcguire, S. (2014). Centers for Disease Control and Prevention . 2013 . Strategies to Prevent Obesity and Other Chronic Diseases : The CDC Guide to Strategies to Support Breastfeeding Mothers and Babies . Atlanta , GA : U . S . Department of Health and Human Services,2013. Advances in Nutrition, 5, 291–292. doi:10.3945/an.114.005900.

Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. (2000). Profesionalisme DalamPengurusanModul kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan(KPSK) Tahap 1, 2011. Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara( MSN).

Williams, A.M. and Reilly, T.(2000), Talent Identification and Development in Soccer, Journal of Sports Sciences,18(9), 657-667.

Yazzie-Mintz, E. (2007). Voices of students on engagement: A report on the 2006 high school survey of student engagement. [Electronic version ERIC document ED495758].

Bloomington,IN: Center for evaluation and education policy. Dicapai pada 02 Mac 2018 from ERIC database.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Seseorang yang aktif bersenam dan melakukan aktiviti fizikal secara konsisten akan memanjangkan usia berbanding mereka yang tidak aktif ini kerana mereka adalah

Selain itu, kajian tahap kecergasan berlandaskan kesihatan dalam kalangan murid di Felda wilayah Lahad Datu mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan di

Staf Kolej Universiti Widad perlu mempunyai kesedaran tentang pentingnya penglibatan dalam melakukan aktiviti fizikal supaya mereka dapat meningkatkan tahap

Justeru itu kajian tindakan ini dilakukan bagi memastikan ada waktu yang khusus untuk melakukan aktiviti fizikal tahap sederhana ke aktif tiga kali seminggu

Montanari, Silvestri, Gallo (2008) telah mengkaji tentang kesan pembelian pemain baru di hujung musim terhadap prestasi pasukan bola sepak dalam “Serie A” Italy. Kajian ini

Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa faktor antropometrik iaitu ketinggian dan komponen kecergasan fizikal pemain iaitu kekuatan kaki, kelajuan dan ketangkasan adalah merupakan

Laporan analisis kajian mendapati pelajar lebih aktif atau tahap penglibatan mereka dalam ativiti fizikal adalah lebih tinggi sebelum penularan COVID-19 berbanding

Di samping itu, dapatan ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap aktiviti fizikal dengan halangan melakukan aktiviti fizikal iaitu