• Tiada Hasil Ditemukan

View of Kepimpinan Strategik Dan Hubungannya Dengan Kualiti Pengajaran Guru Di Sekolah Kluster Tamil Daerah Pasir Gudang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Kepimpinan Strategik Dan Hubungannya Dengan Kualiti Pengajaran Guru Di Sekolah Kluster Tamil Daerah Pasir Gudang"

Copied!
8
0
0

Tekspenuh

(1)

Kepimpinan Strategik Dan Hubungannya Dengan Kualiti Pengajaran Guru Di Sekolah Kluster Tamil Daerah Pasir

Gudang

(Strategic Leadership and Its Relationship with Quality of Teachers’

Teaching in Tamil Cluster Schools in Pasir Gudang District)

Kalaimani Ramakrishnan1,Aida Hanim Abd Hamid1*

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.

*Pengarang Koresponden: aidahanim@ukm.edu.my

Accepted: 1 June 2020 | Published: 15 June 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Seorang pemimpin perlulah menunjukkan sifat kepimpinan yang mendorong kepada peningkatan mutu kerja dan sokongan daripada orang bawahannya supaya ia dapat meningkatkan prestasi organisasi tersebut. Kualiti pengajaran guru di sekolah tamil kluster di daerah Pasir Gudang diperkatakan semakin menurun. Antara sebab utamanya ialah guru besar sekolah-sekolah tersebut kurang mengamalkan kepimpinan strategik yang dapat memotivasikan guru dalam memberikan pengajaran yang berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kepimpinan strategik dengan kualiti pengajaran guru di sekolah kluster Tamil daerah Pasir Gudang. Kajian ini dapat memberi kepentingan kepada para guru bagi mengamalkan kepimpinan yang terbaik. Pihak PPD dan JPN pula dapat menentu ukur kualiti kepemimpinan seorang guru besar berdasarkan kualiti pengajaran guru sekolah tersebut. Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan kuantitatif. Instrumen soal selidik telah digunakan dan data yang diperoleh telah dianalisis berdasarkan statistik deskriptif.

Seramai 50 orang guru daripada dua buah sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (Kluster) di Daerah Pasir Gudang telah dijadikan sampel kajian ini. Data dikumpul dan dianalisis melalui perisian SPSS Versi 23. Dapatan menunjukkan guru besar SJK Tamil kluster daerah Pasir Gudang menunjukkan tahap kepimpinan strategik yang tinggi dan guru-guru mempunyai kualiti pengajaran yang tinggi. Perancangan strategik, interaksi dan rangkaian komuniti guru besar tidak begitu memberi kesan kepada kualiti pengajaran guru. Namun, motivasi dari guru besar dapat meningkatkan semangat dalam kalangan guru untuk memberi pengajaran yang berkualiti. Tahap kepimpinan guru besar sahaja tidak dapat memberikan impak kepada kualiti pengajaran guru. Secara keseluruhannya, kualiti pengajaran guru di sekolah tamil kluster di daerah Pasir Gudang dipengaruhi oleh faktor- faktor luaran yang lain dan bukan dipengaruhi oleh kepimpinan strategik guru besar sekolah tersebut.

Kata kunci: Kepimpinan strategik, guru besar, kualiti pengajaran, sekolah kluster

Abstract: A leader must demonstrate leadership qualities that lead to the improvement of work quality and the support of his subordinates in order to improve the performance of the organization. The quality of teachers’ teaching in Tamil cluster schools in Pasir Gudang district is said to be declining. One of the main reason is the headmasters of these schools lack of strategic leadership which can motivates teachers to provide quality teaching. The purpose of this study is to look at the relationship between strategic leadership and teaching quality of teachers in Tamil cluster schools of Pasir Gudang district. This study is important

(2)

for head teachers to practice best leadership. Stakeholders can determine the quality of leadership of a headmaster based on the quality of teaching of the school teachers. This study is a quantitative survey study. Questionnaire was used and the data were analyzed using descriptive statistics. The sample of this study consisted of 50 teachers from two National Type Tamil Cluster schools in the Pasir Gudang district. Data were collected and analyzed using SPSS Version 23 software. The findings show that the head teachers of National Type Tamil Cluster schools in the Pasir Gudang district have high level of strategic leadership while the teachers also having high level of quality teaching. The strategic planning, aspect of interaction and community network has little impact on the quality of teaching. However, the motivation of head teacher can increases the enthusiasm of teachers to provide quality teaching. Level of strategic leadership of headmasters alone has no impact on the quality of teaching. In conclusion, the quality of teacher teaching in National Type Tamil Cluster schools in the Pasir Gudang district is influenced by other external factors and not influenced by the strategic leadership of the head teacher.

Keywords: Strategic leadership, head teacher, teaching quality, cluster school

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Gaya kepimpinan seorang ketua jabatan atau guru besar sangat berkait rapat dengan komitmen yang akan diberikan oleh guru sekolah berkenaan. Gaya kepimpinan strategik merupakan satu model kepimpinan yang merangkumi pelbagai elemen yang digabungkan dan disesuaikan dalam mencapai objektif sesuatu organisasi. Kajian ini menjadi perintis kepada pengkaji disebabkan banyak isu-isu yang telah diperkatakan mengenai kualiti pengajaran guru yang semakin menurun kerana pelbagai sebab dan untuk melihat bagaimana seorang pemimpin dapat mengembalikanya dengan menggunakan kepimpinan yang strategik. Ismail (2018), telah menyatakan bahawa seorang guru besar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan strategik harus mengambil kira faktor-faktor persekitaran yang memberi impak terhadap pencapaian pelajar dan sekolah mereka, misalnya faktor pengajaran guru. Walaupun terdapat guru besar yang mengutamakan sikap toleransi dan bertimbang rasa (Esa, 2009), masih ada juga pemimpin sekolah yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana kepimpinan strategik dan hubungannya dengan kualiti pengajaran guru di sekolah kluster Tamil daerah Pasir Gudang. Terdapat tiga objektif utama bagi kajian ini, iaitu mengetahui tahap kepimpinan strategik dalam kalangan pemimpin Sekolah Kluster Tamil daerah Pasir Gudang, mengenal pasti tahap kualiti pengajaran guru di Sekolah Kluster Tamil daerah Pasir Gudang dan mengenal pasti hubungan signifikan antara kepimpinan strategik dan kualiti pengajaran guru Sekolah Kluster Tamil daerah Pasir Gudang. Kajian ini telah dipilih dan dijalankan dengan harapan ianya dapat memberikan satu gambaran yang jelas tentang bagaimana pemimpin sekolah kluster tamil daerah Pasir Gudang menggunakan kepimpinan strategik dalam pengurusan mereka serta hubungannya dengan kualiti pengajaran guru. Kajian ini dibangunkan berdasarkan dua model iaitu Model Stratgeik Davies & Davies (2008) dan Model Slavin (1994).

2. Tinjauan Literatur

Model kepimpinan strategik telah diperkenalkan oleh Brent Davies dan Barbara J.Davies (2008). Menurut Davies & Davies, setiap kepimpinan sekolah mengamalkan kepimpinan strategik yang bersesuaian dengan konteks sekolah masing-masing. Manakala Model Slavin merupakan satu teori kepimpinan yang dilihat dan dibincangkan setelah diwujudkan oleh

(3)

Fred Edward Fiedler pada 1967 (Rahim, 2015). Dalam teori kontigensi ini, Fiedler menyatakan bahawa seseorang pemimpin menggunakan pengaruhnya berdasarkan kepada situasi tertentu sama ada situasi berkaitan keperibadian, tugasan kumpulan, gaya kepimpinan atau situasi yang bersesuain dengan kumpulan-kumpulan tertentu. Menurut Mohd Izham Mohd Hamzah et al, (2012), kepimpinan strategik bermaksud kepimpinan yang menunjukkan sifat-sifat berfokus tinggi dan sistematik. Hitt dan Ireland (2002) berpendapat bahawa, kepimpinan strategik yang tidak atau kurang berkesan, kemungkinan besar menyebabkan sesebuah organisasi kurang atau tidak mencapai prestasi yang cemerlang. Maka kejayaan organisasi akan menjadi sangat kurang memuaskan. Pada masa yang sama, Mohammed Sani Ibrahim (2013) telah menyatakan pandangan beliau bahawa pencapain keberhasilan pelajar dari segi pembelajaran menentukan kualiti pengajaran melalui aktiviti pendidikan. Menurut Hamid (2006), guru mendapat kepuasan apabila keperluan mereka dipenuhi oleh pihak pengurusan manakala pihak pengurusan mendapat kepuasan apabila guru menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan sekolah sentiasa mencapai sasaran yang ditetapkan.

Mariam Md Salleh et al, (2009) dalam kajiannya telah mendapati bahawa kesan interaksi pentadbir lelaki dari aliran sains menunjukkan ciri kepimpinan yang lebih baik daripada kesan interaksi pentadbir lelaki dan perempuan dari aliran sastera. Mua’azam bin Mohamad (2016) pula mendapati keupayaan strategik individu adalah peramal penting dan positif terhadap kesediaan perubahan organisasi. Selain itu, Zain (2016) pula mencadangkan para pengetua untuk mewujudkan hubungan interpersonal, membahagikan tugas dan berkolaboratif sesama guru untuk mendapat pencapaian akademik yang lebih positif.

Pengetua juga harus melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman terkini sebagai pemimpin instruksional. Hamzah (2015) pula menerangakan seorang pemimpin menjadi penyumbang utama bagi kejayaan organisasi. Organisasi yang kompiten hanya wujud hasil daripada pemimpin yang berkualiti. Beliau juga mengenal pasti pengetahuan, berkeperibadian positif, berkemahiran, penyumbang organisasi dan kesanggupan memimpin merupakan lima kompetensi utama bagi seorang pemimpin yang berkaliber.

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan analisis statistik deskriptif.

Jumlah persampelan kajian ini merangkumi 50 orang guru iaitu 35 orang guru daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Masai dan 15 orang Guru daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mount Austin yang dipilih secara rawak. Guru-guru dari dua buah sekolah jenis kebangsaan Tamil (Kluster) di daerah Pasir Gudang telah dijadikan populasi bagi kajian ini. Reka bentuk kajian ini ialah kaedah tinjauan dimana responden telah diedarkan borang soal selidik. Soal selidik ini telah diadaptasikan daripada Hairudin Ali (2012) bagi kepimpinan strategik dan Shahril Marzuki (2005) bagi mengukur kualiti kerja guru (Fazleen Mohamad Siti Noor Ismail, 2018). Kedua-dua soal selidik mempunyai nilai Cronbach Alpha yang tinggi iaitu pada 0.84 dan 0.96 masing-masing. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan sistem SPSS Versi 23.

3. Perbincangan Dan Kesimpulan

Dapatan kajian bagi persoalan satu menunjukkan tahap kepimpinan guru besar sekolah jenis kebangsaan Tamil (Kluster) di daerah Pasir Gudang adalah tinggi. Empat aspek telah dipilih untuk dikaji bagi persoalan ini, iaitu aspek perancangan strategik, aspek interaksi, aspek motivasi dan aspek rangkaian komuniti. Melihat pada aspek perancangan strategik dapat dilihat bahawa secara keseluruhan dapatan paling tinggi adalah (Min=4.50, SD=0.50) yang menyatakan bahawa pemimpin ini sentiasa merancang sesuatu program dengan sangat berkesan. Aspek interaksi juga mencatatkan dapatan paling tinggi (min=4.56, SD=0.50) yang

(4)

menunjukkan pemimpin merupakan seorang yang sentiasa memberikan peluang kepada guru- gurunya untuk mengemukakan pandangan dan idea baru. Aspek ketiga dalam tahap kepimpinan strategik adalah aspek motivasi yang dapatan secara keseluruhan menunjukkan ianya berada pada tahap tinggi juga iaitu pada (min=4.70, SD=0.46) yang melihat bahawa pemimpin sentiasa memberikan pujian kepada guru yang berhak memperolehinya. Aspek rangkaian komuniti juga mempunyai tahap yang tinggi iaitu pada (min=4.58, SD=0.50) dimana dilihat bahawa pemimpin menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti anjuran NGO.

Seterusnya dapatan kajian bagi persoalan kedua iaitu tahap kualiti pengajaran guru turut berada pada tahap yang tinggi. Empat aspek telah dipilih untuk dikaji bagi persoalan ini iaitu aspek kualiti pengajaran guru, aspek insentif, aspek kesesuaian aras pengajaran serta aspek masa. Aspek kualiti pengajaran berada pada tahap tinggi (min=4.68, SD=0.47) membuktikan guru-guru sentiasa merancang pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulu. Bagi aspek kesesuaian aras pengajaran guru, tahapnya berada pada tinggi (min=4.58, SD=0.50) di mana guru-guru sentiasa memastikan isi pelajaran sesuai dengan kebolehan murid. Aspek masa juga berada pada tahap tinggi (min=4.52, SD=0.50) di mana guru meluangkan masa dengan berurusan dengan murid bermasalah pembelajaran, Seterusnya, dapatan dalam aspek insentif juga berada pada tahap tinggi (min=4.52, SD=0.50) di mana guru sentiasa memberi pujian di khalayak ramai kepada murid dan memberi semangat supaya belajar bersungguh-sungguh.

Dapatan bagi persoalan ketiga telah diperoleh dengan mencari hubungan antara satu domain dari pemimpin strategik dan satu domain dari kualiti kerja guru. Jadual 1 menunjukkan dapatan korelasi bagi hubungan antara tahap kepimpinan dan tahap kualiti kerja guru adalah (r=0.171, n=50, p=0.234, p>0.05). Maka, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap perancangan strategik dan kualiti pengajaran guru.

Jadual 1: Hubungan Tahap Kepimpinan guru besar dan Tahap Kualiti Pengajaran (aspek Perancangan Strategik dengan Kualiti Pengajaran)

Korelasi

BA2 CA1

Perancangan Strategik

Korelasi Pearson

1 .171

Sig. (2-tailed) .234

N 50 50

Selain itu, jadual 2 menunjukkan korelasi kedua hubungan antara tahap kepimpinan dan tahap kualiti kerja menunjukkan nilai (r=0.225, n=50, p=0.116, p>0.05). Maka tahap kepimpinan seorang guru besar dari aspek interaksi tidak memberi sebarang impak terhadap kualiti pengajaran guru dari aspek kesesuaian aras pengajaran.

Jadual 2: Hubungan Tahap Kepimpinan guru besar dan Tahap Kualiti Pengajaran dalam kalangan guru(aspek Interaksi dengan kesesuaian aras pengajaran)

Korelasi

BB10 CB13

Interaksi Korelasi Pearson 1 .225

Sig. (2-tailed) .116

N 50 50

(5)

Manakala, jadual 3 menunjukkan nilai dapatan korelasi pearson kurang daripada tahap pekali.

Maka tahap kepimpinan seorang guru besar dari aspek motivasi dapat memberi impak terhadap kualiti pengajaran guru dari aspek masa.

Jadual 3: Hubungan Tahap Kepimpinan guru besar dan Tahap Kualiti Pengajaran dalam kalangan guru (aspek Motivasi dengan aspek Masa)

Korelasi

BC16 CC23

Motivasi Korelasi Pearson 1 .500**

Sig. (2-tailed) .000

N 50 50

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 4 menunjukkan nilai (r=0.225, n=50, p=0.116, p>0.05). Maka tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap rangkaian komuniti pemimpin dengan insentif guru. Ini menunjukkan bahawa tahap kepimpinan seorang guru besar dari aspek rangkaian komuniti tidak memberi sebarang impak terhadap kualiti pengajaran guru dari aspek insentif.

Jadual 4: Hubungan Tahap Kepimpinan guru besar dan Tahap Kualiti Pengajaran dalam kalangan guru (aspek Rangkaian Komuniti dengan Insentif)

Korelasi

BD30 CD24

Rangkaian Komuniti

Korelasi Pearson 1 .016

Sig. (2-tailed) .910

N 50 50

Dapatan yang diperoleh terhadap hubungan antara tahap kepimpinan dan tahap kualiti kerja guru menunjukkan tiga daripada empat aspek tidak mempunyai hubungan signifikan dan hanya aspek motivasi sahaja yang mempunyai hubungan yang signifikan. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa tahap kepimpinan guru besar sahaja tidak dapat memberikan impak terhadap kualiti pengajaran guru.

Keputusan analisis deskriptif menunjukkan kepimpinan strategik antara guru besar Sekolah Kluster Kecemerlangan Tamil daerah Pasir Gudang berada pada tahap yang tinggi. Perkara ini menjelaskan guru besar SJK Tamil kluster daerah Pasir Gudang mempunyai kemampuan yang tinggi dalam merancang sesuatu program dengan berkesan. Guru-guru besar ini sememangnya bersedia dan mengamalkan kaedah kepimpinan strategik di sekolah mereka.

Dapatan oleh Bakar (2008) menyamai dapatan kajian ini di mana hasil kajian beliau menunjukkan bahawa guru besar sentiasa mempunyai rancangan kerja yang sistematik.

Aspek interaksi berada pada tahap yang tinggi dalam kajian ini menunjukkan guru besar SJKT Tamil kluster daerah Pasir Gudang mengutamakan komunikasi antara guru. Dapatan ini juga selari dengan dapatan diperoleh oleh Daud F. B. (2018) iaitu pemimpin sentiasa memupuk pengaruh yang idola dalam kalangan guru selain memberi kepentingan dan memupuk para guru untuk memberikan pandangan. Namun demikian, hasil kajian juga menunjukkan bahawa pemimpin di SJKT kluster Tamil tidak memberikan tumpuan dan pandangan yang tinggi kepada masalah individu guru dan mereka lebih menumpukan pada pencapaian keseluruhan. Hal ini, agak berbeza dengan dapatan kajian oleh (Daud F. B., 2018) yang menunjukkan dapatan pada tahap tinggi bagi aspek pemimpin yang menunjukkan pertimbangan berasaskan individu. Dalam aspek motivasi, elemen pemimpin sentiasa

(6)

memberikan pujian kepada guru yang berhak memperolehinya tanpa batasan, menunjukkan skor yang tertinggi. Ia menjelaskan bahawa aspek motivasi secara langsung boleh memberikan impak yang positif kepada guru-guru untuk terus bekerja dengan cemerlang walaupun terdapat sebahagian kecil impak negatif kepada segelintir guru. Selain itu, pemimpin di sekolah sentiasa memberikan keutamaan kepada pembangunan sekolah pada masa yang sama memberikan ruang dan peluang kepada komuniti luar terutamanya ibu bapa memberikan sumbangan dan idea mereka dalam memajukan sekolah.

Seiring dengan ini, kualiti pengajaran guru di Sekolah Kluster Kecemerlangan Tamil daerah Pasir Gudang menunjukkan tahap tinggi. Kebanyakan guru mempersetujui dan menyatakan bahawa mereka akan menyediakan segala perancangan terlebih dahulu bagi pengajaran hari berikutnya dengan lengkap. Rahman (2010) menyokong dapatan ini dengan menyatakan guru-guru sentiasa menyediakan perancangan yang teliti bagi pengajaran dan melaksanakannya dengan cekap. Dapatan juga memberi pandangan bahawa kualiti pengajaran guru adalah berdasarkan pada sikap guru yang sentiasa memastikan murid menguasai kemahiran asas, mengajar mengikut aras kemampuan murid dan sentiasa berusaha dengan gigih dalam mengumpulkan murid berasaskan pada kebolehan murid. Perkara yang paling banyak diberikan keutamaan oleh guru ialah untuk meluangkan masa bagi berurusan bersama murid-murid yang bermasalah pembelajaran dan meluangkan masa untuk mempelajari dan menimba ilmu baru bagi meningkatkan pengetahuan diri dan bersedia untuk mengajar anak murid mereka. Dua elemen utama yang sering dipraktikkan oleh guru-guru adalah dengan memberikan pujian kepada murid-murid di khalayak ramai dan sentiasa berusaha memberikan semangat kepada murid-murid untuk sentiasa belajar bersungguh- sungguh. Motivasi sebegini amat penting dan komitmen guru dalam aspek pemberian insentif sebegini mempunyai impak yang sangat besar kepada murid. Hal ini secara amnya menunjukkan usaha dan komitmen guru dalam memastikan kualiti pengajaran mereka berada pada tahap yang tinggi.

Apabila melihat pada perkaitan antara kepimpinan strategik dengan kualiti pengajaran guru, kemampuan pemimpin merancang sesuatu program dengan berkesan tidak memberikan sebarang impak kepada tugas guru dalam merancang pengajaran mereka terlebih dahulu.

Dapatan ini agak bercanggah dengan hasil kajian oleh Ibrahim S. S. (2010) di mana menurut kajian beliau pemimpin harus sentiasa mengusahakan pelbagai program dan pembaharuan bagi membantu meningkatkan prestasi guru dan ianya memberikan impak positif dalam perancangan tugas guru. Guru sentiasa memastikan bahawa kualiti pengajaran mereka terutamnya penyesuaian terhadap pengajaran kepada murid-murid langsung tidak terjejas walaupun guru besar menunjukkan tahap interaksi yang rendah atau sebaliknya. Ini juga disokong oleh Mansor (2017) yang mana beliau mendapati bahawa tahap amalan komunikasi guru besar tidak memberikan impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di sekolah rendah. Sebaliknya, apabila seorang guru besar menunjukkan prihatin dan memberikan motivasi kepada guru-gurunya maka guru-guru mula melaksanakan tugasan tanpa kira batas masa dan meluangkan masa untuk menimba ilmu berlebihan. Kajian Daud F.

B. (2018) menyatakan bahawa apabila pemimpin menunjukkan tahap motivasi yang tinggi, ianya memberikan impak positif kepada guru-guru untuk menunjukkan kualiti pengajaran yang lebih baik. Selain itu, guru tetap dan sentiasa memberikan ganjaran kepada murid untuk terus berjaya tidak kira guru besar berusaha untuk meminta sumbangan dan bantuan daripada komuniti luar atau tidak. Perkara ini disokong oleh Shamsudin (2009) yang menyatakan bahawa kualiti pengajaran guru tetap akan berada pada tahap yang tinggi dan tidak akan berubah walau apapun tahap kepimpinan guru besar.

(7)

Pelbagai pihak boleh mengadaptasikan kajian ini bagi membantu mengetahui tahap kepimpinan guru besar dapat membantu untuk meningkatkan mutu pengajaran guru. Kajian ini juga boleh memberi impak, kepada pemimpin di sekolah biasa untuk turut meningkatkan tahap kepimpinan mereka. Selain itu, pihak jabatan pendidikan boleh kongsi bersama para guru besar semasa perjumpaan bulanan guru besar bagi memberikan impak dan menujukkan bahagian yang mereka boleh diperbaiki. Kesemua aspek yang telah diuji dan dikaji dalam kajian ini boleh dijadikan dialog prestasi dalam kalangan guru dan guru besar untuk melihat perkembangan terkini dalam domain kepemimpinan dan kualiti pengajaran guru. Secara keseluruhannya, kajian ini boleh dijadikan salah satu panduan kepada guru-guru untuk sentiasa mengekalkan tahap profesionalisme mereka tidak kira tahap pemimpin mereka yang sedia ada.

Beberapa cadangan dan pandangan ingin disampaikan kepada pengkaji lain supaya ia menjadi panduan dan dorongan untuk menjalankan kajian akan datang dengan lebih lanjut.

Cadangan pertama ialah kepada pengkaji yang akan datang iaitu untuk meluaskan kajian yang dijalankan daripada Sekolah Kluster Tamil daerah Pasir Gudang kepada semua Sekolah Kluster rendah daerah Pasir Gudang termasuk sekolah rendah Kluster Kebangsaan dan sekolah rendah Kluster Cina. Selain itu, pengkaji juga boleh melanjutkan kajian kepada semua sekolah Tamil di daerah Pasir Gudang atau semua sekolah rendah dan juga sekolah Cina di daerah Pasir Gudang. Pengkaji juga boleh meluaskan kajian ke sekolah menengah dan juga boleh melibatkan beberapa daerah dalam kajian dan mengehadkan kepada sekolah kluster atau sekolah berprestasi tinggi. Selain daripada itu, kajian juga boleh dilaksanakan berdasarkan satu jantina pemimpin atau juga berdasarkan pada tahap pendidikan mereka.

Fokus kajian seterusnya juga boleh dilaksanakan berdasarkan pelbagai perbezaan demografi dan juga dengan memberikan fokus kepada guru mata pelajaran tertentu seperti mata pelajaran teras atau guru-guru yang mengajar kelas peperiksaan utama.

Kajian ini telah menggambarkan bahawa tahap kepimpinan strategik yang ditunjukkan oleh kedua-dua guru besar ini adalah pada tahap yang tinggi. Perkara ini adalah kerana keperluan di sekolah kluster dan tahap prestasi sekolah berkenaan perlu dikekalkan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa oleh guru besar ini. Selain itu, kualiti pengajaran guru juga menunjukkan tahap yang tinggi di mana secara rumusan boleh dikatakan guru-guru di sekolah kluster sememangnya menunjukkan kualiti dan mutu pengajaran yang terbaik. Hal ini memberi gambaran bahawa walaupun kualiti pengajaran guru berada pada tahap yang tinggi tetapi penguasaan murid dalam isi pelajaran atau faktor lain muncul dari pihak murid boleh mewujudkan keraguan terhadap kualiti pengajaran guru. Selain itu, tahap kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru besar tidak mempengaruhi tahap kualiti pengajaran guru dan ianya boleh disimpulkan bahawa guru sentiasa menjalankan tugas mereka dengan baik dan menujukkan prestasi hebat tanpa bergantung pada tahap kepimpinan strategik guru besar.

Secara keseluruhannya, kualiti pengajaran guru di sekolah tamil kluster di daerah Pasir Gudang dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran yang lain dan bukan dipengaruhi oleh kepimpinan strategik guru besar sekolah tersebut.

Rujukan

Mohd Izham Mohd Hamzah. Et al. (2012). Tret Kepimpinan Pengetua Dan Guru Besar Di Malaysia: Perspektif Pentadbir Sekolah. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 23 (1). Pp. 29-43. Issn 1511-4147

(8)

Bakar, H. H. (2008). Gaya Kepimpinan Guru Besar Wanita Dan Hubungannya Dengan Komitmen Guru Di Sekolah. Jurnal pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 7.

Brent Davies and Barbara J. Davies. (2008). Strategic Leadership. The Essentials of School Leadership. University of Hull.

Daud, F. B. (2018). Hubungan antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar mengikut Persektif Guru dengan Komitmen Guru terhadap Sekolah. Fikiran Masyarakat, 5.

Esa, R. B. (2009). Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Rendah Di Seremban. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan, 9.

Fazleen Mohamad & Siti Noor Ismail.( 2018). Kepimpinan Strategik Dan Hubungannya Dengan Kualiti Pengajaran Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(2).

Hamid, N. R. (2006). Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan, 17

Hamzah, R. M. (2015). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif mengenai Kompetensi yang Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan. Jurnal Pengurusan 45, 12.

Hitt, M. A., & Ireland, R. D. (2002). The Essence of Strategic Leadership: Managing Human and Social Capital. Journal of Leadership & Organizational Studies, 9(1), 3–14.

Ibrahim, S. S. (2010). Cabaran Pemimpin Novis Dalam Mengurus Sumber Manusia Bagi Melahirkan Guru Yang Kompeten. International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI, 9.

Ismail, F. M. (2018). Guru, Kepimpinan Strategik dan Hubungannya Dengan Kualiti Pengajaran. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 12.

Mansor, N. H. (2017). Tahap amalan guru besar serta pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah. Journal of Society and Space, 13 issue 3, 10.

Mariam Md Salleh, M. S. (2009). Kepimpinan dan Pengurusan Strategik di Institusi Pendidikan Mara. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) (2009) : 219 - 233, 15 Mohammed Sani Ibrahim. (2013). Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran Dalam

mempertingkatkan Kualiti Pegajaran Guru-guru. Jurnal Kurikulum &

Pengajaran Asia Pasifik, 28–41.

Mua’azam bin Mohamad, Y. b. (2016). Kepimpinan Strategik Dan Hubungannya Dengan Kesediaan Perubahan Warga Organisasi. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 14.

Rahim, S. A. (2015). Teori Kontigensi. Retrieved from

https://www.academia.edu/5830155/TEORI_KONTIGENSI

Rahman, A. B. (2010). Hubungan Antara Personaliti Dan Gaya Pengajaran Guru Dengan Pencapaian Matematik PMR: Satu Kajian Di Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi. Retrieved from

http://eprints.utm.my/id/eprint/29529/1/AzilahAbdRahmanMFP2010.pdf

Zain, L. b. (2016). Pengaruh kepimpina instruksional, efikasi dan tugas rutin pengetua terhadap pencapaian akademik. Malaysian Journal of social science and humanities, 24.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pertimbangan hukum syarak di kalangan masyarakat Pasir Mas dalam menentukan pendirian politik dan melihat perbezaan antara

Berdasarkan dapatan kajian, tahap amalan kepimpinan lestari guru besar sekolah amanah di daerah Jeli adalah tinggi di mana dimensi penerapan budaya perkongsian pembelajaran dalam

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru sekolah transformasi 25 di daerah

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran guru prasekolah di daerah Kuala Selangor dalam penggunaan teknologi.. Kajian tinjauan menggunakan

Objektif bengkel yang ditetapkan oleh penganjur kursus iaitu Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Escot bersama MGBST Daerah Hulu Selangor dan Gombak adalah

Kajian ini mendapati hubungan positif yang signifikan pada tahap tinggi antara amalan kepimpinan distributif pengetua dengan kepimpinan guru di sekolah

Data statistik deskriptif yang dibentangkan dalam jadual 3.11 adalah nilai purata yang menunjukkan hubungan yang baik antara hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan

Ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru-guru SMH Daerah Seremban terhadap amalan kepimpinan tersebar dari dimensi penetapan dan perkongsian visi,