Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kritis Dalam Mata Pelajaran Matematik
(Implementation of Critical Inquiry Based Learning in Mathematics Subjects)
Florengel Anak Christopher Jerry1*, Khairul Azhar Jamaludin1
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia
*Pengarang Koresponden: angelchrist86@gmail.com
Accepted: 15 June 2021 | Published: 1 July 2021
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kritis (PBIK) adalah satu pendekatan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) yang memberikan penekanan kepada kemahiran abad ke-21.
Keperluan untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dalam pembelajaran merupakan satu tuntutan pada masa kini. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pembelajaran perlu diintegrasikan dalam amalan pengajaran guru. Teori yang boleh dikaitkan dengan PBIK ialah Teori Konstruktivisme Kognitif oleh Jean Piaget. Penguasaan kemahiran dan teknik profesional dari aspek teknik penyoalan, pengurusan kelas dan pentaksiran tahap pembelajaran murid adalah penting bagi seorang guru Matematik. Kertas konsep ini membincangkan pelaksanaan PBIK sebagai pembelajaran berpusat murid yang mampu meningkatkan tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik. Selain itu, kertas konsep ini turut mengemukakan pelbagai isu, cabaran dan cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan PBIK dalam mata pelajaran Matematik. Beberapa kajian lepas dianalisis secara mendalam untuk tujuan ini. Hasil analisis menunjukkan bahawa pelaksanaan PBIK dalam mata pelajaran Matematik masih di tahap yang sederhana. Oleh yang demikian, guru Matematik perlu diberikan sokongan dan bimbingan untuk terus konsisten mengaplikasikan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) secara amnya dan PBIK khususnya dalam PdPC.
Kata kunci: Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kritis (PBIK), Pemikiran Kritis, Kemahiran Abad Ke-21, Mata pelajaran Matematik, Teori Konstruktivisme Kognitif
Abstract: Critical Inquiry-Based Learning (CIBL) is a teaching and facilitation approach that places an emphasis on 21st century skills. The need to master critical thinking skills in learning is a demand nowadays. Elements of High -Level Thinking Skills (HLTS) in learning need to be integrated in teachers’ teaching practices. The theory that can be linked to CIBL is the Theory of Cognitive Constructivism by Jean Piaget. Mastery of professional skills and techniques in terms of questioning techniques, class management and assessment of student learning levels is important for a Mathematics teacher. This concept paper discusses the implementation of CIBL as a student -centered learning that is able to improve the level of student achievement in the subject of Mathematics. In addition, this concept paper also presents various issues, challenges and suggestions for improvement on the implementation of CIBL in the subject of Mathematics. Several past studies have been analysed in depth for this purpose. The results of the analysis show that the implementation of CIBL in the subject of Mathematics is still at a moderate level. Therefore, Mathematics teachers need to be given support and guidance to continue to consistently apply 21st Century learning in general and CIBL in particular in PdPC.
Keywords: Critical Inquiry Based Learning (CIBL), Critical Thinking, 21st Century Skills, Mathematics Subjects, Cognitive Constructivism Theory
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Bermula pada tahun 2014, KPM telah memperkenalkan PAK-21 sebagai satu usaha untuk melonjakkan sistem pendidikan Malaysia mencapai standard global. PAK-21 memfokuskan kepada pembelajaran yang berpusatkan murid dan bahan. PBIK menggalakkan murid untuk membina pengetahuan dan kefahaman baharu melalui penerokaan dan penyiasatan berasaskan pengetahuan sedia ada. PIBK bertujuan untuk merangsang murid berfikir secara kritis dan terlibat sepenuhnya dalam proses pembelajaran. Kurikulum pada abad ke-21 bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan sahsiah serta mampu menaakul secara kreatif serta kritis. (Aziz Jaafar, 2019). Penekanan PAK-21 diberikan kepada elemen seperti komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti, nilai murni dan etika.
Antara ciri-ciri guru abad ke-21 ialah menguasai isi kandungan kurikulum, mahir dalam pedagogi PAK-21, memahami tahap pembelajaran murid semasa PdPC, memahami psikologi pembelajaran dan mampu mengintegrasikan teknologi dan multimedia dalam PdPC.
Pendekatan inkuiri memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan proses yang sistematik bagi mengumpul dan mencari maklumat, di samping mengalami sendiri proses seperti membentuk dan menanya soalan, menganalisa, membina konsep, menjana hipotesis, membuat inferens dan memikirkan kaedah penyelesaian yang bersesuaian. Secara tidak langsung, kemahiran murid untuk membuat penaakulan dan memahami masalah yang kompleks dapat diasah. Menurut Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri yang diterbit oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK, 2016), murid perlu membina kemahiran inkuiri untuk mengetahui pengetahuan sepanjang hayat dan memperoleh pelbagai KBAT seperti kemahiran saintifik, kemahiran, insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan. Sikap penerokaan aktif murid semasa PdPC dapat membina perkembangan mental murid tersebut. Pengalaman yang ditimba oleh murid bersifat lebih kekal, bermakna dan menyeronokkan.
Objektif Kajian
Kertas konsep ini bertujuan untuk:
1) Mengenal pasti tahap kemahiran guru Matematik terhadap pelaksanaan PBIK.
2) Mengetahui isu dan perubahan terkini dalam mata pelajaran Matematik pada abad ke-21.
3) Memberikan cadangan dan penambahbaikan untuk memperkasakan pelaksanaan PBIK
2. Pernyataan Masalah
Hasil dapatan daripada pentaksiran antarabangsa iaitu TIMSS dan PISA mendapati bahawa tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik adalah masih tidak memuaskan.
Negara Malaysia berada pada satu per tiga di bawah kedudukan daripada negara-negara yang mengambil bahagian. Laporan TIMSS 2019 telah menunjukkan skor purata keseluruhan Malaysia meningkat sebanyak lapan mata kepada 473 bagi subjek Matematik dalam paperTIMSS berbanding TIMSS 2015. Namun begitu, bagi Matematik dalam eTIMSS (pentaksiran berasaskan komputer), Malaysia memperoleh purata skor 461, iaitu empat mata lebih rendah berbanding pencapaian dalam TIMSS 2015 (Faris Fuad, 2020). Hakikatnya, pencapaian Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa masih perlu ditingkatkan.
Prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik telah menunjukkan kemerosotan yang ketara walaupun jumlah wang yang banyak telah dilaburkan untuk memajukan pendidikan di Malaysia sedangkan mata pelajaran ini merupakan jalan keluar kepada kejayaan yang lebih tinggi (Connie & Juppri, 2019). YM Raja Abdullah & Daud Ismail (2018) menyatakan bahawa penerimaan ciri-ciri PAK-21 dalam kalangan pelajar masih pada tahap sederhana. Kesukaran untuk menguasai kemahiran Matematik turut menyebabkan berlakunya kebimbangan matematik dalam kalangan murid. Ekoran daripada itu, bilangan murid yang menceburi aliran STEM semakin berkurang saban tahun. Ini menyukarkan Malaysia untuk mencapai nisbah 60:40 murid sains berbanding sastera atau sains sosial pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Faktor utama menyebabkan ramai dalam kalangan murid tidak memilih aliran sains di peringkat tingkatan empat dan ke atas ialah kerisauan mengenai kesukaran pembelajaran dan tahap keyakinan akademik yang rendah dalam mata pelajaran sains dan matematik dikenal pasti (Fatin Aliah et al., 2014).
Kaedah pengajaran mata pelajaran Matematik juga dilihat masih bersifat konvensional dan tidak memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir. Kenyataan ini selari dengan dapatan kajian Masliza & Nor’ain (2021) yang menunjukkan guru-guru masih lagi mengamalkan kaedah pengajaran berasaskan guru. Selain itu, kajian Ruslina et al. (2021) mendapati kualiti pengajaran dan kesediaan di kalangan guru menyumbang kepada masalah pelaksanaan KBAT di dalam kelas. Terdapat juga guru yang terpilih untuk menghadiri kursus berkaitan dengan KBAT gagal untuk membuat perkongsian yang baik di peringkat sekolah dan tidak ada perancangan yang sistematik sebagai langkah penambahbaikan (Maxwell & Siti Mistima, 2021). Dapatan daripada analisis kajian Muhamad Nazri et al. (2018) menunjukkan tahap kompetensi pengetahuan guru Matematik di Malaysia adalah berada pada tahap sederhana dan rendah. Bahkan juga, tahap kesediaan guru adalah sederhana bagi aspek kognitif, tingkah laku dan afektif dalam melaksanakan PdP abad ke-21 dalam bilik darjah (Nooraini & Abdul Halim, 2017). Hal tersebut membuktikan bahawa kemahiran guru dalam menerapkan PAK-21 masih perlu ditingkatkan.
Luitel (2020) menyatakan bahawa penglibatan guru matematik adalah kurang dan tiada penglibatan murid dalam proses pembangunan kurikulum. Oleh sebab itu, berkemungkinan rendah pengalaman murid, idea dan kepercayaan guru untuk dimasukkan ke dalam kurikulum matematik. Kejayaan suatu kurikulum Matematik yang digubal adalah bergantung kepada pelaksanaannya dan peranan aktif guru Matematik.
3. Ulasan Kajian Lepas
Pendidikan Matematik Abad Ke-21
Matematik adalah salah satu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid yang mengikuti Sistem Pendidikan Kebangsaan di Malaysia. Pada asasnya matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses penaakulan terhadap alam sekeliling dan cakerawala (Sabri Ahmad et al., 2006). Perkembangan kognitif, sikap dan psikomotor serta memupuk nilai-nilai murni pelajar diberikan penekanan dalam pendidikan Matematik menjadi rakyat yang berguna selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Noraini Idris, 2005). Seringkali Matematik dianggap sebagai mata pelajaran killer di sekolah kerana murid perlu menghafal dan memahami banyak formula matematik.
Murid tidak dapat membuat hubungkait kegunaan formula matematik yang telah dipelajari dengan situasi kehidupan harian mereka. Oleh yang demikian, pendekatan inkuiri boleh membantu murid untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri dalam topik yang di ajar dalam matematik. Murid akan meneroka dan cuba untuk mencari penyelesaian terhadap
masalah matematik yang diberikan. Melalui proses penerokaan tersebut murid juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis. Selain itu, murid juga didedahkan dengan pelbagai kemahiran abad ke-21.
Di Malaysia, penggunaan buku teks sebagai bahan pengajaran masih dijadikan rujukan utama untuk guru dan murid. Penggunaan buku teks dapat memudahkan guru untuk menyampaikan pembelajaran secara lebih sistematik mengikut kurikulum standard yang ditetapkan. Kini, penggunaan buku teks juga boleh didapati dalam bentuk digital untuk memudahkan murid mendapat akses melalui penggunaan teknologi serta dapat mengurangkan bebanan fizikal murid semasa hadir ke sekolah. Oleh yang demikian, penggubalan kurikulum baharu dalam pendidikan Matematik telah menerapkan elemen KBAT dalam soalan buku teks. Soalan yang diuji dalam buku teks cenderung berfokus kepada soalan yang menilai kemahiran Matematik murid dan bukan sekadar memberikan penerangan berkaitan konsep serta prosedural (Azriana Abdul Azis & Roslinda Rosli, 2021). Kajian Sylviana Mantihal & Siti Mistima Maat (2020) mendapati bahawa pembelajaran dan inovasi kemahiran abad ke-21 mempengaruhi kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritikal, kerjasama, komunikasi dan kreativiti.
Revolusi dalam pendidikan telah memberikan impak dimana guru perlu mengubah kaedah pembelajaran tradisional kepada kaedah PAK-21. Bilal Khalid Khalaf (2018) menyatakan bahawa pelajar yang menggunakan pembelajaran tradisional dalam pendidikan mereka mengalami beberapa kekurangan dan akhirnya menyebabkan kegagalan dalam proses pembelajaran. Kesannya dapat dilihat apabila murid tidak kehilangan minat untuk mempelajari Matematik dan pencapaian Matematik semakin merosot. Guru Matematik perlu melahir lebih banyak murid yang berfikrah matematik serta mampu menghayati nilai dalam pendidikan matematik.
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kritis (Pbik)
PBIK dikembangkan berdasarkan pembelajaran berasaskan inkuiri dan digabungkan dengan literasi kritis. Perkataan inkuiri membawa maksud proses mencari, meneroka dan menyiasat masalah menggunakan deria dan kognisi. Nur Aqilah & Noor Dayana (2020) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan inkuiri adalah merupakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar yang melibatkan proses pertanyaan dan rasa ingin tahu di mana pelajar mencari jawapan dengan menggunakan ciri-ciri yang terdapat dalam model pembelajaran inkuiri. Kamii & Ewing (1996) telah berusaha untuk menguji hipotesis bahawa kanak-kanak boleh mencipta prosedur untuk keempat-empat operasi aritmetik sendiri tanpa sebarang pengajaran konvensional.
Pendekatan PBIK melibatkan proses inkuiri, aspek pengetahuan sedia ada, motivasi, dan pemikiran kritis (Prayogi et al., 2018). Murid terlibat dengan aktif dalam perbincangan dan meneroka aktiviti yang diberikan oleh guru. Inkuiri juga melibatkan proses kognitif, afektif dan psikomotor di mana mental murid akan berkembang semasa melakukan aktiviti inkuiri.
Murid yang memberikan cadangan dan membuat penjelasan berdasarkan eviden yang diperoleh selepas melakukan penerokaan. Selain itu, murid juga membuat perkaitan antara penjelasan mereka dengan pengetahuan dan teori saintifik yang telah mereka pelajari. Ganesan et al. (2020) menyatakan bahawa kaedah inkuiri cuba menanam rasa ingin tahu di kalangan individu mengenai sesuatu dan menghendaki pelajar mempersoalkan kebenaran dan ketepatan maklumat yang diperoleh. Di samping itu, pelajar boleh berkomunikasi dan menjelaskan hasil penemuan mereka. PBIK merupakan satu kaedah pembelajaran yang berpusat murid kerana murid aktif membentuk konsep dan pengetahuan baharu. Ianya menepati ciri-ciri PAK-21
dimana murid berupaya untuk membuat hubung kait, tidak mudah berputus asa, mampu menjana idea dan berkeyakinan tinggi.
Teori Konstruktivisme Kognitif
Teori yang mendasari PBIK ialah teori konstruktivisme kognitif. Teori pembelajaran konstruktivisme menjadikan teori kognitif sebagai asas yang memberikan penekanan kepada bagaimana pengetahuan diorganisasi dan struktur kognitif dibina. Teori konstruktivisme merupakan teori yang menggalakkan pelajar membina pengetahuan sendiri dengan melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran (Md Daud et al., 2020). Teori konstruktivisme menegaskan bahawa pembelajaran adalah satu proses yang aktif, dinamik dan berbentuk konstruktif, menambah kepada yang sedia ada dan individu dianggap sebagai pemberi makna dan penginterpretasi maklumat, bukan sekadar penerima maklumat yang aktif (Eng & Ngen, 2020).
Proses membina pengetahuan baharu bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. Pengetahuan sedia ada atau lebih dikenali sebagai skema adalah struktur asas dalam organisasi mental.
Menurut Tomljenović & Vorkapić (2020), pembelajaran adalah hasil konstruk kognitif berdasarkan pengalaman individu dan (pra) pengetahuan yang diperoleh semasa interaksi sosial ditentukan oleh budaya di mana individu hidup. Teori kognitif menekankan proses mental dalaman di mana maklumat yang diterima akan diproses melalui pemilihan perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Menurut Eng & Ngen (2020), dalam orientasi pengajaran kognitif, murid dikatakan memerlukan bantuan untuk memantapkan pengetahuan yang sedia ada dan mengintegrasikan ilmu baharu.
Pemprosesan maklumat dalam PdPC tidak dapat dilihat secara realiti kerana proses ini merupakan proses dalaman yang melibatkan penerimaandan penyampaian maklumat secara berkesan.
Piaget telah mengelaskan pengetahuan kepada tiga jenis iaitu pengetahuan fizikal, pengetahuan sosial dan matematik logik. Dalam membangun struktur kognitif melalui memperoleh pengetahuan baru, proses asimilasi dan adaptasi akan berjalan (Hyun et al., 2020). Proses adaptasi iaitu proses asimilasi dan akomodasi merupakan satu proses penyesuaian terhadap persekitaran. Proses asimilasi ialah proses kognitif pelajar untuk menyepadukan pengalaman maklumat baru (pengetahuan luaran) ke dalam skema sedia ada. Proses asimilasi semata-mata bergantung kepada struktur kognitif iaitu pengalaman sedia ada murid. Akan tetapi, jika maklumat baru yang diperoleh tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat dalam skema, maka proses akomodasi akan berlaku. Akomodasi adalah suatu proses perubahan struktur kognitif. Proses perubahan yang dimaksudkan ialah proses pembelajaran yang berlaku.
Ganggu gugat atau ketidakseimbangan mungkin terjadi dalam struktur kogitif tersebut.
Sekiranya skema berubah melalui perbincangan, pembacaan atau seumpamanya, maklumat baharu tersebut akan diserap masuk. Keadaan ekuilibrasi atau keseimbangan akan wujud apabila seseorang itu berpuas hati dengan pengalaman intelek dirinya selagi pengalaman inteleknya atau idea sedia ada dapat memberikan penjelasan yang memuaskan terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Keseimbangan bermaksud tidak berlaku ekstrem semasa melalui proses organisasi dan adaptasi intelektual.
Model Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kritis (Model Pbik)
Model Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kritis (Model PBIK) adalah model yang untuk menerapkan kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan guru. Model PBIK merangkumi proses inkuiri, aspek pengetahuan sedia ada, motivasi dan pemikiran kritis dalam pembelajaran. Model PBIK pada asalnya dibina untuk memupuk kemahiran berfikir secara
kritis kepada bakal guru untuk mata pelajaran Fizik. Menurut Cleovoulou (2021), persekitaran inkuiri kritis turut merangkumi pedagogi kritis dimana kesedaran, pemikiran kritis, dan aktivisme dikembangkan ke arah ekuiti dan keadilan. Dapatan kajian Beach & Cleovoulou (2014) menyatakan bahawa pemupukan literasi kritis di dalam kelas berasaskan inkuiri adalah proses aktif yang memerlukan perancangan yang teliti dan refleksi berterusan oleh guru. Dalam persekitaran literasi kritis dan pedagogi berasaskan inkuiri, kanak-kanak diberikan peluang untuk mengajukan pertanyaan, mendekonstruks stereotaip, membina semula pengetahuan dan memeriksa perspektif dari pelbagai sudut (Cleovoulou, 2018). Langkah-langkah pembelajaran Model PBIK dijelaskan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Langkah-langkah Model PBIK
Sintaks Model PBIK Tingkah laku Murid
1. Orientasi (Orientation)
• Guru menetapkan set dan memberi objektif pembelajaran.
• Guru mendemonstrasi atau mempersembahkan maklumat yang bertentangan (data anomalous) untuk menjana motivasi pelajar dalam pembelajaran.
• Pembentangan awal data anomalous sebagai tindakan lanjutan.
2. Penerokaan (Exploration)
• Murid dibimbing oleh guru untuk bereksperimen / menyiasat.
• Murid dibimbing untuk mencadangkan formulasi masalah dan hipotesis berdasarkan objektif eksperimen, mengenal pasti pemboleh ubah dalam aktiviti eksperimen, dan menentukan operasi pemboleh ubah.
• Murid dibimbing untuk merancang prosedur eksperimen.
3. Analisis (Analysis)
• Murid dibimbing untuk menganalisis hasil data eksperimen untuk menguji hipotesis yang dicadangkan dengan mengkaji pelbagai sumber rujukan.
4. Kesimpulan (Inference)
• Murid diminta untuk membuat kesimpulan berdasarkan analisis hasil data eksperimen.
5. Penilaian (Evaluation)
• Murid diminta untuk membuat penilaian mengenai eksperimen yang dilakukan.
6. Refleksi (Reflection)
• Murid diminta untuk melakukan penyelidikan lanjutan dengan mengemukakan masalah data anomalous yang berkaitan dengan eksperimen.
Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis adalah elemen yang penting dalam proses pembelajaran. Sekiranya murid mampu untuk berfikir secara kritis, murid tersebut akan memiliki maklumat dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Selain itu, pemikiran kritis dapat memupuk sikap ingin tahu dan melahir murid untuk membuat suatu keputusan yang berasas. Sepanjang melakukan aktiviti inkuiri, guru Matematik menjadi pemudah cara dan membimbing murid untuk membentuk pengetahuan dan kemahiran yang baharu. Oleh yang demikian, guru perlu berfikir secara kreatif dan kritis dalam merancang PdPC agar ilmu yang diperoleh murid adalah berkesan.
Pemikiran kritis harus diberikan penekanan kepada guru bermula sejak guru tersebut menjalani latihan pratikum. Menurut Atig & Azzouna (2017), pemikiran kritis adalah pemikiran yang berada pada peringkat atas dalam Taksofnomi Bloom yang merangkumi ciri-ciri berikut:
analisis, penilaian, penaakulan dan refleksi.
Pemikiran kritis dari sudut falsafah bersifat normatif iaitu melibatkan penilaian sejauh mana buah fikiran menepati standard (Nursafra Mohd Zhaffar et al., 2017). Pemahaman tentang KBAT yang melibatkan unsur kreatif dan berfikir secara kritikal juga perlu diberi penekanan lebih khusus sepanjang menjalani latihan praktikum melalui penyeliaan secara klinikal aspek- aspek penting yang menjadi penekanan dalam pelaksanaan PdP PAK21 (YM Raja Abdullah &
Daud Ismail, 2018). Pemikiran kritis adalah salah satu kriteria yang paling penting bagi individu dari semua peringkat umur, yang mesti dipertimbangkan dalam latihan guru, yang berada dalam kedudukan untuk mempengaruhi keseluruhan masyarakat (Sönmez et al., 2021).
Guru yang mengamalkan perspektif pemikiran kritis membantu murid untuk belajar melangkau lebih daripada perkataan di dalam buku ataupun Internet. Strategi penyoalan merupakan salah satu cara yang amat berkesan bagi melibatkan pelajar, dan guru sering menggunakan strategi penyoalan merentas model pengajaran yang dipilih (Eng & Ngen, 2020). Kecenderungan pemikiran kritis guru sangat penting untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis pelajar mereka (Zeki Arsal, 2017). Guru harus mempertimbangkan bahawa Generasi Z belajar secara berbeza dan mempunyai pandangan dunia yang unik dan berbeza dari generasi sebelumnya (Seibert, 2020). Sebagai guru, jika kita gagal membantu guru untuk mengembangkan keberkesanan mengenai amalan pengajaran, mereka mungkin berasa goyah ketika mereka berfikir tentang kerumitan dalam membuat keputusan di dalam kelas (Blevins et al., 2019).
Sememangnya, pelaksanaan PBIK memerlukan latihan dan usaha berterusan daripada guru Matematik supaya mereka lebih memahami dan mahir dalam mengaplikasikan strategi PBIK dalam PdPC. Namun sekiranya guru Matematik mahir dalam menggunakan strategi PBIK, murid akan lebih seronok dan teruja mengikuti PdPC.
4. Perbincangan
Isu Dan Cabaran Pelaksanaan Pbik
Beberapa isu dan cabaran yang dikenalpasti yang perlu diambil kira dan ditangani dengan baik oleh guru Matematik.
Tahap kemahiran guru Matematik terhadap pelaksanaan PBIK
Penerapan pembelajaran berasaskan inkuiri semakin banyak dijalankan di kelas sains tetapi terhad dalam sains sosial (Bilal Khalid Khalaf, 2018). Ini bermaksud, guru mata pelajaran sains sosial kurang menggunakan kaedah pembelajaran inkuiri semasa PdPC. Guru beranggapan bahawa hanya mata pelajaran berteraskan sains sahaja boleh mengaplikasikan pembelajaran inkuiri semasa PdPC kerana melibatkan aktiviti hands on. Sebilangan besar guru mengemukakan soalan pemikiran peringkat rendah untuk menguji penghafalan fakta dan pemahaman pelajar (Yusoff & Seman, 2018). Guru menerapkan pemikiran kritis di kelas mereka tetapi tidak di bawah label atau tajuk umum sebagai "pemikiran kritis" dan penerapan tersebut tetapi tidak sejauh mana seperti yang diingini (AlJaafil & Sahin, 2019). Penekanan untuk menguasai kemahiran abad ke-21 haruslah bermula dengan menerapkan pelbagai kemahiran abad ke-21 dalam proses PdPc (Mashira Yahaya et al., 2019). Guru itu sendiri yang berperanan untuk mempersiapkan murid dengan segala kemahiran abad ke-21 dan ilmu pengetahuan agar mereka dapat mendepani cabaran dalam dunia pekerjaan kelak. Bukan hanya pada penguasaan pengetahuan kandungan guru, bahkan guru juga perlu juga pengetahuan pedagogi guru juga perlu mantap dalam menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah (Nurmelda Patric & Roslinda Rosli, 2020). Guru tidak sepenuhnya mengetahui bagaimana melaksanakan elemen praktikal pembelajaran berasaskan inkuiri dan mereka juga kekurangan amalan yang mencukupi dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan inkuiri (Bilal Khalid Khalaf, 2018). Sekiranya guru Matematik mengamalkan PBIK, proses pembelajaran akan menjadi aktif di mana pelajar akan membina pengetahuan dan mereka akan aktif berkolaboratif dengan rakan mereka.
Persepsi efikasi kendiri guru berkesan untuk memberikan perkembangan positif atau negatif sikap pelajar terhadap sekolah (ÜNSAL et al., 2016). Guru Matematik harus yakin untuk menggunakan strategi pengajaran yang terbaharu agar dapat memenuhi keperluan pelbagai murid semasa PdPC. Oleh yang demikian, latihan dan kursus boleh diberikan sejak dari pengajian di institut pengajian tinggi kepada bakal guru opsyen Matematik. Dengan ini, mereka dapat menyesuaikan diri untuk menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan inkuiri kritikal semasa PdPC. Guru sering bergantung kepada pedagogi bilik darjah cuba dan jaya di mana mereka mengajar dan memerlukan pelajar untuk mendapatkan maklumat dan kemahiran baru secara pasif agar berjaya dalam peperiksaan bertaraf tinggi (Dole et al., 2015). Di samping itu, guru yang mempunyai rasa efikasi kolektif yang tinggi cenderung untuk terlibat dalam budaya inkuiri, peringkat bilik darjah dan sekolah (Uiterwijk-Luijk et al., 2019).
Antara cabaran lain yang dihadapi oleh guru Matematik dalam melaksanakan PBIK ialah kemungkinan hilangnya kawalan terhadap pelajar dan persekitaran di mana pelajar membuat banyak tugasan dalam satu masa. Terdapat juga kajian yang memfokuskan dalam mata pelajaran yang tertentu mendapati kurangnya ilmu pengetahuan, kemahiran dan latihan teknologi, pemilihan bahan mengajar tidak sesuai adalah antara faktor ketidaksediaan guru dalam merancang aktiviti pembelajaran (Min & Mohammad Tahir, 2021). Pembelajaran berasaskan inkuiri berlaku semasa guru menjadi pemudah cara dan perancah pembelajaran daripada memberikan fakta dan pengetahuan sehingga pelajar terlibat dalam penyiasatan, menyoal, dan menerangkan dunia mereka dalam pembelajaran berpusatkan persekitaran (Wale
& Bishaw, 2020). Faktor kurangnya integrasi kemahiran berfikir guru semasa proses PdPC menyebabkan murid masih lagi belum mencapai tahap yang baik dan pelaksanaan KBAT dalam PdPc abad ke 21 amat bergantung kepada kesediaan guru (Bernard Tahim Bael et al., 2021).
Kebanyakan guru mengatakan mereka tidak dapat melaksanakan PdPc abad ke-21 bagi semua kelas pada satu-satu hari kerana terpaksa memperuntukkan lebih masa untuk merancang aktiviti dan menyedia bahan pembelajaran dan pengajaran (Mashira Yahaya et al., 2019).
Bahkan, terdapat juga kajian menunjukkan guru-guru masih mempunyai pemahaman yang kurang lengkap tentang KBAT dalam kurikulum pendidikan Malaysia dan pemahaman guru tentang KBAT didapati sangat umum (Bernard Tahim Bael et al., 2021). Hal sedemikian akan membataskan guru untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan inkuiri kritis secara lebih berkesan semasa PdPC. Guru memerlukan masa untuk mempertimbangkan, membincangkan, mempraktikkan dan merenungkan perubahan dalam amalan pedagogi untuk menerapkan amalan baru (Min & Mohammad Tahir, 2021). Komitmen juga memainkan peranan, yang menjadikan para guru mudah berputus asa dan tidak berusaha menerapkan pengajaran berasaskan KBAT pada kekerapan yang sepatutnya (Syazana Sahari & Zamri Mahamod, 2018). Kebanyakan guru masih belum bersedia melaksanakan KBAT dalam pengajarannya disebabkan oleh kurang pendedahan tentang cara pelaksanaan KBAT dalam PdPc, tidak tahu bagaimana untuk menerapkan KBAT dalam PdPc dan juga dibebani dengan pelbagai tugas lain yang menghalang untuk melaksanakan PdPc berasaskan KBAT dilaksanakan dengan baik (Farah Aziana & Fadzilah Abd Rahman, 2018).
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa tahap pemikiran kritis bakal guru adalah rendah (Akgun & Duruk, 2016). Guru pelatih perlu didedahkan dengan kaedah pemikiran kritis dan kemahiran abad ke-21 semasa di peringkat pengajian agar mereka mahir untuk mengaplikasinya semasa PdPC. Tahap kesediaan dan pengetahuan bakal guru yang tinggi dapat meningkatkan keyakinan mereka menghasilkan pengajaran yang berkesan. Oleh yang demikian, adalah penting bagi guru pelatih untuk mempelajari kursus kemahiran pemikiran
kritis semasa di Institut Pengajian Tinggi. Terdapat kajian juga menunjukkan bahawa guru hanya mempunyai pengetahuan asas mengenai taksonomi proses kognitif Bloom; dan mereka tidak memahami fungsi dan perbezaan antara tahap kemahiran berfikir aras rendah dan kemahiran berfikir aras tinggi (Akgun & Duruk, 2016). Selain itu, bakal guru mempunyai kesukaran untuk melakukan inkuiri secara langsung tanpa mempunyai pengetahuan tentang konsep yang akan diajar dengan menggunakan pendekatan inkuiri terlebih dahulu (Prayogi et al., 2018).
Pengaruh kualiti pengajaran guru Matematik terhadap pelaksanaan PBIK
Masih wujud kekhilafan guru dalam menghasilkan kualiti dalam kerja walaupun pada tahap yang rendah ((Normiati Batjo et al., 2021). Perancangan PdPC yang teratur adalah penentu kepada kualiti pembelajaran. Kualiti guru adalah sinonim dengan kualiti kerja atau sifat-sifat yang dimiliki seorang yang ada dalam diri untuk mencapai daya tahan, keberkesanan, produktiviti, tanggungjawab, kecekapan dan kemahiran untuk mengajar (Normiati Batjo et al., 2021). Pengukuran kepada kualiti PBIK yang diterapkan oleh guru Matematik semasa PdPC adalah penting. Dua faktor penting yang diambil kira untuk kualiti guru ialah pendidikan awal guru dan perkembangan profesionalisme guru (Barasa, 2020). Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum (2014), keadaan akan menjadi semakin mencabar apabila peratusan pelaksanaan KBAT dalam peperiksaan awam seperti UPSR dan SPM semakin meningkat. Ini bermakna, amalan pedagogi guru perlu menekankan KBAT dan bukannya berkisar kepada teknik hafalan semata-mata. KBAT berperanan untuk melatih murid dapat mengembangkan potensi dan kemahiran diri.
Kajian Rowen Tingang Musa et al. (2021) mendapati sesetengah daripada guru mempunyai kesukaran untuk membuat persediaan rapi dalam penyediaan bahan bantu mengajar agar pembelajaran mata pelajaran Matematik dengan lebih berkesan kerana guru lebih selesa menggunakan kaedah tradisional daripada menguasai kemahiran menggunakan teknologi di dalam kelas. Sekiranya guru masih menggunakan kaedah tradisional, maka kualiti pengajaran guru masih di takuk yang lama. Penyampaian isi kandungan pelajaran perlu tersusun dan sistematik agar mudah difahami oleh murid. Kurikulum pelbagai disiplin mempunyai tema dan kemampuan yang sama dalam bidang subjek yang berbeza, tetapi setiap subjek masih berbeza dan terpisah manakala kurikulum antara disiplin berlaku apabila kemahiran seperti inkuiri atau komunikasi diajarkan merentasi bidang subjek dan subjeknya tidak jauh berbeza (Quigley et al., 2011). Justeru itu, guru perlu bersedia untuk menerima perubahan dan keluar daripada zon selesa untuk menambahbaik kualiti pengajaran mereka. Bagi menjana pembangunan minda murid berkesan, para guru haruslah mampu menambah baik setiap kaedah PdP yang dilaksanakan seiring dengan perubahan semasa (Syazana Sahari & Zamri Mahamod, 2018).
Dapatan kajian Jamilah Man et al. (2016) turut mendapati bahawa semakin tinggi amalan kepimpinan Transformasional diamalkan dalam kalangan pemimpin sekolah, semakin tinggi tahap kualiti guru dapat dihasilkan. Oleh yang demikian pemimpin sekolah harus sentiasa proaktif untuk membimbing guru dari aspek pembentukan kemahiran dan peningkatan kualiti guru agar proses PdPC lebih efektif dan kondusif.
5. Cadangan Penambahbaikan
Berdasarkan dapatan melalui pengumpulan maklumat dan bahan-bahan kajian lepas, beberapa cadangan yang diperolehi boleh dijadikan landasan untuk menambahbaik PBIK dalam kalangan guru Matematik.
Pemerkasaan Budaya Amalan Refleksi Terhadap PdPC Matematik.
Guru Matematik perlu memperkasakan budaya amalan refleksi terhadap PdPC. Melalui budaya amalan refleksi, guru Matematik dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang strategi PBIK dan membolehkan mereka cekap melaksanakan PBIK dalam pengajaran Matematik.
Keutamaan isu dalam budaya amalan refleksi perlu berfokuskan kepada langkah-langkah penambahbaikan pendekatan inkuiri apabila guru Matematik berjaya mengenal pasti kelompongan dalam PdPC.
Kemahiran refleksi berupaya untuk meningkatkan tahap pembelajaran murid dan sekaligus memperbaiki mutu keprofesionalan guru Matematik. Budaya amalan refleksi membolehkan guru Matematik membuat intervensi terhadap pembelajaran mereka. Selain itu, guru Matematik dapat melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif semasa membuat refleksi penulisan jurnal reflektif ataupun portfolio. Sememangnya komitmen guru Matematik diperlukan untuk memastikan budaya melaksanakan amalan refleksi dapat dipraktikkan di sekolah. Perkongsian bersama antara guru Matematik akan dapat menghasilkan satu output yang memberangsangkan. Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar, guru Matematik perlu menambahbaik ilmu pengetahuan dan kemahiran profesionalisme agar tidak ketinggalan.
Budaya amalan refleksi boleh dijadikan satu kursus khas bagi bakal guru Matematik di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bakal guru opsyen Matematik diberikan pendedahan awal bagaimana melaksanakan amalan refleksi dengan betul. Mereka akan lebih bersedia untuk mengaplikasikan PAK-21 terutamanya PBIK di sekolah. Justeru itu, budaya amalan refleksi terhadap PdPC harus disemai agar dapat melahirkan guru Matematik yang berinovatif di samping memupuk semangat pembelajaran sepanjang hayat dalam diri guru Matematik.
Penambahbaikan Fungsi dan Peranan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dalam Kalangan Guru Matematik.
Guru Matematik hendaklah sentiasa mengadakan PLC terutamanya di peringkat Panitia Matematik itu sendiri. Kewujudan PLC dapat memastikan kelangsungan keberkesanan PBIK dapat dipertingkatkan. Sesi perkongsian amalan terbaik PdPC Matematik dapat dilakukan menggunakan beberapa strategi seperti Lesson Study, Learning Walks, Peer Coaching, Teacher Sharing Sessions dan Video Critique. Impak daripada PLC dapat mengubah persepsi guru Matematik bahawa sukar untuk berkolaborasi akibat kekangan waktu dan kesibukan dengan hal-hal lain. Perubahan kepercayaan guru Matematik ini akan membentuk aktiviti yang dirancang untuk meningkatkan kemahiran dan pemahaman guru dengan cara yang akan membawa kepada perubahan yang diharapkan dalam diri mereka kepercayaan, pemikiran, dan watak yang dipamerkan di pelbagai bilik darjah (Murphy, 2012).
Penglibatan guru Matematik dalam PLC meningkatkan amalan guru dan pencapaian pelajar (Doğan & Adams, 2018). Peranan PLC bukan hanya terhad kepada guru Matematik dalam satu panitia yang sama tetapi boleh digabungjalinkan dengan panitia yang lain. Fungsi dan peranan PLC perlu ditambahbaik kerana kebanyakan guru beranggapan PLC hanya dijalankan dalam kalangan panitia yang sama sahaja. Elemen multidisiplin perlu diterapkan dalam PLC. Integrasi beberapa disiplin ilmu dalam pendidikan dapat membantu untuk menyelesaikan masalah atau isu berkaitan pembelajaran murid.
Selain itu, khidmat pementoran dan bimbingan daripada SISC+ ke sekolah perlu digiatkan bagi memastikan guru Matematik kekal kompeten dan beraspirasi tinggi. Kolaborasi SISC+ dan guru Matematik dapat mewujudkan satu pasukan yang kuat ke arah meningkatkan kemenjadian murid. SISC+ berpeluang untuk melakukan pencerapan PdPC secara berkala untuk
menambahbaik kualiti pengajaran guru Matematik. Selain itu, SISC+ juga berfungsi untuk membantu guru Matematik menguasai pedagogi baharu seperti penggunaan teknologi maklumat dalam PdPC, pemugaran PLC dan mempraktikkan amalan kemahiran berfikir aras tinggi. Ini dapat merangsang guru untuk berfikir secara kritis untuk menambahbaik kaedah pengajaran. Guru Matematik perlu bersikap terbuka menerima pandangan dan pendapat daripada golongan profesional. Apabila dikaitkan dengan isu pedagogi dan PBIK, guru Matematik akan menjadi semakin mahir dan mampu mengadaptasi PBIK di dalam PdPC sekiranya dibekalkan dengan kemahiran dan kursus yang mencukupi.
Implementasi Jalinan (Networking) dan Jaringan (Linkages) PdPC Dalam Kalangan Guru Matematik.
Guru Matematik perlu mengimplementasikan jalinan dan jaringan semasa PdPC. Jalinan bertujuan untuk mewujudkan kolaborasi antara guru Matematik dengan agensi luar yang bukan dari bidang yang sama. Guru Matematik dan pihak agensi luar boleh saling bertukar-tukar kemahiran dan kepakaran untuk memantapkan PdPC Matematik. Pelaksanaan PBIK akan menjadi lebih menarik dan murid berpeluang untuk meneroka pembelajaran dalam situasi yang sebenar secara aktif. Murid boleh membuat hubung kait di antara pengetahuan dengan kehidupan harian secara lebih dekat. Mereka akan lebih yakin untuk meneroka ilmu dan kemahiran baharu. Secara tidak langsung, jalinan di antara guru Matematik dan pihak luar dapat meningkatkan kualiti pedagogi guru Matematik semasa PdPC. Semasa jalinan PdPC dilaksanakan, guru Matematik boleh membuat pentaksiran terhadap tahap pembelajaran murid secara holistik. Kemenjadian murid tidak hanya dinilai berdasarkan markah peperiksaan semata-mata.
Jaringan dalam konteks kajian merupakan kolaborasi guru Matematik dengan pihak luar dari bidang yang sama. Ini bermaksud, guru Matematik boleh bekerjasama dengan guru Matematik dari dalam dan luar negara untuk berkongsi idea dan pendapat tentang PdPC Matematik yang berkesan. Di zaman serba moden ini, jaringan amat mudah untuk dilaksanakan. Jaringan antara guru Matematik dari dalam dan luar negara boleh dibuat secara bersemuka ataupun secara dalam talian. Program seperti pertukaran murid untuk sehari (one day students exchange) membantu murid mendapat pengalaman dan idea-idea baharu. Murid akan melihat proses pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat meningkatkan personaliti mereka. Apabila murid kembali ke sekolah asal, murid boleh membuat refleksi tentang pengalaman yang diperoleh semasa program pertukaran murid untuk sehari. Dengan ini, kedua-dua guru dan murid dapat berfikir secara kritis. Selain itu, guru Matematik boleh merancang intervensi bersama dengan guru Matematik dari sekolah lain untuk menyelesaikan isu atau masalah yang dihadapi oleh murid semasa PdPC.
Untuk menjayakan jalinan dan jaringan PdPC, guru Matematik perlu bersikap lebih terbuka dan fleksibel untuk menerima sebarang kritikan dan pertanyaaan untuk menambahbaik kualiti PdPC. Guru yang profesional mengamalkan sikap dan pemikiran terbuka. Murid turut berasa teruja dan termotivasi mengikuti sesi PdPC sekiranya guru berfikiran terbuka.
6. Kesimpulan
Guru Matematik seharusnya berupaya membuat pertimbangan wajar tentang kaedah PdPC yang akan digunakan agar bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid. PIBK melibatkan proses learning by doing di mana murid memberikan maklum balas dengan segera dan mampu untuk membuat refleksi apa yang harus dilakukan. Selain itu, PBIK ternyata dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik dan potensi murid dalam mata pelajaran Matematik.
Pedagogi PIBK menggalakkan interaksi dua hala berlaku di antara guru Matematik dan murid.
Murid terlibat secara aktif semasa proses pembelajaran. Melalui mod penerokaan, murid sama ada secara individu ataupun berkumpulan menyiasat sesuatu masalah atau topik pembelajaran Matematik dengan bimbingan guru.
Guru Matematik perlu menunjukkan prestasi yang cemerlang agar murid terus terinspirasi untuk belajar. Guru Matematik terlebih dahulu harus memahami dan menguasai kemahiran abad ke-21 sebelum mengajar murid. Perancangan PdPC penting agar proses pembelajaran berkesan dan setiap keperluan murid dapat dipenuhi mengikut tahap pembelajaran mereka.
Matematik bukan hanya untuk melatih murid untuk mahir dalam kemahiran mengira.
Kurikulum Matematik yang baharu bersifat lebih dinamik dan dapat melatih murid untuk mengaplikasikan KBAT untuk menyelesaikan suatu permasalahan. Penekanan KBAT dalam Matematik memerlukan murid mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai setiap maklumat yang diberikan. Pendekatan inkuiri dalam matapelajaran Matematik harus diterapkan agar murid meneroka sendiri masalah Matematik dengan membuat perkaitan dengan situasi sebenar. Punca utama murid lemah dalam matapelajaran Matematik dan tidak menguasai kemahiran berfikir secara kritis ialah mereka tidak mampu untuk membuat hubung kait isi kandungan pembelajaran dengan kehidupan harian mereka. Guru Matematik perlu memberikan motivasi dan galakan positif kepada murid untuk meneroka kemahiran dan pengetahuan yang berbeza tanpa berasa bimbang untuk menerima kritikan atau pertanyaan. Ini akan meningkatkan keyakinan murid untuk mempertahankan hujah berdasarkan eviden yang kukuh.
Rumusannya, kemenjadian murid adalah elemen utama dalam mentaksir tahap pencapaian akademik murid. Fokus guru semasa melaksanakan PdPC ialah murid dapat menerima objektif pengajaran dengan baik. PBIK dapat membantu guru menilai tahap pembelajaran murid secara holistik. Murid akan mendapat peluang yang sama rata dan dapat dinilai dengan adil sesuai dengan tahap pembelajaran mereka. Murid tidak hanya bergantung kepada markah peperiksaan untuk menilai peningkatan tahap pencapaian akademik mereka. Guru juga mempunyai peluang untuk membimbing murid yang lemah dalam pembelajaran sekiranya PBIK dipraktikkan di dalam kelas.
Rujukan
Akgun, A. & Duruk, U. (2016). Teachers’ Knowledge of Higher Order Thinking and Questioning Skills: A Case Study at a Primary School in Terengganu, Malaysia.
International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 7(2), 45–63.
Akgun, A. & Duruk, U. (2016). The Investigation of Preservice Science Teachers’ Critical Thinking Dispositions in the Context of Personal and Social Factors. Science Education International, 27(1), 3–15.
AlJaafil, E. & Sahin, M. (2019). Critical Thinking Skills for Primary Education: The Case in Lebanon. Turquoise International Journal of Educational Research and Social Studies, 1(1), 1–7.
Atig, A. & Azzouna, A. (2017). The barriers to developing critical thinking in life and earth sciences curricula in Tunisia. African Educational Research Journal, 5(2), 91–98.
Aziz Jaafar. (2019). Asas Pembangunan Kurikulum. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azriana Abdul Azis, Roslinda Rosli. (2021). Analisis Aras Kognitif Bagi Soalan dalam Buku Teks Matematik Tahun 4 KSSR Semakan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 146–158.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014) . Buku Perincian Elemen KBAT. Kementerian Pendidikan Malaysia. Retrieved from www.moe.gov.my/my/kbat.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri. Kementerian Pendidikan Malaysia.
https://www.slideshare.net/SitiAyuMegawati/buku-panduan-pembelajaran-berasaskan- inkuiri.
Barasa, L. (2020). Teacher Quality and Mathematics Performance in Primary Schools in Kenya. African Journal of Research in Mathematics, Science and Technology Education, 24(1), 53–64.
Beach, P. & Cleovoulou, Y. (2014). An Inquiry-Based Approach to Critical Literacy:
Pedagogical Nuances of a Second Grade Classroom. Alberta Journal of Educational Research, 60(1), 161–181.
Bernard Tahim Bael, Suppiah Nachiappan & Maslinda Pungut. (2021). Analisis Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran, Pengajaran dan Pemudahcaraaan Abad ke 21. Muallim Journal of Social Science and Humanities, 5(1), 100–119.
Bilal Khalid Khalaf. (2018). Traditional and inquiry-based learning pedagogy: A systematic critical review. International Journal of Instruction, 11(4), 545–564.
Blevins, B., Magill K., Salinas C. (2019). Critical historical inquiry: The intersection of ideological clarity and pedagogical content knowledge, The Journal of Social Studies Research, 1-16.
Connie S. @ Connie C. O., & Juppri B. (2019). Kesan kaedah mengajar terhadap pencapaian awal matematik dalam kalangan kanak-knak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak- Kanak Kebangsaan, 8, 8–16.
Cleovoulou, Y. (2018). Teachers’ pedagogical work in elementary classrooms: an inquiry- based approach to critical literacy across the curriculum. Pedagogies: An International Journal, 00(00), 1–22.
Cleovoulou Y. (2021). 21st Century Pedagogies and Citizenship Education: Enacting Elementary School Curriculum Using Critical Inquiry-Based Learning. Intech Open.
Doğan, S. & Adams, A. (2018). Effect of professional learning communities on teachers and students: reporting updated results and raising questions about research design. School Effectiveness and School Improvement, 29(4), 1-26.
Dole, S., Bloom, L. & Kowalske, K. (2015). Transforming Pedagogy: Changing Perspectives from Teacher-Centered to Learner-Centered The Interdisciplinary Journal of Problem- based Learning Transforming Pedagogy: Changing Perspectives from Teacher-Centered to Learner-Centered. Interdisciplinary Journal of Problem-based Learning, 10(1).
Eng. J. A. J & Ngen L.N. (2020). Guru Sebagai Pakar. Strategi-strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. PTS Media Group.
Farah Aziana Abdul Aziz & Fadzilah Abd Rahman. (2018). Sorotan Kajian Kesediaan Dan Keperluan Guru Bahasa Melayu Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Di Bilik Darjah. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 9, 80–101.
Faris Fuad. (2020), 8 Dis. TIMSS 2019: Malaysia catat skor Aras Tertinggi dalam Matematik.
Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/762973/timss-2019- malaysia-catat-skor-aras-tertinggi-dalam-matematik.
Fatin Aliah, P., Mohd Salleh, A., Mohammad Bilal, A. & Salmiza, S. (2014). Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran. Sains Humanika, 2(4), 63–71.
Ganesan Shanmugavelu, Balakrishnan Parasuraman, Khairi Ariffin, Baskaran Kannan &
Manimaran Vadivelu. (2020). Inquiry Method in the Teaching and Learning Process.
Shanlax International Journal of Education, 8(3), 6–9.
Hyun, C. C., Martinus Tukiran, Laksmi Mayesti Wijayanti, Masduki Asbari, Agus Purwanto, Priyono Budi Santoso. (2020). Piaget versus Vygotsky: Implikasi Pendidikan antara Persamaan dan Perbedaan. Journal of Engineering and Management Science Research (JIEMAR), 1(2), 286–293.
Jamilah Man, Yahya Don & Siti Nor Ismail. (2016). Kepimpinan Transformasi Dan Kualiti Guru Generasi “Y.” Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(1), 29-42.
Luitel, L. (2020). Exploring Teachers’ Experiences on the Nature of Mathematics based on their Curricular and Pedagogical Practices: A Phenomenological Inquiry. International Electronic Journal of Mathematics Education, 15(3), 1-12
Kamii, C. & Ewing, J. K. 1996. Basing Teaching on Piaget’s Constructivism. Childhood Education, 72(5), 260–264.
Masliza Siti Ramli & Nor’ain Mohd Tajudin. (2021). Analisis keperluan untuk membangunkan Modul Pembelajaran Berasaskan Challenge dalam Mempelajari Matematik bagi murid tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 11 (Special Issue), 50–58.
Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman, Khairul Anuar Bahrin.
(2019). AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21) DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) GURU-GURU SEKOLAH RENDAH. Jurnal IPDA, 26, 13–24.
Maxwell Aling & Siti Mistima Maat. (2021). Tahap Penerapan Dan Kefahaman Guru Matematik Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam PdP Matematik Di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 331–341.
Md Daud Md Jani, Adibah Abdul Latif & Rohaya Talib Latif. (2020). Inventori Penilaian Penjajaran Konstruktif (IPPK) Di Institut Pendidikan Guru: Satu Analisis Literatur. Sains Humanika, 12(2–2), 67–74.
Min, C. O. & Mohammad Tahir Mapa. (2021). Pembelajaran Berasaskan Projek dalam mata pelajaran Geografi. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 17 (1), 268–282.
Murphy, M. S. (2012). The Impact of Professional Learning Communities on Attitudes toward Teaching Writing. International Journal of Linguistics 13(3): 1–21.
Muhamad Nazri Abdul Rahman. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri, Eu L. K. (2018). Kajian Meta-Analisis Pengetahuan Guru Matematik Di Malaysia. Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik,6(2), 11–22.
Normiati Batjo, Abdul Said Ambotang, Mohd Suhaimi Taat, Musirin Mosin, Abdull Sukor Shaari & Roslee Talip. (2021). Pengaruh Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Terhadap Kualiti Guru Sekolah Rendah Luar Bandar di Sabah. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4(2), 13-31
Nooraini Binti Abdul Rahim & Abdul Halim Bin Abdullah. (2017). Kesediaan Guru Matematik Sekolah Menengah Dalam Melaksanakan Proses Pembelajaran Dan Pengajaran Abad ke-21. Fakulti Pendidikan UTM (April), 567–584.
Noraini Idris. (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Nur Aqilah Rozali & Noor Dayana Abd Halim. (2020). Kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Dengan Integrasi Video Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik. Innovative Teaching and Learning Journal ,3(2), 42–60.
Nurmelda Patric & Roslinda Rosli. (2020). Pengetahuan Pedagogi dan Isi Kandungan Guru Opsyen Matematik dalam Pengajaran Topik Pecahan. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 92–
101.
Nursafra Mohd Zhaffar, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. (2017). Elemen Pemikiran Kritis Dalam Konteks Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. ASEAN Comparative
Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J),1(2), 92-101.
Prayogi, S., Yuanita, L. & Wasis, L. (2018). Critical inquiry based learning: A model of learning to promote critical thinking among prospective teachers of physic. Journal of Turkish Science Education,15(1), 43–56.
Quigley, C., Marshall, J. C., Deaton, C. C. M., Cook, M. P. & Padilla, M. (2011). Challenges to Inquiry Teaching and Suggestions for How to Meet Them. Science Educator, 20(1), 55–61.
Rowen Tingang Musa, Nor Suriya Abd Karim, Nur Hamiza Adenan, Rawdah Adawiyah Tarmizi, Noor Wahida Md Junus, Vicky Ezekiel Anak Kelong. 2021. Tahap Kesediaan Guru Pelatih Matematik UPSI Dalam Melaksanakam PAK21. Jurnal Pendidikan BITARA UPSI, 14 (SPECIAL ISSUE), 82–91.
Ruslina Othman, Nor’ain Mohd Tajudin & Mazlini. (2021). Needs Analysis for Developing A Thinking-Based Learning Module In Mathematics Learning. Turkish Journal of Computer and Mathematics Education, 12(4), 1165-1172.
Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal & Aziz Omar. (2006). Isu-isu dalam Pendidikan Matematik. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Sönmez, E., Kabataş Memiş, E. & Yerlikaya, Z. (2021). The effect of practices based on argumentation-based inquiry approach on teacher candidates’ critical thinking.
Educational Studies, 47(1), 59–83.
Seibert, S. A. 2020. Problem-based learning: A strategy to foster generation Z’s critical thinking and perseverance. Teaching and Learning in Nursing, 000, 2–5.
Syazana Sahari & Zamri Mahamod. (2018). Persepsi guru Bahasa Melayu sekolah rendah daerah Sri Aman terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6(1), 63–78.
Sylviana Mantihal & Siti Mistima Maat. (2020). Pengaruh Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) terhadap minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik: Satu tinjauan sistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 82–91.
Tomljenović, Z. & Vorkapić, S. T. (2020). Constructivism in visual arts classes. Center for Educational Policy Studies Journal, 10(4), 13-32.
ÜNSAL, S., Korkmaz, F. & PERÇİN, S. 2016. Analysis of Mathematics Teachers’ Self- Efficacy Levels Concerning the Teaching Process. Analysis , 7(24), 99–107.
Uiterwijk-Luijk, L., Krüger, M., Zijlstra, B. & Volman, M. 2019. Teachers’ role in stimulating students’ inquiry habit of mind in primary schools. Teaching and Teacher Education, 86, 1-12.
Wale, B. D. & Bishaw, K. S. 2020. Effects of using inquiry-based learning on EFL students’
critical thinking skills. Asian-Pacific Journal of Second and Foreign Language Education, 5(1), 1-14.
Yusoff, W. M. W., & Seman, S. C. 2018. Teachers’ Knowledge of Higher Order Thinking and Questioning Skills: A Case Study at a Primary School in Terengganu, Malaysia.
International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 7(2), 45–63.
YM Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. 2018. Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Asian People Journal (APJ), 1, 45–65.
Zeki Arsal. (2017). The impact of inquiry-based learning on the critical thinking dispositions of pre-service science teachers. International Journal of Science Education, 39(10), 1326–1338.