• Tiada Hasil Ditemukan

View of Tahap Sokongan Ibu Bapa Dalam Membantu Pembelajaran Murid B40 Di Sekolah Luar Bandar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Tahap Sokongan Ibu Bapa Dalam Membantu Pembelajaran Murid B40 Di Sekolah Luar Bandar"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

Tahap Sokongan Ibu Bapa Dalam Membantu Pembelajaran Murid B40 Di Sekolah Luar Bandar

(Level of Parental Support in Assisting the Learning of B40 Students in Rural Schools)

Mohammad Fadzia Termize1*, Ruhizan Mohd1, Ahmad Zamri1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: mohfad1982@yahoo.com

Accepted: 15 March 2021 | Published: 1 April 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap sokongan ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid B40 di sekolah luar bandar di dua buah sekolah daerah Kapit, Sarawak.

Secara khususnya, kajian ini memfokuskan tiga persoalan penting iaitu untuk mengkaji dari segi perbincangan di rumah, penjagaan di rumah dan komunikasi di rumah antara murid dengan ibu bapa. Sampel kajian ini terdiri daripada 50 orang murid golongan B40 yang bersekolah di sekolah rendah yang terletak di luar bandar Kapit. Instrumen soal selidik berbentuk dichotomous telah digunakan untuk mencapai objektif kajian ini. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2019 bagi menganalisis jumlah dan peratus hasil kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap sokongan ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid B40 di sekolah luar bandar adalah pada tahap yang tinggi berdasarkan skor peratus setiap soalan yang dikemukakan. Kesimpulannya, sokongan ibu bapa amat penting dalam membantu pembelajaran murid B40 yang memberi focus kepada murid yang berada di luar bandar.

Kata kunci: Tahap sokongan ibu bapa, murid golongan B40, sekolah luar bandar

Abstract: This study aims to see the level of parental support in helping the learning of B40 students in rural schools in two schools in the district of Kapit, Sarawak. In particular, this study focuses on three important questions namely to study in terms of home discussions, home care and home communication between students and parents. The sample of this study consists of 50 B40 students who attend primary school located in rural Kapit. A dichotomous questionnaire instrument was used to achieve the objectives of this study. The data obtained were analyzed using Microsoft Excel 2019 software to analyze the amount and percentage of study results. The results showed that the level of parental support in helping the learning of B40 students in rural schools is at a high level based on the percentage score of each question posed. In conclusion, parental support is very important in helping the learning of B40 students who focus on students who are in rural areas.

Keywords: Level of support from parents, B40 students, rural schools

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Sistem pendidikan yang semakin berkembang pada masa kini telah memberikan perubahan yang amat besar dalam masyarakat Malaysia. Ini selaras dengan hasrat kerajaan agar rakyat

(2)

Perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) telah merubah lanskap negara dengan adanya penggunaan teknologi yang dapat meningkatkan produktiviti, kualiti sekaligus meningkatkan penawaran tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi.

Selaras dengan itu, setiap peringkat masyarakat tidak dipinggirkan dalam menikmati arus pendidikan yang sama rata. Di Malaysia, klasifikasi pendapatan isi rumah terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan T20, M40 dan B40. Kumpulan T20 merupakan golongan yang memperoleh pendapatan isi rumah dalam anggaran RM13,000 manakala golongan M40 pula adalah golongan yang pendapatan RM6,000. Golongan B40 pula merupakan golongan isi rumah yang berpendapatan dalam RM3,000 ke bawah. Berdasarkan jumlah tersebut, kita dapat melihat bahawa jurang pendapatan isi rumah antaraT20, M40 dan B40 adalah sangat jauh berbeza. Oleh itu, telah menjadi hasrat kerajaan agar jurang berbezaan ekonomi dapat dirapatkan bagi mengurangkan golongan B40.

Pembasmian kemiskinan adalah satu satu garis panduan oleh Bank Dunia yang bermatlamatkan untuk melestarikan pembangunan (Sustainable Development Goals) yang dapat mengurangkan jurang perbezaan pandangan (Jain-chandra et. al 2016) selain boleh meningkatkan ekonomi sesebuah keluarga. Jurang ekonomi yang jauh ini masih menjadi agenda kerajaan agar kestabilan ekonomi, politik dan sosial dapat dikekalkan (Stiglitz 2014). Oleh yang demikian, golongan B40 merupakan golongan sasaran dalam usaha untuk mencaapai tatap kemiskinan sifar menjelang tahun 2030 (United Nations 2016; World Bank 2017)

Ibu bapa dan bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan agama, iman dan akhlak memandangkan kedudukan institusi kekeluargaan sebagai pendidikan pertama kepada anak- anak (Yahaya 2017). Ibu bapa mempunyai pengaruh yang besar terutamanya dalam soal kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Hal ini kerana ibu bapa yang selalu memberikan dorongan dan semangat sehingga anak-anak menjadi seorang yang bersungguh-sungguh dan yakin dalam proses pembelajaran. Faktor-faktor seperti dorongan, pematuhan disiplin, hubungan mesra antara keluarga boleh memberikan kesan kepada personaliti, motivasi dan pencapaian akademik anak-anak yang masih bersekolah (Mohamad 2018). Tuntutan global terutama dalam keperluan pekerja yang berkemahiran dalam pelbagai bidang bertunjangkan kepada pendidikan awal di sekolah dengan penyediaan ilmu asas yang dapat memenuhi kehendak seseorang murid contohnya kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Kerjasama ibu bapa amat penting agar anak-anak mereka mampu bergerak seiring dengan tuntutan pendidikan pada masa kini. Selain itu, ibu bapa merupakan pendidik utama kepada anak-anak dalam memberikan pendidikan secara tidak formal dari rumah (Bachman & Heather 2010).

Sekolah luar bandar seringkali dikaitkan dengan serba serbi kekurangan dari segi kekurangan kemudahan di sekolah. Walaupun banyak usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam merapatkan jurang antara sekolah bandar dan luar bandar namun belum dapat direalisasikan sepenuhnya akibat daripada faktor kedudukan sekolah, kos yang mahal dan masalah peruntukan. Namun demikian, murid luar bandar tidak ketinggalan dalam mengecapi peluang- peluang pendidikan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam bersama-sama agar murid-murid ini boleh mengecapi kejayaan sehingga ke tahap yang tertinggi sekaligus dapat mengubah stuktur ekonomi keluarga. Kebanyakan murid-murid luar bandar terdiri daripada keluarga B40 yang serba kekurangan kerana kebanyakan ibu bapa mereka bekerja sebagai petani, nelayan, buruh dan kem pembalakan. Walaupun begitu, para

(3)

guru telah sedaya upaya untuk mendidik murid-murid ini sebaik mungkin dengan bimbingan dan panduan yang berterusan.

Usaha dan kerjasama daripada ibu bapa serta komuniti setempat amat diharapkan agar murid- murid bukan sahaja boleh menimba ilmu di sekolah malahan boleh belajar apabila berada di rumah.

2. Ulasan Kajian Lepas

Murid-murid akan lebih bermotivasi dan menyertai pembelajaran secara aktif akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah apabila wujudnya sokongan persekitaran.

Penglibatan sokongan guru, rakan sebaya dan ibu bapa merupakan sokongan persekitaran yang boleh mempengaruhi penglibatan murid. Ibu bapa yang sentiasa mengambil berat tentang pendidikan anak-anak akan sedaya upaya memberikan sokongan, dorongan dan motivasi kepada anak-anak (Anisa Saleha 2015).

Ibu bapa menentukan pola-pola tingkahlaku iaitu dengan mewujudkan suasana yang harmoni di dalam keluarga disertakan dengan nilai-nilai yang positif secara tidak langsung akan melahirkan nilai seorang anak yang terpuji (Mohamad 2018).

Sokongan ibu bapa amat penting dalam proses pembelajaran murid secara berterusan selaras dengan Pelan Pempangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Menurut Mohammed Sani et al.

(2015), ibu bapa menyerahkan sepenuh tanggungjawab pendidikan kepada sekolah. Oleh itu, kolaborasi antara pihak sekolah dengan sokongan ibu bapa amat diperlukan dalam meningkatkan prestasi akademik murid-murid walaupun lokasi terletak di luar bandar namun murid-murid masih boleh mendapatkan akses pembelajaran setaraf dengan murid-murid di bandar.

Walaupun begitu, terdapat sekolah di luar bandar yang telah berjaya mewujudkan kolaborasi yang positif bersama ibu bapa dengan mengadakan pelbahai aktiviti yang menyokong pembelajaran murid. Namun begitu, masih terdapat persoalan di mana sekolah luar bandar masih mampu untuk membina perhubungan yang rapat dengan ibu bapa. Ini kerana ibu bapa di kawasan luar bandar dilihat masih mempunyai kesedaran pada tahap yang rendah terhadap kepentingan pendidikan (Mohamad Johdi et al. 2009).

Pihak sekolah dan ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang sepenuhnya dalam pembelajaran anak-anak supaya isu keciciran dalam pelajaran dan sahsiah di kalangan murid dapat diatasi. Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah dan pencapaian akademik murid-murid (Supian Hasyim 2010).

Selain itu, penglibatan murid di sekolah berhubung kait dengan sokongan persekitaran murid iaitu sokongan guru dan ibu bapa. Persekitaran pembelajaran yang selesa akan meningkatkan penyertaan dan kemahiran insaniah murid-murid (Anisa Saleha 2015).

Sokongan persekitaran yang lemah akan mempengaruhi sikap murid-murid. Ini akan menimbulkan bosan, sunyi dan perasaan rendah diri yang menyebabkan murid-murid menjadi pendiam, mudah tersinggung, motivasi diri yang rendah, pencapaian akademik yang kurang cemerlang dan tiada kemahiran insaniah (Yahya Buntat et al. 2010).

(4)

2. Metodologi

Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah

“descriptive survey research” yang memfokuskan kepada ibu bapa. Ini bermatlamat untuk melihat sejauh mana tahap sokongan ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid-murid.

Oleh itu, pengkaji telah memilih responden yang terdiri daripada murid-murid untuk menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Untuk kajian ini, murid-murid yang tinggal kawasan luar bandar akan dipilih secara rawak. Daripada sampel yang dipilih, kajian ini terdiri daripada 50 orang murid yang bersekolah 2 buah sekolah sekolah rendah di Daerah Kapit, Sarawak.

Pengkaji telah memilih dua buah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar, Kapit sebagai tempat kajian memandangkan ianya memenuhi matlamat kajian pengkaji iaitu memfokuskan keluarga dan komuniti yang tinggal di luar bandar yang terdiri daripada golongan B40.

Instrumen soalan kajian yang pengkaji gunakan adalah berdasarkan Teori Epstein (2002) yang telah diubah suai mengikut kesesuaian fokus kajian. Soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu Bahagian A (3 soalan tentang latar belakang responden), Bahagian B (persoalan kajian yang terdiri daripada aspek perbincangan di rumah, penjagaan di rumah dan komunikasi di rumah.

Untuk mendapat data daripada soal selidik, saya telah menggunakan borang soal selidik dengan mencetak soal selidik sebelum diedarkan kepada responden. Oleh itu, soal selidik ini meminta agar reponden menjawab soalan yang berbentuk dichotomous variable “Ya” atau “Tidak” agar jawapan responden lebih jelas dan mudah untuk difahami oleh murid sekolah rendah.

3. Dapatan Kajian

Pada bahagian ini, pengkaji akan membincangkan dapatan deskriptif dengan menggunakan nilai skor peratus. Penggunaan carta bersama skor dan peratus memudahkan pengkaji untuk berkongsi dapatan kajian sama ada kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pihak sekolah mahupun ibu bapa.

Rajah 1: Carta Jantina Responden

Berdasarkan rajah di atas, seramai 50 orang responden telah terlibat dengan kajian ini iaitu lelaki seramai 18 orang (36%) manakala responden perempuan pula seramai 32 orang bersamaan dengan 64%.

18, 36%

32, 64%

JANTINA

LELAKI PEREMPUAN

(5)

Rajah 2: Carta Umur Responden

Rajah 2 menunjukkan umur responden yang dipilih iaitu berumur 11 tahun dan 12 tahun.

Responden yang berumur 11 tahun adalah seramai 13 orang (26%) manakala responden yang berumur 12 tahun pula adalah seramai 37 orang bersamaan dengan 74%.

Rajah 3: Carta Bangsa Responden

Rajah 3 menunjukkan carta bangsa responden iaitu bangsa Melayu seramai 3 orang (6%), lain- lain seramai 8 orang (16%) manakala bangsa Iban pula seramai 39 orang bersamaan 78%

peratus. Bilangan responden berbangsa Iban ramai kerana majoriti kaum yang ada di tempat kajian terdiri daripada kaum Iban.

Rajah 4: Carta Agama Responden

Rajah 4 menunjukkan pecahan agama responden. Responden yang beragama Islam adalah seramai 3 orang (6%), lain-lain agama seramai 6 orang (12%) manakala reponden yang beragama Kristian seramai 41 orang (82%).

13, 26%

37, 74%

UMUR

11 Tahun (Tahun 5) 12 Tahun (Tahun 6)

3, 6%

41, 82%

6, 12%

AGAMA

Islam Kristian Lain-lain 3, 6%

39, 78%

8, 16%

BANGSA

Melayu Iban Lain-lain

(6)

Rajah 5: Pekerjaan Ayah Responden

Rajah 5 merupakan pecahan pekerjaan bapa responden. Kebanyakan ayah responden terdiri daripada golongan petani iaitu seramai 42 orang (84%) manakala yang bekerja di kem pembalakan pula adalah seramai 8 orang (16%). Kesimpulannya, dapatan ini menunjukkan bahawa data pekerjaan sebagai petani dan bekerja di kem pembalakan masih tergolong dalam kalangan keluarga B40. Oleh yang demikian, data ini secara tidak langsung menepati sasaran kajian pengkaji iaitu memfokuskan responden yang terdiri keluarga golongan B40.

Rajah 6: Pekerjaan Ibu Responden

Rajah 6 menunjukkan pecahan pekerjaan ibu responden. Berdasarkan dapatan kajian, seramai 35 (70%) orang ibu responden bekerja sebagai suri rumah manakala seramai 15 orang (30%) ibu responden bekerja sebagai petani. Dapatan ini menunjukkan bahawa dari segi pekerjaan ibu responden sama ada sebagai petani atau suri rumah jelas menunjukkan responden tergolong dari golongan keluarga B40.

Analisis Perbincangan Di Rumah

Rajah 7: Perbincangan Di Rumah

43 46

32 38 44

35 38 40

7 4

18 12

6

15 12 10

0 10 20 30 40 50

B1 (1) B1 (2) B1 (3) B1 (4) B1 (5) B1 (6) B1 (7) B1 (8)

PERBINCANGAN DI RUMAH

Ya Tidak

(7)

Perbincangan di rumah secara keseluruhan: YA: 79% TIDAK :21%

Rajah 5 mengemukakan soalan berkaitan dengan perbincangan di rumah. Bagi soalan yang pertama, seramai 43 orang responden menyatakan ibu bapa mereka membincangkan apa yang mereka pelajari di kelas manakala seramai 7 orang responden menyatakan tidak. Bagi soalan yang kedua, seramai 46 orang responden menyatakan ibu bapa mereka membincangkan tentang aktiviti-aktiviti di sekolah bersama responden. Soalan yang ketiga pula, seramai 32 orang responden menyatakan bahawa ibu bapa mereka menceritakan maklumat dari bahan bacaan yang telah dibacakan kepada responden manakala 18 orang menyatakan tidak. Bagi persoalan B1(4), 38 orang responden bersetuju ibu bapa mereka membincangkan kesalahan yang rsponden lakukan dalam kerja-kerja sekolah dan seramai 12 orang menyatakan tidak.

Untuk soalan B1(5), seramai 44 orang responden bersetuju ibu bapa mereka bersetuju ibu bapa mereka membantu dalam kerja-kerja sekolah responden manakala 6 orang menyatakan tidak.

Bagi soalan B1(6), seramai 35 orang responden bersetuju ibu bapa mereka bersedia untuk mendengar penulisan yang ditulis oleh responden manakala 15 orang menyatakan tidak. Untuk soalan B1(7) pula, seramai 38 orang responden bersetuju ibu bapa mereka berbincang tentang program televisyen yang mereka tonton bersama manakala 12 orang menyatakan tidak. Bagi soalan yang terakhir untuk bahagian perbincangan di rumah, seramai 40 orang responden bersetuju bahawa ibu bapa mereka memberi bimbingan untuk menghadapi ujian dan peperiksaan manakala seramai 10 orang menyatakan tidak.

Berdasarkan carta di atas jelas menunjukkan bahawa ibu bapa yang terdiri daripada golongan B40 mempunyai rasa tanggungjawab ketika berada bersama anak-anak di rumah. Secara keseluruhannya 79% ibu bapa mengadakan perbincangan bersama dengan anak-anak berkaitan dengan pelajaran. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap peningkatan tentang kepentingan ibu bapa dan anak-anak saling membantu dalam pelajaran.

Analisis Penjagaan Di Rumah

Rajah 8: Penjagaan Di Rumah

Penjagaan di rumah secara keseluruhan: YA: 84.25% TIDAK :16%

Rajah 6 menunjukkan hasil kajian berkaitan dengan penjagaan di rumah. Untuk soalan B2(1), seramai 47 orang responden bersetuju ibu bapa mereka memastikan agar responden menyiapkan kerja sekolah. Pada soalan B2(2), 45 orang responden bersetuju ibu bapa mereka menghadkan masa mereka menonton televisyen pada hari persekolahan. Seramai 41 orang

47 45

41 46

37 37 40 44

3 5 9

4

13 13

10 6

0 10 20 30 40 50

B2 (1) B2 (2) B2 (3) B2 (4) B2 (5) B2 (6) B2 (7) B2 (8)

PENJAGAAN DI RUMAH

Ya Tidak

(8)

responden bersetuju ibu bapa mereka memastikan mereka mempunyai tempat khas untuk membuat kerja sekolah pada soalan B2(3).

Bagi soalan B2(4), seramai 46 orang responden bersetuju ibu bapa responden memastikan agar mereka menghadiri kelas tambahan di sekolah. Bagi soalan B2(5), seramai 37 orang responden bersetuju ibu bapa mereka menyelia aktiviti yang mereka lakukan pada masa lapang. Untuk soalan B2(6), seramai 37 orang responden bersetuju ibu bapa mereka menghadkan masa mereka bermain dengan rakan-rakan. Untuk soalan B2(7) seramai 40 orang responden bersetuju ibu bapa mereka memastikan rumah sentiasa senyap agar responden boleh belajar dan mengulabkaji pelajaran. Untuk soalan yang terakhir B2(8), seramai 44 orang responden bersetuju ibu bapa memastikan mereka mempunyai jadual waktu belajar di rumah.

Berdasarkan graf di atas menunjukkan bahawa ibu bapa golongan B40 mempunyai rasa tanggungjawab dalam mendidik anak-anak terutamanya ketika berada di rumah. 84.25% hasil kajian menggambarkan bahawa walaupun berada di pinggir bandar namun kesedaran ibu bapa tentang betapa pentingnya mereka menyediakan suasana pembelajaran di rumah yang selesa sangat baik.

Analisis Komunikasi Di Rumah

Rajah 9: Komunikasi Di Rumah

Komunikasi di rumah secara keseluruhan: YA: 87% TIDAK :13%

Rajah 7 menunjukkan hasil kajian saya berkaitan dengan komunikasi antara ibu bapa dan anak- anak. Bagi soalan B3(1) seramai 47 orang responden bersetuju ibu bapa mereka memberitahu mereka tentang kepentingan belajar untuk masa depan. Seramai 48 orang responden bersetuju ibu apa mereka mengingatkan mereka untuk belajar dengan tekun iaitu pada soalan B3(2). Pada soalan B3(3), seramai 42 orang responden bersetuju ibu bapa menggalakkan agar responden mengambil kelas tuisyen. Bagi soalan B3(4) pula, seramai 37 orang responden bersetuju ibu bapa menggalakkan mereka membaca bahan pembelajaran tambahan untuk menambah pengetahuan.

Berdasarkan soalan B3(5), seramai 47 orang responden bersetuju ibu bapa sentiasa memberikan galakan kepada responden mengulangkaji pelajaran. Seterusnya pada soalan B3(6), seramai 42 orang responden bersetuju ibu bapa menggalakkan responden membuat banyak latihan bagi setiap mata pelajaran. Untuk soalan B3(7), seramai 35 responden bersetuju ibu bapa memberitahu tentang keyakinan terhadap kebolehan responden. Untuk soalan B3(8),

0 10 20 30 40 50 60

B3 (1)

B3 (2)

B3 (3)

B3 (4)

B3 (5)

B3 (6)

B3 (7)

B3 (8)

B3 (9)

B3 (10)

B3 (11)

B3 (12)

B3 (13)

KOMUNIKASI DI RUMAH

Ya Tidak

(9)

seramai 47 orang responden bersetuju ibu bapa menasihatkan responden supaya berusaha mendapatkan markah yang terbaik dalam ujian atau peperiksaan. Seterusnya, untuk soalan B3(9), 45 orang responden bersetuju ibu bapa meluahkan perasaan bangga apabila prestasi pelajaran responden meningkat. Bagi soalan B3(10), 42 orang responden bersetuju ibu bapa memberitahu harapan untuk melihat responden menjejak kaki ke university. Untuk seolan B3(11) pula, seramai 46 orang responden bersetuju ibu bapa berjanji akan memberikan hadiah apabila responden lulus cemerlang dalam ujian atau peperiksaan. Bagi soalan B3(12), seramai 45 orang responden bersetuju ibu bapa memberikan nasihat dan kesedaran untuk belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan responden. Soalan yang terakhir iaitu B3(13), seramai 43 orang responden bersetuju ibu bapa memberitahu bahawa mereka ingin melihat responden lulus cemerlang dalam ujian atau peperiksaan.

Hasil dapatan menunjukkan bahawa 87% responden menyatakan komunikasi antara mereka dan ibu bapa sangat berjaya manakala responden yang menyatakan tidak hanya 13%. Data ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan anak-anak dalam kalangan keluarga B40 mempunyai komunikasi yang berkesan ketika berada di rumah.

Analisis Keseluruhan Perbincangan Di Rumah, Penjagaan Di Rumah dan Komunikasi Di Rumah.

Rajah 10: Analisis Keseluruhan Dapatan Kajian

Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap sokongan ibu bapa dalam kalangan keluarga B40 adalah tinggi iaitu sebanyak 84% jika dibandingkan dengan peratus responden yang meyatakan tidak iaitu hanya sebayak 16%. Ini merupakan petunjuk yang sangat positif bahawa ibu bapa kalangan B40 telah mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya mereka memberikan sokongan dan galakan kepada anak-anak mereka dalam pelajaran. Selain itu, hasil dapatan menunjukkan bahawa ketiga-tiga item soalan iaitu berkaitan dengan perbincangan di rumah, penjagaan di rumah dan komunikasi di rumah mendapat jumlah peratus yang tinggi.

4. Perbincangan dan Kesimpulan

Hasil kajian dari segi perbincangan di rumah menunjukkan hasil ynag positif iaitu pada tahap 79% responden yang menyokong bahawa ibu bapa responden mengadakan aktiviti perbincangan bersama anak-anak walaupun secara tidak formal. Selain itu, ibu bapa menitikberatkan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak ketika berada di sekolah. Hasil kajian ini juga disokong oleh Zulkifli Abdul Hamid et al. (2011) yang menyatakan pencapaian prestasi

1219, 84%

232, 16%

YA TIDAK

(10)

Selain itu juga menurut Mohamad Johdi Salleh (2009), kejayaan seseorang murid adalah daripada komitmen ibu bapa dalam memberikan pendidikan di rumah.

Selain itu, dari segi aspek penjagaan juga menunjukkan hasil dapatan yang positif iaitu pada kadar 84.25%. Ini membuktikan bahawa wujudnya kawalan ibu bapa dalam memastikan anak- anak sentiasa mengikut peraturan secara tidak langsung boleh mendidik anak-anak agar berdisiplin dalam pengurusan masa. Walaupun keluarga kajian terdiri daripada golongan B40, namun tahap keperihatinan ibu bapa dalam memastikan anak-anak menepati masa yang ditetapkan terutama dalam menyiapkan kerja sekolah masih tinggi. Ini secara tidak langsung membuktikan wajudnya kesedaran ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak terutamanya ketikan berada di rumah.

Aspek kajian yang ketiga iaitu komunikasi di rumah memberikan peratusan yang paling tinggi iaitu pada tahap 87% responden yang bersetuju. Komunikasi di rumah merupakan aspek yang menjurus kepada peningkatan motivasi murid ketika berada di rumah. Dengan sokongan moral yang tinggi contohnya pujian, galakan, harapan dan nasihat boleh meningkatkan lagi usaha murid untuk berjaya dalam akademik dan wujudnya kesedaran dalam menimba ilmu.

Oleh yang demikian, hubungan kekeluargaan yang harmoni di antara ibu bapa dan anak amatlah penting dalam meningkatkan prestasi akademik anak-anak di sekolah. Walaupun dilihat bahawa ibu bapa dalam golongan keluarga B40 tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi namun mereka masih mempunyai rasa tanggungjawab dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Cara didikan ibu bapa juga merupakan faktor penting dalam menyediakan pembelajaran yang bermakna kepada anak-anak ketika berada di rumah.

Ini merupakan salah satu bonus kepada anak-anak yang bukan sahaja boleh menikmati pembelajaran di sekolah namun dengan sokongan ibu bapa, murid-murid boleh menikmati pembelajaran di rumah.

Sebagai cadangan masa depan, pengkaji berharap agar kajian pada masa depan akan melihat kepada tahap sokongan keluarga T20 dan M40. Ini bertujuan sama ada terdapat persamaan dari segi peratusan tahap sokongan ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid di kalangan golongan T20 dan M40. Selain itu juga, pengkaji mencadangkan agar terdapat kajian di kalangan pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2020 daripada keluarga B40. Ini bertujuan untuk melihat sejauh mana ibu bapa daripada keluarga B40 memberi kan sokongan kepada anak-anak yang bakal menduduki SPM dalam suasana pendamik Covid-19 yang dilihat agak mencabar dari segi tekanan dan kawalan emosi ketika anak-anak berada di rumah.

Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap sokongan ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid dan sejauh mana tahap sokongan ibu bapa memberikan impak yang positif kepada murid. Secara keseluruhannya, tiga aspek yang dinilai iaitu aspek perbincangan di rumah, aspek penjagaan di rumah dan aspek komunikasi di rumah memberikan hasil yang positif bahawa ibu bapa memberikan sokongan pembelajaran yang sangat baik kepada anak-anak mereka walaupun terdiri daripada keluarga golongan B40. Pada pendapat pengkaji, tahap sokongan tidak kira sama ada keluarga T20, M40 mahupun B40 masih tetap sama kerana ingin melihat kejayaan anak-anak pada masa hadapan. Walaupun suasana pembelajaran berbeza terutama di rumah, namun keluarga golongan B40 masih mampu untuk memberikan suasana yang terbaik untuk anak-anak menikmati suasana pembelajaran yang bermakna ketika berada di rumah.

(11)

Penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan sesi persekolahan di seluruh Malaysia yang menyebabkan sekolah terpaksa ditutup awal daripada tarikh takwim persekolahan menyebabkan murid-murid terpaksa meneruskan sesi pembelajaran sama ada secara dalam talian mahupun latihan dihantar ke rumah oleh pihak sekolah. Memandangkan kawasan luar bandar tidak mempunyai talian komunikasi yang baik untuk murid mengadakan sesi secara dalam talian, maka pada situasi sebeginilah kitab oleh melihat dengan jelas apakah peranan dan Langkah yang dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak masih mampu untuk menerima pendidikan.

Tidak kita di mana juga sesebuah keluarga itu berada sama ada di bandar, di kampung mahupun di kawasan pedalaman, apa yang paling penting adalah sokongan ibu bapa dalam memberi dan menyediakan akses pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak. Tanggungjawab dalam memberikan pendidikan bukan hanya terletak di bahu para guru namun tanggungjawab ini harus dipikul bersama ibu bapa.

Rujukan

Anisa,S. (2015). Keterlibatan, sokongan pembelajaran dan pencapaian pelajar

berdasarkan gender peringkat persekolahan dan lokasi. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bachman, J.H. (2010). Parent involvement and children's academic and social development in elementary school. Child Devolepment Journal.

Buletin Anjakan. (2015). Peluasan pelibatan ibu bapa dan komuniti (PIBK). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dishion, T. J., Nelson, S. E. & Yasui, M. (2005). Predicting early adolescent gang involvement from middle school adaption. Journal of Clinical Child Adolescent Psychology, 34(1), 62-73.

Fauzi, S., Jamal, A. & Mohd Saifoul, Z.N. (2014). Kaedah Penyelidikan & Analisis Data SPSS. Universiti Utara Malaysia.

Jain-chandra, S., Kinda, T., Kochhar, K., Piao, S. & Schauer, J. (2016). Sharing the Growth Dividend: Analysis of Inequality in Asia. IMF Working Paper 48:1-56.

Mohamad, J.S., Norul, K.I., Nur Awanis, A.Z., Nurul, H.Y. & Siti, A H. (2009). Kajian terhadap kesedaran pendidikan di kalangan masyarakat orang asli. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009. 3-5 Februari. Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, UMS Sabah. Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah.

Mohammed, S.I., Ahmad Zabidi, A.R. & Husaina, B.K. (2015). Strategi implementasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya.

Stiglitz, J. E. (2014). The Price of Inequality: How Today’s Divided Society Endangers Our Future. Sustainable Humanity, Sustainable Nature: Our Responsibility:1-21

Supian, H. (2010). Amalan kepimpinan lestari dan hubungannya dengan prestasi kerja guru sekolah rendah yang menerima tawaran baru di daerah Segamat. Universiti Teknologi Malaysia.

United Nations. (2016). Sustainable Development GOALS - 17 Goals to transform our world.

https://doi.org/United Nations Development Program (UNDP) .

World Bank. (2017). Atlas of Sustainable Development Goals 2017: From World Development Indicators. Washington, DC.

https://openknowledge.worldbank.org/handle/10986/26306 Yahya, B. & Muhamad, S.H. (2011). Kemahiran komunikasi dalam

meningkatkan keyakinan diri pelajar. Satu tinjauan dikalangan ahli jawatankuasa

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN