• Tiada Hasil Ditemukan

View of ANAK-ANAK LGBT: TINDAK BALAS IBU BAPA MUSLIM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of ANAK-ANAK LGBT: TINDAK BALAS IBU BAPA MUSLIM"

Copied!
14
0
0

Tekspenuh

(1)

International Journal of Social Science Research (IJSSR) eISSN: 2710-6276 | Vol. 2 No. 4 [December 2020]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

ANAK-ANAK LGBT: TINDAK BALAS IBU BAPA MUSLIM

Siti Fatimah Abdul Rahman1*

1 Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: siti@ikim.gov.my Article Information:

Article history:

Received date : 26 November 2020 Revised date : 8 December 2020 Accepted date : 18 December 2020 Published date : 25 December 2020 To cite this document:

Abdul Rahman, S. (2020). ANAK-ANAK LGBT: TINDAK BALAS IBU BAPA MUSLIM. International Journal Of Social Science Research, 2(4), 247-260.

Abstrak: Pada 2018, dilaporkan bahawa terdapat seramai 310,000 orang gay di Malaysia. Walaupun angka ini dikatakan angka yang belum muktamad, ia adalah satu angka yang membimbangkan untuk sebuah negara yang rakyatnya percaya kepada Tuhan. Golongan LGBT ini bukan hidup sebatang kara. Mereka ada keluarga. Mereka mungkin adik- beradik atau anak-anak kita. Kajian di Barat menunjukkan bahawa penerimaan dan penolakan keluarga amat penting dalam menentukan kesihatan dan kesejahteraan golongan LGBT ini. Malah, Barat telah mengenengahkan satu senarai tingkah laku yang perlu dielakkan oleh ibu bapa apabila mengetahui status LGBT anak mereka. Dalam situasi di mana Islam melarang keras amalan hidup LBGT, bolehkah ibu bapa Muslim menerima anak-anak mereka yang LGBT? Sebagai ibu bapa Muslim, apakah tindak balas yang wajar apabila mengetahui anak-anak kita merupakan pengamal LGBT?

Kertas kerja ini akan melihat kepada senarai yang diketengahkan oleh Barat itu dan menilainya dari perspektif Islam serta melihat apakah saranan-saranan itu wajar diikuti oleh ibu bapa Muslim. Untuk itu, saranan-saranan keibubapaan dari Al-Quran dan As-Sunnah akan dijadikan kayu ukur untuk mengenalpasti tindak balas sewajarnya ibu bapa Muslim dalam hal ini. Kajian ini mendapati bahawa

(2)

1. Pengenalan

Pada 2018, dilaporkan bahawa terdapat seramai 310,000 gay di Malaysia (Dermawan, 2018). Gay adalah satu bentuk orientasi seks. Orientasi seks merujuk kepada tarikan seksual yang dimiliki oleh seseorang (Katz-Wise, Rosario, & Tsappis, 2016). Mereka yang tertarik secara seksual kepada jantina yang berlawanan digelar heteroseksual. Mereka yang tertarik secara seksual kepada jantina yang sama digelar homoseksual. Homoseksual perempuan digelar sebagai lesbian dan homoseksual lelaki digelar sebagai gay. Mereka yang tertarik secara seksual kepada kedua-dua jantina digelar sebagai biseksual.

Ketiga-tiga orientasi seks ini dikenali dengan ringkas sebagai LGB.

Identiti gender pula merujuk kepada perasaan dalaman individu sama ada ia merasa dirinya lelaki atau perempuan. Lazimnya, perasaan dalaman ini adalah selari dengan fizikal tubuh badan individu itu.

Dalam kata-kata lain, individu yang memiliki fizikal tubuh badan lelaki merasakan dirinya lelaki. Atau individu yang memiliki fizikal tubuh badan perempuan merasakan dirinya perempuan. Mereka yang memiliki identiti gender yang selari dengan fizikal tubuh badannya dikenali sebagai cisgender (Katz- Wise, Rosario, & Tsappis, 2016).

Namun, ada juga individu yang memiliki perasaan dalaman yang berbeza dengan fizikal tubuh badannya. Sebagai contoh, mereka yang memiliki tubuh badan lelaki tetapi merasakan diri mereka adalah perempuan. Atau, mereka yang memiliki tubuh badan perempuan tetapi merasakan diri mereka sebagai lelaki. Golongan yang memiliki identiti gender yang bertentangan dengan fizikal tubuh badannya dikenali sebagai transgender (T).

Ketiga-tiga orientasi seks dan satu identiti gender ini secara ringkasnya digelar LGBT. Dalam Islam, golongan LGBT ini dilihat sebagai golongan yang menjalani kehidupan yang bertentangan dengan ajaran Islam (Ali Muhammad & Amuda, 2018).

Golongan LGBT ini tidak hidup sebatang kara. Setiap dari mereka memiliki keluarga. Mereka ada ibu dan ayah serta adik-beradik yang lain. Kajian di Barat menunjukkan bahawa penerimaan keluarga amat penting dalam menentukan kesihatan dan kesejahteraan golongan LGBT ini (Ryan, Supportive families, healthy children: Helping families with lesbian, gay, bisexual & transgender children, 2009) (Katz-Wise, Rosario, & Tsappis, 2016) (Renna, 2018).

Dalam situasi di mana Islam melarang keras amalan hidup LBGT, bolehkah ibu bapa Muslim menerima anak-anak LGBT mereka? Sebagai ibu bapa Muslim, apakah tindak balas yang wajar apabila mengetahui anak-anak kita merupakan pengamal LGBT? Kertas kerja ini akan melihat kepada tindak

(3)

2. Kajian Kepustakaan

Di Malaysia, pelbagai kajian mengenai golongan LGBT ini telahpun dilaksanakan. Dengan menjadikan bekas pengamal LGBT sebagai sumber maklumat mereka, didapati bahawa orientasi seks dipengaruhi oleh kedua-dua faktor iaitu faktor semulajadi dan faktor dipelajari [persekitaran], namun kecenderungan dan orientasi ini dapat diatasi melalui kawalan diri yang diperolehi dari kaunseling dan terapi (Owoyemi

& Ahmad Sabri, 2013). Penemuan ini disokong oleh kajian lain yang menjadikan kaunselor yang berpengalaman mengendalikan kes LGBT sebagai sumber maklumat mereka (Ahmad Sabri, Owoyemi,

& Mangsor, 2014).

Seorang kaunselor bertauliah pula telah menulis sebuah buku yang mencatatkan pengalaman beliau dengan klien-klien LGBT. Buku ini mengandungi kisah-kisah bagaimana klien terjebak dengan LGBT;

huraian kes dan cara beliau merawat klien-klien tersebut; sebab-sebab mengapa LGBT perlu ditentang;

langkah-langkah pencegahan (dari perspektif Islam, media dan undang-undang); pendekatan dakwah kepada golongan LGBT; dan, peri-pentingnya ibu bapa memiliki ilmu keibubapaan untuk mendidik anak dan mengelakkan mereka dari terjebak dalam kancah LGBT (Salleh, 2015).

Kajian mengenai hadith-hadith yang menyentuh isu LBGT mendapati bahawa terdapat lapan hadith sahih yang dengan jelas menyebut tentang golongan ini, baik dari segi hukum, jenis-jenis dan kedudukan mereka dalam Islam serta tindakan-tindakan yang wajar diambil untuk menghalang pertambahan bilangan mereka dalam komuniti Islam (Md Yusof, Ahmad, Abdul Kadira, Ibrahim, & Mohd Noor, 2015).

Golongan LGBT merasakan bahawa menjalani hidup sebagai LGBT adalah hak asasi mereka. Namun, kajian mendapati bahawa hak yang dituntut oleh golongan LGBT ini tidak boleh dilayan kerana dalam Islam ketika membuat hukum serta undang-undang, kepentingan umum hendaklah diutamakan berbanding kepentingan individu (Abd. Majid, 2015).

Ada juga kajian yang cuba memahami bagaimana individu boleh terjebak dalam LGBT dengan membuat penilaian ke atas penulisan kreatif iaitu cerpen. Dengan menggunakan teori psikoanalisis dalam menilai beberapa buah cerpen, didapati bahawa minda id menguasai individu dan ini yang membuatkannya sedar bahawa mereka memiliki kecenderungan LGBT (Razali, Noor, & Talif, 2015).

Kajian mengenai metodologi dakwah ke atas golongan ini mendapati bahawa terdapat lima metodologi dakwah yang berkesan iaitu dakwah bil hal, hiburan, pembinaan sosial, pendekatan psikologi dan pembangunan sahsiah (Haridi, Abd Rahman, & Wazir, 2016).

(4)

Dari segi undang-undang, didapati bahawa LGBT adalah satu jenayah yang boleh dihukum bukan sahaja di bawah Undang-undang Islam tetapi juga di bawah Undang-undang Keseksaan Nigeria dan Malaysia (Ali Muhammad & Amuda, 2018). Kajian ini juga mendapatkan respon ahli masyarakat mengenai LGBT dan mendapati bahawa majoriti responden bersetuju bahawa: (i) LBGT adalah haram, tidak bermoral, tidak beradab dan bercanggah dengan agama; (ii) LGBT menceroboh maruah, personaliti dan hak asasi manusia; (iii) undang-undang Syariah adalah undang-undang terbaik untuk dikenakan ke atas orang Islam yang mengamalkan LGBT; dan, (iv) negara Islam tidak patut menbenarkan LGBT walaupun mendapat ancaman dan tekanan dari mana-mana negara.

Di Malaysia didapati bahawa perundangan syariah menyediakan peruntukan undang-undang yang lebih luas berbanding perundangan sivil bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan golongan LGBT (Mohd Arif, Shafie, Hanapi, & Mohd Hassan, 2018). Kajian ini mencadangkan agar Parlimen dan DUN bertindak lebih progresif dalam merangka, dan

meluluskan peruntukan undang-undang yang lebih spesifik dan eksplisit demi membanteras dan mengawal gejala LGBT dari terus mencemari nilai-nilai agama, adat dan budaya masyarakat Malaysia.

Salah satu kajian di Malaysia yang melihat aspek kesejahteraan golongan LGBT mendapati bahawa faktor persekitaran, kemurungan dan konflik dalaman diri menjadi penyumbang utama kepada kecenderungan membunuh diri dalam kalangan gay dan lesbian (Jamal, Amat, & Subhi, 2019).

Sehubungan itu, kajian ini menyarankan agar para kaunselor (termasuk guru bimbingan dan kaunseling) perlu berpengetahuan dalam isu-isu kecenderungan bunuh diri dalam golongan gay dan lesbian bagi membolehkan mereka menangani isu tersebut dengan lebih berkesan.

Berbeza dengan kajian-kajian lepas, kertas kerja ini melihat kepada tindak balas keluarga apabila mengetahui anak-anak mereka merupakan pengamal LGBT.

Sejak sedekad lalu, Barat telah mula mengkaji tentang “penerimaan keluarga” (family acceptance) dan kepentingannya kepada kesejahteraan anak-anak LGBT. Didapati bahawa penerimaan keluarga menggalakkan kesejahteraan dalam kalangan anak-anak tersebut dan membantu melindungi remaja ini dari kehidupan yang berisiko. Sebaliknya, “penolakan keluarga” (family rejection) akan memberi kesan yang serius kepada kesihatan dan kesihatan mental remaja LGBT (Ryan, Supportive families, healthy children: Helping families with lesbian, gay, bisexual & transgender children, 2009). Secara yang lebih khusus, didapati bahawa penerimaan keluarga terhadap anak-anak remaja LGBT dikaitkan dengan kesihatan mental dan fizikal yang positif apabila anak-anak itu dewasa (Ryan, Russell, Huebner, Diaz,

& Sanchez, 2010).

(5)

Kesan positif penerimaan keluarga ini diperteguhkan oleh kajian yang mendapati bahawa penerimaan dan penolakan keluarga amat penting dalam menentukan kesihatan dan kesejahteraan golongan muda yang LGBT (Katz-Wise, Rosario, & Tsappis, 2016).

Kajian juga mendapati bahawa usaha-usaha untuk mengubah (conversion efforts) (baik di rumah oleh ibu bapa mahupun intervensi luar oleh ahli terapi atau ketua agama) menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyesuaian dalam kalangan orang muda (Renna, 2018). Ia termasuk tahap depresi yang tinggi dan tingkahlaku bunuh diri; esteem kendiri, sokongan sosial dan kepuasan hidup yang rendah; dan, tahap pendidikan dan pendapatan yang rendah di usia muda.

Usaha-usaha untuk mengubah anak LGBT menjadi normal ini dilihat sebagai penolakan ibu bapa dan ia merendahkan harga diri anak-anak itu dan menyumbang kepada tingkah laku yang merosakkan diri, mengundang risiko dan tidak menjaga diri termasuklah menghadkan kebolehan mereka mencari rezeki (Renna, 2018). Maka, ibu bapa perlu menyokong anak-anak LGBT mereka. Kajian ini menyimpulkan dua perkara. Pertama, ‘conversion efforts’ perlu dielakkan dengan mewujudkan undang-undang untuk menghalang pengamal berlesen daripada mengubah orientasi seksual klien mereka. Kedua, ibu bapa dan ketua agama perlu dididik dan diberi maklumat yang tepat mengenai: (a) orientasi seksual dan gender identiti; (b) kesan buruk tingkahlaku penolakan keluarga yang mana termasuk usaha-usaha untuk mengubah orientasi seksual anak-anak mereka; dan, (c) peri pentingnya keluarga menyokong anak-anak LGBT untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan kesejahteraan mereka (Renna, 2018).

Cubaan ibu bapa/ penjaga untuk mengubah orientasi seksual anak-anak LGBT di rumah dan usaha ibu bapa menghantar anak-anak LGBT kepada ahli terapi atau ketua agama untuk diubah orientasi seksualnya dikaitkan dengan depresi, lintasan fikiran untuk bunuh diri, cubaan bunuh diri, pencapaian pendidikan yang rendah dan gaji mingguan yang rendah (Ryan, Toomey, Diaz, & Russell, 2018).

Kaitan ini lebih kuat lagi dalam kalangan mereka yang melaporkan bahawa wujud kedua-dua usaha iaitu usaha yang dilakukan oleh ibu bapa di rumah dan dihantar ke ahli terapi dan ketua agama. Oleh yang demikian, amat penting ibu bapa dididik dan diberi panduan dalam perkara ini.

Secara keseluruhannya, kajian-kajian di Barat mendapati bahawa penerimaan keluarga amat penting dalam menentukan kesihatan dan kesejahteraan golongan LGBT ini. Oleh itu, Barat mahu agar ibu bapa dididik mengenai orientasi seksual dan gender identiti agar mereka dapat menerima anak-anak mereka dan memberikan sokongan yang sewajarnya.

(6)

2.1 Pernyataan Masalah

Sehubungan itu, pada tahun 2009, Family Acceptance Project (FAP) – satu projek yang bertujuan untuk membina satu model baru keluarga bagi meningkatkan sokongan, mengurangkan risiko dan mempromosikan kesejahteraan anak-anak dan belia LGBT – telah menerbitkan sebuah buku kecil untuk membantu keluarga yang memiliki anak-anak LGBT (Ryan, Supportive families, healthy children:

Helping families with lesbian, gay, bisexual & transgender children, 2009).

Di dalam buku kecil ini disenaraikan tingkahlaku-tingkahlaku yang perlu dielakkan oleh ibu bapa yang memiliki anak-anak LGBT dan tingkahlaku-tingkahlaku yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak LGBT mereka.

Dalam keadaan di mana Islam melarang keras amalan hidup LGBT, bolehkah ibu bapa Muslim menerima saranan-saranan PAF ini? Sebagai ibu bapa Muslim, apakah tindak balas yang wajar apabila mengetahui anak-anak kita merupakan pengamal LGBT?

Kertas kerja ini akan melihat secara terperinci saranan-saranan yang dibuat oleh FAP mengenai

“Tingkahlaku-tingkahlaku yang perlu dielakkan” oleh ibu bapa dalam berhadapan dengan anak-anak LGBT mereka. Kelapan-lapan saranan ini akan dinilai satu persatu dari perspektif Islam untuk melihat sama ada ibu bapa Muslim boleh atau tidak boleh menerima saranan-saranan tersebut.

3. Metodologi

Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang melibatkan analisa kandungan. Seperti yang disebutkan pada awal tadi FAP telah menyenaraikan dua set tingkahlaku yang berkaitan dengan respon ibu bapa terhadap anak-anak LGBT. Set tingkahlaku pertama merujuk kepada “Tingkahlaku yang perlu dielakkan oleh ibu bapa yang memiliki anak-anak LGBT” manakala set tingkahlaku kedua adalah

“Tingkahlaku ibu bapa yang membantu anak-anak LGBT”.

Kajian ini akan fokus kepada set tingkahlaku pertama iaitu “Tingkahlaku yang perlu dielakkan oleh ibu bapa yang memiliki anak-anak LGBT”. Sembilan (9) tingkahlaku yang disarankan oleh FAP akan dilihat satu persatu dan dibandingkan dengan ajaran Islam mengenai keibubapaan yang berdasarkan kepada al-Quran dan hadith. Tingkahlaku yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam akan dipertimbangkan manakala tingkahlaku yang sebaliknya akan diperbetul atau digugurkan. Dari situ satu senarai yang baru akan terhasil sebagai panduan untuk ibu bapa Muslim dalam berhadapan dengan perkara ini.

(7)

3.1 Analisa Data

Jadual 1 menunjukkan set tingkahlaku pertama iaitu “Tingkahlaku yang perlu dielakkan oleh ibu bapa yang memiliki anak-anak LGBT”. Set tingkahlaku ini perlu dielakkan kerana kajian menunjukkan bahawa ia meningkatkan risiko anak-anak itu mendapat masalah kesihatan dan masalah mental (Ryan, Supportive families, healthy children: Helping families with lesbian, gay, bisexual & transgender children, 2009).

Jadual 1: Senarai tingkahlaku keluarga yang meningkatkan risiko anak-anak LGBT untuk mendapat masalah kesihatan dan mental (Perlu dielakkan)

i. Memukul, melempang atau menyakiti anak kerana identiti LGBT mereka

ii. Gangguan lisan atau menggelar mereka (dengan gelaran buruk) kerana identiti LGBT mereka

iii. Meminggirkan anak LGBT dari keluarga atau aktiviti keluarga

iv. Menghalangi capaian anak-anak kepada rakan-rakan, acara-acara dan sumber-sumber LGBT

v. Menyalahkan anak apabila mereka didiskriminasi akibat identiti LGBT mereka

vi. Memberi tekanan agar anak-anak itu menjadi lebih (atau kurang) maskulin atau feminin vii. Memberitahu anak bahawa Tuhan akan menghukum mereka kerana mereka gay

viii. Memberitahu anak bahawa mereka atau rupa paras atau perbuatan mereka memalukan ibu bapa dan keluarga

ix. Menyuruh anak merahsiakan identiti LGBT mereka dan tidak membenarkan mereka bercakap tentangnya

Sumber: (Ryan, Supportive families, healthy children: Helping families with lesbian, gay, bisexual & transgender children, 2009, p. 8)

(8)

Setelah meneliti setiap saranan FAP dalam Jadual 1 dari perspektif Islam, ternyata bahawa ada saranan- saranan yang selari dengan Islam dan ada yang sebaliknya (Jadual 2).

Jadual 2: Senarai tingkahlaku keluarga yang meningkatkan risiko anak-anak LGBT untuk mendapat masalah kesihatan dan mental (Perlu dielakkan) dari perspektif Islam

Tingkahlaku: Elakkan… Islami Tidak Islami

i. Memukul, melempang atau menyakiti anak kerana

identiti LGBT mereka

ii. Gangguan lisan atau menggelar mereka (dengan

gelaran buruk) kerana identiti LGBT mereka iii. Meminggirkan anak LGBT dari keluarga atau aktiviti

keluarga

iv. Menghalangi capaian anak-anak kepada rakan-rakan,

acara-acara dan sumber-sumber LGBT

v. Menyalahkan anak apabila mereka didiskriminasi

akibat identiti LGBT mereka

vi. Memberi tekanan agar anak-anak itu menjadi lebih

(atau kurang) maskulin atau feminin

vii. Memberitahu anak bahawa Tuhan akan menghukum

mereka kerana mereka gay

viii. Memberitahu anak bahawa mereka atau rupa paras atau perbuatan mereka memalukan ibu bapa dan keluarga

ix. Menyuruh anak merahsiakan identiti LGBT mereka

dan tidak membenarkan mereka bercakap tentangnya

(9)

Saranan yang selari dengan Islam

Saranan (i) agar ibu bapa elakkan dari “Memukul, melempang atau menyakiti anak kerana identiti LGBT mereka” adalah selari dengan Islam kerana Islam juga tidak menggalakkan ibu bapa menggunakan kekerasan dalam usaha untuk membetulkan kesalahan anak-anak. Walaupun ada hadith yang menyuruh ibu bapa memukul anak jika mereka meninggalkan solat pada usia 10 tahun (Ulwan, Pendidikan Anak- anak Dalam Islam (Jilid 2), 1988, p. 36), namun itu adalah kerana ia meninggalkan rukun Islam yang merupakan tiang agama. Dalam keadaan-

keadaan lain, pendekatan memukul adalah cara terakhir yang patut digunakan untuk membetulkan anak (Ulwan, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Jilid 2), 1988, p. 323).

Dalam Islam, terdapat tiga cara untuk membetulkan anak yang telah baligh iaitu (a) mengikatnya dengan aqidah; (b) menjauhkannya dari kejahatan; dan, (c) mengubah adat kebiasaannnya (Ulwan, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Jilid 2), 1988, p. 190).

Mengikatnya dengan aqidah bererti memberi anak itu pendidikan keimanan agar aqidahnya diperkukuhkan. Bila aqidahnya telah kukuh, akan wujud ketaqwaan dan keinsafan akan kewujudan Allah yang sentiasa mengawasi dirinya. Ini akan menguatkan keinginan individu melakukan apa yang diperintahkan Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Menjauhkannya dari kejahatan yang dilakukan dapat dilakukan dengan mendedahkannya kepada keburukan dan kemudaratan yang bakal menimpa akibat kejahatan yang dilakukan.

Mengubah adat kebiasaannnya merujuk kepada mengasingkan anak itu dari persekitaran yang biasa baginya. Pengasingan ini penting untuk memudahkan proses pemulihan. Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w dan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah. Generasi baru yang soleh tidak mungkin wujud dalam persekitaran yang penuh dengan kemungkaran dan dosa. Maka, mereka diarah untuk berhijrah ke persekitaran baru yang kondusif untuk membentuk masyarakat Islam yang sebenarnya (Ulwan, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Jilid 2), 1988, p. 196).

Saranan (ii) agar ibu bapa mengelakkan dari menggelar anak-anak itu dengan gelaran buruk adalah selari dengan Islam kerana Islam melarang umatnya mengejek dan menggelar orang lain dengan gelaran yang tidak baik (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2018).

Saranan (iii) agar ibu bapa mengelakkan dari meminggirkan anak LGBT dari keluarga atau aktiviti keluarga juga adalah selari dengan Islam kerana pertalian darah antara anak-beranak adalah satu ikatan

(10)

Saranan (v) agar ibu bapa mengelakkan dari menyalahkan anak apabila mereka didiskriminasi akibat identiti LGBT mereka juga selari dengan Islam. Ini kerana sikap menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah. Apabila anak-anak didiskriminasikan atas sebab apa sekalipun, perbuatan diskriminasi itu perlu dihentikan kerana Islam tidak menbenarkan diskriminasi dalam apa jua bentuk.

Ibu bapa perlu membantu anak dengan menghentikan diskriminasi tersebut. Walau bagaimanapun, sikap serta perbuatan anak yang bercanggah dengan Islam perlu dihentikan agar ahli keluarga kita tidak berterusan melakukan perbuatan yang dimurkai Allah SWT.

Saranan yang bercanggah dengan Islam

Saranan (iv) agar ibu bapa mengelakkan diri dari menghalang capaian anak-anak untuk bertemu rakan- rakan LGBT mereka atau pergi ke acara-acara LGBT dan mendapat capaian kepada sumber-sumber yang mempromosi LGBT adalah bercanggah dengan Islam. Ini kerana dalam Islam, apabila kita menyaksikan kemungkaran, kita hendaklah menghentikan kemungkaran itu. Dalam konteks ibu bapa, apabila mereka mengetahui anaknya terlibat dengan gaya hidup LGBT, ia hendaklah menghentikannya.

Ini termasuklah menghalang anaknya dari bertemu dengan rakan-rakan LGBT yang lain, menghalang anaknya dari menghadiri majlis-majlis LGBT serta menghentikan capaian untuk mendapat sumber sumber yang mempromosi LGBT. Ini termasuk dalam cara-cara membetulkan anak yang disebutkan tadi iaitu menjauhkannya dari kejahatan yang dilakukan serta mengubah adat kebiasaannya. Tambah pula menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengambil tahu siapa kawan-kawan anak-anaknya kerana kawan-kawan yang baik akan membawa anak kita menjadi baik dan begitulah sebaliknya (Ulwan, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Jilid 1), 1988, p. 215).

Saranan (vi) agar ibu bapa mengelak dari memberi tekanan agar anak-anak itu jadi lebih (atau kurang) maskulin atau feminin juga bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, lelaki dilarang berkelakuan seperti wanita manakala wanita dilarang dari menyerupai lelaki (Ulwan, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Jilid 1), 1988, p. 226). Seandainya ibu bapa melihat anaknya menyerupai jantina yang berlawanan (melakukan sesuatu yang dilarang oleh Islam), maka mereka wajib menyuruh anaknya berhenti dan patuh kepada identiti gender jantina asal mereka

Saranan (vii) agar ibu bapa mengelakkan diri dari memberitahu anak mereka bahawa Tuhan akan menghukumnya kerana ia gay juga adalah bercanggah dengan Islam. Ini kerana dalam Islam menjadi gay adalah dilarang. Sesiapa yang melakukan apa yang dilarang dan ia meninggal dunia sebelum sempat bertaubat, maka pastinya ia akan menerima balasan atau hukuman dari Allah. Mengingatkan anak mengenai hukuman Allah SWT juga adalah salah satu pendekatan mendidik dalam Islam (Ulwan, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Jilid 2), 1988, p. 471). Pendekatan ini bertujuan untuk

(11)

Saranan (viii) agar ibu bapa mengelak dari memberitahu anak bahawa mereka atau rupa paras atau perbuatan mereka memalukan keluarga juga adalah bercanggah dengan Islam. Ini kerana dalam Islam malu adalah sebahagian daripada iman. Malah, anak-anak wajib dididik dengan sifat malu sebagai penghalang atau pendinding dirinya dari melakukan apa yang dilarang oleh Allah (Ulwan, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Jilid 1), 1988, p. 362).

Saranan (ix) agar ibu bapa mengelak dari menyuruh anak merahsiakan identiti LGBT mereka dan tidak membenarkan mereka bercakap tentangnya juga bercanggah dengan Islam. Dalam Islam apabila seorang Muslim melakukan sesuatu yang dilarang, ia sepatutnya berasa malu dengan kekhilafan itu dan tidak mahu orang lain tahu mengenainya. Ini adalah aibnya dan kita dituntut untuk menutup aib sendiri agar tidak diketahui oleh orang lain (Khair, 2019). Maka, sudah semestinya ibu bapa menyuruh anak merahsiakan identiti LGBT mereka (malah menyuruh anak menghilangkan identiti itu) dan tidak bercakap mengenainya kepada orang lain.

4. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Ternyata bahawa dari senarai 9 perbuatan yang perlu dielakkan oleh ibu bapa dalam berhadapan dengan anak-anak LGBT, tidak semuanya boleh digunapakai oleh ibu bapa Muslim. Ini kerana ada di antara perbuatan itu yang selari dengan Islam dan ada yang sebaliknya.

Sehubungan itu, berikut adalah senarai baru mengenai bagaimana seharusnya ibu bapa Muslim bertindak balas dalam berhadapan dengan anak-anak LGBT (Jadual 3).

Jadual 3: Tindak balas Ibu Bapa Muslim Dalam Berhadapan Dengan Anak-anak LGBT Tingkahlaku yang digalakkan Tingkahlaku yang perlu dielakkan i. Menghalang anak-anak untuk bertemu rakan-

rakan LGBT mereka atau pergi ke acara-acara LGBT dan mendapat capaian kepada sumber- sumber yang mempromosi LGBT

i. Menyakiti anak-anak

ii. Memastikan anak berpakaian dan bertingkahlaku seperti identiti gender jantina asal mereka dan tidak menyerupai identiti gender yang bertentangan

ii. Menggelar anak-anak dengan gelaran yang buruk

iii. Mengingatkan anak tentang balasan Allah SWT terhadap mereka yang melakukan larangan-Nya

iii. Meminggirkan anak-anak

iv. Memberitahu anak bahawa perbuatan mereka iv. Menyalahkan anak apabila mereka

(12)

Walaupun Islam melarang LGBT, namun ibu bapa masih bertanggungjawab untuk membawa anak-anak itu kembali ke pangkal jalan dengan penuh kasih-sayang. Oleh itu, pendekatan yang kasar dan kesat seperti menyakiti anak-anak, menggelar mereka dengan gelaran yang buruk, meminggirkan mereka dan menyalahkan mereka bila mereka didiskriminasikan perlu dielakkan.

Walaupun pendekatan yang penuh kasih-sayang dituntut oleh Islam, namun, ibu bapa perlu bertegas dengan anak-anak khususnya dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam. Oleh itu, perbuatan anak-anak yang bertentangan dengan Islam itu perlu dihentikan segera seperti berjumpa dengan rakan- rakan LGBT mereka dan menyerupai identiti gender yang bertentangan.

Di masa yang sama ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak-anak tentang balasan Allah SWT kepada mereka yang mengamalkan gaya hidup LGBT; perlu mengingatkan anak-anak bahawa perbuatan mereka memalukan dan mengaibkan keluarga; dan perlu mengingatkan anak-anak untuk bertaubat dan merahsiakan perkara ini dengan harapan Allah memelihara aib mereka dan keluarga.

Barat melihat ketegasan ibu bapa ini berisiko untuk menjejaskan kesihatan fizikal dan kesihatan mental anak-anak mereka. Namun, dalam Islam bukan kesihatan fizikal dan kesihatan mental sahaja yang menjadi matlamat ibu bapa Muslim, tetapi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Seandainya ketegasan ibu bapa ini menjejaskan kehidupan dunia anak-anaknya, itu masih boleh diterima berbanding anak-anak mereka menerima kecelakaan di akhirat.

5. Kesimpulan

Barat yang lebih dahulu berhadapan dengan isu anak-anak LGBT ini telah menghasilkan satu garis panduan mengenai tingkahlaku yang perlu dielakkan oleh ibu bapa apabila berhadapan dengan anak- anak LGBT. Namun, ibu bapa Muslim perlu menilai garis panduan ini dengan kacamata Islam sebelum memanfaatkannya. Saranan yang tidak bercanggah dengan Islam boleh diamalkan manakala saranan yang bertentangan dengan Islam, perlu diperbetulkan atau digugurkan.

Sehubungan itu, seandainya pihak kerajaan mahu menyediakan garis panduan kepada para ibu bapa yang memiliki anak LGBT di negara ini, garis panduan itu perlulah mengambilkira pandangan agama.

Walaupun garis panduan Barat dirujuk kerana pengalaman mereka yang lebih awal berhadapan dengan isu ini serta kajian mereka yang mendalam, namun melihat kepada peranan agama dalam masyarakat kita, kita tidak dapat lari dari menilai garis panduan Barat itu dari perspektif agama amnya, dan Islam khususnya, sebelum ianya dapat digunakan oleh masyarakat di negara ini.

(13)

Rujukan

Abd. Majid, W. (2015). Rights Demanded By LGBT People: A Preliminary Refutation. Tafhim IKIM Journal of Islam and the Contemporary World, 8, 37-62.

Ahmad Sabri, A., Owoyemi, M., & Mangsor, F. (2014). Leading By Example: Causes and Treatment by an Experienced LGBT Counsellor. International Journal of Innovation and Scientific Research, 10(2), 255-261.

Ali Muhammad, A., & Amuda, Y. (2018, June). LGBT: An Evaluation of Shariah Provision and the Laws of Malaysia and Nigeria. GJAT, 8(1), 15-29.

Dermawan, A. (2018, Oct 29). Bilangan gay, transgender semakin meningkat: JAKIM. Berita Harian.

Retrieved Nov 24, 2020, from bharian.com.my:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/491972/bilangan-gay-transgender-semakin- meningkat-jakim

Haridi, N., Abd Rahman, K., & Wazir, R. (2016). Metodologi Dakwah Terhadap Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Jurnal Pengajian Islam, 9(II), 103-119.

Jamal, S., Amat, S., & Subhi, N. (2019). Kecenderungan Cubaan Membunuh Diri dalam Kalangan Gay dan Lesbian di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 151-162.

Katz-Wise, S. L., Rosario, M., & Tsappis, M. (2016, Dec). LGBT Youth and Family Acceptance. Pediatr Clin North Am, 63(6), 1011-1025.

Khair, N. (2019, June 26). Jangan dedah dosa, aib sendiri. Berita Harian. Retrieved Nov 25, 2020, from https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/06/578122/jangan-dedah-dosa-aib-sendiri Md Yusof, M., Ahmad, K., Abdul Kadira, M., Ibrahim, M., & Mohd Noor, M. (2015). Deviant Behavior

of Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT): Analysis From Hadith Sahih and Fiqh al- Hadith. Online Journal Research in Islamic Studies, 2(2), 1-17. doi:10.15364/ris15-0202-01

Mohd Arif, M., Shafie, M., Hanapi, H., & Mohd Hassan, F. (2018). Salah Laku LGBT Dalam Perundangan Malaysia: Undang-undang Sebagai Mekanisme Pembanterasan dan Kawalan. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 13(1), 19-34.

Owoyemi, M., & Ahmad Sabri, A. (2013). LGBT: Nature or Ideology: The View of a Former LGBT Practitioner in Malaysia. Research Journal of Biological Sciences, 8(4), 104-111.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2018, 12 28). Al-Kafi #1006: Hukum Troll Dalam Media Sosial.

Retrieved 11 20, 2020, from https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2957-al-kafi-1006- hukum-troll-dalam-media-sosial

Razali, A., Noor, R., & Talif, R. (2015). Investigating Gaydom Turning Points in "Body 2 Body".

Pertanika J. Soc. Sci & Hum., 23 (S), 43-53.

Renna, C. (2018, Nov 8). First Study Shows Pivotal Role of Parents in Conversion Efforts to Change LGBT Adolescents' Sexual Orientation. Retrieved March 6, 2020, from familyacceptanceproject:

https://familyproject.sfsu.edu/conversion-therapy-begins-at-home

(14)

Ryan, C., Russell, S. T., Huebner, D., Diaz, R., & Sanchez, J. (2010). Family Acceptance in Adolescence and the Health of LGBT Young Adults. Journal of Child and Adolescent Psychiatric Nursing, 23(4), 205-213.

Ryan, C., Toomey, R. B., Diaz, R. M., & Russell, S. T. (2018). Parent-Initiated Sexual Orientation Change Efforts With LGBT Adolescents: Implications for Young Adult Mental Health and Adjustments. Journal of Homosexuality, 1-15. doi:10.1080/00918369.2018.1538407

Salleh, H. (2015). Ancaman Terhadap Aqidah Umat Islam Oleh Gerakan LGBT. Putrajaya: Institut Kajian Strategik Islam Malaysia.

Ulwan, A. (1988). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Jilid 1). (S. A. Semait, Trans.) Singapura:

Pustaka Nasional.

Ulwan, A. (1988). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Jilid 2). (S. A. Semait, Trans.) Singapura:

Pustaka Nasional.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dalam keadaan waris adalah bapa (1/6) bersama dengan ibu (1/6) yang mana si mati mempunyai seorang anak lelaki, atau dua orang anak perempuan atau lebih, ataupun seorang

Apabila anak-anak remaja mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi maka ibu bapa tidak perlu bimbang tentang akhlak anak-anak mereka kerana anak remaja ini akan

...bersambung ke muka 12.. zaman dan masa. Sebagai ibu bapa, kita tentunya mencari jalan terbaik untuk masa depan anak-anak. Kerisauan ibu bapa yang mengahwinkan anak bawah umur

Jelas kajian ini menunjukkan keperluan yang tinggi terhadap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak- anak terutama ketika anak-anak berada di sekolah menengah..

Bagi kesesuaian kajian maka digunakan kaedah Sentroid (Composite Moment). Kaedah ini menggunakan penyelesaian jelas yang diperolehi dengan cara mengambil titik pusat

Tambahan lagi, tahap pendidikan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa kelas menengah membolehkan anak-anak daripada kelas ini mempunyai lebih banyak peluang

Dalam hal ini, kapital budaya adalah kelebihan yang diperoleh oleh kelas menengah dan kelas atasan kerana ibu bapa daripada kelompok dominan mempunyai kapital

Sejauh Manakah Terdapat Hubungan Di Antara Penglibatan Ibu Bapa Dengan Komponen-komponen Konteks Keluarga Dalam Pendidikan Anak-anak Di Sekolah Menengah. Interaksi