• Tiada Hasil Ditemukan

View of Sikap Pelajar Terhadap Implementasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pembelajaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Sikap Pelajar Terhadap Implementasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pembelajaran"

Copied!
10
0
0

Tekspenuh

(1)

Sikap Pelajar Terhadap Implementasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pembelajaran

(Students' Attitudes Towards The Implementation of Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) In Learning)

Kong Suik Fern1, Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore1*

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: effendi@ukm.edu.my Accepted: 15 September 2020 | Published: 30 September 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: STEM merupakan kombinasi pengetahuan saintifik, teknikal dan inovasi. Namun, kajian sikap pelajar terhadap STEM adalah amat terbatas. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap pelajar terhadap implementasi STEM dalam pembelajaran. Reka bentuk tinjauan melalui pendekatan kuantitatif telah digunakan dengan instrumen yang diadaptasi untuk pengukuran sikap pelajar. Seramai 34 orang pelajar tingkatan dua daripada sebuah sekolah menengah di Kuching, Sarawak telah dipilih sebagai responden menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Dapatan menunjukkan sikap pelajar terhadap implementasi STEM berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan dalam sikap pelajar terhadap implementasi STEM dalam pembelajaran. Pelajar lelaki juga didapati bersikap lebih positif berbanding pelajar perempuan terhadap implementasi STEM. Cadangan penambahbaikan kajian boleh dilakukan melalui penambahan sampel kajian, perluasan konteks dan mengaitkannya dengan pemboleh ubah lain yang berpotensi.

Kata kunci: sikap, pelajar, implementasi, STEM, pembelajaran

Abstract: STEM is a combination of scientific, technical and innovative knowledge.

However, the study of students' attitudes towards STEM is scarce. Thus, this study aims to examine students' attitudes towards the implementation of STEM in learning. Survey design through quantitative approach has been used with adapted instruments for measuring students’ attitudes. A total of 34 form two students from a secondary school in Kuching, Sarawak were selected as respondents using simple random sampling techniques. Findings showed that students demonstrated a high level of attitude towards the implementation of STEM. In addition, it was found that there were significant differences between male and female students in students' attitudes towards the implementation of STEM in learning. Male students were also found to be more positive than female students towards STEM implementation. Suggestions for improving the study can be done through the addition of a study sample, the expansion of the context and relating it to other potential variables.

Keywords: attitude, student, implementation, STEM, learning

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Gabungan pengetahuan saintifik, teknikal dan inovasi merupakan komponen dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pendidikan STEM mampu melatih pelajar

(2)

menjadi seorang yang berinovasi dan boleh berfikir secara kritikal. Di samping itu, penerapan STEM dalam pendidikan turut melahirkan pelajar yang celik dalam bidang teknologi dan menjadi seorang pereka cipta. National Research Council (2011) menerangkan bahawa STEM mampu membantu pelajar dalam memahami kepentingan, meningkatkan literasi teknologi dan minat pelajar dalam bidang kejuruteraan. Pendedahan STEM pada peringkat awal persekolahan juga dilihat mampu meningkatkan dan memupuk pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang STEM (Shahali et al., 2017).

Selain itu, Popa dan Ciascai (2017) menjelaskan bahawa pelajar akan menyelesaikan masalah yang digunakan melalui aktiviti eksplorasi dan secara penemuan. Hal ini disebabkan oleh pendidikan STEM bagi subjek Sains dan Matematik telah digabungkan dengan elemen teknologi dan kejuruteraan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian Sains dan Matematik dapat menghasilkan impak yang positif dalam sikap, minat, motivasi dan pencapaian akademik pelajar (Suprapto, 2016). Dengan ini, pendidikan STEM dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian dan bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan STEM.

Penyataan Masalah

Terdapat dua isu ataupun masalah utama yang perlu ditangani melalui implementasi STEM dalam pendidikan. Isu yang pertama adalah daripada penilaian antarabangsa iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA) yang bertujuan menilai pengetahuan pelajar dalam subjek Sains dan Matematik melaporkan pelajar negara Malaysia berada pada tahap pencapaian yang rendah. Hal ini demikian kerana TIMSS dan PISA bertujuan mengukur kemahiran kognitif pelajar yang berbentuk aplikasi serta penaakulan. Berdasarkan statistik keputusan TIMSS dan PISA, tahap pencapaian pelajar negara Malaysia adalah kurang memberangsangkan dan masih berada pada tahap yang rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Dengan itu, implementasi STEM dalam pendidikan merupakan salah satu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan pencapaian pelajar.

Isu yang kedua pula ialah sikap pelajar yang kurang berminat dengan pembelajaran subjek Sains dan Matematik secara kaedah konvensional. Sains dan Matematik merupakan subjek yang sangat penting dan boleh membantu dalam perkembangan diri pelajar. Penggunaan kaedah konvensional dalam pengendalian pembelajaran Sains dan Matematik menyebabkan minat pelajar semakin merosot. Fisher et al. (1996) menjelaskan bahawa kaedah konvensional didapati hanya berpusatkan guru dan pelajar menyiapkan kerja ataupun tugasan yang diberikan dengan senyap tanpa penggunaan aplikasi teknologi. Oleh itu, subjek Sains dan Matematik perlu digabungkan dengan bidang teknologi dan kejuruteraan dan dikenali sebagai STEM bagi menarik minat pelajar. Hal ini demikian disebabkan oleh pembelajaran STEM diterapkan dengan pembelajaran pelbagai mod (Blended Learning) iaitu pengajaran bersemuka dengan menggunakan alat teknologi. Pembelajaran kelas berbalik (Flipped Classroom) turut digunakan oleh guru untuk memberikan tugasan menggunakan laman sesawang e-pembelajaran bagi memudahkan pelajar untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan mengikut rentak sendiri. Sebaliknya, pembelajaran di kelas akan melibatkan aktiviti berkumpulan dalam bentuk perbincangan bagi melatih pelajar untuk memberikan idea-idea yang bernas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

Justeru, penyelidikan yang berkaitan dengan bidang STEM dalam pembelajaran mempunyai keperluan yang tinggi untuk dilaksanakan agar dapat menangani isu-isu yang timbul seperti dinyatakan. Implementasi STEM bermula daripada peringkat sekolah dapat memberikan

(3)

pendedahan awal kepada pelajar dalam memahami dan memperolehi ilmu berkaitan dengan bidang STEM.

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap pelajar terhadap implementasi STEM dalam pembelajaran dan mendapatkan perbezaannya mengikut jantina.

Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai dua objektif yang menjadi panduan dalam mengkaji sikap pelajar terhadap pengimplementasian STEM. Berikut merupakan objektif bagi kajian yang dijalankan:

a. Mengkaji tahap sikap pelajar terhadap implementasi STEM dalam pembelajaran.

b. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap pelajar terhadap implementasi STEM mengikut jantina.

Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dikemukakan adalah untuk mencapai objektif kajian:

a. Apakah tahap sikap pelajar terhadap implementasi STEM dalam pembelajaran?

b. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap pelajar terhadap implementasi STEM mengikut jantina?

2. Kajian Lepas

Kajian yang dijalankan oleh Suprapto (2016) mengenai sikap pelajar terhadap STEM adalah menggunakan kajian tinjauan. Sikap pelajar dinilai melalui setiap komponen STEM dan secara keseluruhan bidang STEM. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap pelajar adalah berbeza mengikut komponen STEM, malah terdapat pelajar yang lebih meminati satu bidang sahaja. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar terhadap STEM. Kajian tersebut bertujuan untuk menerapkan pengetahuan dan pengalaman yang bermakna melalui pendidikan STEM kepada pelajar.

Implementasi STEM dalam pendidikan adalah langkah untuk menggalakkan guru berinteraksi dengan pelajar. Berdasarkan kajian Adam dan Halim (2019), masih terdapat guru yang kurang yakin untuk mengimplementasikan elemen STEM dalam pembelajaran walaupun STEM telah dibuktikan berkesan dalam pembelajaran. Perkara ini adalah disebabkan oleh kekurangan pendedahan dalam bidang kejuruteraan bagi guru Sains dan Matematik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengintegrasikan STEM mengikut kesesuaian topik yang diajar. Implementasi STEM dalam pendidikan pada masa hadapan perlu dikaji semula dari segi aktiviti yang dijalankan sama ada bersesuaian dengan topik mengikut sukatan pembelajaran. Dengan itu, penerapan STEM dalam pembelajaran memerlukan kajian lanjutan terutamanya dari segi aktiviti yang dijalankan perlu bersesuaian dengan topik yang diajar mengikut sukatan pembelajaran.

Kajian Toma dan Greca (2018) berjaya menghasilkan reka bentuk, cara penilaian dan pelaksanaan STEM dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah pada peringkat sekolah rendah. Kajian tersebut mendapati bahawa model pembelajaran berasaskan inkuiri dapat memupuk sikap pelajar melalui pengintegrasian STEM dalam pembelajaran. Penerapan STEM dalam dunia pendidikan boleh menggalakkan pelajar untuk menyiapkan tugasan ataupun projek yang diberikan dengan bagus dan sikap pelajar yang positif dalam menyelesaikan tugasan ataupun projek yang diberikan (Sahin & Top, 2015).

(4)

Berdasarkan kajian lepas yang dijalankan, dapat dilihat hala tuju kajian melalui pengintegrasian STEM dengan pendidikan dapat memupuk sikap pelajar yang positif untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Namun begitu, terdapat kajian lepas yang menunjukkan bahawa sikap pelajar yang kurang berminat dan tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap pelaksanaan STEM dalam pembelajaran (Faber &

Wiebe, 2014). Justeru, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sikap pelajar terhadap implementasi STEM dalam pembelajaran.

3. Metodologi Kajian

Metodologi merupakan kaedah dan prosedur yang digunakan untuk menjalankan topik kajian dan mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian (Lambert, 2012). Pemilihan kaedah kajian adalah sangat penting dalam mencapai objektif yang telah dinyatakan. Bab ini merangkumi beberapa bahagian yang penting dalam metodologi iaitu reka bentuk, cara mengumpul data dan cara menganalisis data menggunakan kaedah kajian yang telah dipilih.

Fraenkel et al. (2012) menjelaskan bahawa data merupakan informasi yang dikumpul daripada sampel kajian penyelidik. Proses pengumpulan data akan dijalankan dengan menggunakan instrumen bagi mengumpul semua informasi yang diperlukan (Lambert, 2012).

Instrumen mengenai sikap pelajar terhadap implementasi STEM merupakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada kajian Suprapto (2016). Dalam konteks kajian ini, reka bentuk tinjauan telah digunakan dengan mengumpul maklumat daripada responden melalui borang soal selidik iaitu instrumen yang telah diadaptasi. Instrumen sikap pelajar terhadap implementasi STEM yang telah diadaptasi akan disediakan dan diedarkan kepada sampel kajian.

3.1 Ujian Kebolehpercayaan Instrumen

Instrumen yang digunakan akan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26. Bagi kebolehpercayaan data pula, data tersebut akan diuji menggunakan nilai alfa Cronbach . Jadual 1 menunjukkan nilai alfa Cronbach yang menunjukkan konsistensi dalaman bagi nilai tersebut. Cronbach (1951) meletakkan julat nilai alfa Cronbach adalah di antara 0 hingga 1 bagi menentukan kebolehpercayaan data yang telah dikumpul. Nilai alfa Cronbach yang kurang daripada 0.6 menunjukkan instrumen tersebut mempunyai konsistensi dalaman yang rendah. Sebaliknya, nilai alfa Cronbach yang lebih daripada 0.9 pula menunjukkan bahawa konsistensi dalaman instrumen tersebut adalah sangat baik (Cronbach, 1951). Dalam konteks kajian ini, nilai alfa Cronbach yang dipilih sebagai nilai penerimaan ialah melebihi 0.8 iaitu kategori baik.

Jadual 1: Nilai Alfa Cronbach dan Konsistensi Dalaman (Sumber: Cronbach, 1951)

Nilai Alfa Cronbach Konsistensi Dalaman

Sangat baik

Baik

Diterima

Diragui

Rendah

3.2 Instrumen dan Skala Kajian

Kajian ini akan ditadbir dengan sampel kajian melihat tayangan video mengenai pengintegrasian STEM oleh National Academies of Sciences (2014). Selepas itu, sampel

(5)

kajian akan diberi penjelasan mengenai instrumen yang diberikan. Instrumen yang disediakan mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A merupakan maklumat responden iaitu maklumat sampel kajian yang terdiri daripada nama, jantina, kelas, umur, bangsa, agama dan warganegara. Pada Bahagian B pula adalah untuk meninjau sikap pelajar terhadap implementasi STEM dalam pembelajaran dan mengandungi 25 item.

Jadual 2 menunjukkan skala Likert dan skor yang digunakan dalam instrumen kajian yang telah diadaptasi. Pada Bahagian B instrumen yang disediakan, sampel kajian akan disuruh untuk menandakan pilihan bagi setiap soalan yang dikemukakan menggunakan skala Likert.

Skala Likert yang digunakan mempunyai lima skor iaitu skor 1 hingga 5. Menurut Fraenkel et al. (2012), skor 5 pada Bahagian B bermaksud sangat setuju dan skor 1 adalah sangat tidak setuju.

Jadual 2: Skala Likert dan Skor (Sumber: Fraenkel et al., 2012)

Skala Likert Skor

Sangat Setuju (SS) 5

Setuju (S) 4

Tidak Pasti (TP) 3

Tidak Setuju (TS) 2

Sangat Tidak Setuju (STS) 1

3.3 Pensampelan Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Swasta St Joseph, Kuching dengan melibatkan pelajar tingkatan dua. Sampel kajian ini hanya melibatkan satu kelas tingkatan dua. Hal ini disebabkan oleh kekangan masa dan tenaga untuk mendapatkan data kajian daripada semua pelajar tingkatan dua. Dengan itu, sampel kajian yang telah dipilih adalah pelajar kelas tingkatan dua iaitu seramai 34 orang pelajar. Sampel kajian ini dipilih menggunakan pensampelan rawak mudah iaitu sampel kajian dipilih daripada populasi secara rawak (Jackson, 2016).

3.4 Analisis Data

Bagi menganalisis data yang telah diperolehi, kajian ini menggunakan SPSS versi 26.

Seterusnya, data tersebut akan dirumuskan dalam perwakilan data atau grafik secara statistik.

Terdapat dua jenis statistik iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi yang digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpul. Statistik deskriptif adalah gambaran awal tentang untuk mendapatkan data dalam kajian yang dijalankan. Statistik inferensi pula adalah perkaitan antara dapatan kajian dengan sampel kajian (Idris, 2013).

Jadual 3 merupakan kaedah penganalisisan data berdasarkan objektif serta persoalan kajian yang dijalankan. Bagi objektif dan persoalan kajian yang dikemukakan dinyatakan dengan kaedah penganalisisan data. Statistik deskriptif terbahagi kepada ukuran kecenderungan memusat dan ukuran serakan. Ukuran kecenderungan memusat adalah terdiri daripada mod, median dan min. Ukuran kecenderungan memusat yang digunakan dalam kajian yang dijalankan adalah min kerana min adalah nilai yang paling tepat dan merangkumi semua skor dalam data yang diperolehi. Ukuran serakan pula terdiri daripada sisihan piawai dan varians, dalam kajian yang dijalankan akan mewakilkan data yang dikumpul dalam bentuk nilai sisihan piawai (Jackson, 2016). Dengan ini, tahap sikap pelajar terhadap implementasi STEM dalam pembelajaran akan diukur menggunakan ukuran kecenderungan memusat dan ukuran serakan.

(6)

Di samping itu, kajian ini menggunakan ujian-t untuk sampel-sampel bebas untuk membandingkan min bagi dua sampel bebas iaitu lelaki dan perempuan berdasarkan jantina.

Min bagi sampel yang diambil daripada populasi yang berbeza akan menunjukkan perbezaan yang signifikan (Idris, 2013). Oleh itu, ujian-t untuk sampel-sampel bebas adalah sesuai untuk digunakan dalam mengukur perbezaan antara sikap pelajar terhadap implementasi STEM mengikut jantina.

Jadual 3: Kaedah Penganalisisan Data

No Objektif Persoalan kajian Hipotesis Analisis

1. Mengkaji tahap sikap pelajar terhadap implementasi STEM dalam pembelajaran.

Apakah tahap sikap pelajar terhadap implementasi STEM dalam pembelajaran?

- Deskriptif

Ukuran kecenderungan memusat 2. Mengenal pasti sama

ada terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap pelajar terhadap implementasi STEM

mengikut jantina.

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap

pelajar terhadap implementasi STEM

mengikut jantina?

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap pelajar terhadap

implementasi STEM mengikut jantina.

Inferensi

Ujian-t untuk sampel-sampel bebas

4. Dapatan Kajian

Hasil dapatan kajian ini terbahagi kepada taburan maklumat responden dan analisis data.

pada bahagian taburan maklumat responden adalah terbahagi kepada jantina, bangsa dan agama mengikut kategori. Selain itu, analisis data terbahagi kepada sikap pelajar terhadap implementasi STEM dan perbezaan antara sikap pelajar terhadap implementasi STEM mengikut jantina. Kesemua data dan nilai hasil daripada analisis SPSS akan dinyatakan dalam bahagian dapatan kajian ini.

4.1 Taburan Maklumat Responden

Berdasarkan Jadual 4, kajian ini melibatkan sampel kajian seramai 34 orang pelajar iaitu 15 orang pelajar lelaki sebanyak 44.1% dan 19 orang pelajar perempuan sebanyak 55.9%.

Sampel kajian bagi kajian ini merangkumi 31 orang pelajar berbangsa Cina (91.2%) dan tiga orang pelajar yang berbangsa lain-lain (8.8%). Dari segi agama, 26 orang pelajar beragama Kristian (76.5%) dan lapan orang pelajar adalah penganut agama Buddhism (23.5%).

Jadual 4: Frekuensi dan Peratusan Responden Maklumat Kategori Frekuensi Peratus (%)

Jantina Lelaki 15 44.1

Perempuan 19 55.9

Bangsa Cina 31 91.2

Lain-lain 3 8.8

Agama Kristian 26 76.5

Buddhism 8 23.5

Kesemua data yang dikumpul telah dimasukkan dalam perisian SPSS untuk dianalisis. Data yang dianalisis adalah bertaburan normal jika mempunyai aras signifikan yang lebih daripada 0.05 (Chua, 2012). Ujian kenormalan data nilai diambil daripada bacaan Shapiro-Wilk kerana bilangan sampel kajian adalah kurang daripada 50 orang responden. Nilai kenormalan bagi sikap pelajar terhadap implementasi STEM adalah 0.07 dan membuktikan data adalah bertaburan normal. Seterusnya, bagi kebolehpercayaan instrumen kajian dianalisis menggunakan kaedah konsistensi dalaman. Nilai pekali alfa Cronbach hasil daripada analisis ialah 0.89 menunjukkan konsistensi dalaman instrumen berada pada tahap yang baik

(7)

(Cronbach, 1951). Justeru, hasil daripada analisis data yang telah dikumpul menunjukkan data kajian yang diperolehi adalah bertaburan normal dan item yang digunakan adalah bersifat tekal.

4.2 Sikap Pelajar Terhadap Implementasi STEM

Jadual 5 menunjukkan taburan frekuensi dan peratusan mengikut setiap item bagi sikap pelajar terhadap implementasi STEM. Interpretasi min mempunyai tiga tahap iaitu dikenali sebagai tahap rendah, sederhana dan tinggi. Menurut kajian Layang dan Mahamod (2019), 3.67 hingga 5.00 merupakan min pada tahap yang tinggi, 2.67 hingga 3.66 adalah min yang berada pada tahap yang sederhana dan 1.00 hingga 2.66 merupakan min yang berada pada tahap rendah. Sikap pelajar terhadap implementasi STEM secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.94. Bagi nilai sisihan piawai secara keseluruhan pula adalah 0.48.

Jadual 5: Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Sikap Pelajar Terhadap Implementasi STEM

Kod Item STS TS TP S SS

f f f f f

% % % % %

S Science

S1 I know I can do well in science. 1 3 7 18 5

2.9 8.8 20.6 52.9 14.7

S2 I expect to use science when I finish my study. 0 0 11 13 10

0 0 32.4 38.2 29.4

S3 Knowing science will help me earn a living. 0 2 9 11 12

0 5.9 26.5 32.4 35.3

S4 Science will be important to me in my working life. 1 6 0 10 17

2.9 17.6 0 29.4 50.0

S5 I will need science for my future work. 1 0 9 9 15

2.9 0 26.5 26.5 44.1

S6 I would consider a career in science. 0 0 12 11 11

0 0 35.3 32.4 32.4

M Mathematics

M1 I enjoy learning mathematics. 2 2 5 12 13

5.9 5.9 14.7 35.3 38.2

M2 I am good at mathematics. 1 5 14 9 5

2.9 14.7 41.2 26.5 14.7

M3 I am the type of student who does well in mathematics. 2 5 14 8 5

5.9 14.7 41.2 23.5 14.7

M4 I am sure I could do advanced work in mathematics. 2 3 11 12 6

5.9 8.8 32.4 35.3 17.6

M5 I can get good grades in mathematics. 1 3 5 19 6

2.9 8.8 14.7 55.9 17.6 M6 I would consider choosing a career that uses mathematics. 1 3 10 13 7

2.9 8.8 29.4 38.2 20.6

TE Technology and Engineering

TE1 I enjoy learning by using technology. 0 2 3 13 16

0 5.9 8.8 38.2 47.1

TE2 If I learn engineering, then I can improve things that people use every day.

0 1 5 15 13

0 2.9 14.7 44.1 38.2

TE3 I am curious about how electronics work. 1 1 11 8 13

2.9 2.9 32.4 23.5 38.2

TE4 I am interested in what makes machines work 0 2 10 13 9

0 5.9 29.4 38.2 26.5

TE5 I like to imagine creating new products. 0 3 12 12 7

0 8.8 35.3 35.3 20.6

TE6 I believe I can be successful in a career in engineering. 2 5 16 8 3 5.9 14.7 47.1 23.5 8.8

(8)

STEM Science, Technology, Engineering and Mathematics STEM1 I would like to use creativity and innovation in my future

work.

0 3 7 12 12

0 8.8 20.6 35.2 35.3

STEM2 To learn engineering, I have to be good at science and mathematics.

1 1 4 14 14

2.9 2.9 11.8 41.2 41.2 STEM3 Knowing how to use mathematics and science together will

allow me to invent useful things.

0 0 4 13 17

0 0 11.8 38.2 50.0

STEM4 Science, technology, engineering and mathematics make our lives better.

0 1 0 9 24

0 2.9 0 26.5 70.6

STEM5 Science, technology, engineering and mathematics are very important in life.

0 1 0 11 22

0 2.9 0 32.4 64.7

STEM6 Science, technology, engineering and mathematics are good for the future of our country.

0 1 0 11 22

0 2.9 0 32.4 64.7

STEM7 I would like to have a job that involves science, mathematics, engineering or technology.

1 2 12 8 11

2.9 5.9 35.3 23.5 32.4

4.3 Perbezaan antara Sikap Pelajar Terhadap Implementasi STEM Mengikut Jantina Jadual 6 menunjukkan perbezaan sikap antara pelajar lelaki dengan perempuan terhadap implementasi STEM. Hasil daripada analisis data, terdapat 15 orang pelajar lelaki dengan nilai min 4.14 dan 19 orang pelajar perempuan dengan nilai min 3.78. Nilai perbezaan min antara kedua-dua kumpulan adalah 0.36. Perbezaan nilai min ini juga menunjukkan pelajar lelaki mempunyai sikap yang lebih positif berbanding dengan pelajar perempuan terhadap implementasi STEM. Hasil analisis kajian melalui ujian statistik inferensi ialah dan menyebabkan hipotesis nul ditolak. Dengan itu, ujian-t bagi dua sampel tidak bersandar menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap pelajar terhadap implementasi STEM antara lelaki dengan perempuan.

Jadual 6: Analisis Sikap Pelajar Terhadap Implementasi STEM Mengikut Jantina

Lelaki Perempuan

Bilangan Pelajar 15 19

Min 4.14 3.78

Sisihan Piawai 0.41 0.48

Levene’s Test (F) 0.69

Nilai t-kiraan 2.34

Signifikan (dua arah) 0.026

Perbezaan Min 0.36

5. Perbincangan

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sikap pelajar terhadap implementasi STEM dalam pembelajaran. Hasil daripada analisis data yang dikumpul, sikap pelajar terhadap implementasi STEM dalam pembelajaran berada pada tahap yang tinggi.

Penginterpretasian ini adalah merujuk kepada keputusan nilai min berdasarkan skala Likert yang digunakan. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Toma dan Greca (2018) iaitu pelajar yang mengikuti pembelajaran STEM mempunyai sikap yang lebih baik berbanding dengan pelajar yang mengikuti pembelajaran konvensional. Kajian Uğraş (2018) juga mendapati pembelajaran menggunakan aktiviti STEM boleh meningkatkan sikap pelajar. Di samping itu, kajian Roberts et al. (2018) menunjukkan bahawa sikap pelajar terhadap implementasi STEM adalah positif dan memberangsangkan. Berdasarkan sokongan daripada hasil kajian- kajian lepas, sikap pelajar terhadap implementasi STEM dalam pembelajaran adalah positif dan memberangsangkan.

Seterusnya, kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Dengan itu, sikap pelajar lelaki adalah lebih baik berbanding dengan

(9)

sikap pelajar perempuan dalam implementasi STEM. Perkara ini adalah disebabkan oleh sikap pelajar lelaki yang lebih berminat dan cenderung dalam bidang teknologi dan kejuruteraan (Faber & Wiebe, 2014). Hal ini demikian juga disebabkan oleh sikap pelajar lelaki yang lebih berminat dalam aktiviti secara praktikal (Wang & Degol, 2017).

Implementasi STEM dalam pembelajaran akan melibatkan aktiviti ataupun projek yang memerlukan pelajar untuk membuat reka bentuk dan mencipta objek ataupun model secara praktikal.

Secara keseluruhannya, analisis menunjukkan sikap pelajar terhadap implementasi STEM adalah pada tahap tinggi iaitu pandangan serta perspektif yang memberangsangkan. Di samping itu, terdapat perbezaan yang signifikan pada sikap pelajar terhadap implementasi STEM dalam pembelajaran mengikut jantina. Dengan itu, pelajar adalah bersedia dan mengetahui tentang kepentingan STEM dalam pembelajaran.

6. Kesimpulan dan Cadangan

Kajian mendapati sikap pelajar adalah positif terhadap implementasi STEM dalam pembelajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap pelajar terhadap implementasi STEM antara lelaki dengan perempuan. Selain itu, kekangan seperti faktor masa dan tenaga pengajar wujud semasa kajian dijalankan. Perkara ini menyebabkan bilangan sampel kajian hanya terhad kepada 34 orang sahaja.

Cadangan bagi penambahbaikan kajian pada masa hadapan adalah memanjangkan tempoh masa rawatan dan menjalankan kajian secara kolaborasi dengan tenaga pengajar yang lain agar dapat menambah bilangan sampel kajian. Penambahan sampel kajian ini dapat mengumpul lebih banyak responden dan meluaskan konteks kajian yang dijalankan. Di samping itu, kajian yang dijalankan pada masa hadapan juga boleh mengaitkan dengan pemboleh ubah lain yang berpotensi seperti minat pelajar terhadap kerjaya STEM.

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, kurikulum pendidikan STEM perlu diperincikan dan diadaptasi semula agar dapat meningkatkan sikap pelajar perempuan dalam pendidikan STEM. Penambahbaikan ini dapat memantapkan lagi kajian yang telah dijalankan.

Rujukan

Adam, N. A., & Halim, L. (2019). Cabaran Pengintegrasian Pendidikan STEM Dalam Kurikulum Malaysia. Seminar Wacana Pendidikan, (September), 1–10.

Chua, Y. P. (2012). Kaedah dan Statistik Penyelidikan (Edisi Kedua). Malaysia: The McGraw- Hill Companies.

Cronbach, L. J. (1951). Coefficient alpha and the internal structure of tests. Psychometrika, 16(3), 297–334. https://doi.org/10.1007/BF02310555

Faber, M., & Wiebe, E. (2014). Gender and Student Attitudes toward Science, Technology, Engineering, and Mathematics. Aera, (April), 1–26. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/261387698

Fisher, C., Dwyer, D. C., & Yocam, K. (1996). Education and Technology: Reflections on Computing in Classrooms. San Francisco: Jossey- Bass Publishers.

Fraenkel, J. R., Wallen, N. E., & Hyun, H. H. (2012). How to Design and Evaluate Research in Education. New York: McGraw-Hill Companies.

Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor, Malaysia: McGraw-Hill Education Sdn. Bhd.

Jackson, S. L. (2016). Research Methods and Statistics A Critical Thinking Approach (Fifth

(10)

Edit). United States: Cengage learning.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025.

Lambert, M. (2012). A Beginner’s Guide to Doing Your Education Research Project.

London: SAGE Publications Ltd.

Layang, F. A., & Mahamod, Z. (2019). Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Peta Pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 37–44.

National Academies of Sciences. (2014). STEM Integration in K-12 Education. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=AlPJ48simtE.

National Research Council. (2011). Successful K- 12 STEM Education Identifying Effective Approaches in Science, Technology, Engineering, and Mathematics. Washington, DC:

The National Academies Press.

Popa, R.-A., & Ciascai, L. (2017). Students’ Attitude towards STEM Education. Acta Didactica Napocensia, 10(4), 55–62. https://doi.org/10.24193/adn.10.4.6

Roberts, T., Jackson, C., Mohr-Schroeder, M. J., Bush, S. B., Maiorca, C., Cavalcanti, M., … Cremeans, C. (2018). Students’ perceptions of STEM learning after participating in a summer informal learning experience. International Journal of STEM Education, 5(1).

https://doi.org/10.1186/s40594-018-0133-4

Safein, H. (2017). Pengaruh Pendekatan Pensyarah Terhadap Sikap Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Dalam Matematik Kejuruteraan Satu. Journal of Social Sciences and Humanities, 1, 146–159.

Sahin, A., & Top, N. (2015). STEM Students on the Stage (SOS): Promoting Student Voice and Choice in STEM Education through an Interdisciplinary, Standards-Focused, Project Based Learning Approach. Journal of STEM Education : Innovations and Research, 16(3), 24.

Shahali, E. H. M., Halim, L., Rasul, M. S., Osman, K., & Zulkifeli, M. A. (2017). STEM learning through engineering design: Impact on middle secondary students’ interest towards STEM. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 13(5), 1189–1211. https://doi.org/10.12973/eurasia.2017.00667a

Suprapto, N. (2016). Students’ attitudes towards STEM education: Voices from Indonesian junior high schools. Journal of Turkish Science Education, 13(Specialissue), 75–87.

https://doi.org/10.12973/tused.10172a

Toma, R. B., & Greca, I. M. (2018). The effect of integrative STEM instruction on elementary students’ attitudes toward science. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 14(4), 1383–1395. https://doi.org/10.29333/ejmste/83676 Uğraş, M. (2018). The Effects of STEM Activities on STEM Attitudes, Scientific Creativity

and Motivation Beliefs of the Students and Their Views on STEM Education.

International Online Journal of Educational Sciences, 10(5).

https://doi.org/10.15345/iojes.2018.05.012

Wang, M. Te, & Degol, J. L. (2017). Gender Gap in Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM): Current Knowledge, Implications for Practice, Policy, and Future Directions. Educational Psychology Review, 29(1), 119–140.

https://doi.org/10.1007/s10648-015-9355-x

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Hasil dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-Quran antara pelajar lelaki (min = 2.4135) dan perempuan (min

Hasil kajian mendapati bahawa (1) tidak terdapat perbezaan kecenderungan otak kanan antara pelajar lelaki dan perempuan, (2) tidak terdapat perbezaan kecenderungan otak kiri

Maka kesimpulan kajian juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pra dan pasca pencapaian Matematik bagi kumpulan pelajar berisiko di dalam kelas

Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi untuk bertutur dalam bahasa Arab berbanding pelajar lelaki. Ini

Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan personaliti kestabilan emosi yang signifikan dalam kalangan pelajar pintar cerdas akademik

Faktor demografi yang turut dikaji ialah status sosioekonomi (SES) di mana terdapat pertembungan antara dapatan yang mengatakan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar

Walau bagaimanapun, hasil kajian di UniSHAMS yang mendapati tiada perbezaan motif fungsional penglibatan sukarelawan antara pelajar lelaki dan perempuan menunjukkan bahawa

Dapatan kajian ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari segi skor pencapaian pembelajaran Sains bagi tajuk pengawetan antara kedua-dua kumpulan pelajar