• Tiada Hasil Ditemukan

ENAM PELA JAR UK HARGAI PELUANG BELA JAR DI USM DENGAN KEMUDAHAN DAN MASYARAKAT PRIHATIN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "ENAM PELA JAR UK HARGAI PELUANG BELA JAR DI USM DENGAN KEMUDAHAN DAN MASYARAKAT PRIHATIN"

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

GetFileAttachmenteryre

PULAU PINANG, 4 Ogos 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerima enam orang pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dari Keele University (KU), United Kingdom (UK) hasil perjanjian kolaborasi di antara USM dan KU tujuh tahun lalu.

Mereka  merupakan kumpulan ketujuh pertukaran pelajar dari KU yang mengikuti pengajian selama tiga  bulan di USM.

Pensyarah Unit Penyelidikan Kawalan Vektor, Pusat Pengajian Sains Kajihayat (PPSK) USM Profesor Dr. Zairi Jaal berkata, kehadiran mereka amat disambut baik pihak Pusat Pengajian Sains Kajihayat kerana dapat memberi peluang kepada para pelajar lain berkongsi idea dan pendapat dengan pelajar-pelajar dari sebuah universiti dunia.

GetFileAttachment

Tambah Zairi lagi, selain daripada pertukaran pelajar, USM dan KU turut berkolaborasi dalam bidang penyelidikan dan pertukaran pensyarah undangan.

“Kerjasama yang dijalankan sejak tujuh tahun yang lalu telah banyak memberi manfaat kepada USM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan melalui  penyelidikan bersama di antara penyelidik-penyelidik di KU dan USM dan saya sendiri turut menjalankan penyelidikan bersama penyelidik di sana dalam bidang vektor dan serangga dan mereka menghantar sampel untuk penyelidik USM kaji yang membuktikan penyelidik dari KU percaya dan yakin dengan kebolehan kita di Malaysia,” kata Zairi.

Sequence 01.00 01 09 13.Still002

Bagi pelajar pertukaran dari KU, Lewis Shackleboid, 20 yang berasal dari Manchester, rakan-rakan Malaysia sangat prihatin dan bersopan santun dalam setiap perkara yang dilakukan dan tentu sahaja peluang sebegini amat berfaedah bagi pelajar sepertinya untuk lebih mengenali dan mempelajari tradisi, kebudayaan, mendekati serta mengenali kehidupan harian rakyat Malaysia.

“Program seperti pertukaran pelajar mampu memberi kesan positif dalam mendidik golongan muda agar mempunyai semangat dan jati diri yang tinggi,” katanya yang kini sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Biokimia.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

ENAM PELA JAR UK HARGAI PELUANG BELA JAR DI USM DENGAN KEMUDAHAN DAN MASYARAKAT PRIHATIN

05 AUG

(2)

MVI 1285.MOV.00 04 31 15.Still002

Rakannya, Harry Edward Thomas,22 yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Parasitologi dan Biologi Vektor  turut mengakui Malaysia merupakan negara yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran kerana fasiliti yang lengkap dan melahirkan rasa bangga dapat ke USM yang disifatkan sebagai universiti berkelas dunia.

MVI 1268.MOV.00 00 01 04.Still001

“Saya gembira berada di Malaysia dengan persekitaran yang sememangnya mengagumkan,” kata anak muda yang berasal dari Manchester itu lagi.

Tambahnya, dengan mempelajari budaya sesuatu bangsa  membuatkannya lebih  memahami cara mereka berfikir selain menjadikannya lebih berdikari dan seronok dengan rakan-rakan dari Malaysia yang rata-ratanya sangat membantu.

MVI 1306.MOV.00 01 45 18.Still001

Pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Biokimia, Gregory Warren,20, turut memberitahu dia sangat selesa dan berterima kasih kepada pihak PPSK USM yang menyediakan fasiliti terbaik sepanjang tempoh berada di Malaysia.

“Saya dan lima rakan yang lain tidak berasa janggal berada di Malaysia kerana pelajar-pelajar lain sangat peramah dan sentiasa memberikan bantuan ketika diperlukan, malahan walau pun pelajaran dan tugasan kami menuntut masa yang lama berada di makmal namun dengan keramahan mereka, semua ini tidak menjadi satu masalah,” katanya lagi yang berasal dari London.

Pelajar-pelajar dari KU mengikuti program pertukaran pelajar masing-masing di PPSK, Pusat Racun Negara, Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan dan dan Pusat Kawalan Doping .Teks : Syuhada Abd. Aziz, Siti Naquiah Abdillah/Foto : Hafiz Meah Ghouse Meah/Mohd Azrul Mohd Azhar.

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

(3)

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Penyelidikan Ijazah Tinggi di peringkat Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana Usuluddin dalam bidang pengajian Hadith dan ilmu- ilmu yang berkaitan dengannya

Memandangkan beliau merupakan seorang yang amat berminat di dalam bidang penulisan, beliau tidak melepaskan peluang untuk mencari manuskrip Melayu di serata negara dan pada masa

3/2013 telah menetapkan sekiranya seseorang pelajar sedang mengikuti program dan ingin menukar ke program lain dalam bidang yang sama dengan program yang sedang

Dalam bab ini akan dibincangkan mengenai keadaan pelajar Malaysia yang sedang berajar di Jepun sebagai.. pe-La jar

“Saya sangat hargai peluang belajar di sini, dapat merasai budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan ini merupakan tahun kesembilan di Malaysia yang setiap kali

Yuvaraj yang merupakan seorang pemain hoki sejak di bangku sekolah lagi mengakui bahawa kemudahan sukan yang disediakan USM turut menjadi penyumbang dalam

Menurut Ketua Projek ‘Charity Car Wash’ yang juga merupakan pelajar perubatan USM tahun dua, Nurul Aqilah Ab Razak, aktiviti seumpama ini membuka ruang untuk para

Tambahnya lagi, USM telah melancarkan Pelan APEX 2020 dengan strategi objektif pertamanya adalah berorientasikan pelajar dengan menetapkan tiga strategi untuk mencapainya iaitu