• Tiada Hasil Ditemukan

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bematlamatkan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar bergantung pada pengetahuan profesional pendidik yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Putnam, Heaton, Prawat, &amp

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bematlamatkan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar bergantung pada pengetahuan profesional pendidik yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Putnam, Heaton, Prawat, &amp"

Copied!
10
0
0

Tekspenuh

(1)

PSIKOLOGI PENDIDIKAN: REALITIPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Zahari Ishak

Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya

The article discusses the importance of educational psychology in the real- ity of the teaching and learning process. Educators ought to deepen their understanding of educational psychology in order to make teaching more interesting and to influence the students to develop intellectually, emotion- ally,-and spiritualty as-well as to motivate them. The essential point is to assist educators in realizing that educational psychology has experienced a major shift: as theorists moved away from viewing learning as acquisition of specific, observable behaviors toward seeing it as an internal, mental, and often thoughtful process. Educators also may use the INSTASC principles as a guideline to enhance themselves professionally.

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bematlamatkan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar bergantung pada pengetahuan profesional pendidik yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Putnam, Heaton, Prawat, & Remillard, 1992). Pengalaman pendidik menjadi keutamaan dalam pembelajaran untuk mengajar tetapi tidak mencukupi kerana pengalaman pendidik akan menyebabkan berlakunya ulangan yang berterusan terhadap tingkah laku dan aksi ketika mengajar di samping peraturan yang dikekalkan tanpa menghiraukan keberkesanan pengajaran. Justeru, pengetahuan pelajar dan gaya pembelajaran pelajar yang dieantumkan bersama-sama dengan pengalaman mereka boleh menjadikan seorang pendidik pakar dalam pengajaran (Cochran & Jones, 1998). Dalam hal ini psikologi pendidikan menjadi sandaran kepada para pendidik untuk memastikan keberkesanan P&P yang sekali gus menjadikan P&P sesuatu yang bermakna dan berupaya untuk menarik perhatian pelajar untuk mendapatkan ilmu.

Abad pertengahan ke-20 menyaksikan perubahan yang besar dalam psikologi pendidikan apabila pakar-pakar psikologi pendidikan beralih daripada melihat sesuatu pembelajaran itu hanya dari segi pemerolehan yang spesifik, iaitu pemerhatian tingkah laku ke arah melihat pembelajaran sebagai satu proses dalaman, proses mental dan proses pemikiran (Mayer, 1998). Perubahan pradigma ini lazimnya dikenali sebagai satu revolusi kognitif yang menekankan pada pengetahuan dan pemikiran pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ketika mengajar.

Beberapa persoalan utama yang timbul dalam bidang psikologi pendidikan termasuklah kemampuan individu untuk belajar; bagaimana perkembangan intelektual, emosi, dan sosial berlaku; apakah yang menjadikan individu itu unik; mengapa individu atau sekumpulan individu bermotivasi kesan daripada pengalaman yang dialami; dan, kenapa tidak adanya motivasi untuk berubah. Justeru, perkara pokok yang dibincangkan

(2)

menjurus kepada faktor-faktor yang mempengaruhinya sehingga berlakunya perubahan tingkah laku, Sekiranya pendidik masih kekal dengan konsep pegangan tradisional yang perlu melihat perubahan tingkah laku pelajar secara nyata dan diukur maka konsep perubahan pradigma ini tidak akan berjaya. Ini hanya akan melahirkan generasi yang bijak atas kertas dan bukannya bijak secara menyeluruh yang memerlukan satu perkembangan yang bersifat holistik sebagaimana yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pengetahuan dan Belajar untuk Mengajar

Kajian lepas mendapati betapa peri pentingnya kepakaran dalam sesuatu bidang dan pengetahuan terperinci dalam memperkembang kepakaran persembahan individu terutama dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang sebenar. Contohnya, kenyataan Borko dan Putnam (1996) menunjukkan perkara ini:

The accumulation of richly structured and accessible bodies of knowledge allows individuals to engage in expert thinking and action. In studies of teaching, this understanding of expertise has led researchers to devote increased attention to teachers' knowledge and organization,(ms. 674)

Dalam menentukan keberkesanan P&P terdapat empat tunjang yang mencorak seseorang pendidik. Empat tunjang tersebut dapat dilihat berdasarkan kerangka model berikut:

Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

F

Pengetahuan Kandungan

Pengetahuan Kandungan Pedagogi

Pengetahuan Umum Pedagogi

Pengetahuan Pelajar dan Pembelajaran

Rajah 1.Kerangka model keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Berikutnya empat tunjang yang ditunjukkan dalam Rajah 1 akan dibincangkan satu persatu.

Pengetahuan Kandungan

Pendidik tidak berupaya mengajar sekiranya tidak tahu apa yang hendak diajar. Kenyataan ini berkaitan dengan keyakinan diri, dan banyak kajian yang telah dijalankan mengenai perkaitan antara apa yang pendidik tahu dan bagaimana pendidik mengajar (Shulman, 1986; Wilson, Shulman, & Richert, 1987). Misalnya, pendidik bidang Sains tidak akan

(3)

mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk mengajar Sains sekiranya tiada pengetahuan kandungan yang mendalam mengenai bidang Sains serta tidak biasa dengan peraturan makmal dan penggunaan peralatan makmal. Pendedahan mengenai kandungan yang hendak diajar serta penggunaan makmal sewajarnya menjadi tunjang P&P bagi pendidik bidang Sains dan ini tidak dapat dilakukan secara maya dalam usaha memberi kepakaran yang menjurus pada pengetahuan mengenai kandungan. Begitu juga halnya dengan mata pelajaran lain yang memerlukan pemahaman yang tinggi dalam usaha menjadikan P&P lebih berjaya dan berkesan, Sekiranya pengetahuan asas mengenai kandungan terhadap satu-satu bidang tidak dapat dikuasai, ini akan memberi impak yang mendalam pada P&P.

Pengetahuan Kandungan Pedagogi

Shulman (1986) mentakrifkan pengetahuan—feandungan pedagogi sebagai-sesuatu pemahaman tentang bagaimana hendak menjadikan mata pelajaran khusus boleh difahami oleh pelajar. Pengetahuan kandungan yang berkaitan dengan proses pemahaman mengenai sesuatu topik (misalnya pengetahuan kandungan mengenai Akta Pendidikan 1996), manakala pengetahuan kandungan pedagogi merupakan suatu keupayaan untuk mewakilkan sesuatu topik yang dikuasai kepada pelajar agar ilmu yang disampaikan menjadi makna dan literasi dalam kehidupan pelajar. Dalam hal ini, pengetahuan mendalam mengenai Akta Pendidikan 1996 tidak mendatangkan apa-apa makna sekiranya pendidik gagal menjadikan topik tersebut sebagai satu ilmu baru kepada pelajar yang sejajar dengan persekitaran yang dialami.

Kajian lepas juga mendapati bahawa pendidik yang mempunyai pengetahuan kandungan yang tinggi kadang-kadang mengalami masalah untuk menyampaikan ilmunya kepada pelajar-pelajar baru (Nathan, Koedinger, & Alibali, 2001). Ini kerana pemahaman yang mendalam serta memiliki pengetahuan yang tinggi akan menyukarkan pendidik merasai kekurangan tahap pemikiran yang dialami oleh pelajarnya. Perkara asas yang penting di sini ialah kebolehan untuk menyeimbangkan kedua-duanya dalam proses P&P serta menjadikan sesuatu topik itu difahami oleh kedua-dua belah pihak. Pendidik yang berketerampilan dalam pengetahuan kandungan pedagogi akan cuba mengenai pasti topik yang sukar dan akan menyampaikan kepada pelajar dengan pengalaman yang konkrit dan akan membawa makna yang sebenar dalam dunia pelajar. Ini penting bagi menjamin pelajar memahami konsep yang sukar tetapi dipermudah oleh pendidik dengan cara yang berkesan iaitu konsep abstrak ke konkrit berdasarkan persekitaran yang dimiliki bersama.

Penyampaian topik secara konkrit, misalnya dalam konsep darab pecahan, sangat penting agar pelajar dapat menguasai idea abstrak secara bermakna serta dapat mengaplikasikannya sehari-harian dalam dunia yang sebenar melalui pelbagai cara.

Bransford, Brown, dan Cocking (2000) menjelaskan bahawa sangat penting bagi pendidik memiliki pengetahuan pedagogi yang mendalam kerana pelajar kebanyakannya selesa dengan konsep yang berkaitan dengan mekanikal tetapi sukar atau tidak gemar dengan perkataan yang bermasalah. Justeru, konsep menggunakan contoh-contoh berdasarkan persekitaran yang ada amat penting dalam menyampaikan fakta abstrak. Misalnya, pendidik sekolah rendah menggunakan kepingan coklat untuk menyampaikan konsep pecahan atau guru sains memasukkan kapas ke dalam cawan minuman untuk menjelaskan

(4)

konsep ketumpatan. Contoh-contoh yang bersifat mekanikal dan praktikal menjadikan pelajar memahami dengan lebih jelas dan menyeronokkan P&P. Seterusnya pendekatan demonstrasi juga penting dalam konsep pendidikan kerana pendekatan ini akan membawa keseronokan dalam P&P. Misalnya pendidik mendemonstrasikan kelajuan dengan berat jisim dalam menentukan jarak sesuatu objek. Pendidik yang tidak peka terhadap pengetahuan kandungan pedagogi akan merasakan pendekatan demonstrasi itu sebagai satu bebanan kerana kesukaran dalam menyampaikan sesuatu.

Pendekatan kajian kes turut membantu pendidik dalam proses P&P. Siegel (2002) menggariskan kepentingan bagaimana guru berfikir mengenainy a dan perkaitanny a dengan pengajaran dan bagaimana pelajar belajar. Pendekatan kajian kes akan membabitkan sesuatu yang dirasai bersama-sama antara pendidik dengan pelajar dalam membahaskan sesuatu dapatan atau kandungan sesuatu mata pelajaran. Misalnya, bagi mata pelajaran bahasa Inggeris, dalam konsep pemahaman istilahkonflik dalamanguru boleh menjadikan pengajaran berasaskan kajian kes. Sebagai contohnya:

Azfar tidak tahu membuat keputusan sama ada untuk menyertai lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur kerana pada masa yang sama terpaksa menduduki peperiksaan kelayakan biasiswa yang bakal membolehkannya ke sekolah berasrama penuh.

Dalam hal ini, pelajar akan cuba menjadikan kes ini sebagai sesuatu yang bermakna dan pendidik akan mengaitkan serta membuat kesimpulan mengenai konsep konflik dalamandalam pengajaran bahasa Inggeris.

Satu lagi cara yang sering digunakan ketika P&P ialah konsep pendekatan metafora.

Pendekatan metafora akan meletakkan pelajar dan pendidik bersama-sama dalam satu aktiviti pada keadaan sebenar dengan mengambil kira perisitiwa lampau. Sebagai contohnya seorang pendidik yang mengajar Sejarah kepada pelajarnya boleh menggunakan konsep sayang akan sekolah dan kemudian dalam sesi P&P akan terus menjurus pada konsep nasionalisme atau rasa kebangkitan kesedaran ke arah pemerintahan sendiri dalam bentuk kajian kes. Proses ini dapat diteruskan pada aktiviti yang bersifat kokurikulum seperti membersihkan kawasan sekolah, aktiviti bersukan, aktiviti berpakaian seragam dan sebagainya. Penerangan atau konsep metafora sayang akan negara boleh dijelmakan dalam aktiviti sedemikian dalam P&P secara formal, tidak formal dan nonformal. Wentzel (1991) berpendapat bahawa mempromosi tanggungjawab sosial dalam pembelajaran yang dijadikan sebagai matlamat utama akan meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar.

Seterusnya penggunaan model ketika mengajar sangat membantu dalam P&P. Pendidik Sains akan menggunakan model atom dalam membantu pelajarnya membayangkan konsep nukleus dan elektron. Penggunaan model akan membolehkan pelajar menyimpan sesuatu dengan lebih lama terutama apabila berlakunya proses mekanikal dalam mewujudkan model dan segala aktiviti yang dilakukan akan tersimpan dengan baik dalam ingatan jangka panjang. Fujimora (2001) mengatakan bahawa pembelajaran berasaskan model dapat mewujudkan nilai pengalaman konkrit yang akan membantu pelajar dalam pembentukan imej mental terhadap idea abstrak yang akan menjurus kepada perkembangan pemikiran ke depan. Hal yang sama berlaku apabila pelajar dapat mengaitkan konsep abstrak dengan model yang dilihat serta pengalaman bersama-sama dalam proses P&P.

(5)

P&P berkonsepkan simulasi juga boleh digunakan bagi menarik perhatian pelajar dan akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sesuatu konsep. Misalnya, pendidik yang mengajar Ketatanegaraan boleh menggunakan perdebatan ala parlimen di dalam kelas bagi menerangkan proses demokrasi yang berlaku dalam negara. Begitu juga sekiranya pendidik yang mengajar Sejarah boleh melakukan aktiviti simulasike arah kemerdekaandengan mewujudkan satu kajian kes bagi topik yang dipilih dan menjalankan simulasi. Ini akan membolehkan pelajar memahami perit getir dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Satu kajian oleh National Center for Research on Teacher Learning (1993) mendapati bahawa mitos utama yang berlaku dalam sesi pengajaran ialah kepakaran dalam sesuatu bidang merupakan perkara yang penting untuk keberkesanan pengajaran. Ini kerana bersandarkan pada kajian tersebut kebanyakan pendidik yang memiliki kandungan yang tinggi atau pakar dalam bidang Matematik tidak semestinya boleh mencipta contoh-contoh yang berkesan serta bersifat Hterasi ketika P&P berbanding guru-guru-yang bukan bidang atau pakar dalam bidang Matematik dalam usaha untuk menerangkan konsep Matematik kepada pelajar. Begitu juga halnya dengan pendidik bidang Sejarah yang tinggi kandungan Sejarah sehingga menjadi pakar Sejarah belum pasti dapat mengaitkan konsep kajian kes dalam P&P kerana aktiviti yang dicadangkan seperti penggunaan metafora, pembinaan model, dan simulasi memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai pengetahuan kandungan pedagogi. Kemampuan untuk melakukannya memerlukan kemahiran menguasai isi kandungan yang baik dan pengetahuan kandungan pedagogi yang baik.

Justeru, pengetahuan yang baik dalam Psikologi Pendidikan membolehkan pendidik menguasai bidang tersebut dan dapat menjadikan P&P lebih bermakna dan menarik.

Pengetahuan Umum Pedagogi

Pengetahuan kandungan dan pengetahuan kandungan pedagogi sangat spesifik iaitu bergantung pada pengetahuan kandungan dalam sesuatu bidang misalnya sejarah dan matematik serta kebolehan untuk mengaitkan dengan konsep pedagogi ketika P&P, sedangkan Pengetahuan Umum Pedagogi pula merujuk pada pemahaman konsep mengenai prinsip-prinsip am, kawalan kelas, yang melewati topik individu atau kepakaran tentang sesuatu mata pelajaran (Borko & Putnam, 1996).

Pengetahuan Pelajar dan Pembelajaran

Menurut Borko dan Putnam (1996) pengetahuan pelajar dan pembelajaran merupakan asas dan menjadi pengetahuan penting yang perlu dimiliki oleh pendidik. Pengetahuan pelajar dan pembelajaran pelajar boleh mempengaruhi P&P pendidik. Umumnya semua pelajar memerlukan contoh-contoh konkrit dan maujud dalam usaha untuk memahami sesuatu yang bersifat abstrak dan sekiranya pendidik dapat menjadikan topik yang bersifat abstrak itu konkrit serta maujud maka P&P akan menjadi lebih bermakna kepada pengetahuan pelajar.

Begitu juga pengetahuan pelajar dalam tahap perkembangan kognitif individu.

Perkembangan kognitif individu yang berterusan serta berada pada tahap-tahap tertentu sangat penting dan perlu dikuasai oleh pendidik ketika P&P. Ini penting kerana

(6)

pendidik akan berupaya merancang P&P dan akan membantu pengajaran sejajar dengan perkembangan kognitif pelajar dengan member! pelbagai contoh yang konkrit supaya pengajaran menjadi lebih bermakna kepada pelajar. Pelajar biasanya bukan seorang hakim yang baik dalam menilai pengajaran guru.

Perbezaan individu dalam semua aspek perkembangan juga mempengaruhi pengetahuan pelajar dan pembelajaran pelajar. Pendidik perlu peka dalam aspek ini kerana bukan semua pelajar memiliki perkembangan kognitif yang sama dalam proses pemahaman ketika menerima ilmu. Kebijaksanaan pendidik melihat perbezaan pelajar sebagai satu aset akan memudahkan proses P&P dalam usaha untuk mengajar sesuatu topik. Begitu juga pelajar harus dibimbing ke arah pengetahuan yang bersifat metakognitif kerana ini sangat penting dalam pengetahuan pelajar sebab pelajar mampu berfikir dalam konsep metakognitif sekiranya mendapat bimbingan yang sewajarnya daripada pendidik. Konsep pengetahuan pelajar dan pembelajaran pelajar menjadi tunjang pemahaman P&P pendidik.

Kawalan Kelas

Pendidik harus tahu juga bagaimana hendak mencipta persekitaran kelas yang tertumpu pada pembelajaran (Emmer & Evertson, 2003). Ini penting kerana kebolehan untuk mengawal kelas yang rata-ratanya seramai 30 - 45 orang pelajar dengan pelbagai aktiviti memerlukan kemahiran yang sangat tinggi. Pendidik tidak seharusnya hanya mengajar dengan cara bersyarah kerana ini akan menjadikan P&P sehala; sebaliknya pendidik harus bijak meraneang, melaksanakan pelbagai aktiviti P&P, mengawal peraturan yang telah digariskan serta membentuk kumpulan dan mengawal serta menjana perubahan tingkah laku yang positif.

Persekitaran kelas mestilah direka bentuk untuk mencegah berbanding dengan konsep mematikan atau menghalang sesuatu tingkah laku. Ini kerana proses mencegah tingkah laku negatif ketika P&P lebih bermakna berbanding dengan persekitaran kelas yang bersifat menghalang atau mematikan tingkah laku negatif. Seperkara lagi, sesuatu yang sukar bagi pendidik ialah untuk mengekalkan fokus pembelajaran pelajar sekiranya pendidik mengambil langkah tunggu sehingga tingkah laku negatif itu terjadi dan baru ingin menghalangnya.

Kawalan kelas dengan konsep mewujudkan persekitaran mencegah boleh memastikan P&P berkesan dengan pelbagai aktiviti yang bukan berkonsepkan pengajaran sehala.

Strategi Pengajaran

Pengetahuan pendidik mengenai kandungan mata pelajaran sememangnya menjadi asas kebolehan untuk P&P. Pendidik bidang bahasa Inggeris yang berketrampilan perlu mempunyai kandungan dan kemahiran bahasa yang tinggi di samping pendidik seharusnya perlu mengetahui dan memahami bagaimana harus mengaplikasikan ketika P&P dengan pelbagai cara dalam usaha mempromosikan pengajaran temasuk teknik dan strategi yang membabitkan aktiviti pelajar, menyemak pemahaman pelajar dalam usaha untuk memastikan setiap topik yang diajar berjalan dengan sempurna. Pendidik bidang bahasa Inggeris bukan sekadar mengajar bahasa tetapi boleh menggunakan konsep strategi pengajaran dengan membabitkan persoalan lain yang dikemukakan kepada pelajar. Misalnya ketika mengajar tatabahasa, konsep lain yang berkaitan perlu diarah

(7)

kepada pelajar seperti konsep nilai demokrasi dalam negara dan sebagainya. Dengan kata lain, kebolehan pendidik untuk memberikan ilmu tatabahasa sahaja tidak memadai dalam perkembangan pengetahuan pelajar kerana kemahiran pengetahuan umum pedagogi perlu digunakan ketika P&P.

Pengetahuan Pembelajaran Pelajar

Bransford (1993) mengatakan bahawa individu tidak bertingkah laku seperti pita rakaman, iaitu individu tidak akan menyimpan dalam ingatan apa yang mereka baca atau dengar tetapi mereka akan membuat interpretasi maklumat dalam usaha menjadikan maklumat itu bermakna, Dalam proses ini makna boleh diherotberotkan atau kadang-kadang sangat mendalam maknanya. Berikut antara kenyataan yang sering dilakukan oleh pelajar.

Fasa bulan yang kelihatan dilangit yang bermula dari anak bulan ke bulan penuh adalah disebabkan oleh tutupan awan.

Baju tebal membuatkan kita panas dengan menjana haba seperti api.

Segi tiga yang mempunyai sudut 135 darjah dikenali sebagai segi tiga lucah.

Lazimnya pelajar tidak mendapat konsep atau idea sebegini daripada penerangan pendidik tetapi memperolehnya dengan cara menginterpretasikan apa yang didengar, pengalaman atau membaca sesuatu yang telah mereka ketahui dan akan cuba memberi makna kedua-duanya. Contoh-contoh kenyataan yang dibuat menunjukkan bahawa kebijaksanaan tidak dapat diberitahu (Bransford, 1993) dan ini bermakna walaupun pendidik menerangkan sesuatu isu atau konsep itu sehingga letih adakalanya ianya tidak dapat difahami oleh pelajar. Ini kerana keberkesanan pengajaran sebenarnya lebih kompleks berbanding dengan penerangan pendidik ketika mengajar. Pendidik yang pakar sewajarnya memahami proses pembelajaran yang berlaku dan mereka akan mempromosikan untuk kebaikan pelajar.

Pengalaman akan menjadi aset penting dalam pembelajaran untuk mengajar dan tiada siapa yang membahasnya lagi. Walaupun begitu, pendidik tidak memperoleh kesemua ilmu yang diperolehi secara pengalaman sahaja untuk menjadi pakar dan berkesan. Justeru, pentingnya Psikologi Pendidikan dijadikan ilmu yang berterusan dan terkini kerana gabungan pengalaman pendidik dan ilmu psikologi pendidikan akan menghasilkan guru pakar yang berketerampilan.

Piawai INTASC: Ke arah Keperluan Pengetahuan Profesional

Di Amerika Syarikat dalam usaha mengiktiraf profesion pengetahuan perguman dalam pengajaran satu badan diwujudkan hasil daripada gabungan beberapa negeri yang dikenali sebagai INTASC (Interstate New Teacher Assessment and Support Consortium). Matlamat penubuhannya adalah untuk meningkatkan profesionalisme bagi pendidik-pendidik yang

(8)

baru menceburi dunia pendidikan. INTASC telah menggariskan peraturan yang baku dalam setiap bidang pengetahuan pendidik. Jadual 1 memaparkan 10 prinsip INTASC.

Jadual 1Prinsip INTASC

Prinsip

Pengetahuan tentang mata pelajaran Pembelajaran dan perkembangan manusia

Pengubahsuaian pengajaran

Strategi

Pengurusan dan motivasi

Kemahiran komunikasi

Perancangan

Penilaian

Komitmen

Rakan perkongsian

Penerangan

Pendidik mengamalkan dan memahami konsep asas atau utama, wahana penyiasatan, dan struktur-struktur displin.

Pendidik mengamalkan dan memahami bagaimana kanak-kanak belajar dan perkembangannya serta boleh menyediakan peluang pembelajaran yang membantu perkembangan intelek, sosial, dan personaliti.

Pendidik mengamalkan dan memahami bagaimana pelajar berbeza-beza dalam pendekatan pengajaran dan seterusnya mengubahsuaikan arahan dalam pendidikan yang bersifat diversiti.

Pendidik mengamalkan dan memahami dan menggunakan pelbagai strategi untuk menggalakkan perkembangan pelajar dari segi pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kemahiran- keraahiran tertentu.

Pendidik mengamalkan dan memahami motivasi dan tingkah laku individu dan dalam kumpulan untuk mencetuskan persekitaran pembelajaran dan menggalakkan interaksi sosial positif, penglibatan aktif ketika pengajaran dan motivasi individu.

Pendidik menggunakan pengetahuan komunikasi lisan yang berkesan, komunikasi bukan lisan, dan teknik komunikasi media untuk mempercepat penyiasatan aktif, kolaborasi, dan interaksi sokongan di dalam kelas.

Pendidik merancang pengajaran berdasarkan pada pengetahuan mengenai subjek tertentu, pelajar, komuniti, dan matlamat kurikulum.

Pendidik memahami dan menggunakan strategi penilaian formal, tidak formal dan nonformal untuk menilai dan memastikan perkembangan pelajar yang berterusan dari sudut intelek, sosial dan fizikal.

Pendidik sebagai seorang pengamal yang bermuhasabah diri akan terus menilai keberkesanan mengenai komitmen, atau pemilihan kerjaya dari sudut orang lain (pelajar, para waris, atau badan profesional lain) yang aktif dan mahu melihat pendidikan hidup sebagai satu tugas profesional,

Pendidik menjalinkan perhubungan yang baik dengan pihak sekolah, rakan setugas, ibu bapa, agensi-agensi luar dalam komuniti yang lebih besar untuk menyokong pembelajaran pelajar dan pembentukan sahsiah. ________________________

Sumber:Principles from Model Standards for Beginning Teacher Licensing and Development: A Resource for States Dialogues, by Interstate New Teacher Assessment and Support Consortium(1993) dalam Eggen dan Kauchak (2004), ms. 12.

(9)

Kesimpulan

Keperluan pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pendidik hari ini untuk menjadi pakar sangat penting kerana perkara ini membabitkan, Siapa yang belajar untuk belajar?

Persoalan ini perlu dilihat kerana bukan sekadar pelajar memperoleh ilmu itu daripada pendidik tetapi pendidik hams juga belajar untuk mengubah dirinya agar sentiasa berketerampilan dalam pengalaman dan ilmu-ilmu terkini tanpa menafikan kepentingan pengetahuan kandungan bidang. Kesemua ini dalam proses menjadikan pendidik yang profesional dan ianya perlu ditangani oleh pendidik kerana perubahan besar dalam P&P tidak sekadar diukur secara tingkah laku tetapi yang turut berdasarkan proses kognitif yang berlaku ketika P&P. Ini akan lebih bermakna kerana pendidik akan turut melihat perkembangan pendidik itu sendiri di samping perkembangan yang berlaku pada pelajar.

Rujukan

Borko,H.,&Putnam,R. (1996).Learning to teach.Dlm.D.Berliner &R.Calfee(Sid.Ed.), Handbook of educational psychology(ms. 673-708). New York: Macmillan.

Bransford, J. (1993). Who ya gonna call? Thoughts about teaching problem solving.

Dim. P. Hallinger, K. A. Leithwood, & J. Murphy,Cognitive perspectives on educational leadership(ms. 2-30). New York: Teachers College Press.

Bransford, J., Brown, A., & Cocking, R. (Sid. Ed.). (2000).How people learn: Brain mind, experience, and school.Washington DC: National Academies Press.

Cochran, K., & Jones, L. (1998). The subject matter knowledge of preservice science teachers. Dim. B. Fraser & K Tobin (Sid. Ed.),International handbook of science education:Part II (ms. 707-718). Dordrecht, The Netherlands: Kluwer. Eggen, P., & Kauchak, D. (2004).Educational psychology: Windows on classrooms.

Upper Saddle River, NJ: Pearson.

Emmer, E., & Evertson, C. (2003).Classroom management for secondary teachers(6th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Fujimora, N. (2001). Facilitating children's proportional reasoning processes and effects of intervention on strategy change.Journal of Educational Psychology, 93(3), 589-603. Mayer, R. (1998). Cognitive theory for education: What teachers need to know. Dim.

N. Lambert & B. McCombs (Sid. Ed.),How students learn: Reforming schools through learner-centered instruction(ms. 353-378). Upper Saddle River, NJ:

Prentice Hall.

Nathan, M., Koedinger, K., & Alibali, M. (2001). Expert blind spot: When content knowledge eclipses pedagogical content knowledge. Dim. L. Chen et al. (Sid.

Ed.),Proceedings of the Third International Conference on Cognitive Science (ms. 644-648). Beijing, China: USTC Press.

National Center for Research on Teacher Learning (1993).Findings on learning to teach.

East Lansing: Michigan State University.

Putnam, R., Heaton, R., Prawat, R., & Remillard, J. (1992). Teaching Mathematics for understanding: Discussing case studies of four fifth-grade teachers.Elementary SchoolJournal, 93,213-228.

(10)

Siegel, M. (2002, April).Models of teacher learning: A study of case analyses bypreservice teachers.Paper presented at the annual meeting of the American Educational Research Association, New Orleans, LA.

Shulman, L. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching.Educational Researcher, 15(2),4-14.

Wentzel, K. (1991). Relations between social compentence and academic achievement in early adolescence.Child Development, 62,1066-1078.

Wilson, S. M., Shulman, L. S., & Richert, A. E. (1987). 150 different ways of knowing:

Representations of knowledge in teaching. Dim. J. Calderhead (Ed.),Exploring teachers' thinking(ms. 104-124). London: Cassell.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Umumnya, terdapat pelbagai faktor yang boleh merencatkan aktiviti pembelajaran secara dalam talian kerana bentuk pengajaran tidak bersemuka secara fizikal seperti ini memberi

lnstitusi pengajian tinggi yang berpaksikan ilmu pengetahuan dan mempunyai modal insan yang pakar di dalam berbagai bidang sewajarnya ada formula tertentu untuk penghasilan

Jika sesuatu hujah yang bercorak silogisme itu VALID dan kedua-dua premisnya tidak benar, maka kesimpulannya semestinya tidak benar..C.

Beras di dalam tong berbau hapak, nasi yang dimasak semalam pula sudah basi, telor pulak digorengnya dengan minyak yang sudah tengik, tetapi nasib baiklah ikan puyu yang

Beberapa teori pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan model ID telah dikaji dan diaplikasikan dalam kajian ini untuk memperoleh data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian

Ketidakmampuan perusahaan perikanan memenuhi permintaan sumber perikanan dan kebergantungan Brunei kepada sumber perikanan import dari negara luar menjadi permasalahan utama

Dalam erti kata lain sumbangan dakwah oleh tokoh ini menjadi fondasi kukuh bagi perkembangan dakwah dan umat Islam di Sarawak sekarang.. Ketiga : Sebagaimana disebut sebelum ini

Beberapa teori pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan model ID telah dikaji dan diaplikasikan dalam kajian ini untuk memperoleh data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian