• Tiada Hasil Ditemukan

USM KUMPUL 25 PAKAR BENCANA DALAM PERSIDANGAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "USM KUMPUL 25 PAKAR BENCANA DALAM PERSIDANGAN"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

DSC 0082

PULAU PINANG, 23 Januari 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan juga Kerajaan Negeri Kelantan akan mengumpulkan seramai 25 orang pakar dalam pengurusan bencana dari seluruh negara dalam Persidangan Pengurusan Bencana Banjir Kelantan 2015.

“Pakar-pakar ini akan membincangkan pelbagai faktor untuk persediaan menghadapi banjir yang akan mengumpulkan lebih 400 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta,” ujar Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr Omar Osman.

DSC 0102fg

“Melalui persidangan ini, diharap empat pelan tindakan iaitu pelan mengelak, mengurus, memulih dan juga pelan integrasi antara agensi dalam pengurusan banjir dapat diwujudkan serta mengadakan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menyeluruh untuk agensi pelaksana,” tambah Omar ketika ditemui di Perutusan Tahunan Naib Canselor atau Bersama-sama Untuk Kecemerlangan Universiti (BUKU 2015) di Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal.

DSC 0077aj

DSC 0145

Beliau juga bercadang untuk mewujudkan satu sistem amaran awal yang kepada orang awam untuk bersedia menghadapi segala kemungkinan.

“Pada masa kini kita semua harus bersedia menghadapi bencana-bencana lain selain banjir kerana kita tidak lagi terkecuali lagi untuk menghadapi bencana lain,” ulas Naib Canselor.

Persidangan ini akan diadakan pada 14-16 Februari 2015 di Kampus Kesihatan, Kubang Kerian dengan tema Penyelesaian Lestari dan Kerangka Implementasi.

DSC 0076hh (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

USM KUMPUL 25 PAKAR BENCANA DALAM PERSIDANGAN

23 JAN

(2)

Susulan daripada bencana banjir di Kelantan, sekumpulan staf Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) diketuai oleh Timbalan Pengarah, Mazlifendirizan Md Rejab akan menghulurkan bantuan makanan dan peralatan rumah kepada lebih 40 buah keluarga di daerah Dabong, Kelantan.

“Bantuan ini adalah inisiatif Kelab Kebajikan PPKT Kampus Kejuruteraan dan sumbangan adalah termasuk hasil pelancaran tabung bencana yang diedarkan hari ini bersempena BUKU 2015,” ujar Mazlifendirizan.

DSC 0171

“Hasil kutipan yang melebihi RM1000 ini akan digunakan untuk membeli kelengkapan rumah dan juga pakaian bayi berumur sehingga dua tahun,” tambah beliau lagi.

Kumpulan ini akan bertolak ke Dabong pada 30 Januari ini sehingga 1 Februari 2015. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Secara ringkasnya pelan-pelan inisiatif lain ada1ah makmal kultur tisu untuk tujuan meningkatkan nilai tambah kepada graduan UiTM dalam bidang Biologi dan bakal sumber

Penggabungan data numerik iaitu laporan statistik kemalangan bagi setiap Mukim di Daerah Melaka Tengah dan data digital iaitu pelan jalan, pelan topografi dan

(c) mengurus tadbir satu kumpulan pelukis pelan (dalam peiabat rekabentuk dalaman).. (d) mengurus

(a) Adakah terdapat perubahan Skor Min Peningkatan Pencapaian (SMPP) pelajar yang menggunakan mod persembahan koswer 3DM berbanding koswer 3DS bagi kemahiran

Dapatan kajian awal mendapati antara beberapa kaedah berkesan atau pelan tindakan strategik untuk memupuk para pelajar membaca bahan-bahan dalam bahasa Arab dengan

AJK MOSTI - Jawatankuasa Antara Agensi mengenai Pengurusan Risiko Gempa Bumi (since 2012); JMG/JKR - AJK Pengurusan Cerun Kerja Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun, Pelan Induk

Menyahut seruan UKM dalam mencapai hasrat baharu dalam Pelan Strategik UKM 2019- 2021, Institut Islam Hadahri (IIH) UKM telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik dan Hala Tuju IIH

PULAU PINANG, 5 Februari 2015 - Pelbagai pihak, pertubuhan, organisasi, institusi dan pertubuhan sukarela dipelawa menyertai Persidangan Pengurusan Bencana Banjir Kelantan 2015 pada