• Tiada Hasil Ditemukan

PELANCONGAN PULAU DAN PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI PENGUSAHA TEMPATAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PELANCONGAN PULAU DAN PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI PENGUSAHA TEMPATAN "

Copied!
355
0
0

Tekspenuh

(1)

PELANCONGAN PULAU DAN PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI PENGUSAHA TEMPATAN

oleh

NORHAFIZA BINTI MD SHARIF

Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi

Doktor Falsafah

Ogos 2017

(2)

ii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan restunya saya berjaya menyiapkan tesis ini dengan sempurna.

Dengan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang tulus ikhlas kepada penyelia utama tesis saya iaitu Dr. Ku Azam Tuan Lonik di atas tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang telah menghasilkan kejayaan dalam penghasilan tesis ini.

Tanpa sokongan dan usaha beliau yang berterusan, tesis ini tidak akan berjaya dihasilkan. Semoga segala ilmu yang dicurahkan akan mendapat ganjaran daripada Allah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah dan semua kakitangan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.

Sekalung penghargaan saya tujukan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) kerana membiayai penyelidikan ini dan juga perbelanjaan sara hidup melalui pelbagai geran, elaun dan insentif. Tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat seperjuangan di USM yang sentiasa membantu serta menyokong perjuangan ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kesemua pengusaha pelancongan di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman kerana sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama yang baik dalam proses mengumpul maklumat dalam kajian ini.

(3)

iii

Jutaan penghargaan juga ingin saya sampaikan kepada suami tercinta, Zulakmal Bin Marzuki yang sentiasa memahami dan memberi sokongan sepanjang menyiapkan tesis ini. Kepada cinta hati, Muhammad Firas Aryan bin Zulakmal dan Nur Faheema Zahra binti Zulakmal, ummi doakan semoga menjadi anak-anak yang berjaya didunia dan diakhirat. Buat insan yang paling disayangi, ibu, Zaitun Binti Ahmad dan Bapa, Md Sharif Bin Bakar, terima kasih yang tidak terhingga kerana terlalu banyak pengorbanan yang diberikan sehingga kini. Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh ahli keluarga di atas segala doa, sokongan serta dorongan yang berterusan dan tidak kenal erti jemu. Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah.

Sekian,

NORHAFIZA BINTI MD SHARIF

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) Universiti Sains Malaysia

hafiza_sharif@yahoo.com 22 OGOS 2017

(4)

iv

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ... ii

ISI KANDUNGAN ... iv

SENARAI JADUAL ... ix

SENARAI RAJAH ... xiii

SENARAI SINGKATAN ... xv

ABSTRAK ... xvii

ABSTRACT ... xix

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan ………...1

1.2 Pelancongan Sebagai Strategi Pembangunan Sosioekonomi ...4

1.3 Pembangunan Pelancongan Pulau di Malaysia ...7

1.4 Pernyataan Masalah ...14

1.5 Objektif Kajian ...19

1.6 Persoalan Kajian ...19

1.7 Definisi dan Istilah ...20

1.8 Skop Kajian ...23

1.9 Organisasi Kajian ...25

1.10 Kesimpulan ... 28

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan ...29

2.2 Pelancongan Pulau ... 29

2.2.1 Definisi Pulau ...30

2.2.2 Kategori Pulau ...31

2.2.3 Pembangunan pelancongan pulau ... 32

2.3 Keusahawanan Pelancongan Komuniti Tempatan ...36

2.3.1 Definisi komuniti ...37

(5)

v

2.3.2 Istilah Pengusaha ...37

2.3.3 Konsep Keusahawanan ... 40

2.3.4 Keusahawanan Pelancongan ...41

2.3.5 Keusahawnanan Pelancongan Pulau ...44

2.3.6 Prestasi Perniagaan Pengusaha Tempatan...46

2.3.7 Masalah dan Cabaran Pengusaha Pelancongan ...49

2.4 Impak Keusahawanan Pelancongan ke atas Komuniti ...55

2.4.1 Impak Positif ke atas Komuniti...56

2.4.2 Impak Negatif ke atas Komuniti...59

2.5 Pemberdayaan dan Penglibatan Komuniti ...61

2.5.1 Pemberdayaan Komuniti...61

2.5.2 Penglibatan Komuniti ...63

2.5.3 Pelancongan Berasaskan Komuniti ... 65

2.5.4 Pemberdayaan Komuniti Melalui Keusahawanan Pelancongan ... 67

2.6 Persepsi Komuniti Tempatan Terhadap Impak Pembangunan Pelancongan ... 70

2.6.1 Persepsi Komuniti Tempatan Terhadap Impak Sektor Pelancongan..71

2.6.2 Persepsi Komuniti Tempatan Terhadap Pelancongan Berdasarkan Profil Demografi ...72

2.7 Sokongan Komuniti Tempatan Terhadap Pembangunan Pelancongan...75

2.8 Teori Pertukaran Sosial ... 80

2.8.1 Teori Pertukaran Sosial dan Persepsi Komuniti Tempatan Terhadap Pembangunan Pelancongan ...82

2.9 Kesimpulan ... 85

BAB 3 KAWASAN KAJIAN 3.1 Pendahuluan ...87

3.2 Kawasan Kajian ...88

3.2.1 Pulau Perhentian ...89

3.2.2 Pulau Redang ...94

3.2.3 Pulau Tioman ... 97

(6)

vi

3.3 Statistik Ketibaan Pelancong ...101

3.4 Pemilihan Kawasan Kajian ...106

3.4.1 Asas pemilihan kawasan kajian ...112

3.5 Kesimpulan ...113

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pendahuluan ...114

4.2 Kaedah Penyelidikan ...114

4.3 Reka Bentuk Kajian ...116

4.4 Rangka Kerja Konseptual ...121

4.5 Pendekatan Kuantitatif ...125

4.6 Instrumen Kajian ...126

4.6.1 Pembentukan Borang Soal Selidik ...126

4.7 Kerangka Persampelan ...133

4.7.1 Populasi dan persampelan kajian ...134

4.7.2 Penentuan Saiz Sampel ...137

4.8 Data dan Sumber Data ...139

4.9 Kajian Rintis ...140

4.9.1 Pengumpulan data melalui kajian rintis ...142

4.10 Pengumpulan Data ...144

4.10.1 Pengedaran Borang Soal Selidik ...145

4.10.2 Kadar Maklum Balas ...146

4.11 Pengujian Statistik ...149

4.12 Kesimpulan ... 153

BAB 5 ANALISIS DAN PERBINCANGAN PROFIL PERUSAHAAN 5.1 Pendahuluan ...154

5.2 Profil Pengusaha ...154

5.3 Profil Perusahaan ...159

5.4 Pendapatan Bulanan ...172

5.5 Prestasi Perniagaan ...176

5.6 Masalah Pengusaha Tempatan ...183

(7)

vii

5.7 Bentuk Penglibatan Pengusaha Tempatan ...190

5.8 Kesimpulan ... 195

BAB 6 ANALISIS DAN PERBINCANGAN IMPAK EKONOMI DAN SOSIAL SERTA SOKONGAN PENGUSAHA TEMPATAN TERHADAP PEMBANGUNAN SEKTOR PELANCONGAN 6.1 Pendahuluan ...197

6.2 Impak Ekonomi daripada Sektor Pelancongan ke atas Pengusaha Tempatan...198

6.2.1 Analisis Faktor Impak Ekonomi ...199

6.2.2 Analisis Kebolehpercayaan Impak Ekonomi ...203

6.3 Impak Sosial daripada Sektor Pelancongan ke atas Pengusaha Tempatan...205

6.3.1 Analisis Faktor Impak Sosial ...205

6.3.2 Analisis Kebolehpercayaan Impak Sosial ... 209

6.4 Sokongan Pengusaha Terhadap Sektor Pelancongan ...211

6.4.1 Analisis Faktor Sokongan Pengusaha Terhadap Sektor Pelancongan...211

6.4.2 Analisis Kebolehpercayaan Sokongan Pengusaha Terhadap Sektor Pelancongan ...214

6.5 Kesimpulan ... 217

BAB 7 ANALISIS DAN PERBINCANGAN HUBUNGAN ANTARA IMPAK EKONOMI DAN SOSIAL TERHADAP SOKONGAN PENGUSAHA DALAM PEMBANGUNAN SEKTOR PELANCONGAN 7.1 Pendahuluan ...220

7.2 Hubungan antara Impak Ekonomi dengan Sokongan Pengusaha terhadap Sektor Pelancongan ...221

7.3 Hubungan antara Impak Sosial dengan Sokongan Pengusaha terhadap Sektor Pelancongan ... 226

7.4 Profil Demografi dengan Sokongan Pengusaha terhadap Sektor Pelancongan ... 233

(8)

viii

7.5 Kesimpulan ... 235

BAB 8 KESIMPULAN DAN CADANGAN 8.1 Pendahuluan ...237

8.2 Ringkasan Hasil Penemuan Kajian ...237

8.2.1 Profil pengusaha dan perusahaan ...238

8.2.2 Impak ekonomi dan sosial serta sokongan pengusaha terhadap sektor pelancongan ...242

8.2.3 Impak Ekonomi dan Sosial serta Sokongan Pengusaha Terhadap Sektor Pelancongan ...243

8.3 Sumbangan Kajian ... 247

8.4 Limitasi kajian ... 251

8.5 Cadangan Kajian pada Masa Hadapan ... 252

8.6 Kesimpulan ... 253

BIBLIOGRAFI ………....256 LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

SENARAI PENERBITAN

(9)

ix

SENARAI JADUAL

Halaman Jadual 1.1 Kawasan tarikan pelancongan di Wilayah Ekonomi

Pantai Timur

9

Jadual 2.1 Kategori pulau-pulau di Malaysia 31

Jadual 2.2 Pulau-pulau peranginan mengikut negeri di Malaysia 33

Jadual 2.3 Petunjuk prestasi perniagaan 48

Jadual 3.1 Senarai pusat peranginan (chalet) di Pulau Perhentian, Terengganu

93

Jadual 3.2 Senarai pusat peranginan (chalet) di Pulau Redang, Terengganu

96

Jadual 3.3 Aktiviti pelancongan di Pulau Tioman 100

Jadual 4.1 Skala Likert Lima Mata 127

Jadual 4.2 Pembentukan Borang Soal Selidik 128

Jadual 4.3 Jumlah responden bagi pengusaha di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman

137

Jadual 4.4 Pekali saiz cronbach’s alpha (Peraturan Umum) 143 Jadual 4.5 Keputusan ujian kebolehpercayaan kajian rintis 144

Jadual 4.6 Tahap kekuatan nilai KMO 150

Jadual 4.7 Pekali Korelasi

152

Jadual 5.1 Taburan penduduk 155

Jadual 5.2 Jantina responden mengikut kawasan kajian 155 Jadual 5.3 Umur responden mengikut kawasan kajian 157 Jadual 5.4 Taraf perkahwinan responden mengikut kawasan kajian 158 Jadual 5.5 Tahap pendidikan responden mengikut kawasan kajian 159

(10)

x

Jadual 5.6 Status pekerjaan responden mengikut kawasan kajian 160 Jadual 5.7 Bilangan pekerja bagi pengusaha (Majikan) 162 Jadual 5.8 Taburan kekerapan aktiviti keusahawanan pelancongan

mengikut kawasan kajian

163

Jadual 5.9 Pendapatan bulanan pengusaha pelancongan 173 Jadual 5.10 Perubahan pendapatan bulanan pengusaha pelancongan 175 Jadual 5.11 Perubahan jumlah jualan, margin keuntungan dan

prestasi perniagaan

177

Jadual 5.12 Ujian KMO dan Ujian Bartlett’s pembolehubah masalah pengusaha tempatan

183

Jadual 5.13 Nilai eigen dan peratusan varians pembolehubah masalah pengusaha tempatan

185

Jadual 5.14 Pembolehubah masalah pengusaha tempatan 184 Jadual 5.15 Analisis faktor bagi pembolehubah masalah pengusaha

tempatan

186

Jadual 5.16 Analisis kebolehpercayaan pembolehubah masalah pengusaha tempatan

187

Jadual 5.17 Faktor-faktor penglibatan pengusaha 190 Jadual 5.18 Pekerjaan asal sebelum terlibat dalam sektor

pelancongan

191

Jadual 5.19 Faktor pertukaran pekerjaan asal kepada sektor pelancongan

192

Jadual 5.20 Penglibatan ahli keluarga dalam sektor perniagaan pelancongan

193

Jadual 5.21 Migrasi keluar ahli keluarga untuk bekerja 195

(11)

xi

Jadual 6.1 Ujian KMO dan Ujian Bartlett’s pembolehubah impak ekonomi

199

Jadual 6.2 Nilai eigen dan peratusan varians pembolehubah impak ekonomi

200

Jadual 6.3 Pembolehubah Impak Ekonomi 201

Jadual 6.4 Analisis faktor bagi pembolehubah impak ekonomi 202 Jadual 6.5 Analisis kebolehpercayaan pembolehubah impak

ekonomi

203

Jadual 6.6 Ujian KMO dan Ujian Bartlett's pembolehubah impak sosial

206

Jadual 6.7 Nilai eigen dan peratusan varians pembolehubah impak sosial

206

Jadual 6.8 Pembolehubah impak sosial 207

Jadual 6.9 Analisis faktor bagi pembolehubah impak sosial 208 Jadual 6.10 Analisis kebolehpercayaan pembolehubah impak sosial 209 Jadual 6.11 Ujian KMO dan Ujian Bartlett’s pembolehubah

sokongan pengusaha terhadap sektor pelancongan

212

Jadual 6.12 Nilai eigen dan peratusan varians pembolehubah sokongan pengusaha terhadap sektor pelancongan

212

Jadual 6.13 Pembolehubah sokongan pengusaha terhadap sektor pelancongan

213

Jadual 6.14 Analisis faktor bagi pembolehubah sokongan pengusaha terhadap sektor pelancongan

214

Jadual 6.15 Analisis kebolehpercayaan pembolehubah sokongan pengusaha terhadap sektor pelancongan

215

(12)

xii

Jadual 7.1 Analisis regresi impak ekonomi terhadap sokongan pengusaha terhadap sektor pelancongan

223

Jadual 7.2 Ringkasan analisis regresi pembolehubah impak ekonomi

224

Jadual 7.3 Analisis ANOVA pembolehubah impak ekonomi 225 Jadual 7.4 Analisis regresi impak sosial terhadap sokongan

pengusaha terhadap sektor pelancongan

228

Jadual 7.5 Ringkasan analisis regresi pembolehubah impak sosial 229 Jadual 7.6 Analisis ANOVA pembolehubah impak sosial 229 Jadual 7.7 Analisis khi kuasa antara profil demografi dengan

sokongan pengusaha terhadap sektor pelancongan

234

(13)

xiii

SENARAI RAJAH

HALAMAN Rajah 2.1 Rangka kerja pemahaman persepsi komuniti terhadap

pelancongan

83

Rajah 3.1 Peta Pulau Perhentian, Terengganu 90

Rajah 3.2 Peta Pulau Redang, Terengganu 94

Rajah 3.3 Peta Pulau Tioman, Pahang 98

Rajah 3.4 Statistik kedatangan pelancong ke pulau taman laut Terengganu (2005-2014)

102

Rajah 3.5 Jumlah kedatangan pelancong ke Pulau Tioman (2006- 2014)

105

Rajah 4.1 Rangka Kerja Penyelidikan 118

Rajah 4.2 Kerangka Konseptual Kajian 124

Rajah 4.3 Pengagihan Borang Soal Selidik 148

Rajah 5.1 Tempoh masa menjalankan perniagaan mengikut kawasan kajian

165

Rajah 5.2 Jenis pemilikan perniagaan mengikut kawasan kajian 166 Rajah 5.3 Modal permulaan perniagaan mengikut kawasan kajian 167 Rajah 5.4 Sumber modal kewangan mengikut kawasan kajian 168 Rajah 5.5 Jenis pemilikan perniagaan mengikut kawasan kajian 170 Rajah 5.6 Jenis premis mengikut kawasan kajian 170 Rajah 5.7 Kaedah mempromosikan perusahaan mengikut kawasan

kajian

172

Rajah 5.8 Analisis taburan silang antara prestasi perniagaan dengan jumlah modal permulaan

179

(14)

xiv

Rajah 5.9 Analisis taburan silang antara prestasi perniagaan dengan sumber modal permulaan

181

Rajah 5.10 Analisis taburan silang antara prestasi perniagaan dengan jumlah pinjaman

182

(15)

xv

SENARAI SINGKATAN

ANOVA - Analysis of Variances

BIL - Bilangan

CBT - Community Based Tourism DPN - Dasar Pelancongan Negara ECER - East Coast Economic Region

GTP - Government Transformasion Programme ICT - Information, Communication and Technology IKS - Industri Kecil dan Sederhana

KEMAS - Jabatan Kemajuan Masyarakat JKKK - Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung

KKLW - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

KM - Kilometer

KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja MARA - Majlis Amanah Rakyat

MEB - Model Baru Ekonomi

n - Responden

NGO - Non Government Organisasion NKEA - National Key Economic Areas OKU - Orang Kelainan Upaya

PIPLB - Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar PKS - Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana RISDA - Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah R&D - Research and Development

(16)

xvi RMK-3 - Rancangan Malaysia Ke tiga RMK-4 - Rancangan Malaysia Ke empat RMK-8 - Rancangan Malaysia Ke lapan RMK-9 - Rancangan Malaysia Ke sembilan RMK-10 - Rancangan Malaysia Ke sepuluh SET - Social Exchange Theory

SPSS - Statistical Package For Social Science SUK - Setiausaha Kerajaan Negeri

TEKUN - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga TDA - Lembaga Pembanguan Tioman

TMK - Teknologi Maklumat dan Komunikasi UNEP - United Nations Environment Programme UPEN - Unit Perancang Ekonomi Negeri

UNICEF - United Nations International Children’s Emergency Fund VIF - Variance Inflation Factor

% - Peratusan

(17)

xvii

PELANCONGAN PULAU DAN PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI PENGUSAHA TEMPATAN

ABSTRAK

Pembangunan pelancongan di pulau-pulau kecil sering dikekang oleh masalah dan cabaran kerana saiznya yang kecil, sumber bahan mentah dan sumber tenaga kerja yang terhad, pengasingan sosial, serta terdedah kepada bencana alam. Kelemahan- kelemahan ini memberi kesan terhadap sosioekonomi pengusaha pelancongan serta persekitaran destinasi pelancongan terbabit. Strategi ke arah memperkasa komuniti tempatan dalam bidang keusahawanan pelancongan serta penilaian ke atas kesan yang berlaku dilihat sebagai langkah yang bijak bagi mengatasi masalah sosioekonomi yang dihadapi oleh pengusaha pelancongan di kawasan pulau yang terlibat. Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menganalisa profil perusahaan dan penglibatan pengusaha tempatan dalam bidang keusahawanan pelancongan, menganalisa impak ekonomi dan sosial yang diterima oleh pengusaha tempatan dalam pembangunan sektor pelancongan, menilai sokongan pengusaha tempatan terhadap pembangunan pelancongan serta menilai hubungan antara impak ekonomi dan sosial dengan sokongan pengusaha terhadap pembangunan sektor pelancongan di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melibatkan responden yang terdiri daripada 330 orang pengusaha tempatan yang terlibat dalam bidang keusahawanan pelancongan dengan menggunakan prosedur pensampelan jenis bertujuan dan bola salji. Analisis yang digunakan dalam kajian ini ialah taburan kekerapan, peratusan, min, taburan silang, khi kuasa dua, analisis faktor, ujian kebolehpercayaan, korelasi dan regresi pelbagai. Hasil utama kajian ini menunjukkan majoriti pengusaha tempatan menjalankan perusahaan secara kecil-kecilan disebabkan kekangan modal dan kewangan, pemasaran, pengurusan

(18)

xviii

perniagaan dan infrastruktur. Faktor utama yang mendorong penglibatan pengusaha tempatan dalam sektor pelancongan adalah untuk memperoleh pendapatan yang lumayan, persekitaran pekerjaan yang lebih selesa serta minat. Hasil kajian juga menunjukkan impak ekonomi dan sosial mempunyai hubungan dengan sokongan pengusaha terhadap sektor pelancongan. Manakala profil demografi iaitu jantina, umur, pendapatan bulanan dan tahap pendididikan tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan sokongan terhadap sektor pelancongan. Dari segi impak ekonomi, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa industri pelancongan di pulau terbabit berupaya menyediakan peluang pekerjaan, membantu menjana pendapatan, meningkatkan kualiti hidup serta menyediakan peluang keusahawanan kepada komuniti tempatan. Di samping itu, impak negatif yang dirasai oleh penduduk tempatan termasuklah kenaikan harga tanah, harga barangan dan peningkatan kos hidup. Dari segi impak sosial, industri pelancongan di pulau terbabit menyediakan kemudahan untuk mendapatkan akses dan perhubungan, mempelbagaikan budaya serta menaikkan imej komuniti setempat. Manakala impak negatif sosial termasuklah berlakunya perubahan gaya hidup atau budaya komuniti, penyerapan budaya barat, budaya tradisi komuniti kian pupus dan komuniti mudah terpengaruh dengan budaya pelancong yang datang. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa sektor pelancongan pulau mampu menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi komuniti yang terlibat dan kerana itu ia turut mempengaruhi sokongan mereka terhadap pembangunan sektor pelancongan di pulau terbabit. Ini menunjukkan bahawa penglibatan komuniti dalam bidang keusahawanan pelancongan dapat menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi yang lebih baik ke atas komuniti serta berupaya menjadi pemangkin untuk mencapai pembangunan pelancongan lestari.

(19)

xix

ISLAND TOURISM AND SOCIO-ECONOMIC DEVELOPMENT OF LOCAL ENTREPRENEURS

ABSTRACT

Tourism development in small islands are often constrained by its small size, limited resources, social isolation, and vulnerability to natural disasters. These shortcomings affected the socio-economic well-being of the tourism entrepreneurs as well as the environment that defined the tourism destination. The strategy towards empowering local communities in the areas of tourism entrepreneurship and an assessment of the impact of tourism is seen as a wise move to overcome the socio- economic problems faced by tourism entrepreneurs of these islands. Within this background, the main objective of this study is to analyse the profile of tourism entrepreneurs and to access the level of involvement of local community in entrepreneurship, as well as to analyse the economic and social impact of tourism development on local entrepreneurs, the level of support of local entrepreneurs towards the tourism development and the relationship between the economic and social impact with the level of support by the local entrepreneurs towards tourism development in Pulau Perhentian, Pulau Redang and Pulau Tioman. This study used quantitative methods involving 330 local tourism entrepreneurs by using purposive sampling and snowballs methods. The analysis used in this study were frequency distribution, mean, cross tabulation, chi square, factor analysis, reliability test, correlation and multiple regression. The main findings of this study showed that the majority of local entrepreneurs run small-scale enterprises due to capital and financial constraints, marketing problems, business management and infrastructure. The main factors that motivate local entrepreneurs’ involvement in tourism entrepreneurship were as source

(20)

xx

of income, comfortable working environment, and interest. The study also showed that the economic and social impact affected the level of the support by the entrepreneurs towards the tourism sector. On the other hand, the demographic profile such as sex, age, monthly income and level of education have no significant correlation with their support towards tourism sector. From the economic perspective, the findings showed that the development of the tourism industry on the islands were capable of providing job opportunities, helped in generating income, improved the quality of life and provided business opportunities to the local communities. In addition, the negative impacts felt by local residents included rising land prices, rising prices of goods and, rising cost of living. The social impact of tourism development helped to improve the level of access and communication, diversification and improvement of local culture.

On the other hand, the negative social impacts were changes in the way of life and culture, adoption of western culture, erosion of local tradition and local community were easily influenced by the foreign culture. Overall, this study proved that the tourism development on the islands were able to contribute to the socio-economic development of the affected communities and hence influenced their support for the development of the tourism sector on the islands. This also showed that empowering the local community through tourism entrepreneurship can contribute to a better socio- economic development of the community and can acts as a catalyst in achieving sustainable island tourism development.

(21)

1 BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sektor pelancongan merupakan pendorong utama dalam pembangunan sosioekonomi negara serta menjadi penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi selepas sektor pembuatan (Ibrahim dan Abdul Razzaq, 2010). Dari segi pendapatan pelancongan, Malaysia berada di kedudukan ke-16 dan menguasai hampir dua peratus daripada syer pasaran global pada tahun 2008. Selain itu, industri pelancongan turut menggaji 1.7 juta pekerja atau hampir 16% daripada jumlah guna tenaga pada tahun 2008. Antara tahun 2006-2009, pendapatan industri pelancongan meningkat sebanyak 67.1% kepada RM53.4 bilion dan ketibaan pelancong meningkat sebanyak 43.6%

kepada 23.6 juta orang (Unit Perancangan Ekonomi, 2010). Lantaran itu, sektor pelancongan juga turut berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosiobudaya (Kim, 2002; Taskov, Metodijeski, Dzaleva dan Filipovski, 2011; Lordkipanidze, 2002), perlindungan dan pembaikan alam semula jadi serta penyediaan infrastruktur (Ahmed dan Jahan, 2013; Briedenhann dan Wickens, 2004).

Dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi negara, Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4, 1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5, 1986-1990), turut memberi tumpuan terhadap industri pelancongan dengan meningkatkan peruntukan promosi dan pemasaran, infrastruktur serta produk pembangunan. Hal ini selaras dengan sasaran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu untuk meningkatkan industri pelancongan ke tahap yang lebih tinggi melalui Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia 2020 dengan

(22)

2

menyasarkan sebanyak 36 juta pelancong dengan jumlah pendapatan RM168 billion pada tahun 2020.

Seterusnya, usaha bersepadu telah dilaksanakan untuk merealisasikan potensi industri pelancongan ke arah meningkatkan sumbangannya kepada sektor perkhidmatan secara khusus dan ekonomi secara keseluruhan. Untuk mencapai matlamat tersebut, Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9, 2006-2010) telah memberi tumpuan terhadap usaha untuk mempertingkatkan kedudukan negara sebagai salah satu destinasi pelancongan global utama serta meningkatkan pelancongan domestik. Memandangkan industri ini menjana kesan pengganda yang tinggi dalam pelbagai sektor, aktiviti pelancongan dianggarkan mampu menyediakan platfom yang lebih luas bagi rantaian antara sektor. Oleh yang demikian, lebih banyak usaha bersepadu diambil untuk menyalurkan sumber bagi menaik taraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan serta membangunkan lebih banyak produk dan perkhidmatan pelancongan yang berinovatif (Jabatan Perancangan Ekonomi, 2014).

Menerusi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10, 2011-2015), pembangunan sektor pelancongan telah diiktiraf sebagai salah satu pemangkin utama dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas, NKEA) di mana ia berfungsi sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia (Jabatan Penerangan Malaysia, 2014). RMK-10 juga meletakkan Malaysia berada di kedudukan ke-16 dari segi pendapatan pelancongan global, iaitu dianggarkan kira-kira dua peratus daripada pasaran pelancongan global pada tahun 2008. Industri pelancongan turut memberi

(23)

3

peluang kepada 1.7 juta pekerjaan atau kira-kira 16% daripada jumlah guna tenaga pada tahun 2008 (Unit Perancangan Ekonomi, 2010).

Dalam tempoh RMK-10, tumpuan adalah untuk memperbaiki kedudukan Malaysia supaya menjadi antara 10 negara teratas dari segi pendapatan pelancongan global dan meningkatkan sumbangan sektor tersebut sebanyak 2.1 kali ganda. Bagi mencapai sasaran tersebut, tumpuan akan diberikan untuk menarik lebih ramai pelancong berbelanja tinggi dan memperluaskan pasaran daripada negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang tinggi terutamanya Rusia, India, China dan Timur Tengah, di samping meningkatkan bilangan ketibaan pelancong (Unit Perancang Ekonomi, 2010). Peningkatan jumlah ketibaan pelancong tempatan dan antarabangsa mempunyai impak yang penting terhadap struktur guna tenaga dalam industri pelancongan, terutamanya dalam sektor pemasaran pelancongan, perhotelan dan pengangkutan.

Selain itu, kemasukan para pelancong juga dapat mewujudkan pelbagai jenis aktiviti ekonomi sampingan di sesuatu kawasan pelancongan yang terlibat. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya sektor pelancongan dijadikan sebagai komoditi utama dalam agenda pembangunan negara (Ibrahim, 2006). Hal ini bertepatan dengan teras keseluruhan dasar dalam sektor pelancongan untuk mencapai pertumbuhan pelancongan yang mampan bagi merealisasikan potensi pekerjaan yang banyak bagi menjana pendapatan sama ada di peringkat tempatan, negeri dan negara. Dasar Pelancongan Negara juga bermatlamat untuk menjadikan industri pelancongan negara sebagai satu sektor utama, lestari, berdaya maju serta berkualiti dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

(24)

4

Malaysia, 2014). Oleh yang demikian, pembangunan pelancongan haruslah dirancang dan dilaksanakan dengan teliti supaya faedah daripada sektor tersebut dapat dimanfaatkan kepada semua komuniti tempatan yang terlibat.

1.2 Pelancongan Sebagai Strategi Pembangunan Sosioekonomi

Sektor pelancongan telah mengambil peranan yang lebih penting dalam merangsang ekonomi negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8, 2001-2005). Rangsangan pertumbuhan ini disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya galakan kerajaan melalui insentif pelaburan, kempen Tahun Melawat Malaysia serta pembangunan infrastruktur yang membantu merangsang pembangunan industri tersebut sama ada secara langsung mahupun tidak langsung (Othman, Mohd Salleh, Ramli dan Hasim, 2011). Melalui RMK-8 juga, industri pelancongan telah mencapai prestasi yang baik di mana peratusan pendapatan pelancongan daripada pendapatan akaun perkhidmatan dalam imbangan pembayaran meningkat daripada 32.7% pada tahun 2000 meningkat kepada 43% pada tahun 2005. Pembangunan pelancongan juga dilihat menyumbang secara positif kepada perkembangan aktiviti dalam subsektor terutamanya industri hotel, kembara dan siar, peruncitan dan restoran serta pengangkutan (Unit Perancangan Ekonomi, 2014).

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9, 2006-2010), usaha bersepadu dipertingkatkan ke arah merealisasikan potensi industri pelancongan bagi meningkatkan sumbangannya kepada sektor perkhidmatan dan ekonomi secara keseluruhan. Tumpuan utama diberi bagi mempertingkatkan kedudukan negara sebagai destinasi pelancongan global utama serta mempromosi pelancongan domestik.

Lebih banyak usaha bersepadu telah diambil untuk menaik taraf infrastruktur dan

(25)

5

kemudahan pelancongan serta membangunkan lebih banyak produk dan perkhidmatan pelancongan yang inovatif bagi mencapai pembangunan pelancongan yang mampan.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10, 2011-2015), tumpuan terus diberi kepada usaha pertumbuhan ekonomi dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas, NKEA). NKEA ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Bidang teras NKEA dipilih berdasarkan sumbangannya untuk mencapai pendapatan tinggi dan kemampanan. Di bawah NKEA, sektor pelancongan menjadi salah satu daripada 12 bidang ekonomi yang strategik yang akan diberi keutamaan, di mana peruntukan kewangan dipertingkatkan daripada RM24 juta pada tahun 2009 kepada RM36 juta dalam tahun 2020 (Unit Perancangan Ekonomi, 2014).

Dengan meningkatnya produk-produk pelancongan, aktiviti pelancongan dapat menggalakkan komuniti tempatan untuk mengambil bahagian dalam industri pelancongan serta menyumbang kepada kewujudan pusat-pusat pertumbuhan baharu dan seterusnya dapat mewujudkan bidang keusahawanan dalam kalangan komuniti tempatan (Ahmed dan Jahan, 2013; Cloesen, 2007; Hamzah et al., 2013; Iorio dan Corsale, 2010; Taskov et al., 2011). Oleh yang demikian, pembangunan sosioekonomi dapat dipertingkatkan dengan menawarkan destinasi pelancongan serta kewujudan perkhidmatan sokongan yang bertujuan untuk menyedia dan membekalkan keperluan kepada pelancong.

(26)

6

Secara tidak langsung, semua ini mampu menyumbang kepada penyediaan peluang pekerjaan dan membuka peluang kepada komuniti untuk meningkatkan pendapatan serta kualiti hidup mereka (Ahmed dan Jahan, 2013; Aref dan Gill, 2010;

Briedenhann dan Wickens, 2003; Chifamba, 2013; Eshliki dan Kaboudi, 2012; Fons, Fierro dan Patino, 2011; Hamzah et al., 2013; Iorio dan Corsale, 2010; Kim, 2002;

Sharpley, 2002; Lordkipanidze, 2002; Sharpley dan Forster, 2003; Tao dan Wall, 2009; Tatoglu, Erdal, Ozgur dan Azakli, 2000; Vehbi, 2012; Walpole dan Goodwin, 2000). Sektor pelancongan juga mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosiobudaya (Kim, 2002; Taskov et al., 2011; Lordkipanidze, 2002), perlindungan dan pembaikan alam semula jadi serta penyediaan infrastruktur (Ahmed dan Jahan, 2013; Briedenhann dan Wickens, 2004; Kim, 2002; Molina, Saura dan Velazquez, 2010).

Daripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa sektor pelancongan memainkan peranan yang penting dalam membangunkan tahap sosioekonomi komuniti setempat ke arah yang lebih baik dan berterusan. Menurut Surugiu (2009), pembangunan pelancongan membawa banyak faedah seperti mengurangkan penghijrahan komuniti tempatan, latihan vokasional, pembasmian diskriminasi jantina dan kategori sosial yang lain, meningkatkan kewujudan sosial dan budaya serta peluang untuk interaksi sosial dan kenyataan ini turut disokong oleh (Ahmed dan Jahan, 2013; Okech, Haghiti dan George, 2012; Tao dan Wall; Vaquerizo, 2013).

(27)

7

1.3 Pembangunan Pelancongan Pulau di Malaysia

Malaysia sedang mencari alternatif terbaik untuk menambah produk pelancongannya seiring dengan perkembangan negara lain di Asia Tenggara (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, 2010). Keindahan persisiran pantai dan pulau yang cantik merupakan aset penting bagi negara untuk menarik kedatangan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara serta berpotensi untuk menarik pelaburan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi di negara ini.

Menurut World Travel & Tourism Council (2001), pulau-pulau di Malaysia menjadi tumpuan kerana keunikan pulau dan keindahan pantai serta terdapat kemudahan sokongan yang kuat seperti taman laut, kedai bebas cukai, jeti serta pengangkutan yang mudah.

Selain itu, CNN Travel (2017) juga meletakkan tiga pantai di Malaysia dalam senarai 50 pantai terbaik di dunia iaitu Tanjung Rhu di Langkawi, Kedah (tangga ke- 49), Juara Beach di Pulau Tioman, Pahang (tangga ke-21) dan Pulau Perhentian Kecil, Terengganu (tangga ke-13). Selain itu, Malaysia juga disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 destinasi terbaik dunia yang harus dilawati oleh Lonely Planet (2017) dan menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara Asia yang termasuk dalam senarai tersebut (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, 2012). Tambahan pula, pelancong dilihat lebih menggemari kawasan pulau taman laut sebagai destinasi pelancongan meskipun pulau-pulau berkenaan berada di bawah penyelenggaraan dan kawalan ketat oleh Jabatan Laut Malaysia (Jusoh, 2016).

(28)

8

Menurut Ismail dan Turner (2008), kebanyakan pelancong menjadikan kawasan pulau sebagai destinasi pilihan untuk tujuan bersantai, mengembara, menikmati makanan tempatan serta mengamati budaya tempatan. Malaysia menjadi antara 10 destinasi pelancongan utama teratas dari segi ketibaan pelancong dan sektor ini telah menjadi industri kelima terbesar dalam ekonomi negara dengan menjana pendapatan negara kasar (PNK) sebanyak RM36.9 bilion dalam tahun 2009 (Program Transformasi Ekonomi, 2010).

Secara umumnya, pembangunan destinasi pelancongan pulau mula mendapat perhatian selepas Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3, 1985-1990) di mana tumpuan diberikan kepada agenda pembangunan bagi memberdayakan pembangunan pulau di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia (Mapjabil et al., 2015). Bagi kawasan pantai timur, potensi pembangunan yang unik berupaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan yang signifikan bagi kawasan tersebut (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, 2010). Bukan itu sahaja, keindahan khazanah semulajadi yang terdapat di bahagian pantai timur telah menjadikan pelancongan pulau sebagai salah satu pembentukan imej pelancongan dan pemacu ekonomi yang penting di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region, ECER).

Menerusi Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (2007), enam pembentukan imej pelancongan yang unik telah dikenalpasti di Wilayah tersebut iaitu:

a) pelancongan pesisiran pantai tanah besar, b) pelancongan pulau yang mampan, c) pelancongan bandar, d) pelancongan budaya dan warisan, e) pelancongan merentasi sempadan dan f) dan eko pelancongan. Aktiviti pelancongan ini juga dilihat berpotensi untuk dibangunkan serta dimajukan bagi membawa perubahan ketara dalam senario

(29)

9

pelancongan. Jadual 1.1 menunjukkan kawasan tarikan pelancongan di Malaysia bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Jadual 1.1: Kawasan tarikan pelancongan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Wilayah (ruang)

Negeri terlibat

Imej Pelancongan Destinasi pelancongan Wilayah

Ekonomi Pantai Timur (ECER)

•Kelantan

•Terengganu

•Pahang

•Mersing, Johor

•Pantai dan Pulau

•Pelancongan budaya dan warisan

•Eko pelancongan

•Acara Persada

•Pantai Cahaya Bulan (Kelantan), Pantai Cherating (Pahang)

•Pulau Tioman (Mersimg, Johor), Pulau Redang, Pulau Perhentian (Terengganu)

•Kota Baharu (Kelantan), Kuala Terengganu, Pekan (Pahang)

•Taman Negara Kula Koh (alam semula jadi, orang asli) di Kelantan. Tasik Kenyir (memancing, trekking hutan (Terengganu), Taman Endau – Rompin, Cameron Highland (Pahang)

•Pesta Air Kelantan,

Pertandingan Go-Kart Diraja (Kelantan), Piala Mansoon, Triathlon Antarabangsa Tasik Kenyir (Terengganu)

•Pesta Makanan dan Buahan Cameron Higlands, Surfing Antarabangsa Cherating (Pahang)

Sumber: Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (2007)

Selain itu, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5, 1986-1990), Pulau Tioman telah mendapat faedah daripada usaha kerajaan untuk menaik taraf infrastruktur yang berkaitan dengan sektor pelancongan seperti jalan raya, pelabuhan dan jambatan dalam Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6, 1991-1995) (Mapjabil et al., 2015). Ini bermakna, peningkatan kemudahan infrastruktur, perkhidmatan dan pengurusan produk pelancongan pulau serta pembangunan projek-projek pelancongan yang dijalankan secara lestari oleh pihak kerajaan dan swasta telah menambah

(30)

10

kekuatan kawasan pulau sebagai pilihan destinasi pelancong dari dalam dan luar negara (Jusoh, 2016).

Berdasarkan kepada pembangunan pelancongan yang telah dibincangkan, jelaslah bahawa kerajaan sentiasa menitikberatkan soal pembangunan negara khususnya sektor pelancongan pulau kerana sektor tersebut berupaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi terutamanya di kawasan pulau kecil.

Lantaran itu, Croes (2004) melihat pelancongan sebagai satu alat untuk mengembangkan pembangunan sosioekonomi komuniti serta mengatasi segala kelemahan di pulau-pulau kecil. Permintaan pasaran dalam sektor tersebut telah menghasilkan skala ekonomi dan meningkatkan kecekapan serta mengurangkan kos pengeluaran. Pelancongan juga dilihat mampu meningkatkan persaingan serta menggalakkan kewujudan perniagaan baru. Croes (2004) juga berhujah bahawa persaingan ini dapat memberi pilihan yang lebih besar kepada pengguna, keterbukaan perdagangan dan meningkatkan kualiti hidup komuniti.

Tidak dinafikan bahawa sektor pelancongan pulau merupakan penggerak kepada pembangunan sosioekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti tempatan yang mendiami di kawasan pulau (Croes, 2006). Penglibatan komuniti tempatan dalam aktiviti keusahawanan pelancongan dapat membantu meningkatkan taraf sosioekonomi mereka, di samping berpeluang untuk memasarkan hasil produk tempatan dan mengusahakan perniagaan lain yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan (Buhalis dan Molinaroli, 2003; Chiutsi dan Mudzengi, 2012;

Lordkipanidze, 2002; Theobald, 2005; Wanhill, 2002). Secara umumnya, pengusaha pelancongan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mencipta suatu perusahaan

(31)

11

pelancongan untuk mengeksploitasi peluang keusahawanan dalam industri pelancongan dalam usaha untuk memenuhi matlamatnya (Storey dan Greene, 2010).

Dengan menjalankan aktiviti keuasahawanan pelancongan, komuniti tempatan akan memperoleh peluang untuk memperbaiki taraf hidup serta kedudukan ekonomi mereka (Aref, 2011; Hamzah et al., 2013).

Di Malaysia, kebanyakan pengusaha pelancongan pulau seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau Perhentian terlibat dalam sektor seperti pengangkutan dan perniagaan. Menurut Mapjabil (2009), sektor pengangkutan seperti perkhidmatan kemudahan bot amat memerlukan kemahiran komuniti tempatan. Maka, tidak hairanlah ramai komuniti pulau yang berminat dalam perusahaan perkhidmatan pengangkutan bot. Setelah melihat prospek pelancongan ini semakin cerah, komuniti tempatan turut sama melibatkan diri dengan perniagaan pelancongan seperti menjadi pengusaha bot dan chalet, mengusahakan kedai makan serta kedai cenderamata. Selain itu, perusahaan perniagaan makanan didapati menerima permintaan yang tinggi terutamanya makanan yang berasaskan sumber laut yang agak popular dalam kalangan pelancong (Ibrahim dan Abdul Razzaq, 2010).

Oleh yang demikian, pembangunan pelancongan pulau dilihat mampu menangani masalah sumber yang terhad di kawasan pulau di samping menyumbang kepada kesan ekonomi, sosial dan budaya komuniti pulau (Carlsen, 2006; Padilla dan McElroy, 2005; Croes, 2006; Scheyvens dan Momsen, 2008). Hal ini kerana pelancongan pulau berupaya menawarkan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup, mempelbagaikan aktiviti ekonomi serta dapat memperkenalkan budaya

(32)

12

tempatan kepada pelancong yang datang (Carlsen dan Butler, 2011; Carter, 2004; Huh dan Vogt, 2008).

Walau bagaimanapun, pembangunan pelancongan yang tidak dirancang dengan teliti boleh menyebabkan kesan buruk terhadap pembangunan sosioekonomi ke atas komuniti di kawasan pulau yang terlibat. Ini termasuklah mendedahkan komuniti tempatan kepada tingkah laku yang mungkin bercanggah dengan budaya tradisional atau nilai-nilai komuniti pulau (MacDonald dan Jolliffe, 2003). Pergeseran dalam kalangan komuniti pulau boleh menyebabkan mereka menolak pembangunan pelancongan serta mewujudkan suasana yang tidak selesa terhadap pelancong (Bunce, 2008).

Selain itu, Faulkenberry, Coggeshall, Kenneth dan Backman (2000), juga mendapati bahawa komuniti tempatan turut terkesan dengan impak negatif akibat pembangunan sektor pelancongan. Antara kesan negatif dari segi ekonomi adalah seperti kenaikan kos hidup, harga barangan dan perkhidmatan, harga tanah serta rumah. Manakala kesan negatif dari segi sosiobudaya adalah seperti kehilangan keaslian budaya tempatan, perubahan sikap dan gaya hidup komuniti tempatan, jenayah dan sebagainya (Gerosa, 2003; Gatewood dan Cameron, 2009; Ismail dan Turner, 2008; Gossling, 2001; MacDonald dan Jolliffe, 2003).

Malah, dalam konteks pulau, ianya sering dikaitkan dengan ekosistem yang tertutup dan disempadani dengan ciri-ciri seperti saiz yang kecil serta lokasinya yang terpencil dan terasing daripada proses pembangunan. Komuniti pulau tidak dapat menikmati faedah daripada ekonomi bidangan kerana mereka mempunyai sumber

(33)

13

semulajadi yang terhad (Baldacchino, 2002, Bass dan Dalal-Clayton (1995; Brigulio, 1995). Selain itu, kawasan pulau juga mempunyai tahap infrastruktur dan perkhidmatan yang rendah (Moyle, Croy dan Weile, 2010; Andriotis, 2000), serta tidak mempunyai kos untuk penambahbaik akses dan pengangkutan yang lebih baik (Sheldon, 2005). Keadaan ini secara langsung turut menjejaskan aktiviti pelancongan di kawasan pulau yang terlibat.

Kajian Ibrahim (2007) di tiga buah pulau pelancongan di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman menunjukkan isu keterpinggiran boleh menyebabkan berlakunya protes atau rasa tidak puas hati dalam kelompok tertentu, terutama bagi mereka yang merasakan diri mereka mundur dan terpinggir. Menurut beliau, dalam kerancakan pembangunan pelancongan, persoalan terpinggir atau meminggir perlu dilihat dari dua sudut yang berbeza, iaitu dari sudut pembangunan pelancongan dan keperluan serta manfaat komuniti tempatan. Sekiranya komuniti tempatan diberi bimbingan dan tunjuk ajar, mereka sebenarnya mampu memberi bekerjasama secara aktif dalam pembangunan pelancongan.

Oleh yang demikian, pihak perancang pelancongan pulau dan pembuat dasar perlu memberi maklumat kepada komuniti setempat tentang kesan dan cabaran yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan yang sedang berlaku, manakala komuniti pulau juga haruslah terlibat dalam proses perancangan terutamanya proses membuat keputusan (Henderson, 2000; Mitchell dan Reid, 2001). Oleh itu, mereka perlu diberikan peluang untuk menetapkan program-program pembangunan pelancongan yang bersesuaian dengan persekitaran mereka. Okazaki (2008) mencadangkan komuniti tempatan perlu mengambil bahagian secara aktif dalam

(34)

14

proses transformasi bagi memastikan kelestarian pembangunan pelancongan di sesuatu kawasan yang terlibat. Dalam kajian ini, pengkaji akan memfokuskan kepada aspek-aspek pembangunan sosioekonomi komuniti tempatan yang terlibat sebagai pengusaha pelancongan dengan memilih Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman sebagai kawasan kajian. Perbincangan yang lebih mendalam tentang pembangunan pulau pelancongan turut dibincangkan dalam Bab 2.

1.4 Pernyataan Masalah

Secara umumnya, pulau merupakan kawasan yang terdiri daripada kepelbagaian ekosistem semulajadi serta berpotensi menjadi salah satu daripada tarikan pelancong (Gossling, Hansson, Horstmeier dan Saggel, 2002; Brown dan Cave, 2010). Namun begitu, pembangunan pelancongan di kawasan pulau turut menghadapi masalah dan cabaran sosioekonomi kerana ruangnya yang terhad, sumber bahan mentah yang sedikit dan sumber tenaga kerja yang terhad (Kokkosis dan Tsartas, 2001). Kawasan pulau juga sering dikaitkan dengan saiznya yang kecil, sempit, terpencil, terdedah kepada bencana alam, pengasingan sosial, serta kebergantungan kepada kawasan luar (Briguglio, 1996; Douglas, 2006).

Selain itu, kelemahan yang terdapat di sesebuah pulau boleh memberikan kesan yang buruk terhadap persekitaran (Douglas, 2006) serta berupaya menjejaskan potensi keusahawanan pelancongan pulau memandangkan sumber bahan mentah yang terhad serta kos pengangkutan yang tinggi bagi urusan penghantaran dan penerimaan barangan atau produk (Croes, 2016). Ini menunjukkan bahawa sektor pelancongan boleh menyumbang kepada peningkatan pulau sebagai destinasi pelancongan atau membinasakan potensi tersebut (Hall dan Boyd, 2005). Oleh itu, penyelidikan yang

(35)

15

berkaitan dengan pembangunan pelancongan di kawasan pulau merupakan satu topik yang penting dalam bidang penyelidikan pelancongan (Hampton dan Christensen, 2007).

Terdapat banyak kajian tentang pembangunan pelancongan pulau yang telah dijalankan di luar mahupun di dalam negara. Antara kajian yang dijalankan di luar negara adalah seperti di pulau-pulau Caribbean (Weaver, 1993; McElroy dan de Albuquerque, 1998), pulau-pulau Pasific (Choy, 1992; Milme dan Nowosielski, 1997) serta pulau-pulau Mediterranian (Boissevain, 1996; Lockhart, 1997). Manakala, pengkaji-pengkaji yang pernah menjalankan kajian pembangunan pelancongan pulau- pulau di Malaysia antaranya termasuklah Yussof et al. (2007), Abdul Manaf et al.

(2011), Ibrahim (2007), Abas dan Mohd Hanafiah (2014).

Dalam konteks Malaysia, kajian pembangunan pelancongan pulau kebanyakannya dijalankan di Pulau Langkawi, Kedah dengan memberi tumpuan kepada perspektif perniagaan (Othman dan Rosli, 2011), impak alam sekitar (Samat, 2010 dan Michael Bird et al., 2007), pembangunan komuniti (Marzuki, 2008; Marzuki dan Khoo, 2016), sosiobudaya komuniti (Jaafar et al., 2015), perancangan pelancongan (Marzuki, 2008) serta penglibatan komuniti dalam keusahawanan pelancongan (Marzuki, 2008; Yussof et al., 2011; Abdul Raub, 1990; Jaafar et al., 2014; Jaafar et al., 2015; Mohd Salleh et al., 2016; Salleh et al., 2014; Marzuki, 2008;

Marzuki dan Joanne, 2016; Jaafar dan Mohamad, 2013; Abdul Halim et al., 2011).

Namun, kajian yang memfokuskan kepada penglibatan pengusaha tempatan di pulau- pulau lain di Malaysia dilihat masih lagi berkurangan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengisi jurang tersebut dengan memfokuskan kepada pemberdayaan

(36)

16

komuniti dalam aktiviti keusahawanan pelancongan pulau, dengan mengambil kira karekteristik komuniti pulau yang terlibat sebagai pengusaha pelancongan serta mengkaji latar belakang perusahaan yang dijalankan di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman.

Kajian tentang pembangunan pelancongan pulau sering memberi tumpuan kepada pelbagai isu-isu utama, seperti pengurusan dan pembangunan pelancongan lestari (Oreja-Rodriguez, Lopez dan Yanes-Estevez, 2008; Yasarata, Altinay, Burns, dan Okumus, 2010; Baldacchino, 2006; Douglas, 2006; Gossling, 2003; Tsaur dan Wang, 2007; Kokkranikal, McLellan dan Baum, 2003; Lenzen, 2008), ekonomi pulau dan pelaburan infrastruktur (Giannoni dan Maupertuis, 2007), imej destinasi (Beerli dan Martin, 2004), serta eko pelancongan (Fagence, 1997; Hsu, Chen dan Chuang, 2005). Namun, kajian tentang penglibatan pengusaha dalam aktiviti keusahawanan pelancongan pulau tidak menekankan analisis terhadap pendapatan, prestasi perniagaan serta masalah yang dihadapi oleh pengusaha tempatan. Oleh itu, kajian ini akan menilai pendapatan bulanan, prestasi perniagaan serta masalah yang dihadapi oleh pengusaha tempatan di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman kerana ketiga-tiga aspek tersebut merupakan isu yang penting dalam menjamin kelangsungan perusahaan pelancongan yang dijalankan.

Kajian persepsi terhadap pembangunan pelancongan turut memfokuskan komuniti di seluruh dunia, termasuklah di Australia, New Zealand dan Pasifik Selatan (Fredline dan Faulkner, 2000; Mason dan Cheyne, 2000), Eropah (Avcikurt dan Soybali, 2002; Snaith dan Haley, 1999) dan Amerika Utara (Brayley, 2000;

Carmichael, 2000; Gursoy, Jurowski dan Uysal, 2002). Namun, kajian persepsi

(37)

17

terhadap pembangunan pelancongan masih kurang dijalankan di negara-negara Asia Tenggara (Kayat, 2002; Walpole dan Goodwin, 2001). Walaupun terdapat beberapa penyelidikan terdahulu yang mengkaji persepsi terhadap impak pembangunan pelancongan serta mengupas isu-isu berkaitan dengan pembangunan lestari di destinasi pulau-pulau kecil (Fotiou, Buhalis dan Vereczi, 2002; Kokkranikal, McLellan dan Baum, 2003), namun kajian tentang persepsi pengusaha tempatan terhadap impak ekonomi dan sosial di pulau-pulau pelancongan di Malaysia masih lagi berkurangan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengisi jurang tersebut dengan mengkaji impak ekonomi dan sosial yang diterima oleh pengusaha tempatan dalam pembangunan sektor pelancongan berdasarkan kepada persepsi yang diberikan oleh pengusaha tempatan yang terlibat dalam keusahawanan pelancongan di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman.

Secara umumnya, impak pembangunan pelancongan yang diterima oleh komuniti tempatan akan mempengaruhi persepsi dan sokongan mereka terhadap sektor pelancongan (Brida, Disegna dan Osti, 2011; Garcia, Vazquez dan Macias, 2015;

Nunkoo dan Gursoy, 2012; Stylidis, Biran, Sit dan Szivas, 2014). Ini bermakna, sekiranya komuniti percaya bahawa pelancongan mewujudkan lebih banyak faedah daripada kos, maka mereka cenderung untuk mempunyai pandangan yang menyokong sektor pelancongan. Namun sebaliknya, jika mereka percaya bahawa pelancongan membawa lebih banyak kos daripada manfaat, berkemungkinan mereka tidak menyokong pembangunan pelancongan. Malah, menurut Ibrahim (2007), komuniti pulau seringkali dikatakan terpinggir apabila kapasiti pembangunan yang dibawa adalah di luar kemampuan mereka. Kajian tentang persepsi komuniti serta sokongan terhadap sektor pelancongan banyak dijalankan di negara-negara maju (Nepal, 2008;

(38)

18

Sirakaya, Teye dan Sonmez, 2002), namun kajian sokongan komuniti terhadap pembangunan pelancongan di pulau-pulau kecil masih lagi kurang dijalankan (Andriotis, 2004). Oleh itu, kajian ini akan memberi penekanan ke atas hubungan antara impak ekonomi dan impak sosial dengan sokongan pengusaha tempatan terhadap pembangunan sektor pelancongan di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman. Dengan memahami persepsi komuniti terhadap sektor pelancongan pulau, diharapkan agar ianya dapat menyumbang kepada persefahaman untuk membangunkan pengurusan sektor pelancongan pulau yang lestari serta menyediakan produk dan perkhidmatan yang lebih baik.

Secara ringkasnya, kajian ini akan mengambil kira aspek penglibatan dan pemberdayaan komuniti tempatan di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman untuk menjelaskan bagaimana aktiviti keusahawanan pelancongan pulau dapat menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi pengusaha tempatan yang terlibat. Seterusnya, kajian ini akan mengambil kira dua elemen penting iaitu impak ekonomi dan impak sosial daripada sektor pelancongan berdasarkan persepsi yang diberikan oleh pengusaha tempatan dan seterusnya menghubungkan impak ekonomi dan sosial dengan sokongan pengusaha tempatan terhadap pembangunan pelancongan.

Ianya bertepatan dengan matlamat utama kajian ini iaitu untuk menilai impak ekonomi dan sosial serta sokongan pengusaha tempatan dalam pelancongan di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman. Kajian ini penting untuk memberikan maklumat yang berguna untuk meningkatkan strategi pengurusan dan pemasaran, serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan di destinasi pelancongan pulau dan dalam masa yang masa dapat memberdayakan komuniti tempatan supaya terus menyokong pembangunan sektor pelancongan pulau di Malaysia.

(39)

19 1.5 Objektif Kajian

a) Menganalisa profil perusahaan dan penglibatan pengusaha tempatan dalam bidang keusahawanan pelancongan di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman.

b) Menganalisis impak ekonomi dan sosial yang diterima oleh pengusaha tempatan dalam pembangunan sektor pelancongan.

c) Menilai sokongan pengusaha tempatan terhadap pembangunan sektor pelancongan.

d) Mengkaji hubungan antara impak ekonomi, impak sosial dengan sokongan pengusaha tempatan terhadap pembangunan sektor pelancongan.

1.6 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian yang telah ditetapkan, persoalan kajian yang terlibat adalah seperti berikut:

a) Apakah ciri-ciri perniagaan pengusaha tempatan yang terlibat dalam keusahawanan pelancongan pulau? Apakah pendapatan, prestasi dan masalah yang dihadapi oleh pengusaha pelancongan pulau yang terlibat?

b) Apakah persepsi pengusaha tempatan terhadap impak ekonomi dan sosial daripada pembangunan sektor pelancongan?

c) Bagaimana pula dengan sokongan pengusaha tempatan terhadap pembangunan sektor pelancongan?

d) Adakah impak ekonomi dan sosial yang diterima oleh pengusaha pulau mempunyai hubungan dengan sokongan mereka terhadap sektor pelancongan dan adakah profil demografi pengusaha seperti jantina, umur, pendapatan

(40)

20

bulanan, dan tahap pendidikan turut mempengaruhi sokongan mereka terhadap sektor pelancongan?

1.7 Definisi dan Istilah

Dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah yang diterangkan secara terperinci bagi memudahkan pembaca untuk memahami maksud sebenar yang disampaikan oleh penyelidik di samping mengelakkan sebarang kekeliruan dalam menjalankan kajian ini. Berikut merupakan istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini.

a) Pelancongan pulau

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2017) mentakrifkan pulau merupakan tanah atau daratan yang dikelilingi oleh air. Berdasarkan kepada Garis Panduan Perancangan Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut, pulau merupakan sebidang tanah yang lebih kecil daripada benua dan lebih besar daripada terumbu karang serta dikelilingi oleh air (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2012). Selain itu, sesebuah kawasan pulau dilihat sebagai ekosistem yang tertutup dan disempadani dengan ciri-ciri seperti saiz yang kecil serta lokasinya yang terpencil dan terasing daripada proses pembangunan (Baldacchino dan Niles, 2011; Hassan, Scholes dan Ash, 2005). Manakala, Eccles (1995) mendefinisikan pelancongan pulau sebagai aktiviti pelancongan yang berlaku di dalam sempadan sesebuah pulau. Untuk memastikan sektor pelancongan terus mampan, pembangunan produk pelancongan pulau perlulah memenuhi keperluan pelanggan.

(41)

21

Selain itu, pelancongan pulau juga dikaitkan dengan kawasan pulau yang mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan antarabangsa dan tempatan. Antara ciri-ciri destinasi pelancongan pulau ini ialah sebahagian besar asas ekonomi setempat bergantung kepada sektor pelancongan, terkenal di dalam dan luar negara sebagai tumpuan pelancongan serta mempunyai sumber-sumber semulajadi dan daya tarikan seperti kesan sejarah, warisan dan lain- lain produk pelancongan (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2012).

b) Komuniti tempatan

Menurut Bradshaw (2008), komuniti ditakrifkan sebagai perkongsian tempat tinggal dalam suatu sempadan geografi. Dalam erti kata yang lain, komuniti ditakrifkan sebagai sekumpulan individu yang tinggal atau bekerja di dalam kawasan geografi yang sama dengan beberapa budaya dan kepentingan yang dikongsi bersama (Brehm, Eisenhauer dan Krannich, 2004). Manakala Aref dan Gill (2010) mendefinisikan komuniti merupakan salah satu komponen untuk memahami konsep pembangunan komuniti dalam pembangunan pelancongan serta memahami bagaimana komuniti tersebut memberi kesan terhadap pembangunan pelancongan tempatan terutamanya dalam menyediakan persekitaran yang baik kepada pelancong.

c) Pengusaha pelancongan

Definisi pengusaha mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Pelajar Edisi Kedua (2017) bermaksud seseorang yang mengusahakan sesuatu badan perusahaan.

Manakala, pengusaha pelancongan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mencipta sebuah perusahaan pelancongan yang didorong oleh sebab-sebab kewangan dan bukan

(42)

22

kewangan untuk meneruskan peluang pasaran (Koh dan Hatten, 2002). Selain itu, pengusaha pelancongan ditakrifkan sebagai seseorang yang mencipta sesuatu perusahaan pelancongan untuk mengeksploitasi peluang keusahawanan dalam industri pelancongan dalam usaha untuk memenuhi matlamatnya (Storey dan Greene, 2010).

Umumnya, perusahaan pelancongan merangkumi perniagaan pengangkutan, penginapan, egen pelancongan, promosi pelancongan dan pengiklanan, insurans dan kewangan, makanan dan minuman, hiburan, taman alam semulajadi dan sebagainya (Uriely, Yonay dan Simchai, 2002).

d) Persepsi terhadap impak ekonomi daripada sektor pelancongan

Persepsi terhadap impak ekonomi daripada pelancongan didefinisikan sebagai cara komuniti melihat pengaruh sektor pelancongan sama ada positif atau negatif dalam pelbagai aspek ekonomi contohnya peluang pekerjaan (Stylidis, 2012). Menurut Zaei dan Zaei (2013) serta Jurowski (1994), impak ekonomi daripada pembangunan pelancongan merupakan sesuatu yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi, pendapatan dan keuntungan kepada komuniti tempatan hasil daripada pembangunan pelancongan.

e) Persepsi terhadap impak sosial daripada sektor pelancongan

Impak sosial adalah kesan yang berlaku ke atas komuniti sama ada secara langsung dan tidak langsung akibat hubungan antara komuniti tempatan dengan pelancong serta interaksi dengan industri pelancongan (Enemuo, Ogechi dan Oduntan, 2012). Impak sosial ini berlaku apabila sektor pelancongan membawa perubahan dalam nilai serta tingkah laku dan seterusnya mengancam identiti asal komuniti.

Tambahan pula, perubahan tersebut sering berlaku dalam struktur komuniti, hubungan

(43)

23

keluarga, moral, upacara dan gaya hidup tradisional (Zaei dan Zaei, 2013). Namun, pelancongan juga boleh memberikan kesan positif kerana ia boleh berfungsi sebagai satu pasukan sokongan untuk keamanan dan memupuk kebanggaan dalam tradisi budaya. Dari segi persepsi, Stylidis (2012) mendefinisikan persepsi impak sosial terhadap sektor pelancongan adalah cara komuniti melihat sektor pelancongan dari pelbagai aspek sosial dan budaya.

f) Sokongan terhadap pembangunan sektor pelancongan

McGehee dan Andereck (2004) menyifatkan sokongan terhadap pembangunan pelancongan sangat berkaitan dengan faedah peribadi yang diterima oleh ahli komuniti tempatan, di mana secara keseluruhannya komuniti melihat pelancongan dari sudut positif kerana kesannya terhadap pembangunan sosiekonomi tempatan (seperti penciptaan pekerjaan dan peningkatan kualiti hidup).

1.8 Skop Kajian

Skop kajian ini memfokuskan kepada pengusaha tempatan yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan pelancongan pulau. Kajian ini memberi tumpuan kepada tiga buah pulau pelancongan yang terkenal di Malaysia iaitu Pulau Perhentian dan Pulau Redang yang terletak di negeri Terengganu, serta Pulau Tioman yang terletak di negeri Pahang. Bagi mengukuhkan lagi kajian ini, skop kajian akan menumpukan kepada penglibatan komuniti tempatan yang merupakan pengusaha pelancongan bagi melihat pemberdayaan komuniti dalam aktiviti keusahawanan pulau. Seterusnya, skop kajian turut mengenalpasti maklumat yang lengkap tentang perusahaan yang dijalankan dengan mengambil kira maklumat profil responden, profil perusahaan, pendapatan,

(44)

24

prestasi perniagaan, masalah yang dihadapi oleh para pengusaha tempatan serta bentuk penglibatan pengusaha yang terlibat.

Menurut Iorio dan Corsale (2010) dan Ahmed dan Jahan (2013), dengan meningkatnya produk-produk pelancongan, aktiviti pelancongan dapat menggalakkan komuniti tempatan untuk mengambil bahagian dalam industri pelancongan serta menyumbang kepada kewujudan pusat-pusat pertumbuhan baharu dan seterusnya dapat mewujudkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan komuniti tempatan. Oleh yang demikian, pembangunan sosioekonomi komuniti pulau dapat dipertingkatkan dengan menawarkan destinasi pelancongan serta kewujudan perkhidmatan sokongan yang bertujuan untuk menyedia dan membekalkan keperluan kepada pelancong.

Seterusnya, skop kajian diluaskan lagi dengan mengambil kira persepsi pengusaha tempatan terhadap impak ekonomi dan sosial daripada pembangunan sektor pelancongan. Istilah impak ekonomi dan impak sosial yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada persepsi yang diberikan oleh pengusaha tempatan terhadap impak ekonomi dan sosial daripada sektor pelancongan di kawasan pulau yang terlibat.

Secara umumnya, sektor pelancongan boleh menyebabkan berlakunya kesan positif dan negatif (Gursoy et al., 2002; Haley, Snaith dan Miller, 2004) terutama di kawasan pulau-pulau kecil kerana cirinya yang unik seperti ruang yang terhad, jumlah bahan mentah yang sedikit, serta jumlah tenaga kerja yang terhad (Kokkosis dan Tsartas, 2001).

(45)

25

Akhir sekali, skop kajian memfokuskan kepada hubungan antara impak ekonomi dan sosial yang diterima dengan sokongan pengusaha terhadap sektor pelancongan. Secara umumnya, impak pembangunan pelancongan yang diterima oleh komuniti tempatan akan mempengaruhi persepsi dan sokongan mereka terhadap sektor pelancongan (Brida et al., 2011; Garcia et al., 2015; Nunkoo dan Gursoy, 2012). Selain itu, kajian ini turut mengambil kira aspek hubungan antara profil demografi pengusaha iaitu jantina, umur, pendapatan bulanan dan tahap pendidikan dengan sokongan terhadap sektor pelancongan. Skop kajian ini penting untuk melihat bagaimana persepsi ini terbentuk kerana ia akan menjadi maklumat yang penting kepada pembuat keputusan dalam setiap perancangan, memandangkan komuniti tempatan adalah golongan yang akan menerima impak sama ada positif atau negatif akibat pembangunan pelancongan yang dijalankan (Eshliki dan Kaboudi, 2011; Nunkoo dan Ramkissoon, 2012).

1.9 Organisasi Kajian

Tesis ini mempunyai lapan bab keseluruhannya. Bab satu merupakan pendahuluan kajian yang merangkumi perbincangan terhadap sektor pelancongan sebagai strategi pembangunan sosioekonomi, pembangunan pelancongan pulau di Malaysia, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, definisi dan istilah, skop kajian dan organisasi kajian.

Bab kedua merupakan sorotan kajian yang merangkumi secara khusus setiap pembolehubah dalam kajian ini. Bab ini membincangkan teori dan sorotan kajian lepas yang diperolehi daripada kajian terdahulu sama ada dari dalam dan luar negara berdasarkan kajian yang sedang dijalankan. Tujuan kajian literatur dijalankan adalah

(46)

26

untuk menilai dengan lebih mendalam mengenai objektif serta membuat penilaian terhadap kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan kajian ini. Model yang berkaitan dengan persepsi komuniti terhadap pembangunan pelancongan turut dibincangkan dalam bab ini.

Seterusnya, bab tiga akan membincangkan mengenai kawasan kajian yang terlibat dalam kajian ini. Dalam bahagian ini, beberapa maklumat turut diterangkan dengan lebih terperinci seperti lokasi kawasan kajian, ciri-ciri kependudukan, potensi pelancongan, data pengusaha pelancongan serta statistik kedatangan pelancong di kawasan yang terlibat.

Bab empat akan membincangkan mengenai metodologi kajian. Perbincangan dalam bab ini merangkumi kaedah yang diguna pakai untuk menjalankan kajian ini seperti reka bentuk kajian, prosedur kajian, pembentukan pembolehubah, kerangka kerja konseptual, pendekatan kuantitatif, skala pengukuran, instrumen kajian, pengumpulan data, populasi, persampelan, kerangka persampelan dan saiz sampel.

Semua kaedah ini dijalankan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai peringkat-peringkat yang perlu dilalui dalam kajian ini. Bab ini juga akan menjelaskan mengenai rasional penggunaan pendekatan kuantitatif, reka bentuk soal selidik, pemilihan responden, teknik persampelan, kajian rintis dan teknik statisitik yang bersesuaian dengan objektif kajian.

(47)

27

Bab lima merupakan hasil penemuan daripada analisis data yang dijalankan.

Perbincangan dalam bab ini terbahagi kepada enam bahagian utama iaitu analisis terhadap profil pengusaha, analisis profil perusahaan, analisis pendapatan bulanan, analisis prestasi perniagaan, analisis masalah pengusaha dan analisis bentuk penglibatan pengusaha.

Bab enam terbahagi kepada kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama, membincangkan persepsi pengusaha tempatan terhadap impak ekonomi. Manakala bahagian kedua membincangkan persepsi pengusaha tempatan terhadap impak sosial dan bahagian terakhir membincangkan persepsi pengusaha terhadap sokongan mereka dalam pembangunan sektor pelancongan. Kajian ini mengguna pakai kaedah analisis faktor dan analisis kebolehpercayaan.

Bab tujuh akan membincangkan analisis berhubung sokongan pengusaha tempatan terhadap pembangunan pelancongan berdasarkan kepada impak ekonomi dan sosial yang diterima oleh mereka. Bab ini akan mengupas dengan lebih lanjut tentang hubungkait antara impak ekonomi dan sosial yang diterima oleh pengusaha tempatan dengan penilaian mereka terhadap pembangunan sektor pelancongan di kawasan mereka. Terdapat tiga bahagian utama yang dikaji dalam bab ini, di mana bahagian pertama akan menganalisis hubungan antara impak ekonomi dengan sokongan pengusaha terhadap sektor pelancongan. Bahagian kedua pula menganalisis hubungan antara impak sosial dengan sokongan pengusaha terhadap sektor pelancongan. Manakala bahagian ketiga menganalisis hubungan antara profil demografi dengan sokongan pengusaha terhadap sektor pelancongan.

(48)

28

Akhir sekali, bab lapan akan membincangkan secara ringkas hasil dapatan kajian dalam bab lima, bab enam dan bab tujuh serta membuat kesimpulan terhadap keseluruhan dapatan hasil kajian berdasarkan kepada objektif kajian, implikasi kajian dan cadangan kajian pada masa akan datang.

1.10 Kesimpulan

Secara khususnya, bahagian ini merupakan pengenalan yang memberi gambaran awal tentang kajian yang akan dijalankan. Bab ini juga menghuraikan bagaimana kajian ini dimulakan dengan penerangan tentang perkembangan pembangunan pelancongan pulau dan seterusnya menghuraikan pernyataan masalah yang berlaku dalam kajian ini. Bermula dengan permasalahan kajian ini, pengkaji dapat mengenalpasti isu-isu yang terlibat dan lantaran itu, beberapa persoalan akan timbul dan seterusnya membentuk objektif-objektif kajian bagi mencapai matlamat utama kajian ini. Adalah diharapkan agar kajian ini dapat mencapai matlamat dan objektif sebagaimana yang telah ditetapkan.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Skop kajian ini dilakukan hanya di Pulau Tioman dan aspek kajian meliputi ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar serta faktor penentu yang menyokong pembangunan

Salah satu tarikan budaya yang boleh diperkasakan untuk pelancongan berasaskan komuniti ialah kearifan tempatan (local knowledge) etnik Bajau Ubian itu

Bagi kajian ini, perbincangan lebih terarah kepada tiga jenis pelancongan yang berjaya dikenalpasti di kawasan kajian iaitu pelancongan warisan dan kebudayaan, agro-pelancongan

Secara lebih khusus, objektif kajian adalah untuk mengkaji penglibatan komuniti tempatan dalam sektor pelancongan, mengenal pasti sama ada insentif pelancongan yang

Penglibatan komuniti Batek dalam ekonomi pelancongan di Taman Negara, Pahang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu sebagai pekerja (pemandu pelancong dan pemandu

Dalam konteks komuniti luar bandar di pulau-pulau pelancongan yang dikaji, terdapat dua persoalan yang sering dibangkitkan iaitu sama ada mereka terpinggir oleh pembangunan yang

Kerangka pembangunan lestari di peringkat kampung yang digunakan dalam kajian ini berdasarkan usaha yang dijalankan oleh komuniti dan agensipembangunan, khususnya

Ketiga, tidak banyak kajian tentang aktiviti fizikal berkaitan dengan kanak- kanak dan remaja di negara-negara tropika, termasuk Malaysia (Lau, Chong, Poh