• Tiada Hasil Ditemukan

HST 327 – ISU-ISU DALAM SEJARAH AWAL ASIA TENGGARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HST 327 – ISU-ISU DALAM SEJARAH AWAL ASIA TENGGARA "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2006/2007

April 2007

HST 327 – ISU-ISU DALAM SEJARAH AWAL ASIA TENGGARA

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan sahaja.

...2/-

(2)

[HST 327]

- 2 -

1. “Penemuan rangka manusia di Gua Gunung Runtuh dan tapak paleolitik di Kota Tampan, Perak telah mengisi lompang sejarah dan sekali gus memberikan arah baru dalam penafsiran dan kerja-kerja arkeologi di Malaysia”. Bincangkan secara kritis.

2. “Penyebaran pengaruh India bersifat penetration pacifique dan penerimaan budaya dilakukan secara en bloc di Asia Tenggara”.

Bahaskan kesan yang ditinggalkan dari segi politik, agama dan ilmu pengetahuan.

3. Bincangkan asas-asas kekuataan kuasa kesultanan Brunei pada kurun ke-15 hingga 16.

4. “Hanya terdapat dua jenis kerajaan sahaja di Asia Tenggara iaitu Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim”. Dengan merujuk kepada contoh-contoh dari kerajaan awal yang sesuai bezakan ciri-ciri kedua- dua jenis kerajaan ini.

5. “Faktor hubungan dengan China amat penting dalam menentukan kemajuan dan kejayaan empayar Srivijaya”. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?

6. “Kesepakatan mengenai asal usul Wangsa Sailendra di Jawa masih belum mencapai titik temu”. Bahaskan secara kritis.

7. “Awal kurun ke-10 Angkor terkenal sebagai sebuah kerajaan yang kuat. Wilayah kekuasaannya meliputi bahagian utara Yunan hingga ke Teluk Siam di barat”. Huraikan mengapakah kerajaan ini gagal mengasaskan sebuah pemerintahan yang utuh?

8. “Kedatangan kuasa barat dalam zaman moden awal membawa kemajuan dalam sesetengah perkara sebaliknya kemunduran dalam sesetengah perkara lain di Asia Tenggara”. Bahaskan.

- ooo0ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Sejauh manakah teori-teori Indianisasi telah menyumbang kepada kefahaman tentang kemunculan negara-negara awal di Asia Tenggara sebelum abad ke-73. Sejauh manakah anda bersetuju

Sejauh manakah teori-teori lndianisasi telah menyumbang kepada kefahaman tentang kemunculan negara-negara awal di Asia Tenggara sebelum abad ke-7?. Sejauh manakah anda

"Saudara-saudari, janganlah kamu lupa bahawa Negara Malaysia telah membantu dan menyokong para pemberontak PRRI-Permesta pada 1958 untuk meruntuhkan Republik Indonesia dan

"Keterlibatan Amerika Syarikat di Filipina pada 1950-an dan 1960-an menyumbang kepada ketidakstabilan di negara tersebut." Sejauh manakah anda bersetuju dengan

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?. “Golongan pemuda memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan

“Kedatangan kuasa barat dalam zaman moden awal membawa kemajuan dalam sesetengah perkara sebaliknya kemunduran dalam sesetengah perkara lain di

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas.. "Golongan pemuda memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan

“Tamadun Jepun menampakkan gabongan antara pengaruh Cina, Siberia, Asia Tengah dan kepulauan Pasifik dengan elemen tempatan.” Bincangkan pembentukan tamadun Jepun sebelum abad