• Tiada Hasil Ditemukan

PENDAHULUAN: Setiap orang mukmin diperintahkan Allah SWT untuk senantiasa menggunakan bahan- bahan yang halal dan berkualiti (mengandung gizi dan vitamin yang cukup)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PENDAHULUAN: Setiap orang mukmin diperintahkan Allah SWT untuk senantiasa menggunakan bahan- bahan yang halal dan berkualiti (mengandung gizi dan vitamin yang cukup)"

Copied!
22
0
0

Tekspenuh

(1)

KONSEP HALALAN TAYYIBA DAN PENGAPLIKASIANNYA DALAM PEMASARAN BARANGAN : KAJIAN KE ATAS SABASUN

HYPERRUNCIT KUALA TERENGGANU.

PENDAHULUAN:

Setiap orang mukmin diperintahkan Allah SWT untuk senantiasa menggunakan bahan- bahan yang halal dan berkualiti (mengandung gizi dan vitamin yang cukup). Dua aSpek ini halal dan baik di samping akan memelihara kesihatan jasmani dan kecergasannya, juga akan semakin mendorong meningkatkan kualiti takwa dan syukur kepada Allah SWT.

Hal ini dengan jelas disebut dalam surah Al-Baqarah ( 172) :

Maksudnya : 172, ''Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik- baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.''

Penggunaan bahan yang haram meskipun secara lahiriyah berkualiti dan bergaya akan menumbuhkan perilaku yang buruk dan merusak, baik bagi dirinya maupun bagi keluarganya di dunia ini maupun di akhirat nanti. Sabda Rasulullah SAW

''Setiap daging yang tumbuh dari barang yang haram, maka neraka lebih utama baginya.'' Artinya, makanan yang haram itu akan mendorong perilaku yang jahat, yang menyebabkan kecelakaan yang bersifat abadi di akhirat nanti.

Namun ini tidak berarti, Islam meminggirkan aspek kualiti barangan kepenggunaan. Bahkan ia menjadi pra syarat penting kepada konsep halal sendiri, seterusnya diperkuatkan dengan perkataan ” tayyib” itu sendiri. Apatah lagi I ” tayyib ” itu pada hakikatnya adalah manifestasi kepada konsep ” Ihsān dan Itqān”

(2)

Oleh sebab itulah nilai halal-haran serta baik-buruk sesuatu perkara tidak dilihat secara tersendiri (dalaman), tetapi melibatkan juga proses penghasilan, tatacara (adab) pengggunaan dan akibat penggunaannya. Sebagai contoh awal, cara mendapatkan makanan atau rezeki yang bersih dan halal mestilah tidak melalui penipuan, korupsi, membungakan uang, menerima suap, dan cara-cara batil lainnya. Apalagi mengambil harta negara yang seharusnya dijaga dan dimanfaatkan untuk kepentingan dan kesejahteraan masyarakat banyak.Allah SWT berfirman :

''Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian dari harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa padahal kamu mengetahui.'' (Al-Baqarah: 188).

Oleh itu sebagai asas kepada kajian ini, sedikit perincian akan dibuat terhadap konsep halalan toyyiban dalam pandanag syariah Islamiyyah.

DEFINISI

Perkataan halal dan tayyyib telag digandingkan berulang kali dalam al-Quran. Walaupun begitu kefahaman masyarakat Islam terhadpnya agak cetek. Ramai yang menganggap halal itu sekadar jika ia tidak mengandungi babi atau arak.

Perkataan Halal dalam bahasa Arab bermaksud sesuatu yang dibolehkan atau diharuskan (Ibrahim Mustaffa 1990 : 1 193 ). Dari sudut istilah fiqh ia berarti : suatu pilihan yang diberikan oleh Syarak samada mahu melakukannya atau tidak. Dengan kata lain, ia adalah sinonim dengan perkataan “ mubāh ” ( Sanu 2000 : 185 ). Lawannya adalah harām yang bermaksud ” tidak dibbenarkan atau dilarang, Dalm ilmu Usul Fiqh ia didefinisikan sebagai suatu perkara yang dimestikan syarak meninggalkannya. ( Abd al-Barr 2004 : 22). Kedua-dua parkataan ini sebenarnya adalah termasuk dalam lima

(3)

hukum taklifi yang asas. Boleh sahaja berubah-ubah berdasarkan perubahan dan perbezaan tempat, masa dan keadaan. Namun sebarang perubahan itu perlulah tertakluk kepada asas-asas ijtihad yang benar lagi kukuh.

Secara tradisi perkataan ” tayyib ” dari segi bahasa boleh diterjemahkan sebagai suci (Ibn Rajab 1998 : 115 ), baik dan bagus 1. Lawannya adalah ” al-khabīth ” yang berarti sesuatu yang tidak baik, tidak bagus, jahat, membusuk dan mendatangkan kemudharatan ( al-Marbawiy t.th : 163) sekalgus ia menggambarkan sifat buruk, cacat serta tidak suci.

HALALAN TAYYIBAN : SEBAGAI SUATU KONSEP KEPENGGUNAAN a- Halal-Haram

Pertimbangan terhadap aspek “ halal-haram’ sewajaranya menjadi suatu keutaaman bagi seseorang muslim dalam kehidupannya. Ia adalah penentu arah setiap perbuatannya bila- bila masa dan dimana sahaja. Ia adalah satu bentuk pendisiplinan kendiri yang ampuh berpaksikan keimanan kepada Allah S.W.T dan keyakinan kepada kepemurahanNya.

Manusia pula difitrahkan lahir dengan tabiat menggunakan. Ia perlu menggunakan apa yang ada di sekitarannya untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dari sudut tauhidnya hanya Allah yang bersifat “qiyāmuhu bi nafsihi2 ”, manakala segala makhluk bersifat memerlukan kepada unsur lain. Keizinan kepada manusia untuk bersifat pengguna boleh difahami dari perlantikan manusia sebagai khalifah di bumi. Menurut Islam, penciptaan

1 Namun dalam konteks semasa pada hemat penulis ia lebih tepat diterjemahkan sebagai berkualiti atau bermutu

2 Berdiri dengan sendiri. Ia bermaksud Allah SWT maha kaya, tidak memerlukan kepada yang lain.

(4)

alam adalah bertujuan bagi kemakmuran manusia keseluruhannya. Ini sejajar dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah (29) yang bermaksud:

☺ Maksudnya :

“Dialah (Allah SWT) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi”

Pemberian hak penggunaan alam kepada manusia digambarkan secara jelas dan berkali-kali oleh al-Quran melalui lafaz “ ﻢ ُﻜَﻟ َﺮﱠﺨ َﺳ ” yang membawa erti:

“dipermudahkan bagi kamu (manusia) untuk menggunakan” . Namun kemakmuran yang perlu diusahakan oleh manusia itu bukanlah visi buat manusia itu sendiri. Ia sekadar infrastruktur atau kemudahan untuk manusia mencapai matlamat sebenarnya dirinya.

Mencapai keredhaan Allah SWT.

Oleh itu tidak hairanlah dalam Syariat Islam manusia secara prinsipnmya diizinkan untuk menggunakan isi alam. Bahkan kesemuanya adalah infrastruktur kehidupan yang perlu diguna, dipelihara dibangunkan sebaiknya. Perkara ini banyak sekali disentuh dalam al-Quran mahupun Sunnah. Para sarjana Islam telah merumuskan hal ini dalam sebuah kaedah Fiqh yang terkenal ( al-Sadlān 1417 H : 126)

ﺔﺣﺎﺑﻻا ءﺎﻴﺷﻷا ﻲﻓ ﻞﺻﻷا Maksudnya :

Asal pada semua perkara adalah diharuskan

(5)

Tidak ada satupun yang haram, kecuali karena ada nas yang sah dan tegas dari Allah dan Rasul yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah --misalnya karena ada sebagian Hadis lemah-- atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, yaitu mubah.

Beberapa hal yang Allah haramkan itu, justeru karena ada sebab dan hikmat yang mungkin tercapai oleh akal manusia dan mungkin juga tidak..

Justeru itu, dalam keadaan normal arena haram dalam syariat Islam itu sebenarnya tersangat sempit sekali. Hanya dibatasi nas-nas yang sahih dan tegas dalam hal-haram yang terssangat minima sekali. Sedang sesuatu yang tidak ada keterangan halal- haramnya, adalah kembali kepada hukum asal yaitu halal dan termasuk dalam kategori yang dima'fukan Allah.

Namun perlu difahami keluasan hukum halal dan harus dalam kaedah ini adalah dalam konteks perkara tertentu, pada masa tertentu dan suasana tertentu. Dengan kata lain ia adalah merujuk kepada faktor dalaman atau zat sesuatu perbuatan atau bahan.

Namun status hukum sesuatu perkara tidak hanya dilihat dari sudut zat atau komponen material sesuatu perkara sahaja. Ia seharusnya dilihat bersekali dengan faktor-faktor luaran aspek seperti bagaimana sesuatu itu terhasil, bagaimana ia digunakan, atas tujuan apa, apa impaknya secara jangka pendek mahupun jangka panjang. Ia mungkin sesuatu yang suci dan bersih zatnya tetapi tetap haram disebabkan faktor luaran. Oleh itu para ahli Usul Fiqh ketika membahaskan hukum “haram” telah memperincikannya secara halus. Mereka telah membahagikannya kepada dua bahagian utama.

(6)

Pertama : Kemudharatan dan kefasadan yang berpunca dari sesuatu perkara itu sendiri ( ﻪ ﺗاﺬﻟ ﺔ ﻣﺮﺤﻟا ” )3. Ia didefiniskan dalam ilmu Usul Fiqh sebagai sesuatu yang diharamkan oleh syarak dari awal kerana ia mengandungi kemudharatan yang tidak dapat dipisahkan darinya ( Zaydān 1997 : 42). Contohnya, babi, bangkai, arak, judi, zina dan sebagainya.

Kedua : Kemudharatan dan kefasadan yang pada hakikatnya bukan berpunca dari faktor dalam sesuatu perkara, bahkan faktor luar “ ﻩﺮ ﻴﻐﻟ ﺔ ﻣﺮﺤﻟا ”4 (Hassan Ahmad 2002 : 71/72, al-Zuhayli 1986 : 2- 81-82 ). Dalam ilmu Usul Fiqh ia didefinisikan sebagai sesuatu yang dibenarkan syarak pada asalnya tetapi diharamkan kerana faktor- faktor luaran yang bersangkutan (Zaydān 1997 : 42). Menghadiahkan pisau kepada seseorang yang sedang memasakcontoh, adalah harus bukan suatu yang digalakkan.

Namun pisau yang serupa jika dihadiahkan kepada dua orang yang sedang berkelahi adalah sesuatu yang dilarang. Ini kerana, walaupun pisau itu bukanlah sesuatu yang diharamkan zatnya oleh syarak, tetapi suasana dan keadaan sekitaran menyebabkan perbuatan menghadiahkan pisau tersebuat adalah yang ditegah.

Umat Islam biasanya memahami dan berjaga-jaga dari penggunaan barangan atau perkhidmatan “ ﻪ ﻧاﺬﻟ ﺔ ﻣﺮﺤﻟا ” tetapi mempunyai kefahaman yang kabur tentang “

ﻩﺮ ﻴﻐﻟ ﺔ ﻣﺮﺤﻟا”. Bahkan kadangkala konsep “ ﻪ ﻧاﺬﻟ ﺔ ﻣﺮﺤﻟا ” disempitkan pada perkara berunsur najis yang material semata-mata seperti babi dan arak. Lantaran itu, didapati

3 Perkara yang diharamkan oleh syarak dari awal kerana ia mengandungi kemudharatan yang tidak dapat dipisahkan darinya.

4 Perkara yang pada asalnya disyariatkan kerana tiada sebarang kemudharatan atau manfaatnya melebihi kemudharatan, tetapi ia berkait dengan sesuatu faktor luaran yang membawa kepada pengharamannya.

(7)

mereka amat berjaga-jaga dalam soal kebersihan dan kesucian makanan atau pakaian untuk solat, tetapi dalam masa yang sama kurang menitiberatkan soal bermuamalah dengan produk-produk perbankan dan insuran berunsurkan riba dan terlibat dalam membantu musuh mereka.

Pengharaman akibat faktor luaran pula boleh diperincikan mungkin wujud sebelum, semasa atau mungkin selepas perkara ini wujud. Contoh faktor sebelum: solat dengan memakai baju curi, semasa – meniatkan atau mengimiginasi meminum arak ketika minum air biasa, manakala faktor selepas ialah seperti menjual gam kepada remaja yang sudah dimaklumi ketagihan menghidu gam. Apa yang lebih malang lagi badan- badan yang bertanggungjawab dalam meletakkan piawaian halal haram pun kurang peka terhadap aspek haram akibat faktor luaran dalam meluluskan logo halal ( Wan Mohd Yusof 2006 : 33)

B- TAYYIB

Selain dari masalah halal-haram aspek kedua yang sering perlu diberi perhatian ialah

tayyib ”. Perkataan ini tidak hanya digunakan dalam makanan bahkan umum merangkumi pelbagai prerkara - termasuklah niat dihati, perkataan, perbuatan dan pegangan akidah (Ibn Rajab 1999 : 115-116). Secara amnya konsep disebalik perkataan ini agak abstrak5 dan seolah mengisyaratkan kepada suatu “standard” tersendiri6..

Antaranya :

5 Pada hemat penulis perkataan toyyiba ini agak umum dan mujmal.. Lantas ia boleh diterjemahkan berdasarkan konteks yang sesauai dengannya berdasarkan perkembangan zaman dan teknologi. Oleh itu satu kajian khusus perlu dilakukan secara terperinci berdasarkan kitab-kitab tafsir dan huraian hadis.

(8)

Pertama: Penggunaan perkataan tayyib dalam al-Quran dan Sunnah serinng dikaitkan dengan masalah penerimaan sesuatu amalan. Ia amat berkait rapat dengan kemurniaan hati seseorang mukallaf dalam melakukan sesuatu Sebagai contoh yang jelas, suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah bahawa rasulullah (S.A.W) telah bersabda :

: لﺎﻘﻓ ،ﻦﻴﻠﺳﺮﻤﻟا ﻪﺑ ﺮﻣا ﺎﻤﺑ ﻦﻴﻨﻣﺆﻤﻟا ﺮﻣأ ﷲا نأو ًﺎﺒﻴﻃ ﻻإ ﻞﺒﻘﻳ ﻻ ﺐﻴﻃ ﷲا نإ سﺎﻨﻟا ﺎﻬﻳأ : ﻦﻣ اﻮﻠآ ﻞﺳﺮﻟا ﺎﻬﻳأ ﺎﻳ

ﻢﻴﻠﻋ نﻮﻠﻤﻌﺗ ﺎﻤﺑ ﻲﻧإ ًﺎﺤﻟﺎﺻ اﻮﻠﻤﻋاو تﺎﺒﻴﻄﻟا تﺎ ﺒﻴﻃ ﻦﻣ اﻮﻠآ اﻮﻨﻣﺁ ﻦﻳﺬﻟا ﺎﻬﻳأ ﺎﻳ

ﻢآﺎ ﻨﻗزر ﺎ ﻣ : لﺎﻗو

ﻢ ﺛ

لﻮﻘﻳ ءﺎﻤﺴﻟا ﻰﻟإ ﻪﻳﺪﻳ ﺪﻤﻳ ﺮﺒﻏأ ﺚﻌﺷأ ﺮﻔﺴﻟا ﻞﻴﻄﻳ ﻞﺟﺮﻟا ﺮآذ :

بر ﺎﻳ بر ﺎﻳ ﻪﺴ ﺒﻠﻣو ماﺮ ﺣ ﻪﺑﺮﺸﻣو ماﺮﺣ ﻪﻤﻌﻄﻣو

ﻚﻟﺬﻟ بﺎﺠﺘﺴﻳ ﻰﻧﺄﻓ ماﺮﺤﻟﺎﺑ يﺬﻏو ماﺮﺣ [

Maksudnya :

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”

6 Walaubagaimanapun ada juga pendapat pentafsir yang menyatakan toyyib itu adalah sinonim kepada hala.

(9)

Kedua : Tayyib sebagai satu standard qualiti kepada barangan yang digunakan Dalam hal ini Al-Sonhadji (1992 : 45 ) berkata: “Allah menyuruh orang-orang mukmin agar memakan daripada rezeki-Nya yang baik-baik, kemudian menyuruhnya berterima kasih, kalau benar-benar mereka menyembah Allah.” Makanan yang baik-baik itu ada dua macam:

i. Baik pada mutunya.

ii. Baik kerana halal dimakan.

Makanan yang baik mutunya, memang diketahui oleh manusia. Selain makanan itu rasanya enak, ada pula mengandungi vitamin (khasiat). Adapun tentang makanan yang halal pula, adalah ketentuan yang ditetapkan oleh agama. Ada kalanya jenis makanan itu tidak bermutu tetapi halal. Maka manusia diseru mengutamakan makanan yang bermutu (yang baik), baik dari segi kesopanan mahupun kesihatan serta halal pula dalam segi agama. Janganlah memakan makanan-makanan yang sangat rendah mutunya serta hina pula jenisnya apatah lagi yang menjijikkan, sedangkan makanan-makanan yang baik-baik amat banyak disediakan oleh Allah s.w.t. untuk manusia.

Berdasarkan kepada pengertian mutu atau kualiti yang agak luas, pada hemat penulis ia merangkumi :

i- Keenakan rasa dan bau ii- Kesegaran

iii- Khasiat

iv- Kesemulajadian

v- Kesucian dan kebersihan

vi- Naluri sesuatu kaum atau bangsa vii- Cara pemprosesan

viii- Cara hidangan.

(10)

Dalam suasana wujudnya lambakan pengeluaran dan kesibukan manusia seperti hari ini, adalah tidak rasional untuk hanya membiarkan pengguna menyiasat sendiri soal halal-haram serta “tayyib ”sesuatu barangan atau perkhidmatan. Ini kerana, hal penentuan standard halal dan tayyib disamping melibatkan tanggungjawab indvidu ( fardhu ain) sebagai pengguna, juga turut melibatkan masalah masyarakat dan kesepakaran ( fardhu kifayah). Oleh itu, tanggungjawab ini perlu dipikul bersama oleh :

i- Pengeluar ii- Peniaga

iii- Badan Fardhu Kifayah samada badan berkanun atau NGO seperti JAKIM, Jabatan-jabatan agama Isalam Negeri, Persatuan Pengguna dan KPDNHEP7.

iv- Pengguna

HALALAN TOYYIBAN : APLIKASINYA DI MALAYSIA

Globalisasi, kapitalis dan realirti kemajmukan masyarakat di negara ini seringkali menjadi cabaran hebat kepada usaha pengguna untuk mendapatkan barangan mahupun perkhidmatan berstatus halalan tayyiban. Namun ini tidak seharusnya dijadikan alasan

7 Oleh itu usaha mewujudkan suatu badan khusus seperti JAKIM yang bertindak mewakili masyarakat dalam menentukan piawaian halal dan haram, peraturan pemeriksaan makanan, pensijilan, logo, kaedah dan analisis, penyelidikan dan pembangunan serta pusat maklumat adalah suatu tuntutan fardhu kifayah yang amat dialu-alukan. Namun adalah dicadangkan kajian hukum dan haram tidak hanya merujuk kepada masalah penyembelihan dan mengandungi bahan yang diharamkan sahaja. Bahkan ia perlu meliputi soal kesan sesuatu tindakan terhadap diri sendiri, masyarakat. Bahkan ia perlu meliputi soal kesan sesuatu tindakan terhadap diri sendiri, masyarakat awam dan umat Islam keseluruhannya sebagaimana yang ditekankan dalam konsep “ ﻩﺮﻴﻐﻟ ﺔﻣﺮﺤﻟا

(11)

untuk masyarakat hilang atau menghilangkan kepekaannya. Dalam konteks Malaysia pelbagai mekanisme telahpun wujud untuk membantu masyarakatnya merealisasikan konsep ini. Antaranya :

A- Perundangan

Setakat ini belum ada akta yang khusus terhadap isu halal-haram di Malaysia. Namun tidak dinafikan ada dua akta yang secara tidak langsung berkait dengan hal ini , iaitu : a) Akta Perihal Dagangan 1972

i. Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975

ii. Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975 b) Akta/Enakmen Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan

i.Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 5598]

Walaubagaimanapun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang cuba untuk mewujudkan Akta Halal dan Haram Makanan dengan menggabungkan semua jabatan-jabatan dan institusi-institusi yang terlibat dengan makanan halal secara langsung dan tidak langsung9.

Disamping itu permasalahn halalan tayyiban ini juga boleh dirujuk kepada : a) Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 b) Animal Rules Ordinant 1962

8 http://www.halaljakim.gov.my/corporate.php?ID=82

9 http://www.islamhadhari.net/v4/wacana/detail.php?nkid=18

(12)

c) Custom Act 196210

f) Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan B. Mewujudkan logo dan Prosedur persijilan Halal.

C. Mewujudkan garis panduan, makanan, minuman dan barangan gunaan orang Islam.

Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.

D. Memperkenalkan Standard (MS1500:2004)

Skop standard ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambah nutrien). Ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia. Ia akan digunakan oleh JAKIM sebagai asas untuk pensijilan tetapi akan ditambahkan dengan banyak keperluan yang lainnya bagi melengkapkan proses pensijilan11.

E. Menubuhkan Bioinformatik Halal 12

Asas bagi penubuhan Bioinformatik Halal adalah seperti berikut :

Pengkalan Data dan Maklumat - Menukar data kepada ilmu pengetahuan - Menyusun kesesuaian ilmu bagi sasaran audien

10 http://www.halaljakim.gov.my/corporate.php?ID=82

11 http://www.halaljakim.gov.my/corporate.php?ID=115&parent_id=79

12 http://www.islamhadhari.net/v4/wacana/detail.php?nkid=18

(13)

Infrastruktur fizikal - Memperkukuhkan lagi Portal Halal dari segi main frame, hardware, software

Sumber Tenaga yang kompeten dan berpengalaman - Pakar dalam bidang syariah, biologi, teknologi makanan, kimia, statistik, teknologi maklumat, perundangan, veterinar

R&D yang berterusan di JAKIM, institusi pengajian tinggi dan pusat-pusat penyelidikan seperti MARDI

Pendidikan Konsumer

D. Kewujudan persatuan-persatuan pengguna seperti FOMCA, CAP dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia

(14)

SABASUN HYPErRUNCIT SDN BHD13

Sabasun HyperRuncit mula ditubuhkan pada April 1995,di atas nama Sabasun Sendirian Berhad sebelum ditukarkan kepada Sabasun HyperRuncit sendirian Berhad pada tahun 1999.Sabasun dikenali ramai dengan motto ‘Harge Murah Sokmo’. Ia diterajui oleh Che Salmi Che Ibrahim.

Konsep HyperRuncit bermaksud Hypermarket dengan sentuhan kedai runcit tempatan secara layanan atau gabungan teknologi global dengan citarasa tempatan. Ini termasuk laman web (www.sabasun.com) yang menyediakan pelbagai maklumat barangan, email dan peti cadangan bagi sebarang cadangan dan teguran. Bahkan premisnya dilengkapi dengan 24 buah projector tv di dalam premis dan 1 layar besar di atas bangunan yang memaparkan pelbagai maklumat barangan, kempen-kempen kesedaran dan pelbagai lagi dalam bentuk multimedia Ia menepati konsep glokal yang diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Syarikat ini menjalankan aktiviti perniagaan runcit di alamat 1125 jalan Bukit Kecil, 21100 Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman. Pada mulanya Sabasun telah beroperasi dengan keluasan 4500 kaki persegi berbekalkan dengan 8 orang pekerja sahaja dan telah berkembang kepada 100 orang pekerja pada tahun 1997 selaras dengan kemajuan dan juga pertambahan jualan pada tahun tersebut.

Pada tahun 2000 syarikat telah berjaya mendirikan sebuah bangunan milik sendiri yang bernilai rm 2.4 juta bersebelahan bangunan yang sedia ada iaitu dengan penambahan kawasan jualan sebanyak 27000 kaki persegi beserta juga dengan penambahan tenaga kerja meningkat seramai 200 orang. Pada masa yang sama syarikat juga telah membeli sebuah gudang di kawasan Chendering yang bernilai 1 juta bagi kemudahan penyimpanan barang-barang sebagai stok. Selain itu syarikat juga telah

13 Temubual dengan Che Salmi Che Ibrahim, Pengurus Besar Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd dan Wan Zulaidi Wan Abdul Fatah, Pengurus Kanan Dagangan

(15)

membeli beberapa aset bagi melicinkan lagi perjalanan dan aktiviti syarikat seperti 2 unit lori 5 tan dan sebuah jentera forklif.

Pada masa yang sama juga Sabasun telah membuka 2 anak syarikat yang dikenali dengan nama wet-d bahagian sejuk yang menyediakan barangan sayuran, buah-buahan dan bekalan mentah serta Deli S-pu yang berfungsi sebagai restoran. Bahkan Sabasun juga mempunyai barangan jenamanya sendiri hasil dari operasi pembungkusannya sendiri. Sabasun juga membuka satu unit untuk menjual akhbar dan majalah serta barangan computer di samping menyediakan khidmat fotostat.

Kini, Sabasun memiliki tenaga pengurusan seramai 32 orang dan seramai 240 orang pekerja terdiri daripada Muslim dan Non-Muslim yang komited dalam melaksanakan tugas mereka. Ia memiliki 18 vendor dan 170 pembekal dari sector IKS (Industri Kecil Sederhana).

VISI

Menjadi peruncit mukmin yang berdaya tahan dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran global.

Pentafsiran visi ini dari pandangan pihak pengurusan Sabasun ialah apabila dikatakan Peruncit Muslim, ia tidak boleh lari dari mengamalkan sepenuhnya ajaran, panduan, hukum dan ketetapan yang telah digariskan dalam Islam itu sendiri. Untuk memenuhi tuntutan Islam, Produk Halal menjadi syarat utama dalam penentuan jualan di Sabasun Hyperruncit. Sabasun tidak akan sama sekali menjual mana-mana barangan yang disangsikan tahap Halal isi kandungan dan cara pembuatannya oleh Jabatan Agama Islam negeri-negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Badan-badan Agama Islam Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Pihak Sabasun akan sentiasa memastikan pelanggan dapat membeli barangan keperluan tanpa rasa ragu.

(16)

MISI

Misi yang digariskan oleh Sabasun ialah :

• Menjadikan Islam sebagai paksi dalam pentadbiran, pengurusan, urusan jualbeli dan pemilihan produk.

• Mengamalkan budaya pengurusan dengan bersandarkan kepada kebenaran, keadilan dan kemuafakatan.

• Menjadikan budaya ilmu sebagai teras dalam pembangunan jati diri dan juga jabatan.

• Memastikan pembaikan berterusan terhadap mutu perkhidmatan, produk serta kakitangan.

• Memupuk serta mewujudkan suasana harmoni antara sesama warga kerja, pembekal dan pelanggan.

• Menjadikan Sabasun sebagai penjana dakwah dan ekonomi Islam.

Dalam melaksanakan misi ini Sabasun sangat menitikberatkan barangan halal bagi pengguna Muslim. Beberapa prosedur ketat telah diamalkan dan dilaksanakan tanpa kompromi oleh Sabasun.

PEMILIHAN BARANGAN JUALAN

Setiap barangan yang dijual akan melalui proses saringan dan kelulusan yang akan dinilai oleh 7 orang panel dalaman yang dilantik oleh Sabasun. Setiap barangan akan diteliti dari segi,

i. Pengiktirafan halal dari badan Agama yang diiktiraf. ( logo Halal )

ii. Label barangan adalah lengkap seperti dikehendaki oleh KPDNHEP dan Jabatan Kesihatan.

iii. Label dan lambang yang terdapat pada barangan tersebut tidak menyinggung sensitiviti agama seperti lambang judi ( Jackpot ), gambar binatang haram ( Babi

(17)

dan Anjing ), pengeksploitasian tubuh wanita untu melariskan barangan dan perlambangan negara pengganas seperti Amerika dan israel.

iv. Bentuk barangan tersebut tidak menyinggung sensitiviti masyarakat seperti botol yang menyerupai minuman keras atau botol yang menyerupai bentuk tubuh wanita.

Bagi memastikan perkara ini dilaksanakan dengan baik, Sabasun akan merujuk kepada pihak JAKIM, Jabatan Agama Islam Terengganu, Jabatan Kesihatan, PPIM dan KPDNHEP jika terdapat mana-mana barangan yang disangsikan tahap halal dan keselamatan barangan tersebut. Jika tiada masalah yang timbul, Sabasun seterusnya akan meminta syarikat pengedar barangan tersebut menghantar satu salinan pengesahan halal untuk perhatian pelanggan ( biasanya bagi barangan keluaran luar negara seperti dari Indonesia). Jika pihak pembekal gagal menyediakan salinan Sijil Pengesahan Halal dari badan agama yang diiktiraf oleh Jakim, Sabasun tidak akan meluluskan jualan barangan tersebut.

Bagi barangan yang bermasalah dari segi timbangan dan sukatan (barangan yang kurang berat timbangan atau kuantiti yang kurang dari yang tercatat pada pembungkusan barangan tersebut), Sabasun sentiasa memantau barangan yang bermasalah dan tindakan menghentikan seketika jualan dan memulangkan kembali barangan tersebut kepada pembekal akan diambil. Sabasun sentiasa memastikan sukatan dan timbangan sesuatu barangan tepat dan tiada penipuan.

PIAWAIAN HALAL SABASUN

Dalam memelihara konsep halal, Sabasun menggunakan takrifan halal mengikut perintah perihal dagangan iaitu makanan atau apa jua yang melibatkan penyediaan makanan seperti berikut :

(18)

a. Bukan terdiri dari binatang yang diharamkan makan oleh umat islam atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

b. Bukan najis mengikut syarak

c. Diproses dan alat yang suci dari najis mengikut syarak d. Diproses berasingan dari mana-mana perkara di atas.

PENOLAKAN PERMOHONAN JUALAN DI SABASUN

Selain daripada prosedur-prosedur umum yang telah diterangkan di atas, kriteria-kriteria berikut diambil kira dalam menentukan sama ada sesuatu barangan boleh atau tidak dijual di Sabasaun. Barangan-barangan yang berkriteria berikut tidak akan dibenarkan dijual di premis Sabasun.

a. Syarikat tersebut mengeluarkan barangan halal dan juga haram seperti guiness malta yang juga mengeluarkan stout.

b. Produk yang mempunyai kandungan haram seperti babi.

c. Pewarna rambut.

d. Produk siap keluaran luar negara.

e. Produk yang menggunakan nama yang sinonim dengan istilah mengelirukan seperti bakuteh.

Barangan seperti baja dan makanan binatang di mana taklif dosa pahala tidak dikenakan dibenarkan dijual. Selain itu, ubatan dan produk farmasitikal yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dibenarkan dijual dengan alasan darurat.

Bagi bahan ramuan makanan, beberapa kriteria mesti dipenuhi untuk melayakkannya berada dalam premis Sabasun. Bahan ramuan halal perlu mempertimbangkan faktor berikut :

• Sumber bahan

(19)

• Keselamatan biologi

• Keselamatan kimia

Bahan mentah utama seperti ayam, daging, akuatik, susu dan lain-lain mestilah bebas dari masalah-masalah penyakit seperti selsema burung, penyakit kuku dan mulut, BSE dan sampar serta sempurna penyembelihannya. Barangan ini kurang bermasalah untuk dipasarkan di Sabasun setakat ini.

Barangan yang menggunakan bahan pengawet yang tidak dibenarkan seperti pengawet mayat bagi mengawetkan ikan import dan udang harimau atau yang mempunyai kandungan logam berat & mikroorganisma tinggi seperti kerangan juga tidak dibenarkan dijual di premis Sabasun.

Selain dari itu, barangan yang menimbulkan keraguan kerana kandungan bahan- bahannya juga tidak diluluskan penjualannya. Dalam hal ini, Sabasun sentiasa berhubung dengan Jakim dan PPIM bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan status halal dan kandungan bahan sesuatu barangan.

PEMBOIKOTAN

Sabasun telah mengambil pendekatan yang keluar dari kepompong peruncit besar- besaran yang lain. Di kala keuntungan yang maksima dan pengurangan kos sebagai satu sasaran, Sabasun mengambil satu langkah yang yang jelas berbeza. Pemboikotan barangan yang berkaitan dengan Amerika dan Israel merupakan satu pendekatan yang diambil bertujuan :

a. Untuk suatu tarbiyah dalam bentuk baru agar umat Islam dapat dilatih bebas dari kongkongan musuh Islam.

b. Untuk satu penegasan terhadap semangat persaudaraan dan kesatuan umat Islam yang tidak rela mengkhianati saudara sesama Islam yang lain.

(20)

c. Untuk pernyataan ketidakpuashatian terhadap dasar luar Amerika melalui kuasa membeli.

Mekanisme dalam pemboikotan ini terbahagi kepada beberapa peringkat disebabkan kerana kebergantungan kepada sesetengan barangan yang diperlukan oleh pengguna.

Perlaksanaan pemboikotan berlaku dengan cara 14: a. Kempen

Melalui 24 buah projector tv yang dipasang diseluruh bangunan Sabasun, iklan- iklan multimedia bagi kempen tersebut telah dijalankan

b. Bantahan

Sabasun telah menghantar surat bantahan kepada beberapa syarikat gergasi seperti Nestle berkaitan pembabitan mereka di Israel contohnya melalui pelaburan dalam skala yang besar bagi industri mereka di tanah-tanah Palestin yang dirampas.

c. Edaran

Sabasun telah menerbitkan beberapa risalah dan diedarkan kepada pengunjung bagi menyedarkan mereka betapa perlunya usaha dilakukan bagi membantu saudara- saudara seIslam sekadar yang termampu.

d. Boikot sepenuhnya

Antara barangan yang diboikot sepenuhnya ialah Pepsi, Coca Cola, Dunhill, Marlboro, Dentyne dan sebagainya.

e. Hadkan ruangan jualan dan boikot sebahagian

Antara barangan dalam kategori ini ialah produk-produk Nestle, Colgate Palmolive, P&G, Unilever dan lain-lain.

14 Lihat lampiran

(21)

Pihak pengurusan Sabasun merasakan perlunya pemboikotan ini kerana setiap yang pengguna belanjakan untuk barangan tersebut akan menyumbangkan kepada kekukuhan ekonominya. Ini digunakan untuk membiayai pembunuhan dan keganasan ke atas negara-negara Islam seperti Afghanistan dan Iraq.

Apabila penduduk negara-negara Timur Tengah dan sebahagian rakyat Eropah memulaukan barangan ini, penjualan telah merosot sebanyak 10% dan jumlah ini bagi syarikat-syarikat gergasi merupakan satu angka yang sangat besar. Justeru, wajarlah bagi umat Islam khususnya di Malaysia mengambil langkah yang serupa.

Alternatif boleh didapati mutakhir ini bagi barangan-barangan yang diboikot tersebut. Contohnya seperti Colgate, kita ada ubat gigi Mukmin dan lain-lain, Fab dan Breeze boleh digantikan dengan Daiya, Puteri Emas dan lain-lain serta barangan- barangan lain lagi.

Timbul beberapa persoalan tentang pemboikotan ini seperti efektifkah langkah ini, kenapa tidak pulaukan semuanya sahaja….

Dalam menjawab persoalan ini, Sabasun menegaskan contoh terbaik ialah rejim Aparthied di Afrika Selatan. Hasil daripada pemulauan barangan kulit putih selama puluhan tahun telah melumpuhkan ekonomi mereka dan akhirnya menjadi salah satu faktor kejatuhan rejim tersebut.

Berkaitan dengan pemulauan barangan kesemuanya, Sabasun mengambil pendekatan apabila tidak dapat melakukan kesemuanya maka lakukanlah sekadar yang termampu. Justeru, beberapa barangan yang begitu diperlukan oleh pengguna dihadkan ruangnya dan tidak dipromosikan. Sementara barangan yang boleh diboikot terus tidak akan mendapat tempat dan ruang lagi.

(22)

Kesan pemboikotan ini bagi Sabasun agak ketara pada mulanya apabila pada peringkat awal mereka melancarkan kempen ini mereka telah mengalami kerugian hampir RM150,000. Namun menurut Che Salmi, mereka berpegang kepada ayat :

ارﺪﻗ ءﻲﺷ ﻞﻜﻟ ﷲا ﻞﻌﺟ ﺪﻗ ﻪﺒﺴﺣ ﻮﻬﻓ ﷲا ﻰﻠﻋ ﻞآﻮﻨﻳ ﻦﻣو ﺐﺴﺘﺤﻳ ﻻ ﺚﻴﺣ ﻦﻣ ﻪﻗزﺮﻳو ﺎﺟﺮﺨﻣ ﻪﻟ ﻞﻌﺠﻳ ﷲا ﻖﺘﻳ ﻦﻣو Sikap ini jelas apabila beberapa syarikat yang dihadkan sebahagian ruang memohon untuk peluasan ruang jualan dengan bayaran yang agak tinggi tetapi pihak Sabasun tetap dengan pendirian mereka.

KESIMPULAN

Hasil daripada rasa persaudaraan, perjuangan dan yakin kepada Allah, Sabasun telah mengambil risiko yang tidak akan diambil oleh mana-mana pengusaha runcit skala besar.

Prinsip halalan tayyiba telah dilaksanakan oleh pihak Sabasun dengan jelas dan penuh kesedaran. Meskipun berlaku susutan perolehan, namun akhirnya Sabasun berjaya mengimbanginya dengan menumpukan kepada produk yang ada dan terus menjadi tumpuan pengunjung.

Konsep halalan tayyiban perlu difahami secara bersepadu samada aspek dalaman mahupun luaran . Ia adalah satu standard penentuan "qualiti kepenggunaan " yang amat penting difahami secara sempurna. Ia perlu diaplikasikan dalam arena kepenggunaan oleh semua pihak yang terlibat samada konsumer, kerajaan, pengeluar mahupun peniaga.

Namun tidak banyak sektor pengeluar mahupun perniagaan yang mengambil berat tentangnya.

ANAS MOHD YUNUS

WAN MOHD YUSOF WAN CHIK

http://www.halaljakim.gov.my/corporate.php?ID=82 an web (www.sabasun.com

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Setelah melihat kepada undang-undang berkaitan halal di Malaysia dan juga garis panduan yang digunakan oleh JAKIM dan JAIN dalam pengurusan halal ini, tidak dapat tidak

Permasalahan kajian ini bertujuan untuk menunjukkan kekurangan undang-undang yang jelas berkaitan dengan piawaian pelancongan halal dan tempatnya di dalam perundangan

Penguatkuasaan yang dijalankan oleh badan autoriti adalah pihak berkuasa yang menjalankan mekanisme untuk memantau dan mengawal pematuhan halal seperti memastikan tiada isu

Antara pembaharuan penting undang-undang baru ialah seperti di dalam perenggan 3 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang menyatakan tentang pihak

Dalam aplikasi standard yang dilaksanakan di Malaysia untuk memastikan makanan yang dihasilkan adalah halal dan terjamin keselamatannya, satu Standard Halal bagi makanan

(a) Kedai Kopi / restoran milik orang-orang bukan Islam yang diberikan lesen restoran/kedai kopi cina oleh pihak PBT, yang menjual makanan tidak halal (khusus

Mereka yang terlibat dalam pembikinan filem perlu mempunyai ilmu Islam atau memahami kaedah-kaedah asas halal dan haram agar dapat membezakan antara unsur halal dan

Dalam pengurusan makanannya pula, pihak hotel telah mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Halal yang bertanggungjawab memastikan urusan penyediaan makanan dan minuman