• Tiada Hasil Ditemukan

SATU KAJIAN KES AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA Dl RANTAU PANJANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "SATU KAJIAN KES AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA Dl RANTAU PANJANG "

Copied!
187
0
0

Tekspenuh

(1)

Hakcipta © tesis ini adalah milik pengarang dan/atau pemilik hakcipta lain. Salinan boleh dimuat turun untuk kegunaan penyelidikan bukan komersil ataupun pembelajaran individu tanpa kebenaran terlebih dahulu ataupun caj. Tesis ini tidak boleh dihasilkan semula ataupun dipetik secara menyeluruh tanpa memperolehi kebenaran bertulis daripada pemilik hakcipta. Kandungannya tidak boleh diubah dalam format lain tanpa kebenaran rasmi pemilik hakcipta.

(2)

PEMBANTERASAN JENAYAH PENYELUDUPAN BERAS:

SATU KAJIAN KES AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA DI RANTAU PANJANG

NIK MOHD SHAZLEE BIN NIK MOHD ZAINORDIN

SARJANA HUBUNGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

2019

(3)

PEMBANTERASAN JENAYAH PENYELUDUPAN BERAS:

SATU KAJIAN KES AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA Dl RANTAU PANJANG

NIK MOHD SHAZLEE BIN NIK MOHD ZAINORDIN (823760)

Tesis Ini dikemukakan ke Ghazali Shafie Graduate School of Government Bagi memenuhi syarat Pertganugerahan

ljazah Sarjana Hubungan Antarabangsa Utliversiti Utara Malaysia

(4)

Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa and International Studies) UNlVERSlTl UTARA MALAYSIA

PERAKUAN KERJA 'TESIS I DlSERTASl (Cerfification of thesis / disserfafion)

Kami, yang bertandatangan, mempemkukan bahawa*

(We, the undersigned,. cedi@ that) a::

NIK MOHD SHAZLEE BIN NIK MOHD ZAlNORDlN (823760) calon untuk ljazah SARJANA

(candidate for the degree of) I telah mengemukakan lesis I disertasi yang bertajuk:

(has presented hisher thesis /dissertation of the following title):

PEMBANTERASAN JENAYAH PENYELUDUpAN BERAS : SATU KAJIAN KES AGENSI

KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA Dl RANTAU PANJANG I

seperti yang tercatat di muka surat tajuk dan kuiit tesis I disertasi.

(as it appears on the title page and front cover of the thesis / dissertation).

- - -.

Bahawa tesisldisertasi tersebut boleh diterima dari segi bentuk serta kandungan dan melipuii bidang ilmu dengan memuaskan, sebagaimana yang ditunjukkan oleh calon dalam ujian lisan yang diadakan pada 4April2019

7t1at the said thesis/dssertatian is acceptable in form and content and displays a satisfactory knowledge of thefield of study as demonstrated by the candidate through an oral examination held on: April4, 2019

Pengerusi Viva : ASSOC. PROF. DR. Tandatangan (Chairman for Viva) MOHAMAD AlNUDDlN

ISKANDAR LEE ABDULLAH

Pemeriksa Luar : DR. ISKANDAR HASAN TAN Tandatangan

(Edema1 Examiner) ABDULLAH (Signature)

Perneriksa Dalam : DR. MOHO NA'EIM AJlS Tandatangan

(Internal Examined (Signature)

Tarikh : 4 April 2019 Date

(5)

Nama Pelajar : NIK MOHD SHAZLEE BIN NIK MOHD ZAlNORDlN (823760) (Name of Student)

. - . - - . . . . . -

Tajuk Tesis

v;tle offhe rhesjsj PEMBANTERASAN JENAYAH PENYELUDUPAN BERAS : SATU KAJlAN KES AGENSI KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA Dl

RANTAU PANJANG ..

Program Pengajian : SARJANA (programme of Study)

Penyelia Pertama : ASSOC. PROF. D R RUSDl Tandatangan

(First Supervisor) OMAR (Signature)

Penyelia Kedua : DR. KAMARUL ZAMAN HJ. Tandatangan

(Second Supervisor) YUSOFF !, (Signature)

L l

--

(6)

KEBENARAN MENGGUNA

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah Sarjana Hubungan Antabangsa daripada Universiti Utara Malaysia. Saya besetuju membenarkan pihak Pelpustakaan Universiti mempamerkamya sebagai mjukan. Saya juga bersetuju bahawa sebarang bentuk salinan sama ada secara keselu~uhan atau sebahagian daripada tesis ini untuk tujuan akadernik adalah dibolehkan dengan kebenaran penyelia tesis ini, atau Dekan Gl~c~z<lli Sl~clfie Grcrd~mte School qf Goveri1117c~rrt. Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa. Sebarang bentuk salinan dan cetakan bagi tujuan komersial dan me~nbuat keuntungan adalah dilarang sama sekali tanpa kebenaran bertulis daripada saya. Juga pengiktirafan yang sewajarnya hendaklah diberikan kepada saya dan Universiti Utara Malaysia untuk sebarang kegunaan secara ilmiah terhadap mana-mana bahan daripada tesis ini.

Kebenaran untuk menyalin atau menggunakan tesis ini sama ada secara keselumhan atau pun sebahagian daripadanya hendaklah dikemukakan kepada:

Dekan

Ghazali Shafie Graduate School of Government Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa

Universiti Utara Malaysia

(7)

PENGHARGMN

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberkati saya sepanjang masa sehingga saya dapat menyempumakan kajian ini. Melalui ruangan ini, saya ingin merakamkanjutaan penghargaan dan terima kasih kepada penyelia saya, Dr Kamarul Zaman Hj Yusuff.

Beliau telah banyak memberi sokongan, dorongan, bantuan, dan bimbingan kepada saya untuk menyempumakan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Prof Madya Dr. Rusdi Omar yang telah memberi nasihat dan tunjuk ajar tentang kajian ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga buat Dr. Nik Mawardi bin Mohamed yang telah banyak membantu dan membiinbing saya sepanjang pengajian ini.

Pada masa yang sama saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada AKSEM Rantau Panjang, AKSEM Negeri Kelantan dan Pihak Pengumsan Tertinggi AKSEM, Putrajaya kerana telah meinberikan kebenaran kepada saya untuk melaksanakan kajian ini. Ucapan terima kasih kepada anggota dan pegawai yang terlibat dalam mernberi keljasama yang amat baik sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Setinggi-tinggi sanjungan dan penghargaan saya tujukan kepada ibu bapa, isteri, dan ahli keluarga. Tidak lupa juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakan- rakan seperjuangan yang telah banyak memberi bantuan serta sokongan moral semasa saya berdepan dengan cabaran dalam menyiapkan kajian ini.

(8)

ABSTRAK

Beras melupakan makanan mji bagi rakyat Malaysia di mana penggunaan per kapita beras di Malaysia pada tahun 2016 adalah kira-kira 78.6 kg. Ini menjelaskan bahawa negara memerlukan 2.5 juta tan beras setiap tahun. Namun, hanya 1.2 juta tan beras ditanam di Malaysia. Malaysia bersenlpadan dengan Thailand yang mempakan pengeksport beras kedua di dunia dan antara pengeluar beras terbesar di dunia.

Penyeludup mengeksploitasi keadaan ini dengan membawa masuk komoditi tersebut ke negara ini dan mendapat manfaat daripadanya. Sempadan Kelantan-Thailand adalah sinonim dengan aktiviti penyeludupan beras. Ada yang mengatakan bahawa majoriti penduduk di sempadan Kelantan-Thailand terlibat dalam aktiviti penyeludupan. Rantau Panjang adalah sempadan utama antara Malaysia dan Thailand di Pantai Tirnur Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijaIankan dengan tujuan untuk mengenal pasti cabaran, peranan, dan tanggungjawab AKSEM Rantau Panjang yang mempakan salah satu agensi kawalan sempadan utama di negara ini. Terdapat tiga objektif utama kajian ini; (i) menilai sejauh manakah kelemahan sumber manusia AKSEM dalam menjalankan tugasan dan peranan dalam membanteras penyeludupan;

(ii) lnengenalpasti isu-isu. masalah-masalah dan halangan-halangan yang dihadapi oleh AKSEM Rantau Panjang dalam usaha mengekang penyeludupan; dan (iii) mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu, masalah-masalah dan halangan- halangan yang timbul. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan teknik temu bual sebagai kaedah pengumpulan data. Responden kajian ini terdiri daripada tujuh anggota AKSEM Rantau Panjang. Di samping itu, sembilan orang awam yang me~upakan penyeludup, penjual, pembeli, dan penduduk ternpatau tumt dipilih sebagai responden untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan kajian ini.

Penemuan lnenunjukkan bahawa AKSEM Rantau Panjang menghadapi cabaran kekurangan sumber manusia. integriti anggota, logistik, dan cabaran kewangan. Selain itu, harga beras, taktik penyeludup, kekurangan kerjasama daripada penduduk tempatan dan keadaan fizikal sempadan juga memberi cabaran kepada AKSEM Rantau Panjang. Kajian ini memberikan rekomendasi yang sesuai dan relevan untuk digunakan oleh AKSEM Rantau Panjang khususnya, dan agensi lain umumnya, untuk tesus bergerak maju dalam pengukuhan kawalan sempadan darat di sempadan Malaysia-Thailand.

Kata Kunci: AKSEM, Penyeludupan Beras, Kawalan Sempadan, Se~npadan Malaysia-Thailand

(9)

ABSTRACT

Rice is the staple food for Malaysians wherein per capita consulnption of rice in Malaysia for 2016 was around 78.6 kg. This means that the country needs 2.5 million tons of rice per year. But only 1.2 million tons of rice is grown in Malaysia. Malaysia borders Thailand, which is the world's second leading exporter of rice and among the world's largest rice producers. Smugglers exploit this situation to bring in that commodity into the country and get benefit from it. Kelantan-Thailand border is synonymous with rice smuggling activities. Some say that majority of the residents in Kelantan-Thailand border is involved in smuggling activities. Rantau Panjang is the major border crossing between Malaysia and Thailand for the East Coast of Malaysia.

Therefore, the study is conducted with the purpose of identifying the challenges, roles, and responsibilities of AKSEM Rantau Panjang as one of the main border control agencies. There are three primary objectives of this study; (i) to assess the extent of the weakness of AKSEM's human resources in carrying out the tasks and roles of combating rice smuggling in Rantau Panjang; (ii) to identify issues, problems and challenges faced by AKSEM Kantau Panjang in curbing smuggling; and (iii) to suggest solutions to the issues, problelns and challenges that arise. This is a qualitative study which uses interview technique as a data collection method. Respondents for this study consist of seven members of AKSEM Rantau Panjang. In addition, nine civilians, who are smugglers, sellers, buyers. and residents, are selected as respondents to get further infolmation related to the study. The findings show that AKSEM Rantau Panjang faces human resources problem, staff integrity, logistics and financial challenges. Moreover, the rice price, the smugglers tactics, the lack of cooperation from the locals, and the physical nature of the border also give challenges to AKSEM Rantau Panjang. This study provides recommendations that are appropriate and relevant for the use of AKSEM Rantau Panjang in particular, and the other agency in general, to always move fo~ward in strengthening land border control in the Malaysia-Thailand border.

Keywords: AKSEM, Rice Smuggling, Border Control, Malaysia-Thailand Bordel

(10)

IS1 KANDUNGAN

KEBENARAN MENGGUNA PENGHARGAAN

ABSTRAK

IS1 KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SEN ARAl FOTO

SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

BAB SATU PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

1.2 Pennasalahan Kajian 1.3 Persoalan Kajian 1.4 Objektif Kajian 1.5 SkopKajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Kerangka Konseptual Kajian 1.8 Definisi Operasi

1.8.1 Organisasi

1.8.2 Pembangunan Sumber Manusia 1.8.3 Cabaran Dalaman

1.8.4 Cabaran Luaran 1.8.5 Penyeludupan 1.8.6 Penyeludup 1.9 Pembahagian Bab

BAB DUA ULASAN KARYA 2.1 Pengenalan

2.2 Pembangunan Sumber Manusia

2.3 Organisasi-organisasi Kawalan Sempadan di Malaysia 2.4 AKSEM Sebagai Organisasi Kawalan Sempadan

11 . .

. .

.

111

iv vi

X

xi xii

X l l l ...

xiv

(11)

2.4.1 Sejarah AKSEM

2.4.2 Matlamat dan Objektif Penubuhatl AKSEM 2.4.3 Tugas dan Peranan AKSEM

2.4.4 Corak dan Cara K e j a AKSEM

2.4.5 Kerjasa~na AKSEM dengatl Agensi Penguatkuasaan Lain 2.4.6 Cabarcin AKSEM dalarn Mengekatlg Jenayah Rentas

Penyeludupan Beras

2.4.7 Dasar dan Strategi Pencegahan Penyeludupan Beras 2.4.7.1 Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 2.4.7.2 Akta Kawalan Padi dan Beras Negara 1994 2.4.7.3 Pelan Strategik JKDM 2015-2019

2.4.7.4 Pelan Strategik KDN 2015-2020 2.5 Faktor Mempengaruhi Penyeludupan

2.6 Kes-kes Penyeludupan Beras di Malaysia 2.7 Sorotan Kajian Lepas

2.8 Rumusan Bab

BAB TIGA METODOLOCI KAJIAN 3.1 Pengenalan

3.2 Rekabentuk Kajian

3.2.1 Kaedah Pengumpulan Data 3.2.2 Persampelan

3.2.3 Kaedah Analisis Data 3.3 Latar Belakang Kawasan Kajian 3.4 Rumusan Bab

BAB EMPAT ANALISIS KAJIAN 4.1 Pengenalan

4.2 Responden kajian 4.3 Temu bual

4.4 Analisis Latar Belakang Responden 4.5 Analisis AKSEM Rantau Panjang

4.5.1 Peranan dan Tanggungjawab AKSEM Rantau Panjang 4.5.1.1 Perlaksanaan Operasi

29 33 34 3 8 40 Sempadan

47 57 57 59 59 62 63 65 68 73

vii

(12)

4.5.1.2 Melakukan Pemantauan dan Risikan 24 jam di Sempadan 99

4.5.1.3 Melakukan Sekatan Jalan Raya 100

4.5.2 Masalah Pembangunan Sumber Manusia AKSEM Rantau Panjang 103

4.5.2.1 Kekurangan Anggota 104

4.5.2.2 Masalah Penggiliran Anggota 106

4.5.2.3 lntegriti Anggota I08

4.5.2.4 Kekurangan Logistik 1 1 1

4.5.2.5 Kekangan Kewangan 112

4.5.3 Masalah Luaran AKSEM Rantau Panjang 113

4.5.3.1 Harga Betas 115

4.5.3.2 Taktik Penyeludupan 116

4.5.3.3 Keadaan Geografi Se~npadan 118

4.5.3.4 Kerjasama Orang Awam 119

4.6 Analisis Orang Awa~n 121

4.6.1 Faktor Memilih Beras Seludup 121

4.6.2 Tahap Penguatkuasaan Pihak Berlcnasa 124

4.6.3 Keyakinan Terhadap htegriti Pihak Berkuasa 126 4.6.4 Ancaman Jenayah Penyeludupan Terhadap Keselamatan 127 4.6.5 Taktik Penyeludupan, Pengedaran, dan Pembelian 128

4.7 Ulasan dan Perbincangan 129

4.8 Kesimpulan Bab 133

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN 134

5.1 Pengenalan 134

5.2 Kesimpulan 134

5.3 Cadangan 138

5.3.1 Menambah Bilangan Anggota 139

5.3.2 Mengetatkan Pengawasan dan Kawalan di Lokasi Panas 139

5.3.3 Memulihkan htegriti AKSEM 140

5.3.4 Melengkapkan AKSEM dengan Keperluan Logistik yang Bersesuaian

dan Terkini 140

5.3.5 Mengetatkan Penyatkuasaan Undang-undang 141 5.3.6 Kerjasama yang Lebih di Kalangan Semua Agensi 142

. . .

V l l l

(13)

5.3.7 Mengadakan Program Bersama Orang Awam dan Penduduk Sempadan 143

5.3.8 Merasionalisasi Harga Beras Tempatan 144

5.4 Kekangan Kajian 144

5.5 Kajian akan datang 146

5.6 Penutup 147

RUJUKAN 149

LAMPIRAN I 6 0

(14)

SENARAI JADUAL

Jadual I . 1 Laluan Pembolosan Sempadarl Malaysia-Thailand 3 Jadual I . 2 Penggunaan Per Kapita Komoditi Makanarl Utama 2009-2014 4 Jadual2. 1 Perbandingan Statistik Rarnpasa Beras Tahun 2014-2015 66

Jadual4. 1 Pecahan Responden 88

Jadual4. 2 SOP Sekatan Jalan Raya 102

Jadual4. 3 Perjawatan AKSEM 201 5-201 8 105

Jadual4. 4 Perbandingan Perjawatan JKDM, JIM, dan PDRM bagi AKSEM Negeri

Kelantan untuk Tahun 20 15 110

(15)

SENARAI RAJAH

Rajah 1 . 1 : Pintu Sempadan Utama Malaysia dan Thailand Rajah 1 . 2 Kerangka Konseptual Kajian

Rajah 3. I : Kawasan Seliaan AKSEM Rantau Panjang Rajah 4. 1: Tahap Pendidikan Responden

Rajah 4. 2: Carta Fungsi Ibu Pejabat AKSEM Rajah 4. 3: Kaedah Kawalan Sempadan

Rajah 4 . 4 : Masalah Pembangunan Sumber Manusia AKSEM Rajah 4. 5 : Punca Masalah Integriti Anggota

Rajah 4. 6: Masalah Luaran AKSEM Rajah 4. 7: Faktor Membeli Beras Seludup

Rajah 4. 8: Tahap Penguatkuasaon AKSEM Rantau Panjang Rajah 4. 9: Perkaitan Masalah Dalaman AKSEM

Rajah 5 . 1: Cadangan Memantapkan Kawalan Sempadan AKSEM

(16)

SENARAI FOTO

Foto 2. 1: Sekatan Jalan UPP di Sempadan Thailand Foto 2. 2: Kern Tahanan Haram di Wang Kelian

Foto 2. 3: Beras Seludup yang Dirampas Hasil Serbuan AKSEM Foto 2. 4: Kenderaan Rasmi AKSEM

Foto 2. 5: Beras Siam yang Dirampas dalam Operasi di Kelantan Foto 2. 6: Kem Tahanan Haram di Wang Kelian

Foto 2. 7: Sungai Golok yang memisahkan Malaysia-Thailand Foto 2. 8: Antara Pangkalan Haram di Sungai Golok

xii

(17)

SENARAI SINGKATAN

AKS AKSEM Akta 799 APIS ASEAN ATM CSR HAKAM IPD JIM JKDM JPM KDN KPB KPDNKK

LKTN MMDEF MKN MO A NBOS PDRM PC A PPM SJR SOP SPRM SUHAKAM UPP

WHO YPJM

Agensi Keselamatan Sempadan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia

Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 Advance Passenger Information System

Asia Tenggara

Angkatan Tentera Malaysia Co~porate Social Responsibility

Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan Ibu Pejabat Polis Daerah

Jabatan hnigresen Malaysia Jabatan Kastam Diraja Malaysia Jabatan Perdana Menteri

Kementerian Dalam Negeri Kawalselia Padi dan Beras

Kementerian Peudayangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Lembaga Kenaf dan Te~nbakau Negara Kementerian Pertahanan Malaysia Majlis Keselamatan Negara

Kementerian Pertanian dan lndustri Asas Tani Data Strategi Lautan Bim Kebangsaan

Polis Diraja Malaysia Pasukan Cerakan Am Pasukan Polis Marin Sekatan Jalan Raya

Standard Operating Prosedure

Suluhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Suluhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Unit Pencegahan Penyeludupan

Pettubuhan Kesihatan Sedunia

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

(18)

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran 1 Soalan Te~nubual AKSEM Rantau Panjang 164 Lampiran 2 Soalan Temubual Orang Awam di Rantau Panjang 169 Lampisan 3 Penyeludup dan Penjual Beras Seludup di Rantau Panjang 172

xiv

(19)

BAB SATU PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia lne~upakan negara yang terletak di Asia Tenggara (ASEAN) yang bersempadanan dengan Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Filipina.

Kedudukan geografi yang berada di tengah negara ASEAN antara faktor yang lnenyehabkan Malaysia menjadi tumpuan mereka yang berasal dari negara sedang lnembangun mahupun negara dunia ketiga. Hal tersebut menyebabkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi perhatian kepada keselamatan sempadan negara.

Perkara ini digariskan dengan jelas menelusi Dasar Keselamatan Dalam Negeri (20 16) di dalam Teras Strategik Ke-3 iaitu Pemeliharaan Keselamatan Sempadan Negara.

Selaras dengan dasar keselamatan tersebut, Unit Per~cegahan Penyeludupan (UPP) dinaiktarafkan kepada Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) pada tahun 2015. Kewujudan AKSEM ini dilihat memperkemaskan lagi penguatkuasaan dan kawalan di sempadan darat negara. AKSEM diberi tanggungjawab dalam mengawal kegiatan penyeludupan seita apa sahaja aktiviti lain yang didapati salah serta tidak menumti undang-undang di selnpadan darat negara. Menulut laporan akhbar Utusan Malaysia (2 November 2015) penubuhan AKSEM adalah sebagai penjenamaan semula serta proses naik taraf UPP yang selama ini beltanggungjawab rnengawal keselamatan di kawasan selnpadan negara.

(20)

Rajah 1. I : Pintu Sempadan Utama Malaysia dan Thailand Sumber: Diubahsuai dari Google Map, 2018

Antara pasultan keselamatan yang berkuasa dalaln mempeltahankan sempadan negara ialah AKSEM, Polis Dil-aja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JLM), Pasukan Gel-akan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Kajian ini akan melihat kepada keberkesanan agensi penguatkuasaan iaitu AKSEM dalam mengekang aktiviti penyeludupan beras. Justem, kajian ini memberi tuinpuan kepada Rantau Panjang, Kelantan yang bersempadanan dengan Sungai Golok, Thailand. Pada Ogos 2017, pihak berkuasa telah menutup beherapa pangkalan haram yang aktif di Rantau Panjang (Berita Harian, 1 Ogos 2017).

Dalam usaha mengekang aktiviti haram ini, pihak berkuasa Malaysia telah mengikat kerjasama dengan Pasukan Angkatan Tentera Diraja Thailand untuk terus mengetatkan kawalan di sempadan Thailand-Malaysia untuk mengelak sebarang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan (Harian Metro, 16 Ogos 201 7).

Kawalan sempadan adalah salah satu daripada dasar kawalan penyeludupan dan mempunyai hubungkait yang rapat dengan aspek keselarnatan dan kedaulatan sesehuah negara. Apa sahaja kelemahan yang wujud di sempadan negara akan

(21)

rnenyebabkan pelbagai jenayah rentas sempadan berlaku termasuk aktiviti penyeludupan barangan keperluan harian, dadah, migran, dan juga keganasan.

Abdullah, Nol.ehan, Selamah, dan Fauzi (2015) menyatakan bahawa isu penyeludupan adalah masalah yang tidak ada penghujungnya. Menumt mereka lagi, kegiatan penyeludupan berkait rapat dengan aktiviti penguatkuasaan, pelancongan, dan perniagaan sehinggakan ianya mendatangkan kesan kepada perkembangan ekonomi di setnpadan.

Jadual 1. I

Laluan Pernbolosan Sempadan Malaysia-Thailand

Negeri Laluan pernboloran

Prrlis Sepanjang scmpadan dan ClQ lerutama d i pagar-pagar yang dipotong (TSS, BKC, PB 14-PB 32), stesyen KTMB, Wang Kelian, PB 11. Kes terbaru di Chuping (C3 hingga C4).

Kedah Pos C (Komplrks Bcbas Cukai BKH. M8-M16. Kawasan Huran Black Forest 1 Ladang Rakyall Bolakang Kompletr Bebas Cukai dan Durian Burung

Pcrak Tidak terkesan

Krlnnt.an Penghalan Kubor, Ranlau Panjang. Bukit Bunga, Kuala Besar, Cherang Ruku, Tok Bali.

Jadual I .I menunjukkan 'laluan tikus' yang telah dikenalpasti oleh agensi penguatkuasaan sempadan di Malaysia. Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pengukuhan Keselamatan Sempadan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) (2016) mengatakan bahawa aktiviti penyeludupan barang kawalan seperti beras, rokok, arak, dan daun ketum telus aktif di keempat-empat negeri di sempadan Thailand. Laporan yang salna menyebut bahawa penyeludup menggunakan pelbagai kaedah dalarn nlenjalankan aktiviti mereka seperti metnberi suapan kepxla pihak berkuasa, meinotong pagar sempadan, menyorok barangan dalam kenderaan yang diubah suai, menggunakan laluan haram dan sebagainya. Di Kelantan misalnya, penyeludup

(22)

dikesan menggunakan 125 jeti haram di sepanjang Sungai Golok dari Pengkalan Kubor hingga Rantau Panjang dan laluan sah CIQ (MKN, 2016).

Beras mel-upakan n~akanan ruji bagi rakyat Malaysia di mana data daripada Kementerian Peitanian dan Industri Asas Tani Data (MOA) pada tahun 2016 menunjukkan bahawa setiap rakyat Malaysia menggunakan beras sekitar 78.6 kg kilogram setahun. Hal demikian menyebabkan setiap pihak sarna ada pengimpoit, petani, pengguna, peniaga tempatan, mahupun pihak kerajaan mengetahui akan kepentingan beras di negara ini. Pada tahun 2017 MOA tidak menolak tentang kenaikan harga beras import pada masa mendatang berikutan harga beras adalah ditentukati oleh pasaran beras dunia dan komoditi itu bukanlah barangan kawalan (Bemama, 4 Julai 2017). Hal ini menyuntbang kepada keghairahan aktiviti pet~yeludupan beras berikutan permintaan yang meningkat. Ini berikutan Malaysia mengimpoit 30% beras bagi menampung keperluan harian (Sinar Harian, 6 November

Jadual 1. 2

Penggunaan Per Kapita Komoditi Makanan Utama 2009-2014

Komoditi 2009 2010 2011 2012 2013 2014

Tanaman

Bcras ( K ~ ~ T a h u n ) 7'1.6 79.6 79.3 79.1 78.8 78.6

Sayur-sayuran (KgITahun) 54.4 54.7 55.3 56.2 57.3 58.5

Boah-huahan 92.9 93.0 93.2 93.4 93.6 93.8

Ternakan

Daging Lemhu'Ktrbau 5.5

(Kg Tahnn)

Daging KambingiBiri-biri 0.7 (KgtTahun)

D a g ~ n e Bxbi (KgjTahun) ** 18.8

Daging Ayamdltik 34.7

(Kg;Tahun)

Tslur Ayaln/ltik (B~jiITal~un) 285.0 Telur Ayalm'ltik (KglTahun) 15.7 Susu (LiterlTahun) 45.1 lknn blakanan (K&'Tahun) 45.1 S~~mber.: MOA, 2016

(23)

Kenaikan harga beras menyebabkan beras kekal menjadi produk kegemaran penyeludupan di rnana para penyeludup sentiasa mencari cara untuk membawa masuk beras ke negara ini secara tidak sah. Masalah yang dihadapi oleh industri beras di Malaysia diparahkan lagi dengan kegiatan penyeludupan beras temtamanya di selnpadan Malaysia-Thailand (Najim, Lee, Haque, & Esham, 2007). Menurut kajian oleh Ecorrornist Ii~telligerice Unit (2016), Malaysia berada dalam kedudukan ke 6 dalaln 'Indeks Perdagangan Haram 2016' dari negara-negara yang terlibat dalaln mencegah perdagangan haram dengan 7 1.8% mata.

Laporan ini merupakan pengakuan terhadap usaha oleh kerajaan Malaysia dalam mengambil langkah-langkah ui~tuk mengurangkan aktiviti perdagangan haram di Malaysia. Justeru, laporan tersebut membuktikan bahawa kawalan keselamatan di sempadan Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Walaubagaimanapun, sempadan negara sentiasa menjadi sasaran dalam aktiviti penyeludupan terutamanya di kawasan-kawasan sempadan antara Malaysia dan Thailand.

Mstar (14 Mei 2009) mendedahkan bahawa penyeludupan merupakan nadi ekonomi kepada penduduk di sempadan. Laporan tersebut memberi pendedahan bahawa pangkalan haram yang terdapat di Sungai Golok merupakan pusat kepada aktiviti penyeludupan. Perkara ini tumt disahkan oleh kajian yang telah dilakukan oleh Abdullah, et. al. (2015). Wujud tanggapan bahawa tanpa kegiatan penyeludupan, ekonomi di kawasan Rantau Panjang akan lumpuh dan mengakibatkan inasyarakat tempatan yang bergantung kepada aktiviti tersebut akan hilang sumber pendapatan.

Memandanykan majoriti yang terlibat sebagai -tentera semut' yang mengambil upah

(24)

menjalankan penyeludupan merupakan perlduduk tempatan rnaka ~nereka alnat rnudah mernbolosi kawalan pihak berkuasa (Mstar, 14 Mei 2009).

Laporan Bernama (14 Jun 2017) rnenunjukkan pada tahun 2015, AKSEM Kelantarl telah lnelakukan sebanyak 57 kali rampasan beras yang melibatkan nilai RM523,400.

Pada tahun 2016, kekerapan rampasan menunjukkan penurunan kepada sebanyak 51 kali rampasan, narnun begitu, rlilai rampasan dilihat meningkat kepada RM934.191 (Bemarna, 14 Jun 2017). Peningkatan nilai rampasan rnenunjukkan bahawa penyeludup kini telah menyeludup barang dengan skala yang lebih besar. Hal ini terbukti apabila laporan akhbar Berita Harian (18 Ogos 2016) menyebut bahawa penyeludup kini bukan lagi didalangi oleh 'tentera-tentera semut' tetapi oleh sindiket jenayah terancang. Ekoran itu, nilai rarnpasan yang besar ~nenunjukkan penyeludupan kini bukan lagi pada skala yang kecil malah ianya telah diambilalih oleh sindiket jenayah terancang.

1.2 Pernlasalahan Kajian

Sernpadan negeri Kelantau dengan Wilayah Narathiwat, Thailand hatlya dipisahkan oleh perairan Sungai Golok sepanjang kira-kira 29.9 kilometer yang belmula dari Pengkalan Kubor. Tu~npat hingga ke Rantau Panjang. Dari segi penguatkuasaan di se~npadan perairan Sungai Golok dan zon bebas cukai Rantau Panjang didapati terdapat pelbagai kesukaran yang dihadapi oleh anggota-anggota keselarnatan dari agensi-agensi tertentu yang bertugas mengawal sempadan berkenaan. Faktor geogafi senlpadan ini dilihat menjadi faktor penggerak dalam aktiviti penyeludupan di Kantau Pat~jang. Abdullah et.. al., (2015) rnengatakan bahawa perairan Sungai Golok telah

(25)

dieksploitasi dengan cara begitu profesional yang mana ianya telah memberi kesan berganda.

Ekoran itu, rnasalah penyeludupan tidak pernah reda di sen~padan negara dan pelbagai insentif dilangsungkan untuk AKSEM mengekang isu penyeludupan ini. Sehingga tahun 2017, Malaysia mencatatkan kerugian apabila hasil cukai yang sepatutnya diperoleh telah dinafikan oleh aktiviti penyeludupan (Harian Metro, 8 Disember 2018). Namun begitu, terdapat beberapa masalah dilihat timbul di mana ianya mampu mengganggu keberkesanan agensi berkenaan dalam mengekang isu penyeludupan.

Ironinya. penguatkuasaan di sernpadan masih lagi dikatakan lemah (Husin, 2013).

Seringkali juga kedengaran hitikan dan sindiran pelbagai pihak terhadap tindakan yang dijalankan oleh pihak berkuasa di sempadan. Antara respon adalah seperti isu- isu seperti tidak membuat tangkapan dan serbuan terhadap kes yang dilaporkan, tidak beretika semasa menjalankan tugas, dan hanya duduk sahaja ketika rnenjalarlkan tugas (Harian Metro, 8 Apl-il 2018). Dari risikan dan maklurnat AKSEM, Kantau Panjang kerap nlenjadi sarang penyeludupar~ beras secara tuncit dan berskala besar. Harian Metro (1 Mac 2018) mengatakan bahawa pihak ATM telah pun menutup 159 pangkalan haram dan ~nelumpuhkan 50% kegiatan penyeludupan di sepanjang Kelantan-Thailand. AKSEM Rantau Panjang mengatakan bahawa sehingga kini, didapati masih terdapat lebih kurang 69 pangkalan haram (lorong tikus) dilihat di sepanjang Sungai Golok. Abdullah et., aI., (2015) menyebut bahawa pihak Kerajaan Negeri serta Pihak BerkuasaNegeri membiarkan mmah dibina di atas rizab dan tebing Sungai Golok dan rnenyebabkan aktiviti penyeludupan lebih mudah berlangsung.

Daripada perrnasalah itu, timbul persoalan tentang apakah kelemahan yang wujud di dalarn institusi yang mengawal sempadan negara sehinggakan sehingga kini

(26)

penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand dililiat begitu sukar dibanteras. Secara ringkasnya, kajian ini melihat kepada beberapa isu pokok di dalam AKSEM sepei-ti berikut iaitu:

i. Pengu~usan dan pe~nbangunan sumber manusia . .

11. Integriti anggota

.

. .

111. Logistik dan kewangan

iv. Faktor luaran (geografi, harga beras, taktik penyeludupan, kerjasama orang awam)

Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 (Akta 799) dengan jelasnya telah menggariskan Fungsi dan peranan yang digalas oleh AKSEM dalam kawalan senipadan negara. Namun begitu, terdapat konflik dan pelmasalalian yang timbul di dalam agensi yang dilihat mengganggu kecekapannya dala~n mengawal seinpadan negara. Kelemahan pengurusan dan pembangunan sumber manusia timbul di mana berlaku kecela~uan pengurusan sumber manusia. Kelemahan sistem jadual tugasan di antara penugasan anggota di dalani operasi melupakan faktor utama kewujudan luang untuk peluang perlakuan rasuah serta salah guna kuasa. Perkara ini terjadi lantaran kurangnya anggota di dalam agensi penguatkuasaan ini (Abdullah et., al., 201 5).

Pengrusan tatatertib dan disiplin tidak diletakkan di bawah tanggungiawab Ketua Pengarah AKSEM, tetapi diselia sepenuhnya oleh Agensi lnduk. Kuasa untuk membuat pertukaran sama ada di peringkat dalaman atau luaran masih lagi dipegang sepenuhnya oleh Ketua Jabatan Agensi Induk masing-masing, Buku Perkhidmatan dan pengurusan su~nber manusia setiap anggota dikawal oleh Agensi Induk. Kelemahan

(27)

ini berlaku di mana Ketua Jabatan tidak mempunyai kuasa penuh bagi menangani isu- isu inregriti dan tatatertib serta kurangnya anggota yang dinaikkan pangkat bagi perluasan peluang kemajuan kerjaya. Perkara ini mempengaiuhi integriti anggota di mana anggota berada di gred sedia ada pada tempoh yang lama serta tahap pmduktiviti dan motivasi turut berkurangan selain dari kurangnya jawatan-jawatan naik pangkat.

Selain itu, tiadanya latihan khas kawalan sempadan dikalangan anggota. Anggota daripada peinbekal berbeza menerima latihan berbeza, dan tiada latihan indoktrinasi pengumsan dan kawalan secara bersepadu.

1.3 Persoalan Kajian

Pemasalahan kajian yang telah dibincangkan telah membawa kepada beberapa persoalan tentang keberkesanan AKSEM dalam mengekang penyeludupan beras.

Persoalan kajian adalah seperti berikut:

i. Sejauh mai~akah kelemahan-kelemahan pelnbangunan sumber manusia AKSEM itu wujud dan bagaimanakah kaedah m t u k menanganinya?

11. . . Apakah halangan-halangan yang menyebabkan penyeludupan itu sukar untuk dibanteras?

111. ... Apakah cadangan penambahbaikan ke arah memperkasakan AKSEM

di dalam lnrmbanteras penyeludupan beras di Rantau Panjang?

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan unhk mengkaji keberkesanan AKSEM dalarn mengekang penyeludupan beras di Rantau Panjang, Kelantan. Secara terperincinya. kajian iili dijalankan untuk:

(28)

i. Menilai sejauhmanakah kelemahan pembangunan sumber manusia AKSEM dalam menjalankan tugasan dan peranan dalam membanteras penyeludupan;

11.

. .

Mengenal pasti isu-isu, masalah-masalah, dan halangan-halangan yang

dihadapi oleh AKSEM Rantau Panjang dalaru usaha membanteras penyeludupan;

111. ... Mencadangkan penyelesaian terhadap masalah-masalah dan isu-isu

yang timbul.

1.5 Skop Kajian

Skop kajian melibatkan pegawai AKSEM yang berpangkalan di Rantau Panjang, Kelantan sahaja. Kajian ini hanya melihat kepada isu pembangunan sumber manusia agensi penguatkuasaan ini dalam membanteras jenayah penyeludupan beras di sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok. Selain itu, kajian ini juga melihat cara kerja anggota AKSEM dalam menangani isu pengumsan dalam pengawalan sempadan.

Kajian juga memberi tumpuan terhadap cabaran yang dihadapi oleh pihak AKSEM dari segi penguatkuasaan.

Kajian ini ~nelnberi fokus kepada penyeludupan beras disebabkan oleh kegiatan penyeludupan di sempadan Kelantan-Thailand yang terkenal dengan penyeludupan beras. Selain itu, kajian ini dilakukan atas motivasi beras sebagai makanan mji utama negara ini dan laporan kemungkinan berlakunya kenaikan harga beras (Bernama. 4 .lulai 2017) dan akibatnya berlaku kenaikan teshadap permintaan beras seludup dan menyuinbang kepada keghairahan aktiviti penyeludupan beras berikutan permintaan

(29)

yang meningkat. Penyeludupan beras juga dilihat lne~nberi kesan kepada industri beras tempatan dan menghalany pendapatan cukai kerajaan. Rantau Panjang dipilih sebagai kawasan kajian kerana kedudukannya yang terletak begitu dekat dengan Thailand dan menjadi pintu inasuk dan keluar utama di sempadan Kelantan-Thailand. Selain itu, geografi sempadan Rantau Panjang yang unik yang mana kegiatan pencerobohan berlaku melalui lorong-lorong tikus yang ada di sepanjang Sungai Golok menjadi salah satu pendomng untuk kajian ini dilakukan di Kantau Panjang.

Kajiatl ini rnemilih AKSEM sebagai responden utarna atas faktor AKSEM sebagai agensi yang menjadi tulang belakang dalam kawalan di sernpadan darat negara.

Responden bagi kajian ini melibatkan Komander AKSEM Negeri Kelantan, Kornander Kawasan AKSEM Rantau Panjang, dan anggota AKSEM Rantau Panjang.

Anggota AKSEM yang dijadikan responden adalah terdiri daripada ~nereka yang mahir dengan situasi semasa di sempadan Rantau Panjang-Thailand selain daripada terlibat secara langsurlg dalarn rnernbanteras penyeludupan beras di kawasan kajian.

Selain itu, orang awarn yang terdiri daripada penduduk setempat yang terlibat secara langsung dengan aktiviti penyeludupan beras akan turut menjadi responden bagi kajian ini.

1.6 Kepentingan Kajiar~

Secara umumnya kajian ini adalah untuk rnelihat kepada keberkesanan penguatkuasaan AKSEM sebagai agensi yang bertanggungjawab mengawal dan rnengekang jenayah di sempadan darat Malaysia. Seterusnyal melalui kajian ini, peranan dan tanggungjawab AKSEM juga dapat diterokai sekaligus memberi idea kepada tahap kecekapan agensi ini rnengendalikan kes penyeludupan beras. Justelu

(30)

itu, maklumat berkaitan perkara-perkara ini dilihat dapat membantu para penyelidik lain, para pelajar, orang awam, seterusnya agensi-agensi kerajaan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang AKSEM.

Kajiarl berkaitan AKSEM ini bukatl sekadar untuk tnemenuhi kriteria kajian malahan ia adalah untuk penainbahan pengetahuan ilmiah yang lnenju~us ke arah pengawalan sempadatl negara dalaln menangani isu yang berkaitan dengan agensi-agensi yang terlibat di dalaln inenjaga keselanlatan negara. Lebih-lebih lagi kerana sebelu~n ini tidak ada kajian spesifik yang dilakukan di Rantau Panjang inengenai perkara ini.

Sete~usnya kajian ini dapat melihat keberkesanan jalinan kerjasama antara pelbagai agensi kawalan sempadan dalam mengekang jenayah rentas sempadan.

Hasil kajian dapat meinbantu pihak kerajaan seterusnyapegawai dan anggota AKSEM untuk rnanainbahbaik corak penbmatkuasaan dan pengurusan pada masa mendatang.

Hal ini melihatkan sepe~ti tiada kesudahan terhadap isu penyeludupan di negara ini.

Juste~u ka-jian ini dapat melihat kepada kelompangan yang ada terhadap penguatkuasaan di sempadan. Selain daripada itu, penelnuan kajian dapat lnemberikan inspirasi kepada agensi berkaitan dalam memantapkan penguatkuasaan dan pengumsan yang berkaitan dengan hal-ha1 di seinpadan darat tanahair.

1.7 Kerangka Kot~septual Kajian

Kajian ini berobjektif untuk melihat kepada sejauh mana kelemahan penguatkuasaan AKSEM dalam menjalankan tugasan dan peranan dalaln membanteras penyeludupan.

Kajian ini tumt bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu, masalah-masalah, dan halangan-halangan yang dihadapi oleh AKSEM Rantau Panjang dalam usaha

(31)

penguatkuasaan undang-undang-undang seita inencadangkan penyelesaian terhadap masalah-masalah dan isu-isu yang timbul. Bagi mencapai objektif kajian yang telah digariskan, kerangka kerja kajian telah dibentuk bagi memandu perjalanan kajian.

Kerangka kerja bagi kajian ini dimulakan dengan menghuraikan detinisi, membincangkan konsep organisasi, dan penyeludupan. Konsep organisasi yang dibincangkan di dalan~ kajian ini adalah memberi fokus kepada pengurusan sumber manusia. Rajah 1.2 menjelaskan mengenai kerangka konseptual yang mengemudi kajian ini.

Isu dan Ihalzlngan

Kanscp Pcmbangu~lan Snmbcr Manusia

Rajah 1 . 2

Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka kajian ini mengandungi beberapa pemboleh ubah sepetti AKSEM sebagai institusi, penyeludupan beras, organisasi selta isu dan halangan sumber manusia yang dihadapi oleh AKSEM dalarn mengekang penyeludupan beras.

1.8 Definisi Operasi

Bahagian ini akan memberi definisi operasi yang digunakan di dalam kajian ini.

Perbincangan ini melihat rnaksud definisi dari pelbagai sudut pandang pengkaji- pengkaji terdahulu.

(32)

1.8.1 Organisasi

Menurut Senior dan Swailes (2010), organisasi adalah melujuk kepada kesatuan ataupun susunan yang berstruktur yang mana ianya terdiri daripada bahagian (unit, sumber manusia, dan lain-lain) di dalam sebuah pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dan lain-lain) dengan tujuan tertentu demi kepentingan bersama. Rifa'i, Fadhli: dan Wijaya (2013) memberi takrif organisasi sebagai pelbagai bentuk persatuan, ter~nasuklah kumpulan komuniti, kelab sukan, organisasi-organisasi sukarela, perniagaan, sekolah, agensi kerajaan, hospital, dan institusi-institusi lain yang wujud dala~n masyarakat.

1.8.2 Pembangunan S u ~ n b e r Manusia

Way dan Johnson (2005) inemjuk pembangunan sumber manusia sebagai satu set amalan bersepadu untuk mengulus sumber manusia organisasi dengan mempengaluhi dan membentuk gelagat yang menyokong pencapaian matlamat organisasi. Pakdil dan Leonard (2014) mengatakan aktiviti yang ada di dalam pengulusan sunlber manusia adalah seperti pengambilan pekerja, latihan dan pembangunan, pemberian ganjaran, perkembangan kerjaya, penilaian prestasi, perkongsian rnaklumat, serta jaininan pekerjaan.

1.8.3 C a b a r a n Dalaman

Cabaran dalanlan mempakan masalah dan kekangan yang dihadapi di dalam sesebuah organisasi tanpa melibatkan pihak mahupun faktor luaran (Ariffin & Ahmad, 2017).

Kajian ini n~elnberi makna bahawa cabaran dalaln adalah lnerangku~ni masalah yang ada di dalam AKSEM sendiri yang mengganggu kecekapannya ~nengawal sempadan negara. Pengumsan dan pentbangunan sumber manusia untuk agensi ini berlaku

(33)

menyebabkan timbulnya keletnahan dalam operasinya. Harian Metro (25 Mac 2015) mengatakan bahawa kebanyakan agensi penguatkuasaan di Malaysia menghadapi cabaran modal insan.

1.8.4 C a b s r a n L u a r a n

Cnbaran luaran itu datangnya dari ancaman anasir-anasir luar yang berusaha memberi kekangan kepada organisasi dalam menjaladan peranannya (Ariffin & Ahmad, 201 7).

Utusan Malaysia (25 Mac 2015) mengatakan bahawa antara cabaran luaran yang dihadapi di sempadan negara adalah disebabkan keadaan geograii di sempadan negara.

Selain itu, antara cabaran luaran yang dihadapi oleh penguatkuasa se~npadan adalah di mana penguatkuasa berhadapan dengan penyeludup yang sering mengubah cara dan kaedah penyeludupan sehinggakan pihak berkuasa sukar menghidu kegiatan mereka (Harian Metro, 25 Mac 2015).

1.8.5 Penyeludupan

Menurut definisi Organisasi Kastam Dunia, penyeludupan barangan dipanggil sebagai penipuan kastam yang nlerangku~ni penghapusan barangan di sepat~jang sempadan yang dikawal kastanl dengan cara rahsia yang melewati pemantauan kasta~n (Majid &

Mohamnad, 2016). Khan (1999) mengatakan bahawa setiap negara mempunyai peraturannya sendiri berkaitan larangan masuk dan keluar barang dan produk khusus dari negara luar. Perkara ini menyebabkan adanya permintaan terhadap barangan dari luar dan berlaku ketidakpatuhan terhadap undang-undang yang telah ditetapkan untuk membawa masuk barangan (Khan, 1999). Menurut Meniman (2003). penyeludupan adalah kegiatan yang melibatkan penghindaran dan pengelakan cukai dengan cara mengelak kawalan sempadan.

(34)

1.8.6 Penyeludup

Jubit dan Kanyo (2014) mendefinisikan penyeludup sebagai sesiapa sahaja yang membawa lnasuk atau leluar barangan dari sesebuah negara ke negara yang lain secara tidak sah atas tujuan mengelak cukai. Nairn (2010) pula memberi definisi bahawa penyeludup adalah individu atau organisasi yang membawa masuk atau keluar barangan dari sesebuah negara dengan cara tidak sah. Nalebuff (1987) mengatakan penyeludup adalah mereka yang tahu akan 'laluan tikus' yang tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

1.9 Pembahagian Bab

Keseluruhan kajian ini dibahagikan kepada lima bab untuk perbincangan selanjutnya.

Bab Satu yang meiupakan bab pendahuluan mengandungi perbincangan secara terperinci mengenai permasalahan kajian yang menjadi fokus utama perbincangan di dalam tesis ini. Bab Satu juga menggariskan persoalan kajian, objektif kajian, dan batasan kajian.

Setelusnya Bab Dua membincangkan mengenai sorotan karya yang inembincangkan tentang definisi seperti penyeludupan, penyeludup, dan beras seludup. Bab Dua tuiut n~engandungi perbincangan hasil daripada kajian lepas dengan tumpuan kepada kawalan penyeludupan di sempadan darat dan kaedah penguatkuasaan yang digunakan dalam mengawal serta mengekang aktiviti penyeludupan. Selain itu, bab ini membincangkan mengenai sejarah, aspek, fungsi, dan tugasan AKSEM secara terperinci dalam pencegahan penyeludupan beras. Bab Dua juga menerangkan dengan terperinci berkaitan cara kerja anggota AKSEM dalam menangani isu pengumsan dalam pengawalan sempadan. Bab Tiga di dalam tesis membicarakan tentang

(35)

metodologi kajian. Bab ini memperihalkan rekabentuk kajian dan responden yang terlibat bagi kajian ini.

Seterusnya Bab Empat n~engandungi analisis dan membincangkan hasil dapatan kajian yang diperoleh mengenai faktor dalaman dan faktor luaran yang mengganggu AKSEM melaksanakan fungsi dan peranannya selaku agensi penguatkuasaan yang mengekang penyeludupan beras di Rantau Panjang. Bab ini juga mengandungi perbincangan dapatan berkaitan cabaran yang dihadapi dan setelusnya membawa kepada penemuan yang akan menjawab persoalan kajian selaras dengan objektif yang ditetapkan.

Akhir sekali, Bab Lima akan membincangkan kesimpulan kajian dan cadangan. Bab terakhir ini membincangkan pencapaian objektif kajian, penemuan kajian, dan kesimpulan berdasarkan penemuan kajian. Selain itn, ia juga menerangkan implikasi penemuan kajian dan ~nemberi cadangan-cadangan yang sesuai bagi menambahbaik sistem kawalan sempadan bagi mengekang isu penyeludupan di sempadan darat.

(36)

BAB DUA ULASAN KARYA

2.1 Pengellala11

Bab ini mengandungi ulasan karya yang meliputi definisi mengenai topik berkaitan kajian iaitu organisasi, pengumsan sumber manusia, penyeludupan, penyeludup, dan beras seludup. Selain itu bab ini turut melihat kepada sorotan kajian lepas yang dilakukan oleh sarjana terdahulu. Faktor yang mempengatuhi penyeludupan beras turut akan dibincangkan secara literatur. Setetusnya, bab ini merungkai kepada sejarah, tugasan, dan peranan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dalam pencegahan jenayah rentas sempadan yang melibatkan penyeludupan beras. Selain itu, bab ini tulut melihat kepada kaedah dan corak kerja semasa yang dilaksanakan oleh AKSEM dalam pencegahan penyeludupan beras. Bab Dua juga turut melihat kepada kerjasan~a AKSEM dengan agensi lain dalam membanteras penyeludupan beras. Selain itu, bab ini tu~ut membincangkan dasar d m strategi kerajaan dalam usaha mencegah penyeludupan beras. Definisi

Bahagian ini mengandungi perbincangan lanjut mengenai definisi bagi organisasi, pengumsan sumber manusia, penyeludupan, dan penyeludup. Senior dan Swailes (2010) m e ~ u j u k organisasi sebagai kesatuan ataupun susunan yang berstruktur yang mana ianya terdiri daripada bahagian (unit, sumber manusia, dan lain-lain) di dalam

(37)

sebuah pertubulian (perkumpulan, perbadanan, dan lain-lain) dengan tujuan tertentu demi kepentingan bersama. Rifa'i, Fadhli, dan Wijaya (2013) pula mentakriikan organisasi sebagai pelbagai bentuk persatuan, termasuklah kumpulan komuniti, kelab sukan, organisasi-organisasi sukarela, perniagaan, sekolah, agensi kerajaan, hospital, dan institusi-institusi lain yang wujud dalaln masyarakat.

Storey (1989) mengatakan bahawa istilah pengulusan sumber manusia adalah istilah baru yang menggantikan istilah pengurusan personelia. Storey (1989) menegaskan bahawa pe~ubahan penggmaan istilah ini menunjukkan perkembangan yang progresif di dalaln bidang ini yang mana berlaku pe~ubahan daripada pengurusan tradisional ke pengurusan yang menumpu pada modal insan di dalam organisasi. Selaras dengan penggunaan istilah pengurusan su~nber manusia, pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh modal insan dalam organisasi telah diberikan. Menumt Snell(1992) mengatakan yang modal insan adalah sekumpulan sumber manusia yang berada di bawah kawalan organisasi hasil dari perhubungan pekejaan yang terbentuk antara sumber ~nanusia dengan orgarisasi. Berikutan itu. sumber lnanusia di dalaln organisasi hams diurus dengan baik supaya memudahkan organisasi mencapai matlarnatnya.

Pel-tubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan penyeludupan atau perdagangan haram sebagai -'sebarang amalan atau kelakuan dilarang oleh undang-undang dan yang berkaitan dengan pengeluaran, ~enghantaran, penerimaan, pemilikan, pengedaratl, penjualan atau pembelian, termasuk apa-apa amalan atau kelakuan yang bel-tujuan i~ntuk memudahkan aktiviti sedemikian" (WHO. 2003). Menurut The National

(38)

Archive (201 8), penyeludupnn meiupakan satu jenayah yang sepenuhnya dicipta oleh kerajaan. Lainan arkib rasmi dan penerbitan ~nilik kerajaan United Kingdom itu inengatakan bahawa kerajaan Britain pada abad ke 18 mengumpul banyak pendapatan dari tugas kastam melalui cukai yangdibayarke atas import barangan seperti teh, kain, wain, dan minuinan keras. Cukai sehingga 30%, menjadikan barangan tersebut menjadi mahal menyebabkan penyeludupan berlaku sehingga menjadi pelniagaan yang besar pada ketika itu. Oleh sebab itu, kerajaan Britain pada ketika itu telah mengisytiharkan bahawa penyeludupan adalah satu jenayah dan menjadi kesalahan (The National Archieve, 2018).

Intelpol(28 Ogos 201 7) mendefinisikan penyeludupan sebagai perdagangan barangan haram tennasuk amalan seperti pemalsuan (pelanggaran cap dagangan), cetak sompak (pelanggaran hak cipta), penyeludupan produk yang sah dan pengelakan cukai.

Talnbah Interpol (28 Ogos 2017) lagi, menjual produk palsu atau produk yang

~nemalsukan produk dan dijual sebagai produk sebenar adalah salah satu aspek jenayah ini sama seperti menjual barnng asli di pasaran gelap untuk mengelakkan membayar cukai. Dengan mengelakkan kawalan pihak berkuasa, penjenayah di sebalik aktiviti penyeludupan biasanya menjual barang-barang yang berbahaya tanpa menghiraukan kesihatan dan keselamatan pengguna. Fenomena ini telah berkembang ke tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, yang menimbulkan risiko besar kepada ~nasyarakat dan ekono~ni global (Interpol, 28 Ogos 20 17).

JKDM (2014) di dalarn Pelan Strategik Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2015-2019 mendefinisikan penyeludupan sebagai satu jenayah terancang yang beroperasi melalui rangkaian perdagangan di mana ianya melibatkan aktiviti yang salah dari segi undang-

(39)

undang sepel-ti mengelak dutilcukai, frod melepasi sempadan, penyeludupan dadah, penyeludupan senjata api, barang berbahaya, barang larangan, penggubahan wang haram, perdagangan barang ti~uan dan jenayah pemerdagangan orang.

Penyeludup didefi nisikan sebagai individu ataupun organisasi yang membawa masuk atau keluar barangan dari sesebuah negara dengan cara tidak sah (Naim, 201 0). Achilli (2015) dalanl kajian penyeludupan migran dari Asia Barat ke negara Eropah mendefinisikan penyeludup sebagai yang biasanya dikenali sebagai scafisti (tukang bot) iaitu penjahat yang tidak belmoral dan menipu yang tidak teragak-agak untuk melenlparkan manusia di laut atau menyalahgunakan kapal mereka sendiri sehingga memaksa pihak berkuasa untuk menjalankan penyelamatan. Jubit dan Kanyo (201 4) inengatakan bahawa penyeludup adalah mereka yang membawa masuk barangan secara haram bagi mengelakkan cukai. Menurut Strik (2012), penyeludup adalah mereka yang mengambil kesempatan terhadap sesuatu situasi.

2.2 Pembangunan Sumber Manusia

Menurut Brewster (2017) sistem pembangunan sumber manusia adalah kitaran organisasi yang mencantumkan empat fungsi ulnum iaitu pemilihan, penilaian, pemberian ganjaran, dan pembangunan. Apabila keempat fungsi umum tersebut digunapakai di seluruh organisasi ia boleh memberi impak terhadap prestasi organisasi (Brewster. 2017). Hallee, Taskin, dan Vincent (2018) menegaskan yang kitaran suinber manusia beimula dengan organisasi memilih pekerja yang sesuai serta sepadan dengan pekerjaan dan nilai organisasi, dan seteiusnya menilai prestasi pekerja dalam membantu menentukan agihan ganjaran, meningkatkan motivasi pekerja dengan mengaitkan prestasi kerja dengan ganjaran, dan akhirnya membangunkan pekerja

(40)

menerusi latihan bagi meningkatkan prestasi kerja mereka. Kesejajasan antara pernbangunan sun~ber manusia dengan objektif organisasi adalah penting untuk lnencapai matlamat organisasi (Hallee, Taskin, & Vincent, 2018). Bagi kajian ini, pengurusan surilber manusia AKSEM adalah penting bagi metnastikan matlamat AKSEM untuk menangani penyeludupan di sempadan bejaya dicapai.

Bohlander dan Snell (2010) mengatakan yang sistem pelbangunan sulnber manusia sebagai gabungan kepada aktiviti perancangan, perekrutan, penstafan, reka bentuk kerja, latillan dan pernbangunan, penilaian prestasi, komunikasi, pentadbiran pampasan, faedah, dan hubungan b u ~ u h . Way dan Johnson (2005) percaya bahawa bahawa modal insan adalah aset utama organisasi yang h a u s diurus dengan berkesan agar ia boleh membantu organisasi mencapai matlamat yang ditetapkan. Beer dan Spector (1985) menekankan kepada perspektif jangka panjang dalam mengulus peker,ja. di lnana mereka melihat pekerja sebagai aset yang berpotensi untuk menyumbang kepada mencapai objektif organisasi. Bagi Beer dan Spector (1985), keputusan dan tindakan pengutusan dalaln mengulus sumber manusia akan memberi kesan pada hubungan jangka panjang antara pekerja dengan organisasi.

Beer dan Spector (1985) telah mengemukan model pelnbangunan sumber ruanusia yang merangkumi ernpat aktiviti utama, iaitu pengaruh pekerja, aliran sumber manusia, sistem ganjaran, dan sistem kerja. Pengulusan sunlber manusia bukan sahaja membantu mencapai matlamat organisasi dengan meningkatkan produktiviti dan keuntungan, tetapi juga berperanan tnemenuhi keperluan pekerja, seterusnya mempenga~uhi komitmen pekerja. Bohlander dan Snell (2010) serta Dessler (201 1) merujuk konsep penbangunan sumber manusia sebagai satu set aktiviti dalam

(41)

nlengulus pekerja yang terdiri daripada aktiviti mmgendalikan analisis kerja, merancang dan merekrut, memilih, melatih dan orientasi pekerja, rnengurus bayaran gaji dan pemberian ganjaran, menilai prestasi pekerja, berko~nunikasi dengan pekerja dan rr~elnbentuk komitmen pekeda. Oleh demikian, kajian ini memberi fokus kepadn isu yang dihadapi di dalam pengutusan sumber manusia AKSEM dalam usaha agensi tersebut mengeknng kegiatarl penyeludupan beras.

Isu penyeludupan adalah masalah yang tidak ada penghujungnya (Abdullah, Norehan, Selamah, & Fauzi, 2015) memberi dorongan kepada kajian ini untuk melihat kepada isu dan mnsalah yang melingkari organisasi yang bertanggungjawab dalam kawalan sempadan darat negara. Sistem pembangunan sumber manusin dikatakan mampu nlemberi kesan yang positif kepada organisasi (Ferguson & Reio, 2010; Den Hartog

& Verburg. 2004). Pfeffer (2007) telah menggariskan kandungan sistem pembangunan

sumber n~anusia kepada tujuh amalan. iaitu jaminan pekerjaan, pengambilan berdasarkan pemilihan yang teliti, pasukan pengurusan kendiri dan pembuatan keputusan telpencar, pemberian ganjaran berdasarkan prestasi, latihan pekerja, mengurangkan perbezaan status, dan perkongsian maklumat kewangan organisasi.

Huselid, Jackson, dan Schuler (1997) pula menghasilkan dua dimensi utama didalam sistem pembangunan sumber manusia menerusi analisis faktor terhadap tiga belas amalan pembangunan sumber manusia, iaitu fakto~ kemahiran pekrrja dnn struktur organisasi (teka bentuk kerja, analisis kerja, latihnn pekerja, pemilihan pekerja, p e r e h t a n pekerja. penglibatan pekerja, perkongsian maklumat, prosedur kilanan, selta rancangan insentif dan faedah pekerja), serta faktor ~notivasi pekerja (penilaian prestasi, pemberian ganjaran berdasarkan prestasi. kenaikan pangkat berasaskan merit.

serta keadilan pengambilan pekeria).

(42)

Delery dan Doty (1996) pula mengenal pasti tujuh amalan pembangunan sumber manusia dalam kajian mereka iaitu peluang kerjaya dalaman, sistem latihan fonnal, penilaian prestasi, perkongsian keuntungan, jaminan pekerjaan, mekanisme bersuara bagi pekerja, dan reka bentuk pekerjaan. Berdasarkan amalan-amalan pelnbangunan sumber manusia yang telah dibincangkan, amalan pembangunan sumber lnanusia yang akan digunakan untuk kajian ini adalah berlandaskan amalan pembangunan sumber manusia yang berkait rapat dengan prestasi AKSEM iaitu peluang kerjaya dalaman, sistem latihan formal, mengurangkan perbezaan status. pemberian ganjaran berdasarkan prestasi, dan perkongsian maklumat kewangan organisasi.

2.3 Organisasi-organisasi Kawalan Sempadan di Malaysia

Kerajaan Malaysia inemandang serius masalah penyeludupan yang bergiat aktif di sempadan negara dengan menubuhkan pelbagai agensi dan ~nenggubal bermacam- macan1 undang-undang berkaitan dengan penyeludupan. Berita Harian (19 Mac 2015) menulis bahawa tujuh agensi kerajaan telah melakukan perbincangan dalam usaha membanteras penyeludupan. Perbincanpan tersebut diselaras oleh Sumhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mana ianya melibatkan agensi seperti PDRM, IIM, IKSM, MKN, dan Maritim Malaysia (Berita Harian, 19 Mac 2015).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM pada ketika itu mengatakan bahawa pehincangan antara agensi tehabit adalah bagi mencari jalan dan idea bernas mencegah tindakan melindungi aktiviti penyeludupan dan penjualan bahan larangan dan kawalan di semua sempadan negara. Laporan ini menunjukkan terdapat lebih satu agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan mengekang penyeludupan di sempadan negara (Berita Harian, 19 Mac 201 5).

(43)

Bagi memantapkan agensi penguatkuasaan serta meningkatkan integriti penguatkuasa, AKSEM yang dinaiktaraf dari UPP diberi tanggungawab di sempadan. Sebelu~n Akta 799 diwartakan. bidang kuasa AKSEM adalah amat terhad di mana mereka menghadapi kekangan untuk melakukan serbuan, rondaan, dan rampasan akibat ~ i d a k dipemntukkan sebarang akta (Utusan Malaysia, 23 Ogos 2017). Namun setelah pewartaan akta tersebut, AKSEM menjadi agensi tunggal dalam mengkoordinasi kawalan sempadan di mana perintah dan kawalan tertakluk di bawah kuasa Ketua Pengarah Aksem (Akta 766,201 7).

"... Keanggotaan AKSEM membabitkan liina agensi sedia ada, iaitu PDRM, JIM, JKDM, AADK serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)

Srlmher: Beritu Hurian. 26 Disenrher 201 7

Selain daripada AKSEM, JKDM adalah agensi kerajaan yang giat menjalankan aktiviti rnembanteras penyeludupan di sempadan. Jika dibandingkan dengan AKSEM, JKDM dilihat tertakluk kepada lebih dari satu akta bagi tujuan penguatkuasaan. Akta yang menjadi punca kuasa JKDM adalah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990, Akta Cukai Jualan 1972 (sehingga 31 Mac 2015), Akta Cukai Perkhidmatan 1975 (sehingga 31 Mac 2015), Akta Levi Kenderaan 1983, Akta Keuntungan Luar Biasa 1998, dan Akta Cukai Barang dan Perkhidrnatan 2014 (JKDM. Pelan Strategik Jabatan Kasta~n Diraja hlalaysia 2015-2019,2014).

Selain daripada akta yang diwartakan, terdapat beberapa peraturan dan perintah undang-undang bagi menyokong akta terbabit, antaranya seperti Perirrtulr D ~ r t i Kcrstcrm (Pe~~gecrrctliar?) (Btrurng-bnr~r~lg Bercrscrl Dari Neger-i ASEAN) (Tar$ Kerrt~rmcmrr

(44)

Slr~ila Rtrftr) I988 dan Perirltrrli Duti Kosforn (Pengecirnlinn) (Borrrr~g-bar-frng Bernsnl Drrri Negeri ASEAN) 1988 (JKDM, Bahaglan Penguatkuasaan, 201 8).

Selain daripada AKSEM dan JKDM sebagai teras dalam pencegahan penyeludupan, PDRM dan JLM juga merupakan agensi yang bertanggungjawab dalanl penguatkuasaan di sempadan manakala hlaritim Malaysia menjadi entiti pencegahan di sempadan laut negara. Kepelbagaian agensi penguatkuasaan menunjukkan hahawa kerajaan Malaysia amat komited dalam usaha memperkuatkan keselar~~atan dan pengurusan sempadan termasuk usaha lnenghalang penyeludupan harangan dan pemerdagangan manusia. Utusan Malaysia ( I 8 September 2015) mclaporkan bahawa pendekatan NBOS perlu diperkasakan supaya agensi pcnguatkuasaan dapat diintegrasikan bagi ~nemantapkan lagi usaha pencegahan di pintu-pintu sempadan negara. Kawal Padi Beras (KPB) me~.upakan unit di bawah MOA juga adalah agensi yang membantu membendung penycludupan beras. KPB bertanggungjawab mengumsetia pelugas khas me~nbanteras penyeludupan beras.

Selain itu, KPB juga mempengerusi dan mengurusetiakan pasukan kerja dalam pemcriksaan dalam negeri dan pasukan kerja penerangan (MOA, Fungsi dan Penguatkuasaan, 2018). Dalam mengekang penyeludupan beras, KPB tertakluk di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan digunapakai di seluruh Malaysia. KPB juga me~upakan agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen import beras, lesen eksport beras, permit import beras. dan permit pe~nindahan beras (MOA, Fungsi dan Penguatkuasaan, 2018).

(45)

2.4 AKSEM Sebagai Organisasi Kawalan Sempadan

Kawalan sempadan di Kelantan telah dikawal dengan rapi ~nelalui pertubuhan Strategi Lautan Riru Kebangsaan (NBOS) di mana pendekatan yang digunakan oleh NROS ini adalah untuk mengawal aktiviti yang berkaitan dengan kawalan sernpadan. Sempadan Malaysia dan Thailand hanya merentasi timur dan barat semenanjung sejauh 646.4 kilometer dan hanya kawasan di barat semenanjung sahaja yang dipagari manakala tli bahagian tirnur ianya tidak dipagar (Parlimen Malaysia, Penyata Rasmi Parlimen, 201 7). Hal ini mengakibatkan terhasilnya 'lubang tikus' yang digunakan untuk aktiviti penyeludupan.

Selain daripada Rantau Panjang, terdapat beberapa pintu masuk sempadan di negeri ini iaitu Kota Bham. Pengkalan Kubor, dan Bukit Bunga. Namun begitu, kajian ini hanya akan melnfokuskan kepada agensi AKSEM di Rantau Panjang, Kelantan.

AKSEM diwujudkan dan bekerjasaina dengan beberapa agensi yang terlihat antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan juga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Sehubungan itu, kajian ini akan melihat sejauh lnana keberkesanan AKSEM dalaln menangani pengulusan berkenaan dengan penyeludupan yang semakin menula]. di Rantau Panjang, Kelantan.

AKSEM inempakan salah satu unit keselarnatan yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pada tahun 2015, AKSEM telah dibentuk yang mana ianya dinaik taraf daripada Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang bertujuan untuk mnnperluaskan kerjasama dalam meinbanteras jenayah rentas sernpadan antara KDN dan agensi penguatkuasaan lain (Berita Harian, 2 November 2015). Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia (02 November 2015) penubuhan AKSEM adalah sebagai

(46)

penjenamaan semula selta proses naik taraf UPP yang selama ini bertanggungjawab mengawal keselamatan di kawasan sempadan negara.

UPP memiliki keanggotaan seramai 909 orang dan unit tersebut telah ditubuhkan pada 1977 berdasarkan arahan Majlis Kesela~natan Negara (MKN) MKN No. 15 yang dianggotai oleh anggota daripada PDRM, JIM, dan JKDM (Utusan Malaysia, 07 Mac 2016). Sebeluln UPP dinaik taraf sebagai AKSEM wakil daripada KDN telah lnembuat rundingan mesyuarat bersama Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKP), Jabatan Perdana Menteri (JPM), PDRM, JKDM, JIM, Sul-uhanjaya Pencegah Rasuah Maysia (SPRM) serta tidak ketinggalan MKN (Penyata Rasmi Parlimen Dewan Negara, 2015).

Susulan dengan pembentukan AKSEM, Akta Agensi Kawalan Selnpadan Malaysia 20 17 (Akta 799) telah dikuatkuasakan bagi rnemperluaskan fungsi AKSEM dalam melaksanakan kawalan di sempadan darat negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Menurut Akta 799 (2017), AKSEM hendaklah tertakluk kepada Akta 799, digunakan khidrnatnya di selnpadan darat Malaysia bagi mengawal apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat Malaysia. Akta ini sekali y s membolehkan AKSEM melaksanakan operasi sehingga ke garis akhir sempadan negara (Berita Harian, 26 Disernber 2017).

Ekoran itu, AKSEM bertanggungjawab mengkoordinasi keselnua agensi penguatkuasa yang mengawal sempadan dalat seluruh Malaysia. Perkara ini adalah bemjuan untuk melnperkasakan kawalan sempadan dalam menyelesaikan isu-isu

(47)

berkaitan penyeludupan, pembolosan serta rasuah di kawasan sempadan. Sebelum penubuhan AKSEM, pelbagai isu telah timbul berkaitan penugasan kawalan di sempadan. Selnenjak penubuhan AKSEM pada 201 5 , kecekapan pihak AKSEM dapat dilihat di mana pada tahun pertama AKSEM beroperasi pada 20 16 nilai rampasan di sempadan dicatatkan sebanyak RM38.6 juta berbanding pada tahun 2014 iaitu sebelum terbentuknya AKSEM yang hanya mencatatkan nilai sebanyak RM 18.2 juta (Berita Harian, 10 Ogos 2017).

Pelbagai isu yang melibatkan kes-kes penyeludupan, pembolosan, serta rasuah yang melibatkan sempadan Malaysia-Thailand yang terletak di Kelantan, Perlis. dan Kedah.

Sehubungan denyan itu, kerajaan lnengalnbil tindakan drastik dengan melakukan pelbagai pembaikpulih dari pelbagai bentuk kawalan sempadan. Sehubungan itu, penubuhan AKSEM dilihat salah satu usaha serius kerajaan dalam membanteras jenayah rentas sempadan. Walaubagaimanapun, pengoperasian AKSEM tidak membabitkan dengan penambahan jawatan baru sebaliknya ia mengguna pakai jawatan daripada I6 agensi penguatkuasaan yang sedia ada (Kosmo Online. 28 Disember 20 17). Penubuhan AKSEM adalah salah satu cara untuk membina sistetn kawalan seinpadan yang kebal daripada isu-isu besar yang datang daripada dua hala melalui sempadan sepelti kes penyeludupan yang seringkali berlaku di sempadan.

2.4.1 Sejarah AKSEM

Isu penyeludupan di sempadan darat negara melupakan satu isu yang telah lama berakar di negara ini. Tahun 1970an menyaksikan sempadan negara sukar dikawal di mana masalah penyeludupan setnakin berleluasa. Pada ketika itu, Polis Hutan adalah unit yang ditugaskan untuk mengawal sempadan. Disebabkan keadaan di sempadan

(48)

nlenjadi semakit~ sukar dikawal maka pada tahun 1976, satu unit baru iaitu UPP diwujudkan bagi mernbantu Polis Hutan menjalankan kawalan yang lebih ketat di sernpadat~. Pada ketika itu, UPP dinarnakan sebagai Bahagian Pencegahan Penyeludupan Polis Hutan (RPPH). Ianya ditubuhkan dengan gabungan beberapa agensi penguatkuasaan sempadan iaitu PDRM, JIM, JKDM, dan Padiberas Nasional Negara (BERNAS) dan diletakkan di bawah kawalan KDN.

Pernbentukan UPP pada ketika itu dilihat sebagai satu pasultan yang dikhususkan sebagai sokongan kepada agensi sedia ada (Harian Metro, 8 April 2018). Objektif penubuhan UPP adalah bagi metnbanteras selta rnencegah sebarang kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand. Sehubungan itu, UPP meletakkan anggotanya di empat t~egeri yang bersernpadanan dengan Thailand iaitu Kelantan, Kedah, Perlis, dan Perak. Lokasi penempatan anggota UPP adalah di kawasan- kawasan yang dikenalpasti sebagai lubuk penyeludupan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand. UPP juga berperanan membuat sekatan jalan di pintu sempadan selain daripada menjalankan operasi membanteras penyeludupan.

(49)

Foto 2. 1: Sekatan Jalan UPP dl Sempadan Thailand S ~ ~ m b e r . : Beritn Hnricrrz, 19 Jin1~1crr.i 2016

Pada tahun 201 5, negara digemparkan dengan penemuan kubur besar di Wang Kelian yang mana ianya disyaki menjadi kern perdagangan manusia yang melibatkan pelarian Rohingya (New Straits Times, 20 Disember 2017). Berikutan kejadian tersebut, Menteri KDN pada ketika itu beranggapan bahawa penguatkuasaan di sempadan negara perlu diperkasa dan diperketatkan (Harian Metro, 8 April 2018). Sehubungan itu, pada November 2015, pentadbiran UPP dijenamakan semula kepada Agensi Keselamatan Sempadan (AKS) dengan tujuan mewujudkan satu agensi khas untuk mengawal sempadan seterusnya memberi kuasa kepada agensi tersebut mempertingkatkan lagi kawalan di sempadan negara (Utusan Malaysia, 2 November 201 5). Penubuhan AKSEM boleh dikatakan berkaitan rapat dengan tragedi penemuan kem tahanan ha

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini bertujuan untuk menerangkan mengenai era yang penting selepas Perang Dunia Pertama dalam sejarah Kurdistan di mana rantau ini mengalami kekosongan politik dan

Satu kajian kes dibuat di UiTM Pahang di mana kajian menggunakan kaedah pemerhatian iaitu melihat dan menentukan bagaimana sistem baru (e-EmSatS) yang digunakan dapat membantu

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua komuniti Iban di rumah panjang yang terlibat dalam kajian ini sependapat yang keadaan persekitaran fizikal iaitu bentuk bumi dan

Hasil kajian ini tidak selaras dengan kajian yang di lakukan di Yemen yang mendapati semakin tinggi tahap pendidikan seseorang semakin tinggi peratus yang mengamalkan

Sharpe dan Cooper (1972) ffilsalnya, yang membuat kajian ke atas harga saham bulanan bagl pasaran saham New York antara 1931-1967, merumuskan bahawa melabur dalam saham

Daripada dapatan emperikal tersebut, ianya menyulitkan golongan tersebut yang mana pendapatan mereka adalah diantara RM4,000 hingga RM8,500 sebulan untuk memiliki rumah sendiri

Bab ini telah mempersembahkan analisis data dan perbincangan terhadap penemuan kajian. Penemuan dalam kajian ini adalah peranan PBT sebagai agensi yang bertanggungjawab

Antaranya adalah kajian kes sama yang dijalankan dalam jangka-masa yang lebih panjang, kajian interaksi diantara pelbagai jenis cabaran dan kajian perbandingan