• Tiada Hasil Ditemukan

(2) FTKW MENELITI FUNGSI MUZIUM WARISAN HANG TUAH DALAM MEMPERKENALKAN WARISAN KETARA DAN TIDAK KETARA DI MELAKA oleh

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "(2) FTKW MENELITI FUNGSI MUZIUM WARISAN HANG TUAH DALAM MEMPERKENALKAN WARISAN KETARA DAN TIDAK KETARA DI MELAKA oleh"

Copied!
32
0
0

Tekspenuh

(1)TUAH DALAM MEMPERKENALKAN WARISAN KETARA DAN TIDAK KETARA DI MELAKA. NUR ISMAHANI BINTI ROSLI. IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN 2022. FTKW. MENELITI FUNGSI MUZIUM WARISAN HANG.

(2) FTKW MENELITI FUNGSI MUZIUM WARISAN HANG TUAH DALAM MEMPERKENALKAN WARISAN KETARA DAN TIDAK KETARA DI MELAKA oleh. NUR ISMAHANI BINTI ROSLI. Laporan ini dihantar bagi memenuhi kehendak Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian. Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. 2022.

(3) FTKW. PENGHARGAAN. Bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, penulis dapat menyiapkan laporan penyelidikan ini bagi memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda. dengan jayanya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Selain itu, penulis juga amat bersyukur kerana mampu mengatasi cabaran dan masalah yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini berlangsung.. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih ditujukan kepada penyelia projek penyelidikan saya iaitu Dr. Mukhtaruddin bin Musa kerana telah banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar, penambahbaikan serta sokongan dan dorongan moral bagi memastikan penulis dapat menyiapkan projek penyelidikan ini dengan jayanya.. Jutaan terima kasih juga diberikan kepada responden penulis di sekitar Kampung Duyung, Melaka yang sudi meluangkan masa dan tenaga semasa kajian ini dilaksanakan. Seterusnya, penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan kerana telah memberi peluang kepada penulis untuk menjalankan projek penyelidikan ini.. Di samping itu, ucapan terima kasih juga diberikan kepada kedua ibu bapa penulis iaitu Rosli Bin Kamil dan Zarina Binti Atan yang menjadi tulang belakang penulis dalam memberi sokongan moral untuk menyiapkan projek penyelidikan ini serta terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini..

(4) FTKW. ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN ABSTRAK BAB 1 PENDAHULUAN. 2. 1.1 PENGENALAN. 2. 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN. 2. 1.3 PERSOALAN KAJIAN. 3. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN. 3. 1.5 SKOP KAJIAN. 4. 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN. 5. 1.7 STRUKTUR LAPORAN. 5. BAB 2 SOROTAN KAJIAN. 6. 2.1 PENGENALAN. 6. 2.2 DEFINISI MUZIUM. 7. 2.3 SEJARAH MELAYU DAN HANG TUAH. 11. 2.4 KESEDARAN MASYARAKAT TENTANG SEJARAH MELAKA. 12. 2.5 KESIMPULAN. 14. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. 15. 3.1 PENGENALAN. 15. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN. 15. 3.3 PENGUMPULAN DATA. 16. 3.3.1 DATA PRIMER. 16. 3.3.2 DATA SEKUNDER. 16. 3.4 PERSAMPELAN DATA. 17. 3.5 ANALISIS DATA. 17. 3.6 KESIMPULAN. 17. BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. 19. 4.1 PENDAHULUAN. 21. 4.2 FUNGSI MUZIUM UNTUK MELINDUNGI WARISAN DI MELAKA. 23. 4.3 TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT MENGENAI HANG TUAH. 25. 4.4 KESIMPULAN. 25. BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. 26. RUJUKAN. 28-29.

(5) FTKW. MENELITI FUNGSI MUZIUM WARISAN HANG TUAH DALAM MEMPERKENALKAN WARISAN KETARA DAN TIDAK KETARA DI MELAKA. ABSTRAK. Kajian ini dijalankan untuk meneliti fungsi muzium yang terdapat di Malaysia dalam. memainkan peranan bagi pengekalan warisan bangsa dan negara. Pendekatan kualitatif telah digunakan serta sesi temubual yang dijalankan bagi mendapatkan gambaran yang meneyeluruh mengenai fungsi institusi muzium tersebut. Instrumen temubual yang digunakan bertujuan bagi menjawab objektif kajian yang telah dinyatakan iaitu menganalisis fungsi muzium Hang Tuah untuk melindungi warisan di Melaka dan untuk mengkaji tahap kesedaran masyarakat mengenai Hang Tuah di Melaka.. Kata kunci : Muzium, Pengurusan muzium, sejarah Melayu, Ketokohan Hang Tuah.

(6) FTKW. BAB 1. PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN. Pengenalan kepada satu undang-undang ataupun dikenali sebagai Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang meliputi segala jenis warisan budaya yang terdapat di. Malaysia yang dibahagikan kepada warisan ketara dan warisan tidak ketara, warisan semula jadi serta warisan budaya bawah air. Bahawa jelaslah akta ini telah merangkumi semua perkara perundangan berkaitan dengan pemuliharaan. Di samping itu, kuasa antara pihak swasta dan juga kerajaan dapat diuruskan secara bersama. Hal ini menunjukkan bahawa akta ini bersifat saling melengkapi dalam memperkukuhkan lagi undang-undang namun tidak menghapuskan perundangan sedia ada berkaitan dengan warisan dan kuasa-kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri, kecuali Akta Bendapurba 1976 dan Akta Harta Karun 1957. Melalui penggubalan Akta Warisan Kebangsaan 2005 ini telah memberi kesan kepada pewartaan Akta warisan yang merupakan dokumen perundangan paling penting dalam kerajaan bagi memelihara dan memulihara warisan negara. Hal ini kerana, Akta ini telah merangkumi semua persoalan yang berlaku sebelum ini dalam permasalahan bagi menentukan warisan ketara, warisan tidak ketara dan warisan bawah. air.. Dengan adanya. Akta. Warisan. telah. memberi. panduan. dalam. melaksanakan pengurusan berkaitan warisan dengan lebih sistematik dan berkesan. Selain itu, pengisytiharan warisan kebangsaan telah dilakukan melalui Akta Warisan Kebangsaan 2005. Ini merupakan langkah yang drastik untuk menyelamatkan serta memelihara warisan negara. Oleh yang demikian, agensi atau pihak lain tidak boleh membuat dakwaan objek warisan tersebut kepunyaan mereka.. 2.

(7) FTKW. Muzium merupakan salah satu institusi terpenting yang memainkan peranan. dalam mengumpul, menjaga, merawat serta mempamerkan warisan ketara (tangible) dan tak ketara (intangible) sejarah sesuatu bangsa. Institusi muzium ini juga mempunyai tujuan yang sangat penting dalam memberi ilmu pengetahuan dan mendidik anggota masyarakat tentang pentingnya warisan sejarah sesuatu bangsa. untuk dipertahankan. Kewujudan institusi ini juga merupakan salah satu usaha bagi. mengekalkan khazanah warisan sejarah dan budaya bangsa kita. Selain itu, terdapat juga peninggalan dan jumpaan koleksi mahupun artifak yang bernilai dijadikan sebagai bukti sesuatu peristiwa atau sejarah lampau yang telah berlaku di negara kita. Muzium juga memainkan peranan yang sangat penting sebagai pusat rujukan dan penyelidikan berkaitan warisan. Di samping pelbagai kajian dan penulisan dilaksanakan bagi tujuan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat agar lebih mengenali dan mengetahui jati diri bangsa. Institusi muzium ini telah diperkenalkan oleh pihak British buat pertama kalinya di Tanah Melayu pada ketika itu. Budaya muzium ini pada asalnya berasal daripada. masyarakat Eropah yang menganut dan mengamalkan falsafah renaissance pada abad ke-18 dan 19 Masihi lagi.. 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN. Era kemajuan teknologi yang kian tumbuh dengan pesat disebabkan arus pembangunan dan dasar kerajaan masa kini. Era ini mempunyai keperluan yang berbeza menyebabkan sesebuah pihak organisasi perlu berdepan dengan cabaran baharu untuk terus berdaya saing serta kekal pada masa akan datang. Hal ini demikian juga telah dihadapi oleh organisasi permuziuman pada hari ini. Punca kurangnya kesedaran dan penyertaan masyarakat merupakan salah satu cabaran yang dihadapi. 3.

(8) FTKW. bagi mengekalkan produk warisan budaya orang Melayu. Selain itu, infrastruktur pelancongan yang tidak mencukupi untuk menyokong warisan tempatan. 1.3 PERSOALAN KAJIAN. Persoalan kajian bagi kajian ini ialah bertujuan menganalisis fungsi sesuatu. muzium dalam usaha melindungi warisan yang ada. Selain itu, bertujuan untuk mengkaji tahap kesedaran masyarakat mengenai nilai warisan negeri Melaka yang terdapat di Muzium Hang Tuah khususnya.. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencapai tujuan dan objektif yang berikut : 1. Menganalisis fungsi muzium Hang Tuah untuk melindungi warisan di Melaka. 2. Mengkaji tahap kesedaran masyarakat mengenai Hang Tuah di negeri Melaka.. 1.5 SKOP KAJIAN. Penyelidikan ini akan memfokuskan kepada bagaimana pihak Muzium Hang Tuah di Kampung Duyong, Melaka. melindungi warisan sedia dalam jangka masa. panjang supaya boleh dikekalkan untuk generasi akan datang. Kemungkinan besar limitasi yang akan penyelidik hadapi adalah dalam menganalisis implikasi tahap kesedaran masyarakat terhadap nilai warisan yang terdapat di Muzium Hang Tuah tersebut. Hal ini kerana, atas faktor masa dan kekangan dalam mendapatkan kesahihan pandangan daripada pelawat yang silih berganti mengunjungi muzium. 4.

(9) FTKW. 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN. Antara kepentingan kajian yang diperolehi daripada kajian ini ialah bertujuan untuk memartabatkan fungsi muzium sedia ada agar tidak dibiarkan begitu sahaja serta memperbaiki peranan muzium itu sendiri dalam kalangan anggota masyarakat dengan lebih efektif.. Selain itu, kajian ini boleh meningkatkan peluang dalam memperkenalkan dan mempromosikan warisan budaya orang Melayu di dalam negara dan pelancong luar.. Di samping itu, kajian ini dapat menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat berkenaan institusi permuziuman ini dan mengubah persepsi masyarakat mengenai organisasi muzium ini.. 1.7 STRUKTUR LAPORAN Pada bahagian ini, penyelidik telah menyatakan pengenalan kepada warisan. Selain itu, pada bab ini terdiri daripada permasalahan kajian dalam kalangan organisasi permuziuman. Persoalan kajian pula bertujuan untuk menganalisis fungsi muzium dalam melindungi warisan. Pada bahagian ini juga, penyelidik menyatakan objektif kajian yang menjurus kepada tajuk kajian yang dipilih serta terdapat skop kajian dan kepentingan kajian ini dijalankan.. 5.

(10) FTKW. BAB 2. SOROTAN KAJIAN. 2.1 PENGENALAN. Sorotan kajian ialah rujukan secara kritikal dan sistematik mengenai maklumat. terpilih yang terdapat dalam kepustakaan atau literatur berkenaan topik atau fokus soalan kajian penyelidik. Sorotan itu perlu menghurai, meringkas, menganalisis, mensintesis, menilai dan menjelaskan kepustakaan yang dipilih (Bryman & Bell 2003, Creswell 2005). Menurut Sulistyo Basuki (1991), sorotan kajian merupakan penyataan atau fakta yang menyokong sesuatu objektif. Ia membuktikan bahawa teori yang digunakan bukanlah hanya rekaan. Menurutnya lagi, di dalam sorotan kajian ini mengandungi penyataan, kaedah, teori dan pendapat penilaian kajian berkenaan tajuk yang dipilih oleh penyelidik. Di samping itu, sorotan kajian ini juga melibatkan proses menbaca, mentelaah dan mengambil nota daripada kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik. Malah, sorotan kajian lepas ini menjadi panduan asas yang menunjukkan jalan kepada pengkaji tentang apa yang ingin dikaji (Rosmawati 2014). Tujuan utama sorotan kajian lepas ini dikaji terlebih dahulu adalah bagi memastikan dan mengelakkan pengkaji membuat. kajian yang sama tanpa. memperbaiki kekurangan dan kelemahan kajian lepas yang telah dijalankan dengan mengulangi semula kesilapan yang dilakukan oleh kajian lepas.. 6.

(11) FTKW. 2.2 DEFINISI MUZIUM. Menurut Norsimah Binti Lakassa (2007), perkataan 'Muzium' yang diguna. pakai hari ini dipetik daripada perkataan Inggeris. Bagaimanapun 'Museum' dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Yunani 'Mouseion' yang bermaksud. rumah suci 'MUSE' iaitu tuhan atau kumpulan sembilan dewi lambang ilmu dan. kesenian. 'MUSE' dalam bahasa Yunani juga bermaksud 'Gembira' (enjoy) atau dalam bahasa Inggerisnya 'Amusement'. Menurut Kesatuan Muzium Great Britain (MAGB) (1989), telah mendefinisikan Muzium dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami. Institusi Muzium ditakrifkan. sebagai 'An institution which collects, documents, preserves, exhibits and interprets material evidence and associated information for public benefit'. Warisan adalah khazanah yang penting kepada negara dan menjadi aset untuk menarik kedatangan pelancong. Di kebanyakan tempat di dunia, warisan dijadikan sebagai komponen utama dalam pembangunan pelancongan (Glasson 1994, Joaquin & Magdalena 2009 dan UNESCO 2014). Khazanah warisan yang terdapat di negara kita bukan sahaja membawa sesuatu fakta sejarah untuk diperkenalkan kepada masyarakat umum malah ia juga boleh menjadi punca pendapatan bagi sesebuah negara dengan adanya pelancong asing dari negara luar yang meminati dan ingin mengetahui sejarah sesebuah negara tersebut. Berdasarkan kajian Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali dan Salinah Ja’afar (2013), Hikayat Hang Tuah merupakan epik kebangsaan Melayu yang teragung. Kehebatan Hikayat Hang Tuah telah menarik minat ramai sarjana tempatan dan antarabangsa untuk mengkaji dan meneliti hikayat tersebut. Hal ini dapat dibuktikan melalui terdapatnya penemuan manuskrip di Srivijaya yang menceritakan kehebatan pahlawan dalam menjinakkan kuda milik Raja Malik Arjuna pada 1424.. 7.

(12) FTKW. Menurut kajian Ahmad Farid Abd Jalal, Abdullah Yusuf et al. (2019), budaya. muzium berasal daripada masyarakat Eropah pada abad ke-18 dan 19 Masihi yang. menganut dan mengamalkan falsafah renaissance. Menurutnya lagi, falsafah ini secara dasarnya berupa sifat ingin mempelajari ilmu dan benda baru daripada dunia. luar yang telah mendorong pelbagai ekspedisi penjelajahan ke benua-benua lain di seluruh dunia.. Konsep New Museum ini adalah usaha untuk mengkritik konsep muzium. klasik yang dikatakan lebih tertumpu kepada usaha-usaha di muzium seperti proses mengumpul, merawat, menjaga dan memindahkan kepada galeri untuk dipamerkan (Ahmad Farid Abd Jalal, Abdullah Yusuf, Ahmad Faisal Abd Hamid & Rahimin Affandi Abd Rahim 2019). Walau bagaimanapun, kini terdapat penambahbaikan dalam sistem permuziuman ini supaya lebih mendekati dan menjiwai masyarakat malah menarik masyarakat untuk lebih menghayati dan mencintai sejarah bangsa dan negara sendiri. Walaupun budaya muzium ini tercetus daripada idea bangsa Eropah, namun pada pandangan pengkaji ia perlu diolah dari sudut pandang yang positif. Hal ini kerana, terdapat banyak kelebihan konsep permuziuman ini yang memberi impak yang sangat positif kepada masyarakat dari segi ilmu dan pendidikan. Menurut Abdullah Zakaria (2017), telah menerangkan tentang sifat pemikiran kritis yang diamalkan oleh para penyelidik era pasca merdeka. Menurutnya lagi, walaupun artifak yang dipamerkan tidak boleh berkata-kata tetapi ia mampu menjana pemikiran kritis aras tinggi. Ia bersifat ingin tahu dan mencabar fakta sejarah yang ditonjolkan. Walaupun satu artifak ia boleh dikaji selidik dengan lebih mendalam dengan mengaitkan dengan fakta sejarah mahupun sumber sejarah yang lain. Di samping itu, jumpaan suatu artifak ini boleh menimbulkan semangat inkuiri dalam diri pengkaji supaya menjalankan kajian dengan lebih mendalam. Menurut Museums Association(1984), muzium memainkan peranan sebagai sebuah institusi mengumpul, mendokumenkan, mengawet, mempamerkan dan 8.

(13) FTKW. mentafsir bahan bukti dan maklumat yang berkaitan satu-satu koleksi bahan untuk kegunaan umum.. Sebuah institusi bagi pemeliharaan objektif mereka yang terbaik yang menggambarkan fenomena alam dan kerja manusia dan penggunaan ini untuk. meningkatkan pengetahuan dan budaya serta kesedaran rakyat berdasarkan daripada kajian oleh Brown, G pada tahun 1985.. Institusi ini juga bersifat tetap dan tidak berpegang dalam mencari keuntungan semata-mata. Permuziuman ini juga mempunyai sifat terbuka kepada umum dalam memperolehi,. merawat,. menghubungkan. serta. mempamerkan. untuk. tujuan. pembelajaran, pendidikan dan juga hiburan dengan bukti-bukti tinggalan daripada manusia dan persekitarannya. Selain itu juga menurut ICOM muzium juga memainkan peranan dalam menangani isu-isu mengenai traumatik secara aman dan seterusnya sambil berkongsi pengetahuan tentang masa lalu dan memberi makna untuk membantu kita bagi memahami dunia hari ini. Muzium juga dikenali sebagai satu organisasi yang professional menurut ICOM pada tahun 1946. Walau bagaimanapun, tugas dalam mempromosikan dan melindungi warisan juga salah satu peranan utama permuziuman ditubuhkan, Warisan yang ketara dan juga tidak ketara juga telah disimpan di dalam sesebuah muzium. Rangkaian ICOM terdiri daripada 135 buah negara yang mempunyai muzium yang profesional dan juga terdapat pelbagai muzium yang berkaitan dengan perlindungan bagi sesebuah warisan. ICOM juga menggalakkan kecemerlangan piawaian dalam bidang muzium khususnya melalui Kod Etika. Ia bertujuan sebagai alat penentuan tahap untuk muzium yang juga merangkumi prinsip asas urus tadbir muzium, pengambilan alihan dan pelupusan koleksi. Perkataan society berasal daripada perkataan societas.. Istilah masyarakat. merupakan terjemahan daripada perkataan society dalam Bahasa Inggeris sedangkan iaitu Bahasa Latin yang membawa maksud kawan. Menurut Siti Noor Nabila Binti 9.

(14) FTKW. Malik, kajian terhadap masyarakat setempat adalah sekelompok masyarakat yang memiliki kepentingan bersama dan memiliki budaya dan adat yang khusus. Masyarakat juga merupakan satu kelompok yang hidup dalam satu organisasi kerana mereka mempunyai tujuan yang sama.. Proses menganalisis peranan yang boleh dan perlu dilakukan oleh muzium. untuk berperanan sebagai instrumen pembelajaran di luar sekolah dan aktiviti-aktiviti mereka menjadi pelengkap kepada program-program sekolah menurut United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) (1974), Muzium membawa peranan yang besar dalam mendidik masyarakat dan. apabila ditanya tujuan melawat ke muzium rata-rata orang ramai menjawab to learn (untuk belajar) (Harvey, 2014; Kelly, 2007; Przesmitzki & Grenier, 2008; Wang & Yoon, 2013; Seligmann, 2014; Silverman & Bartley, 2013). Dalam persekitaran pembelajaran bukan formal muzium berada dalam kedudukan tersendiri sebagai instrumen pembelajaran berasaskan pengalaman (Kelly, 2007; Przesmitzki & Grenier, 2008). Namun, menurut Falk dan Dierking (2011) dapatan penyelidikan terdahulu menunjukkan terlalu sedikit atau mungkin langsung tiada bukti tentang pembelajaran di muzium. Ini menunjukkan ramai ahli profesional muzium masih ragu-ragu terhadap pembelajaran di muzium. Muzium telah dijadikan sebagai formula untuk meningkatkan kemahiran pelajar sekaligus menjadikan pembelajaran Sejarah lebih bermakna Menurut kajian S. Azman Ligun et al., (2017). Muzium merangsang inkuiri untuk menyoal siasat interpretasi sejarah pelajar dengan melihat secara kritikal bagaimana muzium membina, mentafsir dan mempersembahkan masa lalu kepada masyarakat hari kini (Marcus et al., 2012). Muzium merupakan sumber sokongan pengajaran yang besar khusus untuk guru-guru Sejarah. Sepanjang tiga dekad yang lalu sudah terdapat anjakan dalam pendidikan Sejarah untuk membantu pelajar membangunkan kemahiran penyelidikan 10.

(15) FTKW. sejarah dan keupayaan melibatkan diri dengan pelbagai jenis bukti sejarah (Marcus etal., 2012). Pendidikan muzium membolehkan pelajar melibatkan diri secara langsung. dengan artifak, suasana muzium, pengkisahan sejarah termasuk juga di tapak-tapak bersejarah (Nespor, 2000), mendalamkan kefahaman terhadap kandungan sesuatu. bahan sejarah, membangunkan pemikiran sejarah dan kemahiran literasi dan menimba pengalaman pembelajaran yang tidak terdapat dalam bilik darjah seperti melihat, menyentuh, merasa, dan mengalami masa lalu (Marcus etal., 2012). Menurut kajian yang dilakukan oleh Mohd Azmi Bin Mohd Yusof et al., muzium dilihat sebagai satu institusi yang mampu menyalurkan pendidikan sejarah dengan efektif memandangkan ia mempunyai kaedah dan material bersesuaian di dalam simpanannya. Kaedah pendidikan ini diterapkan melalui pameran dan himpunan koleksi bagi memudahkan pemahaman masyarakat terhadap identiti dan fasa evolusi sesebuah tamadun dan masyarakat.. 2.3 SEJARAH MELAYU DAN HANG TUAH. Menurut Haron Daud (2001),Sejarah Melayu sebagai karya tradisional sudah pasti mengandungi banyak catatan tentang nama, tempat dan peristiwa bersejarah yang dihuraikan dalam bentuk mitos dan legenda.. Menurut Ali Ahmad, keseluruhan peristiwa baik yang benar atau tidak, dapat diberikan makna di dalam konteks kehidupan masyarakat Melayu yang mempunyai adat dan kepercayaan sendiri. Menurut Ayu Nor Azilah Mohamad et al., (2017), penceritaan tentang Hang Tuah dalam karya sastera Hikayat Hang Tuah, iaitu sebuah naratif epik keagungan orang Melayu, masyarakat dan bangsanya yang menjadi tunjang tentang kehebatan 11.

(16) FTKW. seorang laksamana laut berdarah Bugis kepada seluruh masyarakat Melayu di serata dunia.. Menurut Hashim Musa dan Rohaidah Kamaruddin (2015), karya ini yang tertulis dalam bentuk prosa adalah antara karya Melayu klasik yang terpanjang (146,000. perkataan, 491 halaman versi transliterasi huruf rumi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang telah diterima oleh UNESCO’s Memory of the World Programme. International Register pada tahun 2001. Menurut beliau lagi, cerita-cerita dalam Hikayat Hang Tuah mengemukakan pengalaman-pengalaman hidup yang tulen yang disuburkan dengan nilai-nilai sastera yang sebenar. Ini bertepatan dengan Hikayat Hang Tuah bukan karangan sejarah tetapi sebuah karya sastera Melayu lama iaitu sebuah karya yang asli. Dari segi ini, Hikayat Hang Tuah tidak ada bandingannya dalam kesusasteraan Melayu lama.. 2.4 KESEDARAN MASYARAKAT TENTANG SEJARAH MELAKA. Kejadian alam dan tindakan manusia terhadap warisan budaya boleh merugikan dan ancaman kepada negara. Negara perlu memberi perhatian yang khusus dan sewajarnya terhadap warisan budaya. Warisan budaya pada dunia kini merupakan sesuatu yang amat bernilai dan memaparkan jati diri bangsa negara. Perbentukan jati diri bangsa amat berkait dengan warisan budaya seperti kebudayaan, kesenian yang dihasilkan oleh masyarakatnya sendiri berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Mohamed Anwar Omar Din, 2008). Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff (2018), pihak kerajaan perlu melakukan tindakan yang sebaik boleh untuk memberi perlindungan terhadap warisan budaya yang bernilai. Warisan budaya yang dihasilkan oleh manusia atau masyarakat boleh mengalami masalah kehilangan, kepupusan dan kerosakan. Namun, pihak kerajaan perlu memberi tumpuan terhadap bencana alam 12.

(17) FTKW. dan binatang boleh menjejaskan dan merosak warisan budaya. Menurut beliau lagi, pemuliharaan melalui perundangan dapat memberikan perlidungan yang sewajarnya berdasarkan peruntukan yang termaktub di dalamnya. Oleh itu, keperluan terhadap. perundangan warisan bagi memberi pemuliharaan warisan budaya amat penting kerana memberi perlindungan komprehensif dan lengkap.. Menurut Yuszaidy Mohd Yusoff, Hanapi Dollah dan Ab. Samad Kechot, 2013,. Seksyen 23 (1) Pesuruhjaya hendaklah mewujudkan dan menyenggarakan suatu. daftar yang dikenali sebagai Daftar Warisan Kebangsaan sebagaimana yang ditetapkan yang mengandungi senarai butiran warisan yang didaftarkan di bawah Akta ini. Menurut Zuraidah Hassan dan Ab. Samad Kechot (2012), pengurusan koleksi juga harus diuruskan dengan betul dan beretika bermula dari proses perolehan dilakukan. Sebarang perolehan yang dibuat melalui pembelian atau hadiah dari orang awam haruslah dilakukan dengan cara yang telus, jujur, adil mengikut kaedah dan sistem perolehan yang ditetapkan bagi mengelakkan dari sebarang kemungkinan yang tidak diingini, dan yang boleh menjejaskan kredibiliti muzium atau pembekal.. 2.5 KESIMPULAN Pada bahagian ini, sorotan kajian lepas dijalankan secara kritikal dan sistematik seperti dari sudut definisi muzium dan juga sejarah Melayu mengenai Hang Tuah bagi membolehkan ia menyokong objektif kajian penyelidik dalam menjalankan penyelidikan.. BAB 3 13.

(18) 3.0 PENGENALAN. FTKW. METODOLOGI KAJIAN. Pada bahagian ini membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan. dalam kajian untuk mengumpul data dan maklumat bagi mencapai objektif kajian.. Kajian ini akan dijalankan ke atas pihak muzium melalui kaedah temubual. Temubual ini akan memberikan kelebihan kepada penemubual untuk mendapatkan maklumat secara mendalam dan terus daripada responden itu sendiri. Sesi temubual ini akan dijalankan secara berasingan untuk setiap responden melalui temubual secara bersemuka ataupun secara atas talian.. 3.1 REKA BENTUK KAJIAN. Penyelidik memilih reka bentuk kajian berbentuk kualitatif yang mana kajian ini melibatkan penggunaan kaedah temu bual, pemerhatian dan tinjauan dokumen dalam melaksanakan kajian. Hal ini disebabkan kerana, atas faktor kajian literatur yang agak terhad bagi mendapatkan data dan maklumat berkenaan kajian. Selain itu juga pengkaji tidak mengetahui jumlah sebenar penduduk di sekitar kawasan kajian bagi memperoleh data yang tepat dan benar.. 3.2 PENGUMPULAN DATA 14.

(19) FTKW. Kaedah pengumpulan data terdiri daripada dua sumber iaitu data primer dan data sekunder.. 3.2.1 Data Primer. Melalui sumber data primer ini penyelidik akan menggunakan kaedah temu bual yang terbahagi kepada dua kategori iaitu informen utama terdiri daripada pegawai. muzium di Muzium Hang Tuah, ketua kampung di Kampung Duyong, Melaka, seorang guru mata pelajaran Sejarah di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum dan seorang guru tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin. Temu bual yang dijalankan bagi informen utama ini berbentuk temu bual berstruktur yang mana ia merupakan soalan berdasarkan objektif dan mempunyai perbezaan soalan bagi setiap informen. Hal ini disebabkan kerana, terdapat perbezaan dari segi latar belakang profesion yang dimiliki serta maklumat yang ingin diperolehi dari informen utama juga berbeza. Kategori kedua ialah penyelidik menggunakan informen dalam kalangan anggota masyarakat yang terdiri daripada 20 orang yang tinggal di sekitar perkampungan Hang Tuah tersebut dengan mengaplikasikan temu bual jenis semi-struktur di mana soalan tersebut boleh diubah suai bergantung kepada aras bahasa yang digunakan oleh responden yang ingin di temu bual oleh penyelidik.. 3.2.2 Data Sekunder Berdasarkan data sekunder, penyelidik memperoleh maklumat melalui carian Internet dan rujukan perpustakaan iaitu Perpustakaan Negeri Melaka di Jalan Bukit Baru dan Perpustakaan Merlimau, Melaka.. 3.3 PERSAMPELAN DATA 15.

(20) FTKW. Pengumpulan data bagi kajian ini dilakukan secara proses temu bual,. pemerhatian dan tinjauan dokumen. Sebelum menjalankan proses temu bual,. penyelidik akan memberi gambaran soalan terlebih dahulu sebelum menjalankan temu bual secara rasmi kepada informen utama yang telah dikenal pasti oleh penyelidik. yang terdiri daripada pegawai muzium Hang Tuah, ketua kampung di Kampung Duyong dan dua orang guru mata pelajaran Sejarah dari sekolah yang berbeza.. Seluruh proses pengumpulan data melalui temu bual dan pemerhatian dilakukan satu demi satu dan ia dijalankan oleh penyelidik sendiri. Seterusnya, temu bual dijalankan pada kategori kedua iaitu temu bual dalam kalangan penduduk setempat yang berada di perkampungan Hang Tuah tersebut. Temu bual ini akan dijalankan kepada 20 orang responden yang sukarela untuk berada dalam proses temu bual yang dijalankan oleh penyelidik setelah dipersetujui oleh bakal responden. Sebelum menjalankan sesi temu bual individu dengan setiap responden, penyelidik menganalisis secara sepintas lalu tentang latar belakang dan gaya penggunaan bahasa. setiap responden. Langkah ini mendapatkan satu gambaran. umum tentang pola pemilihan bahasa bagi setiap responden seterusnya membantu penyelidik membina soalan secara spontan untuk menyoal responden berkenaan. Selain itu, bertujuan untuk memudahkan penyelidik menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh responden bagi memperoleh maklumat yang tepat dan benar. Temu bual individu ini terdiri daripada umur 18 hingga 50 tahun. Semua maklum balas yang dinyatakan oleh setiap responden semasa proses temu bual akan dicatatkan dan dirakam oleh penyelidik untuk menjalankan penganalisisan data. Dalam persampelan data ini, penyelidik menggunakan persampelan bukan kebarangkalian kerana ini kajian yang dijalankan oleh penyelidik merupakan kajian berbentuk kualitatif. 3.4 ANALISIS DATA 16.

(21) FTKW. Data kualitatif yang diperolehi melalui temu bual boleh memaparkan pola pemilihan bahasa responden dalam jaringan sosial berdasarkan interaksi dan komunikasi di antara penyelidik dan setiap responden.. Segala data dan maklumat yang diperolehi daripada proses temu bual dan. pemerhatian akan diproses dengan meneliti semula maklumat yang dicatat dan direkodkan dalam alat bantuan rakaman ketika temu bual dijalankan.. Maklum balas setiap informen dan responden dalam kalangan anggota masyarakat terhadap soalan-soalan yang disoal ketika sesi temu bual dilakukan secara analisis deskriptif bagi memperoleh gambaran maklumat secara menyeluruh tentang fungsi muzium dalam melindungi warisan. Maklum balas daripada responden akan dihuraikan oleh penyelidik berdasarkan kepada tahap kesedaran masyarakat mengenai nilai warisan sedia ada.. 3.5 KESIMPULAN. Kajian sosial dalam masyarakat berkaitan fungsi muzium warisan ini merupakan satu kajian yang amat menarik. Hal ini kerana, ia dapat memperlihatkan tahap kesedaran masyarakat Malaysia terutamanya di Melaka ini mengenai nilai warisan yang masih kekal sehingga kini. Secara kesimpulannya, bab ini memberi penerangan tentang reka bentuk kajian yang akan diaplikasikan, kaedah penyelidikan, instrumen pengumpulan data dan penganalisis data. Kaedah-kaedah yang digunakan ini bagi mengumpul data dan menganalisisnya untuk memenuhi pemilihan metodologi yang tepat dan benar.. BAB 4 17.

(22) 4.0 PENDAHULUAN. FTKW. ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Bab ini membentangkan hasil dapatan kajian yang diperolehi menerusi instrumen temubual yang dijalankan ke atas kumpulan responden yang disasarkan.. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih untuk menggunakan kaedah kualitatif, iaitu. secara temubual dan pemerhatian supaya dapat memahami sesuatu fenomena secara mendalam dan lebih terperinci. Kaedah kualitatif dalam bentuk pemerhatian digunakan. dalam kajian ini bertujuan untuk menyokong kaedah temubual yang dijalankan. Penyelidik menghuraikan analisis terhadap data serta maklumat yang diperolehi melalui kajian ini mengikut susunan objektif kajian sepertimana yang telah dinyatakan dalam bab terdahulu.. 1.Tujuan penubuhan Muzium Hang Tuah. Bertujuan mengangkat Kampung Duyong sebagai tempat kelahiran Hang Tuah.. 18.

(23) 3.Pengisian pameran. • • • •. Menjadi sebagai pusat kebudayaan Mempunyai 5 binaan rumah Melayu Tandas awam Gelanggang silat utama. •. Terdapat auditorium. •. Menceritakan ketokohan Hang Tuah sebagai pahlawan Ulung Nusantara. Kegemilangan Kerajaan Melayu Ketika dahulu Baju tradisional Melayu yang dipakai ketika dahulu. • •. FTKW. 2.Fasiliti yang disediakan di muzium. 4.Info dan maklumat yang diperolehi. •. Sejarah kegemilangan Melayu. pengunjung. •. Sejarah/ mitos berkenaan Hang Tuah. dalam. •. dengan. •. Lawatan sambil belajar dengan membuat aktiviti bermalam di muzium Menjalankan aktiviti teknik membuat dan menyolek destar Menganjurkan aktiviti ikatan samping. 5.Aktiviti. yang. mendekatkan. dijalankan masyarakat. muzium. •. 6. Bilangan pengunjung dari tahun 2017- Seramai 141, 381 namun berkurang kepada 27, kini. 616. Jadual 1 : Merupakan soalan temubual yang dijalankan bersama Pembantu Muzium Seksyen Operasi. 4.1 FUNGSI MUZIUM UNTUK MELINDUNGI WARISAN DI MELAKA. 19.

(24) FTKW. Objektif kajian pertama adalah berkenaan fungsi muzium itu sendiri dalam. melindungi warisan di Melaka. Input terhadap objektif ini dicerakinkan dari data yang. diperolehi melalui sesi temubual dan juga pemerhatian. Ketokohan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu. Muzium Hang Tuah ataupun dikenali sebagai “Hang Tuah Centre” ini bertujuan untuk mengangkat. Kampung Duyong di Melaka itu sendiri yang dipercayai merupakan tempat kelahiran Hang Tuah. Muzium ini dibangunkan sendiri oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2013 bertemakan rekabentuk rumah Melayu tradisional. Di samping itu, juga dengan adanya pembangunan perkampungan Hang Tuah ini dapat membantu ekonomi masyarakat Melayu di kawasan tersebut. Hal ini disebabkan kerana, terdapat banyak peniaga kecil yang berniaga di perkampungan tersebut sebagai hasil mata pencarian mereka seperti menjual barangan cenderamata dan sebagainya. Selain itu, kewujudan Muzium Hang Tuah ini juga telah menambahbaik fasiliti sedia ada. Di sekitar Perkampungan Hang Tuah ini terdapat fasiliti seperti mempunyai beberapa gelanggang silat dan sebuah gelanggang silat utama yang terbesar yang boleh memuatkan lebih 1,000 pesilat dalam satu-satu masa. Selain itu, terdapat juga gelanggang kuda berdekatan gelanggang silat tersebut yang boleh disertai oleh pengunjung yang mengunjungi muzium. Di perkampungan tersebut juga mempunyai beberapa lagi tempat tarikan antaranya rumah-rumah Melayu tradisional, Balai Adat dan Pusat Tenun Melaka yang mana sering diadakan program-program berkaitan seni dan budaya. Di samping itu terdapat juga fasiliti awam seperti ruang meletakkan kenderaan awam yang akan memberi kemudahan kepada sesiapa yang mengunjungi muzium atau perkampungan Hang Tuah ini.. 20.

(25) FTKW Gambar 1 : Menunjukkkan panel informasi di Perkampungan Hang Tuah Pengisian pameran yang dijalankan di muzium ini adalah berkenaan penceritaan ketokohan Hang Tuah sebagai pahlawan Ulung Nusantara yang mana ia berdasarkan Sejarah Melayu dan juga Hikayat Hang Tuah. Seterusnya, pameran ini juga menempatkan sejarah legenda beserta mitos yang ada sekitar tahun kehidupan Hang Tuah dengan mengaplikasikan pelbagai Teknik muzium yang moden. Hal ini bertujuan untuk menarik minat para pengunjung yang datang membuat lawatan sama ada sambil belajar mahupun bersama keluarga. Walau. bagaimanapun,. berlaku. penurunan. dari. segi. jumlah. bilangan. pengunjung yang mengunjungi muzium seramai 141, 381 pada tahun 2017. Namun, berkurang kepada 27, 616 pada tahun 2021.. 21.

(26) FTKW. 4.2 TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT MENGENAI HANG TUAH. Objektif kajian kedua adalah mengkaji tahap kesedaran masyarakat mengenai. Hang Tuah di Melaka. Input terhadap objektif ini dicerakinkan dari data yang diperolehi. melalui sesi temubual secara rawak dalam kalangan masyarakat dan juga pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji.. Rajah 1 : Menunjukkan peratusan individu yang pernah mengunjungi Muzium Hang Tuah Berdasarkan temubual secara rawak ke atas masyarakat dan penduduk sekitar yang dijalankan, penyelidik mendapati sebanyak 75% mengetahui akan kewujudan dan keberadaan Muzium Hang Tuah. Selain itu, responden yang ditemu ramah juga mempunyai pengalaman mengunjungi Muzium Hang Tuah. Pihak muzium telah menganjurkan pelbagai aktiviti tahunan yang menarik untuk para pengunjung terutama yang terdiri daripada kategori pelajar. Pengurusan muzium menyusun aktiviti yang sesuai bagi para pelajar yang mengunjungi muzium serta aktiviti yang disusun atur juga melibatkan pengetahuan dan sejarah berkaitan warisan yang terdapat di negara kita. Pihak muzium pernah menganjurkan teknik membuat dan menyolek destar dalam kalangan rombongan pelajar yang mengunjungi muzium. Dengan adanya penganjuran teknik membuat dan menyolek destar ini telah memberi pendedahan kepada pelajar 22.

(27) FTKW. mengenai objek warisan destar yang kini kian dilupakan. Walau bagaimanapun,. program-program yang dianjurkan mampu memberi impak yang positif ke arah memartabatkan warisan bangsa agar tidak hilang begitu sahaja tanpa dipelihara. dengan baik. Hal ini kerana, pemakaian destar ini mempunyai perkaitan dengan ketokohan Hang Tuah di mana ianya merupakan salah satu pemakaian yang sering. digunakan oleh orang-orang terdahulu. Di samping, destar itu juga melambangkan kepahlawanan serta kemelayuan kepada si pemakai.. Mengenai keunikan Hang Tuah dalam sejarah Melayu di Melaka, responden berpendapat bahawa Hang Tuah ini merupakan pahlawan Melayu yang sangat dikagumi oleh masyarakat Melayu sejak dahulu pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Sultan Mansur Shah hingga Sultan Mahmud Shah yang dilantik sebagai Laksamana ketika itu. Selain itu, Hang Tuah ini juga menonjolkan bakat seorang diplomat hal ini disebabkan kerana, mengikut daripada penceritaan dan juga hikayat Hang Tuah sering dihantar sebagai wakil kerajaan Melayu pada ketika itu ke serata dunia. Hang Tuah telah diberi kepercayaan oleh sultan Melaka pada ketika itu untuk berurusan dengan negara luar. Ketokohan Hang Tuah ini juga melambangkan pengukuhan jati diri dalam diri seseorang dan ianya perlu diterapkan pada generasi muda sekarang. Hikayat. Hang. Tuah. merupakan. sebuah. cerita. hikayat. Melayu. yang. menggambarkan dengan terperinci keadaan semasa sewaktu tersebut. Hikayat Hang Tuah telah disifatkan oleh pengkaji sebagai menggambarkan tiga zaman yang ditempuhi oleh bangsa Melayu iaitu zaman permulaan, zaman kegemilangan, dan zaman kejatuhannya. Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyung, Melaka kira-kira dalam tahun 1444. Oleh hal yang demikian, perkampungan yang dipercayai akan tempat kelahiran Hang Tuah ini perlu dijaga dan dipelihara untuk generasi yang akan datang. Hal ini disebabkan kerana, terdapat tempat yang bersejarah mahupun yang mempunyai keunikan dari segi sejarah dan warisan kebanyakkannya ditiunggalkan begitu sahaja tanpa 23.

(28) FTKW. dipelihara. Hal ini mampu membawa kepada kehilangan asal ususl identiti bangsa di. samping negara juga tidak mampu menjana pendapatan ekonomi negara dengan lebih. banyak. Ini disebabkan kerana, sektor pelancongan juga memberi impak yang besar kepada sesebuah negara dengan adanya penambahan pengunjung yang melawati tempat pelancongan di dalam negara. Walau bagaimanapun, Muzium Hang Tuah ini mengalami. sedikit penurunan pengunjung sebanyak 27,616 orang pada tahun ini dari 141,381 orang kepada 113,765 orang.. 4.3 KESIMPULAN Kesimpulannya, bahagian ini menyatakan secara terperinci mengenai dapatan objektif satu dan juga objektif dua dalam kajian ini. Dapatan kajian ini diolah menggunakan dapat yang diperolehi melalui responden yang dipilih secara rawak dalam kalangan masyarakat dan penduduk sekitar.. 24.

(29) RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN. FTKW. BAB 5. Bahagian ini mentafsir hasil kajian dari perolehan data temubual dan. pemerhatian yang telah dijalankan dalam bab 4 berdasarkan hipotesis kajian yang telah dirangka. Penghuraian juga menerangkan keputusan kajian yang tidak dijangka,. penjelasan alternatif yang munasabah ke atas hasil kajian dan kekurangan serta limitasi kajian yang dijalankan. Penghuraian juga berkaitan dengan perbincangan data yang diperolehi adalah berkaitan dengan persoalan kajian atau topik kajian.. 5.2 KELEMAHAN ATAU BATASAN KEPUTUSAN KAJIAN Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan di mana kaedah ini mempunyai batasan seperti maklumat yang diperolehi mungkin cetek dan amat terhad kepada jawapan standard. Kajian tinjauan dan pemerhatian ini tidak boleh menyiasat dengan lebih mendalam berkenaan kerumitan tingkah laku manusia atau meneroka sebarang percanggahan idea mahupun jawapan dari responden. Kandungan seringkali terbatas dengan pengetahuan kendiri dan kesediaan untuk memberi jawapan dengan jujur. Soalan yang diajukan oleh penyelidik kepada responden kemungkinan boleh di salah tafsir oleh responden yang menghasilkan kesimpulan yang kurang dipercayai. Responden mungkin boleh memberikan jawapan yang boleh diterima secara sosial kepada soalan yang bersifat sensitif dan tidak memberikan jawapan yang jujur kepada penyelidik. Ini menyebabkan data dan maklumat yang diperolehi tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Batasan lain kajian melalui pemerhatian ini ialah penyelidik tidak mempunyai kemampuan untuk mengutip data secara tepat dan berkesan berkaitan perasaan dan sikap individu disebalik jawapan yang diberikan oleh responden. 25.

(30) FTKW. 5.3 CADANGAN. Beberapa cadangan dikemukakan untuk kajian yang akan datang agar kajian ini mampu diteruskan kepada skop yang lebih besar. Kajian ini boleh memperbesarkan. lagi skop kajian dengan membuat kajian dengan menyentuh cara dan pengurusan. artifak organik dan bukan organik yang terdapat di muzium dari sudut konservasi sama ada kurator di muzium tersebut menggunakan konservasi preventif ataupun konservasi kuratif.. Selain itu, kajian ini juga boleh ditambah baik dengan revitalisasi muzium iaitu proses atau cara untuk menghidupkan semula muzium yang kurang mendapat sambutan pengunjung. Hal ini disebabkan kerana, terdapat. muzium yang kurang. mendapat sambutan pengunjung sama ada dari dalam mahupun luar negara. Oleh itu, kajian ini boleh ditambah baik dengan mencari solusi dalam permasalahan ini terus berlaku.. 5.4 KESIMPULAN Kesimpulannya, pada bahagian ini penyelidik telah menyatakan kelemahan atau batasan kajian yang telah diperoleh semasa melakukan kajian secara tinjauan dan juga temubual dengan responden.. 26.

(31) FTKW. RUJUKAN. Ab Samad Kechot. (2012), Pendidikan Warisan Di Muzium: Kajian Berkaitan. Penggunaan Laras Bahasanya, GEOGRAFIA (Journal Of Society And Space), issue 8, h. 35 – 46.. Ab Samad Kechot. (2010), Proses Pendidikan Muzium: Satu Kajian Awal, Jurnal Melayu (5), h.: 285-293. Mohd Azmi bin Mohd Yusof & Miti Fateema Sherzella Mohd Yusoff. Muzium Sebagai Institusi Pendidikan Tidak Formal Dalam Pengajaran & Pembelajaran Subjek Sejarah. Jabatan Muzium Malaysia.. Lakassa,. N.. B.. (2008). Kajian. Pengurusan. Koleksi. Zoologi. Di. Muzium. Sarawak (Doctoral dissertation, Universiti Malaysia Sarawak).. https://ir.unimas.my/id/eprint/7512/1/KAJIAN%20PENGURUSAN%20KOLEKSI %20ZOOLOGI%20DI%20MUZIUM%20SARAWAK%20(24%20pages).pdf. Malik, S. N. N. B., & bin Shaik Hussien, S. A. Tanggapan Masyarakat Terhadap Keboleh Pasaran Muzium Negeri Kota Bharu Kelantan.. Abd Jalal, A. F., Yusuf, A., Abd Hamid, A. F., & Abd Rahim, R. A. (2019). Kesedaran Muzium Baru di Malaysia. Jurnal Melayu Sedunia, 2(1), 93-111. https://ejournal.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/21792. 27.

(32) FTKW. Ligun, S. A., Awang, M. M., Ahmad, A. R., Hamzah, M. I., & Hasan, N. W. (2017).. Muzium Sebagai Instrumen Pembelajaran Sejarah Luar Bilik Darjah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 5(1), 19-30. https://sare.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/8214. .Daud, H. (2001). Kembalikan Hang Tuah Ke Tempatnya. Jurnal Jebat, 28, 107-22. http://journalarticle.ukm.my/418/1/1.pdf. Yusoff, M. Y. M. (2018). Pemuliharaan warisan budaya melalui perundangan warisan dan agensi pelaksana di Malaysia. Jurnal Melayu, 2(17).. https://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/28661/8523. Hassan, Z., & Kechot, A. S. (2012). Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan: Kajian di Jabatan Muzium Malaysia. Jurnal Melayu, 9.. https://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/5056/2594. 28.

(33)

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN