• Tiada Hasil Ditemukan

KAJIAN PENGHASILAN PRODUK KREATIF DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KAJIAN PENGHASILAN PRODUK KREATIF DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN "

Copied!
120
0
0

Tekspenuh

(1)

KAJIAN PENGHASILAN PRODUK KREATIF DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN

BUANGAN “FLEX BANNER”

MD KHAIRIL HAFIZI BIN MUHAMAD

IJAZAH SARJANA SASTERA

2017

(2)

Kajian Penghasilan Produk Kreatif Dengan Menggunakan Bahan Buangan “Flex Banner”

oleh

Md Khairil Hafizi Bin Muhamad

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Sarjana Sastera

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

2017

(3)

PERAKUAN TESIS

Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikkan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi.

TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (tekspenuh)

SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian(teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah.

Dari tarikh______________ hingga______________

SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*

TERHAD (mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*

Saya mengaku bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut.

(i) Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.

(ii) Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

(iii) Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian.

Tandatangan Tandatangan Penyelia Utama

______________________ ________________________

850920-11-5283 Prof Madya Ir. Dr. Ahmad Rasdan

B. Ismail

Tarikh : Tarikh :

i

(4)

PENGHARGAAN

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Syukur Alhamdulillah kerana memberikan saya kesihatan yang cukup, masa dan kematangan untuk menyiapkan kajian ini dalam bentuk sebegini rupa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia utama saya, Prof.

Madya Dr. Ahmad Rashdan Bin Ismail dan penyelia kedua saya Prof. Madya. Abdul Aziz Bin Shuib di atas bantuan yang begitu besar, bimbingan, teguran dan nasihat yang berguna sepanjang kajian ini dijalankan. Di atas jasa-jasa beliau, akhirnya dapatlah saya menyiapkan kajian ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan makmal polimer di Kolej Universiti TATI En Badrol bin Aswan kerana banyak membantu dalam menyempurnakan kajian ini.

Tidak lupa juga penghargaan kepada ibu bapa, isteri dan adik beradik yang disayangi dan keluarga yang sentiasa diingati, kejayaan kajian ini adalah hadiah yang paling bernilai buat kalian. Tanpa dorongan dan sokongan kalian, adalah sukar untuk menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Segala pengorbanan dan didikan tidak akan dilupakan."

ii

(5)

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PERAKUAN TESIS i

PENGHARGAAN ii

ISI KANDUNGAN iii

SENARAI JADUAL vii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI SINGKATAN KATA x

ABSTRAK xii

ABSTRACT xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.2.1 Industri Plastik Di Malaysia 2

1.2.2 Sejarah Penghasilan Plastik 5

1.3 Permasalahan Kajian 7

1.4 Persoalan Kajian 12

1.5 Objektif Kajian 12

1.6 Skop Kajian 12

1.7 Rumusan 13

BAB 2: KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pengenalan PVC Flex Banner 15

iii

(6)

2.3 Definisi Sisa Pepejal 17

2.3.1 Sejarah Pengurusan Sisa Pepejal 17

2.3.2 Pengurusan Sisa Pepejal Di Malaysia 19 2.3.3 Komposisi Sisa Pepejal Di Malaysia 21

2.4 Hierarki Pengurusan Sisa Pepejal 25

2.5 Definisi Plastik 28

2.6 Proses Kejadian Plastik 31

2.7 Perkembangan Plastik 32

2.8 Kajian Lampau Terhadap Penggunaan Kitar Semula Banner 32

2.8.1 Pengenalan “Bekis” 33

2.8.2 Sebelum Inovasi 34

2.8.3 Selepas Inovasi 34

2.8.4 Ujikaji terhadap kelemahan dan ketahanan "Bekis" 36

2.8.5 Kaji Selidik 37

2.9 Rumusan 38

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 39

3.2 Aliran Proses Ujikaji Kajian 41

3.3 Temubual 43

3.4 Ujikaji Pembakaran 45

3.5 Ujikaji Ketahanan Tampalan Plastik Banner 49

3.6 Proses Ujikaji Tampalan 50

3.7 Ujikaji Ketahanan Jahitan 52

iv

(7)

3.8 Pengumpulan Data Terhadap Plastik Banner Jenis Flex Banner 53

3.9 Soal Selidik 54

3.10 Rumusan 55

BAB 4: KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 56

4.2 Hasil Temubual 56

4.3 Kajian Pasaran Melalui Kaedah Soal Selidik 58 4.4 Keputusan Ujikaji Pembakaran Menggunakan Ketuhar 60 4.4.1 Analisis Ujikaji Pembakaran Menggunakan Ketuhar 61 4.5 Keputusan Ujikaji Pembakaran Menggunakan DSC 64 4.5.1 Analisis Ujikaji Pembakaran Menggunakan DSC 66 4.6 Keputusan Ujikaji Ketahanan Plastik Banner 68 4.7 Keputusan Ujikaji Ketahanan Tampalan Menggunakan

Universal Material Testing Machine 72

4.8 Keputusan Ujikaji Ketahanan Jahitan Menggunakan

Universal Material Testing Machine 73

4.9 Penghasilan Produk Kreatif 76

4.9.1 Apron 77

4.9.2 Kotak pensil 78

4.9.3 Bantal 79

4.9.4 Tong sampah 79

4.9.5 Beg Banner 80

4.9.6 Khemah 81

4.10 Rumusan 82

v

(8)

BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan 84

5.2 Cadangan 87

RUJUKAN 88

LAMPIRAN A 93

LAMPIRAN B 94

LAMPIRAN C 95

LAMPIRAN D 96

LAMPIRAN E 100

LAMPIRAN F 103

LAMPIRAN G 104

vi

(9)

SENARAI JADUAL

NO. MUKA SURAT

2.1 Sumber dan jenis sisa pepejal perbandaran 22 2.2 Penjanaan sisa pepejal di Semenanjung Malaysia 23 2.3 Purata penghasilan sampah untuk seorang di Malaysia 23 2.4 Purata perbelanjaan pengurusan sisa pepejal di Malaysia 24 2.5 Statistik komposisi pepejal di Malaysia 2005 24 2.6 Pelan rancangan strategik nasional untuk pengurusan sisa

pepejal 2005 25

2.7 Ringkasan jumlah projek tapak pelupusan sisa pepejal 26 2.8 Ringkasan tapak pelupusan sisa pepejal seluruh Malaysia 26 2.9 Senarai 17 tapak pelupusan sisa pepejal yang ditutup selamat 27

2.10 Ujikaji penghasilan “Bekis” 36

3.1 Alatan ujikaji pembakaran menggunakan ketuhar elektrik 46 3.2 Alatan ujikaji pembakaran menggunakan DSC 48 3.3 Alatan ujikaji ketahanan tampalan dan jahitan plastik banner 49 3.4 Peralatan yang digunakan untuk ujikaji ketahanan tampalan 51

3.5 Alatan ujikaji ketahanan jahitan 52

3.6 Jenis plastik banner 54

4.1 Masa dan suhu ujikaji 60

4.2 Anggaran kos penghasilan sebuah kotak pensil 75

4.3 Anggaran kos penghasilan sehelai apron 75

4.4 Anggaran kos penghasilan sebiji bantal 75

vii

(10)

SENARAI RAJAH

NO. MUKA SURAT

2.1 Komposisi Sisa Pepejal Di Malaysia 23

2.2 Penggunaan plastik dan bakul sebelum penghasilan “Bekis” 34

2.3 Penggunaan selepas penghasilan “Bekis” 35

2.4 Kaji selidik penggunaan “Bekis” kepada penduduk

di sekitar daerah Kerian 37

3.1 Carta alir proses ujikaji 43

4.1 Carta alir ujikaji pembakaran menggunakan ketuhar 61 4.2 Hasil pembakaran pada suhu 150oC selama 10 minit 62 4.3 Hasil pembakaran pada suhu 150oC selama 20 minit 62 4.4 Hasil pembakaran pada suhu 175oC selama 10 minit 63 4.5 Hasil pembakaran pada suhu 175oC selama 20 minit 64

4.6 Proses memotong dan membentuk 65

4.7 Proses menimbang plastik banner 65

4.8 Proses merekod data 66

4.9 Keputusan awal 67

4.10 Keputusan akhir 67

4.11 Hasil akhir ujikaji 68

4.12 Plastik banner diletakkan di bawah dumbell cutter 69

4.13 Tuil dumbell cutter ditarik ke bawah 70

4.14 Plastik banner yang siap terpotong 70

4.15 Kerja menanda ukuran 70

viii

(11)

4.16 Kerja mengukur menggunakan angkup vernier 71 4.17 Menetapkan jenis bahan untuk ujikaji dalam perisian Instron 71

4.18 Merekod data dalam perisian Instron 71

4.19 Dapatan yang diperolehi dari ujikaji 72

4.20 Dapatan Ujikaji Ketahanan Tampalan 73

4.21 Dapatan Ujikaji Ketahanan Jahitan 74

4.22 Aliran kerja penghasilan produk 77

4.23 Apron 78

4.24 Kotak pensil 78

4.25 Bantal 78

4.26 Tong sampah 79

4.27 Beg banner 81

4.28 Khemah 82

ix

(12)

SENARAI SINGKATAN KATA

BEKIS DSC ECER FDI HDPE JPSPN KIPC KKP KN LDPE MM MPK PBT PE

PET/PETE PMIT PP PS PVC SME SPI SPP TATIUC

Bekas Isian Sisa Pepejal

Differential Scanning Calorimetry Wilayah Ekonomi Pantai Timur Foreign Direct Investment High Density Polyethylene

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Kompleks Petrokimia Bersepadu Kertih Kelompok Industri Plastik Kertih Kilo Newton

Low Density Polyethylene Milimeter

Majlis Perbandaran Kemaman Pihak Berkuasa Tempatan Polietilena

Polyethylene Terephthalate

Pembangunan Memajukan Iktisad Terengganu Polypropylene

Polystyrene

Polyvinyl Chloride

Small And Medium Sized Enterprise Society of Plastic Industry

Sisa Pepejal Perbandaran TATI University College

x

(13)

UMTM Universal Material Testing Machine

xi

(14)

Kajian Penghasilan Produk Kreatif Dengan Menggunakan Bahan Buangan “Flex Banner”

ABSTRAK

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan potensi plastik banner yang dibuang dari industri pengiklanan di Kemaman, Terengganu untuk menghasilkan produk kreatif. Terdapat tiga jenis industri yang terlibat dalam kajian ini iaitu industri pengiklanan, industri kitar semula plastik dan badan berkanun. Pelupusan dan pembakaran terbuka terhadap bahan buangan plastik banner yang diamalkan oleh kebanyakan industri pengiklanan menyumbang kepada pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Hasil temuramah dengan dua buah syarikat pengiklanan menunjukkan sisa plastik banner hanya akan dibuang begitu sahaja. Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, kajian terperinci mengenai potensi penggunaan plastik banner sebagai alternatif untuk menghasilkan produk kreatif telah dilakukan. Tiga ujikaji telah dijalankan bagi melihat hasil yang diperolehi samada boleh digunakan untuk menghasilkan produk kreatif atau tidak. Tiga ujikaji tersebut ialah ujikaji pembakaran ke atas plastik banner, ujikaji ketahanan tampalan dan ujikaji ketahanan jahitan. Ujikaji pembakaran melibatkan proses pembakaran menggunakan ketuhar elektrik dan mesin kalorimetri pengimbasan Pembezaan. Hasil yang diperolehi menunjukkan plastik banner yang dibakar hanya hancur pada suhu yang tinggi, ini menunjukan bahawa bahan ini agak susah untuk dilupuskan. Ujikaji ketahanan pula menggunakan mesin UMTM. Ujikaji ketahanan tampalan pula menggunakan sisa plastik banner yang dipotong kepada cebisan kecil, kemudian ditampal menggunakan gam. Hasil yang diperolehi menunjukkan sisa plastik banner boleh menghasilkan produk kreatif dengan kaedah tampalan. Ujikaji ketahanan terhadap teknik jahitan dengan menggunakan mesin UMTM, penemuan daripada kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan buangan plastik banner sebagai alternatif untuk menghasilkan produk kreatif adalah satu pendekatan yang berdaya maju bagi memberi nilai kepada hasil sisa buangan tersebut serta dapat mencegah pencemaran alam sekitar. Oleh itu, hasil daripada kajian ini membuktikan penghasilan produk kreatif daripada plastik banner boleh memberikan pendapatan dan juga mempelbagaikan produk kreatif yang sedia ada di pasaran komersial.

xii

(15)

A Study on Creative Product using waste Flex Banner

ABSTRACT

This research was conducted to determine the potential of discarded plastic banner from advertising industry in Kemaman, Terengganu to produce the creative product. There are three types of industries that involved in this research. They are, advertising industry, plastic recycling industry and statutory body. Usually, advertising industry will dispose and burn the discarded plastic banner. This activity will contribute to waste and environmental pollution. Result from interviews with two advertising companies’ show that the waste of plastic banner will only be thrown away. In order to overcome this problem, a detailed study on the potential use of plastic banner as an alternative to produce creative products has been conducted. Three experiments were conducted to see whether the results obtained can be used to produce a creative product or not. Three experiments were burning experiment on plastic banner, endurance test, patch experiment and stitches experiment. For burning experiment, it involves firing combustion process using electric oven and differential scanning calorimetry machine (DSC). The results from burning experiment showed that plastic banner was not destroyed and very difficult to dispose. For endurance test, it used universal material testing machine. The result showed that plastic banner has good endurance. For patch experiment, it used the waste of plastic banner that is cut into small pieces and then affixed with glue. The results obtained showed that the waste of plastic banner can be used to produce creative product using patch method. The products that have been produced from patch experiment were pencil box and tent. For endurance stitches experiment also use universal material testing machine, it involved the use of sewing.

The experimental results show that plastic banner can be sewn to produce creative product. The findings from this study indicate that the use of waste plastic banner as an alternative to produce creative product is a viable approach for delivering value to the waste and help to prevent environmental pollution. Therefore, the results of this study show that producing creative product from plastic banner can provide income and diversify existing creative product in the commercial market.

xiii

(16)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di dalam kehidupan seharian kita, penggunaan plastik amat meluas kerana plastik merupakan salah satu bentuk polimer yang sangat berguna dalam kehidupan seharian. Beberapa jenis plastik memiliki sifat-sifat yang tertentu, antaranya ialah ianya mudah cair pada pelarut yang sesuai, pada suhu tinggi akan cair tetapi akan mengeras kembali jika disejukkan dan struktur molekulnya bercabang tanpa ikatan silang antara rantai. Proses mencair dan mengeras ini dapat terjadi berulang kali. Sifat ini dikenali sebagai sifat termoplastik. Bahan-bahan yang bersifat termoplastik mudah untuk diolah kembali kerana setiap kali dipanaskan, bahan-bahan tersebut dapat dituangkan ke dalam cetakan yang berbeza untuk membuat produk plastik yang baru. Polietilena (PE) dan polivinil klorida (PVC) merupakan contoh jenis polimer ini. PVC merupakan polimer termoplastik kategori ketiga dalam kedudukan di dunia, setelah polietilena dan polipropilena (HaeNee Fishylover, 2012).

Plastik mempunyai ketahanan yang tinggi dan ianya tidak akan terlerai dengan semulajadi. Ianya memerlukan jangkamasa yang terlalu lama untuk terurai. Ada yang terurai sehingga puluhan tahun sehinggalah ada yang mencecah ratusan ribu tahun untuk mereput dan ianya bergantung kepada jenis-jenis plastik tersebut. Bahan asal untuk membuat plastik adalah berasal daripada campuran bahan kimia, dan ianya bukan

1

(17)

daripada sumber semulajadi. Maka ianya pasti membawa kesan yang buruk ke atas bahan yang diletakkan di dalamnya terutama yang melibatkan bahan makanan. Perkara ini pasti juga memberi impak buruk ke atas kesihatan pengguna. Oleh itu yang demikian pengetahuan dalam mengenal jenis-jenis plastik amatlah penting agar kita dapat mengenal pasti jenis plastik yang tidak mempunyai bahan kimia sekaligus boleh digunakan dan boleh di kitar semula (Muhammad, 2014).

1.2 Latar Belakang Kajian

1.2.1 Industri Plastik Di Malaysia

Industri petrokimia dan petroleum merangkumi gas asli, produk-produk petrokimia dan petroleum. Industri yang amat penting di negara ini dengan pelaburan modal berjumlah RM112 billion sehingga tahun 2013. Malaysia telah bermula sebagai salah satu negara pengimport petrokimia kepada negara-negara luar dan kini Malaysia merupakan pengeksport utama produk-produk petrokimia (MIDA, 2015).

Terdapat pelbagai jenis petrokimia yang dikeluarkan di negara ini di antaranya ialah poliolefin, olefin, oksida, etilena, aromatik, okso-alkohol, glikol, asid akrilik, ekstoksilat, asid asetik, anhidrida ftalik, monomer stirena, polistirena impak tinggi, monomer klorida vinil, benzena etil, tereftalat polibutilena dan polivinil klorida. Loji- loji ini merupakan menyumbang utama dalam aktiviti-aktiviti pembangunan penghasilan dan pemprosesan plastik tempatan dengan menyediakan bekalan bahan- mentah kepada industri plastik. Faktor-faktor ini telah menyebabkan industri produk-

2

(18)

produk plastik merupakan salah satu industri yang paling menarik perhatian dalam sektor perkilangan di negara ini (MIDA, 2015).

Industri plastik boleh dipecahkan kepada empat sektor, iaitu sektor pengguna, sektor elektronik dan automotif, komponen-komponen elektrik dan sektor pembungkusan serta industri lain. Bagi sektor pembungkusan, produk ini lebih kenyal seperti filem, beg, bekas dan botol, merupakan permintaan pasaran terbesar bagi sektor industri plastik (MIDA, 2015).

Dalam industri pengilangan plastik, proses pengeluaran utama yang terlibat dalam industri pengilang plastik adalah proses suntikan melalui paip, pengacuan suntikan profil dan pengacuan biasa. Dikatakan lebih 1,450 syarikat yang beroperasi, telah mengeluarkan pelbagai jenis produk berasakan plastik .Antara produk yang dikeluarkan sesebuah rumah biasa, barang-barang konveyer hingga bahagian bahan pembungkusan dan komponen bagi industri-industri elektronik dan elektrik, automotif, peralatan pejabat, telekomunikasi dan komputer (MIDA, 2015).

Malaysia merupakan salah satu negara pengeksport utama produk plastik.

Produk plastik utama yang dieksport adalah seperti pinggan, bekas plastik, filem, dan jenis-jenis plastik lain. Destinasi utama eksport termasuk China, Kesatuan Eropah, Singapura, Hong Kong, Thailand dan Jepun. Industri plastik Malaysia telah diberi penarafan sebagai antara yang paling kompetitif di Asia (MIDA, 2015).

Globalisasi yang berlaku di negara ini bukan sahaja menjadi cabaran malah ianya telah membuka peluang kepada pengilang yang terdapat di negara ini. Justeru itu, menjadi tenggungjawab mereka sebagai pengeluar plastik di Malaysia dalam memajukan daya persaingan mereka, melalui penambahbaikkan teknologi terkini selain

3

(19)

meningkatkan kemahiran dalam usaha menguasai pasaran baru di negara-negara yang maju dan membangun (MIDA, 2015).

Plastik merupakan salah satu industri yang berpontensi dalam menerajui pendapatan negara melalui pelbagai sektor ini kerana plastik boleh menghasilkan pelbagi produk daripada petroleum yang merupakan hasil yang terdapat di negara ini ianya dan mula diperkenalkan pada sekitar tahun 1907-1909 iaitu abad ke-20.

Keistimewaan dan kemampuan yang terdapat pada sifat plastik menyebabkan produk yang dihasilkan daripada plastik mencatatkan permintaan tinggi dalam pasaran yang meluas dan berkembang dengan pesat (Mohd Yusri, 2012).

Di negara ini, industri plastik mencatatkan peningkatan pendapatan iaitu sebanyak 5.2 peratus berbanding dengan perolehan RM15.44 bilion pada 2007 dan pendapatan meningkat RM16.24 bilion pada 2008. Barangan eksport pula memperolehi peningkatan sebanyak RM8.33 bilion pada 2007 iaitu sebanyak 11.6 peratus, kepada RM9.30 bilion pada tahun 2008. Penghasilan barangan plastik merupakan penyumbang sebanyak 21.8 bilion, iaitu sejumlah 3% kepada nilai output kasar pada tahun 2009, daripada 730 bilion ini merupakan nilai keluaran kasar keseluruhan yang disumbangkan oleh kumpulan pembuatan negara. Nilai eksport dalam sektor pembuatan produk plastik dan getah pula meningkat sejumlah 21.3 peratus bersamaan dengan nilai 13 289.0 juta pada tahun yang sama. Pada tahun 2009, pengeluaran produk plastik meningkat kepada 2.4 peratus daripada 21.3 peratus dan perkara dibuktikan oleh prestasi kukuh sektor pembungkusan plastik oleh pengguna. Pengeluaran produk plastik bekas berangin telah meningkat sebanyak 0.6 peratus bagi tempoh Januari hingga Julai 2009 perkara ini

4

(20)

berlaku disebabkan oleh permintaan yang meningkat bagi bahan pembukusan daripada industri minuman dan makanan untuk pasaran domestik (Mohd Yusri, 2012).

1.2.2 Sejarah Penghasilan Plastik

Pada abad terakhir, getah dan plastik telah dikenali sebagai bahan yang setanding dengan bahan sedia ada kerana kepelbagaian penggunaannya. Tanpa bahan- bahan ini, sukar bagi manusia untuk menghasilkan produk seperti peralatan kereta, telefon dan set televisyen (J.A.Brydson, 1999).

Orang pertama yang memperkenalkan istilah plastik adalah Alexander Parkes.

Ketika itu, beliau memperkenalkannya di dalam satu pameran yang bernama Great International Exhibition di London pada 1862. Parkes mengistilahkan temuannya itu bernama "Parkesin" iaitu satu bahan material organik yang berasal dari serat atau selusa yang boleh berubah bentuk apabila dipanaskan dan menjadi keras apabila suhunya kembali normal (Avizena Ridwan, 2012).

Setelah John Wesley Hyatt menemui serat terbaru ini, istilah selulosa menjadi semakin terkenal, penemuannya itu terhasil pada tahun 1869 ketika beliau mencampurkan alkohol dengan selolusa organik. Salah satu hasilnya adalah bola snooker yang diperbuat dari simen yang digantikan dengan penemuan Hyatt. Namun begitu penemuan Hyatt dikatakan kurang berkesan oleh kerana penemuan beliau daripada jenis plastik ini sangat cair ketika berada dalam suhu yang tinggi dan menyebabkan kerosakan pada bentuk asalnya. Namun, pada awal 1900, penemuan Hyatt dikatakan terkenal dalam perkembangan dunia fotografi kerana bahan selulosa

5

(21)

merupakan bahan untuk menghasikan filem fotografi atau dikenali sebagai seluloid.(Avizena Ridwan, 2012).

Pada 1897, penemuan baru ditemui dalam perkembangan plastik iaitu formaldehyde resins atau lebih dikenali sebagai bakelit. Plastik daripada jenis ini lebih lebih dikenali sebagai plastik penghasilan plastik teknologi terkini. Sifat plastik ini lebih bagus kerana ianya dihasilkan dalam bentuk serbuk. Di antara produk yang terkenal adalah campuran pembuatan kapur untuk menulis di papan hitam. Pada tahun 1899, Arthur Smith, merupakan seorang pengkaji Inggeris beliau telah menemui jenis plastik baru yang dikenali sebagai phenol formaldehyde. Plastik ini terhasil daripada formaldehyde resin dengan teknik penggunaan tenaga elektrik. Plastik ini mempunyai sifat yang lebih kuat dan kurang anjal. Pada 1839 sehingga tahun 1894 adalah zaman kemunculan plastik jenis semi sintetik. Pada tahun 1872, plastik untuk penggunaan paip air atau dikenali sebagai polyvinyl chloride (PVC) telah di temui oleh Eugen Baumann.

Pada abad ke-20 iaitu di antara 1908 hingga tahun 1932 merupakan era yang paling produktif di mana penemuan pelbagai jenis plastik bermula daripada plastik seperti penghasilan benang nilon daripada plastik, penemuan PVC yang bersifat lebih elastik, manakala plastik jenis Styrofoam yang ditemui oleh Ray McIntire pada tahun 1954.

Apabila memasuki zaman moden pada tahun 1940 hingga tahun 1980, bahan untuk menghasilkan plastik bukan sahaja daripada alkohol, resin, atau selulosa, penghasilan plastik juga dicampurkan dengan kristal. Kebanyakkan plastik jenis ini dihasilkan untuk membuat pelindung lampu kenderaan atau pelindung jenis-jenis lampu lain (Sejarah Dunia, 2012).

6

(22)

1.3 Permasalahan Kajian

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, plastik telah menjadi sebahagian daripada hidup manusia. Sisa plastik terutamanya yang datang daripada bahan pembungkusan dan juga plastik beg telah menjadi masalah utama dalam pengurusan sisa pepejal perbandaran (Shekdar, 2009, Kenneth, 2010).

Di Semporna, Sabah, sampah jenis plastik adalah di antara sampah yang paling banyak terkumpul di tapak pelupusan dengan kadar sebanyak 70% berbanding dengan sampah buangan lain. Plastik merupakan bahan yang boleh mencemarkan keindahan alam sekitar terutamanya lautan yang merupakan sumber pendapatan utama masyarakat setempat di negeri ini (Sitti Nor Azizah Talata, 2010).

Menurut beliau lagi, sikap manusia yang suka membuang plastik ke dalam laut menyebabkan kekurangan pendapatan nelayan, selain itu turut mengancam hidupan marin seperti terumbu karang dan penyu. Plastik mengambil masa lebih 20 tahun untuk mereput berbanding dengan sisa bahan pepejal yang lain (Sitti Nor Azizah Talata, 2010).

Di sebalik penggunaan plastik secara meluas, masyarakat hari ini perlu sedar bahawa keburukan yang terdapat pada plastik tidak kurang bahayanya. Ini kerana penggunaan plastik boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada manusia seperti pencemaran alam dan juga bahaya untuk kesihatan. Antara kesan dari pembuangan sisa plastik ialah seperti hujan asid, pencemaran udara, pencemaran air, banjir kilat dan tanah runtuh (Hasnah, 2014).

7

(23)

Bagi mengurangkan masalah pembuangan sisa plastik, amalan 3R perlu diamalkan. 3R bermaksud Reduce, Reuse dan Recycle. Reduce membawa maksud pengurangan pembelian barangan yang berbungkus plastik. Reuse bermaksud menggunakan semula barangan plastik yang telah digunakan. Recycle bermaksud kitar semula plastik (Dina Ganya, 2013).

Plastik merupakan bahan yang lama untuk mereput, ianya juga mempunyai tindak balas kimia yang berbahaya dan menyebabkan tanah dan air menjadi racun, pembakaran plastik secara terbuka juga boleh menyebabkan penceramaran udara dan bau kerana ianya membebaskan bahan toksid berbahaya ketika pembakaran, cara pelupusan plastik yang salah boleh menyebabkan kesan yang buruk dan ancaman kepada alam semulajadi , Oleh yang demikian cara yang terbaik dalam dalam membuat pelupusan plastik adalah mengitar semula (Muhammad, 2014)

Selain dari sudut kegunaan, jika dilihat dari segi bahan mentah, seperti yang kita sedia maklum, harga getah amat mahal, dan memakan masa yang lama untuk dilupuskan. Oleh kerana faktor ini, pengkaji cuba untuk menggunakan produk plastik untuk dijadikan bahan produk kreatif.

Menurut akhbar Sinar Harian bertarikh 8 Januari 2013, kini masyarakat sedikit demi sedikit mempunyai kesedaran di mana negeri Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor telah mengumumkan "Day Say No To Plastic Bag" memberi sedikit sinar kehidupan kepada alam sekitar. Selain daripada tiga negeri ini, ke semua kompleks membeli belah utama, institusi pengajian tinggi, syarikat-syarikat tempatan telah menyahut seruan ini dalam mengurangkan usaha penggunaan plastik dalam kehidupan seharian (Sinar Harian, 2013).

8

(24)

Oleh kerana kita yang menjadi punca masalah ini, maka kita juga mampu untuk menyelesaikannya. Disebabkan inilah kajian terhadap banner buangan industri plastik di Kemaman, Terengganu, untuk digunakan sebagai produk dalam menghasilkan produk kreatif dijalankan (Hafizi et.al, 2014).

Mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Bin Said di dalam keratan akhbar berita harian bertarikh 27 Mac 2009 menyatakan bahawa pada akhir tahun lalu, Terengganu menerima kemasukkan positif pelaburan langsung asing (FDI) yang bernilai RM145 juta di Kelompok Industri Plastik Kertih (KKP) iaitu kawasan perindustrian plastik bersepadu pertama di Malaysia. KKP yang terletak di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dibangunkan bagi menggalakkan pelaburan hiliran dalam industri plastik dan yang berkaitan dengannya dengan memanfaatkan sinergi Kompleks Petrokimia Bersepadu Kertih (KIPC). Disasarkan menjelang 2015, sebanyak 140 hektar lot perindustrian di KPP akan dipenuhi, menarik pelaburan bernilai RM2 bilion dan mewujudkan lebih 7,000 peluang pekerjaan.

Kawasan perindustrian Telok Kalong, Kemaman pula adalah salah satu kawasan perindustrian utama negeri itu yang dibangunkan bagi menarik lebih banyak kemasukan pelabur asing. Selain memiliki kelebihan dari segi persekitaran yang memudahkan logistik, kawasan itu turut memiliki kelebihan daripada segi insentif yang ditawarkan (Berita Harian, 2009). Menurut beliau lagi, bagi menarik lebih banyak pelabur asing di Telok Kalong, kami (kerajaan negeri) menawarkan pelbagai insentif yang mana antara lain termasuk kos bahan mentah dan binaan yang murah serta potongan 50 peratus untuk cukai pendapatan tahunan syarikat yang menggaji lebih 200 orang pekerja.

Kawasan Perindustrian itu adalah zon yang dibangunkan Perbadanan Memajukan

9

(25)

Iktisad Terengganu (PMIT) bagi menyokong industri petroleum di negeri itu.

Kebanyakan industri dan perkhidmatan yang dibina adalah berkaitan dengan petroleum dan gas (Berita Harian, 2009).

Kelompok Industri Plastik Kertih (KPP) kini menerima tiga pelabur awal iaitu syarikat pembuat wayar dan kable, Hi-Essence Cable Sdn Bhd dengan nilai pelaburan RM85 juta. Manakala dua lagi syarikat, Latenfield Pipe Industries Sdn Bhd melabur RM40 juta dan FMD Polypipes Industry Sdn Bhd akan melabur sebanyak RM20 juta bagi pembuatan industri paip plastik. Projek yang merupakan antara teras utama di dalam projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bakal menarik lebih banyak pelaburan dimasa depan (Berita Harian, 2009).

Kedudukan lokasi yang strategik bertujuan untuk terus menggalakkan pelaburan hiliran dalam industri plastik dan yang berkaitan dengan plastik dengan memanfaatkan sinergi berpotensi di kompleks Petrokimia Bersepadu Kertih (KIPC). Perdana Menteri, Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, KPP dijangka dapat merangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi ECER sekaligus meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat di Pantai Timur. Menurut, Dato‟ Seri Abdullah usaha akan dipertingkatkan bagi mempercepatkan pembangunan KPP, terutamanya dalam menjalankan kerja-kerja asas dan prasarana bagi kemudahan para pelabur (Farezul Fadzal, 2009). Kesimpulan yang dapat dibuat ialah semakin berkembang industi plastik di Terengganu, semakin banyak pembuangan sisa plastik di Terengganu.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji, terdapat lebih dari 3 buah syarikat percetakan yang terdapat di sekitar daerah Kemaman, Terengganu. Penubuhan syarikat pengiklanan seperti cendawan tumbuh selepas hujan di Terengganu

10

(26)

menyumbang kepada peningkatan jumlah pembuangan bahan plastik. Peningkatan pembuangan bahan plastik berpunca daripada pembuangan bahan plastik cetakan yang tinggi akibat daripada pengeluaran barangan cetakan yang banyak. Penghasilan bahan cetakan secara digital banyak terdapat di syarikat- syarikat kecil dan syarikat-syarikat besar di Terengganu (Mohd Khairul Nizam, 2013).

Cetakan dibuat bagi mempromosikan perniagaan. Selain itu, cetakan juga dihasilkan untuk dijadikan perhiasan di dinding bangunan (Mohd Khairul Nizam, 2013).

Berdasarkan kepada faktor permintaan yang semakin meningkat, ini menyumbang kepada peningkatan hasil buangan dari industri plastik. Plastik banner yang telah digunakan hanya di buang sahaja tanpa ada pihak yang tampil untuk melakukan kitar semula terhadap banner tersebut (Mohd Khairul Nizam, 2013).

Pada masa kini, penghasilan beberapa barangan kraf daripada plastik banner hanya menggunakan banner yang bersaiz besar. Keadaan ini juga dapat menyumbang kepada buangan banner kerana proses pembuatan barangan kraf sedia ada melibatkan proses yang lain. Ini jelas menunjukkan bahawa banner yang telah digunakan akan tetap dibuang atau dibakar walau dalam apa keadaan sekali pun. Pembuangan dan pembakaran banner ini akan menyebabkan pencemaran udara ekoran daripada pembakaran terbuka yang di buat (Mohd Khairul Nizam, 2013).

11

(27)

1.4 Persoalan Kajian

(iv) Apakah bahan banner yang terbuang mempunyai titik bakar yang tinggi sesuai untuk dijadikan produk kreatif?

(v) Apakah hasil analisa melalui ujikaji ketahanan tampalan dan jahitan banner terbuang dapat menghasilkan produk kreatif?

(vi) Apakah jenis proses pembuatan yang bersesuaian bagi menghasilkan produk kreatif dari bahan banner terbuang?

1.5 Objektif Kajian

(i) Mengkaji kesesuaian bahan banner terbuang untuk menghasilkan produk kreatif melalui ujikaji pembakaran

(ii) Menganalisis proses pembuatan produk kreatif hasil daripada bahan plastik buangan banner melalui ujikaji ketahanan tampalan dan jahitan (iii) Mengkaji proses pembuatan yang bersesuaian bagi menghasilkan produk

kreatif dari bahan buangan plastik banner

1.6 Skop Kajian

Kajian ini menekankan sumber utama iaitu plastik banner dan teknik atau kaedah ujikaji dalam kajian ini pula adalah pembakaran, ujian ketahanan, tampalan dan jahitan yang mana ia merangkumi bidang plastik. Hasil plastik banner ini diperolehi

12

(28)

dari tiga industri plastik yang berbeza di Kemaman Terengganu syarikat A, B dan C.

Pengkaji memilih Kemaman, Terengganu sebagai tempat kajian kerana Kemaman merupakan kawasan industri yang besar. Pengkaji mengkaji plastik banner yang banyak dibuang di sekitar kemaman iaitu Flex banner atau lebih dikenali sebagai tarpauline.

Kajian ini hanya dilakukan di negeri Terengganu, dan dibataskan hanya di daerah Kemaman, Terengganu, yang mana tiga industri plastik yang telah dikenal pasti iaitu industri pengiklanan, cetakan dan jahitan yang terdapat di daerah ini. Batasan ini dikaji berdasarkan dari temuramah yang dibuat oleh pengkaji di mana dianggarkan 20,000 kaki persegi setiap minggu dibuang di tempat pelupusan sampah kemaman.

Bagi mewakili kajian ini, pengkaji telah memilih (20) orang masyarakat setempat sebagai sampel kajian ini dalam mengenalpasti plastik banner terpakai sebagai bahan alternatif lain untuk menghasilkan produk kreatif.

1.7 Rumusan

Bab ini memberi gambaran awal tentang kajian awal produk kreatif buangan banner di mana melibatkan 3 proses utama ujikaji yang menjadi teras kajian ini pertama ujikaji pembakaran plastik buangan banner, kedua ujikaji terhadap ketahanan tampalan plastik banner terbuang dan ketiga ujikaji terhadap ketahanan jahitan plastik banner terbuang. Penyataan masalah pula mengupas tentang senario semasa yang mendorong ke arah penghasilan kajian ini yang mana dipengaruhi oleh faktor pembuangan plastik banner yang banyak, keperluan penambahbaikan untuk mencari inisiatif bagi mengurangkan masalah ini serta faktor kos di dalam menjayakan kajian ini. Objektif

13

(29)

dan persoalan kajian pula memfokuskan ke arah ujikaji yang akan dibuat bagi mengelakkan masalah ini menjadi lebih buruk. Skop kajian yang merangkumi kawasan kajian di Terengganu daerah kemaman di mana pengkaji mengambil data daripada syarikat pengiklanan di kawasan sekitar dan pengukuran tahap kesedaran orang ramai dalam mengenalpasti plastik banner terpakai sebagai alternatif material untuk menghasilkan produk kreatif terhadap 20 orang responden.

14

(30)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam kajian ini, pengkaji menerangkan berkenaan PVC flex banner, sisa pepejal dan kajian lampau yang berkaitan dengan penyelidikan. Dalam kajian ini literatur diambil dari kajian lepas dan buku samada dari dalam atau luar negara. Teori dan penyataan ini adalah berkaitan dengan tajuk kajian ini. Ulasan literatur ini sangat penting untuk penjanaan idea dan hala tuju penyelidikan ini. Di dalam merencanakan kajian ini, penyelidik banyak menggunakan teori dan falsafah dari pelbagai sumber terutamanya teori kajian mampan. Penyelidik juga telah mendapatkan butiran berkaitan ujikaji terhadap kajian-kajian lepas yang diperolehi dari jurnal, tesis dan artikel.

Rujukan sebegini adalah penting untuk melihat dari sudut ujikaji lepas. Kajian ini juga adalah untuk mendapatkan maklumat terperinci yang releven dan menepati matlamat asal kajian ini.

2.2 Pengenalan PVC Flex Banner

Menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (1997), perkataan banner membawa maksud panji-panji. Manakala menurut Meriam Webster (2015), banner ialah kain jalur besar dengan reka bentuk, tulisan dan gambar di atasnya. Oleh itu, dapat disimpulkan

15

(31)

bahawa banner adalah kain rentang yang tertera corak, tulisan dan gambar di atasnya untuk tujuan pengiklanan. Pada kebiasaannya banner dihasilkan daripada termoplastik seperti polyethylene, polypropylene atau polyester (Gary L. Lawrence, 2001).

PVC Flex Banner biasanya dikenali sebagai vinyl banner. PVC flex banner diperbuat daripada campuran plastik polivinil klorida (PVC) dan polyester (Niir,2002).

Beliau juga menyatakan bahawa PVC flex banner biasanya digunakan untuk pengiklanan luar. Menurut beliau lagi, PVC flex adalah kualiti terbaik kepada semua pencetak digital yang direka khas untuk pasaran India. Oleh kerana sifat kimia yang stabil dan penyerapan dakwat yang sangat baik, PVC flex akan menghasilkan cetakan gambar yang baik untuk pengiklanan yang melibatkan gambar yang berformat besar.

Oleh sebab itu, PVC flex memainkan peranan penting dalam industri pengiklanan.

Menurut Niir (2002), PVC Flex terbahagi kepada dua iaitu frontlit flex dan backlit flex. Menurut beliau lagi, frontlit flex digunakan untuk menghasilkan papan iklan (billboard), paparan dalaman dan luaran, banner dan lain-lain. Backlit flex pula digunakan untuk menghasilkan kotak lampu, paparan dalam stor dan lain-lain.

Terdapat banyak kelebihan PVC flex banner. Antaranya ialah fleksibel untuk kegunaan banner, mudah digunakan pada kain rentang berwarna penuh, sesuai untuk penggunaan dalaman dan luaran, menghasilkan cetakan gambar yang berkualiti tinggi dan tahan pudar selama beberapa tahun (Niir, 2002). Ivan Xiao (2009) menyatakan antara kelebihan PVC flex banner ialah tahan pada cuaca (panas atau hujan), sangat serasi dengan pelbagai pelarut pencetak digital, menghasilkan cetakan yang baik, tidak mudah koyak, penyerapan dakwat yang stabil, dakwat cepat kering dan sangat sesuai untuk cetakan papan iklan besar.

16

(32)

2.3 Definisi Sisa Pepejal

Berdasarkan akta 672 pembersihan awan dan pengurusan sisa pepejal 2007 menyatakan bahawa sisa pepejal adalah merangkumi semua bahan yang berlebihan atau bahan sekerap yang tidak diperlukan atau bahan yang tidak diperlukan apabila sesuatu proses dijalankan atau apa sahaja benda yang tidak dikehendaki untuk dilupuskan kerana telah tercemar, lusuh, pecah, atau bahan yang berkaitan seperti diatas yang diperlukan untuk dilupuskan seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk tujuan perlupusan (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, 2013).

2.3.1 Sejarah Pengurusan Sisa Pepejal

Sejarah pengurusan sisa pepejal dikatakan telah bermula di Mesir pada 2100 sebelum masihi, dimana sistem pengurusan telah disuaikan dengan kebudayaan, lokasi, kepercayaan dan juga teknologi yang dihasilkan pada zaman itu. Terdapat perbezaan tempat pembuangan sampah mengikut hierarki masyarakat pada zaman itu di mana sisa pepejal golongan atasan mereka akan di buang ke dalam Sungai Nil, manakala untuk mereka kelas bawahan sisa pepejal mereka di buang di depan rumah mereka. Kajian menunjukkan tempat pembuangan sisa pepejal mereka yang pertama pada tahun 500 SM telah bina di Athen dan Rom (Chisea, 1981, PPSPPA, 2013).

Tempat pembuangan sampah di Athen dan Rom berfungsi untuk mengumpul sisa pepejal. Kedua-dua tempat merupakan milik penuh kerajaan. Di hujung pertengahan abad, iaitu dimana sistem pelupusan tidak lagi dijalankan telah

17

(33)

menyebabkan pelbagai kesan buruk yang berlaku terhadap alam sekitar . Di antaranya ialah berlakunya longgokan sisa pepejal di laluan-laluan jalan raya menyebabkan binatang seperti khinzir berada di merata tempat memakan sisa pepejal. Akibat daripada berlaku perkara tersebut satu undang-undang pengurusan sisa pepejal telah di tubuhkan dan dikuatkuasakan dengan serta merta di negara tersebut. (Chung, 2002, PPSPPA, 2013).

China merupakan negara yang mempunyai banyak sejarah terutamanya dalam sistem pengurusan sisa pepejal telah bermula sejak 4000 tahun dahulu lagi, salah satu contoh yang baik boleh dicontohi ialah mereka telah menggunakan bahan buangan sisa pepejal sebagai baja untuk meningkatkan hasil tanaman mereka (Chung, 2002, PPSPPA, 2013).

Pada tahun 1880-an perubahan besar telah berlaku dalam sistem pengurusan sisa pepejal perkara ini berlaku di mana Revolusi Perindustrian telah berlaku pada zaman ini, penduduk-penduduk mempunyai kesedaran dalam isu alam sekitar dan minitikberatkan kebersihan dalam meneruskan kelestarian kehidupan seharian mereka.

Pertambahan bilangan penduduk yang semakin ramai memberi kesan buruk jika tanpa pengurusan sisa pepejal, tempat pengasingan pelupusan juga diperkenalkan kepada masyarakat. Teknologi moden telah dihasilkan dalam membantu menguruskan sisa pepejal seperti pembakaran secara tertutup telah dibuat untuk pertama kali pada tahun 1885 manakala pada tahun 1895 kitar semula yang pertama telah dibuat di New York (Menke-Gluckert, 1985, PPSPPA, 2013).

Pada tahun 1920-an, bilangan tapak pelupusan sanitari mula bertambah. Di antara cara untuk mengurus sisa pepejal ketika itu adalah menebus guna tanah paya

18

(34)

untuk pembuangan sampah. Kemelesetan ekonomi yang teruk pada 1930-an membawa perubahan ketara terhadap penggunaan lori sampah dan kawalan kebersihan tapak pelupusan sisa pepejal. Pada tahun 1950-an, masyarakat lebih suka membuang sisa pepejal tanpa mengasingkannya. Tapak pelupusan sisa pepejal sanitari bertambah dengan pesat dan amalan kitar semula semakin dilupakan. Syarikat-syarikat besar yang dipertanggungjawabkan terhadap sistem pengurusan sisa pepejal telah ditubuhkan pada awal tahun 1960-an. Kempen kitar semula dan pengurangan sisa pepejal diwujudkan semula sekitar 1970-an. Kesedaran masyarakat semakin meningkat terhadap pengurusan sisa pepejal kerana menyedari akan kesan buruknya bukan sahaja terhadap alam sekitar malah kepada tahap kesihatan mereka sendiri (PPSPPA, 2013).

2.3.2 Pengurusan Sisa Pepejal Di Malaysia

Sehingga tahun 1998, pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. Kepesatan pembangunan negara yang berterusan turut meningkatkan kuantiti sisa pepejal yang dijana setiap tahun, menyebabkan kos pengurusan sisa pepejal turut meningkat. Keadaan ini amat membebankan sebahagian besar PBT dengan meningkatnya kos kutipan dan pembinaan fasiliti untuk merawat dan melupus sisa pepejal. Pada masa yang sama, masyarakat semakin peka ke atas isu-isu alam sekitar menyebabkan masalah sisa pepejal mendapat perhatian umum (PPSPPA, 2013).

Pada bulan Oktober 1994, Kerajaan menyarankan kepada syarikat swasta untuk membuat tawaran bagi penswastaan pengurusan sisa pepejal bagi meningkatkan kualiti

19

(35)

pengurusan sisa pepejal. Pada 6hb September 1995, Kabinet telah bersetuju untuk menswastakan pengurusan sisa pepejal di Semenanjung Malaysia. Pada Disember 1995, Kerajaan Persekutuan telah menawarkan kontrak secara interim kepada empat buah syarikat (PPSPPA, 2013).

Penswastaan interim pengurusan sisa pepejal dibuat mengikut kawasan geografi iaitu Kawasan Tengah dan Timur, Kawasan Utara, Kawasan Selatan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Penswastaan secara interim telah dilaksanakan mulai pada 8 April 1998 sebelum penswastaan sepenuhnya dikuatkuasakan (PPSPPA, 2013).

Kerajaan Persekutuan telah menggubal akta untuk memindahkan tanggungjawab pengurusan sisa pepejal daripada PBT kepada kerajaan pusat. Pada tahun 2007, Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Di bawah Akta ini Kerajaan Persekutuan telah diberi kuasa eksekutif berhubung dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Semenanjung Malaysia (PPSPPA, 2013).

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah diwujudkan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk membuat dasar, peraturan-peraturan, garis panduan, merangka pelan perancangan strategik, mengeluarkan lesen, dan seumpamanya. Pada tahun 2007 juga, Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Akta 673) telah diwartakan bagi menubuhkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA). PPSPPA ditubuhkan sebagai agensi untuk menguatkuasakan Akta 672 serta peraturan-peraturan di bawahnya, melaksanakan pelan perancangan strategik, mengawal selia perjanjian konsesi serta operasi fasiliti pengurusan sisa pepejal di seluruh negara (PPSPPA, 2013).

20

(36)

2.3.3 Komposisi Sisa Pepejal di Malaysia

Pada masa kini, Malaysia menghadapi isu-isu pengurusan sisa pepejal seperti tapak pelupusan sampah sentiasa penuh dengan sampah sarap, pertambahan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan oleh manusia, kekurangan tapak pelupusan dan impak terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar (Sumiani et.al, 2009).

Pertumbuhan pesat proses perbandaran dan pertambahan jumlah penduduk merupakan faktor lain secara tidak langsung faktor ini yang mengakibatkan penghasilan sisa pepejal bertambah di bandar-bandar. Kuantiti sisa pepejal besar yang dihasilkan di Semenanjung Malaysia menunjukkan peningkatan 16,200 tan sehari untuk tahun 2001 kepada 19,100 tan sehari pada tahun 2005 atau purata untuk sehari sisa yang dihasikan oleh masyarakat sebanyak 0.8kg sehari. Jumlah ini semakin meruncing dari tahun ke tahun dan ianya meningkat setiap tahun, jumlah ini menunjukkan ianya sama dengan penghasilan sisa pepejal di kawasan perbandaran negara-negara Asia lain yang dianggarkan berjumlah 8 juta tan sehari (Zamali et.al, 2009).

Menurut Mohd Shahir Zahari, et.al (2010), jumlah sisa pepejal yang dihasilkan di kuantan adalah sebanyak 500 tan sehari yang terdiri daripada 60% sisa dari penggunaan domestik dan 40% sisa dari industri dan pembinaan.

Menurut Guermoud (2009) dalam jurnal bertajuk “Analisis Komposisi Sisa Pepejal Perbandaran Di Daerah Kota Kinabalu”, sisa pepejal perbandaran (SPP) adalah suatu campuran heterogenus pelbagai produk dengan sifat-sifat kimia fizik yang berbeza dan ketara. Komposisinya adalah berbeza dan ianya bergantung kepada sifat produk itu

21

(37)

sendiri, sifat-sifat populasi di sesebuah Negara itu, taraf kualiti hidup secara relatif dan jenis bandar.

Kajian komposisi sisa pepejal telah mendapati komponen utama dalam sisa pepejal di Malaysia ialah sisa makanan, kertas dan plastik yang membentuk 80%

daripada keseluruhan berat basah sisa pepejal perbandaran. (Kathirvale et.al, 2003, Kenneth ,2010).

Jadual 2.1: Sumber dan jenis sisa pepejal perbandaran (Shekdar, 2009, Kenneth, 2010) Sumber-sumber Jenis sisa pepejal yang dijana

Rumah kediaman Sisa makanan, kertas, kadbod, plastik, tekstil, kaca, besi, debu, sisa khas dan sisa berbahaya daripada rumah

Pusat komersil Sisa makanan, plastik, kayu, kadbod, kaca, Kertas, besi, sisa khas dan juga sisa berbahaya.

Institusi (sekolah, hospital, Plastik,, sisa makanan, kadbod, kayu, kaca, bangunan kerajaan dan swasta) kertas, besi, sisa khas dan juga sisa berbahaya.

Perkhidmatan perbandaran Sisa am daripada taman-taman, pantai, kawasan rekreasi, landskap dan juga termasuk sisa daripada yang disapu di jalanraya.

Dianggarkan 45% daripada sisa pepejal perbandaran adalah sisa makanan, 24%

adalah plastik, 7% adalah sisa kertas dan 6% adalah besi dan kaca dengan selebihnya adalah daripada bahan lain (MHLG, 2007, Kenneth, 2010). Dapat disimpulkan komposisi sisa pepejal di Malaysia adalah seperti Rajah 2.1.

22

(38)

Rajah 2.1: Komposisi Sisa Pepejal Di Malaysia (MHLG, 2007, Kenneth, 2010)

Jadual 2.2: Penjanaan sisa pepejal di semenanjung Malaysia (PPSPPA, 2013)

Tahun 2005 Tahun 2012 Tahun 2013 Anggaran Tahun

2020

17, 000 tan sehari 22, 000 tan sehari 30, 000 tan hingga 30,000 tan sehari 33, 000 tan sehari

Jadual 2.3: Purata penghasilan sampah untuk seorang di Malaysia (PPSPPA, 2013) Sehari 1.25kg/kapita (di pusat-pusat bandar seperti Kuala Lumpur atau

Georgetown)

Sehari 0.80kg/kapita (purata)

23

(39)

Jadual 2.4: Purata pembelanjaan pengurusan sisapepejah di Malaysia (PPSPPA, 2013) Jumlah perbelanjaan isi rumah Kos pengangkutan tiada, pembayaran

dibuat di tapak pelupusan RM 1.2 Bilion setahun

RM 1.6 Bilion setahun Termasuk kos pengangkutan pembayaran di tapak pelupusan dan pengurusan insinerator

Jadual 2.5: Statistik komposisi sisa pepejal Malaysia 2005 (PPSPPA, 2013)

BAHAN %

Sisa Makanan 45

Plastik 24

Kertas 7

Besi 6

Kaca 3

Lain-lain 15

Jumlah 100

24

(40)

2.4 Hierarki Pengurusan Sisa Pepejal

Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang cekap dan berkesan amat penting bagi memastikan kualiti hidup yang tinggi dan alam sekitar yang bersih, sihat dan selamat. Sehubungan dengan itu, Pelan Perancangan Strategik Nasional untuk Pengurusan Sisa Pepejal (2005) menggariskan pengurusan sisa pepejal hendaklah berteraskan kepada hirarki pengurusan sisa pepejal. Hierarki ini terdiri daripada elemen- elemen berikut yang disusun mengikut keutamaan:

Jadual 2.6: Pelan Rancangan Strategik Nasional Untuk Pengurusan Sisa Pepejal 2005 (PPSPPA, 2013).

Pengurusan alam sekitar yang efektif melalui pengurangan PENGURANGAN penghasilan sisa pepejal

GUNA SEMULA Bahan atau produk yang digunakan secara berulang-kali KITAR SEMULA Penghasilan bahan-bahan berguna daripada sisa pepejal RAWATAN Apabila turutan langkah-langkah diatas diamalkan, kuantiti PERANTARAAN sisa akan dapat dikurangkan. Baki sisa akan dihantar ke

pusat rawatan perantaraan di mana isipadunya akan dikurangkan/dimampatkan.

PELUPUSAN Lebihan sisa pepejal akan dihantar ke tapak pelupusan sanitari

25

(41)

Jadual 2.7: Ringkasan jumlah projek tapak pelupusan sisa pepejal (PPSPPA, 2013) Bil Projek/Aktiviti Bilangan Projek RMK 9 Bilangan Projek

RMK 10

1 Menaik taraf tapak

32 tapak (sambungan RMK 9)

pelupusan

2 Menutup selamat tapak

16 tapak (sambungan RMK 9)

pelupusan

3 Membina tapak pelupusan

9 tapak 2 tapak

sanitari baru

Jadual 2.8: Ringkasan tapak pelupusan sisa pepejal seluruh Malaysia (PPSPPA, 2013) Negeri Bilangan Tapak Bilangan Tapak

Jumlah Beroperasi Tidak Beroperasi

Johor 14 23 37

Kedah 8 7 15

Kelantan 13 6 19

Melaka 2 5 7

Negeri Sembilan 7 11 18

Pahang 16 16 32

Perak 17 12 29

Perlis 1 1 2

Pulau Pinang 2 1 3

26

(42)

Negeri Bilangan Tapak Bilangan Tapak

Jumlah Beroperasi Tidak Beroperasi

Sabah 19 2 21

Sarawak 49 14 63

Selangor 8 14 22

Terengganu 8 12 20

WPKuala Lumpur 0 7 7

WP Labuan 1 0 1

Jumlah 165 131 296

Jadual 2.9: Senarai 17 tapak pelupusan sisa pepejal yang ditutup selamat (PPSPPA, 2013)

Bil Tapak Pelupusan Negeri

1 TP Chamang, Bentong Pahang

2 TP Mat Kilau, Jerantut Pahang

3 TP Kuala Perlis, Kangar Perlis

4 TP Jalan Mak Chili Paya, Kemaman Terengganu

5 TP Ulu Maasop, Kuala Pilah Negeri Sembilan

6 TP Kubang Ikan, Kuala Terengganu Terengganu

7 TP Jabor Jerangau, Kuantan Pahang

8 TP Rimba Terjun, Pontian Johor

9 TP Bukit Palong, Port Dickson Negeri Sembilan

10 TP Gelugor, Kemaman Terengganu

27

(43)

Bil Tapak Pelupusan Negeri

11 TP Batu Empat, Kota Tinggi Johor

12 TP Kuala Sawah, Nilai Negeri Sembilan

13 TP Pajam, Nilai Negeri Sembilan

14 TP Sua Betong, Port Dickson Negeri Sembilan 15 P Ladang CEP1, Simpang Renggam Johor

2.5 Definisi Plastik

Plastik adalah bahan organik manusia yang terdiri daripada campuran karbon dan molekul hidrogen. Molekul plastik adalah polimer yang mengandungi susunan rapat di mana organisma seperti bakteria dan fungus tidak dapat dipisahkan secara bio. Plastik akan hancur jika didedahkan dengan cahaya matahari dan udara untuk jangka masa yang tertentu tetapi mungkin memakan masa beratus-ratus tahun. Proses tersebut dipanggil photo-axidation. Tetapi memandangkan keadaan di kawasan pelupusan sampah di mana ianya bercampur dengan bahan lain maka keadaan ini menyukarkan bahan tersebut untuk dilupuskan. Bahan plastik digunakan secara meluas memandangkan bahannya yang bersifat kukuh, boleh dipelbagaikan dan ringan. Secara asasnya, bahan plastik dibahagikan kepada dua jenis. Bahan plastik dibahagikan kepada dua jenis mengikut sifat semasa suhu pembakaran yang tinggi. Menurut Richard Stewart (2011), jenis-jenis bahan plastik ialah :

28

(44)

(i) Thermoplastik

Thermoplastik akan menjadi lembut dan selalunya akan cair apabila mencapai suhu pembakaran yang tinggi (Brydson, 1999)

(ii) Thermosets

Thermosets akan tetap keras dan kukuh walaupun pada masa suhu pembakaran yang tinggi. (Brydson, 1999). Kebanyakkan barangan plastik yang digunakan seharian adalah daripada bahan plastik resin (thermoplastic).

Pada tahun 1988, Society of the Plastics Industry (SPI) merupakan sebuah persatuan yang mengeluarkan plastik sedunia telah menyatakan satu pecahan untuk mengasingkan jenis-jenis plastik ini. Semua pengeluar dalam industri plastik diwajibkan mengikut dan meletakkan kod sistem yang ditetapkan (SPI code or number) pada setiap produk plastik (Muhammad, 2014). Di dalam penulisan Muhammad (2014), beliau menerangkan tentang pengkelasan bagi jenis-jenis plastik seperti di bawah:

(i) Kelas 1 ialah PET atau PETE (polyethylene terephthalate) merupakan jenis plastik untuk menghasilkan botol minuman dan bekas makanan. Bahaya jika digunakan semula atau disimpan lama. Tindakbalas kimia akan berlaku dan mudah berlaku jika diletakkan dalam keadaan cuaca panas. Boleh diketahui ketika makanan atau minuman bekas seperti ini biasanya ia akan mempunyai bau dan rasa plastik apabila makan dan minum makanan tersebut.

(ii) Kelas 2 ialah HDPE (High Density Polyethylene). Jenis plastik HDPE merupakan diantara yang selamat kerana ianya tidak akan memberi tindakbalas kimia ke atas bahan yang disimpan didalamnya. Walaubagaimanapun selamat tetapi tidak boleh

29

(45)

menggunakan semula bekas ini untuk tujuan meletakkan makanan kerana ianya bukanlah jenis bekas untuk meletak makanan walaupun telah di cuci dengan bersih. Plastik HDPE hanya bertujuan untuk membuat bekas simpanan bahan pencuci, syampu, minyak pelincir dan susu. Kebanyakan pembuatan jenis barang mainan kanak-kanak juga diperbuat dari bahan plastik HDPE.

(iii) Kelas 3 ialah Polivinil Klorida (PVC). Plastik ini digunakan untuk membuat komponen kenderaan dan jenis-jenis paip kerana bahannya yang lasak. Ia tidak sesuai dijadikan bekas untuk meletakkan makanan kerana mempunyai bahan kimia.

(iv) Kelas 4 ialah Low Density Polyethylene (LDPE). Jenis plastik ini digunakan untuk pelbagai jenis pembungkus serta plastik yang nipis digunakan sebagai pembalut, pelapik dan beg plastik. Ia bersifat kuat, anjal dan fleksibel.

(v) Kelas 5 ialah Polypropylene (PP). Plastik ini tahan pada suhu yang tinggi. Ia biasa dibuat tong, penutup botol dan barang-barang kenderaan. Plastik ini jenis paling sesuai digunakan membuat bekas minuman dan makanan.

(vi) Kelas 6 ialah Polystyrene (PS) atau Styrofoam. Ia sukar untuk dikitar semula. Ia ringan dan berwarna putih tetapi rapuh. Sesuai digunakan untuk pelapik dan penyerap bunyi namun paling biasa digunkan sebagai bekas makanan pakai buang.

Ia tidak sesuai pada suhu yang panas kerana mudah bertindak balas dan boleh membawa keracunan.

(vii) Kelas 7 adalah jenis plastik yang lain, plastik yang tidak termasuk di dalam senarai plastik di atas. Material biasanya adalah Polycarbonate dan Polylactide.

30

(46)

Produk biasanya adalah CD, komponen barangan digital, bekas ubatan dan botol bayi. Ia amat sukar untuk dikitar semula.

2.6 Proses Kejadian Plastik

Maksud plastik merupakan produk semi sintetik atau polimer sintetik. Ianya terjadi daripada proses pertambahan polimer atau daripada kondensasi organik dengan campuran bahan yang lain untuk meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan untuk tujuan penjimatan dan ketahanan. Jika disebut polimer ianya mesti berkaitan dengan plastik. Bahan ini boleh diproses menjadi gentian plastik atau polimer. Mengikut fakta nmama yang diberikan disebabkan oleh sifatnya yang boleh dilentur selain sifat elestiknya . Plastik dapat dibentuk dalam pelbagai bentuk kerana ciri-cirinya yang mempunyai ketahanan dalam pemanasan suhu yang rendah, sifat elakstiknya, ringan dan sebagainya. Campuran bahan yang telah dibuat untuk menambahkan lagi ketahanan, ringan dan berat menunjukkan penggunaan plastik secara meluas di dalam industri plastik. Perkembangan plastik adalah berasal daripada bahan semula jadi iaitu getah,

"shellac" dengan campuran bahan kimia seperti getah semula jadi, "nitrocellulose"

dengan penghasilan molekul buatan seperti , polivinil klorida (PVC) polietilena dan epoksi (Lisa et.al, 2009)

31

(47)

2.7 Perkembangan Plastik

Tahun 1920 ditanda dengan kemasyhuran plastik. Wallace Hume Carothers, ahli kimia lulusan Universiti Harvard yang mengetuai DuPont Lab, mengembangkan nylon yang pada waktu itu disebut fiber. Fiber ini menggantikan bulu binatang untuk membuat sikat gigi dan stoking sutera. Pada tahun 1940 nylon, acrylic, polyethylene, dan polimer lainnya menggantikan bahan yang lain pada waktu itu semakin berkurang. Inovasi lain dalam plastik ialah penemuan polyvinyl chloride (PVC) atau vinyl. Ketika mencuba untuk melekatkan getah dan metal, Waldo Semon, seorang ahli kimia di perusahaan B.F. Goodrich telah menemui PVC. Semon juga membuktikan bahawa PVC ini adalah suatu bahan yang murah, tahan lama, tahan api dan mudah dibentuk. Pada tahun 1933, Ralph Wiley, seorang pekerja makmal di perusahaan kimia Dow, secara tidak sengaja menemui plastik jenis lain iaitu polyvinylidene chloride. Ia pertama kali digunakan untuk peralatan perang. Namun selepas itu, diketahui bahawa bahan ini sesuai digunakan sebagai pembungkus makanan. Polyvinylidene chloride dapat melekat pada hampir setiap peralatan seperti pinggan mangkuk. Tidak hairan jika Polyvinylidene chloride digunakan untuk menyimpan makanan agar kesegaran makanan tersebut terjaga (Finkelstein, 2007).

2.8 Kajian Lampau Terhadap Penggunaan Kitar Semula Banner

Di negeri Perak sebuah badan berkanun iaitu Majlis Daerah Kerian merupakan jabatan yang bertangungjawab dalam memungut sisa pepejal di kawasan Kerian.

32

(48)

Mereka membuat kutipan menggunakan lori yang disediakan dari premis akan membuat pengasingan bahan sisa pepejal seperti plastik, kertas, aluminium dan besi. Sisa pepejal ini diasingkan mengikut jenis sisa bertujuan untuk aktiviti kitar semula selain bertujuan untuk mengelakkan kerosakan pada sistem pemampat sisa lori sampah daripada kerosakan. Pertambahan sisa sampah yang banyak menyebabkan plastik atau guni yang digunakan ketika membuat pengasingan sisa menyebabkan kerosakan atau terkoyak kerana plastik atau bekas yang sedia ada tidak tahan lama untuk menampung jumlah sisa yang banyak, ini menyebabkan menganggu proses pengutipan sisa pepejal. Oleh yang demikian satu inovasi telah direka oleh jabatan ini dimana mereka telah mencipta bekas kitar semula yang dinamakan dengan (BEKIS). Dengan penghasilan Bekis didapati mempunyai potensi dan dapat dijadikan satu produk inovasi positif serta imej yang bagus kepada Majlis Daerah Kerian, Perak. Perkara ini dikaji terutamanya melibatkan kos yang rendah dan mudah selain menyelamatkan alam persekitaran kerana ianya hanya menggunakan bahan yang terbuang (Majlis Daerah Kerian, 2011).

2.8.1 Pengenalan “BEKIS”

“BEKIS” terhasil daripada pendapat yang telah diberikan akibat daripada masalah yang dihadapi. Masalah timbul ketika bekas yang digunakan untuk mengutip sisa mengalami kerosakan yang cepat. Mereka telah memilih Banner yang telah tamat tempoh penggunanya untuk dijadikan bahan untuk menggantikan bekas pengisian sisa pepejal (Majlis Daerah Kerian, 2011).

33

(49)

2.8.2 Sebelum Inovasi

Kajian secara praktikal telah dijalankan dimana sisa pepejal dimuatkan dengan pelbagai jenis bekas yang sedia ada seperti raga, beg plastik dan guni. Bekas yang sedia ada didapati mempunyai masalah dimana cepat terkoyak, bahaya digunakan boleh menyebabkan kemalangan apabila sisa pepejal tertumpah, tidak tahan lama dan menyebabkan begitu kerap diganti sekaligus melibatkan kos. Kejadian seperti ini perlu dielakkan terutamanya melibatkan kemalangan jiwa jika ianya tidak diambil tindakan mencari jalan penyelesaian awal (Majlis Daerah Kerian, 2011).

Rajah 2.2: Penggunaan plastik dan bakul sebelum penghasilan "BEKIS"

(Sumber: Majlis Daerah Kerian, 2011).

2.8.3 Selepas Inovasi

"BEKIS" merupakan satu inovasi menggunakan bahan terpakai Banner yang telah tamat tempoh untuk mengantikan bekas yand sedia ada seperti beg plastik, raga dan guni. Seperti bekas yang digunakan sebelum ini fungsinya adalah sama iaitu bertujuan memudahkan pengasingan bahan sisa pepejal. Dengan inovasi BEKIS

34

(50)

masalah penggunaan yang terdapat pada bekas sebelum ini dapat diatasi seperti dalam rajah 2.3.

(a) (b)

(c) (d)

Rajah 2.3: Penggunaan selepas penghasilan "BEKIS"

(Sumber: Majlis Daerah Kerian, 2011).

35

(51)

2.8.4 Ujikaji terhadap kelemahan dan ketahanan "Bekis"

Ujikaji telah dibuat untuk menguji ketahan, kelemahan, masa dan kos untuk penghasilan sebuah "Bekis" daripada bahan kitar semula Banner telah menemuai keputusan seperti dalam Jadual 2.10:

Jadual 2.10 Ujikaji penghasilan "Bekis" (Majlis Daerah Kerian, 2011).

Ujikaji Keterangan

Penampalan Pengasilan "Bekis" secara penampalan kurang sesuai kerana ujikaji penampalan tidak mampu menampung berat sisa pepejal selain faktor cuaca.

Jahitan Pengasilan "Bekis" secara jahitan dapat menmpung bert bahan kitar semula dengan keadaan cuaca.

Bekis

Bil Perkara Kos Kos a) Upah Jahit RM 3.00

b) Cat RM 1.00

c) Gam RM 0.60

d) Gelang Besi RM 0.10 e) Ketahanan 15- 20 hari f) Setahun 24 Bektis

Jumlah RM 4.70

Beg Plastik

Bil Perkara Kos

a) Beg Plastik RM 0.58/unit b) Ketahanan 1 hari

c) Setahun 365 beg plastik Setahun = 365 beg plastik

= RM 0.58 x 365 = RM 211.7 = RM 4.70 x 24 = RM 112.80 Pengurangan RM 98.90 Setahun

36

(52)

Ujikaji Keterangan

Masa 1 jam (Tidak termasuk proses menjahit)

2.8.5 Kaji Selidik

Penduduk di sekitar Daerah Kerian menyambut baik inovasi yang dijalankan.

Perkara ini dibuktikan melalui kaji selidik yang telah dijalankan kepada penduduk setempat bertarikh 10 Ogos 2012. Pembahagian kawasan dibuat di Parit Buntar iaitu kawasan Kuala Kurau dan Bagan Serai sebanyak 50 borang. Responden penduduk menunjukkan 42 borang telah dikembalikan dan 40 responden meyokong penuh dalam inovasi ini. Dapat dibuktikan idea ini dapat diterima oleh penduduk setempat (Majlis Daerah Kerian, 2011).

4% 16%

maklumbalas

setuju / menyokong borang tidak di

kembalikan 80%

tiada maklumbalas

Rajah 2.4: Kaji selidik penggunaan "Bekis" kepada penduduk di sekitar daerah Kerian (Sumber: Majlis Daerah Kerian, 2011).

37

(53)

2.9 Rumusan

Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan ujikaji-ujikaji yang dibuat terhadap plastik buangan banner, perkara ini disokong oleh penghasilan Bekis (Majlis Daerah Kerian,Perak) yang mana mereka telah mencipta sesuatu barangan daripada plastik buangan banner bagi menggantikan produk yang sedia ada. Kajian terdahulu menunjukkan dengan inovasi yang dilakukan berjaya membuktikan bahan buangan plastik banner mempunyai kelebihan terutamanya daripada segi bahan mentah mudah di dapati , kos yang murah, ketahananya lebih lama dan cara pembuatannya yang cepat di mana ianya lebih baik. Hasil daripada kejayaan ini akan mendorong pengkaji untuk mengkaji sejauh manakah ujikaji bahan buangan plastik banner ini berkesan dalam penghasilan produk kreatif.

38

(54)

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini bermula dengan pengumpulan maklumat yang diperolehi melalui sumber prima dan sumber sekunder. Ia juga melibatkan kaedah ujikaji jahitan. Kaedah ini boleh diklasifikasikan sebagai kaedah tidak saintifik. Kajian ini merupakan kajian eksperimental yang mana melibatkan pengumpulan maklumat serta bahan bagi menghasilkan produk yang kreatif berdasarkan kepelbagaian produk serta jenis dan sifat bahan banner itu sendiri. Setiap data akan diperolehi dari sumber prima, sumber sekunder dan sumber ujikaji seperti berikut:

(i) Sumber Prima

Bagi pengumpulan data prima, ianya dibuat melalui temuramah dengan mereka yang terlibat dalam industri percetakan seperti pengurus besar, pereka grafik dan lain- lain individu yang boleh membantu bagi menyokong kajian yang dibuat. Dalam kajian ini pengkaji telah menemuramah Encik Mohd Khairul Nizam Bin Mansor selaku pengurus besar dan pereka grafik Orchid Design And Printing Sdn Bhd, Encik Zukifli Bin Tahar, Yang Dipertua Majlis Perbendaharaan Kemaman, Puan Kamariah Binti Idrus, pengurus perniagaan jahitan Syed Collection dan Puan Aini, pengurus Os Hajat

39

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN