• Tiada Hasil Ditemukan

kefahaman aqidah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "kefahaman aqidah "

Copied!
10
0
0

Tekspenuh

(1)

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN INKUIRI TERBIMBING: ALTERNATIF PENYELESAIAN KRISIS NILAI

ᵃAdi Syahid Mohd Ali, ᵇNoor Hisham Md Nawi dan ᵃSudirman Abd Fatah ᵃKolej Universiti Bestari

ᵇUniversiti Malaysia Kelantan ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mengunakan kaedah pembelajaran secara inkuiri terbimbing (PIT) dalam pembelajaran akidah berbanding pembelajaran secara konvensional (PK). Kesan pembelajaran ini difokuskan kepada pencapaian akademik yang menguji tahap kefahaman subjek. Kajian ini mengunakan kaedah penyelidikan kuantitatif secara eksperimen yang melibatkan 49 orang pelajar.

Instrumen kajian yang digunakan ialah Ujian Kefahaman Aqidah yang digunakan untuk para ujian dan pasca ujian. Seramai 25 orang subjek dipilih secara rawak untuk mengikuiti pembelajaran aqidah mengunakan PIT dan 24 orang mengikuti pembelajaran secara PK. Data dianalisis menggunakan program IBM SPSS Versi 20. Statistik inferensi digunakan iaitu Ujian-t bagi menguji hipotesis pada aras signifikan p < 0.05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap markah pencapaian pelajar dalam pembelajaran aqidah di antara kedua-dua pendekatan selepas rawatan dijalankan. Kajian ini menunjukkan bahawa PIT berupaya meningkatkan pencapaian dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran aqidah.

Kata kunci: Pendekatan inkuiri terbimbing, pengajaran dan pembelajaran aqidah, pencapaian

kefahaman aqidah

(2)

1. Pendahuluan

Krisis nilai menjadi satu isu yang sentiasa melanda ummat manusia sejak daripada dahulu sehinggalah sekarang. Maka tidak hairanlah diutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”

Walaubagaimanapun krisis ini mula menjadi isu yang besar kerana manusia mula meninggalkan paksi akhlak manusia yang telah ditinggalkan oleh baginda rasul iaitu kepercayaan dan keyakinan kita tentang kewujudan Allah, Tuhan Rabbul Jalil yang Maha Hebat dengan segala sifat-sifat keperkasaanNya. Ia juga bersandarkan keyakinan kita bahawa kita akan diaudit dan dipertanggungjawabkan di atas setiap langkah yang diatur, setiap gerak yang dibuat, setiap niat yang terdetik dan setiap kata yang tertutur pada hari di mana tiada perlindungan yang mampu menolong kita kecuali oleh Allah Azza Wa Jalla (Abd Hamid et.al., 2004).

Hal ini berlaku kerana kejahilan yang menimpa manusia menyebabkan mereka menerima sesuatu perkara sepenuhnya tanpa membuat pertimbangan adakah benar atau bertentangan dengan agama.

Kejahilan pada hari ini tidak bermaksud ummat Islam hari ini bodoh atau tidak mengetahui lansung tentang sesuatu menyebabkan hilangnya pertimbangan tersebut. Sebaliknya, menurut Muhammad Qutb (1989) kejahilan ialah salah faham terhadap Islam bermaksud kefahaman yang menyeleweng dari hakikat ketuhanan, alam semesta, kehidupan dan juga kemanusiaan.

Justeru, untuk mengembalikan paksi akhlak manusia dan menghapuskan kejahilan ummat, pendidikan akidah perlu diterap dengan sebaik mungkin. Hal ini selari dengan Mudasir dan Munawar (2010) yang mengatakan objektif pendidikan akidah ialah membentuk manusia yang baik dalam ertikata memiliki akhlak yang terpuji. Hal ini selaras dengan Shamsul Kamaruddin (2011) yang menyatakan bahawa ummah yang berakidah memiliki daya kekuatan untuk memahami sesuatu isu dalam masyarakat dengan membuat penilaian secara kritis di antara kebenaran dan kepalsuan. Justeru itu pemikiran mereka tidak mudah dipesongkan oleh sebarang unsur yang menyeleweng dari garis panduan Islam yang sebenar. Ummah yang berakidah juga akan bertindak secara progresif dan dinamis dengan melakukan penyelidikan secara terperinci terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat. Ini

(3)

bermaksud ummah yang berakidah tidak menerima sesuatu maklumat secara bertaklid kepada mana- mana pihak kerana Allah s.w.t menuntut agar mukmin menyelidiki sumber maklumat dan tidak mudah menerima apa yang ada dalam masyarakat.

Namun, menurut Ahmad Yunus dan Abd Halim (2010) pendidikan aqidah tidak terbentuk dengan mudah kerana ia merupakan sesuatu yang mantap dilubuk hati yang memerlukan kefahaman pemikiran yang dikukuhkan dengan dalil-dalil naqliah dan aqliah yang menghilangkan keraguan.

Maka, pembelajaran akidah memerlukan satu kaedah pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan kefahaman akidah seterusnya membentuk manusia yang berakhlak yang akhirnya diharapkan dapat menyelesaikan krisis nilai yang melanda ummat pada hari ini.

2. Pembelajaran Inkuiri Terbimbing Akidah

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran akidah berasaskan strategi pembelajaran inkuiri terbimbing. Inkuiri merupakan pembelajaran dan pengajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini menekankan teknik, prosedur, cara melihat masalah dan penyelesaian yang mengutamakan penyiasatan, pendedahan dan penemuan (Abdul Halim dan Rahimi, 2010).

Manakala Orlich (1980) pula mengatakan proses inkuiri memerlukan darjah interaksi yang tinggi antara pelajar, guru, isi kandungan, bahan-bahan dan persekitaran. Proses ini melibatkan pemerhatian, pengkelasan, membuat nombor, penyukatan, mengunakan hubungan ruang dan masa, meramalkan, menyimpulkan, mendefinisikan kaedah, menyatakan hipotesis, mengulas data, mengawal pemboleh ubah, membuat eksperimen dan berkomunikasi. Sungguhpun begitu, dalam pembelajaran inkuiri akidah ia perlu dijalankan secara terbimbing dengan meletakan wahyu sebagai asas bimbingan untuk mengesahkan pencarian dan penemuan yang dijalankan oleh pelajar.

Model pembelajaran akidah ini adalah berdasarkan kepada model pendidikan Ibnu Khaldun. Model ini memulakan pembelajaran dengan pengenalan asas akidah. Seterusnya, para pelajar akan diberi persoalan yang bersifat ragu berdasarkan tahap akal yang diketengahkan oleh Ibnu Khaldun. Tahap

(4)

pertama pelajar dikehendaki melakukan perbezaan akidah Islam dengan akidah agama lain. Seterusnya pelajar akan melakukan pencarian dengan lebih mendalam sebelum membuat satu sintesis.

Dalam kajian lepas, pembelajaran inkuiri dilihat berkesan dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek pendidikan syariah Islamiah serta mampu meningkatkan sikap positif pelajar terhadap subjek tersebut (Nasir, 2001), begitu juga kajian Mohd Talhah (2003) yang membuktikan kaedah inkuiri mampu meningkat kefahaman pelajar dalam pendidikan Islam di kolej matrikulasi. Selari dengan kajian-kajian lepas kajian ini cuba mengkaji keberkesanan pembelajaran akidah secara inkuiri terbimbing berdasarkan kefahaman pelajar.

Oleh itu, kajian ini cuba mengkaji keberkesanan pembelajaran inkuiri akidah terbimbing dengan harapan terdapat satu kaedah alternatif yang mampu meningkatkan kefahaman akidah dan seterusnya menjadi benteng yang utama dalam menangani krisis nilai masyarakat pada hari ini.

3. Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kefahaman pelajar dalam pembelajaran akidah samada terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min skor pencapaian akademik pelajar antara kumpulan yang mengikuiti kaedah pembelajaran aqidah secara inkuiri terbimbing berbanding pembelajaran aqidah konvensional.

4. Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan kajian eksperimen dan melibatkan dua kumpulan rawatan iaitu 25 orang subjek daripada kumpulan pembelajaran inkuiri terbimbing (PIT) dan 24 orang daripada kumpulan pembelajaran konvensional (PK). Kumpulan PIT merupakan kumpulan rawatan manakala kumpulan PK merupakan kumpulan kawalan. Subjek tersebut terdiri daripada saudara baru yang mengambil sijil asas pengajian Islam (SAP) dan sijil pengajian Islam (SPI) yang diambil secara rawak di Institut dakwah Islamiah Perkim (IDIP). Modul perancangan dan pengajaran telah disemak dan disahkan oleh dua orang pensyarah daripada Institut Perguruan Kota Bharu (IPGKB) manakala soalan ujian juga

(5)

disemak oleh pensyarah IPGKB dan telah diuji rintis. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh pensyarah pendidikan Islam daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi kedua-dua kelas iaitu rawatan dan kawalan. Untuk melihat keberkesanan pembelajaran ini ujian pra dan pasca telah dijalankan. Pra ujian telah diberikan kepada pelajar untuk melihat perbezaan tahap kefahaman pelajar dalam pembelajaran akidah. Ujian pra diberikan sebelum kelas dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan tahap penguasaan subjek bagi subjek akidah sebelum kajian dijalankan. Kertas soalan ini diberikan kepada semua subjek yang terlibat. Kertas ujian ini mengandungi 10 soalan subjektif.

Skor subjek ditentukan berdasarkan tahap kesukaran item soalan. Manakala jawapan dikira dalam bentuk peratus. Selepas ujian pra diberikan para pelajar akan menghadiri kelas mengikut kumpulan PIT dan PK yang diajar oleh pensyarah yang sama selama 4 minggu. Ujian Pasca pula diedarkan kepada subjek sehari selepas rawatan diberikan. Subjek daripada kedua-kedua kumpulan rawatan dan kawalan menjawab soalan pasca ujian yang merupakan soalan yang sama dengan ujian pra yang diubah struktur ayat tanpa mengubah maksud item soalan tersebut.Hal ini berdasarkan kepada Cook dan Cambell (1979) yang menyatakan alat kajian yang sama tidak sesuai digunakan bagi menilai pencapaian akademik pelajar bagi matapelajaran yang sebelum ini tidak dipelajari.

5. Hasil Kajian

Analisis ujian-t dijalankan bagi keputusan ujian pra subjek aqidah bagi memeriksa kesetaraan pengetahuan awal berkaitan subjek aqidah antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan sebelum pengajaran dilaksanakan.Jadual 1 menunjukkan keputusan ujian-t bagi pra ujian kefahaman aqidah yang diperoleh. Data tersebut menunjukan min skor bagi pra ujian kefahaman aqidah antara kedua-dua kumpulan ialah kumpulan PIT (n=25) dengan min skor 17.36 dan kumpulan PK(n=24) dengan min skor 14.88. Manakala hasil dapatan analisis ujian -t mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan murid yang mengikuti kaedah pengajaran secara PIT dengan kumpulan PK terhadap pra ujian iaitu dengan nilai (t = 0.900, p = 0.373). Keputusan yang diperoleh menunjukkan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan adalah setara dari aspek pengetahuan awal berkenaan subjek yang akan diajar. Kesetaraan pengetahuan awal ini wujud kerana kedua-dua kumpulan belum didedahkan dengan pembelajaran aqidah mengikut silibus yang akan diajarkan.

Jadual 1 :Ujian-t untuk pra ujian bagi Ujian Kefahaman Aqidah mengikut kaedah pengajaran

Kaedah n Min Sisishan Piawai df t Sig.(2-tailed

PIT 25 17.36 9.72 47 0.900 0.373

PK 24 14.88 9.60

Paras signifikan p=0.05

(6)

Untuk mengesan perbezaan signifikan dari segi min skor pasca ujian antara kumpulan yang mengikuti kaedah pengajaran inkuiri terbimbing dengan kumpulan yang mengikuti kaedah konvensional analisis ujian-t dijalankan.Keputusanya dilaporkan dalam jadual 2.

Jadual 2 :Ujian-t untuk pasca ujian bagi Ujian Kefahaman Aqidah mengikut kaedah pengajaran

Kaedah n Min Sisihan Piawai df t Sig.(2-tailed

PIT 25 55.96 14.40 47 4.8 0.00

PK 24 36.58 13.62

Paras signifikan p=0.05

Berdasarkan Jadual 2 skor min skor bagi pra ujian akidah bagi kumpulan rawatan ialah 55.96 dengan sisihan piawai sebanyak 14.40 dan bagi kumpulan kawalan ialah 36.58 dengan sisihan piawai sebanyak 13.62. Skor min dalam pembelajaran aqidah bagi kumpulan yang mengikuti pengajaran secara pendekatan inkuiri terbimbing adalah lebih tinggi daripada skor min dalam pembelajaran aqidah bagi kumpulan yang mengikuti pengajaran secara pendekatan konvensional kerana pelajar kumpulan rawatan dapat menunjukan prestasi yang meningkat selepas rawatan diberikan.

Analisis ujian-t bebas yang dijalankan mendapati keputusan yang diperoleh menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara min kumpulan yang mengikuti kaedah pengajaran secara PIT dengan kumpulan yang mengikuti kaedah pengajaran secara PK (t = 4.834, p < 0.05). Maka hipotesis nol, H01ditolak. Dapatan kajian ini menunjukan terdapat perbezaan kesan diantara kaedah PIT dan PK terhadap pencapaian akademik. Ini menunjukkan kaedah PIT berkesan dalam meningkatkan kefahaman aqidah saudara baru dalam pembelajaran akidah.

6. Perbincangan

Dapatan daripada jadual 2 menunjukkan secara keseluruhan pencapaian pelajar yang mengikuti pembelajaran akidah secara inkuiri terbimbing adalah tinggi berbanding dengan pelajar yang

(7)

mengikuti kaedah pembelajaran secara konvensional kerana memperolehi skor min sebanyak 55.96 berbanding dengan 36.58. Manakala ujian-t pula menunjukan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kefahaman aqidah pelajar dalam kumpulan PIT berbanding PK dengan nilai (t=4.8 ,p=0.00). Elemen akal fikiran dalam pembelajaran inkuiri terbimbing ini juga membuktikan pandangan Al-Attas yang mengatakan ilmu pengetahuan mampu di salurkan melalui pancaindera dan akal fikiran yang sihat. Dalam pemerolehan ilmu pengetahuan proses pencarian menggunakan indera merupakan alat yang asas bagi jiwa untuk mengetahui sifat dan nama Allah dan akal mengatur serta menemukan hubungan yang sesuai dalam setiap ruang ilmu pengetahuan antara satu sama lain (Wan Mohd Nor, 2005). Dapatan kajian ini menunjukan bahawa pembelajaran inkuiri merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk meningkat kefahaman akidah. Hal ini penting kerana menurut Yusof Qaradhawi (2008) mengatakan bahawa pengetahuan merupakan petunjuk yang dapat membimbing manusia kearah iman. Justeru, diharapkan dengan keberkesanan kaedah pembelajaran ini dapat membuka jalan manusia kearah keimanan yang sejati. Hal ini kerana kebanyakan krisis nilai ini berlaku di sebabkan oleh kurangnya daya tahan iman (Kamal, 1996). Oleh itu, hanya iman mampu meningkat ketaqwaan mereka kepada Allah daripada menurut syahwat dan keinginan kepada dunia (Yusof Qaradhawi, 2008). Walaubagaimanapun, iman mempunyai tingkat-tingkat yang tersendiri iaitu iman taqlid, iman ilmu, iman ‘aayan, iman haq dan hakikat (Ibrahim al Baijuri, t. th; Said Ibrahim, 2001; Muhammad Syukri , 2003). Iman pula menentukan tahap jiwa yang dimiliki oleh seseorang manusia. Teori pertukaran jiwa (Sudirman, 2009) mengatakan perilaku manusia merupakan pantulan jiwanya. Teori ini berdasarkan Abd. Somad al-Palimbangi (t.th.), yang menghuraikan bahawa hati seumpama seorang raja sementara badan manusia sebagai negeri tempat kerajaannya dan anggota yang zahir (tangan, kaki, mata dll) adalah tenteranya. Menurut teori ini, jiwa ammarah, lawammah merupakan jiwa yang cenderung untuk melakukan perkara yang buruk yang boleh menyebabkan berlakunya krisis nilai samada kepada diri dan orang lain. Manakala jiwa mulhamah, mutamainah, radhiyah, mardhiyah dan kamilah pula merupakan jiwa yang mampu menjadi pemenrintah diri daripada terjerumus kepada krisis nilai.

(8)

Justeru, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akidah penting agar pelajar tidak hanya berkisar pada tahap iman taqlid yang hanya mengikut sahaja begitu juga iman ilmu yang mempunyai ilmu tetapi tidak mampu untuk mengamalkanya (Muhammad Syukri, 2003). Hal ini kerana menurut Muhammad Syukri (2003) mereka yang mempunyai iman taqlid dan iman ilmu tidak mampu menjadi pemerintah diri kerana kebanyakan manusia yang berada pada iman ini cenderung kepada jiwa ammarah, lawwamah.

Oleh itu, dengan keberkesanan pembelajaran inkuiri terbimbing ini mampu menjadi salah satu kaedah pembelajaran yang boleh menjadi alternatif untuk meningkatkan kefahaman aqidah bagi meningkatkan tahap iman kepada iman ‘aayan yang akan menghasilkan nafsu yang baik seperti mutmainah, radhiyah, mardhiyah dan kamilah. Seterusnya menjaga ummat Islam daripada terjerumus kepada krisis nilai yang agak meruncing pada hari ini. Walau bagaimanapun, keberkesanan ini perlu dilihat dengan lebih mendalam untuk melihat adakah ia berkesan bukan sahaja kepada kefahaman aqidah tetapi mampu mengatasi krisis nilai yang semakin meruncing pada hari ini.

7. Kesimpulan

Kajian ini secara umumnya telah menunjukan bahawa kumpulan pelajar yang mengikuti pembelajaran secara PIT telah memperolehi peningkatan min yang lebih tinggi dan signifikan jika dibandingkan dengan kumpulan pelajar yang mengikuiti pembelajaran secara PK. Dapatan kajian ini menunjukan pengajaran dan pembelajaran secara PIT berkesan untuk meningkatkaan tahap kefahaman aqidah pelajar. Justeru, kefahaman aqidah yang mantap diharap menjadi benteng kepada krisis nilai yang semakin meruncing pada hari ini, Namun, kefahaman aqidah sahaja tidak mencukupi sebagai asas yang kuat untuk menjamin manusia terjerumus kedalam krisis nilai kerena iman mempunyai tahap yang tertentu yang menetukan tahap jiwa manusia. Oleh itu, kajian ini mencadangkan kajian lanjutan yang bukan hanya memfokuskan kepada kefahaman tetapi jauh melihat kepada tingkahlaku dan pengahayatan pelajar yang mempunyai tahap aqidah yang tinggi. Selain itu, kajian ini juga perlu

(9)

diterima dengan berhati-hati kerana subjek kajian ini bukan pelajar yang terlibat dengan krisis nilai sebaliknya saudara baru.

8. Rujukan

Abd. Somad al-Palimbangi, t.th. “Sira al-Salikin”, Bangkok Thailand, Muhammad al-Nahdi Wa Auladihi.

Abdul Halim Tamuri dan Nik Mohd Rahimi Nik Yusof (2010) Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Yunus Kasim dan Ab. Halim Tamuri (2010) Pengetahuan Pedagogikal Kandungan(PPK) Pengajaran Akidah: Kajian Kes Guru Cermelang Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education 2(2) : 13-30.

Abd. Hamid, Mohd. Azhar and Balwi, Mohd. Koharuddin and Othman, Muhamed Fauzi dan A.

Kassim, Othman (2004). Wajah moral masyarakat Melayu pasca moden: Antara realiti, harapan dan gagasan pendidikan moral tinggi. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished).

Cook, T. M., & Campbell, D. T. (1979). Quasi-experimentation: Design & analysis issues for field settings. Boston, Mass.: Houghton Mifflin.

Ibrahim Al-Baijuri, t.th. ”Tuhfatul Murid Alaa Jauharati Al-Tauhid”: Mohd. Al-Nahdi Wa Auladihi.

Kamal Abd. Manaf, 1996. “Manusia dan Personaliti (Membentuk Insan Yang Sempurna)”, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors SDN BHD

.

Muhammad Qutb (1989) dalam Engku Ahmad Zaki Engku Alwi.Malaysian Journal of Social Administration Volume 4, 2007: 39-57.

Muhammad Syukri Salleh (2003). Tujuh Prinsip Pembangunan Islam, K.L.: Zebra Editions & Penang:

Islamic Development Management Project (IDMP), School of Social Sciences, USM.

Mudasir Rosder dan Ahmad Munawwar Ismail (2010) Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sifat 20 dalam Pendidikan Aqidah di Malaysia.Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan ke 11.

Mohd Talhah Mohd Tahir (2003) Keberkesanan Pendekatan Inkuiri Terbimbing dalam P&P Pendidikan Islam: Satu Kajian Eksperimen di Kolej Matrikulasi IPTS. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan, UKM.

Nasir Mohamad (2001) Satu Kajian tentang Keberkesanan Kaedah Inkuiri Penemuan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Syariah Islamiah. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan, UKM

Orlich, D. C. (1980).Teaching Strategies: A Guide to Better instructions. Lexington, MA: D. C Health and Company.

Said Ibrahim, (2001). Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah, Kuala Lumpur: Darul Ma’rifah.

(10)

Sudirman Abdul Fatah (2009). Proses pemulihan penggunaan dadah melalui pendekatan pusat pemulihan Pondok Remaja Inabah Kedah dan Terengganu. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaysia Terengganu.

Shamsul Kamarudin. (2011). Kepentingan Pendekatan Kepercayaan Dan Keyakinan Kepada Tuhan Melalui PTV. Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Hal : 249-257

Yusuf Al-Qaradhawi (2008) Iman dan Kehidupan, Shah Alam, Dewan Pustaka Fajar.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Skor min dalam kategori kefahaman literal (61.58%) adalah lebih tinggi dan signifikan daripada kategori kefahaman inferens. Dengan itu, skor melebihi 61%

Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian keseluruhan (skor ujian pasca - skor ujian pra) pelajar FD berbanding pelajar FI setelah menggunakan modul ASIP04

Sebagai rumusannya, kajian mendapati skor min tahap pencapaian pelajar dalam sub-sub kemahiran mendengar bahasa Arab seperti berikut; (1) subkemahiran kefahaman mendengar bunyi

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada skor min ujian pos lanjutan kesediaan pembelajaran terarah kendiri antara kumpulan pelajar yang mengikuti kaedah

Ho 5 : Dengan mengawal skor ujian pra, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian skor ingat kembali di kalangan pelajar yang mempunyai keupayaan

Tujuan Kajian ini bertujuan untuk mengkaji berkaitan dengan tahap kefahaman pelajar dalam menguasai pengajaran dan pembelajaran Maf’ul Bih dalam kalangan pelajar Kolej

Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan minat murid Kumpulan Eksperimen dengan dengan pencapaian dan

Pelajar dengan tahap kebimbangan sederhana memperoleh skor min pencapaian lebih tinggi secara signifikan berbanding pelajar tahap kebimbangan rendah dan tinggi dalam