• Tiada Hasil Ditemukan

YKT I03 – Komunikasi Dan Masyarakat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "YKT I03 – Komunikasi Dan Masyarakat "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2008/2009

April/Mei 2009

YKT I03 – Komunikasi Dan Masyarakat

Masa: 3 jam

Kertas peperiksaan ini mengandungi DUA (2) muka surat bercetak.

Jawab TIGA (3) soalan.

Setiap soalan bernilai 100 markah.

…2/-

(2)

(YKT 103) - 2 -

1. Terdapat dua pandangan yang berbeza tentang peranan media di dalam proses dan penglibatan demokrasi. Satu pihak menyatakan media massa memainkan peranan sebagai pemberi informasi, watchdog, estet keempat dan penentu agenda. Sementara di sebelah yang lain pula mengatakan bahawa media adalah satu ideologi yang mempromosikan kepentingan-kepentingan sesetengah kumpulan, khususnya kumpulan dominan. Bincangkan dan bandingkan kedua- dua pandangan ini.

2. Kajian tentang jantina dalam media massa menunjukkan wanita masih dipaparkan berdasarkan stereotaip budaya. Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan (a) kaitan di antara perwakilan dan pembentukan stereotaip (b) apakah jenis pemaparan stereotaip peranan wanita dan (c) mengapa stereotaip ini masih berlaku dalam media.

3. Bincangkan teori-teori kesan keganasan media dan kelemahannya.

Sejauh manakah media menyumbang kepada perilaku keganasan di kalangan kanak-kanak dan remaja.

4. Pada tahun 1990an terdapat beberapa tokoh yang begitu optimistik terhadap kesan sosial media baru sebagaimana yang dipopularkan oleh Internet. Negroponte (1995) menghujahkan bahawa globalisasi, standardisasi budaya dan penguasaan pengguna mewakili kemungkinan-kemungkinan baru yang meningkatkan kebebasan individu dan keharmonian sosial secara global. Bahaskan pandangan tersebut.

5. Mengikut bacaan, kesan jenayah siber terhadap ekonomi dan keselamatan belum lagi dapat diselesaikan sepenuhnya. Mengapakah perkara ini berlaku? Bagaimanakah cara menyelesaikannya?

Kemukakan hujah-hujah anda berpandukan fakta-fakta yang berkaitan.

- ooo O ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Seterusnya, dengan merujuk kepada bacaan-bacaan seperti Dahlgren (1991 - yang mencadangkan refomulasi), Curren (1991 - yang mencadangkan third route) atau lain- lain bacaan,

Pada pendapat anda apakah kepentingan pendekatan hibur-didik dalam program pembangunan?. Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan kekuatan dan

Berpandukan petikan di bawah, dan dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan ‘proses pengindustrian melalui pembelajaran ’ yang menjadi asas kejayaan

“Dalam perkataan lain, seseorang tidak memahami peranan media dalam pembentukan identiti jika ia memikirkannya sebagai pengaruh secara langsung yang tidak disedari

(9 markah) Berdasarkan soalan (a), dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai (b) huraikan proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan di sekolah.. (16

(a) Bincangkan dengan contoh-contoh yang sesuai kategori- kategori periklanan korporat seperti yang disarankan oleh Argenti [2002] dan apakah kategori iklan-iklan

(a) Bincangkan dengan contoh-contoh yang sesuai kategori- kategori periklanan korporat seperti yang disarankan oleh Argenti [2002] dan apakah kategori iklan-iklan

[b] Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, huraikan makna konotasi, abstrak dan dikotomi yang menimbulkan masalah dalam proses komunikasi manusia. Jawab soalan [a] dan