• Tiada Hasil Ditemukan

PELAYANG WAU MENANG TEMPAT KE-3 KATEGORI WAU BERCAHAYA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PELAYANG WAU MENANG TEMPAT KE-3 KATEGORI WAU BERCAHAYA"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

untitledtyr

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 Jun 2016 - Wakil Universiti Sains Malaysia (USM), Kumpulan Pelayang Wau, Kampus Kesihatan menang tempat ke-3 dalam Festival Wau Antarabangsa 2016 kali ke-34 bagi kategori Wau Bercahaya yang diadakan di Pantai Genting, Tumpat Kelantan baru-baru ini.

Kumpulan yang terdiri daripada staf Jabatan Pembangunan, Kampus Kesihatan USM iaitu Redzali Drahim, Kamaruzaman Ibrahim dan Nasaruddin Idris berjaya membawa pulang wang tunai RM 500 beserta sijil penyertaan dan hamper.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan, Kampus Kesihatan, merangkap Penasihat Kumpulan, Haji Norazman Haji Mahamood, kejayaan kali ini adalah hasil kajian teliti ahli kumpulan khusus untuk kategori wau bercahaya setelah cubaan pada tahun lepas gagal."Kita berjaya menaikkan wau bercahaya dengan rekabentuk yang menarik dan alatan elekronik untuk kawalan cahaya lampu ini dihasilkan sendiri oleh kami.

untitledghfh

"Selain itu, kita juga ingin menonjolkan bakat yang ada pada mereka terutama dalam bidang seni tradisional ini dengan memberi dorongan dan bantuan supaya mereka terus berjaya," kata beliau.

Tambah Norazman, perancangan rapi dibuat terutama dalam mengira berat bahan elektronik seperti lampu LED, papan litar beserta bateri yang ingin dipasang pada wau yang bersaiz 6x11 kaki dan hasilnya kami berjaya menaikkan wau tersebut yang mampu menampung berat sebanyak 1.5kg.

"Walaupun kos keseluruhan menghasilkan wau mencecah RM2,000, namun ia berbaloi kerana mampu mengharumkan nama USM," jelasnya lagi.

Norazman berharap agar penyertaan pada tahun hadapan akan disertai oleh pelajar USM bagi mengisi pelbagai kategori lain yang turut dipertandingkan.

untitledghg

Sementara itu, menurut salah seorang ahli Kumpulan Pelayang Wau, Redzali Drahim yang turut berpengalaman selama enam tahun menjadi tenaga pengajar ko-kurikulum Wau Tradisional, beliau sangat berbangga kerana kejayaan ini dapat menaikkan imej USM di persada antarabangsa.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

PELAYANG WAU MENANG TEMPAT KE-3 KATEGORI WAU BERCAHAYA

09 JUN

(2)

"Kami ingin menonjolkan identiti USM pada corak lampu di badan wau yang mana apabila wau tersebut dinaikkan kita dapat melihat pancaran cahaya 'USM Love Malaysia'," ujarnya.

Program anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan disertai oleh pelbagai negara termasuk China, Australia, Jerman, Amerika Syarikat, Jepun, Brunei dan Thailand.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Ya'acob / Normimi Shahira Mohd Daud (Pelajar Internship UUM)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Julai 2016 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menganjurkan seminar pengekstrakan bahan-bahan semula

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Oktober 2016 – National Conference On Medical and Health Sciences (NCMHS) atau Persidangan Kebangsaan Sains Perubatan dan Kesihatan kali ke-21

KUBANG KERIAN, 11 Februari 2016 – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) menyambut baik hasrat Pertubuhan Bukan

KUBANG KERIAN, 16 Jun 2016 - Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Lau Jiun Sien, 24, mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 September 2016 – Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan laman sesawang 'Directory of

KUBANG KERIAN, 17 September 2016 - Persatuan Rakan Masjid, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan dan Bahagian Penyelidikan, Jabatan

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Mei 2016 - Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia

KUBANG KERIAN, 25 Ogos 2016 - Kampus Kesihatan sekali lagi menjulang nama Universiti Sains Malaysia (USM) apabila merangkul enam Anugerah Emas dalam Konvensyen