• Tiada Hasil Ditemukan

ju mlah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "ju mlah"

Copied!
23
0
0

Tekspenuh

(1)

Bahasa Robdalam NaratifSangin di Sa r awa k1

Noriah Mohamed

PusatPengaj ian Ilmu Kemanusiaan UniversitiSains Malaysia 11800 Pulau Pinang,MALAYSIA

noriahm@usm.my

Abstrak

Sangin ialah aktivitiyang diamalkan dalam kalangan komunitiSihan di Belaga, Sarawak . Komu niti Sihan

boleh

dianggap komuniti teraneam memandangkan

ju mlah

anggotanya

pad

a tahun

2015 ialah 218

orang sahaj a.

Selari

dengan jumlahpenuturuyadan pelbagai faktor lain, aktiviti tradisional masyarakar ini, termasuk sangin semakin kurang diamalkan. Aktiviti sangi n yang berbentuk naratif dilagukan untuk tuj uan hiburan atau

pengubatan.

Kertas

kerja ini

akan

m enghu raikan

secara ringkas etnog raf komuniti Siha n

ini

dan kaitann ya den gan aktiviti sangin sebaga im ana yang

dimaksudkan.

Seeara khusus akan diperlihatkan perbezaan bah as a y<.mg digunakan dalam aktiviti sangin ini yan g

dikatakan

sebagai

bahasa

antu (atau bahasa

roh)

yang berbeza

berbanding dengan

bahasa yang

digunakau sehar ian kini

oIeh

komuniti ini.

Kata kunci :

sangin ,

Sihan, bahasa

antu,

bahasa roh

Pengen alan

Sihan atau Sian merupakan salah seb uah komuniti perib urni yang terdapat di Belaga, sebuah pekan di Bahagian Ketujuh Saraw ak.Sihan dikategorikan sebagai kump ulan yang termasuk dalam kategori etnik yang dise but Kajang. Walaupun interpretasi terhadap

perkataan

kajang

belum dibuat seca ra komprehensi f,

dalarn

konteks

perbincangannya, Maxwell (1992: 5) menyatakan bahawa perkataan ini merujuk tiga aspek. Pertama, kaja ng bennaksud peribum i lain selain Kayan atau mereka yang bukan Kayan . Kedua, kajang bermaksud etnik yang memakan sagu (pantuatau mulling) (eaters a/palm starch) dan menjadikan maka nan ini sebagai sebahagi an diet tradisi onal mereka. Ketiga,

kajang

bermaksud temp atasal kumpulan ini, iaitu eliLembah Sungai Kajang .Kajang ialah anak sungai kepada Sungai

Linau

yang

ulunya terletak

di kawa san palin g pedalaman di Bahagian Ketnjuh Sarawak di sempad an Indon esia. Ketiga-tiga aspek

ini

digunakan untu k mengelom po kkan orang Ukit, Sihan,

PUllan,

Punan Usang, PUllanBusang, Punan

1Kertas kerja yang dibentangkaneli Seminar internasionaln aratif sakr al dalam warisanNusan ta ra, anj uran Fakulti Ilmu Sosi al dan Politik, Universitas Surn ateraUtara dan Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kern an usiaan,Unive rs it iSa insMaaysia, 22-23 Mei20 17 diUniversitasSumateraUtara, Indonesia.

I.

(2)

Peliran, Punan Sipeng,Punan DIuBelaga, PunanDIu Silat, Pun an Bah,Baketan Sek apan, Kejaman, Lahanan, Lisum dan Tanjong

di

bawah kategori etnik Kajang.

Mengikut Sandin (1985: 70), oran g Sihan dikaitkan dengan kelompok Penan atau Punan apabila orang Sihan rnenyatakan "The Kayan called us (Sihan) Penan while we called ourselves Punan" . Walaupun menganggap diri mereka Punan, bukan semua kelompok PUllan ada kaitan dengan orang Sihan (Punan) ini. Sehubungan den gan hal ini, sewaktu diwawancara oleh Sandin, orang Sihanmenyatakan (Sandin,1985:70):

We sp eak the same language with Pun an Bushong and Punan Aput, and not with other PUnClJ12. We consider that the Punan. Tanah is "etnically"

ours. We eat the same food and follow the same custom, though our languageis not the same.

Walaupun secara am

istilah

Punan dan Penan dianggap sama malah orang Sihan sendiri mcnyatakan bahawa "There is no difference between the Punan and Penan" (Sandin, 1985: 70),nam un begitu dal am perbincangan tentang Sihan, ada dua pandangan tentan g hal ini.

Sihan dikaitkan dengan Punan kerana kon on ny a mereka seben arny a iala h orang Punan Batu yang pernah mend uduki Mujong. Di petempatan tersebut orang Sihan (Punan) disebut 'orang gua' kerana mereka dikatakan tinggal di dalam gua salah sebuah bukit, mungkin BukitBaht. Namun begitu, orang Sihanmode nsekarang ini menya ta kan bahawa

rn ereka tidak mengetahui cerita

tersebut.

Tinjauan penulis

juga menunjukkan

bahawa

orang di Belagatidak mengetahui perihal PUllan Batu .Namun begitu,ada info rman Sihan yang diwawancara men yatakan bahawa mereka pern ah mendengar orang gua yang dimaksudkan. Orang gua berkenaan dianggap orang kerdil yang sukar dike san kerana

m ereka amat tangkas menghilangkan

diri .

Gordon (2005) dal am Ethnolog ue: Languages of the World (http.z/www.ethnologue.

com/show country.asp ?name= M YK) ada menyen araikan bahasa Punan Batu 1 seperti yang berikut:

2 Punanlainyang dirnaksudkanialahPunanLosong,Punan Apan, Punan Silat, PunanGang, PunanSuai, PuuanJelalong,PunanSerungo,PunanNyirongdan Punan Niah,

2

(3)

Jadual

1:

Makluma ttentan gPunan Batu

1

PunanBatu 1 [pnm] 30 (2000 Wunn).Central, west of Long Geng, southeast of Belaga.

Class ification:

Austronesian, Malayo-Polynesian, Northwest, Melanau-Kajang, Kajang Nearly extinct. More inform ation.

Sumber: Gordon(2005)

Mungkin benar orang Sihan bukan orang Punan Batu kerana pada waktu yang lebih awa1, Urquhat

(1955 : 193)

yang menyenaraikan dialek di kawasan Kapit menyebutkan bahawa antara infonnan beliau ialah Nyupeb (f) anak Nyakin yang tinggal di Rumah Punan Batu tetapi pada masa yang sama beliau menyatakan bahawa beliau tidak menyenaraikan kosa kata tiga bahasa, yakni Cina, Sian dan Punan Busang. Jelaslah di sini baha wa bahasa Punan Batu yang dituturkan oleh informan Punan Batu ini bukan bahasa Sihan. Demikian juga catatan Maxwell (1992: 7) yang menyatakan bahawa

"Sihan and Punan Batu share clear cognates fo r

./8

items and have noncognate fo rms

fo r

39

items"

jugajelas menunj ukkan bahawa bahasa Sihan dengan bahasa Punan Batu bukan bahasa yang sama tetapi mempunyai hubungan kekerabatan pada tatatingk at keJuarga bahasa.

Kedua , antara istilah Punandan Penan ada perbezaan. Aichner

(1958 :

742) mencat atka n hal tersebutseperti yang berikut:

Some Punan Tana have lately settled down in long -houses and started fa rming e.g. in the Je lalong River. But they want to be called now Penon

ins/cad

of

Punan to sh ow their changed status.

Dengan kata lain, Sihan menye but diri mereka sebagai Punan

rnungkin

keraua rnereka pernah mengamalkan stail kehidupan nomad . Menurut Kelbling (1983: 149) tiga kelompok, iaitu Penan Talun, Uk it dan Sihan tidak mernpun yai tradisi membina rumah panj ang kerana stai1 kehidupan nomad merek a tidak memerlukan nya. Apabila kehidupan nomad mereka ditinggalkan maka rnerek a membin a rumahpanjang mengikur stailjiran mereka,Mungkin corak kehidupan nomad mereka sebel um ini menyebabkan orangSihanlebihsuka digelar sebagaiPUllan,bukan Penan.

3

(4)

Istilah Orang Ulu juga telah digunakan untuk merujuk orang Sihan . Walaup un dari sudut etnik tidak begitu tepat, namun begitu, rujukan ini sesuai jikadikaitkan dengan tempat menetapnya kom uniti yang dimaksudkan.Hal ini disokong oleh catatan Taman Budaya Rumah Orang Ulu (http://www.malaysiahotelreview.com/sarawak/desti nation/rumah-orang -ulu.shtml)yang berbun yi:

The termOrang Ulu is not ethnically correct per se, mainly because it consists of various well-distinguished ethnic groups such as theKayan, the Kenyah, the Kelabit (found in the famous Bario Highlands), the Lun Bawang and to a certain extent; th e Penan. Nonetheless, the term Orang Uluis associated with the tribes living in the inaccessible interiorregions of Sarawak rainforests. [/1fact, orang (mean s "peopleI') andulu (means

"interior or up-river regions") is often usef ul to signify the "up-river dwellers" 'who often settle in the middle and upper reaches ofSarawak 's manygreatrivers.

Dalam hal ini, walaupun orang Sihan bukan mereka yang berasal dari kawasan hulu, iaitu Belaga jika diteliti mereka ialah kelompok yang bennigrasi dari kawasan penempatan asal mereka diMujong,Baleh kemudian ke Sungai Namang dan seterusnya keBelaga (lihatPeta 1).

Peta j: Perp indahan oran gSihan dariSungai Rejangke Sungai Balui

Sumber: Sandin (1985: 69)

4

(5)

Kenyataannya, pergerakan orang Sihan berlaku dan hilir (Mujong, Baleh), menuju ke hulu atau utara ke Sungai Naman g dan kemudian ke Belaga sebab

itu

mereka juga digo longkan sebagai Orang Ulu.

Pendek kata dapatlah dikatakan bahawa orang Sihan tergolong dalam kelornpok peribumi Kajang, Punan atau Penan dan Orang DIu di Sarawak Kelompokini jarang dibincangkan sebab mereka dianggap

sam a

seperti orang Punan atau Pen an yang lain.

Walaupunbahasa Sihan tidak sama dengan bahasaPunan atauPenan yang lain, kecuali Punan Bushang dan Punan Aput, bahasa Sihan sering kali dianggap dialek kepad a bahasa Punan atau Pen an. Dari satu sudut lagi, disebabkan Sihan juga merupakan kelom pok yang berm igrasi dari Lembah Kajang, maka kumpul anini dimasukkan juga di baw ah kategori etnik Kajan g. Kebetul an selepas migrasi mereka dari kaw asan hilir, ke1ompok ini menetap

di

Belaga, iaitu salah satu kaw asan penern patan yang bole h dianggap sebagai kaw asan pertengahan atau hulu sungai mak a merek a juga dian ggap sebagai Oran g DIu.

Perpindah an oran g Sihan dari kawasan

asal

mereka telah menyeba bk an

mereka

terpaksa menukar corak kehidupan asaf kepad a yang baharu. Antara yang paling ketara ialah mereka tidak lagi menginap di rumah panjang tetapi mereka telah rnenyewa

rumah

'kampung' yang dikelilingi oleh penduduk Melayu dan Cina (Gambar 1dan Gambar 2).

Walaupun

ada yang

masih hidup

berkelompok,

namun

ada juga yang

menginap

di

rumah

indi vidu.

Mereka masih

lagi rnenanam

padi

huma , narn un

begitu

huma

tersebut tidak terletak

berhampiran dengan rumah

sewn tctapi

terletak jauh, kira-kira seja m perjalanan

menggunakan kereta

atau

motosikal.Rumah panj ang yang asal

mas ih

kekal.Mereka balik ke rumah panjang selepas menu ai padiuntuk meraikanberakhirnya musim menuai.

3Maxwell (1992 : 1-2)di bawahtajuk "Life atRumah Sihan" mcnccrit akan perihal kehidupanorangSihan di rumah panjang rnerek a di Sungai Menarnang, Sebahag ian corak keh id upan ini mungkin dibawa ke Belaga.

5

(6)

Gambar 1 Sebahagian rumah panjang di penempatan asal Sihan di Sungai Namang dan Gambar2 Sebahagian rumah sewa Sihandi penempatanbaharu Sihan di kam pung

Melayu, Belaga

Gambar

1

Gambar2

Buda ya tradisional Sihan juga berubah, diubahs uai atau tidak diamalka n langsung dan digantikan dengan budaya pinjaman. Mereka mengaku bahaw a tidak terdapat bahan bertulis dalam komuniti ini yang berkai t dengan sej arah atau asalusul. Namun begitu, seorang infonnan menyatakan bahawa mer eka mernp unyai sejen is folklor lisan, iaitu tradisi berlagu yan g di.be ri nam a sangin. Sang in didendang kan oleh individu yan gsudah separa mabuk selepa s meminum arak. Dua tujuan asas sangin ialah peng uba tan dan hiburan. Dari segi pengub atan, sangin ialah mantera perbomohan (mungkin menyama i manangdala m kalanganorang Iban)yang diden dangkan untuk men ye mb uhkan penyakit.

Dendangan ini mengambil masa beberapa jam. Malangnya, sewaktu kajian lapangan

apabila diajukan tentang aktiviti

sang in perb omohan ini, kebanyakan

informan

ketaw a kerana menganggap aktiviti tersebut tidak lagi sesuai dengan peredaran masa dan agama bahar u mer eka. Hal ini demikian kerana kebanyakan mer ek a sudah menganut agama Kristian (Katolik atau Sidang Injil Borneo). Namun demikian, masih terdap at seo ran g individu dalam kornuniti ini yang dikataka n bal ch meng adakan upacara sangin perbomohan deng an tuj uanuntuk mengubati penyakit. Nama beliau ialah EncikMeilee.

Sanuin sebagai sastera rakyat dan felklor

Secara umu m , sangin boleh dianggap sebagai sastera rakyat, yakni kesusa steraan yang lah ir dalam sesuatu masyarakat. Sangin dikatakan sebagai sas tera rakyat kerana mengandungi sekurang-k urangnya empatperk ara berikut.

(7)

Pert ama,sastera rakyat lazimnya disampaikansecaralisan. Sastera ini disampaikansecara individu kepada individu atau sekumpulan individu lain. Kedua, sastera ini dinamik sifatnya. Sastera rakyat selalunya akan mengalami tokok tambah penceritaan ataupun pengurangan, menurut situasi dan zaman.Ketiga, sastera ini merupakan milik bersama.

Tidakwujud soal hak ciptaatau kepunyaan mutlakpada sastera rakyat. Keempat, sastera inisering memilikiunsur irama.Sastera rakyat yangdisampaikan selalunya mengandungi unsur irama yang menarik. Pengaturan ini dibuat supaya cerita itu lebih menghiburkan hatipendengar di samping memudahkanpencerita menyusunceritanya.

Kebiasaannya, sastera rakyat merujukkesusasteraan rakyatdaripada masa lalu yangtelah menjadi warisan kepada generasi kemudian. Sastera rakyat ialah sebahagian budaya masyarakat lama. Dalam masyarakat Sihan,sangin ialah sastera rakyat yang memenuhi keempat-empatciri ini.

Seeara khusus,

sangin

ialah sastera rakyat kategori folklor, yakni suatu bentuk kesenian atau warisan sesuatu masyarakat yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi secara lisan.Dalam hal ini bentuk kesenian inidihuraikan seperti yang berikut (Wikipedia,http://en.wikipe dia.org/wiki/Folkl ore):

Folklore consists of legends, music.oral history, proverbs, jokes, pop ular beliefs,fairy talesand customs that are thetraditions of that culture,subculture, or group. It is also the set ofpractices through wh ich those expressive genres are shared... Folklore can be divided into four areas of study:artifact (such as voodoo dolls), describable and transm issi ble entity (oral tradition), culture,and behavior (rituals).

Jelaslah bahawa sangin sebagai satu tradisi lisan juga boleh kelaskan sebagai folklor.

Disebabkan folklor ini clidend angkan seolah-olah bercerita maim aktiviti ini boleh juga dianggap sejenis naratif lisan.Folklornaratif sangin bersifat sakralapabila bahasa yang digunakan untukmenyampaikannyaialahbahasarohyangdisebutbahasa antu olehorang Sihan. Sangin juga boleh dianggap sebagai bahasa ritual eli bawah folklor perlakuan kerana aktiviti ini n.clibatkan ritual perbornohan, yakni kaedah dalam mengubat pesakit secaratradisional.

7

(8)

Sangin sebagai

bahasa ritual

Bahasa tidak terdiri daripada tatabaha sa semata-mata. Bahasa sebaliknya sarat dengan

W1Sur yang berada di luar struktur tatabahasa. Unsur-unsur berkenaan kadang-kadang lebih penting daripada tatabahasa disebabkan keakrab annya dalam menghubungkan manusia dengan dunia atau lingkungan alamnya. Dengan kata lain, dalam bahasa, selain tatabahasa, juga terkandung pembawaan sosial dan kebudayaan penuturnya. Sehubungan dengan itu, memerhatikan gejala bahasa dalam masyarakat penutumya membuatkan kita menyedaribahawa bahasa manusia bersifatdinamik. Kata dinamikdi sini merujuk,antara lainnya, kekayaan bahasa dengan ragam so sial yang dipakai mengikut konteks yang bersesuaian. Kewujudan ragam-ragam berkenaan temyata membayangkan suatu fakta, iaitu disebabkan peranannya sebagai alat komunikasi maka bahasa seharusnya tidak seragam . Bahasa sebaliknya perlu memiliki keragaman, kere ncam an dan kepe1bagaia n.

Salah satu cen n inan keragam an yang sarat dengan nuan sa sosial dan kebudayaan ialah bahasa ritual.

Mengenai ragam bahasa ritual ini, menarik untuk din yatakan pada awal-awal ini bahawa Robe rt Blust dalam

magnum opus

beliau yang berju du l

The Austronesian Languages

ada memb inc an gkan gejal a bahasa ritual dalam bab

Language in Society

(Blust, 2009: 143- 144). Melihat cara Blust membahagikan topik perbincangan dalam buku beliau iru membawa suatu pengertian bahawa bahasa ritual merupakan salah satu cabang khusus dalam sosioli ngui stik dan linguistik antropol ogi.

Tentunya gejala bahasa ritual sangat menarik untuk diperhatikan den gan lebih lanj ut, terutamanya yang melibatkan bahasa-bahasa dalam rnmpun Ausrronesia. Hal ini disebabkan, autara lainnya, dengan menelit i bahasa ritual, kita berupaya menyelak kekay aan dan kekompleksan sosial dan kebudayaan parapenutur rumpun bahasatersebut.

Namu n

der ni kian,

kita perlu men takrifk an konsep bahasa ritual terlebih

dahulu

supaya letakduduk persoa lan menjadi lebihjelas.

Apakah yan g difahami dengan bahasa ritual? Secara kasarnya kita dapat

meutakrifk an

bahasa ritual sebagai sebuah variasi atau ragam bahasa yang memiliki sistem lingui sti k dan konte ks penggnna an khusus yang melibatka n hal-hal yang berkaitan dengan

8

(9)

pengagungan serta pemujaan kepada yan g ghaib. Dengan kata lain, bahasa ritual ialah suatu set ujaran yang secara akrab dan secara asasiuya berhubung erat dengan upacara

ritual

tertentu (Whee lock, 1982). Dalam hal

ini,

bahasa ritual

bukan

sekadar instrumen penzahiran pemikiran tetapi turut terlibat dalam memastikan kesernpurnaan sesuatu upacara berkenaan. Maknanya, kegagalan menguj arkan bahasa ritual dengan baik bakal menggagalkan sesuatu upacara.Dalam kebudayaan Melayu terdapat amalan perdukunan yang mengandungijampi dan mantera tertentu untuk kegiatan menurun (memanggiljin). Jampi dan mantera berkenaan ialah sejenis bahasa ritual yang perlu dipatuhi ketepatan penyebutan,pemilihan katasertaSUSUl1atur kata dalam kalimat. Tanpa pematuhan seperti ini, seseorang

dukun

akan gagal memanggil

jin

atau makhlu k

halus berdampingan

dengannya.

Maka kita dapat menyimpulkan bahawa ritualialah salah sam ragam khas antara sekian banyak ragam bahas a yang lain . Disebabkan mempunyai nom enk larur tersendiri, maka ragam bahasa ritual tentunya berbeza dengan ragam bahasa yang lain. Perbezaan mi terserlah dalamduaaspek,

iaitu

aspek sistem

linguistik

dan aspek penggun aannya.

Dalam aspek sistem linguistik, baha sa ritual rnemiliki sistem yang khusus. Menur ut Fox (197 1, 200 5),

sistem

tersebut dikenali sebagai kesel ariansemant iktsemanticparalle lism).

Mengikut sejarahnya, konsep keselarian semantik bukanlah hasil anstraks i oleh Fox.

Akan

tetapi,

sistemn ya

pertama mula

dike san dalam tradi si

H ebrew. Istilah keselarian pula dipinjam oleh

Fox

daripada ahli

bahasa

terkena l,

Roman

Jakobsen. Persoalannya , apakah

yang

dimaksudl

an dengan keselarian semantik

ini?

Untuk

memahami

konsep

keselarian semantik, kita perlu melihat kepada struktur nyanyian,

jampi

at.au mentera

dan lainnya

yang

dikaitkan dengan bahasa ritual.Biasanya semua yang

disebut kan i tu dibina mengikur berdasarkan

baris dan baris-baris berkenaan berinteraksi antara satu sama lain untuk membentuk satu kesatuan semantik yan g utuh. Olch

it u,

secara secercah mata, keselarian semauu k

dibeniuk

oleh suat u ciri yan g mengikat setiap ujaran

(nyanyian,

jampi, men rera dan sebagainya) yang dilahirk an oleh pengujar atau penyampai (dukun, bomoh, pawang clan orang yang berpengetahuan tentang hal-hal ghaib) bahasa tersebut. Fox (197 1: 230; 2005: 143) ada memberikan

9

(10)

contoh mudah untuk memahami maksud keselarian semautik ini. Perhatikan nyanyian (chants ) pengebumiandaripadabahasa Roti di bawah:

1. Soku-1a(a1) Pinga (bl)Pasa (el) 2. (Ma) ifa-la(a2) So'e(b2) Leli(c2) 3. De ana sao (dl)Kolik (el) Faenama

(fl)

4. Ma tu (d2) Bunak (e2)Tunulam a

(£2)

mereka membawaPingaPasa (dan) merekamenjunj ungSo'e Leli dia men gahwini Kolik Faenama (dan) bernikahlahBuna Tunulama

Berdasarkan contoh nyanyian diatas, yang dikatakan keselarian semantik ialah hubungan antara elemen yan g ditand ai dengan (a11Ia2), (bl//b2), (c1/lc2).4 Dalam elemen tersebut, kata kerja soku//tfa 'membawal/m enjunjung' dan sa o/au 'mengahwini/lb em ikah ' membentuk set diadik (dyadic set), yakni dua perkataan yang berlainan sebagai reaksi antara satu dengan yanglaintetapi mengungkapkan maknayan g sama.

Apakah pula yangdimaksudkan dengan set diadik? Kata nama dyadmeruj uk kepada dua orang; manakala sifat dyadic ialah dna orang yang sedang berinteraksi.Dengan melihat kepada makna kamus kata diadik, maka hubun gan nya dengan konse p set diadik yang dipakai oleh Fox di atas dapat difahami. Sesuatu upacara bahasa ritual lazimny a melibatkan ujaran-balas oleh dua orang, iaitu

dukun

dan pembantunya. Dukun akan menguc apka n ujaran para pertama seterus nya disam b ut oleh uj aran dalam para kedua oleh pembantunya. Ujaran balasan dalam para kedua ia lah respons kepada ujaran yang pertama. Dalam halini kelai nan perkataan yang dipak aitetapi memperlihatkanpersamaan makna, misaln ya

soku/rifa,

inilah yan g membentuk sistem keselarian semantik dalam bahasaritual.

Bagaimana kah pula dengan aspe k penggunaan? Sebenarnya kita boleh sahaja meneka perbezaanbahasa ritual dalam aspek

ini

tanpa menolehkepada rumusan para sarjanapun. Hal ini disebabkan konsep bahasa ritual itu sendiri pun sudah membayangkan kclain anny a. Tentunya dengan mcnggabungkan kata 'ritual' kepada kata 'bahasa' tclah mernberikan satu sifat khusus kep ada konteks penggunaannya. Kita sedia maklum bahawa makna ritual membawa konotasi sesuatu yang suci , kudu s, keramat dan yang berkaitan dengan segaJa hal yang ghaib. Maka sudah tentu penggunaaunya jiga bukan sebarangan sebagaimana bahasapertutura u harian.Dengan karaJain,bahasa ritual hanya

4 Penggu naansimbol"l ]" merupakan konvensi bagimeruju k kepada setdiadi k.

10

(11)

khusus dipakai oleh orang yang mem iliki pen getahuan yang cukup tentan g segala hal yang dikonotasikan maknanya. Selain itu, konteks pengguna annyajuga bersifat khusus, yakni hanya dipakai ketika upaca ra tertentu. Menurut Fox (1971:220), dalam suku Roti, ada beberapa konteks pemakaian bahasa ritual. Antaranya ialah ketika pengebumian, ketika up acara selamat tinggal kepada seseorang, ketika meminta sesuatu daripada para pendahulu dan ketika upacara pertunangan.

K ajian terhad ap bah asa ritu al

Sepertim ana rumpun bahasa yang lain, sememangnya telah ada banyak kaj ian yang membiucangkan gejala bahasa ritual dalam rumpun bahasa Austronesia. Menurut Blust (2009: 143), ketika memulakan perbincangan mengenai bahasa ritual, mungkin Fox merupakan salah seorang sarjana yang telah melakukan penelitian paling ekstensif dalam bidang

ini.

Penilaian

ini

adal ah diseb abkan kejaya an Fox meme rikan keserupaan

ciri -ciri

bahasa ritual dalam rumpun Austronesia menerusi konsep keselarian semantik yang disebutkansebelum ini.Walau bagaimanapun,bukan hanya Fox seorang,malah telah ada ramai yan g mendahuluibeliau dalam meneliti bahasaritual.

Dalam tulisan beliau yang lain, misalnya Fox (2005), Fox ada membincaugkan sejarah penelitian bahasa ritual rumpun bahasa Austronesia secara umum. Di sini disebutkan banyak dokumeuta si misaln ya bahasa ritual lban yang dik enali seb agai basa sanggiang atau sp iritlanguage, bahasa ritualDayakMualang dan Kendaya neliBorneo Barat, bahasa ritual Puy uma di Taiwan, bahasa ritual suku Nias , bahasa ritual BooJang Mongodow eli Filipina, bahasa ritual Sa'dan Toraja dan bahasa ritual Atoui Pah Meto eli barat Timu r Timorselai n bahasa ritual Roti yangdikerjaka nolehFox sendiri.

Umumny a kaj ian-kaj ian yang disebutkan eli atas lebih bersifar dokumentasi selain hanya rn enerap kan ana lisis etnograf dan pemaknaan setiap perk ataan yang dipakai dalam amalan bahas a ritual. Ambi l sahaja satu contoh

misal nya

kajian ten tan g basa sanggiang dalam masyarakat Iban eli Borneo. Meng ikut sejarahnya , dokumentasi basa sanggiang telah ada sejak tahun 1858 dalam Versuch einer Grammatik der Dajackschen Sp rach e oleb seorang peuterjemah Injil bernam a A. Hardeland. Usaha pengumpulan ten ts dipergiat dan hasil yang paling mendasar dilakukan oleh penginji l berbangsa Swiss , H.

11

(12)

Scharer (1966)'dengan duajilidteks

basa s anggiang.

Korpus ini tersedia untuk dianalisis oleh para peneliti kemudian. Korpus basa sanggiang seterusuya dikembangk an oleh beberap apeneli ti lain ,antaranya M. Baier(1987) dan SriKuhnt-Saptodewo (1993,1999). Walaupun dokumentasinya besar, namun semua karya ini tidak memanfaatkan penerapan sudut pandang linguistik dalamusahauntuk menj elaskan sistem basa sanggiang tersebut.

Hal ini mungkindisebabkanmatlamatnyahanyauntukdokumentasi.

Mungkin kajian Fox (1971, 1993) tentang bahasa ritual Roti itulah yang berjaya meletakkan baha sa ritual dalam sebu ah sistem yan g mem iliki karekrer atau ciri khas, yakni keselarian semant ik yang terbina dar ipad a interaks i set diadik. Dengan rnenggunakan konsep keselarian semantik, ertinya Fox berjaya menampilkan satu sistem bahasa ritual yang utuh. Walaupun asasnya terbina daripada bahasa ritu al Roti, narnun sistem

ini

berupaya juga menjelaskan gej ala yan g wujud dalam

basa sanggiang.

Hal ini dernikian kerana basa sanggiang dala m masyaraka t Iban

turut

memperlihatkan strategi dan struktur bahasa ritual yang sama. Keselarian semantik bukan sahaja wujud dalarn basa sanggiangmalah keselariauini mungkin bersifat sejagatdalam rumpunAustronesia,

yak ...ni

wujud dalam bahasa ritual dari Taiwan hingga ke Pulau Easter. Walau bagaim anapun, selain penekanan kepada sistem dan semantik, terdapat Juga anali sis berb entuk lain . Salah satunya penjejakan asalusulperka taan .

Telah dinyat akan sebelum

ini

bahaw a bahasa ritual memiliki perkataan khusus yan g kebanyakannyasangat berbezaclengan bahasa seharian. Soalnya, dari manakahperk ataan berkenaan berasal? Prentice (1981) menerapkan analisi s seperti

ini

dalam kajian beliau mengenai baha sa ritual suku Timogun Murut di Sabah . Menurut Prentice (198 1: 130- 131), sekurang-kurangnya terdap at

EIDa

jalur yang memberikan kewnjuda n kepacla perkataan-perkataan yang dipakai dalam bahasa ritual suku tersebut, iaitu:

i)

penukaran dengan perkataan bersinonim daripada bahasa biasa; ii) perkataan bahasa ritual wujud dalam bahasaTimogun tetapi denganperbezaanmakna; iii) perkata anbahasa ritualwujud dala m bahasa seharian tetapi dalam benruk yang berbeza (iebih ban yak kata terbitan daripadakata dasar);ivybanyak perkataan bahasa ritual berkognat dengan perkataan yang ada dalam bahas a Murut yang lain; dan, v) perkataan bah asa ritual yang tidak mempunyai

hubungan langsung dengan

bahasa

Timogun atau bahasa-bahasa Murut y811g

lain.

!2

(13)

Senada dengan Prentice, Fox juga mengambil kesendengan yan g sama

dalam

beberapa pendekatan an alisis yang beliau terapkan,antara yang terpenting ia1ah Fox (1993).Dalam kaj ian beliau mengenai suku Termanu di pu1au Roti yang telah pun disebutkan sebe1um ini, Fox te1ah mengumpul nyanyian (chant) khusus untuk amalan ritu al tertentu.

Nyanyian tersebutmengandungi sebanyak 5000 baris (lines) .Berdasarkandata nyanyian tersebut, be1iau menyusun pula sebuah kamus yang terdiri sebanyak hampir 1000 set diadik sebagai entri . Analisis beliau terhadap set diadik tersebutmendapatiadanya terlalu banyak, bukan sahaja perkataan yan g tidak dipakai da1am bahasa sehari an malah dalam mana-manadialek di pulau Roti. Hal ini membawa erti bahawa perkataan yan g dipakai dalam nyanyian tersebut sangat khas sehing ga perkataan berkenaan tidak terdapat dalam bahasabiasa.

Selain menjejaki asal usul perkataan, penelitian bahasa ritual turut melibatkan analisis terhadapsifat kornunikasi itu sendiri. Antarakajianyang menarikdisebutkan di sin iialah Janet Hoskins (1988). Dalam kajian ini, Hoskins menganalisis kom unikasi roh yan g diama1kan oleh

suku

Kodi yang berm ukim

di

Nusa Ten ggara

Timur,

Indonesia. Hoskin mernisahkankornunikasi antara "roh luaran" dengan "roh dalaman".Menariknya Hoskins telah mengenal pasti beberapa sifat yang patut ada dalam amalan

komunikasi

tersebut,

iaitu:

i) adanya

penggunaan

perkat aan berkembar

da lam dua

couplet atau

baris

secara esklus if; ii) berlaku dalam forum terbuk a (seseorang tidak boleh bercaka p dengan rob seorang diri); iii) penggun aan metafora yang sarat den gall nuansa peng horm aran, iv)

rnesti

mengiktiraf ketinggian hierarkiroh, dan

ini mesti dilakukan menerusi

perantara;

v)

penyerahan yangbersungguh-sungguh; dan,v) kebertanggujawaban secara sepakat.

Bagaimanakah pula perbincangan bahasa antu atau roll sebagai bahasa ritual dalam aktiviti san gin dalam kalang an orang Sihan? Adakah bentukn ya memenuhi ciri-ciri bahasaritual yang dibincangkanini?

Sangin ia1ah

wacana-wacana

yang

dicantumkan

yang mempunyai tema

at

au

cerita

tertentu. Cerita yang disampaikan selalunya berkisar tentang rakyat, termasuklah cerita dewa,kepahlawanan,kedukaan, perjalanan, percintaan dan sebagainya.

1'

.J

"

(14)

Biasanya penyampai

sangin

akan meminum tuak terlebih dahulu'untuk mendapatkan mood yan g terbaik untuk berc erita. Dik atak an bahawa dalam keadaan separa mabuk, penyampaidapatmeny ampaikansang in dengan lebih baikdanberkesan.Biasanyasangin disampaikan tanpairingan alat muzik,secarasolo dan sehingg asesebuah kisah berakhir. Penyampai akan tems menyampaikansangin selagi kesan mabuk akibatmeminum tuak masihmemp engamhinya.

Ada dua fungsi utama sangin dalam masyarak at Sihan, yakni untuk tujuan hiburan dan pengubatan, Selain dinyanyikan sebagai hiburan masa lapang dalam komuniti, sang in didendangkan untu k menyambut dan meraikan kedatangan tetamu. Dalam

aktiviti

perbomohan, sangin didendan gkan sebagai mantera yang digunakan untuk mengubat penyakit tertentu, terutam a penyakit yang dipercayai disebabk an oleh kuasa halu s.

Nyanyian ini ju ga berfungsi sebagai doa pengusir bala dan penyakit. Selain itu, sangin juga digunakan untuk memohon kesejahteraan hidup masyarakat.

Dari segipengubatan, sangin boleh disamakan dengan nyanyianalude yang diamalkan di desa Mas ingi dan desa Maranata di Sul awesi Tengah, Indonesia dan nyanyian tonibilo yang

dikatakan

berasal daripada orang

halu s

(orang

bunian).

Kononnya,

hanya individu tertentu

yan g

dianggap terpilih

dapatmenguasai sangin ini

dalam

masyarakat Sihan.Hal ini demikian kerana aktiv iti ini menggunakan variasi bahas a Sihan yang dise but bahasa antu (bahasa roh) dan var iasi ini tidak dapat ditururkan atau difahami oleh masyaraka t biasa . Untuk memahami maksudnyamaka penyampaiatau bomoh akan menterjemahkan maksudn ya kepada pendengar (jika perJu). Dikatakan juga bahaw a mereka yang

mempunyar kebolehan menyampaikan

sangin

ini

memperolehnya melalui mimpi dan ayat-ayat yang diungkapkan bukan datangnya daripada penyampai tersebut tetapi dihasilkan melalui pengaruh dewa yan g baik.

Penggunaan sangin dalam akt iv iti peng ubatan menjurus padabaha sa ritual. Sebagaimaua

yang

dinyatak an sebelum ini, bahasa

ri tual

memba wa konctasi snci, kudus ,

keramat

(sakral) dan yang berkaitan den gan segala hal yang ghaib . Maka sudah tentu penggunaannyajuga bukan seba rangan sebaga iman a bahasa pertuturan harian . Menurut

informan,

sangin

jika digunakan

dalam

konteks pengubatan

seb enarn ya

permohonan

kepada dewa yang menggunakan perantara bornoh dengan menggunakan variasi bahasa

14

(15)

yang difahami oleh dewa.Hallui dapatlah disamakandengan jampiserap ah atau mantera yang digunakan oleh bornoh untuk memohon bantuan jin sew aktu upacara pengubatan dalam kalangan oran g Melayu. Dalam kasus pengubatan Sihan, sepatutnya nyanyian

sangin

boleh menaikkan bulu roma walaupun penyampainya tidak menterjemahkan maksud bait-baityang dilagukan.

Namun demikian, penggun aan

sangin

sebagai bahasa ritual bukan sahaj a di ambang kepupu san malahdapatdikat aka n suda h pupus .Selainfaktor perpindahan komuniti

ini

ke kawasanyanglebih moden, mereka juga sudah menganutagama Kristian dan pengubatan lama yang dian ggap membawa unsur pagan dianggap karut. Berbeza dengan situasi di rumah panjang yang asal (Gamba r 1) yang terletak jauh dalam hutan belantara, di kawasan tempat tinggal oran g Sihan di pekan Belaga sudah terdapat klinik yang menawarkan pengubatan moden. Hanya tinggaJ seorang bomoh dalam kalangan orang Siban, iaitu Eneik Meilee. Beliau juga jarang sekali melakukan upaeara pengubatan kerana usianya yang lanjut dan ketika kajian lapangan dij alank an beliau sedang sakit.

Oleh hal yang demi kian, aktiviti

sangin

kin i lebih banyak terarah untuk tuju an hiburan atau santai.

Sangin

untu k tujuan hiburan tidak lagi sama dengan pengubatan. Banyak aspek bahasa ritual yang asal sudah dieairkan. Terdapat dua orang wanita separuh umur yang dapat menden dangk an

sangin

yang dipelajari mere ka daripada Encik Meilee. Dalam kata lain, kedua-dua wanita in i (yang seoran g enggan namanya disebutkan atau gambamya dirakamkan yang seorang lab'; sebaliknya pula) menghafal bait-bait cerita dalam sangin yang dikatakan berbeza dengan varias i bahasa Sihan yang digunakan kini.Bahasaanlu, bahasa rohatau disebutbahasa rahsia dalam kalangan orang Sihan initida k difahami oleh penuturatau orang biasa Sihanjika merekatidak mempelajarinya.

Yang beriku t ialah salah satu cerita yang disamp aikan melal ui

sangin

sewaktu aktiviti santai disalah seb uahnunah se wakomuniti ini.Pemeran dalam konteks penyampaian ini terdiri daripada kanak-ka nak,generas i muda dan generasitua

kornu niti ini.

Cuba telitikan perbeza an besar antara bahasa

antu

(roh) yang dianggap sebagai bahasa rahsia dengan bahasa Sihan yang biasa dalambaris kedua.

15

(16)

BahasaRoh BahasaSihan Bahasa Melayu Bahasa Roh Bahasa Sihan BahasaMelayu BahasaRoh Bahasa Sihan Bahasa Melayu Bahasa Roh Bahasa Sihan BahasaMelayu Bahasa Ro h Bahasa Sihan BahasaMelayu Bahasa Roh Bahasa Sihan Bahasa Melayu BahasaRoh BahasaSihan Bahasa Melayu Bahasa Roh Bahasa Sihan Bahasa Melayu BahasaRoh Bahasa Sihan BahasaMelayu Bahas a Roh Bahasa Sihan Bahasa Melayu

BahasaRoh Bahasa Sihan Bahasa Melayu Bahasa Roh Bahasa Sihan Bahasa Melayu

: abbey ko to pelito :to wey coto miyum :marilahminum : lolon man ling :batang lokok :sebatang rokok

: anney kou nesinup medling

: cip

nuk batanglokok :hisaplah sebatang rokok :nilulun ayop

:inicipak nuk : inisirih kamu

:nyalitanngenow litak :yajat

mey

oyat :marilahkita menari

annei ngesinop jakan tuweykow10kmiyup buralc marilah minum tuak diho maloakow ditto mengayaw

marilah memotong kepala tirang

akui alui naiklah perahu oyang

polo dayung

garing tirang tetlinga ngapo alaitok linga singgah dibatu

:garing ko hen lemajeyo

:(lWCln lafvik hen lajey lafvuk : datanglah diake rumahmu :hen menyelan barak tawey : hen alak klovi oro

:dia mengambil seorang anak dara

16

(17)

BahasaRoh Bahasa Sihan BahasaMelayu Bahasa Roh Bahasa Sihan Bahasa Melayu Bahasa Roh Bahasa Sihan BahasaMelayu Bahasa R oh Baha sa Sihan BahasaMelayu Bahasa Roh Bahasa Sihan Bahasa Melayu

: hai kom bowongtawing

: hai kom bowong cangam :marilah orang bujangyangkuat :goring kohen nakarin tet linga litak

: guap kohen kat diva amai linga temo dovo papet : tents merekaberlawan dengan parang

: o'go jajat : hen nyajat malat :diamenarikparang

: punang

kango : punang ulun : potongkepala : pulang tovi :ulekto10k : marilah pulang

Cerita ini berkisar tentang ad at memotong kepala dalam masyarakat Sihan pada masa dahulu. Kisahnya bermula deugan seorang pemuda dari sebuah kampung yang ingin mendapatkan kekuatan deng an memenggal kepala. Menurut cerita masyarakat Sihan, memotong kepala (ngayau) ialah adat yang diamalkan dalarn komuniti suatu ketika dah ulu sewaktu komu niti Sihan bers ifat nomad. Dalam cerita berkena an , pemuda ini berdayun g sampan menuju ke sebuah kampung. Sesampainya di suatu tempat pemuda tersebut melabuhkan perahu ny a di atas seketul batu besar. Kemudian , pemuda itu menculik seorang gadis sunti dari sebuah ru mah di kampung itu. Pemuda tersebut cuba mengangkat gadis itu. Menurut adatn ya jika pemuda tersebut dapat rneng ang kat gadis tersebut maka ilmunya cukup kuat untuk bert arung dengan pemuda kampung itu tetapi jika seba liknya maka pernuda itu bukanlah seorang jaguh dan tidak akan mamp u bertarung den gan orang Jain. Setelah pemuda itu berjaya mengangkat gad is tersebut, maka pem uda itu yakin ilm unya boleh mengatasi pemuda kampung itu. Pemuda itu menyeru sekalian pemuda kamp ung ita nntuk bertarung dengannya. Maka seorang pemuda kamp un g itu menyahut cabaran pemuda itu untuk bertarung. Mereka bertarung menggun akan par ang. ::;~tela11 sekian lam abertarung,pemu da yang datan g darikarnpung lain itu berj aya memotong kepala pemuda kampung itu. Setelah itu pemuda tersebu t mernbawa kepala mangsanya ke kampungnya untuk dipersembahkan kepada kaumnya bagimengangkatnya sebagaiseorang pahlawan.

17

(18)

Demikian secara ringkas sinopsis daripada salah satu sangin" yangtelah disampaikan oleh salah seorang informan, iaitu Puan Konek(lihat gambar). Rakaman ini dibuat sewaktu' penyampai separa mabuk. Namun demikian, terjemahan teks

ini

disahkan sem ula oleh penyampai

ini

apabila beliau berada dalam keadaan biasa tan pa mengambil

minuman

keras.

Gambar3: Salah seorangpenyanyi sangin daripadamasyarakatSihan, Puan Konek

Seem-a am, beberapa ulas an pendekdapatdibuatberdasark an teks persernbahanvcng/»

1111.

Pertama, bahasa yang digunakan dalam aktiviti sangin untuk hib uran ini masih bahasa Sihan dalambentuk var iasinya yang disebutbahasa

antu

ata uroh yangasal. Sebagaim an a yang dinya takan variasi bahasa in idipelajari sebagaimana seseorang mempelajari variasi bahasa atau bahasa lain. Dalam konteks ini, sekali imbas didapati bahaw a kosa kata dalam bahasa antu ini tidak mempunyai hubu ngan lan gsuug dengan bahasa Sihan yang wujudkini. Namun demikian, sekira-ya ditelusuridengan lebihmendalam maka didapati bahawa variasibahas a inimengandungi kata yangberkognat(kata yang sama ata u hampir sama dalarn bahasa serumpun yangditurunkandaripa da induk bahasa yang sama)dengan

18

(19)

bahasa Sihan moden atau bahasa Austronesia. Contoh kata berkognat dalambait lagu di atas adalahsepertiyang berikut:

Jadua12:Senarai kata berkognat dalam sangin

Kosa kata bahasa Kosa kata bahasa Makna dalam bah asa antu bahasa Sihan Sihan kini Melayu

abbeyko to to wey co to marilah

lolon lokok rokok

ni ini llli

tetlinga toklinga dibatu

hen hen dia

haikom bowong hai kotn bowong marilah orang bujang

kohen kohen mereka

jaj at nyajat menan

punang punang potong

Kosa kata sepertipulang dan ulek pula menyamai perkataan dalam bahasa Melayu, iaitu pulang dan balik. Semua persamaan ini sekurang-kurangnya menepati dua jalur akhir yang wujud dalam bahasa ritual saranan Prentice (1981) , yakni pertama, banyak perkataan bahasa ritual berkognat dengan perkataan yang ada dalam bahasa Sihan atau bahasa Austronesi a yang lain; dan kedua, perkataan bahasa ritua l tidak mempunyai hubungan Iangs ung dengan bahasa Sihan atau bahasaAustronesia yang lain.

Kedua-dua jalur

ini

memperlihatkan bahawa bahasa antu mungkin merupakan bentuk bahasa yang lebih tua daripada bahasa Sihan moden. Bahasa antu dan bahasa Sihan moden berkembang daripada satu bentuk induk bahas a tua yang sama dan dalam perkembangan tersebu tberlaku perubahan bentuk dan mungkin makna kosa katatert entu , Persamaan yang pertama menu njukkan retensi (yang kekal) bentuk dan makna apabila bahasa Sih an moden berkembang daripada bentuk awal tersebut. Persa maan kedua mernperlih atkan bahawa bahasa antu ialah bahasa yan g mun gkin meru pakan bentuk bahasa yang lebih tua daripada bahasa Sihan moden dan kosa katanya terdiri daripada kosa kata usang yan g ridak dignnakau lagi dala m bahasa Sihan moden. Bentuk dalam bahasa Sihan moden tersebut ialah bentuk yang sudah mengalami inovasi disebabkan perkemban gan masa dan pengaruh daripada bahasa disekeliling. Sebagai contoh dalam dna bait berikut yajat tngajat yang bennaksud menari) dan mengayaw ingayau yang

19

(20)

bennaksud memotong kepala) yang terdapat dalam bahasa Sihan moden juga terdapat dalam bahasaThan dalam bentuk variasinya.

BahasaRoh Bahasa

Sihan

Bahasa Melayu Bahasa Roh BahasaSihan Bahasa Melayu

: nyalitan ngenowlitak : yajat mey oyat : marilahkita menari

diho molo a/cow ditto mengayaw

marilah memotong kepala

Cont oh ragam bahasa sa ng in dalam tulisan ini walaupun tidak memmjukkan keselarian semantikdan bentuk diadik,nam un demikian contoh ini memperlihatkan bentuk wacana yang utuh, dengan pengenalan, isi dan penutup. Aspek koh er enn ya dapat dikesan menerusi huraian sebuah cerita yang lengkap yang dapat diberikan tajuknya. Seandainya dapat dirak amkan

conroh

sangin yang lain maka

mungkin

dapat

dibuktikan

bahaw a bahasa ritual ini mengandungi sistem bahasa yang boleh dihuraikan stru kturnya secara sistematik.

Bagaiman akah pula dengan aspek penggunaan sanginl Walaupun konsep bahasa ritual dalam sangin untuk hiburan itu masih membayangka n kelaina n bentuk nya namun demikian sifat khusus konteks penggunaannya sudah berubah. Makn a ritual yang membawakonotasi suci, kudus,keramat dan yang berkaitandengansegala halyang ghaib tidak dipertahankan lagi. Nyanyian sangin tidak lagi menaikkan bulu roma sebab pemerannya sudah berubah. Konteks asal bahasa ritual yang melibatkan unsur ghaib sebagai audiens (oran g ketiga) tiada lagi dalam sangin

jenis ini .

Pemerannya ialah penyampai dan pendengar. Nyanyian sangin bampi rmenyamai bahasa pertuturan harian biasa.Penyam painya bukan orangyang memiliki pengetahuan yang cukup tentang segala

hal

yang

dikonotasikan maknanya. Dalam

katalain , sangindipelajari sistemnya,

mungkin

dihafaljuga untuk tujua n disampaikan secara lisan. Selain itu, konteks persembahannya tidak lagi bersifat khusus, yakni bukan untuk upacara atau ritua l tertentu. Persembah annya adalah

unruk

hiburan atau penglipurlara . Namun demikian, sama seperti naratif lisan lain yang mengandungi cerita dalam cerita maka sangin juga mungkin berfungsi untuk mend idik dan menaikkan semangat kepahlaw anan dalam pemeran

20

(21)

walaupun orang yang memotong kepala yang dian ggap pahlawan tidak lagi diam alkan dalam kalangankomuniti ini.

Akhimya, sangin yang bukan lagi bahasa ritual, boleh diibaratkan sekadar instrumen penzahiran pemikiran yang tidak lagi mem astikan kesempurnaan sesuatu upacara.

Kegagalan mengujarkan bahasa antu dengan baik tidak menggagalkan sesuatu upacara.

Hal ini demikian kerana pemera n ketiga, yakni kuasa ghaib tidak lagi wujud. Bait-bait dalam sangin yang asalnya jampi dan mantera, yakni bahasa ritual yang perIu dipatuhi ketep atan penyebutan , pemilihan kata serta susun atur kata dalam kalimat tida k lagi demikian. Tanpa pematuhan seperti ini, seseorang penyampai sangin tidak gagal memanggil jin atau makhluk halus berdampingan dengannya.

Kesimpulan

Sangin yang merupakan salah satu sastera rakyatyang disampaikan secara berlagu telah lama wujud dalam masyarakat Sihan. Jumlah pengamalnya kini semakin mengeci l.

Generasimuda kini tidak lagi dapat menguasa i perse mbahan seni ini.Sangin tidak lagi digunakan sebagai wahana untuk hiburan kerana sudah banyak hiburan moden lain mengambil alih cerita rakyat ini.

Dari

segi pengubatan pula, masyarakat

Sihan

keseluruhannya telah berpindah ke kawasan pekan dan telah meninggalkan kawasan penempatan merek a di kawasan rumah panjang merekadiRurnah Sungai Menamang. Di pekan Belaga, kemudahan perubatanmoden telahtersecliadi sini.

Persembahan sangin kini hanya clapat clisampaikan oleh tiga orang indi vidu tanpa ada pew aris hasil seni

ini,

Ketiga-tiga merek a yang menguasai sangin terdir i daripada golongan tua. Pen gamal sangin yangboleh mengubati orang sakit kini merupakanorang tert ua dalam masyarakat Sihan dan sering sakit. Sangin mungkin berkubur bersama menghilangnya pengam al seni berlagu ini.

Rujukan

Aichner, F. P. 1958. "Punan, Pen an, Bukitan , Kaj am an, Kajang and Kayan". J/1e Sarawak Muse um Journal. VIII: 12/27, Disember,740- 742.

Asmah Hajj Omar. 1982. Language andsociety in Malays ia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasadan Pustaka.

21

(22)

AsmahHaji Omar. 1994."Bahasa-bahasa bumipu tera di Sarawak". The SarawakMuseum Journal. XLVII:68, Disember, 145- 158.

Blust, R.2009.TheAustronesian languages.Canberra: Pacific Linguistics.

Gordon,

R.

G. Jr. (ed.) 2005. Ethnologue: Languages of the world, fifteenth edition. Dallas, Tex.:SIL Intemational.http://www.etlmologue.com/(20/312016) .

Dallas, Tex.:SIL International.http://www.etlmologue.com/(20/3/2016).

Fox, 1.

J.

1971.Semantic parallelism in Rotinese rituallanguages.Bijdragen totde Taal- , Land-en Volkenkunde 127(2) :215-255.

Fox , J. J. (ed.) 1988. To speak in pairs: essays on the ritual languages of Eastern Indonesia. Cambridge: Cambridge UniversityPress.

Fox, J.J. 1993. The dictionary ofRotinese formaldyadic language, revisedwith English to Rotinese glosses, unpublished MS. Canberra: Anthropology, Research School of Pacific and Asian Studies.

Fox,J. J. 2005 . Ritual languages, specialregisters and speech decorum in Austronesian languages.DIm.

K.

A. Adelaar& Nicho laus Himmelmann(ed.), The Austronesian languages(?[AsiaandMadagascar.London :Routledge.

Hoskin , J. 1988.Etiquette in Kodi spirit communication: The lips told to pronounce, the mouths told to speak. DIm.J.J.Fox (ed.)To speakin pairs: essay.s·on the ritual languagesofEastern Indonesia.Cambridge:CambridgeUniversityPress.

Masing,J. 1997.The coming ofthe god}:

An Iban invocatory

chant

(timang gawai amat)

ofthe Baleh Region, Sarawak. Canberra: Research School of Pacific and Asia n Studies.

Maxwell, A. R. 1992. "Balui Reconnaissance s: The Sihan of Menamang River." T71e SarawakMuseumJournal. XLIII: 64, Disember, 1-46.

Noriah Mohamed, Muhammad Khairi Mohamed Nor & Nor Hashimah Hashim (2009)

"Komuniti peribumi Sihan di Sarawak: Satu pengenalan ringka s" . Kertas Kerja Sem inar Indegenous Pedagogi 2009 di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Pahang, Kuala Lipis, Pahang DarulMakmurpada 12-13 Oktober 2009.

Noriah Mohamed, Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2009) "Factors that influence the sustainability usage of three endangered indigenous languages in Malaysia". The Intern ational Jou rnal of the Hum anities, 7:6, USA:

CommonGroundPublishing, 169-192.

Noriah Moham ed& Nor Hashimah Hashim (2008) "Languagepolicy,language planning and the use of non-dominantlanguage in Malaysia: Sihan versu s standard Malay" . Kertas kerja the Second international conference 011 language develop ment, language revitalization and multilingual education in ethnolingu ist ic communities, Twin TowersHote l,Bangkok Thailand, 1-3July, 2008.

Noriah Mohamed& Roh ani Mohd Yusof(2004)Penge lomp okan leksikostatistik bahasa- bah asa bumip utera di Sarawak. Laporan Akhir Geran Penyelidik an Fundamental, Unive rsiti SainsMalaysia .

Prentice, D. J. 1981. The mistrel-pri estess: A Timogun Murur exorcism cerem ony and its liturgy.Dim. N.Philips & Khaid ir Anwar (ed.), Papers011 Indonesian Languag es and Literatures.University of London:Indonesian EtimologyProjects, SOA S.

Sandin, B. 1985. "Notes on the Sia n (Sihan) of Belaga", The Sara wak Museum Journal.

XXXIV:55,Disember,67-76.

Sandin, B. 1977. Gawai Burong: The chants and celebrations ofthe Iban bird festi val.

Edited with an introduction by C. A. Sather. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

22

(23)

Sather, C. 2001. Seeds ofplay, words ofpower: An ethnographic study ofIban shamanic chants. Tun Jugah Foundation jointly with the Borneo Research Council. The Borneo Classic Series, Vol. 5.

Scharer,

H.

1963.Ngaju religion: the conception ofgod among a South Borneo people.

Terj. oleh R.Needham. The Hague: Nijhoff. Buku asal berjudul Der Totenkult der Ngadju Dajak in Sud-Borneo (1966). Buku dua jilid membekalkan teks yang menyeluruh tentangbasa sangiang.

Sri Kuhnt-Saptodewo. 1993.Zum Seelengeleit bei den Ngaju am Kahayan. Auswertung eines Sakratextes zur Manarung-Zeremonie beim Totenfest. Munchen:

Akademischer Verlag.

Sri Kuhnt-Saptodewo,

J.

1999. A bridge to the upper world: Sacred language of the Ngaju.Borneo Research Bulletin, 30:13-27.

Urquhart, 1. A. N. (1955) "Some interior dialects". The Sarawak Museum Journal, VI: 5/20,Julai, 193-204.

Wikipedia thefree encyclopedia.http://en.wikipedia.org/wiki/Folklore(1819/2016)

Wheelock, \V. T. 1982. The problem of ritual language:From information to situation.

Journal ofthe American Academy ofReligion(l),49-72.

23

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kelima, kerana nilai makna, iaitu penutur Bahasa Melayu sering menggunakan kosa kata dalam Bahasa Inggeris untuk menyampaikan sesuatu yang ingin diungkapkan kerana sukar mencari

Latiff Mohidin mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menampilkan makna alam dan manusia sama ada melalui seni tampak mahupun dengan kata-kata atau bahasa.. Menerusi

Maksud penutur dan pendengar harus diambil kira dalam penentuan maksud sebenar suatu bentuk bahasa kerana bahasa yang realistik ialah bahasa yang digunakan oleh penutur dan

Vokal-vokal yang wujud dalam bahasa Melayu kuno dan sebab- sebab vokal tertentu dalam bahasa Melayu moden tidak ada dalam bahasa Melayu kuno.. Satu hujah yang diutarakan oleh

Kenal pasti perubahan yang berlaku terhadap fonem proto */r/ bahasa Austronesia purba di lingkungan awal dan akhir suku kata di dalam enam bahasa yang dibandingkan.

Ringkasnya, dalam bahasa Arab, kata sifat diambil menjadi kata sinonim bagi kata nama yang sedia ada bagi menambah bilangan kosa kata dalam bahasa mereka, sedangkan dalam bahasa

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa terjadinya kesamaan dan kemiripan bentuk dengan makna yang sama dalam bahasa Indonesia dan bahasa Makassar disebabkan oleh adanya

Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah buku kecil yang akan memuatkan kosa kata yang berbeza bentuk dan makna sebagai panduan atau rujukan kepada