• Tiada Hasil Ditemukan

KESAN TRAUMA DALAM KANAK-KANAK BOLEH BERLAKU SEHINGGA TEMPOH DUA TAHUN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KESAN TRAUMA DALAM KANAK-KANAK BOLEH BERLAKU SEHINGGA TEMPOH DUA TAHUN"

Copied!
4
0
0

Tekspenuh

(1)

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 Oktober 2016 - Kesan trauma dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku sehingga tempoh dua tahun selepas tragedi. Berdasarkan kajian yang dibuat di Thailand selepas tsunami terdapat lebih kurang 15% daripada kanak-kanak sekolah yang masih mengalami trauma walaupun tsunami tersebut telah berlaku dua tahun sebelumnya.

Pensyarah dan Pakar Psikiatri, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Dr. Maruzairi Husain berkata tidak semua mangsa yang terlibat dalam tragedi akan mengalami trauma.

"Ramai daripada mereka mungkin mengalami trauma secara sekejap iaitu 'Adjustment Disorder' atau 'Acute Stress Reaction' namun lebih kurang 25% daripada keseluruhan mangsa akan mengalami trauma yang berpanjangan," katanya semasa menyampaikan ceramah di Majlis Sambutan Hari (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

KESAN TRAUMA DALAM KANAK-KANAK BOLEH BERLAKU SEHINGGA TEMPOH DUA TAHUN

11 OCT

(2)

Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kampus Kesihatan USM pagi tadi.

Berdasarkan kajian beliau di bawah Geran Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi berkenaan dengan kesan psikologi mangsa banjir 2014 di Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai mendapati pelajar-pelajar sekolah masih lagi mengalami trauma walaupun kajian tersebut telah dibuat selepas enam bulan banjir berlaku.

Menurut Maruzairi, terdapat beberapa faktor yang memberi kesan psikologi ke atas mangsa banjir kanak-kanak di Kelantan iaitu terpaksa berpindah daripada rumah, tinggal di pusat pemindahan, kesukaran selepas banjir seperti kemusnahan rumah, harta benda dan peralatan persekolahan.

"Kanak-kanak tidak dapat memberitahu perasaan mereka yang sebenar seperti murung, sedih, takut dan sebagainya akibat kesan trauma namun ia boleh dilihat melalui perubahan tingkah laku mereka yang berbeza daripada biasa," ujarnya.

(3)

Tambah Maruzairi, bagi mendekati kanak-kanak yang trauma perlu ada seni berkomunikasi yang baik dan persediaan dari segi pengetahuan tentang bantuan kecemasan psikologi kerana kanak-kanak perlu pemerhatian yang teliti untuk memahami mereka.

"Kaedah yang perlu dilakukan adalah seperti menyantuni mereka dengan mendengar sepenuh perhatian, melindungi mereka kerana mereka adalah golongan yang lemah dan cuba menghubungkan mereka dengan komuniti tertentu atau bawa mereka ke tempat yang boleh menghilangkan perasaan trauma seperti padang permainan dan sebagainya," katanya lagi.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto: Abdul Aziz latif

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

(4)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Dalam kajian ini strategi komunikasi adalah merujuk kepada tindakan yang lain (samada lisan atau bukan lisan) yang dilakukan oleh responden kanak-kanak Jepun untuk

Perkembangan sosial dan emosi – bermain juga dapat membantu kanak-kanak untuk menguasai kemahiran sosial dan emosi mereka apabila mereka bermain dengan rakan sebaya.. Ini adalah

Terdapat kanak-kanak yang membawa makanan sendiri dari rumah dan terdapat juga yang makan makanan yang disediakan oleh PASTI seperti roti dan biskut. Mereka juga

Hal ini khususnya perlu diutamakan dalam mereka bentuk jenis watak-watak tertentu, contohnya golongan kumpulan umur yang berbeza seperti kanak-kanak dan orang tua

Memang tidak dinafikan bahawa asma kanak-kanak boleh menjejaskan kualiti kehidupan penjaga mereka. Maka, adalah penting bagi kita untuk mengetahui reflek dan reaksi

la adalah kerana kanak-kanak memerlukan sesuatu aktiviti ataupun pemerhaian bagi menjana minda mereka yang kian membesar.Oleh itu.pusat-pusat jagaan kanak-kanak

Dengan menggunakan kajian kualitatif, pengkaji mengkaji bagaimana cara kanak- kanak autisma menggunakan seni dalam kehidupan seharian mereka dan bagaimana cara mereka

“Kebanyakan kanak-kanak di sini tahu menulis dan membaca serta mewarna dengan baik, mereka beruntung kerana dapat belajar di sekolah yang didirikan hasil sumbangan