• Tiada Hasil Ditemukan

JURURAWAT PERLU JADI YANG TERBAIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JURURAWAT PERLU JADI YANG TERBAIK"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

BERTAM, 12 Mei 2016 - Jururawat di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) diingatkan agar menyematkan semangat dalam diri untuk menjadi yang terbaik dalam bidang kejururawatan.

Timbalan Pengarah Klinikal, Dr. Muhamad Yusri Musa berkata, jururawat perlu ikhlas dalam melaksanakan tugas dan mempunyai semangat untuk memajukan diri dalam kerjaya yang diceburi.

“Jururawat perlu keluar dari zon selesa dengan bersaing sesama sendiri dalam memperolehi ilmu kejururawatan. Setiap dari mereka perlu mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam merawat pesakit,” katanya.

Tambahnya, dalam menghadapi cabaran, jururawat perlu terus berdaya saing kerana setiap pesakit yang mendapatkan rawatan memberi penilaian kepada jururawat dan kesannya memberi impak yang besar terhadap sesebuah institusi atau pusat perubatan berkenaan.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2016 peringkat IPPT di sini pagi tadi.

Sambutan ringkas bertemakan 'Nurse: A Force for Change: Improving Health System Resilience' (Jururawat: Kuasa untuk Perubahan: Menambah baik Ketahanan Sistem Kesihatan) menghimpunkan hampir kesemua 142 orang jururawat tanpa menjejaskan perkhidmatan kepada pesakit.

Yusri turut melahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh jururawat sepanjang tahun lalu yang banyak menerpa kejayaan-kejayaan besar dengan mengharumkan nama institusi ini dan nama USM khususnya.

Yusri turut mengajak semua jururawat untuk bersama-sama membangunkan perkhidmatan di IPPT dengan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pesakit.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Seksyen Onkologi, Radiologi dan Perubatan Nuklear, Dr. Muhamad Zabidi Ahmad; Ketua Seksyen Farmasi, Md. Hisham Abd Razak dan pegawai-pegawai perubatan IPPT.

Teks: Mohd Faisal Jamaludin (https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

JURURAWAT PERLU JADI YANG TERBAIK

14 MAY

(2)

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

"Dengan pentauliahan pusat PTU, CTU dan ADL di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) melalui proses akreditasi, ini bermakna kita bukan saja telah

USM, PULAU PINANG, 12 Mei 2016 – Keazaman untuk membantu keluarga serta status Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi pendorong kepada pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Mei 2016 - Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia

KUBANG KERIAN,  5 Mei 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) menawarkan kepakaran psikologi sukan dengan merangka modul untuk menjadi panduan kepada semua atlet

USM, PULAU PINANG, 12 Mei 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat sejumlah hampir 95 orang pegawai dan staf akademik dari Higher Education Planning

KEPALA BATAS, 20 Jun 2016 - Program Ziarah Ramadhan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan pagi tadi telah berjaya

Seramai  117  orang  kakitangan  dari  kampus  Induk  Pulau  Pinang,  Institut  Perubatan  dan  Pergigian  Termaju (IPPT)  Bertam,  dan  Kampus  Kejuruteraan 

PULAU PINANG, 15 Mei 2015 -  Untuk masa hadapan universiti yang cemerlang, setiap warga Universiti Sains Malaysia (USM) perlu mempunyai disiplin diri yang utuh