• Tiada Hasil Ditemukan

IPPT USM TAWAR PERKHIDMATAN PAKEJ UJIAN SARINGAN TALASEMIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "IPPT USM TAWAR PERKHIDMATAN PAKEJ UJIAN SARINGAN TALASEMIA"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

thumbnail MG 9778

KEPALA BATAS, PULAU PINANG, 11 April 2016 – Unit Hematologi, Makmal Diagnostik Termaju, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) kini menawarkan perkhidmatan pakej ujian saringan Talasemia kepada orang ramai.

Menurut Pengurus Perkhidmatan Makmal Diagnostik IPPT, Dr. Hafizuddin Mohamed Fauzi, adalah sangat penting untuk orang ramai menjalani ujian penyaringan darah bagi mengetahui status kesihatan mereka terutama penyakit Talasemia.

“Saringan ini adalah demi kesedaran tentang status kesihatan dan juga perancangan keluarga bagi mereka yang ingin berumahtangga. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa satu daripada 20 rakyat negara ini merupakan pembawa gen Talasemia iaitu sejenis penyakit kecacatan darah yang diwarisi daripada keluarga kepada anak,” katanya.

“Secara umumnya, terdapat dua jenis Talasemia iaitu Beta Talasemia dan Alpha Talasemia. Ia dapat diklasifkasikan kepada tiga kumpulan mengikut tahap kecacatan genetik iaitu Talasemia major, Talasemia intermedia dan Talasemia minor.

Bagi Talasemia minor, ia merujuk kepada status pembawa di mana mereka mempunyai kecacatan gen Talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit yang ketara. Manakala Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka Talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda penyakit tersebut dengan jelas,” tambah Hafizuddin lagi yang juga merupakan seorang Pakar Hematologi.

Hafizuddin turut memberitahu, mereka yang disahkan menghidap Talasemia major memerlukan transfusi darah secara berkala sepanjang hayat mereka. Namun, rawatan ini mempunyai risiko yang menyebabkan pengumpulan zat besi dalam organ-organ utama seperti hati, limpa, jantung dan kelenjar endokrin, sekali gus merosakkan fungsi organ berkenaan.

Justeru, pesakit perlu menjalani rawatan penyingkiran zat besi dan kekerapan rawatan bergantung kepada tahap pengumpulan zat besi di dalam badan mereka. Walau bagaimanapun, ini hanyalah merupakan rawatan sokongan dan rawatan penyembuhan secara menyeluruh ialah melalui pemindahan baka sum-sum tulang (stem cell) dari penderma yang bersesuaian.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

IPPT USM TAWAR PERKHIDMATAN PAKEJ UJIAN SARINGAN TALASEMIA

11 APR

(2)

IPPT kini mempunyai kepakaran dan kemudahan makmal yang berupaya untuk melakukan ujian pengesanan penyakit Talasemia secara menyeluruh. Orang ramai adalah digalakkan untuk melakukan pengesanan awal dengan menjalani ujian saringan Talasemia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pakej ujian saringan ini, bolehlah menghubungi Unit Hematologi IPPT di talian 04-562 2693 atau e-mel syima@usm.my (mailto:syima@usm.my).

Teks: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid / Foto: Norizan Ishak

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

“Inisiatif menangani penyakit berkaitan kecacatan darah ini adalah permulaan yang baik untuk negara membangunkan keperluan infrastruktur dan kepakaran yang dapat membantu

Tambah beliau lagi, dalam konteks penyelidikan berkaitan kaedah pencegahan dan rawatan kanser juga, akademia dan pakar bidang perubatan perlu mempunyai hala tuju yang jelas

 Mewakilkan gambar rajah dengan menggunakan idea operasi darab dan tambah melibatkan tanda kurung dalam bentuk ayat matematik yang ditulis dalam angka dan

Kesimpulannya, air sebagai tanda dalam masyarakat Melayu memberi makna pendidikan dan sesuatu yang sangat penting kepada masyarakat. Proses pendidikan tersebut

Audit yang lepas telah menunjukkan bahawa bank tersebut mempunyai sistem peralcaunan dan kawalan dalaman yang baik dan anda telah bergantung kepada ujian kawalan

"Glaukoma ialah penyakit mata yang disebabkan gangguan pada medan penglihatan akibat kerosakan pada saraf mata dengan tanda-tanda seperti penglihatan menjadi

Berdasarkan kepada Rajah 8, purata nilai kebolehlarutan minimum bagi setiap logam menunjukkan tanda-tanda penurunan dengan pertambahan kepekatan ion ferik yang

Duduk rumah itu salah satu proses yang perlu kita lalui sebagai tanda kita redha dan akur kepada situasi pandemik dan ujian dariNya.. Kadang kala, terdetik