• Tiada Hasil Ditemukan

HKN 307 - Kesusasteraan Nusantara I: Aspek Teori dan Kritikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HKN 307 - Kesusasteraan Nusantara I: Aspek Teori dan Kritikan "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

UNlVERSlTl SAlNS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama

Sidang Akademik 200312004 SeptemberlOktober 2003

HKN 307 - Kesusasteraan Nusantara I: Aspek Teori dan Kritikan

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab TlGA soalan sahaja.

1. Dalam menghurai ciri-ciri wacana kolonial tentang Timur yang dianggap bersifat "anti-human" dan penuh prasangka ras, Edward Said telah mencadangkan supaya dicari kaedah bacaan yang bersifat "non- repressive" dan "non-manipulative". Dengan merujuk kepada budaya Melayu, huraikan kaedah-kaedah pemerian budaya yang dapat memenuhi ciri-ciri seperti yang dicadangkan oleh Edward Said.

2. Bagi pemikiran pasca-moden, realiti adalah satu "linguistic construct"

(Barthes) atau hasil penulisan dan ideologi penulis (Lerner).

Bincangkan implikasi pandangan-pandangan tersebut terhadap pemahaman genre sastera sejarah dan kaedah bacaannya.

3. Colonial domination, because i t was total, managed to disrupt in spectacular fashion the cultural life of the natives (Fanon).

Berdasarkan petikan di atas bincangkan kesan dominasi penjajah ke atas pemikiran dan budaya Melayu (dikenali sebagai hegemoni mental dan budaya) yang membawa kepada era "Pencerahan Timur" dan pemodenan budaya Melayu.

(2)

- 2 - [HKN 3071

4. Huraikan kemunculan dan kepentingan teori Resepsi dalam perkembangan teori sastera Barat. Dengan contoh-contoh perlihatkan mengapa teori ini kurang sesuai untuk membaca sastera Melayu tradisional dan bagaimana teori Hermeneutika dapat mengimbangkan kekurangan teori ini.

5. Kecenderungan sastera moden adalah untuk merombak konvensi berdasarkan prinsip-prinsip penyimpangan (deviasi) dan penganehan (defamiliarisasi). Hubungkan kecenderungan ini dengan gerakan autonomi sastera dan bincangkan kesannya ke atas karya sastera dan bacaannya.

6. Dengan berlatarkan pemahaman anda tentang kritikan "transparent"

(kritikan mimetik), huraikan falsafah strukturalis yang "does not look through and beyond the text but concentrates on matters of style, internal organisation and cross reference to other literary works".

Perkembangkan ide strukturalis ini untuk menjelaskan dasar-dasar teori intertekstual dan perlihatkan mengapa teori ini akur dengan stail dan sifat naratif Melayu tradisional.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Terangkan Empat Teori Akhbar dan bincangkan dengan contoh-contoh mengapa teori tersebut gagal menerangkan sistem media di Malaysia?. 4 Media memainkan peranan penting dalam

Jelaskan erti teori sastera dan huraikan unsur-unsur penting dalam pembinaan teori sastera seperti yang dikemukakan oleh M

Kukuhkan hujah anda dengan contoh-contoh bahasa yang sesuai dalam menjawab soalan-soalan berikut:-.. [a] Bincangkan mengapa teori generatif mempersoalkan

Merujuk kepada novel Pemberontakan karya Jong Chian Lai, sejauhmanakah novel ini boleh dianggap sebagai sebuah novel

Bincangkan kenyataan di atas berdasarkan teori dan konsep pembangunan yang anda ketahui. Berikan contoh yang sesuaidi dalam hujah anda.. 2. Bincangkan kritikan teori

Bincangkan kenyataan di atas berdasarkan teori dan konsep pembangunan yang anda ketahui. Berikan contoh yang sesuai di dalam hujah anda.. 2. Bincangkan kritikan teori

“Daripada sudut pandangan teori penerimaan, proses pembacaan ialah suatu yang dinamis, sesuatu pergerakan yang kompleks, yang memperlihatkan diri melalui pergerakan waktu.”

Ciri keindividualan sering dipertanggungjawabkan sebagai faktor penting yang memecahkan budaya partiparotis dalam masyarakat Melayu tradisional yang memungkinkan munculnya