• Tiada Hasil Ditemukan

JARINGAN INTEGRASI ASEAN PERLU DIPERKUKUH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JARINGAN INTEGRASI ASEAN PERLU DIPERKUKUH"

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

IMG 0125

PULAU PINANG, 6 Mac 2015 - Jaringan integrasi yang kukuh dan mapan di antara  negara - negara Persatuan Negara Asia Tenggara      (ASEAN ) amat perlu dalam meniti arus globalisasi kini agar dapat bersaing secara sihat dalam melonjakkan ekonomi ASEAN.

Demikian menurut Mantan Ketua Setiausaha ASEAN Dr. Surin Pitsuwan yang hadir ke Universiti Sains Malaysia (USM) bagi berkongsi pengalaman beliau dalam memupuk dan mencapai integrasi di negara - negara ASEAN hari ini.

IMG 0111h

"Negara - negara ASEAN juga perlu mempraktikkan pelbagai bahasa agar dapat bersaing dengan negara-negara di luar ASEAN seperti Kesatuan Eropah ( EU)," ujar Surin.

Mengambil contoh negara Sweden yang mewajibkan tiga bahasa dipelajari di sekolah, Surin menegaskan bahawa 'multilanguages' amat perlu diterapkan dalam sistem pembelajaran sekolah berbanding hanya dua bahasa ketika ini kerana permintaan dunia dan semasa yang menekankan kelebihan sekiranya dapat berkomunikasi melebihi dua bahasa.

ASEAN merupakan sebuah  komuniti yang ditubuhkan semenjak 48 tahun lalu pada tahun 1967.

Negara - negara ASEAN pada mulanya meliputi Malaysia, Singapura, Indonesia, Negara Thai, dan Filipina.Namun kini, ianya telah bertambah dengan kemasukan beberapa buah negara termasuklah Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam dan Brunei.

IMG 0144

IMG 0158

 

"Kerjasama yang erat di antara negara-negara ASEAN khususnya mampu meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi selain memperkukuh perhubungan sosial yang telah lama terjalin," ujar Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa ) yang mewakili Naib Canselor USM dalam ucapan aluannya.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

JARINGAN INTEGRASI ASEAN PERLU DIPERKUKUH

09 MAR

(2)

Tambah Shukri lagi, negara -negara ASEAN perlu lebih kompetitif dan berdaya saing dalam mencapai matlamat agar terus memacu kecemerlangan di mata dunia.

Surin dilahirkan pada 28 Oktober 1949 dari keluarga berketurunan Melayu Thailand.Pendidikan awal beliau bermula di sekolah rendah dan menengah di wilayahnya sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Thammasat, Thailand selama dua tahun dan  menerima biasiswa daripada Kolej Lelaki Claremont College di California, Amerika Syarikat (AS).

IMG 0151hj IMG 0159

Beliau memiliki Ijazah Pertama BA Sains Politik (1972) Claremont College California (AS), Ijazah Sarjana (1974) dan PhD (1982) daripada Universiti Harvard.

Surin juga merupakan negarawan tersohor ASEAN yang memperjuangkan isu demokrasi, pembangunan lestari dan keselamatan kemanusiaan.

Mantan Menteri Luar Thailand dan Setiausaha Agung ASEAN ini juga pernah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang -undang dari Universiti Bristol, United Kingdom (UK)  pada 30 Mac 2008 yang lalu.

Syarahan yang bertajuk "Fostering Cross - Cultural Dialogue In Achieving ASEAN Integration" ini turut dihadiri oleh konsul -konsul negara-negara ASEAN yang lain.

IMG 0176

Syarahan umum peringkat antarabangsa ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT) dan Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) dengan kerjasama Konsulat Diraja Thai, Pulau Pinang.

Hadir sama ialah Dekan PPBLT USM, Profesor Dr. Tengku Sepora Tengku Mahadi serta Konsul Thailand, Indonesia, Jepun dan Perancis. Teks: Siti Naquiah Abdillah / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

kemudian

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

(3)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

PULAU  PINANG,  28  Mac  2015  –  Mahasiswa  Berbakti  Masyarakat  Sejahtera,  tema  Program  Jaringan Komuniti  Universiti  Sains  Malaysia  (USM)  melalui  Baktisiswa 

“Memandangkan pada tahun ini Malaysia merupakan tuan rumah kepada persidangan negara-negara ASEAN kita boleh mengambil peluang dalam menyediakan satu jaringan untuk memperkukuhkan

Tegasnya lagi, pembangunan lestari atau mapan seperti yang didefinisikan oleh Laporan Bruntland bermaksud pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa

"Jangan kita lupa bahawa negara-negara ASEAN juga mempunyai potensi untuk bersaing dengan negara-negara lain dalam usaha untuk meningkatkan keadaan yang sedia

Kumpulan negara-negara “Asian NIEs” dan “ASEAN 4 (Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia) dikatakan penggerak utama kepada pertumbuhan pesat ekonomi di rantau Asia

[Merujuk kepada DUA buah negara ASEAN ATAU Asia Pasifik, bincangkan transformasi ekonomi yang dialami oleh negara tersebut selepas kemerdekaan dan kesannya kepada sektor

[Merujuk kepada DUA buah negara ASEAN ATAU Asia Pasifik, bincangkan transformasi ekonomi yang dialami oleh negara tersebut selepas kemerdekaan dan kesannya kepada

Tapak Integrasi: Akal Budi Alam Melayu dalam Pembinaan Tapak Integrasi bagi Pembinaan Negara Bangsa. Pendidikan sebagai Tapak Integrasi: Penggunaan Bahasa Ibunda dan Sekolah