• Tiada Hasil Ditemukan

SIKAP YANG BETUL, TEKANAN SOSIAL PENTING LAKSANA "GREEN HR"

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "SIKAP YANG BETUL, TEKANAN SOSIAL PENTING LAKSANA "GREEN HR""

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

DSC8019sdg

PULAU PINANG, 30 Mei 2015 - Sikap yang betul semua pihak sama ada organisasi mahu pun dalam kalangan masyarakat penting dalam menentukan kejayaan pelaksanaan amalan hijau demi menjaga alam sekitar. Apatah lagi, mereka yang melaksanakan usaha menjaga alam sekitar akan kelihatan prihatin dan baik dari kaca mata pelanggan mahu pun orang ramai dengan bersikap dan bertindak sedemikian.

Menurut Pensyarah Kanan Queensland University of Technology Business School Brisbane Australia Dr.

Sukanlaya Sawang, umumnya semua pihak sedar tentang pentingnya mengamalkan penjagaan alam sekitar, masalah perubahan iklim, kesan tindakan aktiviti harian terhadap alam sekitar dan peranan yang boleh dimainkan dalam organisasi mahu pun dalam kehidupan seharian.

DSC8016dh

"Dalam organisasi besar pihak pengurusan tertinggi boleh sahaja menetapkan dasar amalan sedemikian untuk dilaksanakan, namun yang akan menentukan kejayaannya ialah kumpulan di bawah yang perlu memahami usaha yang dibuat dengan dorongan dan imbuhan yang tertentu, apatah lagi untuk dilaksanakan dalam kalangan industri kecil dan sederhana," katanya dalam ucap utama 'Greener HRM and Well-Being: Top Down or Bottom Up' dalam Conference on Green Human Resource Management di sini pagi ini.

Katanya, sikap yang betul akan menentukan kejayaan pelaksanaan amalan ini yang dibina dari dalam kalangan anggota organisasi dengan maklumat dan dorongan yang cukup untuk berbuat demikian apatah lagi ramai yang menganggapnya usaha ini adalah tugas kerajaan bukannya perniagaan.

Sawang seorang ahli psikologi organisasi dan penyelidik yang banyak terlibat dalam kajian di Australia, Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat terutamanya dalam kalangan Industri Kecil dan Sederhana (SMIs) berpendapat tekanan dari luar khususnya dalam amalan yang berasaskan norma masyarakat akan memberi impak terhadap kejayaan melaksanakan 'Green HRM" terutamanya amalan-amalan yang dapat menjaga alam sekitar daripada tindakan membuang sisa seperti sampah dengan betul, menjimatkan elektrik, penggunaan penghawa dingin di pejabat, penggunaan kertas, penggunaan sidang video untuk mesyuarat dan pelbagai tindakan lagi.

"Kita dapat melihat dalam kebanyakan tindakan yang dilakukan selalunya mengikut norma dan tekanan masyarakat di mana kita berada, tekanan budaya dan ikutan yang perlu dilakukan daripada dalam menjalankan ketika tugas organisasi membawa kepada amalan seharian dalam kehidupan yang berlandaskan maklumat dan kefahaman terhadap penjagaan alam sekitar," katanya lagi kepada kira- kira 50 orang peserta dari dalam kalangan industri, universiti mahu pun pihak berkuasa tempatan.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

SIKAP YANG BETUL, TEKANAN SOSIAL PENTING LAKSANA "GREEN HR"

30 MAY

(2)

Tambah Sawang, usaha ini juga melibatkan semua pemegang taruh dari dalam kalangan pengurusan tertinggi, penyelia, pihak kerajaan, media, pekerja dan seluruh anggota organisasi yang perlu bergerak secara holistik dengan pengukuhan dalam amalan di rumah dan tempat kerja yang selari dengan sikap yang betul berasaskan tekanan dari luar secara berterusan.

"Mungkin juga organisasi boleh mewujudkan konsep 'green champions' yang diberi pengiktirafan tertentu untuk mereka melakukan tindakan yang bersesuaian dan berterusan di samping mewujudkan strategi pengurusan melalui HRM untuk memastikan keberkesanannya," jelasnya lagi.

Namun tegas Sawang, apa jua usaha yang dibuat seharusnya mudah untuk diamalkan, memberi dorongan yang tertentu serta dibekalkan maklumat yang cukup melalui proses pendidikan yang berterusan untuk melestarikan apa jua usaha yang dibuat.

DSC8005j

Terdahulu, Dekan Pusat Pengajian Perniagaan (GSB) Profesor Madya Dr. Sofri Yahya berkata, persidangan ini adalah satu inisiatif untuk membawa pihak industri dan ahli akademik untuk bersama- sama berbincang dalam melaksanakan 'Green HRM' untuk melestarikan bisnes dalam konteks pasaran yang berkembang sekarang ini.

"Dengan model bisnes baharu sekarang ini, adalah wajar untuk membawa bersama-sama semua pihak yang terlibat dalam 'Green HRM' terutamanya dalam libatsama penyelidikan mahu pun pengamal dalam industri untuk mencari kaedah terbaik melaksanakan usaha ini," kata Sofri.

DSC8000

Hadir sama ialah Konvenor Persidangan, Dr Yusliza Mohd Yusoff dan mantan Pengarah Urusan Motorola dan kini Felo Industri GSB Dato' T.T. Yew. - Teks: Mohamad bin Abdullah

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Justeru, terdapat banyak kajian yang telah dilakukan sebelum ini berkaitan pemilihan aliran pengajian dan kerjaya di kalangan pelajar, dan dalam kajian ini,

Ho1 Tidak terdapat sumbangan yang signifikan bagi variabel dalam psikologi sosial (sikap minda kelas pertama serta norma subjektif) dan psikologi kognitif (kesedaran

Kajian ini menilai pematuhan etika ahli-ahli farmasi komuniti di Malaysia dan Amerika Syarikat; mencipta satu instrumen untuk mengkaji Nilai Farmakoetik di kalangan ahli-ahli

Malaysia perlu menganjak minda dengan menggunakan saluran politik seperti mana perjuangan Parti Green di Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan

Masalah penyalahgunaan dadah di dalam ahli keluarga memberi tekanan yang disebabkan oleh penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga, pendekatan psikologi dakwah atau

Sebagai contoh, di negara seperti Jepun, Italy, Denmark, Sweden dan Amerika Syarikat, peningkatan dalam jurang pendapatan akan memberi kesan peningkatan kepada

Penyelidik-penyelidik di Jerman dan Itali telah berjaya menghasilkan mangkin baru berdasarkan aluminum yang boleh digunakan di dalam pempolimeran etilena pada tekanan yang

“Begitu juga dengan penglibatan ahli-ahli akademik dan pentadbiran USM yang kini berada dalam banyak jaringan yang melibatkan pelbagai bidang termasuk libat sama