• Tiada Hasil Ditemukan

HIU 225 – Pendidikan Nilai-nilai Murni Dari Perspektif Islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HIU 225 – Pendidikan Nilai-nilai Murni Dari Perspektif Islam "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2001/2002

Februari/Mac 2002

HIU 225 – Pendidikan Nilai-nilai Murni Dari Perspektif Islam

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi EMPAT [4] soalan di dalam DUA [2] muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab soalan SATU [1] [WAJIB] dan pilih DUA [2] soalan lain. Semua soalan membawa nilai markah yang sama.

1. Ilmu Fiqh lebih tertumpu kepada aspek luaran (zahir) daripada ajaran- ajaran Islam. Sebaliknya ilmu kerohanian lebih mementingkan aspek dalaman (batin). Huraikan pernyataan ini dengan memberi penekanan kepada:

[a] pengertian ilmu kerohanian

[10 markah]

[b] kesan ketidakseimbangan antara kedua-dua aspek

[45 markah]

[c] peranan yang dapat dimainkan oleh ilmu kerohanian dalam menyempurnakan fungsi ilmu Fiqh

[45 markah]

…2/-

(2)

- 2 - [HIU 225]

2. Muhasabah merupakan salah satu bahagian yang terpenting dalam pendidikan rohaniah. Huraikan:

[a] erti muhasabah dan kepentingan-kepentingannya

[30 markah]

[b] cara-caranya yang dianjurkan dalam ilmu kerohanian Islam

[30 markah]

[c] hubungannya dengan proses pembangunan jiwa dalam Islam serta kaitkan dengan pembahagian nafs

[40 markah]

3. Setiap insan mempunyai potensi-potensi kejiwaan yang berbeza. Potensi- potensi inilah yang mempengaruhi setiap perbuatan dan perlakuan yang dimanifestasikan. Berdasarkan kepada hakikat pernyataan ini, bincangkan perkara-perkara berikut:

[a] Pengertian akhlak dan ciri-ciri yang diperlukan untuk membolehkan sesuatu perbuatan itu dianggap sebagai akhlak?

[20 markah]

[b] Faktor-faktor yang menghalang proses penjernihan jiwa dan pembentukan peribadi mulia

[30 markah]

[c] Hujah-hujah bagi membuktikan bahawa tingkahlaku manusia itu boleh diubah dan dibentuk ke arah yang lebih baik

[50 markah]

4. Pembangunan insan adalah matlamat ajaran Islam. Huraikan secara ilmiah bagaimana latihan kerohanian dapat membantu manusia dalam membina kehidupan yang bertamadun.

[100 markah]

-- oo000oo --

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Selain itu, ilmu-ilmu lain yang harus dikuasai menurut al-Qaradawi (2009) ialah ilmu tasawuf atau akhlak, ilmu yang ditulis oleh ahli falsafah Islam dalam bidang akidah,

kepada faktor permintaan pasaran pekerjaan dan keuntungan ekonomi, matlamat utama pendidikan untuk membina nilai-nilai murni kemanusiaan tidak dapat dicapai (Rosnani, 2007).

Islam menganjurkan mujahadah al-nafs dan muhasabah al-nafs untuk mendidik serta mengawal nafsu yang sering mendorong seseorang kepada melakukan perkara-perkara yang

[b] Pendidikan akhlak dalam Islam mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep al-din.. Berdasarkan kenyataan ini, bagaimanakah konsep al-din dapat dijelaskan dalam konteks

“Telah berlaku kerosakan di darat dan laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari apa yang telah

[b] Huraikan dengan terperinci kaedah-kaedah yang disarankan oleh Islam untuk merawat penyakit ghadab dan sebutkan jenis- jenis ghadab yang tidak mendatangkan kemudaratan kepada

Pendidikan luar boleh digabung jalinkan dengan amalan yang boleh memperkayakan pengalaman dan memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi

[a] Bincangkan faktor-faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan penyelewengan akhlak dan cara-cara mengatasinya menurut pandangan Islam.