• Tiada Hasil Ditemukan

View of Penerapan Amalan Kreativiti, Pemikiran Kritis, Kolaborasi dan Komunikasi (4C) Pembelajaran Abad Ke-21 dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Penerapan Amalan Kreativiti, Pemikiran Kritis, Kolaborasi dan Komunikasi (4C) Pembelajaran Abad Ke-21 dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu"

Copied!
10
0
0

Tekspenuh

(1)

Penerapan Amalan Kreativiti, Pemikiran Kritis, Kolaborasi dan Komunikasi (4C) Pembelajaran Abad Ke-21 dalam Kalangan

Guru Bahasa Melayu

(Application in the Practice of Creativity, Critical Thinking, Collaboration and Communication (4C’s) of the 21st Century

Learning among Malay Language Teachers)

Jessica Dora Henry1*, Zamri Mahamod2

1 Sekolah Menengah Kebangsaan Kai Chung, D/A Pejabat Pendidikan Daerah Meradong, 96500 Bintangor, Sarawak

2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: jessicadorahenry@gmail.com

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penerapan amalan 4C, iaitu kreativiti (creativity), pemikiran kritis (critical thinking), kolaborasi (collaboration) dan komunikasi (communication) guru-guru bahasa Melayu dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah-sekolah mereka. Seramai 150 orang guru sekolah dari 36 buah sekolah menengah dan rendah di daerah Meradong, Sarawak telah terlibat sebagai responden kajian. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif. Para responden dikehendaki menjawab 20 item melalui empat konstruk ciri-ciri PAK21 atau Amalan 4C melalui soal selidik kajian yang diubahsuai menggunakan skala Likert lima mata. Analisis deskriptif kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi melaporkan kajian. Hasil kajian mendapati tahap amalan 4C yang diterapkan oleh guru-guru bahasa Melayu pada tahap sederhana (min=3.74). Analisis berdasarkan tahap amalan 4C menunjukkan aspek komunikasi(communication) (min=3.82) menunjukkan tahap paling tinggi berbanding 3 konstruk ciri-ciri PAK21 yang lain. Manakala aspek kolaborasi(collaboration)(min=3.64) pula menunjukkan skor min paling rendah. Sebagai rumusan, guru-guru bahasa Melayu perlu memaksimumkan penerapan amalan 4C sebagai penggerak dan pendorong agenda transformasi pendidikan alaf baharu ini.

Kata kunci: 4C, PAK21, kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi, komunikasi, guru bahasa Melayu

Abstract: This article aims to assess the application in the practice of 4C’s, namely creativity, critical thinking, collaboration and communication among Malay Language teachers in the teaching and learning (PdPc) in their schools. A total of 150 school teachers from 36 secondary and primary schools in Meradong district, Sarawak were involved as respondents in the study. The design of this study employed a descriptive quantitative approach. The respondents were required to answer 20 items through the four elements of the PAK21 or ‘4C elements', namely creativity, critical thinking, collaboration and communication through a modified survey by using 5 Likert scales. The analysis only involved a descriptive frequency, percentage, and standard deviation in reporting the findings of the study. The results of the study showed that the level in the application of 4C’s by the Malay Language teachers was at the moderate level (mean =3.74). The analysis based on the level in the application of 4C’s

(2)

showed that the communication element (mean=3.82) was at the highest level compared to the other 3 elements of the 21st century learning. Whereas the collaboration element (mean=3.64) was at the lowest level. In summary, the Malay Language teachers should maximise the integration of 4C’s as the platform and stimulation in the agenda for the transformation of education in the new millennium.

Keywords: 4C’s, 21st century learning, critical thinking, collaboration, communication, Malay Language teachers

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan salah satu usaha baik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti, mengaplikasikan konsep dan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Dalam hal ini, guru memainkan peranan utama dalam menggerakkan transformasi sekolah dan perlu melaksanakan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam PdP atau lebih dikenali sebagai pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dilancarkan pada 6 September 2013 memperkasakan sistem pendidikan negara.

Hasrat PPPM adalah untuk meningkatkan status pendidikan negara di mata dunia agar seiring dengan kemajuan negara dan dapat menjadi penanda aras di peringkat antarabangsa. Peneraju utama disebalik merealisasikan hasrat PPM ini sudah pasti insan yang bergelar guru.

Rajah 1: Model abad ke-21 keberhasilan pelajar dan sistem sokongan

Jika dilihat dengan teliti dalam kerangka di atas, didapati Model Partnership for 21st Century Skills (2015) mengabungkan beberapa komponen keberhasilan pelajar dan sistem sokongan abad ke-21 iaitu kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran komunikasi, refleksi, kemahiran kolaborasi, pentaksiran, penyelesaian masalah, teknologi, kreativiti dan kemahiran inovasi.

American National Education Association bersama-sama dengan beberapa organisasi pendidikan utama US telah merumuskan kesemua kemahiran tersebut ke dalam kerangka utama 4C (Roekel 2017). Kerangka 4C merangkumi kreativiti (creativity), pemikiran kritis (critical thinking), kolaborasi (collaboration) dan komunikasi (communication). Pembelajaran Abd Ke-21 (PAK21) telah diperkenalkan dan dilaksanakan di semua sekolah mulai tahun 2015.

Penerapan konstruk kemahiran abad ke-21 harus diterapkan oleh guru-guru bagi menekankan kemahiran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) (Muhammad Sabri et al. 2020). Malah, menurut Nurzarina dan Roslinda (2016), kemahiran-kemahiran abad ke-21 perlu digabungkan dengan kurikulum dan amalan pengajaran guru di sekolah agar dapat diterapkan dalam diri anak-anak murid di sekolah.

(3)

2. Ulasan Kajian Lepas

Kemahiran abad ke-21 dalam proses PdPc kurang diterapkan oleh guru (Masyuniza 2015).

Konsep 4C aspek kreatif berada pada tahap sederhana (Muhammad Sabri et al. 2020 ; Rohani Seman et al. 2019; Raja Abdullah dan Daud 2018). Huang dan Zanaton (2019) dalam kajian mereka juga mendapati guru masih perlu meningkatkan pengetahuan mereka dalam sesetengah konstruk PAK21 seperti pemikiran kritis dan kreativiti. Guru kurang didedahkan dengan aspek kreativiti dan pemikiran kritikal yang perlu diserapkan dalam PdPc (Raja Abdullah dan Daud Ismail 2018). Kenyataan ini disokong oleh kajian Muhammad Sabri et al. (2020) berkenaan aplikasi konsep 4C PAK21 dalam kalangan guru yang mendapati guru masih perlu memperbaiki kemahiran membina bahan PdPc yang kreatif dan penyoalan yang kreatif. Guru didapati tidak menjalankan aktiviti bersifat arahan tanpa melibatkan kreativiti, perbincangan dua hala, aplikasi kurang praktikal dan tiada unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)(Rozita et al. 2016). Kajian Ghuzairy dan Mohammad Yusof (2013) mendapati guru kurang mengalakkan kreativiti dalam PdPc. Guru cenderung mengawal pembelajaran pelajar (54%) dan kurang memberi kebebasan kepada pelajar (46%) untuk mengawal pembelajaran mereka sendiri.

Aspek pemikiran kritis yang merupakan salah satu elemen dalam 4C diaplikasikan pada tahap sederhana dalam PdPc (Muhammad Sabri et al. 2020; Rohani Seman et al. 2019; Huang dan Zanaton 2019; Raja Abdullah dan Daud 2018; Badrul Hisham dan Mohd Nasruddin 2015).

Mohd Nasruddin (2016) yang mengkaji amalan PdP abad ke- 21 dalam kalangan mendapati amalan PdP yang menggunakan kemahiran pemikiran kritikal seperti KBAT mencatatkan min terendah. Dari elemen 4K 1N, elemen kolaboratif berada tahap sederhana sahaja (Rohani et al.

2019; Aimi Hafizah 2017). Melalui dapatan-dapatan ini, pengkaji ingin meninjau tahap amalan penerapan 4C iaitu kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi dalam kalangan guru bahasa Melayu.dalam PdPc. Kajian-kajian yang sedia ada kebanyakannya mengarah pada tahap amalan kendiri konsep 4C dalam kalangan pelajar-pelajar universiti, guru-guru pelatih dan juga pensyarah. Namun kajian yang berfokuskan guru-guru di sekolah atau lebih khusus guru bahasa Melayu kurang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Oleh itu, pengkaji telah memilih guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah untuk melihat tahap penerapan amalan 4C PAK21 dalam PdPc guru-guru bahasa Melayu.

3. Objektif Kajian

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penerapan amalan kreativiti (creativity), pemikiran kritis (critical thinking), kolaborasi (collaboration) dan komunikasi (communication) (4C) pembelajaran abad ke-21 dalam PdPc guru bahasa Melayu.

4. Metodologi

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif. Kaedah kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan tahap penerapan amalan 4C PAK21 dalam kalangan guru bahasa Melayu.

Lokasi Dan Pensampelan Kajian

Kajian ini melibatkan guru-guru bahasa Melayu di daerah Bintangor, Sarawak. Populasi melibatkan seramai 756 orang guru sekolah menengah dan sekolah rendah di kawasan daerah

(4)

sekolah menengah dan sekolah rendah. Pemilihan sampel kajian adalah bertujuan bagi memastikan sampel kajian memenuhi kriteria yang ditetapkan agar memberi jawapan kepada objektif kajian (Ong et al. 2013).

Instrumen Kajian

Pengkaji menggunakan google form untuk membina instrumen soal selidik. Para responden dikehendaki menjawab 20 item melalui empat konstruk ciri-ciri PAK21 atau ‘Amalan 4C’ iaitu kreativiti (creativity), pemikiran kritis (critical thinking), kolaborasi (collaboration) dan komunikasi (communication) melalui soal selidik kajian yang diubah suai daripada kajian Raja Abdullah dan Daud Ismail (2018) dengan menggunakan skala likert 5 mata. Penyelidik menggunakan instrumen berbentuk soal selidik kerana senang ditadbir, data mudah dikutip dan dianalisa (Mohamad Yazid dan Zamri 2016). Soal selidik yang digunakan merangkumi 2 bahagian iaitu bahagian A Demografi Responden dan bahagian B ialah Amalan 4C Guru.

Analisis Data

Data yang dikumpulkan melalui set soal selidik telah diproses dengan menggunakan Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) versi 23.0 bagi mendapatkan data analisis statistik deskriptif yang melibatkan peratusan, min dan sisihan piawai. Terdapat empat pembolehubah bersandar dalam kajian iaitu aspek kreativiti, aspek pemikiran kritis, aspek kolaborasi dan aspek komunikasi dan diukur dengan menggunakan skor min yang diperoleh daripada jawapan yang diberikan oleh responden dalam borang soal selidik. Skor min yang diperolehi daripada instrumen soal selidik dibahagikan kepada empat tahap iaitu lemah, rendah, sederhana dan tinggi. Interprestasi skor min tahap diadaptasi daripada kajian Mayusniza (2013). Aras signifikan yang digunakan dalam kajian ini ialah p <0.05.

5. Dapatan Kajian

Demografi Responden

Sampel kajian terdiri daripada 150 guru Bahasa Melayu. Demografi responden dalam kajian ini adalah seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Analisis Demografi Responden Faktor

Demografi

Kategori Frekuensi Peratusan (%)

Jantina Lelaki 46 30.7

Perempuan 104 69.3

Kaum Melayu 31 20.7

Bukan Melayu 119 79.3

Pengalaman Mengajar

Guru Novis 8 5.3

4-10 tahun 36 24.0

11-15 tahun 41 27.3

16-20 tahun 31 20.7

21 tahun ke atas 34 22.7

Pengkhususan Opsyen BM 56 37.3

Bukan Opsyen BM 94 62.7

(5)

Kursus Pembelajaran Abad Ke-21 dalam PdpC

Pernah Mengikuti Kursus

88 58.7

Tidak Pernah Mengikuti Kursus

64 42.7

Tahap penerapan amalan 4C pembelajaran abad ke-21 dalam PdPc guru Bahasa Melayu.

Jadual 2: Taburan Min dan Sisihan Piawai Amalan Kreativiti (Creativity)

Jadual 2 menunjukkan tentang taburan min dan sisihan piawai aspek kreativiti (creativity) konsep 4C PAK21 bagi guru Bahasa Melayu. Dapatan kajian mendapati min tertinggi ialah item A5 iaitu Saya menggalakkan pelajar mengeluarkan pendapat dalam PdPc bahasa Melayu (min=4.03), diikuti oleh item A1(min= 3.69) , A3 (min=3.77) dan A4(min=3.84). Min terendah pula ialah item A2 iaitu Saya membina bahan PdPc yang kreatif dalam PdPc bahasa Melayu (min=3.54). Manakala min keseluruhan amalan kreativiti konsep 4C PAK21 ialah 3.77 dan sisihan piawai 0.255.

Jadual 3: Taburan Min dan Sisihan Piawai Amalan Pemikiran Kritis (Critical Thinking)

Jadual 3 menunjukkan tentang taburan min dan sisihan piawai amalan pemikiran kritis (critical thinking) konsep 4C PAK21 bagi guru Bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan min bagi item B3 iaitu, Saya mengajukan soalan yang menentukan sebab dan penjelasan dalam PdPc

(6)

min yang setara iaitu min= 3.75. Min terendah bagi amalan pemikiran konsep 4C PAK21 ialah ialah item B5, iaitu Saya mengajukan soalan yang menguji implikasi dan akibat dalam PdPc bahasa Melayu (min=3.66). Secara keseluruhan tahap skor min amalan pemikiran kritis berada pada tahap sederhana iaitu 3.73.

Jadual 4: Taburan Min dan Sisihan Piawai Amalan Kolaborasi (Collaboration)

Analisis Jadual 4 menunjukkan tentang taburan min dan sisihan piawai amalan kolaborasi (collaboration) konsep 4C PAK21 bagi guru Bahasa Melayu. Min terendah ialah bagi item C5 iaitu, Saya menjalankan aktiviti PdPc bahasa Melayu yang bercorak inkuiri penemuan (min=

3.41). Min tertinggi bagi amalan kolaborasi ialah item C4 iaitu Saya menggunakan peta pemikiran untuk menjana idea pelajar dalam PdPc bahasa Melayu (min= 3.85). Min keseluruhan bagi amalan kolaborasi berada pada tahap sederhana iaitu 3.64 dan sisihan piawai 0.299.

Jadual 5: Taburan Min dan Sisihan Piawai Amalan Komunikasi (Communication)

Seterusnya ialah analisis tentang taburan skor min dan sisihan piawai amalan komunikasi konsep 4C PAK21 dalam kalangan guru bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5. Min tertinggi bagi aspek komunikasi ialah item D5 iaitu Saya membimbing kemahiran komunikasi pelajar dalam PdPc bahasa Melayu (min= 3.95), manakala min terendah ialah item D2 iaitu Saya menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai bahan untuk pembentangan dalam PdPc bahasa Melayu (min= 3.61). Item D1 dan D4 masing-masing menunjukkan min

(7)

=3.85. Purata min keseluruhan bagi amalan komunikasi ialah (min = 3.82 dan sisihan piawai 0.287).

6. Perbincangan

Tahap penerapan amalan 4C pembelajaran abad ke-21 dalam PdPc guru Bahasa Melayu

Secara keseluruhannya, tahap penerapan amalan 4C PAK21 dalam kalangan guru bahasa Melayu berada pada tahap sederhana. Hasil dapatan ini bercanggah dengan dapatan kajian Rohani et al. (2019) yang mendapati bahawa tahap amalan 4K 1V dalam kalangan guru adalah tinggi. Kenyataan ini juga disokong oleh kajian Mashira et al. (2019) yang mendapati amalan PAK21 di sekolah rendah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Namun dalam kajian ini, didapati guru-guru bahasa Melayu menerapkan amalan komunikasi, amalan kreativiti dan amalan pemikiran kritis pada tahap yang sederhana sahaja. Manakala amalan kolaborasi pula paling kurang diterapkan oleh guru-guru dalam PdPc bahasa Melayu. Ini adalah berdasarkan hasil soal selidik oleh 150 responden yang terlibat. Tahap penerapan yang sederhana menunjukkan bahawa amalan 4C iaitu kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi dalam kalangan guru bahasa Melayu belum dimaksimumkan dalam PdPc mereka. Keadaan ini akan mendatangkan kebimbangan kerana aplikasi PAK21 bukanlah hanya menekankan teknologi semata-mata, namun PAK21 memberikan penekanan pada 4 elemen utama iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreativiti (Muhammad Sabri et. al 2020).

Melalui analisis kajian yang lebih terperinci, amalan komunikasi memaparkan skor min yang paling tinggi (skor= 3.814 dan sisihan piawai= 0.287) namun masih berada pada tahap sederhana. Kajian ini merumuskan bahawa guru-guru bahasa Melayu menekankan amalan komunikasi yang baik dalam PdPc meliputi membimbing kemahiran komunikasi pelajar dalam PdPc bahasa Melayu. Guru-guru bahasa Melayu juga menggalakkan kaedah perbincangan kumpulan, menggalakkan pelajar memberi idea dalam aktiviti kumpulan dan juga menggalakkan perkongsian pengetahuan dalam perbentangan. Masyuniza dan Zamri (2013) melalui hasil kajian mendapati pelajar-pelajar yang melakukan aktiviti berkumpulan mampu meningkatkan keberkesanan teknik PdPc secara berkumpulan. Namun, guru-guru perlu melakukan penambahbaikan dalam mengalakkan pelajar menggunakan pelbagai bahan untuk perbentangan. Kenyataan ini bertepatan dengan pandangan Tay (2013) yang berpendapat bahawa para pelajar perlu diberikan pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan kemahiran interpersonal melalui pelbagai aktiviti. Dalam hal ini, pendidik boleh berkomunikasi dalam pelbagai bentuk seperti komunikasi lisan dan komunikasi dalam aktiviti berkumpulan (Sucia 2016).

Ravitz (2014) melihat kemahiran kreatif sebagai kebolehan untuk menjana sesuatu idea dan seterusnya menyelesaikan masalah yang kompleks. Penerapan amalan kreativiti dalam PdPc oleh guru-guru bahasa Melayu berada dalam tahap sederhana dalam menggalakkan pelajar mengeluarkan pendapat dalam PdPc bahasa Melayu. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Muhammad Sabri et al. (2020); Rohani Seman et al. (2019); Raja Abdullah dan Daud (2018) yang menyatakan bahawa Konsep 4C aspek kreatif berada pada tahap sederhana dalam PdPc.

Guru-guru juga dilihat berada pada tahap sederhana dalam mengalakkan pelajar-pelajar untuk menjana idea dalam penyoalan bahasa Melayu, mengamalkan penyoalan yang kreatif dalam PdPc bahasa Melayu dan menerapkan unsur kreatif dalam aktiviti PdPc bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penambahbaikan perlu ditekankan bagi pembinaan bahan PdPc yang kreatif dalam PdPc bahasa Melayu oleh guru-guru. Kenyataan ini disokong oleh kajian Muhammad Sabri et al.(2020) dan Ghuzairy dan Mohammad Yusof (2013) yang mendapati guru kurang

(8)

yang kreatif dan penyoalan yang kreatif. Pengetahuan dalam sesetengah konstruk PAK21 seperti kreativiti perlu dipertingkat oleh guru-guru (Huang dan Zanaton 2019). Guru-guru seharusnya sedar akan kepentingan kreativiti pengajaran dan harus diberi keutamaan oleh guru- guru (Mohd Yusoff 2016).

Pemikiran kritis merujuk kepada pemikiran yang bernas, reflektif dan membuat keputusan tentang perkara yang harus dipercayai (Novitasari 2015). Amalan pemikiran kritis dalam kalangan guru berada pada tahap sederhana selari dengan dapatan kajian Muhammad Sabri et al. (2020); Rohani Seman et al. (2019); Huang dan Zanaton (2019); Raja Abdullah dan Daud (2018); Badrul Hisham dan Mohd Nasruddin (2015) yang mendapati amalan pemikiran kritis diaplikasikan pada tahap sederhana. Namun hasil dapatan ini bercanggah dengan dapatan kajian Mohd Nasruddin (2016) yang mendapati amalan PdP menggunakan kemahiran pemikiran kritikal seperti KBAT mencatatkan min terendah. Amalan pemikiran kritis yang ditumpukan dalam kajian ini ialah aspek penyoalan guru dalam PdPc. Guru-guru dalam tahap sederhana dan kerap dalam mengajukan soalan-soalan yang menjelaskan pemikiran, soalan yang menentukan sebab dan penjelasan dan juga soalan yang meneroka pandangan pelajar dalam PdPc bahasa Melayu. Namun, terdapat juga dalam kalangan guru yang tidak pernah dan jarang mengajukan soalan yang menguji implikasi dan akibat dalam PdPc bahasa Melayu.

Mohd Nasruddin (2016) yang mengkaji amalan PdP abad ke- 21 mendapati penggunaan kemahiran pemikiran kritikal seperti KBAT masih rendah. Guru seharusnya memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid melalui kaedah bertanya yang sesuai dengan potensi dan kebolehan murid (Rohani Seman et al. 2019). Pelaksanaan KBAT dalam sistem pendidikan amat penting dalam menatijahkan pembudayaan berfikir yang berkesan (Nursafra et al. 2017).

Vangrieken et al. (2015) mendefinisikan kolaborasi sebagai suatu interaksi bersama dalam kumpulan mengenai sesuatu aktiviti yang diperlukan untuk melakukan tugasan bersama.

Menurut Badrul dan Mohd Nasruddin (2015), guru-guru perlu menekankan amalan kolaboratif dalam PdPc dengan menekankan perkongsian maklumat antara murid dengan guru atau murid dengan murid. Murid-murid akan diberi empowerment dalam menentukan objektif melalui persetujuan guru untuk berkolaborasi dan berbincang dalam menyelesaikan tugasan seperti menggunakan peta minda, pengurusan grafik dan sebagainya. Malah, menurut Rohani et al.

(2017), pembelajaran koperatif akan lebih berjaya sekiranya guru-guru menekankan konsep kesamaan peluang dan kebebasan bersuara antara guru dengan pelajar. Dalam kajian ini didapati guru-guru kurang menekankan amalan kolaboratif dalam PdPc Guru dilihat berada dalam tahap sederhana dalam menggalakkan PdPc secara berkumpulan, menggunakan peta pemikiran untuk menjana idea pelajar dan menggalakkan PdPc bahasa Melayu yang bercorak penyelesaian. Kajian Rohani et al. (2019) dan Aimi Hafizah (2017) juga mendapati dari elemen 4K 1N, elemen kolaboratif berada tahap sederhana. Terdapat juga guru yang tidak pernah menggalakkan aktiviti lakonan dan simulasi dalam PdPc bahasa Melayu serta tidak pernah dan jarang menjalankan aktiviti PdPc bahasa Melayu yang bercorak inkuiri penemuan. Dapatan kajian tidak selaras dengan kajian Raja Abdullah dan Daud Ismail (2018) yang menunjukkan amalan kolaboratif berada pada tahap tinggi.

7. Kesimpulan

Kajian yang dijalankan secara umumnya adalah bagi menjalankan tinjauan tentang tahap penerapan amalan 4C PAK21 iaitu amalan kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa tahap penerapan amalan 4C dalam kalangan guru Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana. Guru-guru masih belum menerapkan amalan 4C

(9)

semaksimum yang mungkin. Guru dituntut untuk memahami, memberi komitmen dan iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baharu ke arah usaha utuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.

Guru-guru alaf baharu ini harus mengubah sikap dan amalan kendiri mereka bagi menghadapi sebarang anjakan paradigma atau transformasi yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Malah, Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia adalah salah satu usaha guru-guru untuk meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu perlu memastikan amalan 4C pembelajaran abad ke-21 dapat dilaksanakan secara efektif selaras dengan visi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Rujukan

Aimi Hafizah. (2017). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Koperatif Berasaskan Abad Ke-21: Satu Tinjauan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Badrul Hisham & Mohd Nasruddin. (2015). Penilaian Kendiri Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Kertas kerja dibentangkan di Conference Paper Keningau, September 2015.

Huang, J. X & Zanaton Iksan. (2019). Kefahaman Guru Sekolah Rendah Daerah Pekan Terhadap Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). International Journal of Modern Education, 1(2), 1-12.

Ghuzairy Hanri & Mohammad Yusoff Arshad (2013). Ke Arah Pendidikan Yang Lebih Berkualiti: Pengamalan Pengajaran Guru Kimia Dalam Menggalakkan Kreativiti.

International Seminar on Quality and Affordable Education, Johor Bahru.

Nursafra Mohd Zhaffar, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. (2017). Elemen Pemikiran Kritis Dalam Konteks Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J),1(2), 92-101.

Masyuniza Yunos. (2015) . Hubungan sikap dan persepsi murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 22- 30

Masyuniza Yunos & Zamri Mahamod. (2013). Penyepaduan Kemahiran Abad Ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. In Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Pertama, 2013.

Mohd Yusoff Dagang. (2016). Amalan Kreativiti Pengajaran Guru Pendidikan Islam Di Sekolah-Sekolah Negeri Johor. Tesis Doktor Falsafah Pendidikan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Muhammad Sabri Sahrir, Nurulhuda Osman & Ilyani Syuham Muhammad. (2020). Aplikasi

‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelajar Sarjana Mod Pengajian Pendidikan Bahasa Arab Cuti Sekolah UIAM. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL), 2(1), 12-22.

Novitasari, A.T.(2015). Pengembangan Pemikiran Kritis Dan Kreatif Dalam Pembelajaran Ekonomi Dengan Model Pembelajaran Contextual Teaching And Learning.

In Prosiding Seminar Nasional.

Partnership for 21st Century. (2012). P21 Framework Definitons. Dipetik daripada https://files.eric.ed.gov/fulltext/ED519462.pdf (19 Jun 2020)

(10)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2013). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Raja Abdullah & Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail. Asian People Journal (APJ), 1(1), 45-65.

Ravitz, J. (2014). A Survey For Measuring 21st Century Teaching And Learning: West Virginia 21st Century Teaching And Learning Survey [WVDE-CIS-28]. Charleston, WV: Division of Teaching and Learning, Office of Research, West Virginia Department of Education.

Roekel, D. Van. (2017). Preparing 21st century students for a global society. Washington, DC:

National Education Association. Retrieved from http://www.nea.org/assets/docs/A- Guide-to-Four-Cs.pdf (19 Jun 2020)

Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Mohammad Zohir Ahmad. (2017). Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad Ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Integrated Model of Infusing 21st Century Skills in Teaching and Learning). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 42(1), 1-11.

Rohani Seman, Amani Dahaman & Norhayati Yahaya. (2019). Pembelajaran Abad Ke-21, Amalan 4K 1N Berasaskan Modul MJSASFC Dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Zon Utara. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikanq di Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, KUIS, 29 Ogos 2019.

Rozita Radhiah Said, Mohammad Brahim & Azhar Md Sabil. (2016). Bimbingan Dan Pementoran Berfokus Oleh Sisc+ Bm: Impak Terhadap Kualiti Pengajaran Guru Bahasa Melayu Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Samarahan, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education) 41(2), 131-139.

Sucia, V. (2016). Pengaruh Komunikasi Guru Terhadap Motivasi Belajar Siswa. Jurnal Komuniti,8(2), 112-126.

Tay, M. G. (2013). Komunikasi Interpersonal Dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru Semasa Praktikum. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, 11, 1-17.

Vangrieken, K., Dochy, F., Raes, E., & Kyndt, E. (2015). Teacher Collaboration: A Systematic

Review. Educational Research Review, 15, 17–40,

https://doi.org/10.1016/j.edurev.2015.04.002

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN