• Tiada Hasil Ditemukan

View of Motivasi Murid India Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Motivasi Murid India Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua"

Copied!
10
0
0

Tekspenuh

(1)

Motivasi Murid India Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua

(Motivation Indian Pupils Towards Malay Language As A Second Language)

Puveneswari A/P Ganesan1*, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad1

1 Fakuliti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.

*Pengarang Koresponden: Puvaneswari1791993@gmail.com Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Motivasi merupakan salah satu elemen penting yang mendorong murid India untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti motivasi murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian kuantitatif berbentuk kaedah tinjauan ini melibatkan seramai 50 orang murid India tahun 4, 5 dan 6 dari sebuah sekolah vernakular Tamil luar bandar di daerah Batu Pahat, Johor dipilih sebagai sampel kajian. Responden kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama dalam mengumpul data kajian yang mengandungi 13 item. Pengumpulan data dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel Windows 10 bagi memperoleh data deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid India mempunyai motivasi yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal ini membuktikan bahawa motivasi yang positif dapat meningkatkan tahap penguasaan murid India terhadap pembelajaran bahasa Melayu.

Justeru itu, guru bahasa Melayu harus menggunakan kepelbagaian teknik dan kaedah yang bersesuaian bagi memotivasikan murid India dalam menguasai kemahiran bahasa dengan lebih baik.

Kata kunci: motivasi, murid India, bahasa Melayu, bahasa kedua

Abstract: Motivation is one of the key elements that encourage Indian pupils in learning the Malay language as a second language. Thus, the aim of this study is to identify motivation of Indian puplis Tamil vernacular school who study Malay language as a second language. This research employed quantitative methodology which is survey method involving a total of 50 Indian pupils from year 4, 5 and 6 were chosen from a Tamil vernacular school in the rural area from the district of Batu Pahat and purposeful sampling method was used for this study.

Questionnaire was used as the main instrument which consist of 13 items to collect data. Data collection was analysed using Microsoft Excel Windows 10 software to collect descriptive data.

The finding of this research reveals that the Indian pupils have high motivation level towards Malay language as a second language. This proves that positive motivation can increase the level of Indian pupils in learning Malay language as a second language. Thus, teachers who teach Malays language must use variety of methods and techniques to motivate Indian students in mastering the language skills.

Keywords: motivation, Indian students, Malay language, second language

_________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Bahasa merupakan medium komunikasi utama kepada manusia untuk berinteraksi dengan sesama manusia. Hal ini kerana manusia menggunakan bahasa untuk menerima dan menyampaikan maklumat yang terpenting (Kamiliah, 2015). Sehubungan itu, setiap murid telah didedahkan lebih daripada satu bahasa dalam konteks pendidikan Malaysia. Maka, setiap kaum dan etnik menggunakan bahasa ibunda yang berlainan dalam kehidupan seharian mereka. Kepelbagaian bahasa ini menggambarkan bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kedua bagi golongan bukan berbangsa Melayu. Menurut Asmah (1987) berpandangan bahawa perbezaan bahasa yang dimiliki oleh setiap kaum membentuk budaya dan pemikiran yang berlainan dalam diri setiap individu.

Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran kerajaan seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152.

Selaras dengan itu, Akta Pendidikan 1996 melalui penggubalan Akta Pendidikan 1961 bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa pengantar di mana bahasa Melayu dijadikan sebagai matapelajaran yang wajib diikuti oleh semua pelajar di alam persekolahan. Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan syarat bahawa bahasa Melayu wajib lulus oleh pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah bagi memperoleh sijil atau layak menyambung pelajaran ke peringkat tinggi. Walau bagaimanapun, keputusan subjek bahasa Melayu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) antara sekolah-sekolah vernakular Tamil di daerah Batu Pahat masih mencapai kedudukan sederhana.

Meskipun, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar bagi memperluaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan namun murid India sekolah vernakular Tamil di luar bandar masih menghadapai kesukaran semasa belajar matapelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua secara formal di bilik darjah. Situasi sebegini berlaku disebakan oleh timbulnya kesalahan penggunaan istilah, perkataan dan kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan oleh pelajar bukan berbangsa Melayu (Abdul Hamid, 1990). Sebaliknya, Zamri (2016) berpendapat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dalam situasi formal dapat memperkembangkan bahasa kedua. Natijahnya, tenaga pengajar menghadapi cabaran apabila mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bagi murid India di luar bandar.

Ramai beranggapan bahawa murid India sekolah vernakular Tamil di luar bandar memiliki motivasi rendah semasa mempelajari bahasa Melayu dilihat sebagai elemen penting yang menyumbang kepada permasalahan ini. Motivasi dalaman dan luaran murid India menyokong penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal ini jelas terbukti apabila motivasi rendah memberikan impak terhadap pencapaian murid dalam peperiksaan (Jerie dan Zamri, 2011).

Misalnya, motivasi murid terhadap pembelajaran akan menjadi rendah sekiranya murid tidak berminat belajar bahasa kedua. Motivasi rendah mengakibatkan wujudnya masalah pembelajaran bahasa kedua. Motivasi murid dapat dicungkil sekiranya mempamerkan keinginan tinggi dan mendalam untuk belajar bahasa kedua.

Menurut Chew Fong Peng dan Abdul Jalil Othman (2008) menyatakan persekitaran lingusitik, iaitu suasana keluarga mempengaruhi motivasi murid untuk belajar bahasa kedua. Pengkaji mendapati pelajar Iban dibesarkan dengan lingkungan etnik sendiri menyebabkan mereka kurang yakin menggunakan bahasa Melayu ketika bertutur. Murid Iban menganggap mereka perlu mempelajari segalanya yang merangkumi sebutan, tatabahasa dan kosa kata yang agak jauh berbeza dengan bahasa ibunda untuk berinterkasi dalam bahasa Melayu. Chew Fong Peng (2016) mendapati murid Cina di SJKC mengalami kesukaran dalam sebutan kerana tidak ada

(3)

peluang bertutur dalam bahasa Melayu. Ia mengakibatkan pencapaian subjek bahasa kedua turut menurun pada masa akan datang. Begitu juga dengan kajian Jeyagobi (2011), murid India di SJKT tidak dapat berkomunikasi menggunakan bahasa kedua kerana jarang mempunyai rakan Melayu atau Cina di sekolah. Pengaruh bahasa ibunda mendorong pelajar bukan Melayu sering melakukan kesalahan semasa bertutur akibat penguasaan kosa kata dalam bahasa Melayu terhad. Perkara tersebut mengakibatkan pelajar India kurang bermotivasi menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan dan hanya belajar bahasa kedua untuk lulus dalam peperiksaan sahaja.

Selanjutnya, masalah pembelajaran bahasa kedua murid India berpunca daripada pengaruh bahasa ibunda. Perkara tersebut memberikan impak terhadap kemerosotan pencapaian murid dalam subjek bahasa Melayu. Kajian Roasharimah (2017) menjelaskan keputusan peperiksaan UPSR 2016 menggambarkan prestasi subjek bahasa Melayu bagi murid bukan berbangsa Melayu agak menyedihkan. Situasi sebegini wujud apabila pelajar tersebut memiliki bahasa ibunda yang berlainan daripada bahasa Melayu yang harus dipelajari di sekolah secara formal.

Gangguan bahasa ibunda sering kali menjadi penyebab utama kepada motivasi rendah dalam kalangan murid India.

Tambahan pula, Ilangko et al. (2013) pula berpandangan persekitaran yang kurang menggalakkan menyebabkan murid kawasan pedalaman mengalami kesukaran ketika belajar bahasa Melayu. Kenyataan tersebut disokong oleh Roasharimah (2017) berpendapat bahawa apabila gangguan bahasa pertama tidak dapat diatasi dengan baik, maka berlakunya halangan dalam penerimaan bahasa kedua. Pengaruh bahasa ibunda dalam bahasa kedua menyebabkan prestasi pencapaian murid dalam subjek bahasa Melayu terjejas. Hal ini bertepatan dengan kajian Mohamad Yazid (2016) memaparkan bahawa gangguan bahasa ibunda adalah antara punca mengakibatkan prestasi subjek bahasa Melayu pelajar menurun.

Kepelbagaian masalah dalam pembelajaran bahasa kedua wujud disebabkan oleh gangguan bahasa ibunda. Menurut Magdeline (2014) mengatakan bahawa murid Iban di Kapit, Sarawak menggunakan bahasa ibunda, iaitu bahasa Iban dalam komunikasi seharian. Kegagalan menguasai bahasa kedua akan mengakibatkan pencapaian murid dalam pembelajaran bahasa Melayu terjejas. Zamri (2016) menyatakan bahawa cara penguasaan bahasa pertama dan bahasa kedua dari segi pertuturan dan penulisan amat berbeza mengakibatkan murid mengalami kesukaran untuk mempelajari bahasa kedua. Justeru itu, terdapat pengaruh bahasa ibunda merupakan antara punca yang menyebabkan timbulnya kesukaran bagi murid India di luar bandar untuk bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Natijahnya, motivasi yang rendah dalam diri murid India mengakibatkan timbulnya masalah ketika belajar bahasa kedua. Perbezaan gaya penggunaan bahasa pertama dan kedua dalam komunikasi menyumbang permasalahan tersebut. Berdasarkan penjelasan di atas, pengkaji ingin mengenal pasti motivasi murid India sekolah vernakular Tamil di luar bandar terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bagi meningkatkan tahap penguasaaan bahasa Melayu.

2. Ulasan Kepustakaan

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk melihat motivasi murid India ketika belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Motivasi bermaksud semangat dalaman individu untuk melaksanakan sesuatu demi mencapai kejayaan (Gadner, 1985). Bahasa pertama dikenali sebagai bahasa ibunda mula dipertuturkan sejak bayi dilahirkan seawal usia enam bulan secara

(4)

semula jadi. Bahasa kedua dikenali sebagai bahasa asing perlu dipelajari oleh seseorang agar dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan. (Zamri, 2016).

Kajian Siti Saniah (2013) dilaksanakan adalah untuk mengetahui aspek komunikasi bahasa Melayu pelajar warga asing dan masalah yang diharunginya. Analisis dapatan kajian daripada temu bual didapati bahawa antara faktor-faktor yang menghalang pelajar warga asing menguasai kemahiran bahasa ialah sikap, ketiadaan motivasi, segan, umur, masalah sebutan, perbezaan budaya dan pengaruh bahasa ibunda. Dapat disimpulkan bahawa pelajar warga asing tiada bermotivasi untuk belajar bahasa kedua, iaitu bahasa Melayu.

Menurut Zaliza dan Zaitul Azma (2014) menggambarkan mahasiwa dan mahasiswi warga asing memiliki motivasi tinggi semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Jelaslah, kajian tersebut adalah untuk mengetahui motivasi mahasiswa dan mahasiswi semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga di universiti. Berdasarkan analisis dapatan soal selidik, pengkaji telah mengenal pasti faktor tenaga pengajar dapat memotivasikan pelajar warga asing untuk mengikuti subjek bahasa Melayu di universiti.

Setersunya, menurut Jerie dan Zamri (2011) pula menjelaskan murid Iban kawasan pedalaman mempamerkan motivasi tinggi ketika belajar bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan bagi meninjau motivasi pelajar Iban yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Analisis dapatan kajian mempamerkan pelajar Iban minat mengikuti subjek bahasa Melayu bagi memudahkan murid Iban berkawan dengan pelajar Melayu di bilik darjah. Namun begitu, mereka tidak suka mengikuti subjek bahasa Melayu untuk tempoh waktu yang lama. Perkara ini menggambarkan murid Iban memiliki motivasi rendah semasa belajar bahasa Melayu dalam tempoh masa panjang. Hasil kajian juga memaparkan terdapat perbezaan motivasi berdasarkan jantina semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Selain itu, Khairul Nizam (2017) mendapati bahawa pelajar Bajau mempamerkan motivasi tinggi apabila belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di bilik darjah. Pengkaji melaksanakan kajian tersebut adalah untuk meninjau motivasi pelajar Bajau sekolah pedalaman yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian tersebut adalah untuk melihat perbezaan motivasi berdasarkan jantina ketika belajar bahasa Melayu. Analisis hasil kajian memaparkan bahawa pelajar Bajau bermotivasi tinggi semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Analisis dapatan kajian juga membuktikan wujudnya perbezaan motivasi berdasarkan semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jelaslah, pelajar Bajau bermotivasi tinggi semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Seterusnya, kajian Budiawan (2008) dijalankan adalah untuk melihat motivasi pelajar sekolah menengah ketika belajar bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia. Dapatan kajian memperlihatkan pelajar menengah atas menggemari belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua berbanding bahasa Indonesia. Pada masa yang sama, pelajar tersebut juga bermotivasi rendah apabila belajar bahasa Indonesia berbanding bahasa Inggeris. Situasi sedemikan berpunca kerana pengaruh persekitaran di mana pelajar didedahkan dengan iklim bahasa Inggeris dan memiliki motivasi tinggi untuk belajar bahasa Inggeris. Jelaslah kajian juga membuktikan bahawa unsur motivasi mempengaruhi pencapaian akademik bahasa kedua atau ketiga pelajar. Hal ini bermakna, motivasi tinggi mendorong pelajar berusaha giat untuk menguasai bahasa kedua atau ketiga dengan efektif.

Namun begitu, kajian Chee Hwa dan Vijaya Letchumi (2016) mendapati pelajar Cina mendapat keputusan rendah dalam kertas pemahaman bahasa Melayu UPSR. Maka, tujuan kajian

(5)

tersebut adalah bagi mengkaji motivasi pelajar Cina ketika belajar bahasa Melayu secara formal di bilik darjah. Analisis hasil kajian memaparkan pelajar Cina memiliki motivasi rendah terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian tersebut menitikberatkan latihan, sikap, persekitaran dan motivasi merupakan faktor-faktor yang mengakibatkan kemerosotan pencapaian akademik pelajar Cina dalam matapelajaran bahasa Melayu.

Disebabkan pengaruh bahasa ibunda, mereka lebih selesa berkomunikasi menggunakan bahasa Cina dengan ahli keluarga di rumah. Kekurangan latihan bahasa Melayu menyebabkan berlakunya kemerosotan pencapaian murid Cina dalam matapelajaran bahasa kedua. Dapat disimpulkan bahawa murid Cina sekolah rendah tidak begitu mementingkan bahasa Melayu sehingga mereka mempamerkan motivasi rendah semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Akhirnya, Nancy dan Zamri (2017) turut menjalankan kajian untuk mengetahui motivasi murid Melanau apabila belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian tersebut memaparkan motivasi dikelompokkan kepada dua kategori, iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.

Analisis hasil kajian menggambarkan bahawa motivasi pelajar Melanau semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua amat tinggi. Kajian tersebut juga memaparkan pelajar Melanau minat belajar subjek bahasa Melayu dan juga memiliki motivasi tinggi ketika belaja bahasa Melayu di bilik darjah walaupun cara penguasaan bahasa ibunda dan bahasa Melayu amat berbeza. Murid Melanau gigih berusaha untuk mempelajari bahasa Melayu dan menerimanya dengan baik.

Berdasarkan kajian-kajian di atas, faktor motivasi berupaya meningkatkan penguasaan pelajar dalam matapelajaran bahasa Melayu. Banyak kajian yang telah dilakukan dalam aspek motivasi hanya menumpukan pelajar peribumi Sabah dan Sarawak serta pelajar Cina. Namun, kajian mengenai motivasi murid India sekolah vernakular Tamil, khasnya luar bandar apabila belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di daerah batu Pahat kurang dijalankan. Oleh yang demikian, pengkaji melaksanakan kajian bertujuan bagi mengenal pasti motivasi murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

3. Metodologi Kajian

Kajian kuantitatif berdasarkan kaedah tinjauan ini dijalankan di sebuah sekolah vernakular Tamil di kawasan Yong Peng, Batu Pahat yang dilabelkan sebagai sekolah luar bandar kerana kawasan tersebut mundur dari segi teknologi, infrastruktur, kemudahan teknologi, tahap kehidupan dan sebagainya. Populasi kajian ini ditumpukan kepada murid tahap 2 di sebuah sekolah vernakular Tamil di daerah Batu Pahat. Seramai 50 orang pelajar India yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan pencapaian rendah pelajar India dalam peperiksaan Bahasa Melayu akhir tahun 2019, khususnya kertas Pemahaman dan Penulisan. Responden kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan soal selidik digunakan sebagai instrumen utama yang mengandungi 13 item bagi mengumpul data dalam kajian ini. Kajian rintis dijalankan untuk mendapatkan kesahan terhadap item soal selidik yang dibina dengan merujuk penyelia dan tiga pakar bidang bahasa Melayu. Perisian Microsoft Office Excel Windows 10 digunakan bagi menganalisis data yang dikumpul secara deskriptif, iaitu kekerapan dan peratusan.

(6)

4. Dapatan kajian

Motivasi Murid India Sekolah Vernakular Tamil dalam Mempelajari Bahasa Melayu Pengkaji menglasifikasikan motivasi kepada dua jenis iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Jadual 1 memaparkan 13 item berkenaan motivasi murid India apabila belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Didapati responden yang dipilih mempamerkan motivasi tinggi semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Mengikut konstruk motivasi intrinsik didapati tahap motivasi intrinsik yang ditunjukkan oleh murid amat tinggi. Data yang diperoleh menunjukkan bahawa item soalan pertama C1 dan kedua C2, iaitu ‘Saya menyiapkan tugasan bahasa Melayu di kelas’ dan ‘Saya aktif dalam aktiviti semasa pembelajaran bahasa Melayu’ mencatatkan 94.0% peratus responden bersetuju. Hal ini menunjukkan item soalan tersebut menunjukkan jumlah yang menjawab ‘Ya’, sebanyak 47 responden daripada 50 responden adalah paling tinggi.

Selain itu, sebanyak 92.0% atau 46 responden menjawab ‘Ya’ bagi item C3, iaitu ‘Saya seronok belajar bahasa Melayu’ berbanding menjawab ‘Tidak’ sebanyak 4 responden sahaja atau 8 peratus. Bagi item C5, pula, iaitu ‘Saya berusaha mempelajari bahasa Melayu’ telah mencatat peratusan dan bilangan setuju sebanyak 76.0% atau 38 responden sahaja. Sementara itu, sebanyak 70.0% responden setuju bagi item C6, iaitu ‘Saya memberi kerjasama dalam menyelesaikan tugasan berkumpulan dalam kelas bahasa Melayu’.

Namun dalam konstruk ini, item C4, iaitu ‘Saya memperuntukkan masa dalam matapelajaran bahasa Melayu di rumah’ memperoleh peratusan rendah dengan hanya 68.0 responden sahaja yang bersetuju. Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya murid India mempamerkan motivasi intrinsik yang tinggi ketika mempelajari bahasa Melayu. Perkara tersebut membuktikan murid India menunjukkan keinginan dalam dirinya untuk mempelajari bahasa Melayu tanpa sebarang dorongan atau ganjaran luaran.

Berdasarkan konstruk kedua iaitu, motivasi ekstrinsik didapati murid India memiliki tahap motivasi ekstrinsik tinggi ketika belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Didapati item

‘Saya bersemangat belajar bahasa Melayu jika guru memberi pujian, galakkan dan hadiah di kelas’, iaitu C10 mencatatkan peratusan tertinggi (100%) di mana semua responden telah menjawab ‘Ya’ bagi item tersebut.

Selain itu, seramai 47 responden atau 94.0% menyatakan persetujuan bagi item kedua C12, iaitu ‘Saya membaca buku cerita atau majalah dalam bahasa Melayu untuk meningkatkan kelancaran membaca’. Item ketiga C9 pula, iaitu ‘Saya berfokus kepada bentuk soalan bahasa Melayu yang keluar dalam ujian.’ menunjukkan tahap motivasi yang tinggi di mana mendapat persetujuan sebanyak 92.0% atau 46 responden. Seramai 45 responden atau 90.5 peratus bersetuju dalam item C11, iaitu ‘Penguasaan bahasa Melayu yang baik membolehkan saya memperoleh keputusan yang cemerlang’.

Seterusnya, item C13, iaitu ‘Saya menonton filem bahasa Melayu untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu’ pula mencatatkan persetujuan responden sebanyak 36 responden atau 72.0%. Sementara item C8 pula, iaitu ‘Guru memberikan latihan atau tugasan bahasa Melayu di dalam kelas’ mencapai 68.0% di mana sebanyak 34 responden menjawab ‘Ya’ pada item soalan tersebut. Akhirnya, motivasi ekstrinsik murid India juga berada pada tahap rendah terhadap item C7 apabila menunjukkan sebanyak 23 responden atau 46.0% sahaja bersetuju bagi item ‘Saya belajar bahasa Melayu mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual’. Hal ini

(7)

demikian kerana murid India belajar bahasa Melayu demi menguntungkan diri sendiri seperti lulus ujian, mendapat ganjaran dan sebagainya.

Tuntasnya, berdasarkan analisis kedua-dua konstruk tersebut didapati bahawa murid India sekolah vernakular Tamil di luar bandar mempamerkan motivasi yang tinggi semasa belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jelaslah, motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik dapat menggerakkan murid untuk mencapai matlamat pembelajaran bahasa.

Jadual 1: Motivasi Murid India Sekolah Vernakular Tamil Dalam Mempelajari Bahasa Melayu

Konstruk Peratus (%)

A Motivasi intrinsik murid India dalam mempelajari bahasa Melayu

Ya Tidak

C1. Saya menyiapkan tugasan bahasa Melayu di kelas. 94.0 (47)

6.0 (3) C2. Saya aktif dalam aktiviti semasa pembelajaran

bahasa Melayu

94.0 (47)

6.0 (3) C3. Saya seronok belajar bahasa Melayu. 92.0

(46)

8.0 (4) C4. Saya memperuntukkan masa dalam matapelajaran

bahasa Melayu di rumah.

68.0 (34)

32.0 (16) C5. Saya berusaha mempelajari bahasa Melayu. 76.0

(38)

24.0 (12) C6. Saya memberi kerjasama dalam menyelesaikan

tugasan berkumpulan di dalam kelas bahasa Melayu.

70.0 (35)

30.0 (15) B Motivasi ekstrinsik murid India dalam

mempelajari bahasa Melayu

Ya Tidak

C7. Saya belajar bahasa Melayu mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual.

46.0 (23)

54.0 (27) C8. Guru memberikan latihan atau tugasan bahasa

Melayu di dalam kelas.

68.0 (34)

32.0 (16) C9. Saya berfokus kepada bentuk soalan bahasa Melayu

yang keluar dalam ujian.

92.0 (46)

8.0 (4) C10. Saya bersemangat belajar bahasa Melayu jika guru

memberi pujian, galakkan dan hadiah di kelas.

100.0 (49)

0.0 (0) C11. Penguasaan bahasa Melayu yang baik

membolehkan saya memperoleh keputusan yang cemerlang.

90.0 (45)

10.0 (5) C12. Saya membaca buku cerita atau majalah dalam

bahasa Melayu untuk meningkatkan kelancaran membaca.

94.0 (47)

6.0 (3) C13. Saya menonton filem bahasa Melayu untuk

meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu.

72.0 (36)

28.0 (14)

5. Perbincangan

Berdasarkan hasil analisis dapatan kajian ini memberikan gambaran bahawa murid India memiliki motivasi tinggi ketika belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Perkara tersebut dibuktikan melalui dua komponen, iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Murid India pantas membuat tugasan bahasa Melayu yang diberikan oleh guru dan aktif semasa aktiviti pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah. Menurut Khairul Nizam (2017) murid Bajau di Sarawak memiliki motivasi tinggi dalam menyiapkan tugasan bahasa Melayu yang diberikan oleh cikgu serta melibatkan diri dengan aktif semasa pembelajaran bahasa Melayu berlangsung di kelas. Melalui ini murid Bajau mudah menerima dan menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Selain itu, murid India sangat seronok belajar bahasa Melayu di kelas. Perkara

(8)

tersebut membentuk suasana ceria dan kondusif di dalam kelas. Kajian Jerie dan Zamri (2010) memaparkan bahawa pelajar Iban bermotivasi tinggi apabila belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Pelajar Iban minat belajar bahasa Melayu sehingga rasa seronok dicungkil dalam diri murid. Jelaslah, pelajar India mempamerkan motivasi intrinsik yang tinggi ketika belajar bahasa Melayu.

Selain itu, murd India bersemangat belajar bahasa Melayu apabila menerima pujian, galakkan dan hadiah daripada guru tersebut. Dapatan ini menyokong kajian Salwah dan Jamaluddin (2013) memberikan gambaran bahawa murid peralihan Cina dan India mempamerkan motivasi yang tinggi apabila menerima ganjaran daripada guru untuk setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam pembelajaran bahasa kedua. Selain itu, murid India percaya bahawa penguasaan bahasa Melayu dapat mendorong mereka untuk membaca buku cerita atau majalah bahasa Melayu di samping berupaya mendapat keputusan yang baik dalam ujian. Kajian Zamri (2016) menekankan faktor motivasi sangat memberikan impak untuk menguasai kemahiran berbahasa seseorang individu. Justeru itu, aspek motivasi amat mempengaruhi minat murid untuk menerima sesuatu bahasa dengan baik. Oleh itu, belajar bahasa Melayu bukan setakat lulus dalam peperiksaan sahaja, namun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus dipelihara.

6. Kesimpulan

Motivasi merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran bahasa kedua. Murid akan mengambil pelbagai inisiatif untuk mencapai matlamat terhadap perkara yang diingini.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan didapati murid India mempamerkan motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik yang tinggi dalam pembelajaran bahasa kedua. Murid India belajar Melayu kerana mereka meminati subjek tersebut. Motivasi intrinsik dapat membantu murid menguasai bahasa Melayu dengan cara yang menarik. Hal ini kerana motivasi intrinsik, iaitu keinginan dan kepuasaan dalam diri seseorang tanpa unsur luaran dalam menguasai sesuatu bahasa amat jelas dilihat. Murid India pula bersemangat mempelajari bahasa Melayu apabila mendapat ganjaran, hadiah dan pujian di dalam kelas bahasa Melayu. Hal ini kerana motivasi ekstrinsik dibentuk oleh faktor luaran seperti ganjaran dan sebagainya.

Oleh itu, guru bahasa Melayu harus mengambil pelbagai tindakan bagi memastikan motivasi murid dalam mempelajari bahasa Melayu terus kekal dan positif. Guru perlu merancang dan menyediakan aktiviti pemgajaran dan pembelajaran yang menarik agar motivasi murid dapat dicungkil semasa mempelajari bahasa Melayu di kelas. Selain itu, ibu bapa juga harus memberikan sokongan kepada anak mereka supaya bertutur dalam bahasa Melayu supaya dapat merangsang motivasi murid untuk lebih yakin berinteraksi dalam bahasa Melayu. Kajian ini dapat menggambarkan bahawa murid India di luar bandar juga turut bermotivasi tinggi ketika belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Secara langsung, motivasi positif dapat membimbing murid untuk mencapai keputusan cemerlang dalam subjek bahasa Melayu.

Natijahnya, motivasi murid India sekolah vernakular Tamil di luar bandar adalah tinggi ketika belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal tersebut menggambarkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan adalah sangat penting.

Rujukan

Abdul Hamid Mahmood. (1990). Penguasaan Bahasa Melayu baku di kalangan pelajar. Jurnal Dewan Bahasa, 4: 242-252.

(9)

Abdullah Musa. (2004). Sikap dan motivasi pelajar Dusun terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan.

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Asmah Hj. Omar. (1987). Bahasa Malaysia saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Budiawan. (2008). Pengaruh sikap bahasa dan motivasi belajar bahasa terhadap prestasi pada mata pelajaran bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris. Tesis Sarjana, Universitas Indonesia Depok.

Chee Hwa Ooi dan Vijaya Letchumi. (2016). Tahap Motivasi Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Universiti Putra Malaysia. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Vol.18 (December) 2016 : pp 115-130.

Chew Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10-22.

Ilangko Subramaniam, Noorulafiza AbdulMuthalib & Siti Nor Hamahida Zainal. (2014).

Penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid peribumi di sekolah pedalaman Sarawak. Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 65-74.

Jerie anak Peter Langan dan Zamri Mahamod. (2010). Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 13-25.

Jeyagobi Dhamodarem. (2011). Gaya pembelajaranbahasa Melayu dalam kalangan pelajar India. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Kamiliah Ayu Ab. Ghani. (2015). Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khairul Nizam Mohamed Zuki. (2017). Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid berbangsa Bajau. Inernational Journal of Humanities and Social Science Invention, 6 (10): 1-11.

Magdeline anak Nor. (2014). Pengetahuan pedagogi kandungan guru Bahasa Iban sekolah menengah di negeri Sarawak. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Najib Abdul Ghaffar. (2005). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Yazid Mohamad. (2016). Kekerapan penggunaan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nancy anak Ngumbang & Zamri Mahamod. (2017). Sikap, Minat Dan Motivasi Murid Melanau Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Universiti Kebangsaan Malaysia . Journal of Malay Language, Education and Literature. Jilid 8, 2017 / ISSN 1823-6812 (47-58).

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Zamri Mahamod & Kamarulzaman Ab. Ghani. (2008).

Motivasi Pembelajaran Kemahiran Mendengar Bahasa Arab dan Hubungannya dengan Pencapaian Pelajar. Kemahiran Mendengar Bahasa Arab. Jurnal Pendidikan 33 (2008) 3 – 18.

Nur Hayati Abdullah. (2002). Sikap dan motivasi dalam pembelajaran bahasa kedua. Dewan Bahasa. Mei.

Roasharimah Ibrahim. (2017). Faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu murid-murid Cina. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

(10)

Zaliza Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2014). Sikap dan Motivasi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia Social and Behavioral Sciences 134 (2014): 408- 415.

Zamri Mahamod. (2016). Sosiolinguistik dan pengajaran bahasa. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Walaupun peratus pemilihan oleh responden untuk bahasa Cina, bahasa India dan lain-lain bahasa tidak setinggi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang digunakan untuk

Kewujudan elemen yang dipinjam dari bahasa Melayu dan juga bahasa nenek moyang komuniti etnik Cina dan India sering disebut-sebut sebagai hasil daripada proses

Dapatan kajian menunjukkan murid-murid Iban sekolah rendah mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi ketika mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa

4) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek persepsi pengetahuan dalam kalangan murid bermotivasi instrinsik dan ekstrinsik terhadap topik obesiti

3) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek persepsi pengetahuan dalam kalangan murid bermotivasi ekstrinsik terhadap topik obesiti yang menggunakan koswer

Tahap motivasi murid yang rendah menjadi cabaran dalam kemahiran membina ayat mudah Bahasa Inggeris kerana sekiranya murid tidak mempunyai motivasi dalam kemahiran ini, mereka tidak

Sikap Murid India Sekolah Pedalaman Tamil dalam Mempelajari Bahasa Melayu Menurut Jadual 1, ternyata rata-rata responden kajian menunjukkan sikap yang positif terhadap

Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid cemerlang Cina dan Iban kerap menggunakan strategi mencatat apa-apa yang diajar oleh guru Bahasa Melayu di dalam kelas manakala di