• Tiada Hasil Ditemukan

View of PROFIL PENGLIBATAN BELIA DALAM PERNIAGAAN PASAR MALAM DI PEKAN CHANGLUN, KEDAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of PROFIL PENGLIBATAN BELIA DALAM PERNIAGAAN PASAR MALAM DI PEKAN CHANGLUN, KEDAH"

Copied!
18
0
0

Tekspenuh

(1)

International Journal of Social Science Research (IJSSR) eISSN: 2710-6276 | Vol. 3 No. 4 [December 2021]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

PROFIL PENGLIBATAN BELIA DALAM PERNIAGAAN PASAR MALAM DI PEKAN CHANGLUN, KEDAH

Sharifah Sofiah Syed Ibrahim1* dan Mohamad Yuszaini Yusof2

1 2 Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Sintok, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: atiqah@uum.edu.my

Article Information:

Article history:

Received date : 11 December 2021 Revised date : 26 December 2021 Accepted date : 27 December 2021 Published date : 30 December 2021 To cite this document:

Syed Ibrahim, S. S., & Yusof, M. Y.

(2021).PROFIL PENGLIBATAN BELIA DALAM PERNIAGAAN PASAR MALAM DI PEKAN CHANGLUN, KEDAH. International Journal of Social Science Research, 3(4), 371-388.

Abstrak: Kajian ini adalah untuk mengenalpasti profil peniaga belia dan maklumat perniagaan mereka yang berniaga di Pasar Malam Changlun, Kedah.

Penyertaan belia sangatlah penting untuk membangunkan sektor ekonomi negara pada masa kini dan hadapan dan mereka merupakan salah satu penyumbang kepada perkembangan Industri Kecil dan Sederhana negara. Metodologi kajian menggunakan data deskriptif dan bentuk persampelan bertujuan. 86 orang responden dipilih dari populasi seramai 110 orang peniaga dalam kategori belia (18-40 tahun) yang mendaftar di Bahagian Pendaftaran Perniagaan di Majlis Daerah Kubang Pasu, Kedah. Antara hasil kajian yang dikenalpasti ialah kebanyakan belia yang melibatkan diri dengan peniagaan pasar malam di Pekan Changlun adalah berumur antara 30 - 35 tahun dan kebanyakan mereka berniaga makanan atau minuman. Dicadangkan agar program kemahiran perniagaan disebarluaskan lagi untuk belia lebih-lebih lagi belia di luar bandar. Begitu juga program motivasi dan kemahiran diri peniaga belia ini harus di laksanakan dengan lebih gigih agar sektor perniagaan tidak formal ini dapat meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup keluarga di luar bandar. Belia yang merupakan aset penting negara harus ditingkatkan kemahiran perniagaan mereka agar selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional.

Kata kunci: belia, perniagaan, pasar malam.

Abstract: This study is to identify the profile of youth traders and their business information in Changlun

(2)

1. Pengenalan

Perniagaan merupakan salah satu bidang untuk meraih pendapatan lebih-lebih lagai dalam era pascamoden, ekonomi merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan individu. Masyarakat lokal dan global sangat menyedari bahawa perniagaan dapat menjadi bidang pekerjaan yang dapat menjana ekonomi. Pasar malam pula merupakan salah satu tempat di mana perniagaan seringkali dijalankan. Othman Chin dan Mohd Zainal Munsyid Harun (2015) menjelaskan konsep pasar malam adalah satu bentuk institusi perniagaan tradisional di Malaysia yang amat popular yang digemari oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini kerana, hampir setiap hari dan malam beratus-ratus gerai yang ditubuhkan di kawasan tepi jalan menyediakan semua jenis barangan dan makanan untuk dijual. Tempoh bagi aktiviti perniagaan pasar malam ini tidak membayangkan perniagaan tersebut beroperasi pada malam sahaja kerana perniagaan tersebut ia bermula daripada petang sehingga waktu malam.

Khursiah Abd. Aziz dan Avini Sapindal (2012) turut menjelaskan perniagaan pasar malam mampu memberi peluang kepada generasi muda untuk menjana pendapatan serta menjadi usahawan. Dorongan untuk menjadi usahawan tidak mencukupi jika tanpa bantuan pihak-pihak berwajib dalam menyediakan ruang dan peluang untuk memupuk belia menjadi usahawan atau penjaja kecil-kecilan sebelum melangkah kepada perniagaan yang lebih besar. Oleh itu pasar malam merupkan wadah dimana para belia dapat memulakan minat berniaga mereka dan mengumpul ilmu dan kemahiran perniagaan.

and, in the future, and they are one of the contributors to the development of the country's Small and Medium Industries. The study used quantitative method and purposive sampling while unit of analysis is mean and frequency purposive. 86 respondents were selected from a population of 110 traders in the youth category (18-40 years old) who registered at the Business Registration Division at the Kubang Pasu District Council, Kedah.

Among the results of the study identified wass that most of the youths who are involved in the night market business in Changlun Town were aged between 30 - 35 years and most of them are in the food or beverage business and their business capital comes from their saving. It is proposed that business skills program should be further disseminated to youths, especially youths in rural areas. Similarly, motivation and self - skills program for youth entrepreneurs should be implemented more vigorously so that this informal business sector can improve the economy and quality of life of families in rural areas. Youths are an important asset of the country. They should improve their business skills and experience in line with the Malaysia National Entrepreneurship Policy.

Keywords: youth, business, night market.

(3)

Pasar malam juga secara tidak langsung menggalakkan masyarakat awam berpendapatan rendah meningkatkan ekonomi melalui perniagaan kerana kadar sewanya yang rendah dan dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarkat. Pinjaman kepada peniaga-peniaga di Malaysia juga disediakan oleh pihak yang terlibat seperti pihak TEKUN, MARA dan sebagainya. Tujuan pinjaman ini disediakan bertujuan untuk membantu golongan peniaga menambahkan modal mereka. Pihak berkuasa tempatan mempunyai peranan penting untuk untuk memastikan bahawa perniagaan pasar malam berkembang di samping mencapai matlamat ekonomi dan social negara.

Aktiviti perniagaan pasar malam ini wujud disebabkan berlakunya proses penawaran dan permintaan daripada pihak peniagadn pembeli yang merupakan masyarakt setempat.

Perniagaan ini memberi peluang kepada peniaga pasar malam untuk meningkatkan pendapatan serta membantu pembeli mendapatkan keperluan mereka pada harga yang murah dan berpatutan. Pasar malam ini juga mewujudkan satu persekitaran yang menarik kerana daya tarikan perniagaan ini akan menjadikan kawasan itu menjadi tumpuan orang awam. Keadaan sedemikian, tidak dapat dinafikan lagi bahawa perniagaan pasar malam ini dijadikan sebagai antara salah satu pasar yang diminati oleh lapisan masyarakat Malaysia. Ia juga berperanan meningkatkan pembangunan ekonomi di Malaysia kerana aktiviti perniagaan pasar malam tersebut merupakan salah satu sumber penyumbang kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) (Fauzilah Salleh et.al, 2012).

Nor Khomar Ishak et.al (2012) menjelaskan pasar malam menawarkan sebagai suatu budaya yang unik di Malaysia kerana melibatkan kehadiran orang awam, kepelbagaian makanan, peralatan serta mengamalkan konsep pasaran terbuka kepada peniaga-peniaga yang ingin berniaga di mana-mana kawasan pasar malam.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula berperanan untuk memberikan lesen-lesen perniagaan kepada pemohon yang berkelayakan. Ia juga merupakan satu daya tarikan pelancong kerana keunikannya di Malaysia disebabkan suasana pasar malam yang unik. Kepelbagaian lapisan masyarakat dan kaum yang terlibat dalam perniagaan pasar malam menguatkan lagi elemen keunikan tersebut.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menyedari peranan pasar malam dalam menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang perniagaan di Malaysia. Peniaga-peniaga pasar malam boleh dianggap sebagai inkubator perniagaan untuk melahirkan bakal usahawan dan mereka memerlukan pelaburan yang sangat kecil bagi memulakan perniagaan. Risiko kegagalan adalah minimum serta mempunyai peluang untuk mendapat pendapatan besar.

Perniagaan pasar malam memberi peluang kepada individu-individu untuk membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran perniagaan dan pemasaran mereka serta membina hubungan baik dengan pembekal dan pengguna (Nor Khomar Ishak et.al., 2013).

(4)

2. Ulasan Karya

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah mengklasifikasikan belia sebagai individu yang berumur 15 tahun hingga 24 tahun. Definisi belia ini turut akan berubah mengikut keadaan terutamanya perubahan demografi, kewangan, ekonomi dan sosiobudaya (UNESCO, 2017).

Rajah 2.1.1(a) di bawah menunjukkan definisi belia mengikut umur mengikut organisasi.

Jadual 2.1.1(a): Umur Belia Mengikut Organisasi Yang Terpilih Entiti/Organisasi Umur Belia (Tahun) Rujukan

UN Secretariat/UNESCO/ILO 15-24 UN statistik

UN Habitat 15-32 Agenda 21

UNICEF/WHO/UNFPA 15-24 UNFPA

The African Youth Charter 15-35 African Union

Sumber: UNESCO (2017)

Menurut Portal Rasmi Kementerian Belia dan Sukan,2017, belia di Malaysia merujuk kepada individu yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Azizan (2004) menjelaskan golongan belia sering menjadi keutamaan kerana mempunyai kepentingan terhadap potensi politik dan idealisme sesebuah negara. Menurut beliau, golongan belia ini merupakan aset penting dan berharga untuk mewarisi dan meneruskan kesinambungan peranannya bagi sesebuah negara.

Golongan ini perlu diberi perhatian terutama pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk memastikan golongan belia di Malaysia ini dapat meneruskan legasi untuk pembangunan Malaysia.

Bashir (2015) mengatakan umur belia adalah berbeza-beza dan terdapat persamaan di setiap negara seperti Malaysia, Brunei, Australia, Thailand, New Zealand, Singapura dan sebagainya.

Kategori umur belia di Malaysia dapat dilihat bahawa mempunyai jangka hayat yang tinggi berbanding dengan negara-negara lain iaitu umur belia adalah 15 hingga 40 tahun. Pada tahun 2015, Draf Dasar Belia Negara dibentangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Intipati draf tersebut adalah ingin melakukan perubahan daripada had umur asal iaitu 15 hingga 40 tahun kepada 15 hingga 30 tahun bagi golongan belia. Cadangan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi yang berumur di bawah 30 tahun menerajui pimpinan dan mencorak masa depan sejajar perkembangan transformasi negara (Lilis Suriani Omar, 2017).

Menurut Khalilah Zakariya (2010) perniagaan pasar malam merupakan bidang yang memberi peluang terbuka kepada para peniaga untuk memilih pelbagai jenis perniagaan yang ingin diceburi untuk diniagakan di pasar malam. Hal ini kerana, kesesuaian perniagaan adalah bergantung kepada permintaan pasaran yang tinggi di sesuatu kawasan. Bagi perniagaan pasar malam di Malaysia, trend jenis perniagaan pasar malam terdiri daripada produk makanan dan minuman, barangan runcit, sayur-sayuran, buahbuahan, bahan-bahan mentah seperti ayam, ikan dan daging, pakaian dan pelbagai lagi jenis barangan yang dipasarkan dengan harga yang murah dan berpatutan.

Pasar malam diklasifikasikan sebagai bidang perniagaan kecil yang dijalankan pada waktu petang hingga malam dan terdiri daripada barangan yang mempunyai harga yang rendah serta menjual makanan yang siap dimasak. Perniagaan pasar malam ini kebiasaannya terletak

(5)

berhampiran dengan kawasan perumahan. Perniagaan ini juga akan diadakan beberapa hari bagi setiap minggu. Tambahan pula, pasar malam ini juga akan beroperasi di kawasan tempat yang terbuka menghampiri jalan, perumahan dan kawasan membeli-belah (Khursiah Abd. Aziz

& Avini Sapindal, 2012).

Khalilah Zakariya (2010) menjelaskan bahawa pasar malam adalah satu pasaran bagi acara mingguan yang biasanya beroperasi di kawasan yang terbuka dan lapang dan di jalan atau kawasan tempat kereta yang ditutup sementara untuk membolehkan operasi pasar malam dijalankan. Kebiasaannya pasar malam di kawasan pinggir bandar akan mengendalikan kawasan kediaman berhampiran dan terletak berhampiran zon kawasan biasa dan kelihatan seperti pusat bandar atau sekitar operasi perniagaan lain seperti bangunan kedai dan kedai- kedai makan.

Menurut Hao (2007) pula mendefinisikan pasar malam sebagai pasaran yang menawarkan pelbagai perkhidmatan melalui jualan makanan dan pakaian kepada orang awam serta hiburan kepada persekitaran. Pasar malam ini juga dijadikan satu gambaran kehidupan bandar yang sibuk bagi kawasan bandar-bandar di Asia. Manakala, bagi masyarakat Amerika Utara berpendapat perniagaan pasar malam bukan sahaja suatu aktiviti komersial popular malah dijadikan satu platform untuk pemulihan dan pembangunan komuniti.

Mohd Faishal Ibrahim dan Soh Kok Leng (2003) mendefinisikan pasar malam adalah satu bentuk aktiviti peruncitan yang biasa bagi rantau Asia Tenggara. Jenis aktiviti perniagaan pasar malam mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti penjajaran gerai di sepanjang jalan. Manakala menurut Huang, Liong dan Zhang (2009) menjelaskan pasar malam sebagai tempat perdagangan pada waktu malam di mana perniagaan kecil menawarkan pelbagai produk dan makanan yang dimasak pada harga yang lebih rendah.

Lekagul (2004) mengatakan pasar malam adalah kumpulan gerai luar yang sementara dikendalikan oleh peniaga kecil iaitu mempamerkan produk atau barangan yang ingin dijual.

Aktiviti pasar malam akan mewujudkan suasana yang mesra dan santai, secara tidak langsung memberikan kenikmatan persekitaran yang pelbagai kepada pelanggan, pilihan makanan yang baru dimasak dan sayur-sayuran segar pada harga yang berpatutan. Hsieh dan Chang (2006) turut menyatakan bahawa pasar malam ini adalah menggambarkan realiti sebenar gaya hidup masyarakat tempatan dan oleh sebab itu mereka dinilai sebagai warisan budaya. Tambahan pula, sebab utama yang menarik perhatian pengunjung atau pelancong ke pasar malam adalah sesuatu yang baru serta pengetahuan baru yang boleh diperolehi mengenai budaya dan adat tempatan.

Gregory, Rutherford, Oswald dan Gardinerm (2005) menjelaskan perniagaan kecil selalunya menghadapi masalah dengan kewangan. Perniagaan kecil ini dikatakan cenderung menghadapi masalah sukar untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada institusi kewangan atau bank.

Manakala Sharma (1979) mengatakan kekurangan modal menjadi faktor utama perniagaan kecil mempunyai banyak masalah dari segi lokasi perniagaan, kualiti buruh yang rendah, kekurangan teknologi dan kualiti pengeluaran yang rendah. Kekurangan modal dan kewangan dalam perniagaan kecil menyebabkan pihak mereka akan terdedah dengan masalah-masalah lain.

(6)

Noordeyana Tambi et.al., (2016) menjelaskan seseorang peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan akan sering kali dikaitkan dengan sumber kewangan. Sumber kewangan merupakan aspek ekonomi yang boleh diukur untuk mengetahui perolehan dan pendapatan hasil perniagaan tersebut. Namun, terdapat beberapa jenis lagi sumber modal yang ada bagi melengkapkan perniagaan yang dilakukan itu. Antara jenis modal adalah modal kewangan, modal insan, modal sosial dan modal fizikal.

Wild, 2003 mendapati pendapatan merupakan komponen yang penting bagi tujuan sesebuah perniagaan yang ingin dijalankan. Elemen pendapatan merupakan faktor penentu seseorang untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang diceburi. Namun, konsep dan definisi pendapat ini ada dua sudut perspektif yang berbeza-beza. Perspektif pertama adalah konsep pendapatan mengikut ekonomi diklasifikasikan sebagai satu pulangan pelaburan yang dilaburkan dalam perniagaan yang dijalankan. Pulangan tersebut dianggap sebagai pendapatan apabila memperolehi keuntungan dan bebas daripada hutang. Manakala, dari perspektif akauntan pula, pendapatan diklasifikasikan sebagai satu elemen yang khusus di mana hasil jualan telah memberi keuntungan yang tinggi kepada sesebuah syarikat perniagaan.

Menurut Lee Ai Chu (2008) terdapat empat faktor yang mendorong peniaga untuk berniaga yang diperolehi oleh beliau dalam kajian antaranya ialah faktor pendapatan, faktor pengaruh keluarga, faktor pengalaman di sekolah serta faktor pengalaman penglibatan diri dalam latihan dan kursus berkaitan perniagaan. Dapatan kajian beliau, mendapati bahawa faktor pendapatan sebagai faktor utama mendorong peniaga untuk berniaga kerana faktor pendapatan dapat menjana ekonomi para peniaga.

Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa bagi memulakan sesuatu perniagaan terdapat faktor- faktor yang mendorong mereka untuk berniaga dan faktor tersebut menjadi aspek utama kepada peniaga untuk terus melibatkan diri dalam bidang perniagaan seperti pasar malam.

Othman Chin dan Mohd Zainal Munsyid Harun (2015) mengkaji pasar malam yang dijalankan di tiga buah negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu dan mereka menjelaskan bahawa perniagaan pasar malam adalah penyumbang kepada mewujudkan usahawan muda yang baharu. Khursiah Abd. Aziz dan Avini Sapindal (2012) mendapati gelagat pelanggan untuk membeli di pasar malam adalah dipengaruhi oleh faktor sosio-demografi. Hal ini kerana, didapati pasar malam di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor ini ramai dikunjungi oleh pelanggan disebabkan lokasi yang strategik.

3. Metodologi Kajian

Metod yang digunapakai ialah purposive sampling. Populasi bagi kajian ini adalah merangkumi keseluruhan belia (15 hingga 40 tahun) yang berniaga di Pasar Malam Changlun, Kubang Pasu, Kedah iaitu yang mendaftar di Majlis Daerah Kubang Pasu. Jumlah populasi ialah seramai 110 orang peniaga yang terlibat di pasar malam dan sampel yang dipilih ialah 86 orang (Krejcie dan Morgan, 1970).

Penyelidikan ini mengandungi Bahagian A, B, C dan D. Untuk kertas ini hanya bahagian A dan B sahaja akan dibincangkan. Bahagian A mengandungi 7 item bagi maklumat demografi responden meliputi jantina, umur, taraf pendidikan, kaum, ahli keluarga turut melibatkan diri dalam perniagaan ini, status pekerjaaan sebagai peniaga pasar malam dan pendapatan bulanan berniaga di pasar malam Changlun sahaja.

(7)

Manakala Bahagian B (maklumat perniagaan) mengandungi 7 item iaitu merangkumi jenis perniagaan, status organisasi perniagaan, tempoh menjalankan perniagaan, bilangan pekerja, modal ketika mula berniaga, sumber modal perniagaan, jenis bantuan yang diterima.

4. Hasil Kajian

4.1. Bahagian A: Demografi Responden Jantina

Jantina Frekuensi Peratus

(%)

Peratus

Terkumpul (%)

Lelaki 67 77.9 77.9

Perempuan 19 22.1 100

Jadual menunjukkan daripada 86 orang responden, seramai 67 orang (77.9 peratus) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya sebanyak 19 orang (22.1 peratus) adalah reponden perempuan. Keadaan sedemikian, perbezaan jurang agak besar dalam pemilihan jantina responden dalam kajian ini dan dapat memastikan bahawa peniaga belia lelaki lebih ramai berbanding belia perempuan untuk terlibat dalam perniagaan pasar malam di Changlun ini.

Umur

Umur Frekuensi Peratus Peratus

Terkumpul (%)

15-20 tahun 2 2.3 2.3

21-24 tahun 6 7 9.3

25-30 tahun 22 25.6 34.9

31-35 tahun 32 37.2 72.1

36-40 tahun 24 27.9 100

Jumlah 86 100

Jadual menunjukkan lingkungan umur belia 31 hingga 35 tahun mencatatkan umur paling tertinggi iaitu sebanyak 32 orang responden (37.2 peratus). Manakala, diikuti dengan umur belia 36 hingga 40 tahun mencatatkan bilangan umur kedua tertinggi iaitu sebanyak 24 orang responden (27.9 peratus). Di samping itu, bagi umur belia 25 hingga 30 tahun, 21 hingga 24 tahun dan 15 hingga 20 tahun masing-masing mencatatkan bilangan responden sebanyak 22 orang (25.6 peratus), enam orang (7 peratus) dan dua orang (2.3 peratus). Oleh hal yang demikian, dapat dilihat dalam kajian ini umur belia lingkungan 31 hingga 35 tahun merupakan umur paling tinggi terlibat dalam perniagaan pasar malam Changlun ini.

JUMLAH 86 100

(8)

Hasil kajian menunukkan taraf Pendidikan SPM merupakan taraf pendidikan yang paling tertinggi iaitu sebanyak 46 orang atau 53.5 peratus. Situasi ini disebabkan, golongan belia yang mempunyai lepasan SPM mempunyai kesedaran untuk berniaga bagi menampung pendapatan ekonomi mereka bagi mengelak daripada masalah pengangguran. Di samping itu, taraf pendidikan PMR/SRP mencatatkan bilangan kedua terbanyak iaitu mencatatkan 17 orang (19.8 peratus). Diikuti dengan taraf pendidikan STPM, UPSR dan Diploma di mana masingmasing mencatatkan sebanyak 15 orang (17.4 peratus), enam orang (7 peratus) dan dua orang atau 1.7 peratus.

Taraf Pendidikan

6

17

46

15

2 0

5 10 15 20 25 30 35 40 45 50

Taraf Pendidikan

UPSR PMR/SRP SPM STPM Diploma

(9)

Jadual menunjukkan kaum Melayu mencatatkan bilangan responden yang paling tinggi untuk terlibat dalam perniagaan pasar malam di Changlun ini iaitu sebanyak 74 orang atau 86 peratus.

Situasi ini menunjukkan, peniaga belia melayu sudah menyedari penglibatan dalm perniagaan pasar malam ini mampu memberikan sumber ekonomi yang kukuh serta dapat meningkatkan taraf hidup. Di samping itu, seramai 11 orang responden atau 13 peratus daripada kaum Cina yang terlibat dalam perniagaan pasar malam Changlun ini juga dicatatkan. Manakala, kaum India pula mencatatkan bilang responden paling rendah iaitu sebanyak satu orang atau 1 peratus.

Kaum

86 % 13 %

1 % 0 %

KAUM

Melayu Cina India Lain-lain

(10)

Ahli Keluarga Anda Turut Melibatkan Diri Dalam Perniagaan Ini

Penglibatan ahli keluarga dalam perniagaan

Frekuensi Peratus (%)

Peratus

Terkumpul (%)

Ya 37 43 43

Tidak 49 57 100

JUMLAH 86 100

Jadual menunjukkan seramai 49 orang responden atau 57 peratus mencatatkan tidak melibatkan ahli keluarga dalam perniagaan mereka tersebut. Hal ini kerana, situasi ini mungkin berlaku disebabkan peniaga belia tersebut berniaga persendirian dan tidak mempunyai latar belakang perniagaan daripada ahli keluarga. Manakala, sebanyak 37 orang responden atau 43 peratus mencatatkan ya mengenai penglibatan ahli keluarga dalam perniagaan mereka tersebut. Situasi ini mungkin berlaku apabila mereka mewarisi perniagaan tersebut daripada ahli keluarga mereka sendiri.

Status Pekerjaan Reponden Sebagai Peniaga Pasar Malam

Rajah di atas, hasil kajian menunjukkan status pekerjaan tetap mencatatkan bilangan responden yang paling tertinggi dicatatkan iaitu sebanyak 61 orang atau 70.9 peratus. Keadaan sedemikian, situasi ini mungkin berlaku kebanyakan peniaga belia di pasar malam Changlun menjadikan perniagaan pasar malam adalah satu kerja yang tetap kerana perniagaan ini merupakan sumber ekonomi utama mereka. Selain itu, bagi status pekerjaan sementara pula mencatatkan sebanyak 25 orang atau 29.1 peratus. Situasi ini mungkin berlaku apabila mereka yang berniaga di pasar malam Changlun itu sebagai pekerjaan sementara ini untuk menambahkan pendapatan sampingan. Tambahan pula, perniagaan pasar malam Changlun merupakan pasar malam yang agak popular di Daerah Kubang Pasu kerana ia berhampiran dengan Universiti Utara Malaysia dan Matrikulasi Changlun dan mampu memberi keuntungan yang tinggi kepada peniaga belia.

61

25

0 10 20 30 40 50 60 70

Kekerapan

Status Perkerjaan Pekejaan Tetap Perkerjaan sementara

(11)

Pendapatan Bulanan Berniaga Di Pasar Malam Changlun

Pendapatan Bulanan

Frekuensi Peratus (%) Peratus

Terkumpul (%)

RM 200 ke bawah 2 2.3 2.3

RM 401-RM 600 4 4.7 7

RM 601-RM 800 22 25.6 32.6

RM 801-RM 1000 27 31.4 64

RM 1000 ke atas 31 36 100

JUMLAH 86 100

Jadual di atas, hasil kajian menunjukkan jumlah pendapatan bulanan peniaga belia yang berniaga di pasar malam Changlun yang paling tinggi adalah RM 1000 dan ke atas iaitu sebanyak 31 orang atau 36 peratus. Seterusnya, pendapatan bulanan bagi RM 801 hingga RM 1000 pula mencatatkan sebanyak 27 orang atau 31.4 peratus. Di samping itu, jumlah pendapatan bulanan bagi RM 601 hingga RM 800 pula mencatatkan sebanyak 22 orang atau 25.6 peratus. Manakala, bagi pendapatan bulanan RM 401 hingga RM 600 dan RM 200 ke bawah menunjukkan bilangan yang rendah iaitu masing-masing mencatatkan sebanyak empat orang (4.7 peratus) dan dua orang (2.3 peratus). Oleh hal yang demikian, pendapatan bulanan RM 1000 dan ke atas telah mencatatkan jumlah pendapatan yang paling tinggi bagi peniaga belia di pasar malam Changlun. Secara tidak langsung, jumlah pendapatan bulanan ini menunjukkan jumlah pendapatan yang memberangsangkan kerana jumlah pendapatan bulanan ini hanya kutipan di pasar malam Changlun sahaja. Kebanyakan peniaga akan berniaga di pasar malam yang berlainan pada setiap hari dan sekiranya jumlah pendapatan ini dicampurkan dengan pendapatan di pasar malam lain ia menunjukkan peniaga akan mendapat pendapatan bulanan yang agak tinggi.

Bahagian B: Maklumat Perniagaan

Maklumat perniagaan merupakan maklumat-maklumat mengenai perniagaan yang dijalankan di pasar malam Changlun ini. Antaranya ialah jenis perniagaan, status organisasi perniagaan, tempoh menjalankan perniagaan sekarang, bilangan pekerja, modal ketika memulakan perniagaan, sumber modal perniagaan, jenis pinjaman yang dilakukan dan margin keuntungan perniagaan mengikut tahun.

(12)

Berdasarkan jadual menunjukkan jenis perniagaan yang paling tinggi adalah jenis perniagaan makanan dan minuman iaitu mencatatkan sebanyak 33 orang atau 38.4 peratus. Manakala jenis perniagaan pakaian, kasut, aksesori, kain dan bundle mencatatkan kedua tertinggi iaitu 26 orang atau 30.2 peratus. Diikuti dengan buah-buahan dan sayur, ikan, ayam dan daging masing- masing mencatatkan sebanyak lapan orang (9.3 peratus) dan enam orang (7 peratus). Manakala bagi perniagaan barangan runcit atau kering dan perniagaan lain-lain telah mencatatkan sebanyak lima orang atau 5.8 peratus. Perniagaan lain-lain di pasar malam Changlun ini merujuk kepada perniagaan tembakau dan mainan yang dijalankan oleh peniaga belia. Akhir sekali, perniagaan alat telekomunikasi mencatatkan jenis perniagaan yang paling rendah iaitu sebanyak tiga orang atau 3.5 peratus. Oleh hal yang demikian, jelaslah jenis perniagaan yang digemari oleh belia adalah perniagaan makanan dan minuman. Hal ini kerana, perniagaan ini merupakan perniagaan yang mampu memberi keuntungan kepada peniaga belia disebabkan makanan dan minuman adalah keperluan yang diperlukan.

Status Organisasi Perniagaan Status Perniagaan

Status Organisasi Perniagaan

Frekuensi Peratus (%)

Peratus

Terkumpul (%)

Persendirian 73 84.9 84.9

Perkongsian 11 12.8 97.7

Lain-lain 2 2.3 100

JUMLAH 86 100

Hasil kajian menunjukkan status organisasi perniagaan tertinggi adalah status persendirian iaitu mencatatkan sebanyak 73 orang atau 84.9 peratus. Manakala status perkongsian pula mencatatkan sebanyak 11 orang atau 12.8 peratus. Diikuti dengan status perniagaan lain-lain telah mencatatkan sebanyak dua orang atau 2.3 peratus. Oleh hal yang demikian, dapat dilihat

Jenis Perniagaan

33

26

5 3

6 8

5 0

5 10 15 20 25 30 35

Jenis Perniagaan

makanan/minuman pakaian/kasut/aksesori/kain/bundle Barangan runcit Alat telekomunikasi

Sayur/ikan/ayam/daging Buah-buahan Lain-lain

(13)

kebanyakan peniaga belia di pasar malam Changlun ini mempunyai perniagaan sendiri di mana perniagaan sendiri dilihat lebih menguntungkan dan dapat mengelak berlaku daripada pelbagai masalah.

Tempoh menjalankan Perniagaan Sekarang

Tempoh menjalankan Perniagaan

Sekarang

Frekuensi Peratus (%)

Peratus

Terkumpul (%)

5 tahun ke bawah 30 34.9 34.9

6-10 tahun 38 44.2 79.1

11-15 tahun 17 19.8 98.8

16 tahun ke atas 1 1.2 100

JUMLAH 86 100

Jadual menunjukkan tempoh perniagaan yang dilakukan oleh peniaga belia adalah 6 hingga 10 tahun dengan mencatatkan paling tinggi iaitu 38 orang atau 44.2 peratus. Manakala, tempoh menjalankan perniagaan yang kedua tertinggi adalah tempoh lima tahun ke bawah iaitu 30 orang (34.9 peratus). Diikuti dengan tempoh menjalankan perniagaan 11 hingga 15 tahun dan 16 tahun ke atas masing-masing mencatatkan 17 orang (19.8 peratus) dan satu orang (1.2 peratus). Keadaan sedemikian, peniaga belia di pasar malam Changlun ini sudah menjalankan perniagaan ini pada tempoh yang lama. Hal ini mungkin berlaku kerana, mereka terlibat dengan perniagaan ini disebabkan mempunyai latar belakang keluarga berniaga atau bermotivasi untuk berniaga di pasar malam untuk mengangani masalah pengangguran.

Bilangan Pekerja

Bilangan Pekerja

Frekuensi Peratus (%)

Peratus

Terkumpul (%)

Tiada Pekerja 13 15.1 15.1

1-2 orang 49 57 72.1

3-4 orang 23 26.7 98.8

5 orang ke atas 1 1.2 100

JUMLAH 86 100

Jadual menunjukkan bialangan pekerja yang tertinggi adalah satu hingga dua orang pekerja iaitu mencatatkan sebanyak 49 orang atau 57 peratus. Manakala bilangan pekerja tiga hingga empat orang pula mencatatkan sebanyak 23 orang atau 26.7 peratus. Diikuti dengan tiada pekerja dan bilangan lima orang ke atas masing-masing mencatatkan 13 orang (15.1 peratus) dan satu orang (1.2 peratus). Justeru itu, dapat dilihat kebanyakan peniaga belia di pasar malam Changlun ini mengambila satu hingga dua orang pekerja sahaja disebabkan untuk mengurangkan kos membayar upah atau gaji kepada mereka.

(14)

Modal Ketika Mula Berniaga

Modal ketika mula berniaga Frekuensi Peratus (%)

Peratus Terkumpul (%)

RM 1000 ke bawah 12 14 14

RM 1001-RM 3000 48 55.8 69.8

RM 3001-RM 5000 21 24.4 94.2

RM 5001 dan ke atas 5 5.8 100

JUMLAH 86 100

Jadual di atas, hasil kajian menunjukkan modal ketika memulakan perniagaan yang paling tinggi bagi peniaga kalangan belia adalah RM 1001 hingga RM 3000 iaitu sebanyak 48 orang (55.8 peratus). Seterusnya, diikuti dengan modal permulaan berniaga RM 3001 hingga RM 5000 iaitu sebanyak 21 orang (24.4 peratus). Manakala bagi modal permulaan berniaga pada RM 1000 dan ke bawah dan RM 5000 dan ke atas masing-masing mencatatkan sebanyak 12 orang (14 peratus) dan lima orang (5.8 peratus). Secara keseluruhannya, dapat dilihat kebanyakan peniaga belia memulakan perniagaan dengan modal berjumlah RM 1000 hingga RM 3000. Keadaan sedemikian, modal tersebut digunakan oleh peniaga untuk membeli peralatan perniagaan, bahan mentah, kenderaan dan sebagainya.

Sumber Modal Perniagaan

JUMLAH 86 100

Jadual menunjukkan sumber modal perniagaan tertinggi adalah melalui sumber simpanan sendiri iaitu mencatatkan sebanyak 60 orang atau 69.4 peratus. Manakala sumber pinjaman daripada keluarga pula mencatatkan sebanyak 18 orang atau 20.9 peratus. Seterusnya, diikuti dengan sumber modal pinjaman daripada kawan-kawan dan pinjaman daripada institusi kewangan iaitu masing-masing mencatatkan lima (5.8 peratus) dan tiga orang (3.5 peratus).

Oleh hal yang demikian, peniaga belia di pasar malam Changlun ini kebanyakannya menggunakan sumber modal simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan mereka kerana situasi ini mungkin berlaku apabila mereka tidak mahu terikat dengan hutang dengan sesiapa yang boleh menjejaskan pendapatan ekonomi mereka. Melalui simpanan sendiri mereka mampu memperolehi pulangan modal secara bersih.

Sumber modal perniagaan Frekuensi Peratus (%) Peratus Terkumpul (%)

Simpanan sendiri 60 69.8 69.8

Pinjaman daripada keluarga 18 20.9 90.7

Pinjaman daripada kawan- kawan

5 5.8 96.5

Pinjaman daripada institusi kewangan

3 3.5 100

(15)

Jenis Pinjaman Yang dilakukan

Jenis Pinjaman Frekuensi Peratus (%) Peratus

Terkumpul (%)

TEKUN 12 14 14

MARA 4 4.7 18.6

Lain-lain 6 7 25.6

Tiada pinjaman 64 74.4 100

JUMLAH 86 100

Jadual menunjukkan peniaga belia di pasar malam Changlun kebanyakan tidak mengambil sebarang pinjaman. Hal ini kerana, hasil kajian mendapati seramai 64 orang (74.4 peratus) tidak mengambil pinjaman untuk menjalankan perniagaan mereka. Hal ini mungkin berlaku disebabkan mereka khuatir untuk melakukan pinjaman kerana tidak mampu membayar balik mengikut tempoh yang ditetapkan. Secara tidak langsung, mereka akan dibelenggu hutang serta mengganggu hasil perniagaan mereka sendiri. Namun, masih terdapat juga peniaga belia di pasar malam Changlun ini mengambil pinjaman TEKUN untuk membantu dan meningkatkan kewangan perniagaan mereka. Hasil kajian mendapati sebanyak 12 orang peniaga (14 peratus) mengambil pinjaman tersebut. Situasi ini mungkin berlaku disebabkan peniaga-peniaga belia tidak mempunyai sumber modal dan kewangan yang kukuh untuk menjalankan perniagaan mereka. seterusnya, diikuti dengan pinjaman MARA dan lain-lain iaitu masing-masing mencatatkan sebanyak empat orang (4.7 peratus) dan enam orang (7 peratus).

5. Cadangan dan Kesimpulan

Aktiviti perniagaan pasar malam ini juga perlu diberikan sokongan yang berkesan dari pelbagai pihak terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan dan swasta juga NGO) supaya lebih ramai peniaga-peniaga muda yang memulakan perniagaan mereka di pasar malam dan menjadikan aktiviti tersebut sebagai sumber utama mereka mencari rezaki. Belia perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan. Melalui perniagaan di pasar malam ini, peniaga muda dapat melatih diri mereka untuk lebih berkeyakinan berhadapan pengguna. Ianya juga mendukung industri kecil dan sederhana (IKS) agar terus membangun dan menarik minat pelancong dengan adanya keunikkan pasar malam.

Penglibatan belia dalam perniagaan harus diteruskan dengan beberapa penambahbaikan seperti menambah baik ruang perniagaan, kebersihan, dan pengurusan perniagaan pasar malam yang lebih cekap. Belia merupakan golongan yang akan menerajui perniagaan harus didorong dan diberi galakkan dan kepercayaan bukan sahaja bagi belia lepasan sekolah menengah malahan belia lulusan university juga. Produk yang dihasilkan dari projek akhir tahun, contohnya dalam bidang food and beverage boleh di pasarkan di pasar malam. Begitu juga bidang-bidang lain pengajian boleh diketengahkan ke pasaran melalui pasar malam.

Syarikat-syarikat gergasi yang ada hari ini pada mulanya merupakan suatu usaha kecil yang diketengahkan dan selepas beberpa lama syarikat persendirian yang bersaiz kecil tumbuh menjadi syarikat yang dibanggakan. Begitu juga bagi belia yang mempunyai barangan baik yang boleh diketengahkan kepada pengguna, boleh mula menjuag di pasar pasar malam sebelum melangkah ke pasaran yang lebih besar. Penglibatan belia dengan idea mereka yang

(16)

Rujukan

Abd Wahid Mukhari & Lee Ai Chu. (2010). Faktor-Faktor Yang Mendorong Peniaga Untuk Berniaga Di Pasar Malam Di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. Skudai:

Universiti Teknologi Malaysia.

Ajzen, I. (1991). The theory of Planned Behavior. Organizational Behavior and Human Decision Process, 179-211.

Anatasi, A. (1982). Psychological testing (5th ed). New York: Macmillan.

Bernama. (2017, February 28). Belia Perlu kikis sikap terlalu pilih pekerjaan tangani pengangguran. Retrieved from Kesatuan Kakitangan Am UTM:

http://www.utm.my/kkautm/belia-perlu-kikis-sikap-terlalu-pilih-pekerjaantangani- pengangguran/

Denstad, F. Y. (2009). Youth Policy Manual How to develop a national youth strategy. Paris:

Council of Europe Publishing.

Effendi, M. (2014). Kajian pasar malam dalam rangka upaya memasarkan produk daerah di Kabupaten Kutai Kartanegara. Kalimantan Timur: Universitas Mulawarman Samarinda.

Fauzilah Salleh, Noryati Yaakub, Kamariah Yunus, Mazuri Abd Ghani & Wan Kuntom Wan Sulong. (2012). Factors Influencing the Night Market Traders’ Performance in.

International Journal of Business and Manegement, 32-39.

Gay, L. R., & Airasian, P. (2003). Educational research: Competencies for analysis and application (7th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.

Gregory, B.T., Rutherford, M.W., Oswald, S. & Gardinerm, L. (2005). An empirical investigation of the growth cycle theory of small firm financing. Journal of Small Business Management. Vol. 43(4): 382-392.

Green, F. (2013). Youth entrepreneurship. OECD (pp. 1-33). United States: OECD.

Hafiza Harun. (2017, March 27). Bilangan peniaga pasar malam di Changlun. (Yuszaini, Interviewer)

Hsieh, A., and Chang, J. (2006). Shopping and Tourist Night Markets: A Case in Taiwan.

Manage, 27(1): 138-45.

Hou, J. (2007). Night Market and the Reconstruction of Public Realm in Seattle’s Chinatown- International District. Proceedings of the 6th Conference of the Pacific Rim Community Design Network, 1-6.

Huang, S. O., Liou, Y. H., and Tzeng, G. H. (2009). Development Strategies for Improving the Service of Tourist Night Markets through Hybrid MCDM Technique.

Iran Herman. (2004). Statistik dan analisis data sains sosial. Alor Setar: Penerbit Ustara.

John J. Wild. (2010). Financial accounting: Information For Decisions. Boston: McGraw- Hill/Higher Education. Kaur, A. (2013). Maslow’s Need Hierarchy Theory: Applications and Criticisms. Global Journal of Management and Business Studies, 1061-1064.

Kementerian Belia dan Sukan. (2007). Dasar Pembangunan Belia Negara. Putrajaya:

Kementerian Belia dan Sukan.

Khalilah Zakariya. (2010). Walking through night markets: a study on experiencing everyday urban culture. The 11th International Joint World Cultural Tourism Conference, 1-11.

Khursiah Abd. Aziz & Lye Wai Yeng. (2011). Exploring the potential of night market as a tourist attraction. International Journal of Business and Social Science, 146-157.

Khursiah Abd. Aziz & Avini Sapindal. (2012). Customer buying behaviour at a night market.

Interdisciplinary Journal of Contemporary research in business, 377394.

Kolvereid, L. (1996). Prediction of Employment Status Choice Intentionss. Entrepreneurship Theory and Practice, 47-57.

(17)

Krueger, N. F & Carsrud, A.L. (1993). Entrepreneurial intentions: Applying the theory of planned behavior. Entrepreneurship & Regional development, 315-330.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.

Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610

Lee Ai Chu. (2008). Faktor-Faktor Yang Mendorong Peniaga Untuk Berniaga Di Pasar Malam Di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Lekagul, A. (2002). Toward preservation of the traditional marketplace: a preference study of traditional and modern shopping environments in Bangkok, Thailand.

Environmental Design and Planning. Blacksburg, Virginia Polytechnic Institute and State University.

Lilis Suriani Omar. (2017, March 25). Had umur belia 15-30 tahun bermula 2018. Retrieved from Utusan Online: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/had-umur-belia-15-30- tahunbermula-2018-1.26083

Mohd. Sheffie Abu Bakar. (1991). Metodologi Penyelidikan. Cetakan kedua. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Faishal Ibrahim & Soh Kok Leng. (2003). Shoppers’ perceptions of retail developments:

Suburban shopping centres and night markets in Singapore. Journal of retail and Leisure property, 176-189.

Nor Khomar Ishak, Khursiah Abd. Aziz & Amri Ahmad. (2013). Dynamism of a night market.

Journal of Case Research in Business and Economics, 1-15.

Nor Khomar Ishak, Khursiah Abd. Aziz & Rohaizah Abdul Latif. (2012). Typology Night markets in Malaysia. Journal of Case Research in Business and Economics, 1-10.

Noordeyana Tambi, Asnarulkhadi Abu Samah, Hanina Halimatusaadiah Hamsan & Ma’rof Redzuan. (2016). Jenis dan tahap pemilikan modal peniaga bazar larut malam: Kajian kes di Lembah Klang, Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 61-74.

Nor Hanim binti Elias, Selamah Maamor & Ahmad Bashir Aziz. (2015). Konsep, isu, cabaran dan kecerdasan spiritual belia. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 89-98.

Othman Chin & Mohd Zainal Munsyid Harun. (2015). Night market: A platform for creating new entrepreneurs. Humanities and Social Sciences, 32-36.

Sabhita Marican. (2006). Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik. Bandar Baru Selayang: Edusystem Sdn. Bhd.

Sekaran, U. (1992). Research methods for business: a skill-building approach second edition.

Michigan: Wiley.

Sharma, S.V.S. (1979). Small Entrepreneurial Development. New Delhi: Light & Life Publishers, 233-242.

Shaver, K.G & Scott, L.R. (1991). Person, process, choice: The psychology of new five venture creation. Entrepreneurship Theory and Practice, 23-45.

Shanthi Subramaniam. (2008). Pengajian perniagaan 1, volume 1. Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Southey, G. (2011). The Theories of Reasoned Action and Planned Behaviour Applied to Business Decisions: A Selective Annotated Bibliography. Journal of New Business Ideas

& Trends, 43-50.

UNESCO. (2017, March 24). Be youth for youth. Retrieved from United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization: http://www.unesco.org/new/en/social-and-human- sciences/themes/youth/

(18)

Youth Policy Formulation Manual United Nation. (1999). Youth Policy Formulation Manual.

New York: United Nations.

Yu, S.-D. (2004). Hot and noisy Taiwan's Night market culture. The minor’s art of daily life:

Popular culture in Taiwan, 129-149.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Terangkan dengan ringkas faktor-faktor yang membawa kepada 4 markah kegagalan pasar.?. UKE

Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor imej korporat, faktor insentif ekonomi iaitu logo pengiktirafan kepada syarikat yang membayar zakat perniagaan

Oleh itu, bagi menambah baik dan meningkatkan aspek keselamatan persekitaran perumahan dalam kalangan remaja yang tinggal di PPR, maka faktor-faktor seperti kesihatan diri,

Berdasarkan kepada analisis temu bual responden usahawan wanita, dapat disimpulkan bahawa terdapat dua aspek utama yang dilihat menjadi penyebab mengapa faktor

Sehubungan dengan itu, daripada hasil kajian dapat dirumuskan bahawa terdapat tiga faktor utama yang dikenal pasti dalam mempengaruhi kesetiaan pengguna dalam

Oleh itu artikel ini bertujuan untuk meneliti tiga perkara iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan usahawan dalam perniagaan, tahap keuntungan perniagaan

Dengan ini, faktor kawalan gelagat yang ditanggap peniaga ke atas gelagat kepatuhan zakat perniagaan merupakan pelengkap kepada niat peniaga yang kuat untuk membayar zakat

Kajian turut mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi profil kecerdasan emosi pensyarah berdasarkan faktor kumpulan umur dan pengalaman pekerjaan, dan terdapat