• Tiada Hasil Ditemukan

View of Pembelajaran Dalam Talian (E-Pembelajaran) Semasa Pandemik Covid-19

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Pembelajaran Dalam Talian (E-Pembelajaran) Semasa Pandemik Covid-19"

Copied!
7
0
0

Tekspenuh

(1)

Pembelajaran Dalam Talian (E-Pembelajaran) Semasa Pandemik Covid-19

(Online Learning (E-Learning) During The Covid-19 Pandemic)

Wong Ai Bing1*, Khairul Azhar Jamaludin1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p105293@siswa.ukm.edu.my

Accepted: 15 October 2021 | Published: 1 November 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pembelajaran dalam talian atau dikenali sebagai (e-pembelajaran) bukan lagi satu pilihan tetapi keperluan sejak pandemik Covid-19. Kertas konsep ini cuba melihat isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru, pelajar dan ibu bapa dalam pelaksanaan pembelajaran dalam talian semasa tempoh pandemik Covid-19. Beberapa kajian terdahulu telah dianalisis dengan lebih mendalam untuk tujuan ini. Keputusan analisis menunjukkan bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh guru dan pelajar ialah capaian internet dan juga kemahiran guru dalam penggunaan ICT. Manakala ibu bapa pula menghadapi masalah kehabisan data telefon dan seterusnya menyebabkan isu kewangan bagi golongan keluarga B40. Justeru, kerajaan perlu menangani kekangan yang ada dalam prasarana ICT dan liputan internet di kawasan luar bandar dan pedalaman. Bagi guru-guru pula perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT yang mencukupi demi keperluan mengikut pandemik semasa ini.

Kata kunci: Pembelajaran Dalam Talian (E-Pembelajaran), cabaran, Pandemik Covid-19, cadangan penambahbaikan

Abstract: Online learning or known as (E-Learning) is no longer an option but a necessity since the Covid-19 pandemic. This concept paper tries to look at the issues and challenges faced by teachers, students and parents in the implementation of online learning during the Covid-19 pandemic. Several previous studies have been analyzed in depth for this purpose.

The results showed that the main challenges faced by teachers and students are internet access as well as teacher skills in ICT usage. Meanwhile, parents are having trouble running out of phone data and causing financial issues for B40 families. Hence, the government needs to address the constraints in ICT infrastructure and internet coverage in rural and remote areas.

Teachers should be prepared with sufficient ICT knowledge and skills for the current pandemic needs.

Keywords: Online Learning (E-Learning), challenges, Covid-19 Pandemic, improvement recommendations

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pandemik COVID-19 merupakan krisis kesihatan yang merencamkan di seluruh dunia sejak akhir tahun 2019. Kehidupan seharian kita telah mengalami perubahan yang ketara berikutan pandemik COVID-19 dan sistem pendidikan juga terpaksa diselaraskan semula untuk mematuhi norma-norma baharu. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 23 Mei 2021, jumlah kes COVID-19 telah mencapai 166 juta dan sebanyak 3.4 juta

(2)

kematian di seluruh dunia. Manakala Laporan Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (2021) telah menunjukkan bahawa sebanyak 512091 kes positif dan sebanyak 2248 orang meninggal dunia akibat COVID-19 di Malaysia. Pandemik Covid-19 ini memang membawa pengaruh yang besar kepada sosioekonomi begitu juga dengan bidang pendidikan di seluruh dunia (Lekhraj Rampal, 2020; Rohayati Junaidi et al. 2020). Oleh itu, negara kita telah membuat keputusan untuk menutup sekolah, kolej dan universiti untuk mengelakan penularan virus COVID-19 (Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia, 2021).

Menurut Sandeep Krishnamurthy (2020), norma baharu memerlukan cara penyelesaian yang unik. Aktiviti pembelajaran bersemuka tidak dapat dilaksanakan dalam pandemik ini dan menyebabkan guru-guru perlu melaksanakan proses pembelajaran dari rumah ataupun pembelajaran dalam talian menggunakan platform teknologi yang lain seperti Microsoft Team, Google Meet, Zoom, Google Classroom, Telegram, Whatsapps dan sebagainya supaya pelajar tidak akan tercicir dan mengikut proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Suasana PdP yang bernorma baharu terus mendapat perhatian masyarakat terhadap pelaksanaannya dalam konteks pendidikan di Malaysia apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penutupan sekolah sehingga hujung tahun 2020.

Walaupun pembelajaran dalam talian bukanlah sesuatu perkara yang baru, namun ianya kurang diberikan perhatian sebelum Pandemik Covid-19. Hal ini demikian kerana para guru lebih selesa menggunakan kaedah pengajaran berbentuk konvensional jika berbanding dengan pengajaran dalam talian. Namun, semua guru perlu melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian supaya dapat menyesuaikan diri dalam pendidikan norma baharu. Menurut Mohamed Nazul (2020), proses pembelajaran dalam talian telah mengubahsuaikan dan memberikan kesan yang banyak kepada pelajar. Menurut Mohd Nazri (2017), aktiviti harian orang ramai pada masa ini banyak dipengaruhi oleh perkembangan teknologi secara dalam talian seperti “live streaming”, “virtual and augmented reality”, dan teknologi yang lain.

Nugraha et al (2020) juga berpendapat bahawa pembelajaran dalam talian juga mempunyai kelebihan seperti mampu meminimumkan masa dan usaha supaya tenaga yang diminimumkan boleh digunakan untuk melakukan aktiviti lain di luar waktu pelajaran. Namun begitu, pembelajaran dalam talian juga mempunyai kekurangan iaitu pelajar sukar memberi tumpuan kepada pembelajaran kerana suasana pembelajaran yang kurang kondusif, batasan kuota internet atau pakej internet atau wifi serta beberapa gangguan lain (Ayusi Perdana Putria et al, 2021). Pembelajaran dalam talian ini memerlukan guru dan pelajar berperanan aktif dan juga mementingkan hubungan dan komunikasi antara satu dengan yang lain.

Dalam Kajian Martin, Budhrani dan Wang (2019), mereka mendapati bahawa 205 fakulti institusi pengajian tinggi dalam talian di Amerika Syarikat, tahap kesediaan guru untuk mengajar dalam talian adalah tinggi. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Ventayin (2018) mengenai kesediaan guru-guru terhadap pengajaran dalam talian telah menunjukkan bahawa guru masih dapat menghadapi trend dalam pembelajaran jarak jauh walaupun pengalaman yang terhad dalam pendidikan jarak jauh seperti kemahiran teknikal, pengurusan masa, pengetahuan dan sikap dalam pendidikan dalam talian.

Movkebayeva et al. (2018) dalam kajiannya mendapati bahawa mentor pendidikan tinggi bersikap positif dan motivasi untuk mengajar pelajar universiti keperluan khas seperti pendengaran dan cacat penglihatan walaupun berdepan risiko dan cabaran dalam bahan pembelajaran, pedagogi, pemantauan, pelaksanaan dan fahaman psikologi. Tambahan pula,

(3)

Fedina et al. (2017) dalam kajiannya mendapati 90% daripada jumlah pendidikan khas dan guru prasekolah yang dikaji mendapat motivasi untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian walaupun mempunyai pelajar yang pelbagai, kekurangan pakar, bersekolah di rumah, di bawah rawatan perubatan yang panjang.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (2020), kesan krisis pandemik COVID-19 dijangka berterusan dengan lebih lama dan tidak akan tamat dalam tempoh terdekat.

Memandangkan pandemik ini dijangka akan berterusan beberapa tahun, adalah penting untuk mengetahui isu atau cabaran yang dihadapi oleh guru, pelajar dan juga ibu bapa semasa menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan ini sebagai kesiapsiagaan mereka untuk masa- masa akan datang. Oleh itu, kertas konsep ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru, pelajar dan ibu bapa dalam pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19 di Malaysia.

2. Ulasan Kajian Lepas

Pembelajaran dalam talian atau e-pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran dan juga telah dikategorikan sebagai penggunaan teknologi maklumat untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Menurut Santoso (2014), e-pembelajaran ini adalah untuk mentransformasi pendidikan konvensional ke bentuk digital. Haughey dan Anderson (1998) mendefinisikan e-pembelajaran sebagai pembelajaran secara rangkaian.

Menurut Ally, M. (2008) internet diperlukan untuk mengakses bahan pengajaran dan berkomunikasi dengan pelajar semasa proses pembelajaran dalam talian berlaku.

Menurut Al-Mobaideen, Allahawiah, & alkhawaldeh (2012), konsep e-pembelajaran ini bertujuan untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajar melalui cara yang berkesan.

Namun begitu, Koehler dan Mishra (2009) berpendapat bahawa orang ramai selalu mengeliru maksud E-Pembelajaran dengan maksud lain seperti “online learning”, “blended learning”, dan

“mobile learning”. Manakala Yusup, et al. (2008) pula mendefinisikan E-pembelajaran ini sebagai “Learning Management System” (LMS) seperti WebCt, Moodle, MyGuru, MyLMs dan sebagainya.

Berdasarkan anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025), E- pembelajaran adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dengan meningkatkan penggunaan internet dan pembelajaran secara maya, dan juga memperbanyakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran berasaskan kendiri. Pengaplikasian teknologi dan penggunaan internet semasa PdP dapat meningkatkan kualiti Pdp (The & Usagawa 2018). Dapatan ini disokong dengan kajian Surjono, Dwi, Herman (2015), yang mengatakan bahawa sistem pembelajaran yang

“flexible” dan “distributed” dapat dijana melalui E-Pembelajaran. Maka, pembelajaran dalam talian yang mendukung maksud E-Pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam pandemik Covid-19 ini.

3. Cabaran Pembelajaran Dalam Talian Kepada Guru, Pelajar dan Ibu bapa

Beberapa kajian telah dijalankan untuk meninjau cabaran yang dihadapi oleh guru-guru semasa melaksanakan pembelajaran dalam talian dalam pandemik Covid-19. Cabaran utama yang dihadapi oleh guru ialah kemahiran guru dalam penggunaan ICT masih perlu dipertingkatkan.

Hal ini disokong oleh kajian Losius Goliong et al. (2020) yang menyatakan bahawa 29 peratus guru masih kurang mahir melaksanakan pembelajaran dalam talian kerana isu kompetensi guru dalam mengendalikan pembelajaran menggunakan teknologi yang berasaskan internet. Isu ini

(4)

bertepatan dengan kajian Roslaili Awang Nik (2007) mendapati bahawa tahap penggunaan ICT dalam halakah guru pelatih UTM semasa praktikum adalah masih rendah. Menurut Johari Hassan dan Siti Norazlina (2010), kebanyakan guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman jarang menggunakan komputer dan juga tidak mahir dalam ICT walapun terdapat kemudahan komputer di sekolah. Justeru, guru perlulah melengkapkan diri dengan kemahiran penggunaan ICT supaya dapat melaksanakan PdP dengan lebih berkesan dalam Pandemik Covid-19 ini.

Seterusnya, cabaran kedua yang dihadapi oleh guru dan pelajar ialah isu capaian internet.

Losius Goliong et al. (2020) berpendapat bahawa isu capaian internet merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan pembelajaran dalam talian. Dapatan kajian dapat disokong oleh kajian Luqman Arif Abdul Karim (2020) yang menyatakan bahawa jurang penyaluran internet antara bandar dengan luar bandar adalah sangat lebar iaitu 70% di bandar dan 30% di luar bandar. Nor Musfirah (2021) berpendapat bahawa pelajar yang khususnya di kampung dan pedalaman menghadapi masalah jaringan internet yang tidak kuat dan menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran. Begitu juga dengan pendapat Anuar Ahmad (2020) bahawa kebanyakan pelajar di kampung dan pedalaman mengalami masalah internet yang tidak baik di kediaman mereka. Keadaan ini adalah bersesuaian dengan pendapat oleh Abdul Karim (2020) dan Bernama (2020), akses internet terutamanya dalam kawasan pedalaman yang terhad merupakan cabaran belajar dalam talian.

Di sini ternyatalah cabaran yang dihadapi oleh guru dan pelajar semasa tempoh pandemik Covid-19.

Bukan hanya guru dan pelajar sahaja yang menghadapi cabaran semasa melaksanakan pembelajaran dalam talian, begitu juga dengan golongan ibu bapa. Cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa ialah masalah kehabisan data telefon dengan cepat kerana anak-anak menggunakan data telefon secara bergilir-gilir untuk merujuk bahan-bahan pembelajaran yang dihantar oleh guru melalui aplikasi WhatsApp atau telegram (Losius Goliong et al, 2020). Hal ini demikian kerana dalam kajian Losius Goliong et al (2020) mendapati bahawa terdapat 16 peratus pelajar tidak memiliki telefon pintar dan menyebabkan pelajar perlu berkongsi telefon bimbit dengan adik-beradik lalu mencetuskan masalah kehabisan data telefon ibu bapa dengan cepat. Masalah ini selaras dengan laporan oleh Faris Danial Razi (2020) mendapati golongan ibu bapa M40 dan B40 adalah yang paling terkesan dengan pembelajaran dalam talian di rumah kerana ibu bapa hanya memiliki satu telefon pintar yang digunakan oleh anak-anak yang ramai untuk pembelajaran. Manakala kajian Tamara et al. (2012) juga menyatakan bahawa pelajar perlu memerlukan wang untuk membeli internet (data) supaya dapat mengikuti kelas dalam talian, membuat tugasan, dan kerja rumah. Rentetan itu, isu kewangan tercetus dalam kalangan keluarga B40.

4. Cadangan Penambahbaikan

Berdasarkan cabaran-cabaran di atas, beberapa cadangan telah dikemukakan. Cadangan ini adalah berkaitan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru, pelajar dan ibu bapa suapaya dapat melaksanakan pembelajaran dalam talian dengan lebih efektif semasa pandemik Covid-19.

Kemahiran dalam ICT memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran dalam talian semasa tempoh pandemic Covid-19. Kekurangan penguasaan guru dalam bidang ICT akan menjejaskan tahap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lancar semasa pembelajaran dalam talian. Menurut Komalasari (2020), guru perlu meneroka teknologi digital yang digunakan dalam pembelajaran semasa pandemik, dan seterusnya menyepadukan atau memasukkan ke dalam amalan pendidikan untuk menyelesaikan masalah guru yang masih

(5)

belum mahir menggunakan media pembelajaran dalam talian. Guru-guru juga diseru agar mengukuhkan peranan etipati guru, meningkatkan wawasan celik pembelajaran dalam talian, dan mewujudkan corak pembelajaran campuran (Blended Learning) (Jajat Sudrajat, 2021).

Menurut Losius Goliong et al (2020), liputan rangkaian internet yang lancar dapat mengelakkan keciciran dalam kalangan murid-murid di luar bandar dan pedalaman sekiranya mereka dapat mengikuti sesi pembelajaran dalam talian walaupun tidak hadir ke sekolah.

Dalam kajian tersebut, mereka juga berpendapat bahawa pihak kerajaan perlu mengaktifkan pelaksanaan konsep kampung tanpa wayar secara menyeluruh untuk merapatkan jurang internet antara bandar dengan luar bandar di seluruh negara. Justeru, pihak kerajaan perlu mengambil iktibar supaya masalah ini tidak menjadi penghalang kepada proses pembelajaran dalam talian pada pandemik ini. Hal ini demikian kerana Mohd Noor Salleh (2000) berpendapat bahawa masyarakat luar bandar sepatutnya menikmati sama peluang dengan masyarakat bandar semasa pelaksanaan pembelajaran dalam talian yang merupakan suatu bentuk pendidikan inovatif.

Di samping itu, kerjasama antara industri telekom, rangkaian sekolah di peringkat berbeza dan kementerian pendidikan amat diperlukan (UNESCO, 2020). Kerajaan kita telah banyak memberi inisiatif untuk menyediakan kemudahan telefon pintar khususnya pelajar-pelajar yang tergolong dalam kategori B40 untuk kegunaan pembelajaran dalam talian. Contohnya, Syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Telekom, Digi, Celcom, Maxis dan sebagainya telah melancarkan pakej data dan pelan telefon bimbit dalam pandemik ini. Selain itu, syarikat YTL juga melancarkan menerusi program ‘Learn from Home Initiative’ dengan menghadiahkan telefon bimbit yang percuma dan juga berlengkapan dengan 12 bulan pelan data sebanyak 120 GB kepada pelajar-pelajar daripada keluarga B40 (Nor Fauziana,2020). Secara tidak langsung, masalah pelajar yang tiada telefon pintar dan juga perkongsian telefon pintar dengan adik- beradik dapat ditangani. Begitu juga bebanan ibu bapa B40 juga dapat diringankan.

Kesimpulan

Konkluksinya, pembelajaran merupakan pilihan utama dalam tempoh pandemik Covid-19.

Setiap kaedah pembelajaran memang mempunyai cabaran masing-masing begitu juga dengan pembelajaran dalam talian sedangkan ia merupakan norma baharu yang perlu diterima oleh guru, pelajar dan juga ibu bapa sejak pandemik Covid-19. Maka, cabaran yang dihadapi oleh guru, pelajar dan ibu bapa perlu dititikberatkan dalam proses pelaksanaan pembelajaran dalam talian sebagai satu alternatif pembelajaran yang dapat membantu guru melancarkan proses Pdp di samping juga menarik minat pelajar untuk belajar dan juga memastikan semua pelajar dapat mengikuti pembelajaran. Oleh itu, Pihak kerajaan perlu menitikberatkan dan berikhtiar untuk menangani masalah prasarana ICT dan liputan internet di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Bagi golongan guru pula, guru- guru perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT dalam dirinya supaya dapat menampung keperluan mengikut pandemik semasa ini.

Rujukan

Abdul Karim, L. A. (2020). PKP: E-Pembelajaran tidak segerak sesuai di luar bandar,

pedalaman. Berita Harian Online. Retrieved from

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677952/pkp-epembelajaran- tidak-segerak-sesuai-di-luar-bandar-pedalaman

Ahmad Marzuki Hj Zainuddin. (2004). Introduction to E-Learning: Seminar E-Learning.

Pulau Pinang: UiTM, 5-7 April 2004.

(6)

Al-Mobaideen, H., Allahawiah, S., & Alkhawaldeh, A. (2012). Factors Influencing the Effectiveness of E-Learning Systems in the Educational Process :Jordan case study.

European Scientific Journal, 8(28).

Ally, M. (2008). Foundations of Educational Theory for Online Learning: Theory and Practice of Online Learning.

Anuar Ahmad. (2020). PKP: E-Pembelajaran tidak segerak sesuai di luar bandar, pedalaman.

https://www.bharian. com.my/berita/nasional/2020/04/677952/pkp-e-pembelajaran- tidak-segerak-sesuai-di-luar-bandar-pedalaman/

Arifah Prima & Iis Prasetyo. (2020). Persepsi guru dampak pandemi covid-19

terhadap pelaksanaan pembelajaran daring di PAUD. Jurnal Obsesi: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini, 5(1), 633-640.

Bernama. (2020). Akses internet terhad antara cabaran belajar, mengajar dalam talian. GPS Bestari. Retrieved from https://www.gpsbestari.com/berita/kualalumpur/akses- internet-terhad-antara-cabaran-belajar-mengajar-dalam-talian1.934103

Deepika Nambiar. (2020). The Impact of Online Learning During COVID-19: Students’

And Teachers’ Perspective, The International Journal of Indian 8(2), April- June, 2020.

Faris Danial Razi. (2020). PKP: Teknologi Jadi Kekangan Kerja dan Pembelajaran di Rumah, Tetapi Ada 'Jalan' Lain. Retrieved from BERITA ONLINE Astro Awani, 13 April 2020: Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-teknologi-jadi- kekangan-kerjadan-pembelajaran-di-rumah-tetapi-ada-jalan-lain-238178.

Fedina, N. V., Burmykina, I. V., Zvezda, L. M., Pikalova, O. S., Skudnev, D. M., & Voronin, I. V. (2017). Study of educators’ and parents’ readiness to implement distance

learning technologies in preschool education in Russia. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 13(12), 8415–8428.

https://doi.org/10.12973/ejmste/80802

Goliong, L., Kasin, A., Johnny, M., & Yulip, N. G. (2020). Cabaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh (PDPCJJ) semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

Retrieved from https://www.academia.edu/43147586

Hassan, Johari and Kamisan, Siti Norazlina.(2010). Halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kalangan guru di sekolah menengah kebangsaan luar bandar di daerah Kulai Jaya, Johor. N/A, 1-10.

Haughey, M. & Anderson, T.(1998). Network Learning: The Pedagogy of the Internet.

Canada. McGraw-Hill.

Jajat Sudrajat. (2020). Kompetensi Guru Di Masa Pandemi Covid-1. Jurnal Riset Ekonomi dan Bisnis, 13 (1), 100-110.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2021). Kes Covid di Malaysia. Diperoleh dari http://covid19.moh.gov.m

Koehler, M. J., & Mishra, P. (2009). What is technological pedagogical content knowledge?

Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 9(1): 60-70.

Komalasari, R. (2020). Manfaat Teknologi Informasi dan Komunikasi di Masa Pandemi Covdi 19. TEMATIK - Jurnal Teknologi Informasi Dan Komunikasi, 7(1), 38–50.

Lekhraj Rampal, M.B.B.S. & Seng, L.B. (2020.) Coronavirus disease (COVID-19) pandemic. Med J Malaysia, 75(2), 95.

Martin, F., Budhrani, K., & Wang, C. (2019). Examining faculty perception of their readiness to teach online. Online Learning Journal, 23(3), 97–119.

https://doi.org/10.24059/olj.v23i3.1555

Mohd Nazul Ismail. (2020). Cabaran Kepimpinan dalam Pengurusan Pembelajaran Digital.

Jurnal Refleksi Kepimpinan, 3, 20-24.

Mohd Noor Salleh. (2000). Pendidikan Jarak Jauh. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

(7)

Distributors Sdn. Bhd.

Movkebayeva, Z., Derijan, I., Khamitova, D., & Akhmetova, A. (2018). Teacher Readiness For Distance Education Of Disabled Students. International Journal - Knowledge In Practice, 28, 1011–1014. https://doi.org/10.35120/kij28031011Z

Nor Fauziana Mohd Salleh. (2020). Pandemik Coronavirus (Covid-19): Pembelajaran Dan Pengajaran Secara Atas Talian Suatu Keperluan Di Malaysia. Retrived from https://www.researchgate.net/publication/342886967

Nor Musfirah Mohamad. (2020). Cabaran Pedagogi Norma Baharu Di Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips) Ketika Pandemik Wabak Koronavirus Covid-19challenges Of New Norms Pedagogy At Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips) During Covid-19.

Jurnal Pengajian Islam (14), 243-254.

Nugraha, S. A., Sudiatmi, T., & Suswandari, M. (2020). Studi Pengaruh Daring Learning terhadap Hasil Belajar Matematika Kelas IV. Jurnal Inovasi Penelitian, 1(3), 265- 276.

Putria, H., Maula, L. H., & Uswatun, D. A. (2020). Analisis proses pembelajaran dalam jaringan (daring) masa pandemi covid-19 pada guru sekolah dasar. Jurnal Basicedu, 4(4), 861-870. https://doi.org/10.31004/basicedu.v4i4.46 0

Roslaili Awang Nik. (2007). Penggunaan ICT Di Kalangan Guru Pelatih UTM Semasa Latihan Mengajar.Tesis Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan UTM: Tidak diterbitkan.

Sandeep Krishnamurthy. (2020). The Future of Business Education: A Commentary in the Shadow of the Covid-19 Pandemic. Journal of Business Research.

Santoso, H., & Wyn, W.E. (2014). Primary School e-Learning Development as a Social Study Learning Model in the 5 th Grade PrimarySchool.

Tamara, B. B., Matt, H., & Eleanor, L. (2012.) The Costs of Online Learning. In Education Reform For The Digital Era. Thomas B. Fordham Institute. Washington.

The Prime Minister’s Special Message On Covid-19 -16 March. (2020). Retrived from https://www.pmo.gov.my/2020/03/perutusan-khas-yab-perdana-menteri-mengenai- covid-19-16- mac-2020/.

UNESCO. (2020). COVID-19 Educational Disruption and Response. Retrieved from https://

en.unesco.org/covid19/educationresponse

Ventayin, R. J. (2018). Teachers’ Readiness in Online Teaching Environment: A Case of Department of Education Teachers. Journal of Education, Management and Social Sciences, 2(1). Retrieved from www.psurj.org/jemss

Yusup Hashim, Md Nor Saleh, Ismail Raoh & Mahizer Hamzah. (2008). Kajian tentang kompetensi pensyarah menggunakan PDT di istitusi pengajian tinggi. Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Berikut merupakan medium keperluan utama untuk menghasilkan Augmented Reality ini iaitu capaian internet, aplikasi Blippar (percuma) dan penanda ataupun Trigger

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan pelajar menghadapi kelas secara dalam talian, mengenalpasti persepsi pelajar tentang kelebihan dan kekurangan

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemahiran teknologi dan kesediaan guru melaksanakan PdPc dalam talian serta kemudahan penggunaan Google Classroom dan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah Pensyarah IPGK PM mempunyai pandangan yang positif terhadap PdPc dalam talian semasa tempoh Pandemik COVID-19 terutama

Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif terhadap pendapatan keluarga dengan kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam

Pelbagai teknik atau kaedah e-pembelajaran yang digunakan oleh para pendidik dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam talian (PdPDT) bagi tujuan meningkatkan kefahaman dan

Dapatan dan perbincangan artikel ini dipersembahkan secara naratif untuk menggambarkan proses kajian tindakan bagi membincangkan bagaimana e-PPB berkaitan kajian

Inovasi pembelajaran yang berlaku adalah dengan memerlukan para pelajar melaksanakan khidmat komuniti secara dalam talian dengan hasrat supaya para pelajar turut sama