• Tiada Hasil Ditemukan

View of Kesan Psikologi Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian Pembelajaran di Sekolah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Kesan Psikologi Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian Pembelajaran di Sekolah"

Copied!
13
0
0

Tekspenuh

(1)

Kesan Psikologi Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian Pembelajaran di Sekolah

(Teachers’ Psychological Impact towards the Implementation of Lesson Study in School)

Faizah Che Mat Zi1, Zanaton Iksan1*

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 43000, Bandar Baru Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: zanaton.iksan@ukm.edu.my

Accepted: 15 August 2021 | Published: 1 September 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian Pembelajaran merupakan satu amalan guru di Negara Jepun yang memberi kesan positif terhadap kualiti profesionalism pendidik. Pendekatan ini juga menggalakkan guru bekerja secara kolaboratif dalam perkongsian ilmu dan pengalaman serta penelitian sepanjang sesi pengajaran guru. Namun begitu, pembudayaan Kajian Pembelajaran masih belum diterapkan secara meluas di Malaysia walaupun ianya telah bertapak di sini sejak 9 tahun yang lalu. Hal ini kerana, kebanyakan guru mengganggapkan pendekatan ini adalah satu bebanan tugas tambahan yang menyebabkan terganggunya emosi dan dapat menimbulkan tekanan dalam kalangan guru. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara penerimaan guru dalam pelaksanaan Kajian Pembelajaran dengan tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Seramai 186 orang guru yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan harian dipilih untuk dijadikan sebagai sampel kajian. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru dan tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran adalah tinggi. Walaubagaimana pun, tahap tekanan guru berkaitan dengan amalan pelaksanaan Kajian Pembelajaran pula berada pada tahap yang rendah. Hasil daripada analisis inferensi pula didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran berdasarkan tahun pengalaman guru mengajar. Manakala terdapat hubungan yang negatif dan sangat lemah antara penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran dengan tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran. Secara kesimpulannya, guru-guru perlu diberi pendedahan yang lebih efektif terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran supaya mereka dapat meningkatkan lagi kualiti profesionalism keguruan pada masa hadapan.

Kata kunci: Kajian Pembelajaran, profesionalism keguruan, komuniti pembelajaran profesional, bebanan kerja guru, psikologi guru

Abstract: Lesson Study is a practice of the teachers that is origin from Japan which give the positive impact towards the quality of educators’ professionalism. This innovation will encourage the teacher to work collaboratively in sharing of knowledge, experience as well as research throughout the teaching period. However, the culture of Lesson Study has not been widely implemented in Malaysia eventhough it has been established here for the past 9 years.

This is because, most of the teachers consider that this Lesson Study is an additional workload that causes emotional disturbance and also can cause stress among them. The purpose of this

(2)

study was to identify the relationship between teachers’ acceptance towards the implementation of Lesson Study with teachers’ stress related to Lesson Study workload. This study used a survey method by using the questionnaire instrument. A total of 186 teachers who teach in sekolah menengah kebangsaan harian were selected to be the study sample. The data were analyzed descriptively and inferentially using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software. The findings of this study show that the level of knowledge of the teacher and the level of teachers’ acceptance towards the implementation of Lesson Study is high. However, the level of teachers’ stress related to Lesson Study workload is at a low level. The results of the inferential analysis found that there was no significant difference in the mean score of teachers’ acceptance of Lesson Study based on the years of teaching experience. While, there is a negative and very weak relationship between teachers’ acceptance towards the implementation of Lesson Study with teachers’ stress related to Lesson Study workload. In conclusion, teachers need to be given more effective exposure to the implementation of Lesson Study so that they can further improve the quality of teaching professionalism in the future.

.

Keywords: Lesson Study, teacher professionalism, professional learning community (PLC), teachers’ workload, teachers’ psychology

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pembangunan negara yang kian pesat kini mendesak kerajaan untuk melakukan sesuatu pembaharuan dan transformasi terhadap sistem pendidikan negara supaya setanding dengan pendidikan antarabangsa. Hal ini berharapan agar dapat melahirkan generasi-generasi yang bijak pandai dan mampu berdaya saing di peringkat global serta dapat menghadapi cabaran dunia masa kini (Radin & Yasin 2018). Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu pendekatan baharu kepada guru-guru iaitu pendekatan Kajian Pembelajaran di Malaysia. Kajian Pembelajaran merupakan satu amalan guru dalam pendidikan yang berasal dari negara Jepun di mana ianya adalah berkaitan dengan kajian serta penelitian yang dilakukan terhadap kaedah pengajaran guru supaya dapat memantapkan lagi kualiti pengajaran guru di dalam kelas (Zanaton et al. 2014; Md Yusoff et al. 2014; Chiew, Mohd Hasani & Lim 2016a; Tan, Ooi & Teh 2017; Copriady 2013).

Pendekatan ini memerlukan kerjasama daripada pihak-pihak tertentu terutamanya pihak guru, pentadbir sekolah dan pakar-pakar yang terlibat (Md Yusoff et al. 2014; Bitty & Vincent 2017).

Menurut Banda et al. (2014), Kajian Pembelajaran bukan sahaja dapat memperbaiki teknik dan kemahiran guru mengajar malah mampu meningkatkan tahap pengetahuan guru terhadap kandungan kurikulum sekolah. Perkara ini merupakan salah satu usaha gigih pihak kerajaan untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti seiring dengan memajukan sistem pendidikan di negara ini.

Namun begitu, perubahan dan transformasi dalam sistem pendidikan negara yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan membuatkan guru mengalami tekanan lebih-lebih lagi apabila melibatkan pertambahan dalam bebanan kerja (Tajulashikin, Fazura & Mohd Burhan 2013). Menjadi seorang guru tidaklah semudah yang disangkakan kerana profesion ini sering kali berhadapan dengan pelbagai cabaran (Lia Indah & Ruslin 2018; Nurul Shafinaz 2013). Hal ini kerana, kerjaya guru agak terkenal dengan kerja yang mempunyai bebanan tugas yang sangat berat dalam memberi pendidikan yang terbaik untuk pelajar (Norashid & Hamzah 2014). Menurut Noor Mala (2015), tekanan wujud apabila adanya tanggapan tentang perbandingan antara arahan dan kebolehan untuk melaksanakan arahan tersebut dengan jayanya. Walaupun begitu, kajian Baharin dan Mariam (2010) serta kajian Tajulashikin, Fazura dan Mohd Burhan (2013) pula berpendapat bahawa tekanan merupakan gangguan yang dialami oleh guru sama ada dari

(3)

segi fisiologi atau psikologi disebabkan oleh ketidakupayaan guru dalam melaksanakan tugas- tugas yang diberikan sehinggakan timbulnya satu tekanan yang berada pada tahap yang tidak terkawal. Kegagalan dalam mengatasi tekanan yang di alami akan memberi impak kepada kesihatan guru dari segi fizikal mahupun mental serta memberi kesan terhadap interaksi antara guru dan pelajar sekaligus mengurangkan prestasi mereka dalam sesi pengajaran (Helen et. al 2005; Noor Mala 2015; Morris & Crispina 2015).

Dalam kajian-kajian lepas masih kurang penekanan kajian mengenai kesan pelaksanaan Kajian Pembelajaran terhadap psikologi guru di mana kebanyakannya kajian-kajian yang telah dilaksanakan di Malaysia lebih memfokuskan tentang faktor, kepentingan serta impak Kajian Pembelajaran terhadap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar sahaja. Meskipun pendekatan ini mampu memberi kebaikan kepada kualiti pengajaran guru dan juga pencapaian pelajar, namun tanpa mengambil berat tentang impak psikologi guru dalam pelaksanaannya, prestasi guru juga akan terkesan. Hal ini yang demikian akan menjejaskan hubungan antara guru serta pelajar. Justeru itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru dan tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran serta tahap tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran. Dalam kajian ini juga akan menekankan mengenai hubungan antara penerimaan guru dengan tekanan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran.

Berikut merupakan objektif kajian ini iaitu untuk mengenal pasti:

i) tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran di sekolah ii) tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran di sekolah iii) tahap tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran di sekolah iv) perbezaan antara penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran

berdasarkan tahun pengalaman guru mengajar

v) hubungan antara penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran dengan tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran di sekolah

2. Kajian Pembelajaran dalam Pendidikan

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kajian Pembelajaran ini mempunyai banyak kebaikan bukan sahaja kepada guru-guru malah kepada pelajar-pelajar juga. Pelaksanaan Kajian Pembelajaran yang baik akan memberi kesan yang efektif terhadap pengajaran guru. Pelajar akan mudah faham dan kawalan kelas akan lebih terjaga jika teknik pelaksanaan Kajian Pembelajaran dapat dijalankan dengan betul. Perkara ini selari dengan kajian (Md Yusoff et al.

2014) di mana guru-guru pelatih mendapat impak yang positif selepas menjalankan pendekatan ini. Begitu juga dengan dapatan daripada kajian Tan, Ooi dan Teh (2017) yang menunjukkan berlakunya perubahan dari segi pengajaran dalam kalangan guru pelatih selepas program Kajian Pembelajaran dilaksanakan. Dengan adanya program ini, guru-guru terutamanya guru pelatih akan sentiasa dipantau dalam memperbaiki teknik pengajaran ke arah yang lebih cemerlang.

Selain itu, Kajian Pembelajaran juga dapat membantu guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir supaya lebih kreatif dan kritis (Bitty & Vincent 2017; Zanaton et al. 2014). Teknik pengajaran akan dipelbagaikan dengan adanya kolaboratif daripada guru-guru yang mempunyai pelbagai jenis pengalaman dalam merancang pengajaran supaya menjadi lebih menarik. Hal ini akan menggalakkan guru melakukan pertukaran idea dan pengalaman (Ewe, Chap & Munirah 2010) serta melatih mereka bekerja dalam kumpulan (Siti Malikhah 2016).

Oleh yang demikian, Kajian Pembelajaran secara tidak langsung dapat membuka peluang

(4)

kepada guru-guru berinteraksi sosial (Lander 2015) dan bertukaran idea bukan sahaja sesama rakan-rakan di sekolah yang sama malah berlainan sekolah juga. Dalam interaksi sosial tersebut, sokongan dan kerjasama daripada guru-guru untuk melibatkan diri secara aktif amatlah penting bagi menjayakan lagi pelaksanaan Kajian Pembelajaran. Tanpa sokongan, pendekatan ini tidak mampu berjalan dengan lancar kerana ianya adalah satu program yang berlangsung secara berkumpulan.

Kajian Pembelajaran juga dapat meningkatkan kemahiran mengajar guru dari segi pedagogi seperti kefahaman dan penguasaan terhadap sesuatu topik (Copriady 2013). Perbincangan secara kritikal akan dilakukan oleh guru untuk meningkatkan lagi kefahaman terhadap sesuatu topik. Perkongsian teknik mengajar serta tips-tips penting oleh guru yang berpengalaman akan menyebabkan guru-guru baru mendapat satu gambaran untuk memperbaiki teknik pengajaran mereka. Penjanaan ilmu baru akan terus berlaku selagi adanya program seperti Kajian Pembelajaran ini. Justeru itu, Kajian Pembelajaran juga dapat melatih guru untuk sentiasa bersedia dalam menerima ilmu pengetahuan yang baru dan berpegang pada konsep belajar sepanjang hayat. Secara tidak langsung, guru-guru juga akan sentiasa bersedia untuk berubah kearah yang lebih baik ketika mengajar kerana sentiasa dipantau oleh guru-guru yang lain.

Namun begitu terdapat sedikit salah faham yang selalu dilakukan oleh guru dalam pelaksanaan Kajian Pembelajaran. Menurut Siti Malikhah (2016), guru sering mengalami salah faham untuk melakukan penilaian terhadap tingkah laku pelajar di dalam kelas tetapi pada hakikatnya Kajian Pembelajaran ini sepatutnya lebih tertumpu kepada pemerhatian terhadap pembelajaran pelajar. Perkara ini di sokong oleh kajian Ewe, Chap dan Munirah (2010) dimana kajian pembelajaran mampu menyelami pembelajaran pelajar dan segala miskonsepsi serta kesilapan pembelajaran pelajar dapat dikesan oleh guru. Pemikiran seperti ini perlu diubah supaya objektif pelaksanaan Kajian Pembelajaran ini dapat dicapai dengan jayanya.

3. Tekanan Guru berkaitan dengan Kajian Pembelajaran

Tekanan yang teruk akan memberi kesan yang negatif kepada emosi, kognitif dan fizikal seseorang. Isu tekanan dalam kalangan guru merupakan satu isu yang sering diperkatakan dasawarsa ini. Guru berperanan penting dalam memastikan pelajar-pelajar mendapat pendidikan yang sekata. Sesi pengajaran guru haruslah berkualiti supaya ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan cemerlang kepada para pelajar. Dalam menghasilkan pendidikan yang berkualiti, guru perlu menyiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran mengajar yang terbaik untuk melahirkan generasi yang bijak pandai. Guru juga perlu bersedia dalam menghadapi setiap perubahan dalam sistem pendidikan.

Namun begitu, usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti mengajar ini seperti menghadiri kursus bakal menjadi bebanan tugas baru kepada guru dan akan menyebabkan masalah tekanan bertambah kronik. Kebanyakan guru juga mengalami tekanan kerana dihujani oleh bebanan kerja yang tidak berkaitan. Tugas hakiki seorang guru bukan sahaja mengajar, malah perlu melakukan aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah termasuklah mendidik pelajar kearah memiliki sahsiah diri yang lebih baik (Tajulashikin, Fazura & Mohd Burhan 2013). Disebabkan terbeban dengan tugas-tugasan yang banyak, tekanan akan tercetus dalam diri guru-guru tersebut.

Menurut Baharin dan Mariam (2010), apabila tekanan dalam diri individu melampaui batas dan tidak dapat di kawal oleh badan dan mengganggu dari segi mental serta fizikal seseorang, maka individu tersebut telah mengalami tekanan yang teruk. Dalam skop kajian ini, bebanan kerja yang dimaksudkan adalah amalan kajian pembelajaran di sekolah.

Bebanan kerja yang berlebihan merupakan salah satu aspek yang boleh menyebabkan tekanan melanda guru-guru (Fadilah 2012). Kepelbagaian peranan dan tanggungjawab di sekolah menyebabkan guru-guru terbeban dan hal ini dapat meningkatkan tahap tekanan setiap individu

(5)

guru. Meskipun berdasarkan kajian lepas tahap tekanan guru masih dalam kawalan, namun perkara ini perlu dititikberatkan supaya ianya tidak memudaratkan kesihatan mental guru-guru di Malaysia. Menurut Tajulashikin, Fazura dan Mohd Burhan (2013), bebanan kerja guru adalah meliputi tugas-tugas yang melibatkan waktu akademik dan juga di luar waktu akademik seperti merancang pengajaran, mengganti guru yang tidak hadir, pengkeranian, tugasan sebagai guru ko-kurikulum, mengemaskini jadual-jadual yang berkaitan dan pelbagai lagi.

4. Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan secara kuantitatif di mana ianya menggunakan kaedah tinjauan. Guru- guru yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan harian di satu daerah dalam negeri Selangor mewakili populasi kajian ini. Kaedah persampelan yang telah digunakan adalah secara persampelan rawak berstrata di mana ianya mengambil kira kriteria populasi yang tidak seragam seperti pengalaman menyertai program Kajian Pembelajaran. Penggunaan kaedah persampelan ini dipilih kerana amalan Kajian Pembelajaran belum menjadi satu budaya lagi di Malaysia (Katina, Khalid & Ovelyn 2013) dan tidak semua guru pernah terlibat dalam program ini.

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, instrumen soal selidik telah digunakan. Instrumen ini telah dibina oleh pengkaji berdasarkan kajian-kajian lepas di mana ianya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian A (data demografi), Bahagian B (pengetahuan dan penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran) dan Bahagian C (tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran). Setiap item yang terdapat di dalam instrumen ini telah dikesahkan oleh pakar-pakar yang terlibat. Analisis korelasi Pearson juga digunakan untuk menentukan kesahan instrumen melalui nilai korelasi item yang diperbetulkan (corrected item- total correlation). Bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen pula, pekali Cronbach’s alpha telah digunakan. Dalam kajian ini, didapati bahawa nilai Cronbach’s alpha bagi konstruk pengetahuan guru, penerimaan guru dan tekanan guru berkaitan pelaksanaan Kajian Pembelajaran masing-masing adalah 0.954, 0.947 dan 0.874.

5. Perbincangan dan Kesimpulan Data Demografik kajian

Berdasarkan Jadual 1, seramai 69 orang (37.1%) guru lelaki dan 117 orang (62.9%) guru perempuan yang terlibat dalam kajian ini. 171 orang (91.9%) daripadanya adalah berbangsa Melayu, 7 orang (3.8%) yang berbangsa Cina, 6 orang (3.2%) berbangsa India dan 2 orang (1.1%) berbangsa lain-lain iaitu India Muslim. Dari segi pengalaman mengajar pula, didapati seramai 80 orang (43.0%) mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun mengajar, manakala 67 orang (36.0%) berpengalaman antara 5 hingga 10 tahun mengajar dan 39 orang (21.0%) berpengalaman kurang daripada 5 tahun mengajar. Kesemua guru (100%) dalam kajian ini dilaporkan pernah terlibat dalam program Kajian Pembelajaran sama ada secara langsung atau sebaliknya. Kemudiannya, bagi pengalaman menghadiri kursus formal Kajian Pembelajaran pula, terdapat seramai 125 orang (67.2%) mempunyai pengalaman sebanyak 1 hingga 2 kali, 19 orang (10.2%) berpengalaman sebanyak 3 hingga 5 kali dan 15 orang (8.1%) mempunyai lebih daripada 5 kali pengalaman manakala terdapat 27 orang guru (14.5%) yang tidak pernah menghadiri mana-mana kursus berkaitan Kajian Pembelajaran.

(6)

Jadual 1: Latar belakang demografi responden kajian

Latar Belakang Demografik Item Kekerapan Peratusan (%)

Bangsa Melayu

Cina India Lain-lain

171 7 6 2

91.9 3.8 3.2 1.1

Jantina Lelaki

Perempuan

69 117

37.1 62.9 Pengalaman mengajar <5 tahun

5 hingga 10 tahun

>10 tahun

39 67 80

21.0 36.0 43.0 Keterlibatan dalam program kajian

pembelajaran

Terlibat 186 100

Pengalaman menghadiri kursus kajian pembelajaran

Tidak pernah 1 hingga 2 kali 3 hingga 5 kali

>5 kali

27 125

19 15

14.5 67.2 10.2 8.1

Pengetahuan Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian Pembelajaran

Jadual 2 menunjukkan hasil analisis deskriptif bagi item-item tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran yang diperolehi secara terperinci. Berdasarkan jadual dibawah didapati secara keseluruhannya, kesemua item berapa dalam interpretasi tahap tinggi dimana skor min yang diperolehi adalah antara 3.84 hingga 4.10. Nilai skor min bagi item no.

7 merupakan nilai yang paling rendah (3.84) manakala item no. 6 mempunyai nilai skor min yang paling tinggi (4.10). Justeru itu, hasil analisis deskriptif ini menjelaskan bahawa tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran di sekolah adalah tinggi (3.98).

Jadual 2: Hasil deskriptif tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran

No Item Skor Min Sisihan

Piawai

Interpretasi 1. Kajian Pembelajaran memerlukan kolaborasi antara guru

dalam pelaksanaannya

4.01 0.678 Tinggi

2. Kajian Pembelajaran dapat mendorong guru untuk memahami perwatakan pelajar

3.92 0.767 Tinggi

3. Proses Kajian Pembelajaran membantu dalam menentukan strategi pengajaran yang sesuai mengikut konteks pelajar

3.99 0.694 Tinggi

4. Kajian Pembelajaran dapat meningkatkan pengetahuan guru terhadap kandungan kurikulum sekolah

3.98 0.712 Tinggi

5. Melalui Kajian Pembelajaran, guru dapat menentukan kesesuaian ABM mengikut pelajar

3.99 0.682 Tinggi

6. Kajian Pembelajaran mempunyai 5 kitaran iaitu penentuan matlamat, perancangan RPH,

pemerhatian/pencerapan, refleksi dan pengubahsuaian RPH

4.10 0.694 Tinggi

7. Kajian Pembelajaran dapat membantu guru untuk membentuk sahsiah pelajar

3.84 0.737 Tinggi

8. Kajian Pembelajaran menggalakkan guru berkolaboratif 4.04 0.688 Tinggi 9. Guru dapat mengawasi pelajar-pelajar dengan bantuan

guru-guru lain melalui Kajian Pembelajaran

3.91 0.703 Tinggi

Tahap Pengetahuan 3.98 0.598 Tinggi

(7)

Hasil dapatan ini menyokong dapatan daripada kajian Rohaida (2017) yang menyatakan bahawa guru Bahasa Melayu di dalam kajiannya mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap Kajian Pembelajaran. Selain itu, dalam kajian Chiew, Mohd Hasani dan Lim (2016a) juga ada membincangkan mengenai pengetahuan guru berkaitan dengan Kajian Pembelajaran yang mana pada mulanya, guru-guru kurang tahu dan tidak berkeyakinan untuk meneruskan pelaksanaan kajian pembelajaran ini. Dalam kajian tersebut juga ada beberapa orang guru yang mengalami masalah miskonsepsi semasa kitaran Kajian Pembelajaran yang kedua dijalankan.

Oleh kerana kurang menguasai pengetahuan tentang Kajian Pembelajaran, mereka lebih cenderung untuk mengelakkan diri daripada menghadiri program tersebut. Namun begitu, setelah mereka terlibat dengan beberapa kitaran, mereka lebih faham dan berkeyakinan untuk terus melibatkan diri dalam program itu.

Daripada penjelasan tersebut didapati guru-guru memerlukan pendedahan semaksimum yang mungkin tentang pendekatan Kajian Pembelajaran supaya mereka lebih mahir untuk melaksanakan Kajian Pembelajaran di sekolah. Kajian Md Yusoff et al. (2014) ada menyatakan bahawa meskipun pendekatan ini sudah berusia hampir seabad lamanya di negara Jepun, namun begitu ianya kurang terkenal di peringkat dunia. Di Malaysia, pendekatan Kajian Pembelajaran masih baru diperkenalkan dan masih belum menjadi satu budaya dalam kalangan guru (Zanaton et al. 2014). Oleh yang demikian, pendedahan Kajian Pembelajaran dalam kalangan guru masih belum memberangsangkan dan hal ini telah memberi kesan terhadap pengetahuan awal guru mengenai Kajian Pembelajaran. Menurut Nik Nur Salwa dan Zanaton (2012), guru yang tidak didedahkan dengan bengkel atau kursus Kajian Pembelajaran akan mengalami kesukaran untuk memahami kitaran pendekatan ini dengan betul. Hal ini kerana penglibatan guru dengan bengkel atau kursus Kajian Pembelajaran mampu meningkatkan tahap pengetahuan guru terhadap pendekatan tersebut. Chiew, Mohd Hasani dan Lim (2016b) juga menegaskan bahawa pengetahuan guru berkaitan dengan kandungan kurikulum dan kaedah pedagogi juga tinggi dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran namun ianya bergantung kepada sikap, latar belakang serta komitmen guru terhadap amalan Kajian Pembelajaran.

Namun begitu, dalam kajian Ewe, Chap dan Munirah (2010), peserta kajiannya iaitu guru terutamanya yang baru berkhidmat masih belum faham mengenai teknik-teknik pengajaran dalam Kajian Pembelajaran. Meskipun tahap pengetahuan masih rendah tentang pendekatan ini, mereka yakin bahawa sesi pengajaran melalui Kajian Pembelajaran mampu membantu mereka untuk merasa lebih selesa dan selamat untuk mempelajari kaedah pengajaran tersebut.

Hal ini kerana pelaksanaan Kajian Pembelajaran telah mewujudkan satu platform bagi guru- guru baru untuk mempelajari teknik dan strategi pengajaran daripada guru yang sudah berpengalaman. Oleh itu, pendedahan kaedah pengajaran seperti Kajian Pembelajaran ini hendaklah dititikberatkan dalam kalangan guru-guru baru kerana pendekatan ini dapat memberi banyak kebaikan kepada pembelajaran mereka untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang berkualiti.

Penerimaan Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian Pembelajaran

Hasil analisis deskriptif mengenai tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran ditunjuk dan dijelaskan melalui Jadual 4.5 di bawah. Berdasarkan jadual tersebut didapati, kesemua item dalam konstruk ini mempunyai nilai skor min di antara 3.85 hingga 4.05. Hal ini dapat menjelaskan bahawa tahap penerimaan guru berada pada tahap yang tinggi.

Daripada dapatan tersebut juga, item no. 5 memperolehi nilai min skor paling rendah (3.85) manakala item no. 1 mempunyai nilai skor yang paling tinggi (4.05). Oleh yang demikian, jelaslah bahawa hasil dapatan kajian ini menunjukkan tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran adalah berada pada tahap yang tinggi (3.99).

(8)

Jadual 3: Hasil deskriptif tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran

No Item Skor

Min

Sisihan Piawai

Interpretasi 1. Sesi pengajaran saya lebih bersistematik melalui Kajian

Pembelajaran

4.05 0.639 Tinggi

2. Saya lebih profesional melalui Kajian Pembelajaran 4.00 0.682 Tinggi 3. Kualiti pengajaran saya lebih baik melalui Kajian

Pembelajaran

4.04 0.677 Tinggi

4. Melalui Kajian Pembelajaran, tugas-tugas yang dijalankan bersama rakan sekerja menjadi lebih baik.

3.97 0.727 Tinggi

5. Saya sedia mengaplikasi Kajian Pembelajaran dalam amalan Pdpc saya.

3.85 0.732 Tinggi

6. Kajian Pembelajaran dapat membantu memperbaiki teknik pengajaran saya.

4.01 0.615 Tinggi

7. Saya dapat merancang pengajaran melalui Kajian Pembelajaran.

3.98 0.661 Tinggi

8. Kajian Pembelajaran membantu saya untuk memilih kaedah pengajaran yang sesuai dengan tajuk pembelajaran.

4.01 0.602 Tinggi

9. Pendekatan Kajian Pembelajaran meningkatkan kemahiran pengajaran saya

4.04 0.618 Tinggi

10. Saya merasakan kaedah pengajaran yang dipilih

bersesuaian hasil perbincangan dengan rakan dalam Kajian Pembelajaran.

3.99 0.641 Tinggi

Tahap Penerimaan 3.99 0.560 Tinggi

Dalam kajian ini menunjukkan guru-guru telah membuka peluang untuk menerima pendekatan pengajaran yang baru dalam profesion mereka supaya dapat meningkatkan kualiti pengajaran masing-masing. Menurut Bitty dan Vincent (2017), penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran bergantung kepada kesediaan serta kebolehan guru untuk membuat perubahan terhadap kemahiran mengajar di sekolah. Namun begitu, terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan di Malaysia mempunyai hasil dapatan yang tidak selari dengan kajian ini.

Rohaida (2017) menyatakan bahawa dalam kajiannya guru masih kurang bersedia kerana mereka tidak jelas mengenai kitaran Kajian Pembelajaran.

Kajian Ewe, Chap dan Munirah (2010) juga mendapati bahawa guru-guru kurang berkeyakinan dan tidak menunjukkan minat yang mendalam untuk berubah dari aspek kualiti pengajaran terutamanya guru-guru yang baru berkhidmat disebabkan oleh masih kurang pendedahan dan pengalaman. Selain itu, tahap penerimaan guru terhadap Kajian Pembelajaran boleh juga dipengaruhi oleh cara guru berfikir. Menurut Chiew, Mohd Hasani dan Lim (2016a), di antara faktor pelaksanaan Kajian Pembelajaran masih belum menjadi budaya di Malaysia adalah disebabkan oleh pandangan serta tanggapan guru tersebut. Hal ini kerana dalam kajiannya menyatakan bahawa guru-guru mempunyai kecenderungan untuk tidak memberi kerjasama sepanjang sesi kajian pembelajaran dijalankan hanyalah kerana mereka mempunyai perasaan terancam disebabkan oleh sesi pengajaran mereka dilihat oleh guru-guru yang lain. Mereka gusar jika kredibiliti mereka sebagai pengajar dipandang rendah oleh rakan sekerja yang lain.

Oleh kerana itu menjadi salah satu penghalang untuk mereka menerima pelaksanaan Kajian Pembelajaran dengan hati yang terbuka.

Namun yang demikian, kajian ini juga mempunyai hasil dapatan yang sama dengan beberapa kajian daripada luar Negara. Menurut Lamibao (2016), Kajian Pembelajaran diterima baik oleh guru-guru di Filipina dimana mereka dengan rela hati akan menyertai Kajian Pembelajaran.

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Copriady (2013) juga menyatakan bahawa hampir 90% guru-guru di Indonesia menerima pelaksanaan Kajian Pembelajaran secara positif dan

(9)

cuba untuk menerapkan inovasi ini sebagai satu pendekatan baru untuk memperbaiki teknik pengajaran masing-masing. Lander (2015) menegaskan bahawa guru memerlukan masa dan usaha yang gigih daripada pihak tertentu untuk menerima perubahan baru terhadap kemahiran pengajaran mereka.

Tekanan Guru berkaitan dengan Pelaksanaan Kajian Pembelajaran

Jadual 4 menunjukkan dan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai hasil dapatan analisis deskriptif tahap tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran. Daripada jadual tersebut, didapati bahawa skor min bagi kesemua item adalah berada pada nilai di antara 1.67 hingga 2.97 sahaja. Namun begitu, item yang mempunyai nilai skor min yang paling rendah (1.67) adalah item no.2 manakala item yang mempunyai nilai skor min yang paling tinggi (2.97) adalah item no.9. Item-item yang lain mempunyai interpretasi skor min yang rendah sahaja. Oleh itu, jelaslah bahawa daripada hasil dapatan ini didapati tahap tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran di sekolah berada pada tahap yang rendah (2.26).

Jadual 4: Hasil deskriptif tahap tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran

No Item Skor

Min

Sisihan Piawai

Interpretasi 1. Perbincangan Kajian Pembelajaran mengganggu tugasan

harian saya.

1.90 0.650 Rendah

2. Komitmen terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran membuat saya cemas.

2.97 1.068 Sederhana 3. Saya mengalami sakit kepala berulang kali disebabkan

oleh bebanan tugasan Kajian Pembelajaran

2.59 0.892 Rendah

4. Saya merasakan rutin tidur saya agak terganggu disebabkan oleh bebanan tugasan Kajian Pembelajaran

2.59 0.891 Rendah

5. Saya sering kali rasa sangat tertekan disebabkan oleh bebanan tugasan Kajian Pembelajaran

2.47 0.871 Rendah

6. Sepanjang pendekatan Kajian Pembelajaran dijalankan, saya akan rasa cepat marah

2.06 0.859 Rendah

7. Saya mempunyai niat untuk menarik diri daripada pelaksanaan Kajian Pembelajaran

2.10 0.802 Rendah

8. Saya berasa letih sepanjang sesi pendekatan Kajian Pembelajaran dilaksanakan

1.94 0.717 Rendah

9. Saya berasa tidak bermaya sepanjang sesi pendekatan Kajian Pembelajaran dilaksanakan

1.67 0.653 Sangat Rendah

Tahap tekanan guru 2.26 0.510 Rendah

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, bebanan tugasan Kajian Pembelajaran yang terlibat sepanjang kitaran pendekatan ini dijalankan hanya memberi sedikit kesan secara psikologi dan fisiologi terhadap pendidik. Meskipun begitu, guru-guru tetap mengalami tekanan berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran walaupun impaknya hanyalah sedikit dan tidak menggangu kehidupan seharian mereka. Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian-kajian yang lepas dimana guru-guru ada mengalami tekanan terutamanya berkaitan dengan bebanan tugas namun tekanan tersebut masih rendah dan boleh dikawal (Lia Indah & Ruslin 2018; Baharin & Mariam 2010; Morris & Crispina 2015; Noor Mala 2015;

Tajulashikin, Fazura & Mohd Burhan 2013; Fadilah 2012). Menurut Tajulashikin, Fazura dan Mohd Burhan (2013), meski pun tekanan guru berada pada tahap yang rendah, namun guru masih mengalami tekanan tersebut. Tanpa usaha dalam mengatasi masalah ini, tekanan yang lebih teruk bakal terjadi kepada guru seperti kemurungan, depresi dan tekanan jiwa (Noor Mala 2015; Nurul Shafinaz, 2013). Seperti yang diuar-uarkan, tekanan ditempat kerja yang berlebihan mampu merosakkan kerjaya seseorang kerana masalah ini boleh merosotkan

(10)

prestasi kerja dan kesihatan seseorang. Baharin dan Mariam (2010) juga percaya bahawa kesihatan fizikal serta mental akan mengalami gangguan apabila paras tekanan sudah melangkaui kawalan.

Dapatan kajian oleh Helen et al. (2005) pula menyatakan bahawa guru yang mengajar di sekolah menengah agama di Daerah Johor Bharu tidak mengalami tekanan di tempat kerja.

Namun yang demikian, daripada kajian tersebut juga didapati punca utama tekanan adalah disebabkan oleh bebanan kerja yang berlebihan dalam kalangan guru di sekolah tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa meskipun dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan guru tidak mengalami sebarang tekanan, namun bebanan kerja yang berlebihan boleh mendorong guru untuk mengalami tekanan ditempat kerja. Jelaslah bahawa profesion keguruan merupakan satu kerjaya yang sangat terkenal dengan mempunyai bebanan tugas yang tinggi.

Perbandingan Antara Penerimaan Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian Pembelajaran Dengan Tahun Pengalaman Guru Mengajar

Jadual 5 menunjukkan hasil dapatan daripada ujian ANOVA sehala dan didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran berdasarkan pengalaman guru mengajar (F(2,183)=0.539; p>0.05). Nilai kesan saiz yang dikira dengan menggunakan Eta kuasa dua ialah 0.0067. Hal ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang besar antara skor min penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran dengan tahun pengalaman guru mengajar.

Jadual 5: Ujian ANOVA penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran berdasarkan pengalaman guru mengajar

Jumlah Kuasa Dua

Darjah Kebebasan

Min Kuasa Dua Nilai F Signifikan

Antara Kumpulan 0.391 2 0.195 0.620 0.539

Dalam Kumpulan 57.633 183 0.315

Jumlah 58.023 185

Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa walaupun guru-guru mempunyai pengalaman mengajar yang masih baru, mereka tidak menafikan akan kepentingan Kajian Pembelajaran terhadap kualiti pengajaran mereka. Perbezaan dalam pengalaman mengajar tidak menjejaskan pengaruh guru-guru untuk menerima kebaikan Kajian Pembelajaran. Malah guru-guru lebih tertumpu untuk berkongsi ilmu sesama mereka supaya dapat meningkatkan lagi kualiti professionalism sebagai seorang tenaga pengajar. Kajian Pembelajaran dapat memberi banyak kebaikan kepada guru tanpa mengira pengalaman berkhidmat sebagai pengajar. Semasa pendekatan ini dijalankan pertukaran idea antara guru baru dan guru lama dapat membantu mereka merancang pengajaran yang strategik dan bersistematik. Daripada situ, guru yang baru berkhidmat akan dapat belajar cara menjadi guru yang cemerlang daripada guru yang sudah lama berkhidmat. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa dalam pelaksanaan Kajian Pembelajaran ini memerlukan kerjasama dan kolaborasi antara guru-guru tanpa mengira jumlah tahun berkhidmat sebagai guru.

Hubungan Antara Penerimaan Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian Pembelajaran Dengan Tekanan Guru Berkaitan dengan Pelaksanaan Kajian Pembelajaran

Berdasarkan Jadual 6, kajian ini mendapati bahawa pekali korelasi Spearman’s rho menunjukkan terdapat hubungan linear yang negatif dan sangat lemah antara penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran dengan tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran [r (184) = -0.276, p < 0.05]. Daripada dapatan itu, jelaslah bahawa kedua- dua pembolehubah tersebut mempengaruhi antara satu sama lain namun pengaruh tersebut tidak memberi impak yang besar kepada responden kajian.

(11)

Jadual 6: Hubungan antara penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran dengan tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran

Konstruk Pekali

Korelasi Spearman’s

rho (r)

Correlation of determination

(𝒓𝟐)

Tahap signifikan

Interpretasi kekuatan hubungan Hubungan antara penerimaan

guru dengan tekanan guru berkaitan amalan kajian

pembelajaran

-0.276 -0.076 0.001 Negatif dan

sangat lemah

**Signifikan pada aras 0.05

Hal ini menjelaskan bahawa semakin tinggi tahap penerimaan guru terhadap Kajian Pembelajaran, semakin kurang tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran. Namun begitu, ianya hanya memberi impak yang sangat sedikit. Daripada dapatan ini juga dapat menerangkan bahawa walaupun tugasan sepanjang kitaran Kajian Pembelajaran mampu memberi tekanan kepada guru, namun mereka tetap menerima pendekatan ini dan akur akan kepentingannya terhadap kualiti pengajaran. Kajian Pembelajaran bukan sahaja mampu memberi kebaikan kepada pengajaran guru malah dapat memberi kebaikan kepada pembelajaran pelajar. Justeru itu, pendekatan ini hendaklah didedahkan dan dijadikan sebagai satu amalan wajib dalam kalangan guru supaya dapat melahirkan tenaga pengajar yang berkualiti sekaligus dapat mendidik anak bangsa kearah kecemerlangan.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, guru-guru perlu diberi pendedahan yang lebih efektif terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran supaya mereka dapat meningkatkan lagi kualiti profesionalism keguruan pada masa hadapan. Dengan harapan pendekatan ini mampu menjadi satu budaya baru dalam kalangan guru memandangkan Kajian Pembelajaran bukan sahaja memberi kebaikan pada guru malah pembelajaran pelajar juga turut mendapat impak yang positif. Meskipun tugasan sepanjang kitaran Kajian Pembelajaran sedikit membebankan guru- guru, namun inovasi ini dapat memberi impak kepada sistem pendidikan negara. Oleh yang demikian, pihak KPM hendaklah menimbangtara antara tugasan yang perlu dan tugasan yang tidak perlu supaya tekanan dalam kalangan guru dapat diatasi dengan lebih awal sekaligus dapat menerapkan budaya Kajian Pembelajaran ini dalam kalangan guru di sekolah.

Rujukan

Baharin Abu, & Mariam Aziz. (2010). Stress dalam Kalangan Guru di Dua Buah Sekolah Menengah di Kawasan Skudai. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Banda, B., Mudenda, V., Tindi, E., & Nakai, K. (2014). Lesson Study Practice of Science Teachers in Zambia: It’s Effects, Enhancing and Hindering Factors. New Perspective in Science Education, 8, 3–7.

Bitty Ansawi, & Vincent Pang. (2017). The Relationship between Professional Learning Community and Lesson. Sains Humanika, 9(1–3), 63–70.

Chiew, C. M., Mohd Hasani Dali, & Lim, C. S. (2016a). Issues Relating to the Implementation of Lesson Study in the Malaysian Education Context. Journal of Research & Method in Education, 6(3), 77–85.

Chiew, C. M., Mohd Hasani Dali, & Lim, C. S. (2016b). Implementation of Lesson Study as an Innovative Professional Development Model among Malaysian School Teachers.

Malaysian Journal of Learning and Instruction, 13(1), 83–111.

(12)

Copriady, J. (2013). The Implementation of Lesson Study Programme for Developing Professionalism in Teaching Profession, Asian Social Science, 9(12), 176–186.

Fadilah Mohd. (2012). Stres dalam Kalangan Guru Sekolah Tunas Bakti Jerantut: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Helen Malaka, Rojiah Abdullah, Nora’azian Rohani, Eldrana Augustin Daniel & Mustafa Kamal Mohammad. (2005). Hubungan Punca Stres Dan Tahap Stres Di Kalangan Guru- Guru Di Sebuah Sekolah Menengah Agama Johor Bahru. Prosiding Seminar Pendidikan, 1–12.

Katina, M., Khalid Johari, & Ovelyn, M. (2013). The Perception of Teachers and Students toward Lesson Study Implementation at Rural School of Sabah: A pilot study. Procedia- social and behavioral sciences, 90, 245-250.

Lamibao, L.S. (2016). Enhancing Mathematics Teachers’ Quality through Lesson Study.

Springerplus, 5, 1590.

Lander, B. (2015). Lesson study at the Foreign Language University Level in Japan: Blended Learning, Raising Awareness of Technology in the classroom. Emerald Insight, 4(4), 362–382.

Lia Indah Ahmad, & Ruslin Amir. (2018). Tekanan Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan 2018, April, 82–95.

Md Yusoff Daud, Zanaton Iksan, Fariza Khalid, & Roslinda Rosli. (2014). Refleksi Pendekatan Lesson Study Dalam Menjalani Latihn Mengajar oleh Bakal Guru Sains di Beberapa Sekolah Terpilih. World Association of Lesson Studies International Conference.

Nik Nur Salwa & Zanaton Iksan. (2012). Pendedahan, pengetahuan dan kesediaan guru sains menggunakan model pengajaran lesson study. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Malaysia-Indonesia, Oktober, 309- 312.

Noor Mala. (2015). Pengaruh Tahap Stres Terhadap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pengajar Kolej Vokasional Di Negeri Pahang. Tesis Sarjana, Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Norashid Othman, & Hamzah Md. Omar. (2014). Beban Tugas dan Motivasi Pengajaran Guru di Sekolah Menengah Daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan, 5, 35–57.

Nurul Shafinaz Halim. (2012). Menentusahkan Faktor Tekanan Kerja Guru Sekolah Menengah Gred A Daerah Batu Pahat. Tesis Sarjana, Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Radin, M. & Yasin, M. A. M. Z. (2018). Perlaksanaan Pendidikan Abad ke-21 di Malaysia:

Satu Tinjauan Awal. Sains Humanika, 21, 1–6.

Rogers, E. M. (1962). Diffusion of innovations. New York: Free Press.

Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations. Ed ke-5. New York: Free Press.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil, & Nordin Abd Razak. (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar : Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 61–

69.

Siti Malikhah Towaf. (2016). Integration of Lesson Study in Teaching Practice of Social Study Student Teachers to Improve the Quality of Learning and Promote a Sustainable Lesson Study. Journal of Education and Practice, 7(18), 83–91.

Tajulashikin Jumahat, Fazura Mohd Noor, & Mohd Burhan Ibrahim. (2013). Faktor-Faktor Penentu Stres Dalam Kalangan Guru: Sekolah Rendah Mubaligh Di Kuala Lumpur.

Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1, 1–11.

Tan, A. L., Ooi, S. Y., & Teh, H. L. (2017). Lesson Study: Amalan Berkolaborasi Untuk Pembelajaran Berkesan Di Institut Pendidikan Guru. Proceedings of the ICECRS, 1(1), 21–30.

(13)

Zanaton H. Iksan, & Marziah Md. Rahim. (2017). Reflections on Teaching and Learning of Mathematics through Lesson Study and Video Critique. Advances in Social Sciences Research Journal, 4(1), 50–61.

Zanaton H. Iksan, Aidah Abdul Karim, Fariza Khalid, Effandi Zakaria, Rosseni Din, Md Yusof Daud, & Roslinda Rosli. (2014). Lesson Study (Jogyoukenyu): Kajian Perbandingan Jepun dan Malaysia. The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014), 271-278.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Oleh yang demikian, kajian terhadap pembentukan Model Kepimpinan Murabbi ini adalah salah satu cara mengatasi ketidak upayaan guru dan kepimpinan sekolah di dalam

Justeru, kajian ini memberi tumpuan untuk mengkaji penglibatan guru dalam membuat keputusan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) serta pengaruhnya terhadap perlakuan

Sehubungan dengan itu, kajian ini memberi penumpuan dalam mengkaji impak efikasi guru kepada pembelajaran pelajar dengan memberi fokus kepada persepsi pelajar

Hasil dari kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan untuk mengembangkan Pendidikan Seni Visual dalam kalangan pelajar di Hilir Perak dan memberi kefahaman kepada guru-guru

Lagipun di antara kedua negara tesebut, terdapat banyak persamaan di antara mereka dari segi sosial, ekonomi, politik yang tidak memberi kesan negatif kepada

Kajian ini telah mengenal pasti persepsi guru-guru di sekolah menengah di Kajang terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita, tahap motivasi kerja mereka dan hubungan antara persepsi

Di samping itu mereka memerlukan tempat khas yang memberi sokongan pembelajaran khusus terhadap pembelajaran mereka dan guru-guru yang terlatih serta mempunyai

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan kepimpinan pengagihan instruksional pengetua terhadap sikap optimistik akademik guru dan kesedaran organisasi sekolah serta