• Tiada Hasil Ditemukan

PEMBINAAN MODEL RESILIENSI REMAJA SEKOLAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "PEMBINAAN MODEL RESILIENSI REMAJA SEKOLAH "

Copied!
12
0
0

Tekspenuh

(1)

PEMBINAAN MODEL RESILIENSI REMAJA SEKOLAH

IBRAHIM BIN TAIB

TESIS DISERAHKAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN

IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

FEBRUARI 2011

(2)

i

(3)

ii

Sinopsis

Kajian dijalankan bertujuan untuk membina model resiliensi remaja. Penentuan hubungan antara sikap resiliensi dengan daya tindak (coping), akulturasi dan faktor protektif juga dikenalpasti. Sampel kajian yang terlibat adalah seramai 510 orang pelajar awal remaja dari sekolah-sekolah terkawal (Primier, Elit dan Agama) di negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pelajar-pelajar ini datang dari keluarga yang sosiekonominya rendah, persekitaran yang kurang memberangsangkan serta serba kekurangan dan mengalami pelbagai kesulitan dan kepayahan dalam kehidupan dengan penuh risiko. Mereka telah menunjukkan kecemerlangan dalam akademik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk : (i) Mengenalpasti sikap resiliensi dikalangan pelajar sekolah terkawal, (ii) Menentukan peranan faktor protektif (keagamaan, teras kepercayaan dan kerohanian) sebagai moderator antara sikap resiliensi dan daya tindak serta dapat menjadi pelindung dalam masa tekanan dan kesusahan, (iii) Menentukan hubungan antara sikap resiliensi dengan daya tindak, akulturasi, dan faktor protektif. Pembinaan model dengan teknik Model Persamaan Struktural (Structural Equation Modeling) telah di hasilkan berasaskan data empirikal untuk menunjuk dan menjelaskan perhubungan faktor-faktor yang dikaji . Kemudiannya, model ini diuji untuk menentukan sama ada model tersebut berpadanan (fit) dengan data. Data telah dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik melalui kaedah penyelidikan tinjauan (survey). Program SPSS digunakan untuk menganalisis data, AMOS untuk pembinaan model dan SmartPLS untuk menghasilkan moderasi. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ada hubungan positif yang signifikan antara sikap resilien dengan daya tindak dan faktor protektf. Sebaliknya hubungan negatif dengan akulturasi. Hasil analisis SEM menunjukkan model yang dibentuk fit dengan kempat-empat set data pembolehubah yang dikaji, ( χ² = 110.671, N= 510, P < 0.05, GFI= 0.965, AGFI= 0.939, TLI= 0.943, CFI= 0.961, RMSEA= 0.054, CMIN/DF= 2.459). Dapatan kajian didapati bahawa faktor protektif adalah sebagai moderasi antara daya tindak dengan sikap resiliensi. Model yang dibina diuji juga berdasarkan jantina, jenis sekolah dan lokasi sekolah, hasilnya menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan. Penemuan kajian ini mencadangkan agar satu sokongan intervensi dapat di hasilkan dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan kemahiran berdaya tindak dan sikap resiliensi. Keputusan kajian juga menunjukkan ada perkara-perkara penting yang perlu diambilkira seperti faktor protektif berasaskan keagamaan,teras kepercayaan dan kerohanian yang dapat mempengaruhi peningkatan sikap resiliensi remaja pelajar . Akhirnya, dapatan kajian mencadangkan perlu ada semakan dalam item Skala Sikap Resiliensi Remaja, Adolescent Resiliency Attitude Scale (ARAS) dan penumpuan yang lebih perlu ditumpukan pada analisis psikometrik dan lain-lain skala dalam penyelidikan mengenai resiliensi. Hasil kajian ini boleh memberi manfaat kepada pelajar, ibu bapa, sekolah, kementerian dan masyarakat tentang betapa pentingnya memberi perhatian kepada pembangunan dan kebangkitan semula anak-anak yang pernah mengalami kesusahan dan tekanan baik dari aspek fizikal dan rohani. Remaja pelajar yang mempunyai sikap resilien dan daya tindak yang tinggi boleh menjadi generasi yang berilmu, berwibawa, bertakwa dan berketrampilan. Seterusnya, melahirkan modal insan kelas pertama yang menjadi pemangkin dan peneraju masa depan negara dalam pelbagai bidang.

(4)

iii

Synopsis

The purpose of the study was to construct an adolescent resiliency model. The determinants in the relationship of resilience to coping skills, acculturation and protective factors were also identified. A sample of 510 adolescent students from government-aided schools (premier, elite, religious) in east coast state in the Peninsular Malaysia participated in the study. The students were from low socio-economic background, living in challenging conditions deficient in modern facilities, and exposed to adversity and risks. In spite of that, these students have shown academic excellence. The main objectives of this study were: (1) to identify resiliency among students in government-aided schools, (ii) to determine the role of protective factors (religion, core convictions, and spirituality) as moderators between resiliency and coping skills as well as protection against stress and difficulty, (iii) to determine the relationship between resiliency and coping skills, acculturation, and protective factors. A model was constructed through Structure Equation Modeling (SEM) based on empirical data to show and clarify the relationships among the factors under study. The model was later tested to determine if there was a fit with the data.

Data were collected using questionnaires through survey methodology. SPSS programme was used to analyze the data, AMOS for model construction, and SmartPLS to generate moderation.

The findings of the study indicate that there was a positive and significant relationship between resiliency and coping skills as well as protective factors. On the other hand, there was a negative relationship between resiliency and acculturation. The resulting analysis of SEM indicates that the model has a fit with all the four sets of independent variables ( χ² = 110.671, N= 510, P < 0.05, GFI= 0.965, AGFI= 0.939, TLI= 0.943, CFI= 0.961, RMSEA= 0.054, CMIN/DF= 2.459). The findings of the study also indicate that the protective factors were moderating coping skills and resiliency. The model which was also tested on gender and school types and locations shows that these differences were not significant. The findings of this study suggest that an intervention programme can be incorporated in the teaching and learning activities based on coping skills and resiliency. The outcome of the study also indicates that there are some important issues to be considered such as protective factors based on religion, core beliefs and spirituality which could enhance resiliency amongst adolescent students.

Finally, the results of this study suggest that there should be a revision of items in the Adolescent Resiliency Attitude Scale (ARAS), and focus should be directed on psychometric analysis and other scales in research on resiliency. The findings from this study benefit students, parents, schools, the Ministry of Education, and society at large with regards to the importance of focusing on development and revival of children who have been exposed physically and emotionally to adversity and stressful situations. Adolescent students who possess high resiliency and coping skills are able to become knowledgeable generation with conviction, sincerity, and self-confident. Consequently, the nation will be able to generate first class human capital who will be the driving forces and leaders of the future in various disciplines.

(5)

iv

PENGHARGAAN

ميحرلا نمحرلا للها مسب

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi Muhammad s.a.w., serta berbanyak kesyukuran ke hadrat IlIahi di atas segala limpah kurniaNya, maka penyelidikan dan tesis ini dapat disiapkan. Justeru, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang menaja pengajian serta peluang untuk cuti belajar bagi mencari dan meneroka ilmu untuk kesejahteraan negarabangsa.

Saya mengambil peluang dan kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan kepada keluarga yang sentiasa memberikan semangat dan peransang serta mendoakan kejayaan saya Setinggi-tinggi penghargaan disampaikan kepada penyelia saya Dr. Shahril bin Jamaludin dan Prof Dr. Zulkifli bin Ab.Manaf yang begitu perihatin dan sabar dalam membimbing saya untuk menyiapkan tesis ini. Tanpa galakan, sokongan dan panduan beliau tentu penyeIidikan dan tesis ini tidak dapat dihasilkan.

Saya juga ingin memanjangkan penghargaan ini kepada panel vetting yang banyak memberikan komen yang membina terhadap cadangan penyeIidikan, iaitu, Prof Dr. Khadijah Rohani binti Mohd Yunus , Dr. Sharil Lim bin Abdullah dan Prof. Madya Dr. Wan Hasmah binti Wan Mamat,

Penghargaan juga ditujukan kepada individu-individu yang turut menyumbang bantuan dan galakan dalam proses membina dan menyiapkan tesis ini secara langsung atau pun tidak langsung, khususnya kepada Prof. Dr. Kamariah binti Abu Bakar, Dr. Samsilah binti Roslan (UPM), dan Dr. Noraein binti Mansor (UMT).

Penghargaan juga diberikan kepada semua responden yang telah sudi memberikan kerjasama dalam menyertai penyeIidikan ini. Akhir sekali penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan dan tesis ini,.

Semoga sumbangan semua pihak mendapat ganjaran sewajarnya daripada Allah s.w.t.

(6)

v

DAFTAR KANDUNGAN

Kandungan Muka

Surat

Peakuan Keaslian Penulisan i

Sinopsis ii

Synopsis iii

Penghargaan iv

Jadual Kandungan v

Senarai Jadual viii

Senarai Rajah Senarai Singkatan

ix x

BAB 1 : PENDAHULUAN

Latar Belakang Kajian 1

Pernyataan Masalah 4

Model Kerangka Teori 9

Objektif Kajian 26

Soalan Kajian 27

Kepentingan Kajian 29

Batasan Kajian 31

Definisi Operasional 31

BAB 2 : SOROTON KAJIAN

Pengenalan 37

Tinjauan literatur resilien 38

Mengapa minat tentang resilien meningkat 40

Kritikan utama bagi literatur resilien 41

Resilien dan Faktor Protektif 47

Resilien pelajar 49

Daya Tindak, Budaya dan Teori Daya Tindak 51

Penilaian Terhadap Penyelidikan Keatas Resilien Pendidikan 62

Isu-isu dalam mendefinisikan resiliensi 65

Penyelidikan Resilien Klasik 69

Penyelidikan Keatas Resilien Pendidikan 73

Implikasi amalan resiliensi dalam pendidikan 90

Sokongan Guru dan harapan pelajar 93

Menggalakkan resilien di sekolah 96

Implikasi kajian mengenai resilien 102

Kesimpulan 104

(7)

vi

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan 106

Reka bentuk penyelidikan 107

Populasi dan sampel kajian 108

Instrumentasi 111

Prosedur Kajian 144

Analisis Data 144

Model Persamaan Struktural 148

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN

Pengenalan 162

Latar Belakang Sampel 164

Dapatan Secara Deskriptif 165

Analisis Model Persamaan Struktural 168

Analisis Model Cadangan 170

Uji Konformatori antara Konstruk Endogen 173

Estimasi Persamaan full Model 178

Normaliti 179

Analisis Model Fit Model cadangan 181

Membandingkan Kaedah Anggaran Menggunalkan Bootstraping 182

Trianggulasi 184

Bollin-Stine Bootstraping 184

Modifikasi Model 185

Analisis model fit Modifikasi model 187

Model parsimoni 188

Analisis model fit model Parsimoni 189

Pengujian Soalan-Soalan Kajian 189

Analisis Menyeluruh model Fit mengikut Kumpulan Pelajar dari Sekolah Lokasi Bandar dan Luar Bandar

190 Analisis Menyeluruh model Fit mengikut jantina Lelaki dan

Perempuan

192 Analisis Menyeluruh Model Fit mengikut Kumpulan Pelajar dari

Tempat Tinggal Kawasan Bandar dan Luar Bandar

194 Analisis Menyeluruh model Fit mengikut Kumpulan Pelajar dari

Sekolah Elit,Primier dan Agama

195

SEM dengan hubungan moderasi 196

SEM dengan estimasi Bayesian 202

Kesimpulan 206

(8)

vii

BAB 5 : RINGKASAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN PENUTUP

Pengenalan 207

Kesimpulan 211

Perbincangan dan Ulasan Keputusan 217

Implikasi kajian 228

Implikasi Praktikal 233

Cadangan Untuk Kajian Masa Hadapan 238

Rumusan dan Penutup 239

RUJUKAN 243

LAMPIRAN

Lampiran A: Surat Kebenaran Kajian Lampiran B: Instrumen Kajian Lampiran C: Model Kajian

(9)

viii

SENARAI JADUAL

Jadual 1 Konstruk dan Indikator Model Sikap Resiliensi Pelajar 25 Jadual 2 Populasi dan Persampelan Sekolah Kawalan 109

Jadual 3 Instrumen dan konstruk kajian 112

Jadual 4 Model CFA bagi Konstruk Sikap Resilien 131 Jadual 5 Model CFA bagi Konstruk Sikap Resilien 133 Jadual 6 Perbezaan Goodness of fit model Konstruk Sikap Resilien 133 Jadual 7 Model CFA bagi Konstruk Faktor Protektif 135 Jadual 8 Goodness of fit Konstruk faktor Protektif 136 Jadual 9 perbezaan Goodness of fit model Konstruk Faktor

protektif

136

Jadual 10 Model CFA bagi Konstruk Daya Tindak 139

Jadual 11 Goodness of fit Konstruk Daya Tindak 140

Jadual 12 Perbezaan Goodness of fit model Konstruk Daya tindak 140

Jadual 13 Model CFA bagi Konstruk Akulturasi 142

Jadual 14 Goodness of fit Konstruk Akulturasi 143

Jadual 15 Perbezaan Goodness of fit model Konstruk Daya Tindak 143 Jadual 16 Profil Pelajar Mengikut Jantina, Tempat Tinggal, Lokasi

dan Jenis Sekolah

164 Jadual 17 Sikap resiliensi pelajar di sekolah primier,elit dan agama 165 Jadual 18 Tahap Daya Tindak (coping) di sekolah Elit, primier dan

Agama.

166 Jadual 19 Tahap Akulturasi Pelajar di sekolah Elit, Primier dan

Agama

167 Jadual 20 Tahap faktor protektif pelajar di sekolah primier, elit dan

agama

168

(10)

ix

Jadual 21 Pemboleh ubah-Pemboleh ubah Model Cadangan 171

Jadual 22 Regression weights untuk CFA 174

Jadual 23 Standardized Regression weights untuk CFA 174

Jadual 24 Estimasi Regression weights untuk CFA 176

Jadual 25 Estimasi Standardized Regression weights untuk CFA 177

Jadual 26 Normaliti Pemboleh ubah 180

Jadual 27 Model Cadangan Menggunakan Penganggar Bootsrapping 181

Jadual 28 Goodness of Fit Model Cadangan 184

Jadual 29 Bollen-Stine Bootsrapping Model Cadangan 184 Jadual 30 Modification Indices Terhadap Model Cadangan 186 Jadual 31 Model Ubahsuai Menggunakan Penganggar Bootsrapping 187

Jadual 32 Goodness of Fit Model ubahsuai 188

Jadual 33 Bollen-Stine Bootsrapping Model Cadangan 188

Jadual 34 Goodness of Fit Model Parsimoni 189

Jadual35 Goodness of Fit Model ubahsuai 190

Jadual 36 Goodness of Fit Model Cadangan 191

Jadual 37 Goodness of Fit Model mengikut jantina 193 Jadual 38 Goodness of Fit Model ubahsuai Pelajar Bandar dan Luar

bandar

194 Jadual 39 Goodness of Fit Model Mengikut Jenis Sekolah 195 Jadual 40 Kebolehpercayaan komposit (Composite Reliability) 200

Jadual 41 R Square 201

Jadual 42 Kovarian Daya Tindak dengan sikap Resiliensi dengan estimasi maximum likelihood

204

Jadual 43 Kovarian Daya Tindak dengan sikap Resiliensi dengan estimasi Bayesian

204

(11)

x

SENARAI RAJAH

Rajah 1 Adaptasi dari kerangka resiliensi oleh kumpfer 22 Rajah 2 Langkah pendekatan model persamaan struktural 23

Rajah 3 Kerangka model kajian 24

Rajah 4 Ringkasan analisis kebolehpercayaan instrumen 130 Rajah 5 Model pengukuran konstruk Sikap Resilien bagi

ujian rintis

132 Rajah 6 Model pengukuran bagi konstruk faktor protektif 134 Rajah 7 Model pengukuran bagi konstruk Daya Tindak 137 Rajah 8 Model pengukuran bagi konstruk Daya Tindak

ubahsuai

138 Rajah 9 Model pengukuran bagi konstruk Akulturasi 141 Rajah 10 Model cadangan sikap resiliensi pelajar 169 Rajah 11 Model asal ujian konfirmatori antara konstruk

endogen

173 Rajah 12 Model ubahsuai ujian konfirmatori antara konstruk

endogen

176

Rajah 13 Full model struktural 178

Rajah 14 Model modifikasi 185

Rajah 15 Model Moderasi 197

Rajah 16 Pengujian kovarian 203

Rajah 17 Posterrior distribusi kovarian daya tindak dengan sikap resiliensi

205 Rajah 18 Bayesian plot trace kovarian daya tindak dengan

sikap resiliensi

206 Rajah 19 Skema yang di terokai dalam kajian 231

(12)

xi

SENARAI SINGKATAN

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

ARAS - Adolescent Resiliency Attitude Sc ale SEM - Structural Equation Modeling

SPSS - Statistical Package for Social Science

AK - Akulturasi

SR - Sikap Resilien

DT - Daya Tindak

CCS - Core convintion scale

MRS - Multidimensionality of Religiosity Scale, RCAS - Religious Coping Activities Scale

SES - Socio Economic Status

CFA - Comfirmatory Factor analisis

AMOS - A Moment Structural

ML - Maximum Likelihood

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

OLS - ordinary least square

RMSEA - Root Mean Square Error of Approximation

GFI - Goodness of Fit Index

AGFI - Adjusted goodness-of-fit

CPI - Comparative Fit Index

TLI - Tucker-Lewis Index

CFI - Confirmatory Fit Index

WLS - weighted least squares GLS - generalized least squares ADF - asymptotically distribution free LISREL - LInear Struktural RELations NNFI - Nonnormed fit index

NFI - Normed Fit Index

PNFI - Parsimonious normal fit index PGFI - Parsimonious goodness-of-fit index

CR - Critical Value

MSl - metode successive interval KRK - Kelas Rancangan Khas

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Sampel dalam kajian ini adalah terdiri daripada remaja perempuan tidak terkawal yang dirujuk untuk tujuan pemulihan oleh pekerja sosial di JKM kerana terlibat di dalam isu- isu tidak

Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi masa untuk menjalankan projek pembaharuan dalam industri pembinaan

Kajian ini meneroka permainan di taman permainan oleh kanak-kanak pra-sekolah dan peringkat sekolah, yang berbangsa Sudan, dalam usaha untuk menentukan peranan

Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti persekitaran pembelajaran matematik dan hubungannya dengan sikap dan pencapaian pelajar terhadap matematik

Secara spesifiknya, objektif kajian adalah untuk (i) menentukan struktur faktor-faktor persepsi pelajar dalam hasil pembelajaran dengan menggunakan kaedah analisis

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti perspektif pensyarah dan pelajar mengenai CLT dari konteks Kolej Komuniti yang sejajar dengan Teori Konstruktivisme. Untuk tujuan

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat pandangan pelajar sekolah menengah tentang apakah yang dianggap oleh mereka sebagai penyebab perasaan gemuruh, adakah ia

Sehubungan itu, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara pencapaian lisan pelajar di dalam Ujian Lisan Bahasa Inggeris Berasaskan