• Tiada Hasil Ditemukan

NAIB CANSELOR SERU WARGA KAMPUS BERKORBAN UNTUK MASA HADAPAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "NAIB CANSELOR SERU WARGA KAMPUS BERKORBAN UNTUK MASA HADAPAN"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

DSC5864fghg

PULAU PINANG, 24 September 2015 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr.

Omar Osman hari ini mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada seluruh warga kampus sambil menyeru untuk meneruskan kerja dengan ikhlas demi masa hadapan ummah yang lebih cemerlang.

Berucap kepada jemaah yang menghadiri solat sunat aidil adha di Mesjid Al-Malik Khalid, Omar berkata aidil adha mengajak kita bukan sahaja bersyukur, bersatu hati sebagai satu ummah besar malah membuat muhasabah dalam menghayati erti sebenar pengorbanan.

DSC5913h

"Sebagai warga pendidikan tinggi, amanah itu amat berat untuk kita pikul bersama-sama, yang terletak di bahu para ilmuan dan cerdik pandai, yang dipegang oleh para mahasiswa dan penuntut ilmu pegang amanah terhadap ajaran agama yang menghendaki ilmu yang dimiliki dimanfaatkan untuk pembangunan ummah dan manusia seluruhnya dalam menegakkan agama dan syiar Allah swt di muka bumi," kata Omar.

DSC5950fgj

Tambahnya lagi, ini juga berkait rapat dengan bagaimana kesanggupan berkorban untuk mendidik anak-anak bangsa kita, menggunakan ilmu yang ada untuk mengeluarkan bangsa dan ummah dari belenggu kemiskinan dan bagaimana untuk tunaikan amanah menggunakan setiap sen yang diberi untuk faedah dan kemashlahatan agama dan manusia seluruhnya serta bagaimana untuk manfaatkan kekuatan ilmu yang ada dalam membantu orang lain, mengeluarkan masyarakat dari sifat-sifat yang merosakkan diri dan orang lain, apatah lagi untuk mendidik orang lain agar sentiasa bersyukur dan mendekatkan diri lagi dengan Tuhan.

"Kita melihat begitu banyak kejayaan yang dicapai oleh institusi pendidikan tinggi. USM sendiri pun bertuah misalnya kerana kekuatan semangat pengorbanan warganya dalam menguasai dan memanfaatkan ilmu pengetahuan sehingga meletakkan sebahagian dari ilmuan kita sebagai yang terbaik di dunia, dirujuk malah diiktiraf sebagai bintang yang menyinar di negara ini dalam bidang akademik dan penulisan. Ilmuan kita berusaha keras untuk memastikan nama universiti berupaya bersaing dan berada dalam kelompok berbagai ranking dunia," kata Omar.

(https://news.usm.my) Berita Mutakhir

search...

NAIB CANSELOR SERU WARGA KAMPUS BERKORBAN UNTUK MASA HADAPAN

24 SEP

(2)

DSC6024hg DSC6095gh

Malah USM kata Omar, bersyukur kerana empat ahli akademik sama ada yang telah merintis jalan awal dalam penubuhannya mahu pun yang masih berada di sini berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Akademik Negara dan menerima pelbagai anugerah - apatah empat dari lapan penerima Anugerah Akademik Negara adalah dari universiti ini.

"Semua ini bukan dicapai dengan mudah dan banyak yang boleh dipelajari dari semangat dan pengorbanan mereka dalam memanfaatkan ilmu pengetahuan dan memartabatkan pendidikan tinggi di persada dunia serta bagaimana jihad ini perlu diteruskan dalam memastikan kita berupaya berdiri sama tinggi dengan orang lain tanpa mengorbankan prinsip asas jati diri, usaha menegakkan syiar agama dan menjaga kemashlahatan ummah seluruhnya.

DSC6069hj

Bagaimana memanfaatkan ilmu melalui penggabungan pelbagai disiplin, merentasi pelbagai perbezaan dan bidang, menghormati kepelbagaian dan menjadikan kekuatan ilmu untuk masa hadapan dan kecemerlangan pendidikan tinggi yang dihormati dan dipandang tinggi," tegas Omar.

Sebanyak 15 ekor lembu dan 14 ekor kambing dikorbankan di Mesjid Al-Malik Khalid tahun ini oleh ahli-ahli khariyah dan warga USM.

Teks: Mohamad Abdullah Foto: Mohd Fairus Md. Isa

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : pro@usm.my (mailto:pro@usm.my)

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Tambahnya lagi, usaha perlu dibuat untuk menjadikan kesukarelawanan lebih efisyen, terlatih dan bersiap siaga untuk membantu dalam pelbagai usaha masa hadapan

Guru merupakan pendidik yang akan mendidik generasi muda negara untuk melahirkan anak bangsa yang berkualiti kepada negara. Peranan guru sangat besar dan tanggungjawab

“Kita juga misalnya mempunyai jaringan Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) di mana melibatkan lebih 80 universiti dari 18 buah negara di

Beliau menyarankan agar teknologi pintar dimanfaatkan sepenuhnya dalam setiap perancangan dan usaha yang dibuat, memperkasakan proses pendidikan yang mampu melahirkan

Tambahnya lagi, syarikatnya percaya kepada perkongsian dengan kepakaran yang ada di universiti yang terdapat ramai cerdik pandai untuk menjayakan usaha seperti ini untuk

"Selain PTJ, diwujudkan juga jawatan baharu iaitu Penolong Naib Canselor khusus untuk membantu Naib Canselor dalam mencapai strategi utama universiti pada masa

...bersambung ke muka 12.. zaman dan masa. Sebagai ibu bapa, kita tentunya mencari jalan terbaik untuk masa depan anak-anak. Kerisauan ibu bapa yang mengahwinkan anak bawah umur

Perubahan nilai yang dipegang oleh anak-anak turut menjadi cabaran yang besar dalam membangunkan keluarga. la berkait rapat dengan.. pengisian yang diperolehi oleh anak-anak. Ibu