• Tiada Hasil Ditemukan

HKN 202 - Kajian Teks Melayu Klasik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HKN 202 - Kajian Teks Melayu Klasik "

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

UNlVERSlTl SAlNS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 200312004

SeptemberlOktober 2003

HKN 202 - Kajian Teks Melayu Klasik

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan sahaja.

1. Bincangkan watak Sultan Mahmud Shah dan watak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dalam Sulalatus Salatin dari segi hakikat diri manusia dan sejauhmanakah mereka memainkan peranan dalam keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka?

2. Fitnah dan keris merupakan dua motif penting yang membolehkan cerita dalam Hikayat Hang Tuah berkembang. Bincangkan.

3. Bincangkan sejauhmanakah watak Seri Rama dalam Hikayat Seri Rama boleh diterima sebagai wira epik dan bandingkan watak itu dengan watak Seri Rama dalam cerita "Maharaja Wana" yang dipersembahkan dalam wayang kulit?

4. Mitos kedatangan Islam ke sesebuah negeri dalam karya sastera bercorak sejarah bertujuan memperlihatkan kebesaran raja.

Bincangkan pernyataan ini berdasarkan teks-teks Sulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa.

5. Bincangkan sejauhmanakah Hikayat Panji Semirang boleh diterima sebagai cerita panji dan jelaskan peranan watak-watak yang tidak memperlihatkan nilai kemanusiaan dalam teks tersebut?

(2)

- 2 - [HKN 2021

6. Kesetiaan kepada rajalpemimpin adalah penting untuk kekuatan sesebuah organisasi. Kemukakan pandangan anda secara kritis berhubung pernyataan ini berdasarkan teks Hikayat Hang Tuah dan teks Hikayat Seri Rama.

7 . Pilih tiga watak wanita yang penting dari tiga buah teks sastera Melayu

klasik yang berlainan genre dan bincangkan peranan mereka dalam menggerakkan cerita atau menjadikan episodnya begitu berkesan.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Like Seri Rama, syncretism of cultures and influences from Malay, Indian, Thai and Javanese aesthetics can be discerned from Seri Rama’s puppet design and motifs (Diagram 2)

Dengan merujuk EMPAT (4) orang watak dalam novel Di Bawah Lindungan Kaabah, huraikan secara ringkas watak dan perwatakan yang digarap oleh Hamka. Bandingkan watak wanita

Jadi, kajian mengenai pergerakan patung Sri Rama dan Rawana dalam cerita pokok pada babak peperangan oleh Yusoff Mamat diharapkan dapat menjadi satu bahan kajian yang baik dan

Rajah 3.9 Gelang lengan dipakai dalam persembahan Menora Siam 61 Rajah 3.10 Gelang tangan dipakai dalam persembahan Menora Siam 61 Rajah 3.11 Reka bentuk gambalan Seri Rama

Identifikasi mereka dengan watak-watak dalam cerita- cerita mungkin tidak hanya terbatas kepada penglihatan diri mereka di dalam watak-watak terse- but sahaja, tetapi juga akan

Dengan merujuk kepada teks dalam filem Labu-Labi, bincangkan beberapa mekanisme bela diri yang wujud pada watak Labu dan Labi demi melepaskan diri daripada

Bincangkan dengan kritis mitos kedatangan Islam yang tergambar dalam Sulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa6. Pada pendapat anda, mengapakah mitos tersebut

Maka bertitah pula baginda serta memandang kepada Raja Muda, demikian titahnya, "Anak kita Raja Muda pun hendaklah kiranya baik bicara berusahakan segala orang