• Tiada Hasil Ditemukan

HKB 314 – KARYA-KARYA TERPILIH DARI KESUSASTERAAN AMERIKA LATIN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "HKB 314 – KARYA-KARYA TERPILIH DARI KESUSASTERAAN AMERIKA LATIN "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008

Oktober/November 2007

HKB 314 – KARYA-KARYA TERPILIH DARI KESUSASTERAAN AMERIKA LATIN

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab EMPAT soalan sahaja.

…2/-

(2)

[HKB 314]

- 2 -

1. “Gradually a collective consciousness began to emerge. The Cuban Revolution of 1959 sparked the hope of change and self-determination throughout the region and ushered in a period of cultural effervescence” (Deborah N. Cohn). Berasaskan pernyataan ini, bincangkan kebangkitan kesedaran kesatuan sastera bagi benua Amerika Latin dan keinginan untuk menjadi sebahagian daripada sastera dunia sehingga membawa kepada fenomena “boom.”

2. Dengan merujuk kepada beberapa orang pengarang Amerika Latin dan karya mereka, bincangkan perhubungan antara ”boom” dengan genre sastera yang disebut realisme magis (magic realism atau magical realism) yang bersemarak dari akhir tahun 50-an hingga tahun 70-an.

3. Novel Gabriel Garcia Marquez, One Hundred Years of Solitude, sering dianggap kemuncak bagi perkembangan genre realisme magis. Novel oleh pengarang Columbia ini juga dikatakan telah menyebabkan timbulnya jolokan umum Macondo kepada dunia yang melatari kehidupan dalam fiksyen Amerika Latin era tersebut. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

4. Di bahagian awalnya, novel One Hundred Years of Solitude mengisahkan pembukaan kampung Macondo oleh Jose Arcadio Buendia dan Ursula Iguaran. Tentang kampung yang indah dan damai itu dikatakan bahawa “(it) was so recent that many things lacked names.” Tentang penghuninya pula, dikatakan bahawa mereka semuanya muda belaka. Sambil melakarkan pembukaan dan pembinaan Macondo, bincangkan sejauhmanakah benarnya pendapat bahawa kisah ini meniru detik awal keadaan dunia dan manusia di dalam Bible, khususnya “Book of Genesis”?

5. Dengan merujuk kepada watak Jorge Malabia, bincangkan pokok persoalan cerpen “Presence.” Sejauhmanakah Jorge Malabia dapat dikaitkan dengan pengarang cerpen ini, Juan Carlos Onetti dari Uruguay?

6. Bincangkan kesan-kesan kejiwaan ke atas Dulce Rosa yang diperkosa dan Tadeo Cespedes yang memperkosanya seperti yang terdapat dalam cerpen ”An Act of Vengeance” oleh Isabel Allende dari Chile.

Sejauhmanakah sikap dan tindakan Dulce Rosa membayangkan pemikiran dan pendirian feminis pengarang karya ini?

...3/-

(3)

[HKB 314]

- 3 -

7. Gerakan onda (gelombang) bermula ketika karya generasi boom masih dihasilkan. Gerakan ini sering dikaitkan dengan José Agustín dari Mexico dengan karyanya La tumba (The Tomb), 1964. Bincangkan.

secara kritis ciri-ciri gerakan ini dan peranan Agustín dalam perkembangan sastera Amerika Latin.

8. Pada tahun 1996 Alberto Fuguet dan teman-temannya mengiystiharkan kematian Macondo dan menutup pintu realisme magis. Sebagai gantinya mereka menampilkan genre McOndo dengan realisme yang mereka dakwa lebih mewakili keadaan sebenar di Amerika Latin. Dengan merujuk kepada tulisan-tulisan Alberto Fuguet (1997) dan Mac Margolis (2002), huraikan ciri-ciri McOndo dan bahaskan prospek genre baru ini.

- ooo0ooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Pilih seorang penyair Eropah ATAU Amerika clan huraikan kejayaannya dari suclut persoalan clan alatan puisi yang

Pilih seorang penyair Eropah ATAU Amerika dan huraikan kejayaannya dari sudut persoalan dan alatan puisi

Berbanding dengan karya-karya yang dianggap masih primitif, "Generasi Boom" memisahkan dirinya dari primitivisme kepada modernisme untuk mengecapi kreativiti yang

Berbanding dengan karya-karya yang dianggap masih primitif, "Generasi Boom" memisahkan dirinya dari primitivisme kepada modernisme untuk mengecapi kreativiti yang

Jawapan anda harus disertai dengan contoh daripada karya-karya agung Timur dan Barat yang anda baca.. Jelaskan TIGA kaedah dalam disiplin Kesusasteraan Bandingan dengan merujuk

Jawapan anda harus disertai dengan contoh daripada karya-karya agung Timur dan Barat yang anda baca. Jelaskan TIGA kaedah dalam disiplin Kesusasteraan Bandingan dengan merujuk

'Walau pun banyak unsur magis, fantastik atau dongeng yang diungkap dalam novel-novel Amerika Latin, namun masih terdapat juga unsur sejarah tempatan yang mengakarkan

Pengetahuan terhadap beberapa aspek psikologi yang berkaitan dengan pengarang dan perwatakan dalam karya dapat meningkatkan pemahaman dalam kajian kesusasteraan..