• Tiada Hasil Ditemukan

32 wt.% NaI – 20 wt.% (EC/PC)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "32 wt.% NaI – 20 wt.% (EC/PC)"

Copied!
2
0
0

Tekspenuh

(1)

ABSTRAK

v

ABSTRAK

Dalam kajian ini polimer elektrolit jenis gel menggunakan Poly(vinylidene fluoride-co- hexafluoropropylene) atau PVDF-HFP sebagai polimer perumah telah disediakan dengan kaedah penuaran untuk aplikasi dalam sel suria terdisensitasi pewarna dye (DSSC). Dua jenis polimer elektrolit yang di‘plasticizer’kan disediakan dengan menggunakan garam Kalium Iodida (KI) dan Natrium Iodida (NaI) serta campuran ethylene carbonate (EC) dan propylene carbonate (PC) dengan nisbah berat 1 : 1 sebagai agen plasticizer. Spektroskopi inframerah (FTIR) digunakan untuk mengesahkan tindakbalas di antara polimer dan garam dan interaksi di antara garam dan plasticizer. Pengkelasan struktur polimer elektrolit pula di tentukan dengan spektroskopi belauan sinar-x (XRD). Spektroskopi impedan elektrokimia (EIS) digunakan untuk menentukan nilai kekonduksian setiap sampel.

Elektrolit dengan kekonduksian tertinggi pada suhu bilik, 1.10 × 10−3 S cm−1 berkomposisi 40 wt.% (PVDF-HFP)-10 wt.% KI-50 wt.% (EC/PC). Bagi sistem elektrolit (PVDF-HFP)-NaI-(EC/PC) pula, nilai kekoduksian tertinggi 1.53 × 10-4 S cm-1 di perolehi dalam sampel dengan nisbah peratusan berat 48 wt.% (PVDF-HFP) – 32 wt.% NaI – 20 wt.% (EC/PC). Kedua-dua elektrolit dengan kekonduksian tertinngi ini telah digunakan untuk memfabrikasikan DSSC dengan konfigurasi FTO/TiO2/dye/elektrolit/Pt/FTO. Dye berbeza yang digunakan sebagai penyerap cahaya di dalam DSSC terdiri daripada Ruthenizer 535 (N3) dan juga dye dari bahan semulajadi seperti klorofil yang diekstrak dari daun pandan; dan juga anthocyanin yang di ekstrak dari beras pulut hitam yang di rendam di dalam etanol. Spektrum penyerapan ultraviolet-cahaya nampak (UV-vis) untuk dye N3, anthocyanin, klorofil dan campuran anthocyanin-klorofil dalam nisbah isipadu (1:1) telah di ambil. Anthocyanin menunjukkan puncak serapan pada 532 nm. Klorofil pula pada 536 nm dan puncak utama serapan pada 665 nm dan dye campuran pada 536 dan

(2)

ABSTRAK

vi

665 nm. Untuk dye semulajadi, DSSC dengan dye campuran memberikan keputusan yang terbaik. Dibawah sinaran cahaya 100 mW cm−2 , DSSC dengan elektrolit 47 wt.% (PVDF- HFP)-31 wt.% NaI-19wt.% (EC/PC)-3 wt.% I2menunjukkan nilai ketumpatan arus litar-pintas (JSC) sebanyak 2.63 mA cm-2, voltan litar-terbuka (VOC) sebanyak 0.47 V, FF sebanyak 0.58 dan kecekapan 0.72%. Sementara itu sistem 40 wt.% (PVDF-HFP)-10 wt.% KI- 50 wt.% (EC/PC)-1 wt.% I2 dengan dye campuran menunjukkan JSC = 2.62 mA cm-2, VOC = 0.67 V, FF = 0.47 dan kecekapan 0.83%. DSSC dengan elektrolit 47wt.% (PVDF-HFP)- 31wt.% NaI-19wt.% (EC/PC)- 3wt.% I2 menggunakan dye sintetik N3 menunjukkan JSC = 6.40 mA cm-2, VOC = 0.58 V, FF = 0.48 dan kecekapan 1.78%. DSSC yang di fabrikasikan dengan elektrolit berkonduksian tertinggi 40 wt.% (PVDF-HFP)-10 wt.% KI- 50 wt.% (EC/PC)-1 wt.% I2 menunjukkan keputusan terbaik bagi kedua-dua dye sintetik dan semulajadi di mana dengan dye N3 menunjukkan keputusan keseluruhan terbaik dengan JSC = 7.54 mA cm-2, VOC = 0.65 V, FF = 0.51 dan kecekapan sebanyak 2.49%

dengan cahaya 100 mW cm−2 . Di bawah sinaran cahaya 30 mW cm−2 dan 60 mW cm−2 DSSC yang sama menunjukkan nilai kecekapan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 4.13%

dan 3.68% masing-masing. Dengan system dua garam 40 wt.% (PVDF-HFP)-2 wt.% KI- 8 wt.% TBAI-50 wt.% (EC/PC)-1 wt.% I2 menunjukkan JSC = 7.98 mA cm-2, VOC = 0.66 V, FF = 0.51dan kecekapan 2.69%. Sistem dua garam menyumbangkan kepada ion iodide yang lebih tinggi dan telah menyumbangkan kepada terhasilnya nilai kekonduksian yang tinggi.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan formulasi tablet matriks pelepasan tertahan dengan menggunakan polimer hidrofilik ( HPMC ), polimer bersandar pada pH (eudragit L100-55),

Walaupun sistem ini memberikan kekonduksian ion yang optimum namun nilai kekonduksiannya masih rendah disebabkan oleh proses penghabluran yang berlaku dalam sistem polimer

Tiga jenis cecair ionik yang berbeza telah ditambah ke atas polimer elektrolit yang berasaskan PVA/ ammonium asetat (CH 3 COONH 4 ), iaitu 1–butil–3–metilimidazolium

Bagi sistem yang ditambah dengan EC dan PC, interaksi dijumpai berlaku di antara ion Li + dan atom O pada kumpulan karbonil yang terdapat pada PEMA dan agen

PAN Poly(acrylonitrile) PC Propylene carbonate PE Polymer electrolyte PEO Poly(ethylene oxide) PEMA Poly(ethyl methacrylate). PVdF–HFP

Table 6.1 tabulates the decomposition temperatures of PEMA, PVdF–HFP, thermograms LiTf, EC, PC, BMII and BMITf obtained from literature.. Figure 6.1 depicts the

Kumar A., Deka M., Banerjee S., Enhanced ionic conductivity in oxygen ion irradiated poly(vinylidene fluoride–hexafluoropropylene) based nanocomposite gel polymer

The number of mole of LiTf in this system is calculated using the fixed amount of salt present in the composition of the optimized 70 wt.% PEMA/PVdF–HFP– 30 wt.% LiTf sample..