• Tiada Hasil Ditemukan

CABARAN KELUARGA DALAM MEMBANTU PEMULIHAN PENAGIH OPIAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "CABARAN KELUARGA DALAM MEMBANTU PEMULIHAN PENAGIH OPIAT"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

eISSN : 2600-8971, Volume 1, Issue 1 (2018), PP 01-11 www.uniszajournals.com/apj

CABARAN KELUARGA DALAM MEMBANTU PEMULIHAN PENAGIH OPIAT

Farah Syazrah Mohd Ghazalli

1

, *Norizan Abdul Ghani

2

, Berhanundin Abdullah

3

, Wan Mohd Yusof Wan Chik

4

, Mohamad Anislan Zakaria

5

1,2Faculty of Applied Social Sciences, Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia

3,4,5Faculty of Islamic Contemporary Studies, Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia

*Penulis Koresponden: Norizan Abdul Ghani norizabd@unisza.edu.my

Abstrak :Pengenalan:Pemulihan dadah termasuk opiat merupakan satu proses yang memerlukan tempoh yang lama mahupun sepanjang hayat. Pemulihan ini tidak hanya memerlukan motivasi diri penagih malah sokongan keluarga juga diperlukan sebagai bantuan luaran. Sokongan keluarga ditakrifkan sebagai bantuan yang diberikan oleh keluarga menerusi interaksi, khusus untuk membantu penagih mengurus stres dalam kehidupan.

Objektif: Kertas kerja ini bertujuan melihat cabaran yang perlu dihadapi oleh keluarga dalam membantu penagih dalam kalangan ahli keluarga mengikuti proses pemulihan. Metodologi: Pengumpulan data dilakukan menerusi temu bual berkumpulan (Focus Group Discussion) melibatkan 10 buah keluarga di Terengganu dan data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian NVIVO. Dapatan: Enam cabaran yang dihadapi oleh keluarga sepanjang membantu penagih sama ada dalam kalangan keluarga sendiri, diri penagih, mahupun persekitaran luar. Kesimpulan: Kesukaran yang dihadapi oleh keluarga menjadi cabaran kepada kesungguhan usaha membantu penagih untuk meninggalkan ketagihan.

Kata Kunci:Cabaran Sokongan, Pemulihan, Dadah Dalam Keluarga, Penagih Dadah, Dadah

Abstract: Introduction: Recovering addiction through rehabilitation is a time consuming process if it does not cost a life time. It does not only require for the addicts’ self-motivation, but also demands for their family’s support as an external assistance. Family support is thus defined as family-given assistance through a special interaction by which the addicts are able to manage their stress. Nevertheless, the families admit that they stumbled across many challenges while helping a recovering addict. Objective: This paper aims to look at the challenges that the family faces while helping the addict among them to follow recovery process. Methodology:

Data collection is made possible through a Focus Group Discussion with 10 families who reside in Terengganu.

The collected data were analysed using descriptive analysis and NVIVO. Findings: The study discovers six challenges faced by the family as they help their addict member. These challenges may result from within the family itself, or the addict or the surrounding. Conclusion: The predicament that the family encounter is another challenge to our effort to help the addicts to end their addiction.

Key Words: Support Challenge, Recovery, Drug in Family, Drug Addict, Drug

Pengenalan

Opiat merupakan kumpulan dadah yang terdiri daripada heroin, morfin, kodein, candu dan metadon (ACREDA, 2014) sementara dadah jenis heroin dan morfin merupakan jenis dadah yang paling tinggi di ambil di Malaysia dengan 60.47 peratus bersamaan 16,616 kes yang direkodkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan bagi tahun 2015. 54.87 peratus daripada kes tersebut adalah penagih baru dan 78.65 peratus adalah kes berulang (AADK, 2015). Bilangan

(2)

kes opiat merujuk kepada heroin dan morfin kekal menjadi kes tertinggi berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh AADK pada tahun 2013 sehingga 2015.

Usaha pemulihan dadah jenis heroin di Malaysia bermula sekitar 1980-an di mana dengan pelbagai strategi dilakukan termasuklah mewajibkan penagih dadah jenis heroin yang dibuktikan positif untuk mengikuti pemulihan di institusi atau lebih dikenali sebagai pusat serenti (Noorzurani, Rusdi, Mahmood & Habil, 2012). Sepanjang usaha tersebut pelbagai cabaran yang dihadapi dalam mendepani masalah dadah sebagai musuh utama negara dan cabaran ini bukan hanya perlu dihadapi di peringkat negara sebaliknya turut dihadapi di peringkat komuniti dan keluarga.

Di peringkat negara, penagih dadah jenis heroin yang disahkan positif lazimnya ditempatkan di institusi pemulihan menerusi peruntukan perundangan telah menimbulkan kesukaran pemulihan kerana penagih tidak hadir dengan kerelaan. Selain itu, pada awal usaha pemulihan tidak melibatkan pendekatan rawatan perubatan (Noorzurani, Rusdi, Mahmood &

Habil, 2012).

Di peringkat komuniti, cabaran terbesar kepada usaha pemulihan adalah stigma yang dihadapi oleh penagih. Stigma tidak hanya berlaku di Malaysia malah penagih dadah di China dan Vietnam turut mengalami keadaan yang sama kerana kurangnya pengetahuan dalam kalangan masyarakat (Latkin et. al., 2016; Luo, 2013). Kesan stigma bukan hanya dirasai oleh psikologi penagih sebaliknya turut mempengaruhi kehidupan sosial diri penagih seperti kesukaran mendapatkan pekerjaan, kediaman untuk disewa malah turut dirasai dalam rawatan perubatan yang diikuti oleh penagih (Gunnison & Helfgott, 2011; Latkin, Davey- Rothwell, Jing & Crawford, 2012). Stigma, didefinisikan sebagai ciri-ciri atau tanda malu (Merriam-Webster, 2017) dan keluarga juga tidak terlepas daripada terkesan dengan stigma kepada penagih. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada layanan keluarga kepada penagih akibat pengaruh emosi sehingga menyebabkan gangguan kepada interaksi dalam keluarga.

Gangguan dalam interaksi keluarga berlaku seperti kurangnya komunikasi antara ahli keluarga, hubungan bertukar dingin setelah penagih terlibat dengan ketagihan, ahli keluarga atau pasangan gemar berleter, mengkritik dan bergaduh serta kegagalan ibu bapa menjadi contoh kepada penagih menunjukkan hubungan kekeluargaan yang bermasalah merupakan cabaran dalaman kepada keluarga dalam membantu penagih dalam proses pemulihan (Gruber

& Floyd-Taylor, 2006). Keadaan persekitaran dalaman keluarga yang tidak kondusif seperti seperti penderaan, tekanan sejak kecil, kesukaran hidup menyebabkan ahli keluarga merasa tertekan dan memilih untuk kembali kepada penagihan heroin (Gabriele Schafer, 2011; &

Saedah, Zainah, Roseliza Murni, Arifin & Wan Shahrazad, 2008). Selain itu, keadaan

(3)

keluarga yang mempunyai keperluan yang tidak dapat dipenuhi juga menjadi cabaran kepada penglibatan keluarga penagih (Sullivan, Milton & Nelson, 2002).

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan melihat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ahli keluarga dalam membantu penagih opiat dalam proses pemulihan.

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan dengan reka bentuk kajian adalah kajian kes, iaitu kajian ke atas kes-kes bukan dengan tujuan membuat generalisasi sebaliknya bertujuan menghurai secara khusus dan mendalam mengenai cabaran yang dihadapi oleh keluarga yang mempunyai penagih opiat (Bryman, 2012).

Data pula di kumpul menggunakan kaedah temu bual berkumpulan (Focus Group Discussion, FGD) ke atas 10 buah keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang menagih dadah jenis heroin. Temu bual menggunakan soalan separa struktur untuk mendapat jawapan yang diperlukan berkaitan pengalaman, dan kefahaman tentang cabaran yang dihadapi sepanjang membantu proses pemulihan.

Responden bagi kajian ini pula terdiri 29 orang ahli keluarga daripada 10 buah keluarga kepada penagih opiat di Negeri Terengganu. Penagih opiat dalam kajian ini merujuk kepada penagih heroin dan morfin manakala ahli keluarga ini terdiri daripada ibu, bapa, adik beradik serta isteri kepada penagih opiat yang mengikuti program rawatan metadon dan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan mengikut daerah masing-masing di Negeri Terengganu. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak melibatkan penagih opiat kerana tidak termasuk dalam perbincangan kajian yang ingin dilakukan. Pemilihan responden berdasarkan kaedah pemilihan sampel bertujuan di mana responden dipilih berdasarkan kemampuan responden memberi maklumat kepada pengkaji dan kebenaran untuk ditemu bual (Matthews & Ross, 2010).

Kemudian, data dianalisis dalam tiga tahap iaitu pengelasan data, pembentangan data serta kesimpulan. Data yang diperoleh dikelaskan mengikut tema-tema jawapan, dibentangkan mengikut dalam bentuk susunan yang boleh difahami dan akhirnya dianalisis secara deskriptif menerusi perisian Nvivo 8.

(4)

Kerangka Teori

Kertas kerja ini menggunakan teori sistem keluarga dalam membincangkan dapatan yang diperoleh. Teori sistem keluarga oleh Bowen mencadangkan sistem keluarga mempunyai sub-sub unit iaitu ahli keluarga yang memainkan fungsi masing-masing untuk menggerakkan keluarga ke arah kesejahteraan. Apabila salah satu sub unit atau penagih opiat gagal memainkan fungsi dalam keluarga, ahli keluarga lain perlu mengambil alih peranan yang tersebut untuk membantu penagih opiat khususnya dan kesejahteraan keluarga umumnya.

Setiap keluarga juga mempunyai mekanisme kawalan tersendiri untuk menghalang unsur- unsur negatif daripada mempengaruhi ahli keluarga dan menghalang ahli keluarga daripada terjebak dengan unsur negatif tersebut. Justeru, teori sistem keluarga ini tepat untuk melihat usaha ahli keluarga dalam membantu ahli keluarga menjalani pemulihan opiat dalam mengekalkan keseimbangan keluarga dan mengambil alih peranan penagih opiat dalam menguruskan diri dan peranan sebagai ahli keluarga ahli keluarga (Morgaine, 2001).

Dapatan Kajian

Menerusi FGD yang dilakukan, didapati keluarga menghadapi enam bentuk cabaran sepanjang usaha bersama-sama penagih menjalani pemulihan penagihan opiat. Enam bentuk tersebut adalah (i) emosi keluarga, (ii) sikap penagih, (iii) pengetahuan, (iv) stigma, (v) interaksi dan (vi) persekitaran seperti dalam rajah di bawah.

Rajah 1: Cabaran yang dihadapi Keluarga dalam Membantu Proses Pemulihan Opiat

(5)

Cabaran yang dihadapi oleh keluarga boleh dibahagikan kepada dua bentuk cabaran utama iaitu dalaman dan luaran. Cabaran di peringkat dalaman keluarga ialah cabaran yang dialami berpunca daripada ahli keluarga sendiri iaitu emosi keluarga, sikap penagih, pengetahuan dan interaksi manakala cabaran daripada luaran keluarga merupakan cabaran yang perlu dihadapi daripada masyarakat luar seperti stigma dan persekitaran.

Berdasarkan dapatan, keluarga lebih menghadapi cabaran di peringkat dalaman keluarga berbanding cabaran luaran. Emosi keluarga tidak berlaku kerana marah atau malu sebaliknya FGD 3 cenderung untuk merasa hilangnya kepercayaan kepada penagih kerana penagih telah lama menagih dan sering kali gagal dalam usaha mengikuti pemulihan. Selain itu, lima FGD iaitu FGD 1, FGD 5, FGD 7, FGD 8 dan FGD 10 mengakui telah merasa putus asa untuk terus membantu penagih kerana pelbagai usaha yang telah dilakukan namun penagih masih belum mampu pulih.

Rasa putus asa ini didorong juga oleh sikap penagih yang di mana FGD 6, FGD 8, FGD 9 dan FGD 10 memaklumkan perlu menghadapi sikap penagih yang berbeza-beza. Bagi FGD 6, keluarga sering kali menasihati penagih untuk sentiasa menasihati penagih untuk pulih dengan mengamalkan kehidupan berlandaskan Islam namun penagih sentiasa memberi alasan dengan mengatakan semua nasihat yang dimaklumkan tersebut telah diketahui dan penagih lebih memahami agama daripada ahli keluarga. Sementara FGD 8 pula mengatakan sikap penagih yang enggan mengikuti pemulihan dan pernah lari daripada pusat pemulihan menyebabkan keluarga enggan lagi membantu untuk mendapatkan rawatan sebaliknya hanya mengawal daripada penagih terlibat dengan jenayah dadah. Bagi FGD 9 pula menyifatkan penagih mempunyai masalah sikap sejak kecil dan gemar menyendiri telah mendorong penagih terlibat dengan ketagihan. Sikap ini tidak berubah sehingga kini dan telah bergaduh serta melakukan kerosakan kepada harta ahli keluarga lain. FGD 10 pula mengatakan penagih tidak kekal dalam rawatan metadon menunjukkan penagih tidak serius dalam mengikuti pemulihan dan menyebabkan ahli keluarga juga menolak untuk membantu.

Cabaran berikutnya yang dihadapi oleh keluarga adalah masalah interaksi dalam keluarga. FGD 1 mengatakan penagih lebih suka menyendiri di dalam bilik berbanding bergaul dengan ahli keluarga dan apabila penagih mempunyai masalah, penagih tidak berkongsi dengan keluarga malah terdapat kakak penagih juga tidak mengambil berat tentang keadaan penagih kurang berinteraksi dengan penagih. Sekiranya penagih memerlukan bantuan atau keperluan seperti wang belanja harian atau berhubung dengan bapa, penagih akan merujuk kepada ibu.

(6)

Kurangnya pengetahuan ahli keluarga mengenai dadah dan jenis-jenis dadah termasuk opiat juga menjadi cabaran untuk ahli keluarga bersama-sama mengikuti proses pemulihan.

FGD 1 FGD 3 dan FGD 10 memaklumkan meskipun mempunyai keinginan untuk melihat penagih pulih, namun tidak tahu cara dan kaedah untuk membantu penagih. FDG 1 dan FGD 3 memaklumkan hanya mengharapkan penagih kembali seperti sedia kala manakala FGD 10 pula mengatakan tiada sokongan daripada ahli keluarga lain menyebabkan usaha yang diambil mengikut pengetahuan yang terhad sahaja iaitu memantau jadual pengambilan metadon oleh penagih dan menasihati supaya berhenti menagih.

Cabaran luaran yang dihadapi oleh keluarga pula adalah stigma daripada komuniti setempat seperti yang dinyatakan FGD 1, FGD 9 dan FGD 10 yang mana stigma ini telah memberi kesan kepada keluarga dalam menyokong usaha pemulihan penagih. FGD 1 pernah berusaha mendapatkan rawatan alternatif namun reaksi daripada pengamal perubatan yang mengatakan ketagihan opiat ini tidak boleh diubati melainkan dengan kesungguhan penagih sendiri menyebabkan FGD 1 tawar hati dalam mendapatkan rawatan. FGD 9 pula berusaha mencarikan penagih seorang pasangan hidup sebagai sokongan kepada penagih untuk menjalani kehidupan normal kembali namun pernah dihina lantaran status penagih. Hal ini menambah kekecewaan penagih dan gagal mengikuti pemulihan. Sementara FGD 10 pula stigma yang dihadapi oleh ahli keluarga penagih sendiri menyebabkan tiada sokongan dan tempat berbincang untuk membantu penagih. Usaha yang dilakukan bersendirian sebagai seorang isteri kerana tiada ahli keluarga suaminya berminat membantu malah sering kali usaha beliau dipandang rendah oleh ahli keluarga lain.

Cabaran terakhir yang dihadapi oleh keluarga adalah cabaran persekitaran kerana kedudukan kediaman keluarga berdekatan dengan lokasi penagihan atau lebih dikenali sebagai port. Selain itu, rakan penagih juga kerap kali datang ke rumah untuk bertemu dengan penagih dan mengajak penagih keluar menyebabkan keluarga sukar mengawal penagih. FGD 4 mengakui kawasan persekitaran merupakan kawasan yang mudah mendapatkan bekalan menyebabkan sukar mengawal penagih untuk keluar rumah. Ini kerana penagih akan memberontak jika dikawal kerana dirinya sudah dewasa. Bagi FGD 8 pula berpendapat penagih hanya akan pulih sekiranya tinggal jauh daripada orang ramai dan hidup dalam kalangan ahli keluarganya sahaja, sebaliknya sekiranya penagih terus kekal dalam masyarakat, ketagihan tidak dapat di atasi kerana mudah mendapat bekalan opiat. Sementara FGD 10 pula bersetuju persekitaran banyak memberi kesan negatif kepada usaha pemulihan penagih di mana penagih telah pun berhenti daripada ketagihan tetapi didatangi oleh rakan penagih lama yang memberikan bekalan percuma sebagai permulaan. Selain itu, terdapat juga

(7)

rakan penagih yang mendekati anak-anak responden yang masih bersekolah rendah menyebabkan FGD 10 merasa bimbang dengan keselamatan anak-anak.

Jadual 1: Cabaran yang dihadapi Mengikut FGD

Perbincangan

Keluarga telah menghadapi cabaran sama ada dari dalaman keluarga sendiri ataupun cabaran daripada luaran keluarga sepanjang dalam usaha membantu penagih kembali pulih.

Pemulihan merupakan satu proses yang panjang manakala cabaran-cabaran yang dilalui merupakan ujian kepada kesungguhan keluarga sendiri dalam memastikan kesihatan dan keselamatan ahli keluarga.

Emosi keluarga merujuk kepada hilangnya kepercayaan dan putus asa menjadi cabaran terbesar seperti dinyatakan oleh responden akan tetapi emosi keluarga ini berkait rapat dengan sikap penagih. Kedua-dua emosi ini menunjukkan keluarga mempunyai harapan dan telah berusaha untuk memastikan penagih mampu mengikuti pemulihan dan tidak bersendirian dalam pemulihan tersebut tetapi sikap penagih yang tidak bersungguh-sungguh dan tidak mahu mengikuti nasihat keluarga menyebabkan keluarga mula hilang kepercayaan kepada penagih. Sikap penagih ini walau bagaimanapun boleh ditangani sekiranya keluarga mempunyai maklumat dan pengetahuan mengenai opiat dan pemulihan dengan tepat dan bermanfaat kepada penagih. Selain itu, interaksi dalam keluarga merupakan kunci utama untuk keluarga menyokong penagih. Namun, responden memaklumkan wujud jurang dalam interaksi seperti penagih takut kepada bapa, penagih gemar menyendiri dan tiada yang mengetahui masalah yang dihadapi penagih menyebabkan penagih tidak terbuka untuk berkongsi kesukaran sepanjang menjalani pemulihan sekali gus menjadi punca kegagalan proses pemulihan. Interaksi dalam keluarga seharusnya menjadi kunci dalam menyalurkan sokongan keluarga dan ruang untuk penagih lebih dekat dengan keluarga berbanding rakan- rakan penagih di luar.

Cabaran Keluarga FGD

Emosi Keluarga FGD 1, FGD 3, FGD 5, FGD 7, FGD 8, FGD 10 Sikap Penagih FGD 6, FGD 8, FGD 9, FGD 10

Pengetahuan FGD 1, FGD 3, FGD 10

Interaksi FGD 1, FGD 2, FGD 9

Stigma FGD 1, FGD 9, FGD 10

Persekitaran FGD 4, FGD 8, FGD 10

(8)

Kegagalan keluarga memenuhi ruang dalam diri penagih membuka laluan untuk rakan-rakan penagih mendekati dan mempengaruhi penagih kembali kepada tabiat lama untuk mengurangkan tekanan yang dilalui. Faktor bekalan mudah didapati juga menjadikan penagih mahu mengambil jalan mudah setelah usaha pemulihan tidak mampu diikuti kerana tidak kuat menahan ketagihan dan kurangnya kawalan. Hal ini diburukkan lagi dengan stigma yang diberikan oleh komuniti dan lebih parah ahli keluarga sendiri menyebabkan jalan mudah kembali kepada ketagihan diambil oleh penagih. Kesan daripada tindakan penagih ini menyebabkan keluarga tidak lagi mempunyai harapan dan percaya kepada usaha penagih untuk pulih. Cabaran yang dihadapi oleh keluarga saling berkaitan dan berkisar dalam kitaran ini.

Cabaran ini sekiranya dilihat menerusi Teori Sistem Keluarga oleh Bowen, setiap keluarga mempunyai nilai yang berperanan besar sebagai pelindung kepada ahli keluarga daripada sebarang unsur negatif. Namun begitu, cabaran yang dihadapi oleh keluarga menyebabkan keluarga tidak mampu membina nilai tersebut. Hal ini berlaku dengan kurangnya pengetahuan dan masalah interaksi yang berlaku dalam keluarga. Justeru, ini menyokong dapatan oleh Sullivan, Milton dan Nelson (2002) di mana keluarga mempunyai keperluan yang tidak dipenuhi sehingga menyebabkan keluarga menghadapi kesukaran dalam membantu pemulihan ketagihan opiat.

Tiga cabaran yang dialami oleh responden ini menyokong kajian terdahulu di mana keluarga yang mempunyai penagih opiat cenderung merasakan stigma, pengetahuan dan interaksi dalam keluarga adalah kekangan yang perlu dihadapi dalam membantu proses pemulihan. Sementara emosi keluarga dibincangkan dalam kajian terdahulu berlaku kesan daripada stigma masyarakat tetapi menerusi kajian ini, kekangan emosi keluarga berlaku oleh kerana sikap penagih itu sendiri. Begitu juga persekitaran, di mana tema persekitaran dibincangkan dalam kajian lepas merujuk kepada keadaan dalam keluarga yang tidak harmoni tetapi persekitaran yang dihadapi oleh responden bagi kajian ini adalah persekitaran kediaman yang terdedah kepada bahaya opiat. Selain itu, sikap penagih merupakan tema baru yang ditemui dalam kajian ini.

(9)

Rajah 2: Perkaitan Cabaran yang Dihadapi oleh Keluarga

Penutup

Ringkasnya, cabaran yang dihadapi oleh keluarga bersifat timbal balik di mana sikap penagih boleh mempengaruhi sokongan dan usaha keluarga untuk terus bersama-sama penagih sepanjang pemulihan berlangsung. Sementara keluarga juga perlu memperbaiki kemahiran keluarga seperti kemahiran komunikasi dan mendengar serta sentiasa berusaha menambah pengetahuan mengenai opiat, rawatan dan proses pemulihan agar penagih tidak merasa bersendirian dalam proses tersebut. Usaha keluarga juga boleh melindungi penagih daripada stigma masyarakat dan menghalang pengaruh persekitaran daripada terus merosakkan ahli keluarga.

Penghargaan

Projek ini dibiayai di bawah Skim Geran Penyelidikan Nic (NRGS-KPM) UniSZA/NRGS/2013/RR057, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Penjara Marang dan Universiti Sultan Zainal Abidin di atas bantuan yang diberikan kepada projek ini.

Emosi

Sikap Penagih

Pengetahuan

Interaksi Persekitaran

Stigma

(10)

Rujukan

Bryman, Alan. Social Research Methods 4th edition. (2012). New York: Oxford University Press.

Gruber, Kenneth J., dan Floyd-Taylor, Melissa. (2006). A Family Perspective for Substance Abuse: Implications from the Literature. Journal of Social Work Practice in the Addictions, 6, 1/2, 1-29

Gunnison, Elaine dan Helfgott, Jacqueline B. (2011). Factors That Hinder Offender Reentry Success: A View From Community Corrections Officers. International Journal of Offender Therapy and Comparative Criminology 55(2) 287 –304. DOI:

10.1177/0306624X09360661

Latkin, Carl A., Smith, M. Kumi, Tran Viet Ha, Tran Thi Mo, Zelaya, Carla., Teerada Sripaipan, Nguyen Le Minh, Vu Minh Quan dan Vivian F. Go. (2016). Roles and Functions of Social Networks Among Men Who Use Drugs in ART Initiation in Vietnam. AIDS Behav (2016) 20:2782–2789 DOI 10.1007/s10461-016-1408-8.

Latkin, Carl., Davey-Rothwell, Melissa., Yang, Jing-yan dan Crawford, Natalie. (2012). The Relationship between Drug User Stigma and Depression among Inner-City Drug Users in Baltimore, MD. Journal of Urban Health: Bulletin of the New York Academy of Medicine, Vol. 90, No. , 147-156 doi:10.1007/s11524-012-9753-z

Luo, Tao., Wang, Jing., Li, Yanhua., Wang, Xuyi., Tan, Linxiang., Deng, Qijian., Thakoor, Jaya Prishni Devi. dan Hao. Wei. (2013). Stigmatization of people with drug dependence in China: A community-based study in Hunan province. Drug and Alcohol Dependence 134 (2014) 285– 289

Matthews, Bob dan Ross, Liz. (2010). Research Methods: A Practical Guide for the Social Sciences. Edinburgh Gate: Pearson Education.

Merriam Webster. (2017). Stigma dicapai daripada https://www.merriam- webster.com/dictionary/stigma

Morgaine, C. (2001). Family System Theory. Dicapai daripada carian http://web.pdx.edu/~cbcm/CFS410U/FamilySystemsTheory.pdf

Noorzuraini robson, Rusdi Rashid, Mahmood Nazar & Hussain Habil. (2011). Treating heroin addiction: Bridging the past and future - a Malaysian Experience. Asia-Pacific Psychiatry, 7:1, 121-125. ISSN 1758-5864

Pusat Penyelidikan dalam Penyalahgunaan Dadah Asia. (t.t.) dicapai dari http://acreda.usim.edu.my/ms/koleksi-acreda/pengenalan-mengenai-

(11)

dadah/opiot

Saedah A. Ghani, Zainah Ahmad Zamani, Roseliza Murni Ab. Rahman, Arifin Hj. Zainal dan Wan Shahrazad Wan Sulaiman. (2008). Kefungsian Keluarga dan Hubungannya dengan Keyakinan Diri Pengguna opiat. Jurnal AADK.

Schafer, Gabriel. (2011). Family Functioning in Families with Alcohol and Other Drug Addiction. Social Policy Journal of New Zealand Te Puna Whakaaro. Issue 37 June 2011, 1-17

Sullivan, Eileen., Mino, Milton dan Nelson, Katherine. (2002). Families as a Resource in Recovery from Drug Abuse: An Evaluation of La Bodega de la Familia dicapai daripada carian https://www.ncjrs.gov/pdffiles1/nij/grants/195087.pdf

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Penemuan yang utama kajian ini ialah para responden mengunakan jenis mesolectal bila berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan sebaya yang kurang arif dalam Bahasa Inggeris

Thus, the possible use of other surrogate markers are actively being sought and enumeration of activated T lymphocyte subsets is therefore one obvious choice, since this

Jadual 2 menunjukkan cabaran yang berkaitan dengan pelajar. Sub-tema cabaran ini terdiri daripada sembilan cabaran yang dihadapi oleh pemimpin dalam amalan kepimpinan program IB

Kajian ini menyokong pendapat seperti mana pendapat Khairul Hamimah dan rakan-rakan (2012), program pemulihan yang dilakukan oleh pihak Penjara telah berjaya membentuk

Dapatan kajian ini dibuat spekulasi untuk membantu guru sekolah rendah Cina mengaitkan cabaran dan strategi pengajaran yang digunakan oleh guru dalam pengajaran kemahiran

Hasil tinjauan menunjukkan bahawa cabaran dan masalah yang paling ketara yang dialami oleh firma responden ialah kos pengambilan dan pemilihan pekerja, kadar ketidakhadiran,

Pendekatan ini juga telah dibincangkan oleh al-Ghazālī menunjukkan dalam usaha memperbaiki diri menjadi hamba yang lebih baik memerlukan kepada usaha dalam mencapai

Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai stigma masyarakat, stigma kendiri dan sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling yang sederhana.. Namun, stigma

Kawasan yang telah mengalami intensiti pembangunan yang tinggi atau mengalami tekanan pembangunan dipilih sebagai kawasan kajian untuk melihat peluang dan cabaran yang dialami

Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan pengetahuan, penerimaan, kesediaan, amalan dan cabaran dihadapi oleh guru sejarah sekolah menengah di Sabah dalam

Pelaksanaan serta penerapan konsep taubat dalam diri penagih penagih terhadap konsep taubat memainkan peranan yang besar dalam proses pemulihan diakui dapat mengubah persepsi

Statistik menunjukkan terdapat peningkatan tingkah laku jenayah dalam kalangan penagih dadah.Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengkaji penglibatan

Dalam zaman globalisasi dunia tanpa sempadan kini yang penuh cabaran dalam mendidik anak-anak, sudah tentulah ibu bapa yang menjadi tunjang utama keluarga akan bertindak

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat lima cabaran utama yang dialami oleh peserta kajian seperti yang telah dibincangkan di atas iaitu penolakan oleh klien OKU, kurang

Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka hala tuju dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan wanita di Kelantan menerusi tiga matlamat Model Ekonomi Baru

Dan hukuman seksyen 8(3)(a) & 8(3)(b), Kaedah-kaedah Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Syarat-syarat Pengawasan Bagi Penagih Dadah Yang Menjalani Rawatan

responden mempunyai tahap motivasi menunjukkan kefungsian keluarga mempengaruhi sebanyak 0.08% terhadap motivasi pencapaian pekerja yang mana keadaan

Melalui kajian ini, didapati juga bahawa informasi yang diberikan sangat membantu para penghidap HIV positif untuk diterima oleh keluarga dan juga mengetahui

Dikaitkan juga dengan proses mengembalikan penagih kepada keadaan seperti mana sebelum ketagihan dadah (Mahmood Nazar 2006)... Setiap agama mempunyai persamaan dalam rawatan

Dapatan kajian ini mengesahkan bahawa penagih relaps merupakan individu yang mempunyai ciri-ciri berikut (1) mempunyai tahap emosi negatif yang tinggi seperti

Hasil kajian mendapati personaliti diri responden, pengetahuan agama yang lemah, tekananyang dihadapi dalam kehidupan harian dan pengalaman trauma penderaan yang

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti salah satu cabaran yang dihadapi oleh pelajar pasca siswazah: cabaran dalam mempraktikkan bahasa

Natijahnya ia telah memberi ruang kepada pengkaji untuk melakukan kajian berhubung cabaran dan masalah yang dihadapi oleh institusi dakwah di negeri Melaka ini