• Tiada Hasil Ditemukan

View of Hubungan Antara Kecergasan, Aktiviti Fizikal, Dan Kesihatan Murid Felda Di Lahad Datu Sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Hubungan Antara Kecergasan, Aktiviti Fizikal, Dan Kesihatan Murid Felda Di Lahad Datu Sabah"

Copied!
8
0
0

Tekspenuh

(1)

Hubungan Antara Kecergasan, Aktiviti Fizikal, Dan Kesihatan Murid Felda Di Lahad Datu Sabah

(Relationship between Fitness, Physical Activity and Health of Felda Students at Lahad Datu, Sabah)

Mohd Noor Isma Ismail1*, Erwan Ismail1, Mohd Radzani Abdul Razak1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: jingga@ukm.edu.my

Accepted: 1 April 2020 | Published: 15 April 2020

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Aktiviti fizikal, kecergasan dan kesihatan merupakan perkara yang perlu di ambil berat dalam kehidupan seharian. Namun begitu terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti adakah terdapat hubungan yang singnifikan antara aktiviti fizikal, kecergasan dan kesihatan murid Felda di Lahad Datu Sabah. Seramai 365 orang pelajar tingkatan empat lelaki dan perempuan dari dua buah sekolah menengah di Felda lahad datu Sabah telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan iaitu kajian rentas-silang (cross sectional). Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah Personal Lifestyle Questionnaire (PLQ), Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ), dan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) serta ujian komposisi badan. Nila kebolehpercayaan instrument ialah α = 0.85 manakala data di analisis menggunakan SPSS (statistical package for social science). Secara keseluruhanya terdapat hubungan yang singfikan di antara aktiviti fizikal, kecergasan, kecergasan, dan kesihatan dalam kalangan murid felda di Lahad Datu.

Kata kunci: kecergasan, aktiviti fizikal, kesihatan murid

Abstract: Physical activity, fitness and health are important factors in daily life. However, there are some people who do not practice a healthy and active lifestyle. The purpose of this study was to determine whether there is a significant relationship between physical activity, fitness and health of Felda students in Lahad Datu Sabah. A total of 365 students and four students from two secondary schools in Sabah and Felda were involved in this study. This study uses a cross sectional study design. The instruments used in this study were the Personal Lifestyle Questionnaire (PLQ), Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ), and Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysi (SEGAK) as well as body composition tests. The instrument reliability was α = 0.85 while the data were analyzed using SPSS (statistical package for social science). In all, there is a delicate relationship between physical activity, fitness, fitness, and health among felda students in Lahad Datu Sabah.

Keywords: fitness, physical activity, students health

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kecergasan merupakan aspek yang penting dalam menjaga kesihatan setiap individu.

Kercergasan di sini membawa maksud kebolehan seseorang melakukan apa-apa aktiviti yang

(2)

melibatkan pergerakan anggota badan seperti bersukan,beriadah dan sebagainya. Pelbagai kaedah boleh digunakan bagi meningkatkan kecergasan diri antaranya dengan mengamalkan senaman yang bersesuai dengan masa dan umur. Kercergasan ini merangkumi aspek ketahanan sistem jantung iaitu lebih dikenali sebagai kecergasan aerobik. Aspek yang kedua ialah komposisi badan, kekuatan otot, ketahanan otot dan fleksibeliti. Melakukan senaman merupakan kaedah utama dalam menjaga kecergasa diri. Senaman membawa maksud satu bentuk aktiviti reakreasi yang di lakukan secara berulang-ulang untuk mengeluarkan peluh.

Banyak kaedah senaman yang boleh di lakukan dalam meningkatkan kecergasan diri antaranya senaman aerobik, senaman regangan, senaman latihan tenaga dan lain-lain.

Kebiasanya senaman seperti berjoging di lakukan 5 hingga 10 minit, berenang 2 hingga 5 minit dan berbasikal 5 hingga 15 minit. Menurut Falls (1980), kecergasan untuk menjaga kesihatan merangkumi banyak perkara yang berkait rapat dengan fisiologi dan psikologi yang akan memberi perlindungan kepada individu dari segi penyakit. Setiap manusia boleh meningkatkan kecergasan mereka kepada tahap yang maksima. Komponen kecergasan terbahagi kepada dua iaitu komponen kecergasan kesihatan dan komponen kecergasan perlakuan motor.

Dalam konteks kesihatan pula membawa makna sihat atau selamat. Tahun 1948, terdapat satu persidangan kesihatan dunia untuk kali pertama yang di anjurkan oleh Persatuan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) daripada hasil persidangan tersebut sebanyak 54 rang wakil sebulat suara telah berpendapat ‘kesihatan’ membawa makna sihat daripada aspek fizikal mental dan sosial dan bukan hanya bebas daripada kecacatan, penyakit dan kecederaan. Bgai ketiga elemen seperti mental,sososial dan fizikal ia saling berkait rapat antara satu sama lain.

Menurut Hoyman (1962) beliau telah mendifinisikan kesihatan sebagai keadaan sihat yang optimum bagi menjalani kehidupan yang sempurna dan hanya berakhir dengan kematian.

2. Ulasan Kajian Lepas Amalan Gaya Hidup Sihat

Amalan gaya hidup yang sihat merupakan fokus utama yang harus di berikan penekanan.

Selain daripada status ekonomi, keselesaan hidup dan pendidikan. Perkara ini tidak akan dapat di tangani sekiranya masalah kesihatan berada pada tahap yang membimbangkan.

Melalui kesihatan yang baik juga segala aktiviti akan dapat di lakukan dengan lancar.

Kebanyakkan masyarakat akan merasa nikmat sihat sekiranya mereka berada dalam keadaan yang sakit. Tambahan pula pelbagai produk kesihatan, produk kuruskan badan, produk kurus tanpa senaman seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’.

Menurut Brues dan Richardson (1989) beliau telah menegaskan bahawa untuk menjadikan gaya hidup yang sihat seseorang itu perlulah mengetahui berkaitan kesihatan, pengetahuan berkaitan kecergasan serta mengamalkan pemakanan yang seimbang. Selain itu menurut Norasmah dan Tajul Ariffin (2004) beliau menyatakan bahawa penyakit merbahaya seperti diabetis, jantung, darah tinggi dan strok amat berkait rapat dengan permakanan dan merupakan penyakit utama di Malaysia yang menyebabkan kematian. Telah di laporkan juga seramai 30,000 kematian telah di catatkan di Hospital kerajaan yang mana seramai 16%

kematian di sebabkan masalah jantung, jangkitan kuman dan darah sebanyak 14%. Kanser 9%, strok 9% dan kecederaan hanya 8% sahaja. Melalui statistik ini jelas menunjukkan bahawa penyakit yang tidak berjangkit seperti jantung dan barah adalah berpunca daripada

(3)

amalan yang tidak sihat seperti merokok, ketegangan, kegemukkan,dan mengamalkan gaya hidup yang pasif.

Selain daripada itu rakyat di Malaysia juga mengalami masalah kegemukkan atau lebihan berat badan. Menurut laporan yang di keluarkan oleh Utusan Malaysia pada tarikh 15 April 2005 lebih daripada 6 Juta atau 20 Peratus hingga 28 Peratus berpunca daripada pengambilan lemak secara berlebihan dalam permakanan seharian. Masalah ini bukan berpunca daripada kekurangan makanan tetapi daripada pengambilan lebihan makanan dan makanan yang tidak sihat. Di samping itu juga gaya hidup yang kurang sihat juga di amalkan. Sebagai contoh penggunaan lift dalam urusan seharian. Sepatutnya untuk mengekalkan kesihatan individu tersebut boleh menggunakan tangga. Hal ini secara tidak langsung akan memberikan kelebihan kepadanya. Satu tinjauan kesihatan telah di jalankan pada tahun 1996 di seluruh negara dan mendapati hanya 16.6 peratus sahaja yang mengamalkan aktiviti sihat seperti bersenam dan beriadah dan 69.1 peratus tidak mengamalkan senaman dan sebarang aktiviti.

Menurut Robert dan Gould (1999) aktiviti senaman merupakan satu cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi tekanan. Melakukan aktiviti fizikal seperti riadah secara tidak langsung akan dapat mengurangkan tekanan dan boleh menyebabkan pemikiran seseorang menjadi lebih terbuka.

Jadual dan Rajah

Jadual 1 menunjukkan dapatan keseluruhan Gred BMI bagi pelajar lelaki dan perempuan.

Bagi peratus yang paling tinggi ialah BMI tahap Ideal iaitu 76.3% iaitu 277 orang pelajar.

Dapatan gred yang paling rendah ialah Obesiti iaitu 5.2% sekitar 19 orang pelajar.

Jadual 1: Jadual Dapatan Keseluruhan Gred BMI pelajar di Felda Lahad Datu Gred Keseluruhan BMI

Kekerapan Peratus % Min Sisihan piawai

Kurang Berat 34 9.4

2.04 .634

Ideal 277 76.3

Berlebihan 33 9.1

Obesiti 19 5.2

Rajah 1 menunjukkan gred turun bangku bagi lelaki dan perempuan. Bagi pelajar lelaki peratus tertinggi ialah Sangat tidak cergas iaitu 92% bersamaan 162 orang pelajar. Manakala bagi gred terendah ialah sederhana 2.3% bersamaan 4 orang pelajar. Selain itu bagi dapatan gred naik turun bangku perempuan pula peratus tertinggi menunjukkan sangat tidak cergas iaitu 74% bersamaan 138 orang responden. Manakala bagi peratusan terendah pula ialah cergas 2.7% bersammaan 5 orang pelajar.

(4)

Rajah 1: Gred naik turun bangku pelajar lelaki dan perempuan

Rajah 2 menunjukkan gred lompat berdiri bagi lelaki dan perempuan . Dapatan kajian mendapati gred tertinggi bagi lelaki ialah 41% bersamaan 72 orang pelajar. Manakala gred terendah ialah cenerlang 1.7% bersamaan 3 orang pelajar. Bagi gred perempuan pula dapatan tertinggi menunjukkan sangat lemah iaitu 77.4% bersamaan 144 orang pelajar dang red terendah ialah sederhana 4.3% bersamaan 8 orang pelajar.

Rajah 2: Gred lompat berdiri pelajar lelaki dan perempuan

Rajah 3 menunjukkan gred naik turun bangku keseluruhan. Dapatan kajian menunjukkan peratus tertinggi ialah sangat tidak cergas iaitu 83% bersamaan 300 orang responden, Manakala bagi peratus terendah ialah cergas sebanyak 1.4 % bersamaan 5 orang responden.

Rajah 3: Gred naik turun bangku keseluruhan 92%

6%

2%

GRED NAIK TURUN BANGKU LELAKI

SANGAT TIDAK CERGAS TIDAK CERGAS

SEDERHANA

74%

16%

7% 3%

GRED NAIK TURUN BANGKU PEREMPUAN

SANGAT TIDAK CERGAS TIDAK CERGAS

SEDERHANA

41%

19%

35%

3%

2%

GRED LOMPAT BERDIRI LELAKI

SANGAT LEMAH LEMAH SEDERHANA BAGUS CEMERLANG

78%

19%

3%

GRED LOMPAT BERDIRI PEREMPUAN

SANGAT LEMAH LEMAH SEDERHANA

83%

11%

5%

1%

GRED NAIK TURUN BANGKU

SANGAT TIDAK CERGAS TIDAK CERGAS

SEDERHANA

CERGAS

(5)

Rajah 4 menunjukkan gred kekuatan tangan. Dapatan kajian mendapati peratus tertinggi ialah sangat lemah iaitu 75% bersamaan 271 Orang pelajar. Manakala bagi peratus terendah ialah bagus dan cemerlang yang mencatatkan sebanyak 0.3% bersamaan 1 orang pelajar.

Rajah 4: Gred kekuatan tangan keseluruhan

Rajah 5 menunjukkan gred lompat berdiri. Dapatan kajian menunjukkan peratus tertinggi di catatkan oleh sangat lemah iaitu 60% bersamaan 216 orang pelajar. Manakala bagi peratus terendah di catatkan oleh cemerlang sebanyak 0.3 peratus bersamaan 8 orang pelajar.

Rajah 5: Gred kekuatan tangan keseluruhan

Jadual 2 menunjukkan korelasi antara pembolehubah Gred BMI, Gred Naik Turun Bangku, Gred Kekuatan Tangan dan juga Gred Lompatan berdiri. Terdapat kesan yang signifikan (p<0.05) di antara pemboleh ubah terutamanya dia antara Gred BMI dengan Gred Kekuatan Tangan serta Gred Lompatan Berdiri.

75%

9%

16% 0.3 0%

GRED KEKUATAN TANGAN

SANGAT LEMAH LEMAH SEDERHANA BAGUS CEMERLANG

19% 60%

19% 2%

GRED LOMPAT BERDIRI

SANGAT LEMAH LEMAH SEDERHANA BAGUS CEMERLANG

(6)

Jadual 2: Korelasi antara pembolehubah Gred BMI, Gred Naik Turun Bangku, Gred kekuatan gengaman tangan dan Gred Lompatan berdiri

(Pearson correlation, r)

Pembolehubah Gred BMI Gred Naik

Turun Bangku

Gred Kekuatan Tangan

Gred Lompatan Berdiri

Gred BMI -.061 .110* -.115*

Gred Naik

Turun Bangku

-.061 .095 -.175**

Gred Kekuatan Tangan

.110* .095 -.035

Gred Lompatan Berdiri

-.115* -.175** -.035

3. Perbincangan dan Kesimpulan

Kajian mendapati tahap kesihatan mengikit BMI pelajar adalah berada pada tahap ideal, iaitu 76.3% iaitu 277 orang pelajar. Hal ini menunjukkan pelajar tahap kesihatan yang baik.

Berbanding hanya 9.4% bersaman 34 orang pelajar berada pada tahap kurang berat badan dan hanya 5.2% atau 19 orang pelajar sahaja yang mempunyai masalah obesiti. Kajian juga menunjukkan bahawa sekiranya berat badan berlebihan adalah maslah kepada penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angina ahmar, diabetis, kanser dan darah tinggi. Namun begitu permakanan yang sihat akan dapat menjamin berat badan yang ideal. Selain daripada itu juga sekiranya seseorang mempunyai masalah kurang berat badan juga akan berisiko menghadapi penyakit. Ini kerana kurang berat badan di kaitkan dengan penyakit yang merbahaya. Pengaruh gaya hidup juga secara tidak langsung menyebabkan BMI tidak stabil (Gopalakrishnan et al., 2012).

Selain itu, kajian tahap kecergasan berlandaskan kesihatan dalam kalangan murid di Felda wilayah Lahad Datu mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan di antara lelaki dan perempuan, Dapatan bagi lelaki menunjukkan jumlah ideal berada di peratus yang tertinggi iaitu 75% bersamaan 133 orang pelajar. Manakala bagi gred yang paling rendah ialah obesiti iaitu 5.1% bersamaan 9 orang pelajar. Bagi gred BMI perempuan pula peratus tertinggi ialah ideal iaitu 78% bersamaan 144 orang. Oleh itu dapat dirumuskan bahawa pelajar felda di Daerah Lahad Datu berada pada tahap yang baik. Selain itu menurut Heyward (1991) bagi menilai kecergasan fizikal terdapat 6 elimen yang harus di lihat iaitu kemampuan otot, kardiorespiratori, kemampuan daya otot, kelembutan badan dan kemampuan relaksasi neuromuscular.

Menurut kajian, gred peratus tertinggi turun bangku bagi pelajar lelaki ialah sangat tidak cergas iaitu 92% bersamaan 162 orang pelajar. Manakala bagi gred terendah ialah sederhana 2.3% bersamaan 4 orang pelajar. Selain itu bagi dapatan gred naik turun bangku perempuan pula peratus tertinggi menunjukkan sangat tidak cergas iaitu 74% bersamaan 138 orang responden. Manakala bagi peratusan terendah pula ialah cergas 2.7% bersamaan 5 orang pelajar. Oleh itu kecergasan naik turun bangku berada pada tahap yang sangat tidak cergas.

Banyak faktor yang menyebabkan dapatan ini berlaku anataranta faktor permakanan, gaya hidup dan sebagainya. Menurut (Hassan, 2000) belaiu berkata. Apabila seseorang berada dalam keadaan cergas fizikal, dia tidak akan menjadi seorang yang malas dan tidak aktif.

(7)

Dapatan kajian bagi gred lompat berdiri pelajar lelaki mendapati bahawa gred tertinggi ialah 41% bersamaan 72 orang pelajar. Manakala gred terendah ialah cemerlang 1.7% bersamaan 3 orang pelajar. Bagi gred pelajar perempuan pula dapatan tertinggi menunjukkan sangat lemah iaitu 77.4% bersamaan 144 orang pelajar dengan gred terendah ialah sederhana 4.3%

bersamaan 8 orang pelajar. Secara keseluruhnya pelajar felda di Daerah Lahad Datu sangat lemah dalam ujian lompat berdiri. Mereka perlu banyak melakukan aktiviti regangan badan.

Menurut Hassan et al. 2011 dan Moktar et al. mereka berkata seseorang itu disarankan melakukan aktiviti regangan sekurangnya tiga kali seminggu. Selain itu dengan melakukan aktiviti regangan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan sesama jiran terdekat.

Berdasarkan kajian tinjauan yang telah di jalankan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 yang di jalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan bahawa hanya 14 Juta atau 33% rakyat atau Malaysia yang lingkungan 16 tahun ke atas yang terlibat secara aktif secara fizikal.

Kajian menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif yang signifikan antara Gred BMI dengan Gred kekuatan gengaman tangan (r=0.110). Keputusan menunjukkan bahawa apabila semakin tinggi Gred BMI pelajar akan menyebabkan Gred Kekuatan genggaman tangan meningkat. Walau bagaimanapun, keputusan antara pembolehubah Gred BMI dan Gred Lompatan Berdiri menunjukkan terdapatnya korelasi negatif yang signifikan (r=-0.115) di mana Gred BMI yang rendah akan mempengaruhi dalam peningkatan Gred Lompatan Berdiri. Selain itu, terdapat juga korelasi negatif yang signfikan di antara Gred Naik Turun Bangku dan juga Gred Lompatan berdiri (r=-0.175). Ini menunjukkan bahawa pengurangan Gred Naik Turun Bangku pelajar akan meningkatkan Gred Lompatan berdiri. Dapatan ini di sokong oleh Lloyd (1999) di mana dalam kajianya berkaitan hubungan saiz badan dengan prestasi latihanbagi remaja. Hasil kajian tersebut menunjukkan terdapat hubungan saiz badan dengan pengambilan oksigen,

Secara holistiknya, kecergasan pelajar felda di Lahad Datu Sabah berada pada tahap lemah.

Selain itu pelajar perlu faham akan kepentingan menjaga kesihatan dan pentingnya kecergasan badan dalam kehidupann seharian. Menurut Brian (1990) menyatakan bahawa aktiviti fizikal dan sukan dapat secara tidak langsung dapat menurunkan penyakit kardiovaskular. Selain itu aktivti fizikal dan kecergasan merupakan satu peranan yang penting bagi melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi. Di samping itu kecergasan akan dapat mengelak daripada pelajar mudah lesu dan letih ketika berada di dalam kelas. Selain itu kecergasan secara tidak langsung akan dapat meningkatkan mutu pelajaran pelajar.

Rujukan

Azhari, A. M., Kamarulzaman, M. H., Faisal, R. A., Hazir, N. M., Esrati, M. Z., Lim, M. R., Joli, N. S. & Ishak, N. M. (2017). Tahap Kecergasan Fizikal di Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat. E-Proceeding of the 6th Global Summit On Education, e-ISBN 978- 9670792-22-4.

Azizan, N. S., & Marni, N. (2011). Penjagaan kesihatan menerusi senaman dari perspektif Islam: kajian terhadap persepsi pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Antony, S. A. F. (2007). Kajian tahap kesedaran kesan tabiat merokok terhadap kesihatan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (Doctoral dissertation, Universiti Malaysia Sabah).

(8)

Bakar, H. A., Manan, M. S. A., & Hassan, M. M. M. A. (2017). Tahap Prestasi Kecergasan Fizikal Guru Pelatih Berumur 18 Hingga 20 Tahun Kursus PISMP Institut Pendidikan Guru Di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 8.

Erwan, I. & Mohd, R. A. R. Tahap Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan Dan Corak Aktiviti Fizikal Murid Sekolah Di Gugusan Felda. 1052-1056.

Falls. (1980). Teori and Methodology of Traning. New York. Humans Kinetick Publisher Hashim, A. (1994). Prestasi kemahiran asas motor dan kecergasan fizikal murid tahap II

sekolah rendah (Doctoral dissertation, Universiti Pertanian Malaysia).

Ismail, R., & Ismail, M. H. (2008). Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet Badminton Sukma Johor 2008 (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Hassan, Muhammad Haniff. (2000). Pandangan Umum Islam Terhadap Kesihatan dan Perubatan. Singapura: Perdaus.

Hasan Basari, Norhidayah. (2011). Tinjauan Perkaitan di Antara Komposisi Tubuh Badan dan Paras Glukosa dalam Darah dengan Kekerapan Senaman Mengikut Kategori Umur dan Jantina. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Bahru, Johor.

Julhi, A. I. A. H., Drahman, N., & Abdullah, P. H. N. (2008). Ujian Kecergasan Fizikal:

Sejauh manakah Pelaksanaannya di Sekolah Menengah. Jurnal Penyelidikan IPBL, 8.

Razak, M. R. A. & Mustafa, N. S. Z. (2018). Perbandingan Tahap Kecergasan Fizikal Antara Pelajar Asli Dan Pelajar Biasa Di Gombak. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan, eISBN978-967-2122-54-8.

Samsudin, S., & Hong, K. T. C. (2016). Hubungan Antara Tahap Kesihatan Mental dan Prestasi Pelajar Sarjana Muda: Satu Kajian di Universiti Utara Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia (Malaysian Journal of Health Sciences), 14(1).

Tajuddin, M. S. B. M. (2007). Kesan aspek kesihatan terhadap produktiviti kerja dalam kalangan pensyarah maktab perguruan. Universiti Sains Malaysia.

Zakariya, S., Faizal, S. S., & Ismail, M. H. (2008). Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet skuasy Sukma Johor 2008 (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor bangsa dengan aspek identifikasi identiti biseksual, sokongan sosial dan kesihatan mental dalam kalangan individu biseksual