• Tiada Hasil Ditemukan

View of Motivasi Menggunakan E Pembelajaran dan Pencapaian Sejarah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of Motivasi Menggunakan E Pembelajaran dan Pencapaian Sejarah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4"

Copied!
11
0
0

Tekspenuh

(1)

Motivasi Menggunakan E Pembelajaran dan Pencapaian Sejarah dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4

(Motivation using E Learning and Achievement of History Subject among Form 4 Students)

Jublin Nanang1*, Saemah Rahman1, Shahlan Surat1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: P99097@siswa.ukm.edu.my/mrjubb14@yahoo.com Accepted: 15 March 2021 | Published: 1 April 2021

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: E Pembelajaran merupakan revolusi 4.0 pedagogi dan inovasi pembelajaran abad ke-21. Sifat E Pembelajaran yang interaktif dan menarik membuatkan pendekatan ini semakin menjadi pilihan. Namun, disebalik kerancakkan pelaksanaan E Pembelajaran sewaktu Pandemik Covid 19 dan Perintah Berkurung, keberkesanan pelaksanaan E Pembelajaran masih lagi rendah, kurang berkesan dan dipercayai berkaitrapat dengan pencapaian pelajar. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dalam tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran berdasarkan jantina dan mengenalpasti hubungan motivasi menggunakan E Pembelajaran dengan pencapaian Sejarah dalam kalangan 328 pelajar Tingkatan Empat di Daerah Samarahan, Sarawak yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Kajian ini menggunakan instrument yang diubahsuai dan diadaptasi daripada kajian lepas, sesuai dengan tujuan dan objektif kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap motivasi pelajar menggunakan E Pembelajaran adalah sederhana. Manakala analisis Ujian t sampel tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan pada tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran berdasarkan jantina. Seterusnya, hasil korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan positif yang sangat lemah (r = 0.109*, r<0.20) antara tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran dengan pencapaian mata pelajaran Sejarah. Kajian ini telah membantu mengenal pasti beberapa faktor penting iaitu faktor mudah guna, kebergunaan, keseronokan, dan keyakinan diri yang merupakan antara faktor yang boleh mempengaruhi motivasi murid menggunakan E Pembelajaran. Walaupun hubungan yang lemah, dapatan ini menyokong perhatian guru kepada faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran.

Kata kunci: tahap motivasi, E Pembelajaran, mudah guna, kebergunaan, keseronokan, keyakinan diri, pencapaian

Abstract: E Learning is a revolution of 4.0 pedagogy and 21st century learning innovation.

The nature of E Interactive and interesting learning makes this approach increasingly an option. However, despite the rapid implementation of E Learning during the Covid 19 Pandemic and the Curfew, the effectiveness of the implementation of E Learning is still low, less effective and believed to be related to student achievement. Therefore, this study was conducted to identify whether there is a difference in the level of motivation using E Learning based on gender and identify the relationship of motivation using E Learning with History achievement among 328 Form Four students in Samarahan District, Sarawak selected using stratified random sampling techniques . This study uses instruments modified and adapted from

(2)

previous studies, in accordance with the purpose and objectives of the study. The findings of the study found that the level of motivation of students using E Learning is moderate. While the analysis of the t sample of independent samples showed no difference in the level of motivation using E Learning based on gender. Furthermore, Pearson correlation results show a very weak positive relationship (r = 0.109 *, r <0.20) between the level of motivation using E Learning with the achievement of History subjects. This study has helped identify several important factors, namely ease of use, usefulness, enjoyment, and self-confidence which are among the factors that can influence students' motivation to use E Learning. Despite the weak relationship, these findings support teachers' attention to the factors that influence student motivation in an effort to improve student performance in learning.

Keywords: motivation level, E Learning, easy to use, usefulness, fun, self confidence, achievement

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

E Pembelajaran merupakan satu revolusi 4.0 pedagogi dan inovasi pembelajaran abad ke- 21. Dalam anjakan Ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (2013), penggunaan ICT dalam pdpc telah memperkenalkan E Pembelajaran sebagai pendekatan. Kemajuan teknologi yang pantas dan tanpa sempadan membuatkan pemahaman definisi E Pembelajaran sentiasa berkembang. Bermula dengan penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dalam E Pembelajaran, kini penggunaan telefon bimbit, tablet dan beberapa peranti komunikasi moden yang lebih popular telah banyak digunakan. Seterusnya, ciri-ciri E Pembelajaran yang menggabungkan grafik, audio, teks, interaksi dan video melalui pelbagai platform terkini telah menjadikan kaedah ini semakin menarik, interaktif dan semakin menjadi pilihan utama.

Menurut beberapa kajian lepas, pelajar lebih tertarik kepada kaedah paragogy dan cybergogy (Nor Asmawati Ismail, Najihah Abd & Norsuhada Mat Hasan, 2019). Pada 1 April 2020, pihak Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan panduan pelaksanaan pdpc ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP (Sumber: KPM 2020). Dalam panduan tersebut, semua guru digalakkan untuk mengamalkan kaedah pembelajaran berbentuk teknologi (secara dalam talian) yang menggunakan medium komunikasi dan aplikasi yang boleh diakses oleh pelajar.

Oleh itu, pelaksanaan dan pemerkasaan E Pembelajaran adalah amat relevan dengan situasi pandemik Covid 19.

2. Ulasan Kajian Lepas

Kajian motivasi terhadap pembelajaran menggunakan E Pembelajaran

Motivasi merupakan pendorong dalaman dan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap peningkatan keberkesanan pelaksanaan E Pembelajaran. Kajian terdahulu mendefinisikan motivasi adalah satu entiti hasil daripada pelbagai faktor (multi factorical) yang boleh menyumbang kepada pembelajaran yang lebih berkesan dan berkembang (Siti Hajar Bidin et al., 2019). Namun dalam konteks kajian ini, motivasi merupakan suatu kuasa yang menggerakkan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku yang bertujuan untuk memenuhi keinginan dan keperluan sehingga mencapai tahap kepuasan. Berdasarkan kepada beberapa kajian dalam dan luar negara, terdapat beberapa dapatan yang menyokong penyataan ini.

Menurut Oxford dan Shearin (1994), terdapat beberapa faktor yang memberi kesan kepada pembentukan motivasi antaranya adalah sikap, kepercayaan diri, matlamat, penglibatan, persekitaran dan nilai diri. Kajian lepas mendapati sikap positif pelajar merupakan faktor yang mempengaruhi tahap motivasi terhadap pembelajaran yang dilakukan (Abdul Hakim, Ab. Aziz

(3)

& Wan Ismail, 2015). Dalam konteks kajian ini, E Pembelajaran adalah merupakan pembelajaran digital yang menggunakan internet yang dilengkapi dengan perkakasan digital seperti komputer riba atau telefon pintar melalui pelbagai aplikasi. Dalam laporan kajian motivasi pembelajaran menggunakan E Pembelajaran, kajian Nor Aziah Abdul Aziz dan Mohd Taufik Hj Ahmed (2016) telah melaporkan bahawa motivasi boleh mempengaruhi dan mendorong tahap penggunaan E Pembelajaran dalam kalangan pelajar. Keberkesanan pelaksanaan E Pembelajaran ditunjukkan apabila pelajar tersebut bersedia untuk memberikan perhatian sepenuhnya dan mengikuti pembelajaran secara aktif. Dalam kajian lain, kaedah pembelajaran E Pembelajaran yang menggunakan media interaktif disifatkan sebagai kaedah yang sesuai dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (Harlina, Zubaidah &

Ainee Ahmad, 2017). Hasil daripada dapatan kajian tersebut memberikan maklumat bahawa penggerak utama tingkahlaku adalah minat dan motivasi pelajar. Dapatan yang sama juga dilaporkan oleh kajian Simeo Kisanjara (2020) yang mendapati bahawa terdapatnya hubungan antara tahap motivasi dengan E Pembelajaran.

Kajian hubungan motivasi terhadap E Pembelajaran dengan pencapaian pelajar

Dalam Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura (1994), sikap positif terhadap pembelajaran memberi kesan yang kuat kepada motivasi seseorang pelajar. Menurut beberapa kajian terdahulu, konsep kendiri seperti minat, sikap dan motivasi adalah antara faktor yang boleh menentukan tahap pencapaian seseorang pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Nor Hayati, Bani Hidayat, Jamil Ahmad & Ab Halim Tamuri, 2014). Dalam satu kajian kuasi eksperimen yang dijalankan mendapati hasil ujian pra dan pos telah menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan terhadap perubahan prestasi pembelajaran hasil daripada penggunaan aplikasi Telegram berbanding kaedah tradisional (Mohd Iqbal Al-Baqri Shaharuddin & Ani Liza Abd Rahman, 2016). Penemuan tersebut penting kerana kewujudan motivasi minat pelajar untuk belajar dipercayai dapat menghasilkan suasana persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna serta berupaya meningkatkan prestasi pembelajaran.

Seterusnya, dalam kajian Fariza Mohd Isa dan Mohd Jasmy Abd Rahman (2018) melaporkan motivasi mempunyai peranan penting dalam menentukan tingkat usaha belajar pelajar.

Laporan dapatan kajian tersebut adalah selari dengan dapatan kajian sebelumnya yang telah menyatakan bahawa motivasi mempunyai pengaruh yang signifikan dengan prestasi pelajar (Hazwani Mohd Najib et al. (2017). Seterusnya, dalam kajian Siti Hajar Bidin et al. (2019) mendapati semakin tinggi tahap motivasi, semakin tinggi keinginan pelajar untuk menguasai apa yang dipelajari. Laporan tersebut memberikan maklumat berguna kerana mempercayai bahawa pencapaian akademik dipengaruhi motivasi belajar. Yong Kai Siong dan Faridah Mydin Kutty (2020) melalui kajian yang dilakukan mendapati keberkesanan aplikasi Coggle iaitu sebuah aplikasi interaksi online telah menunjukkan tahap motivasi pelajar semakin meningkat dan pemahaman pelajar dalam pembelajaran menjadi lebih baik. Laporan yang selari juga dilaporkan pada tahun yang sama mendapati bahawa penggunaan aplikasi rangkaian media sosial dan alat-alat teknologi moden diperakui boleh membantu proses pembelajaran menjadi semakin menarik dan lebih berkesan (Noradilah Abdul Wahab, Najmi Muhammad

& Mohd. Sani Ismail, 2020). Merujuk kepada Teori Minimalis, penyampaian maklumat adalah lebih berkesan dengan terbinanya pengalaman sepanjang proses pembelajaran berlangsung.

Laporan kajian Muhammad Sabiq Mohd Noor dan Megat Aman Zahiri Megat Zakaria (2018) mendapati motivasi dan pengalaman E Pembelajaran yang dilengkapi pelbagai ciri-ciri bahan dan aktiviti yang ditambahbaik dengan multimedia telah menunjukkan peningkatan dalam prestasi murid. Laporan dapatan tersebut penting kerana hasil kajian yang menyatakan bahawa pengalaman mudah guna dan seronok pelajar dalam menggunakan E Pembelajaran adalah penting untuk kepuasan pelajar serta sekaligus dapat meningkatkan motivasi. Tuntasnya, kesemua dapatan kajian lepas ini telah memberi gambaran yang jelas bahawa pengalaman

(4)

menggunakan E Pembelajaran mampu meningkatkan tahap motivasi dan dalam masa yang sama motivasi keyakinan terhadap pembelajaran juga meningkat.

Kedua, kesemua dapatan dan penemuan kajian ini penting kepada pengkaji dalam mencapai tujuan dan objektif kajian. Kebanyakan hasil dapatan lepas telah menunjukkan bahawa usaha untuk meningkatkan keberkesanan E Pembelajaran merupakan perkara yang sangat penting dan memerlukan kajian yang menyeluruh. Justifikasinya, E Pembelajaran adalah sangat relevan dengan keadaan semasa negara dan global. Menerusi hasil dapatan dan perbincangan dari kesemua kajian lepas, maka dapat disimpulkan bahawa faktor-faktor isu keberkesanan E Pembelajaran kebanyakannya dipengaruhi oleh faktor dalaman iaitu konsep kendiri pelajar itu sendiri. Oleh itu, kepentingan E Pembelajaran dan manfaatnya kepada peningkatan pencapaian akademik seseorang pelajar adalah amat penting. Bagi mengatasi beberapa kelemahan berdasarkan dapatan kajian-kajian terdahulu adalah wajar isu keberkesanan E Pembelajaran ini perlu dikaji dari semasa ke semasa. Antara kepentingan isu E Pembelajaran yang telah dikenal pasti adalah kebanyakan kajian semasa lebih berfokuskan kepada kaedah pembelajaran di bilik darjah sahaja (Jeffri Amran Ibrahim, 2019). Manakala seperti yang telah ditekankan dalam kajian Sumarni Lapammu dan Zamri Mahamod (2018) yang menyatakan bahawa E Pembelajaran penting diberi perhatian untuk mempersiapkan komuniti yang berketerampilan global pada abad ke-21. Seterusnya, ia juga berkepentingan untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan pelaksanaan E Pembelajaran dalam menyebarluaskan pelaksanaan. Kajian- kajian baharu yang pelbagai dimensi dan perspektif perlu dilakukan dan ditambahbaik terutamanya untuk mengetahui kelemahan dan kekangan yang wujud (Suzlina Hilwani Baharuddin & Jamaludin Badusah, 2016). Oleh itu, usaha untuk meningkatkan keberkesanan E Pembelajaran merupakan isu yang amat penting dan memerlukan kajian yang lebih meluas dari semasa ke semasa. Akhir sekali. kajian ini merupakan penambahbaikkan kepada kajian terdahulu kerana lebih memfokuskan motivasi intrinsik yang terhasil sepanjang pengalaman pelajar menggunakan E Pembelajaran. Kajian ini juga penting kerana ia juga merupakan satu usaha untuk menjelaskan bahawa motivasi boleh mempengaruhi pencapaian dan wujudnya hubungan yang positif antara motivasi dengan pencapaian. Justeru, dalam usaha meningkatkan keberkesanan E Pembelajaran, hubungan motivasi menggunakan E Pembelajaran dengan pencapaian dalam kalangan pelajar merupakan perkara yang penting untuk diketengahkan serta berkeperluan untuk dibincangkan bersama agar dapat dijadikan sumber maklumat dan memberi pengetahuan berkenaan dengan isu keberkesanan E Pembelajaran kepada semua pihak yang berkepentingan.

Tujuan dan Objektif Kajian

1) Mengenal pasti tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran dalam kalangan pelajar Tingkatan 4.

2) Mengenal pasti perbezaan dalam tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran berdasarkan jantina dalam kalangan pelajar Tingkatan 4.

3) Mengenal pasti hubungan dalam motivasi menggunakan E Pembelajaran dengan pencapaian Sejarah dalam kalangan pelajar Tingkatan 4.

Metodologi Kajian

Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif secara kajian tinjauan sebagai rekabentuk kajian dan telah menggunakan borang soal selidik secara dalam talian untuk mengumpulkan data. Untuk memperoleh hasil kajian, data diperolehi dan kemudiannya dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat daripada tiga buah sekolah menengah di Daerah Kota Samarahan, Sarawak. Populasi dalam kajian ini merupakan pelajar Tingkatan Empat sekolah menengah

(5)

dari Daerah Samarahan, Sarawak yang berjumlah 2221 orang pelajar. Oleh kerana objektif kajian adalah untuk mengenalpasti perbezaan tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran berdasarkan jantina pelajar, kajian telah menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata atau berlapis (stratified random). Pensampelan rawak berstrata digunakan kerana dalam populasi jumlah pelajar lelaki dan perempuan adalah tidak seimbang. Seterusnya pemilihan sampel secara rawak mudah bagi setiap kategori ciri populasi adalah mengikut perkadaran.

Berdasarkan Krejcie and Morgan (1970), populasi sesuatu kajian yang mempunyai populasi 2000 orang, seramai 327 orang responden diperlukan. Dalam kajian ini, jumlah sampel yang digunakan ialah seramai 328 orang sahaja.

Instrumen Kajian

Instrumen utama yang diguna pakai dalam kajian ialah borang soal selidik. Kesemua Borang soal selidik dicapai secara atas talian. Kajian ini telah menggunakan soalan yang dibina dari kajian lepas dan diadaptasi berdasarkan konteks, tujuan dan objektif kajian. Item soal selidik yang diubah suai adalah adaptasi penuh daripada beberapa kajian penyelidik terdahulu (Nor Aziah Abdul Aziz & Mohd Taufik Hj Ahmed, 2016; Rafizah Daud, Noor Azah Abd Raman

& Zarulrizam Ab. Jalil, 2020 dan Agatha F. Umbit & Muhamad Suhaimi Taat, 2016).

Instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah soalan tertutup yang menggunakan pengukuran Skala Likert 4 iaitu Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Setuju (S) dan Sangat Setuju (SS). Pada bahagian A, maklumat demografi responden akan diperolehi. Manakala pada bahagian B merupakan 22 item soal selidik yang terdiri daripada empat komponen untuk mengukur motivasi intrinsik penggunaan E Pembelajaran iaitu Komponen Tanggapan Mudah Guna, Tanggapan Kebergunaan, Keyakinan Diri, dan Keseronokan. Seterusnya, untuk mengukur keberkesanan E Pembelajaran, pada akhir sesi pembelajaran bagi topik yang diajar menggunakan E Pembelajaran, pelajar diberikan ujian.

Markah ujian pelajar yang telah selesai menggunakan E Pembelajaran akan digunakan untuk mengkaji hubungan E Pembelajaran dengan pencapaian pelajar.

Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Pada peringkat ini, pengesahan instrumen oleh ahli pakar telah dilakukan sebagai memenuhi prosedur menentusahkan instrumen. Dalam kajian ini, kesemua instrument dan item soalselidik telah diadaptasi sepenuhnya daripada instrument dan item kajian Nor Aziah Abdul Aziz & Mohd Taufik Hj Ahmed, 2016, kajian Rafizah Daud, Noor Azah Abd Raman &

Zarulrizam Ab. Jalil, 2020 dan kajian Agatha F. Umbit & Muhamad Suhaimi Taat, 2016).

Sebagai sokongan, bantuan khidmat dan panduan dari penyelia untuk tujuan permurnian terhadap instrument juga dilakukan sepanjang kajian ini dilaksanakan sehingga tamat. Untuk mengukur prestasi pelajar, ujian yang mempunyai item berbentuk objektif aneka pilihan iaitu A, B atau C telah digunakan. Analisis item bagi ujian juga telah dilaksanakan dengan menentukan Indeks Kesukaran dan Indeks Pembezaan seperti yang disarankan oleh Macintosh dan Morrison (1969). Pada waktu yang sama, khidmat guru pakar dan Jurulatih Utama (JU) KSSM SPM Mata Pelajaran Sejarah yang berpengalaman lebih 20 tahun telah digunakan untuk tujuan pengesahan dan kebolehpercayaan item ujian yang digunakan dalam kajian.

Dapatan Kajian

Sebelum dapatan kajian dilaporkan, maklumat dari segi penggunaan gajet dan aplikasi dalam E-pembelajaran dalam kalangan responden dipaparkan untuk memberi gambaran tentang pengalaman E-Pembelajaran responden kajian seperti ditunjukkan dalam Jadual 1 dan 2 berikut.

(6)

Kekerapan Dan Peratus Mengikut Jenis Gadget Yang Digunakan

Jadual 1: Kekerapan dan Peratus Jumlah Gadget yang digunakan

Bil. Jenis Gadget Kekerapan Peratus

1. Komputer/Laptop 68 20.7

2. Telefon Pintar 245 74.7

3. Tablet/Ipad 15 4.6

4. Lain-lain 0 0

Jumlah 328 100.0

Jadual 1 menunjukkan kekerapan dan peratus jumlah gadget yang digunakan untuk E Pembelajaran dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di Daerah Samarahan. Daripada 328 orang responden, seramai 68 (20.7%) orang responden menggunakan komputer/laptop, manakala seramai 245 (74.7%) orang menggunakan telefon pintar dan seramai 15 (4.6%) orang menggunakan Tablet/Ipad. Merujuk kepada dapatan kajian, jenis gadget yang mencatat peratus tertinggi adalah Telefon Pintar iaitu seramai 245 (74.7%) orang. Bacaan peratus terendah pula adalah Tablet/Ipad iaitu sebanyak 4.6% persamaan dengan 15 orang.

Kekerapan Dan Peratus Mengikut Aplikasi Yang Digunakan Dalam E Pembelajaran

Jadual 2: Kekerapan Jenis Aplikasi yang digunakan dalam E Pembelajaran

Bil. Jenis Aplikasi Kekerapan Peratus

1. Google Classroom 66 20.12

2. Schoology 1 0.30

3. Telegram 132 40.24

4. WhatsApp 125 38.11

5. Lain-lain 4 1.22

Jumlah 328 100.0

Jadual 2 menunjukkan bahawa Aplikasi “Telegram” telah menunjukkan kekerapan tertinggi iaitu seramai 132 (40.24%) orang pelajar. Manakala aplikasi kedua tertinggi adalah

“WhatsApp” seramai 125 (38.11%) orang pelajar. Seterusnya aplikasi ketiga tertinggi yang digunakan adalah “Google Classroom” iaitu seramai 66 (20.12%) orang pelajar. Lain-lain aplikasi adalah seramai 4 (1.22%) orang pelajar dan “Schoology” pula hanya menunjukkan 1 (0.30%) orang pelajar.

Tahap Motivasi Menggunakan E Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Merujuk kepada Jadual Interpretasi Skor Min Skala Likert Empat Min (Riduwan, 2012) menunjukkan bahawa secara keseluruhan telah memperlihatkan keempat-empat komponen dalam tahap Motivasi menggunakan E Pembelajaran menunjukkan min yang berada ditafsiran tahap yang sederhana.

Jadual 3: Min dan sisihan piawai tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran mengikut komponen- komponen

Motivasi/Item/

Komponen N Min SP

Tahap

Mudah Guna S1-S8 328 3.27 .581 Sederhana

Kebergunaan S9-S12

328 3.22 .639 Sederhana

Keyakinan S13-S19

328 3.24 .651 Sederhana

Keseronokan S20-S22

328 3.25 .609 Sederhana

Jumlah 328 3.25 .620 Sederhana

(7)

Berdasarkan jadual 3 di atas, Komponen Mudah Guna telah mencatat nilai min yang tertinggi iaitu 3.27, manakala komponen kedua tertinggi adalah Komponen Keseronokan dengan catatan min 3.25. Seterusnya komponen yang ketiga tertinggi adalah Komponen Kayakinan dengan catatan min 3.24. Komponen Kebergunaan mencatat min yang paling rendah iaitu sebanyak 3.22.

Perbezaan Dalam Tahap Motivasi Menggunakan E Pembelajaran Berdasarkan Jantina Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4

Jadual 4: Tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan

Komponen Jantina Min Nilai - t Tahap

Signifikan Tahap

Motivasi

Lelaki 2.88 1.696 0.091

Perempuan 2.73

Berdasarkan Jadual 4, setelah melakukan ujian T-sampel tidak bersandar, didapati nilai -t bagi perbezaan tahap motivasi menggunakan E-pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan ialah t = 1.696 dan tahap signifikan p = 0.091. Tahap signifikan ini adalah lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh itu, Hipotesis Nul kajian diterima. Sebagai kesimpulan, kajian telah mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap motivasi menggunakan E- pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan.

Hubungan Dalam Motivasi Menggunakan E Pembelajaran Dengan Pencapaian Sejarah Dalam Kalangan Murid Tingkatan 4

Untuk interpretasi data ujian korelasi, Jadual Garis Panduan Guilford (Rodziah, 2004) digunakan untuk menentukan kekuatan hubungan.

Jadual 5: Hubungan tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran dengan pencapaian Sejarah dalam kalangan pelajar

Tahap Motivasi menggunakan E Pembelajaran dengan Pencapaian

Sejarah

Korelasi Pearson (r)

Signifikan (p) Keterangan

0.109* 0.049 Sangat Lemah

Berdasarkan Jadual 5, keputusan yang diperoleh adalah signifikan dengan nilai r=0.109*.

Dengan merujuk kepada Jadual Garis Panduan Guilford, nilai r menunjukkan kekuatan korelasi pada tahap Sangat Lemah (r = 0.109*, r<0.20). Oleh itu, dapatan kajian telah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran dengan pencapaian mata pelajaran sejarah dalam kalangan pelajar (p = 0.049, p<0.05). Hipotesis null ditolak.

3. Perbincangan dan Kesimpulan

Secara keseluruhannya, tahap Motivasi menggunakan E Pembelajaran adalah Sederhana.

Dapatan kajian mendapati komponen Motivasi Mudah Guna dan Komponen Keseronokan adalah paling dominan. Dapatan kajian ini telah menyokong beberapa laporan dapatan kajian terdahulu. Dalam laporan dapatan kajian Nor Aziah Abdul Aziz dan Mohd Taufik Hj Ahmed (2016) mendapati pelajar yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas tentang internet memiliki motivasi yang tinggi sewaktu menggunakan E Pembelajaran. Hasil laporan dapatan kajian tersebut telah menyokong dapatan pengkaji kerana telah menunjukkan bahawa faktor mudah guna, tiada kesukaran sewaktu menggunakan dan keselesaan pelajar merupakan perkara yang penting dalam menentukan tahap motivasi pelajar menggunakan E Pembelajaran. Selain itu, laporan hasil dapatan pengkaji juga penting kerana memberi maklumat bahawa keempat-

(8)

empat komponen tersebut perlu diberi perhatian dan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Seterusnya, kesemua dapatan kajian mendapati bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan E Pembelajaran adalah lebih menarik, menimbulkan minat, menyeronokan dan mampu mendorong pelajar untuk aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (M. Kaviza, 2016; Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad, & Nur Syazwani Abdul Talib, 2016; Brodahl & Wathne, 2016 dan Nurul Shida et al., 2019). Jelas bahawa tahap motivasi yang sederhana dalam menggunakan E Pembelajaran dalam kalangan pelajar memberi maklumat berguna agar kaedah E Pembelajaran dimanfaatkan sepenuhnya dalam membantu meningkatkan motivasi belajar dalam pembelajaran. Laporan dapatan kajian dalam mengenalpasti faktor-faktor seperti ciri-ciri keseronokan, dan mudah guna menggunakan E Pembelajaran dalam pembelajaran perlu dimanfaat oleh semua pihak kerana dipercayai boleh meningkatkan motivasi dan pencapaian pembelajaran. Dalam dapatan kajian kedua, pengkaji mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran berdasarkan jantina. Oleh itu, dapatan kajian pengkaji telah menyokong kajian Mohamad Firdaus Ahmad et al. (2020) yang mempercayai bahawa kedua- dua jantina mempunyai tahap motivasi yang sama dalam penggunaan E Pembelajaran.

Di samping itu, hasil kajian ketiga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan dalam tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran dengan pencapaian Sejarah. Melalui hasil dapatan pengkaji, tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran dengan pencapaian mempunyai hubungan dan pengaruh antara satu sama lain. Pelajar yang menunjukkan motivasi yang tinggi dalam penggunaan E Pembelajaran secara langsung akan menunjukkan prestasi pencapaian akademik yang tinggi. Sebagai tambahan, beberapa kajian terdahulu mendapati, penggunaan E Pembelajaran membuatkan pelajar lebih faham dan sekali gus meningkatkan prestasi (Adelabu, Makgato dan Ramaligela, 2019; Ardiç & Isleyen, 2018, Iskrenovic- Momcilovic, 2020 dan Valencia-Vallejo, López-Vargas, & Sanabria-Rodríguez, 2018).

Seterusnya, kajian Norhafiza Idris dan Noor Rulhanim Mohamad Ariffin (2018) juga mendapati program intervensi yang menggunakan Teknologi Digital menunjukkan persepsi pelajar adalah positif dan mampu menghasilkan keputusan yang lebih baik. Seterusnya, hasil dapatan yang sama juga dilaporkan oleh Abdul Hamid et al. (2018) dan Suzlina Hilwani Baharuddin dan Jamaludin Badusah (2016) yang telah mendapati bahawa penggunaan E Pembelajaran telah meningkatkan motivasi serta pemahaman penguasaan pelajar. Dalam kajian Panteli dan Fatade (2017), pengkaji telah memberikan maklumat penting bahawa pembelajaran yang menggunakan teknologi menunjukkan penggunaan pembelajaran yang ebih efisien kepada pelajar yang berprestasi rendah dan sekali gus membantu meningkatkan pencapaian. Hubungan yang signifikan ini penting kerana pelajar yang bermotivasi tinggi terutamanya ketika menggunakan E Pembelajaran akan menunjukkan pencapaian akademik yang tinggi.

Kesimpulan daripada data yang diperolehi dalam kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran dengan pencapaian dalam kalangan pelajar memberi maklumat kepada ibu bapa, guru dan pelajar untuk memanfaatkan kaedah E Pembelajaran dalam membantu meningkatkan pemahaman, penguasaan, serta prestasi akademik ke arah yang lebih cemerlang. Dalam usaha meningkatkan pencapaian dalam pembelajaran terutamanya mata pelajaran yang sukar seperti Sejarah, maklumat dalam kajian ini adalah penting. Selain itu, kajian ini juga boleh membantu mengenal pasti beberapa faktor penting seperti mudah guna, kebergunaan, keseronokan, dan keyakinan diri merupakan antara kriteria yang boleh mempengaruhi motivasi murid menggunakan E Pembelajaran dan sekali gus dimanfaatkan oleh semua dalam meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran. Seterusnya, dalam konteks kajian, tiada perbezaan pada

(9)

tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran berdasarkan jantina memberikan maklumat yang penting kepada semua. Ketiadaan perbezaan ini terutamanya dalam tahap motivasi menggunakan E Pembelajaran ini telah menunjukkan bahawa kaedah ini adalah sesuai dan relevan kepada pelajar tanpa dipengaruhi oleh jantina. Oleh itu, isu berkenaan jenis jantina dalam kajian bukanlah penentu utama kepada tahap motivasi dalam kalangan pelajar menggunakan E Pembelajaran. Impikasi kajian yang utama adalah hubungan tahap motivasi dengan pencapaian pelajar yang signifikan telah ditunjukkan dan hal ini telah menambah maklumat penting yang menjelaskan bahawa E Pembelajaran mampu meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Hubungan yang signifikan ini memberikan maklumat kepada pengkaji kerana kaedah E Pembelajaran mampu membantu pelajar untuk lebih bermotivasi untuk belajar, melibatkan diri secara aktif, meningkatkan keyakinan diri sekali gus meningkatkan pemahaman, penerimaan serta pencapaian akademik dalam kalangan pelajar. Seterusnya, laporan dapatan kajian ini bukan sahaja memberi maklumat penting tentang isu-isu yang berkaitan E Pembelajaran malah, kajian ini juga diharap dapat menambah kajian berkaitan E Pembelajaran dan menjadi rujukan pada masa akan datang. Akhir sekali, berdasarkan hasil kajian ini juga dan kajian-kajian yang dijalankan sebelumnya, tahap motivasi dan hubungannya dengan pencapaian merupakan bidang yang amat luas dan perlu dibuat kajian lanjutan.

Dicadangkan juga agar pihak terbabit akan mengambil usaha proaktif yang menyeluruh dan lebih berkesan. Oleh itu, adalah dicadangkan bahawa bagi kajian yang mendatang akan melibatkan populasi sampel yang lebih luas dan pendekatan metodologi yang pelbagai. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan skop yang lebih luas dalam melihat hubungan tahap motivasi dengan pencapaian pelajar secara menyeluruh. Konteks kajian di pelbagai peringkat sekolah juga perlu diperluaskan kepada pelbagai peringkat umur dan golongan.

Rujukan

Abdul Hakim Abdullah, Ab. Aziz Sulaiman & Wan Ismail Wan Abdullah. (2015). Faktor- Faktor yang Mempengaruhi Motivasi terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 10(2), 82-97.

Adelabu, F.M, Makgato, M., and Ramaligela, M.S. (2019). The Importance of

Dynamic Geometry Computer Software on Learner s’ Performance in Geometry.

The Electronic Journal of e-Learning, 17(1), pp. 52-63.

Agatha F. Umbit. & Muhamad Suhaimi Taat (2016). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan E-Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Di Institut. Jurnal Penyelidikan IPGK. BL 13: 1-14.

Ardiç, M. A., & Isleyen, T. (2018). The Effect of Mathematics Instruction through Computer Algebra Systems on the Academic Achievements of Secondary Education

Students: Turkey Example. Journal of Education and e-Learning Research, 5(3), 165- 173.

Brodahl & Wathne. (2016). In-Service Teachers’ Perceptions of the Design and Quality of Mathematics Videos in their On-Line Learning. Journal Of The International Society For Teacher Education Volume 20. Number 2.

Fariza Mohd Isa. & Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman. (2018). Cara meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar. Prosiding Seminar.

Harlina Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad. (2017). Pembelajaran interaktif

berasaskan aplikasi Kahoot dalam pengajaran abad ke-21. Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke21. Institut Pendidikan Aminuddin Baki.

Kementerian Pendidikan Malaysia.

(10)

Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar, Norziah Othman. (2017). E- pembelajaran dalam kalangan pelajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Selangor. Malaysian Online Journal of Education 1(1): 74-82.

Iskrenovic-Momcilovic, O. (2020). Improving Geometry Teaching with Scratch.

International Electronic Journal of Mathematics Education, 15(2), em0582.

Jeffri Amran Ibrahim (2019). Gaya Pembelajaran Multimedia : Dari Konsep Kepada Praktis.

9th National Conference in Education - Technical & Vocational Education and Training (CiE-TVET): 294-303.

Mohd Iqbal Al-Baqri Shaharuddin & Ani Liza Abdul Rahman. (2016). Keberkesanan pembelajaran Microeconomics melalui aplikasi Telegram di Politeknik Muadzam Shah. 6th National Conference in Education Technical And Vocational in Education And Training (NCiE- TVET): 1022- 1037.

Muhammad Sabiq Mohd Noor & Megat Aman Zahiri M Megat Zakaria. (2018). Tinjauan Motivasi, Sikap dan Peningkatan Prestasi Murid Sekolah Rendah Melalui Penggunaan Halaman Celik Akal (VLE). Sains Humanika 10: 7–13.

Nor Asmawati Ismail, Najihah Abd & Norsuhada Mat Hasan. (2019). Meningkatkan Efikasi Kendiri Guru di Malaysia Terhadap Kecenderungan Pembelajaran Generasi Z dan Alpha. Journal of Management and Operation Research 2019. 1-13.

Nor Aziah Abdul Aziz & Mohd Taufik Hj Ahmed. (2016). E-pembelajaran dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di IPG Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11: 116-130.

Nor Hayati, Bani Hidayat, Jamil Ahmad & Ab. Halim Tamuri. (2014). Hubungan Konsep Kendiri dan Motivasi Pelajar dengan Pencapaian Kursus di Sebuah Politeknik.

International Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education. 1(1): 1-10.

Noradilah Abdul Wahab, Najmi Muhammad & Mohd. Sani Ismail. (2020). Analisis Keberkesanan Penggunaan Ict Dalam Mendepani Gelombang Revolusi Industri 4.0 Dalam Kalangan Pelajar Di Negeri Terengganu, Malaysia. Asian People Journal 2020. 3 (1): 101-109.

Nurul Shida et al. (2019). The Influence of E-Learning towards Metacognitive Enhancement in Mathematical Problem Solving. International Journal of Emerging Technologies in Learning. iJET ‒ Vol. 14, No. 20.

Oxford, R. L. & Shearin, J. (1994). Language learning motivation: expanding the theoretical framework. The Modern Language Journal 78 (1): 12-28.

Panteli, P., & Panaoura, A. (2020). The Effectiveness of Using Mobile Learning Methods in Geometry for Students with Different Initial Mathematical Performance. Social Education Research: 1-10.

Rafizah Daud, Noor Azah Abd Rahman & Zarulrizam Ab. Jalil. (2020). Penggunaan Augmented Reality Video di dalam pendidikan TVET, International Journal of Education and Pedagogy Vol. 2, No. 1: 253-263.

Simeo Kisanjara. (2020). Factors Influencing E-Learning Implementation In Tanzanian Universities The Online Journal of Distance Education and e-Learning 8 (1).

Siti Hajar Bidin et al. (2019). Faktor Sikap, Motivasi dan Jantina Mempengaruhi Penguasaan Pembelajaran Bahasa Jepun Tahap 1 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 16. Issue 1: 105-115.

Sumarni Lapammu. & Zamri Mahamod. (2018). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Kesediaan Pelajar Tingkatan 4 terhadap Penggunaan Pembelajaran Persekitaran Maya Vle Frog Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ) 8 (1): 53-62.

(11)

Suzlina Hilwani Baharuddin & Jamaludin Badusah. (2016). Tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sekolah menengah terhadap penggunaan Web 2.0 dalam (Malay Language Education Journal – MyLEJ) 6 (2): 33-43.

Titie Panyajamorn et al. (2018). Effectiveness Of E-Learning Design In Thai Public Schools. Malaysian Journal of Learning and Instruction 15 (1): 1-34.

Valencia-Vallejo, N., López-Vargas, O. & Sanabria-Rodríguez, L. (2018). Effect of Motivational Scaffolding on E-Learning Environments: Self- Efficacy, Learning Achievement, and Cognitive Style. Journal of Educators Online. 15(1).

Yong, K. S. & Faridah Mydin Kutty. (2020) Keberkesanan Aplikasi Coggle Dalam Meningkatkan Pencapaian Sejarah Tingkatan Enam Bagi Topik “Perluasan Kuasa Barat Di China” Di SMK Selirik, Kapit. Jurnal Dunia Pendidikan 2 (1): 11-30.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar Diploma dalam mempelajari bahasa Jerman di Institut Jerman-Malaysia dan juga untuk

Tahap kecerdasan logik matematik pelajar tingkatan enam juga berada pada tahap tinggi (min=4.14, sp=0.54) yang menunjukkan bahawa perancangan yang teratur daripada

Terdapat dua pemboleh ubah yang terlibat untuk persoalan kajian yang kedua iaitu tahap motivasi pelajar kumpulan rawatan selepas intervensi dan kaedah pembelajaran

Justeru itu, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan supaya permasalahan kemerosotan masalah disiplin yang berlaku, terutamanya dalam kalangan pelajar Islam dapat dibendung..

Korelasi Pearson juga dijalankan dalam kajian ini dan menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana antara penghargaan kendiri, motivasi pencapaian dan

Kajian ini penting dan perlu dijalankan bagi melihat kesan terhadap prestasi pencapaian dan pengetahuan geografi serta motivasi pelajar, jika pendekatan

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmana pengaruh atribut iaitu konsep kendiri, lokus kawalan dan sikap ekstrovert dan introvert dalam kalangan

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji sumber motivasi dan sikap pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen terhadap pembelajaran Bahasa