• Tiada Hasil Ditemukan

i] Kereta itu akan dicuci oleh budak itu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "i] Kereta itu akan dicuci oleh budak itu"

Copied!
5
0
0

Tekspenuh

(1)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2001/2002

Februari/Mac 2002

HMT 504 - Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Masa : 3 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA [5] soalan di dalam LIMA [5] muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab mana-mana EMPAT [4] soalan sahaja. Setiap soalan diberi nilai markah yang sama.

1. Analisis set ayat pasif-di yang berikut ini dengan menggunakan kerangka teori Prinsip & Parameter.

(Nota: Pastikan konsep-konsep seperti peranan-θ, penandaan Kasus, penandaan-θ, gerak-FN & kekangannya, Prinsip Unjuran Tambahan (EPP), representasi dalaman, representasi luaran dll. diambil kira pada setiap derivasi)

Data:

[ i] Kereta itu akan dicuci oleh budak itu.

[ ii] Kereta itu akan dicuci budak itu.

[iii] Kereta itu akan dicucinya.

[iv] Kereta itu akan dicuci.

[ v] *Akan dicuci kereta itu budak itu.

[vi] Akan dicuci kereta itu oleh budak itu.

(2)

2. [a] Perhatikan rajah pohon di bawah ini, dan nyatakan hubungan struktural di antara sesama konstituen yang terdapat di dalamnya berdasarkan konsep perintah-k (c-command )

FInfl

FN1 I’

I FK

Spec K’

K FN2

[b] Dengan menggunakan konsep dalam (a) dan prinsip-prinsip teori Tambatan (Chomsky 1986), analisis set data yang berikut ini. ( Hujahan mestilah disertai dengan rajah pohon )

Data:

[ i] Ahmadi membenci dirinya sendirii.

[ ii] Alii tahu Ahmadj membenci dirinya sendiri * i/ j/ . [iii] *Dirinya sendiri membenci.

[iv] *Alii tahu dirinya sendirii membenci Ahmad j .

[ v] Sitii mahu mencederakan dirinya sendirii. [vi] Ahmadi membencinya *i / j.

[vii] Alii tahu Ahmadj membencinyai/ *j/ k.

[viii] [Bapa Surayaj] i memperkenalkan dirinya sendirii / * j.

[ix] Samadi mahu [bapa Surayak] j memperkenalkan dirinya sendiri * i / j / * k .

[ x] Samadi mahu [bapa Surayak] j memperkenalkannya i / *j / k / l.

[xi] Rahimi percaya bahawa diai/ j akan lulus dalam ujian memandu itu.

…3/-

(3)

3. [a] Berikan erti syarat subjasensi

[b] Tunjukkan bagaimana operasi yang membabitkan gerak-wh dalam ayat-ayat (ib), (iib), (iiib) dan (ivb) dalam data yang berikut ini dikatakan melanggar syarat subjasensi.

Data:

(ia) Maria membuat dakwaan bahawa Samad minum racun.

(ib) *Apakah yang dibuat oleh Maria tentang dakwaan bahawa Samad minum? (Complex NP Constraint)

(iia) Bahawa sekumpulan pemuda makan daging khinzir mengecewakan banyak pihak. (Sentential Subject Constraint) (iib) *Apakah yang bahawa sekumpulan pemuda makan

mengecewakan banyak pihak?

(iiia) Rahman suka berenang dan bermain golf.(Coordinate Structure Constraint)

(iiib) *Apakah yang Rahman suka berenang dan?

(iva) Jamil tertanya-tanya mengapa Kamal minum racun.( Wh-Island) (ivb) *Apakah yang Jamil tertanya-tanya mengapa Kamal minum?

(4)

4. [a] Pilih EMPAT predikat di bawah ini dan berikan masukan leksikalnya.

(Nota: Berikan maklumat sintaksis sahaja dan pastikan fitur pembeza bagi kategori leksikal, bingkai subkategorisasi, dan grid-θ/peranan tematik diambil kira. Data yang relevan untuk mempamerkan maklumat sintaksis bagi setiap predikat yang anda pilih itu mestilah disertakan.)

fikir menjadi bangga mengetahui yakin bimbang meletakkan mendudukkan

[b] Merujuk kepada jawapan anda tentang jenis kategori leksikal, bagi setiap predikat yang anda pilih itu, berikan justifikasinya.

[c] Berdasarkan maklumat yang anda perolehi daripada (a) nyatakan maklumat yang dibawa oleh syarat subkategorisasi dan grid-θ? Berikan alasan mengapa lebih baik dikekalkan grid- θ daripada syarat subkategorisasi dalam model tatabahasa yang kita gunakan.

…5/-

(5)

5. [a] Berikan representasi luaran bagi setiap ayat di bawah ini dengan menggunakan (a) rajah pohon dan (b) kurungan berlabel

[ i] Fatimah memberikan kuih itu kepada Ali.

[ ii] Hassan mengacau bubur itu dengan sudu yang dibeli oleh ibu.

[iii] Siti fikir Ahmad sudah menyiapkan kerja itu.

[b] Berikan derivasi bagi setiap ayat di bawah ini. Anda dikehendaki memberikan representasi dalaman dan luaran, dan memberikan justifikasi terhadap sebarang transformasi yang terbabit.

[ i] Arif telah menendang bola itu.

[ ii] Bola itu telah ditendang oleh Adnan.

[iii] Dimanakah Azman menalipon gadis itu?

-- oo000oo --

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Oleh kerana itu, keperluan data dan maklumat yang ingin diperolehi daripada kajian ini adalah terhad kepada: (1) memberi gambaran latar belakang, keadaan, dan permasalahan

Teliti DATA A di bawah, clan nyatakan fungsi tatabahasa clan kategori sintaksis bagi unsur yang ditandai dengan kurungan siku dalam ayat-ayat [i - xviii].. (Nota: Terdapat dua

Oleh itu, pendekatan yang diambil dalam kajian ini adalah untuk memahami perbezaan individu dari segi gaya kognitif dan penyelesaian masalah serta keperluan

Metod ini merupakan kaedah yang akan digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul bahan-bahan bacaan, data-data, dan maklumat-maklumat melalui bahan bercetak seperti buku-buku

Apakah jumlah masa yang akan diambil oleh atur cara selari tersebut jika ia dilarikan pada komputer SIMD yang mempunyai 1000 pemproses.. Nota, 20Vo dan arahan atur

2 Oleh itu dalam kajian ini, soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan ibadat solat, kategori konflik rumahtangga dan adakah terdapat

Langkah yang diambil oleh YADIM dalam menjalankan kolaborasi itu adalah tepat kerana kerjasama itu akan menjadi platform penyaluran maklumat dan pusat repositori subjek

b) Pelajar kita mungkin kurang mempunyai masa untuk membaca, sarna ada untuk membaca lebih dari buku teks atau membaca untuk mengisi masa. Membaca memerlukan masa dan elemen