• Tiada Hasil Ditemukan

View of KAJIAN KESEDIAAN PELAJAR MENGIKUTI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MEMBENDUNG COVID-19 FASA 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "View of KAJIAN KESEDIAAN PELAJAR MENGIKUTI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MEMBENDUNG COVID-19 FASA 2"

Copied!
8
0
0

Tekspenuh

(1)

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464 [Vol. 3 No. 1 March 2021]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

KAJIAN KESEDIAAN PELAJAR MENGIKUTI

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MEMBENDUNG COVID-19

FASA 2

(A STUDY ON STUDENTS READINESS TO FOLLOW ONLINE LEARNING DURING MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO) TO CURB COVID-19 PHASE 2)

Nor Sahara Mesman1* dan Zulkarnain Abd. Majid2

1 Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, MALAYSIA

2 Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bahru, Kuala Kubu Bahru, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: nor.sahara@pbmpu.upsi.edu.my

Article Information:

Article history:

Received date : 18 February 2021 Revised date : 23 February 2021 Accepted date : 11 March 2021 Published date : 25 March 2021

To cite this document:

Mesman, N., & Abd. Majid, Z. (2021).

KAJIAN KESEDIAAN PELAJAR MENGIKUTI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MEMBENDUNG COVID-19 FASA 2. International Journal Of Education And Pedagogy, 3(1), 195-202.

Abstrak: Kajian ini akan membincangkan berkaitan kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung Covid-19. Dengan menggunakan kaedah tinjauan, seramai 200 orang responden yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah membantu dalam menjawab soal selidik ini. Dapatan kajian menunjukkan responden bersedia untuk mengikuti pembelajaran dalam talian (M=2.75). Dapatan tinjauan ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina dengan persediaan mengikuti pembelajaran dalam talian.

Namun, hasil analisis kolerasi mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara pendapatan keluarga dengan persediaan mengikuti pembelajaran dalam talian semasa PKP(r=0.981). Justeru, dapatan kajian ini memberikan maklumat bahawa fasiliti pembelajaran yang baik dapat membantu dan membolehkan pelajar bersedia untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.

(2)

1. Pengenalan

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak tahun 2019 masih berlarutan sehingga awal tahun ini.

Trend peningkatan yang mendadak memerlukan pihak kerajaan membuat keputusan yang wajar dengan mengadakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua. Pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua dengan menutup sebahagian pengoperasian turut memberi kesan kepada pelbagai sektor termasuklah sektor pendidikan. Sektor pendidikan ini melibatkan permulaan kemasukan pelajar untuk mengikuti sesi persekolahan pada awal tahun 2021. Namun, perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua dilaksanakan berikutan jumlah kes penularan Covid-19 semakin meningkat.

Tujuan perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan adalah untuk melandaikan kebolehjangkitan orang ramai terhadap virus ini. Arahan yang diumumkan oleh pihak kerajaan dengan penasihatan dan saranan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan wabak ini dapat dikurangkan.

Perintah kawalan ini menyebabkan sesi persekolahan penggal pertama perlu ditutup sehingga dimaklumkan pembukaan oleh pihak kerajaan. Hal ini demikian kerana pembukaan kepada sektor ini dijangka boleh menambahkan lagi kebolehjangkitan dengan kadar yang cepat. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi siaran media pada 16 Januari 2021 memberi penerangan dengan lebih terperinci berkaitan sesi persekolahan. Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) Abstract: This study will discuss the readiness of students to follow online learning during the Movement Control Order (MCO) to curb Covid-19. Using the survey method, a total of 200 respondents consisting of secondary school students helped in answering the study questionnaire. Findings show that respondents were willing to follow online learning (M = 2.75). The findings of the survey also found that there was no significant difference between factor of gender and preparation for online learning. However, the results of the correlation analysis found that there was a significant relationship between family income and preparation for online learning during MCO (r = 0.981). Thus, the findings of this study inform that good learning facilities can help and enable students to be ready and prepared to pursue online learning.

Keywords: Readiness, Online learning, Movement Control Order, Covid-19.

(3)

Selaras dengan saranan yang dibuat oleh pihak kerajaan, PdPR akan dijalankan secara dalam talian.

Penerangan yang jelas daripada pihak kementerian memberi pengalaman baharu kepada semua untuk merealisasikan PdPR. Dalam menjalani tempoh Perintah kawalan Pergerakan fasa kedua ini, guru- guru, ibu bapa dan pelajar memainkan peranan penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dapat dijalankan dengan baik. Pemilihan pembelajaran dalam talian dijalankan secara bersemuka dengan menggunakan perisian sama ada Google Meet, Zoom, Webex dan lain-lain perisian bagi memudahkan para guru dan pelajar. Pertemuan secara virtual ini perlu dimanfaatkan pelajar untuk mengenali guru mata pelajaran dan bertanya secara langsung kepada guru tersebut. Dengan cara ini, pelajar dapat merasai suasana seperti berada di dalam kelas apabila guru memberikan respons kepada pelajar dalam sesi pembelajaran.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara dalam talian memberi impak kepada semua termasuklah kepada pihak pentadbir, guru, pelajar dan ibu bapa baik dari segi sumber kebolehcapaian internet mahupun sosioekonomi keluarga. Justeru itu, kajian akan menjurus kepada tahap kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan fasa kedua.

2. Sorotan Literatur

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian sudah menjadi suatu keputusan yang terbaik untuk menghindari dan mengelakan kebolehjangkitan penyakit berjangkit. Kajian oleh Mohd Fairuz Jafar, et al. (2020) mengkaji dari segi hubungan antara rasa takut terhadap pandemik Covid-19 dengan kesediaan pembelajaran dalam talian. Dengan melibatkan responden yang terdiri daripada mahasiswa ijazah pertama memperlihatkan faktor ketakutan mempengaruhi kesediaan pelajar untuk lebih cenderung untuk menggunakan medium pembelajaran dalam talian.

Kajian oleh Nur Fauziana Mohd Salleh (2020) mengkaji berkaitan pandangan guru terhadap pengajaran dalam talian. Kajian ini juga menyentuh secara langsung berkaitan kesan penutupan institusi pendidikan dengan menggunakan medium atas talian untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Pandangan guru terhadap persediaan pengajaran dalam talian juga diambilkira bagi memastikan pendekatan Home Based Learning (HBL) dapat dilaksanakan oleh para guru. Guru juga bersedia dengan nota cetakan sekiranya terdapat dalam kalangan keluarga pelajar yang mempunyai kekangan untuk mengikuti pembelajaran dalam talian (Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri, 2020). Selain itu, Siti Balqis Mahlan dan Muniroh Hamat (2020) meninjau berkaitan kaedah pengajaran guru berdasarkan persediaan pelajar untuk menerima pembelajaran dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Zaidatun Tasir, Jamalludin Harun dan Lim (2006) berkaitan kesediaan pelajar dengan faktor-faktor penggunaan komputer merangkumi sikap, kecelikan dan kemudahan komputer oleh mahasiswa. Hasilnya, mahasiswa didapati belum bersedia untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.

(4)

Justeru itu, pengajaran dan pembelajaran dalam talian ini banyak member kesan dari segi sosial, mental dan emosi terhadap individu serta organisasi. Kajian berkaitan kesan penutupan institusi pendidikan ini dirasai oleh seluruh dunia. Kajian Onyema, E. et al. (2020) menyentuh berkaitan kekangan guru dan pelajar. Guru memerlukan teknologi untuk meneruskan pengajaran dan impak negatif timbul apabila kurangnya insfrastruktur berkaitan capaian internet. Oleh hal yang demikian pembelajaran dalam talian dapat memberi kesediaan yang baik kepada pelajar dengan kemudahan prasarana kelengkapan peralatan yang mencukupi.

3. Soalan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab soalan berikut:

i. Apakah tahap kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian semasa PKP?

ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara Jantina Pelajar dengan Persediaan Pembelajaran dalam talian semasa PKP?

iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pendapatan keluarga dengan persediaan pembelajaran dalam talian semasa PKP?

4. Reka Bentuk dan Kaedah Kajian

Kajian yang dijalankan ini melibatkan 200 orang pelajar sekolah menengah yang dipilih secara rawak.

Dari segi persampelan, kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dalam talian. Instrumen dalam kajian

ini mengggunakan borang soal selidik dalam talian dengan aplikasi Google Form.

Dari segi pengumpulan data kajian ini melibatkan dua peringkat, iaitu peringkat pembinaan data dan peringkat integrasi data.

Peringkat pembinaan data, item-item soalan dibina untuk dimasukkan pada borang soal selidik digital, iaitu menggunakan aplikasi Google Form. Data-data yang diperoleh dengan menggunakan perisian digital ini akan diuji kesahihan dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistic versi 26.

Selain itu, dalam membincangkan berkaitan data yang diperoleh, analisis dapatan juga dirujuk dari segi persamaan dan banding beza melalui jurnal, buku, tesis, dokumen yang berkaitan dengan kajian.

Seterusnya, data kajian dianalisis dengan cara melihat hubungan antara varian yang diuji.

(5)

5. Dapatan Kajian

Berdasarkan kajian yang dijalankan sebanyak 45.5% responden terdiri daripada lelaki dan 54.5%

responden adalah perempuan. Bagi data demografi melibatkan pendapatan keluarga, 16% daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM 2000, 77% terdiri daripada keluarga berpendapatan RM 2001 hingga RM4000. Selain itu, 4% mewakili responden berpendapatan RM 4001 hingga RM6000 dan 3% datangnya daripada keluarga berpendapatan sebanyak RM6001 dan ke atas.

Dapatan data juga melihat kepada interpretasi skor min bagi tahap kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian semasa PKP seperti dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Interpretasi Skor Min bagi Tahap Kesediaan Pelajar Mengikuti Pembelajaran dalam talian Semasa PKP

Skor Min Tahap Kesediaan Pelajar 1.00-1.50 Sangat Rendah

1.51-2.49 Rendah 2.50-3.49 Sederhana 3.50-4.49 Tinggi 4.50-5.00 Sangat Tinggi

Jadual 2 di atas menunjukkan skor min dan sisihan piawai kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian semasa PKP. Skor min bagi item pertama setelah dikonstruk sebanyak 2.28, iaitu berada pada tahap sederhana dan nilai sangat rendah, iaitu skor min 1.27 pada kostruk yang kelima. Data deskriptif juga menguji skor min pelajar lelaki dan perempuan bagi persediaan pembelajaran dalam talian seperti dalam Jadual 3 dibawah.

Jadual 3: Skor Min Pelajar Lelaki dan Perempuan Bagi Persediaan Pembelajaran Dalam Talian Semasa PKP Konstruk Jantina N Mean Std. Deviation Std. Mean Eror

Persediaan Lelaki 91 2.2098 .28674 .03006 Perempuan 109 2.1209 .22847 .02188

(6)

Hasil analisis Ujian T-test yang dijalankan dengan menggunakan pendekatan Levene’s Test menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jantina lelaki dan perempuan (F=3.804, p=0.16>0.05). Dapatan kajian juga menunjukkan skor min bagi pelajar lelaki (M= 2.2098, S.P=0.28674) dan pelajar perempuan (M=2.1209, S.P=0.22847) dengan konstruk persediaan pembelajaran dalam talian. Dapatan skor pelajar lelaki dan perempuan menunjukkan pada tahap rendah. Selain itu, bagi menguji hubungan antara dua variabel, ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan antara pendapatan keluarga dengan kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian semasa PKP. Hal ini dapat dilihat dalam Jadual 4.

Jadual 4: Analisis korelasi Pearson hubungan Pendapatan keluarga dengan kesediaan pelajar Mengikuti pembelajaran dalam Talian Semasa PKP

Konstruk Pendapatan Persediaan

Pendapatan Pearson Correlation 1 .981*

Sig. (2-tailed) .001

N 200 200

Persediaan Pearson Correlation .981* 1

Sig. (2-tailed) .001

N 200 200

*. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Hasil analisis korelasi konstruk antara pendapatan keluarga terdapat hubungan positif yang signifikan antara persediaan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian semasa PKP (r=0.981, p=0.01>0.05).

6. Perbincangan Kajian

Kesediaan boleh dirujuk sebagai keadaan individu dalam melakukan sesuatu perkara. Kamus Dewan Bahasa (2007) mendefinisikan kesediaan sebagai perihal sedia, kesanggupan dan kerelaan. Hasil kajian kesediaan ini dapat melihat tahap kendiri pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.

Dapatan kajian menunjukkan pelajar bersedia mengikuti pembelajaran dalam talian jika terdapat sokongan yang baik dari segi kelengkapan peralatan peranti dan kemudahan internet. Kesediaan pelajar adalah rendah disebabkan oleh faktor-faktor sosioekonomi (pendapatan keluarga) dan tiada sokongan dari aspek kemudahan fizikal seperti laptop, komputer dan sebagainya. Selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Rasmitadila, et al. (2020) parents are also involved in providing support for their children’s progress, acting as providers of learning facilities, and providing opportunities for children to obtain competencies. Dengan kemudahan yang ada membolehkan pelajar memberikan tumpuan terhadap pembelajaran dalam talian.

(7)

Selain itu, hasil kajian menunjukkan faktor jantina tidak terdapat perbezaan yang signifikan dan tidak memberi kesan kepada persediaan pelajar untuk menjalani pembelajaran dalam talian. Pemilihan pembelajaran dalam talian ini dihuraikan oleh Norlaila Che Murat, Rosseni Din & Mohammed Huzaimi Alias (2020) berkaitan dengan peranti mudah alih semakin digunakan untuk pembinaan kandungan pelajaran, sokongan prestasi, dan penciptaan kandungan yang interaktif dan membina supaya bahan pendidikan ini menjadi berguna untuk pembelajaran dan pengajaran. Namun, dalam konteks kajian ini faktor sosioekonomi menjadi penghalang utama pelajar untuk bersedia bagi mengikuti pembelajaran dalam talian. Sejajar dengan kajian yang dijalankan oleh Andrew, et al (dalam Mohd Fairuz Jafar, et al, 2020) menyatakan bahawa faktor sosioekomi memberi kesan terhadap pembelajaran dalam talian. Hal ini disebabkan oleh pendapatan keluarga terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana dan ibu bapa mengutamakan keperluan asas seperti makanan, membayar sewaan dan simpanan kecemasan berbanding peruntukan untuk menyediakan kelengkapan untuk pembelajaran dalam talian.

Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif terhadap pendapatan keluarga dengan kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian. Hal ini jelas dapat dilihat apabila responden menjangkakan persepsi pendapatan keluarga sangat memberi bantuan dalam persediaan mengikuti pembelajaran dalam talian. Trend persepsi responden menjangkakan apabila pendapatan keluarga meningkat, maka meningkat juga kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian. Dengan ini, pendapatan keluarga yang baik, membolehkan fasiliti pembelajaran disediakan sama ada untuk pembelian data internet secara limited atau unlimited serta menyediakan peranti untuk kegunaan pembelajaran dalam talian.

7. Kesimpulan

Kesediaan dalam menjalani pembelajaran dalam talian ini memerlukan sokongan dari segi prasana peranti dan kemudahan internet yang baik. Oleh itu, prasarana dan kelengkapan yang mencukupi dapat memastikan pelajar dapat bersedia mengikuti pembelajaran dalam talian dapat direalisasikan.

Rujukan

Bibi Noraini Mohd Yusuf & Jihan Ahmad. (2020). Are We Prepared Enough? A Case Study of Challenges in Online Learning in a Private Higher Learning Institution during the Covid-19 Outbreaks. Advances in Social Sciences Research Journal, 7(5):205–12.

Fofana, N.K., Latif, F., Sarfraz, S., Bilal, Bashir, M.F. & Komal, B. (2020). Fear and Agony of the Pandemic Leading to Stress and Mental Illness: An Emerging Crisis in the Novel Coronavirus (COVID-19) Outbreak. Psychiatry Research, 291, 1–3. https://doi.org/

10.1016/j.psychres.2020.113230.

Haslina Hanapi. (2013). Pembinaan instrumen kesediaan belajar awal kanak-kanak (IKBAK).

(Disertasi kedoktoran). Diperoleh daripada http://eprints.usm.my/45084/1/Haslina% 20 Bin ti%20Hanapi24.pdf.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah Kementerian

(8)

Khairul Azhar Mat Daud. (2010). Kesan Penggunaan Sistem Pembelajaran Terarah Kendiri Secara Atas Talian (E-Solms) Terhadap Kesediaan Pembelajaran Terarah Kendiri Dan Motivasi Pembelajaran Pelajar. (Disertasi kedoktoran). Diperoleh daripada http://eprints.

usm.my/41887/1/khairul_azhar_mat_daud.pdf.

Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof & Hapini Awang. (2020). Kesediaan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik Covid 19. Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan. Diperoleh daripada https://www.

researchgate.net/publication/345893409_Kesediaan_Pembelajaran_Dalam_Talian_Semasa_Pa ndemik_COVID_19.

Nor Fauziana Mohd Salleh. (2020). Pandemik Coronavirus (Covid-19): Pembelajaran Dan Pengajaran Secara Atas Talian Suatu Keperluan di Malaysia. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/342886967.

Naomie Salim, Weng, H., Shuhaimi Mansor, Nor Erne Nazira Bazin, Safiya Amaran, Ahmad Athif Mohd Faudzi, Anazida Zainal, Sharin Hazlin Huspi, Jiun, E. H. K. & Shaekh Mohammad Shithil.

(2020). COVID-19 Epidemic in Malaysia: Impact of Lock-down on Infection Dynamics

Norlaila Che Murat, Rosseni Din & Mohammed Huzaimi Alias. (2020). Kesediaan Pelajar Tingkatan 6 Menggunakan Aplikasi Mudah Alih Pendidikan. Journal of Personalized Learning, 3(1).

Diperoleh daripada http://spaj.ukm.my/jplearning/ind ex.php/ jplearning/ issue/view/8.

Onyema, E., Nwafor, C., Obafemi, F. & Sen, S., Atonye, F. & Sharma, A. & Alsayed, A. (2020).

Impact of Coronavirus Pandemic on Education. Journal of Education and Practice,11, 108-121.

Doi.10.7176/JEP/11-13-12.

Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik COVID-19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 46-57. Diperoleh daripada https://doi.org/10.37134 /pendeta.vol 11. Edisi khas.4.2020.

Rasmidatila, et al. (2020). The Perceptions of Primary School Teachers of Online Learning during the COVID-19 Pandemic Period: A Case Study in Indonesia. Journal of Ethnic and Cultural Studies 2020, 7(2), 90-109. Diperoleh daripada http://dx.doi.org/10.29333/ejecs /388.

Saturia Amiruddin, Agnes Sombuling & Voo, P. (2014). Penilaian kesediaan ke sekolah kanak-kanak dan pengaruhnya terhadap penyesuaian di sekolah. Seminar Kebangsaan Intergriti Keluarga.

Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Doi.10.13140/rg.2.1.1 320. 9444.

Sumarni Lapammu & Zamri Mahamod. (2018). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Kesediaan Pelajar Tingkatan 4 Terhadap Penggunaan Pembelajaran Persekitaran Maya Vle Frog Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 53-62.

Zaidatun Tasir, Jamalludin Harun & Lim, S.Y. (2006). Faktor Penggunaan Komputer dan Kaitannya.

Jurnal Teknologi, 44, 75–91.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Walaupun terdapat banyak kajian yang mendapati sesi pembelajaran secara maya telah dilaksanakan dengan baik serta mendapat sambutan dari para pelajar tetapi masih

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesediaan pelajar yang mengikuti kursus bahasa Mandarin terhadap pembelajaran atas talian serta mengkaji persepsi pelajar

Ini bermaksud faktor-faktor demografi jantina, umur, Kolej Komuniti, Program Pengajian, bilangan adik-beradik, pelan internet dan pemilikan komputer bukan faktor yang

Cadangan ini adalah berkaitan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru, pelajar dan ibu bapa suapaya dapat melaksanakan pembelajaran dalam talian dengan lebih efektif semasa

Hal ini demikian, berkemungkinan terdapat kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka untuk turut sama melaksanakan pembelajaran dalam talian (Yahaya et al. Kebelakangan ini,

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan pelajar menghadapi kelas secara dalam talian, mengenalpasti persepsi pelajar tentang kelebihan dan kekurangan

H o4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar yang mengikuti PBM alam sekitar dalam fizik dengan pelajar yang mengikuti pengajaran fizik

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar yang mengikuti pendekatan pengajaran berasaskan paduan kitar pembelajaran dan pemetaan konsep berbanding