• Tiada Hasil Ditemukan

JKE417/JKE517 – Ekonomi Perindustrian

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "JKE417/JKE517 – Ekonomi Perindustrian "

Copied!
3
0
0

Tekspenuh

(1)

SULIT

...2/-

SULIT

____________________________________________________________________________________________

Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2017/2018

Mei/Jun 2018

JKE417/JKE517 – Ekonomi Perindustrian

Masa: 3 jam

____________________________________________________________________________________________

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA (3) muka surat yang bercetak (termasuk muka surat ini) sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

Jawab LIMA (5) soalan sahaja.

Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

Setiap soalan diperuntukkan 20 markah.

(2)

SULIT JKE417/JKE517

...3/-

SULIT - 2 -

Jawab LIMA (5) soalan sahaja. (100 markah)

1. Salah satu kerangka (framework) teori utama Ekonomi Perindustrian adalah dikenali sebagai kerangka Struktur-Gelagat-Prestasi (SCP). Ringkasnya, teori ini menunjukkan bahawa struktur industri menentukan gelagat firma, dan seterusnya struktur dan gelagat firma ini akan menentukan prestasi firma dalam sesuatu industri.

Huraikan hubungan antara struktur pasaran dan ciri-ciri perlakuan atau gelagat firma serta prestasi firma dalam pasaran berikut:

(a). pasaran persaingan sempurna (b). pasaran monopoli

(c). pasaran oligopoli

(20 markah)

2. Alfred Weber merumuskan teori lokasi perindustrian di mana sebuah industri adalah terletak di mana kos pengangkutan bahan mentah dan produk akhir adalah minimum. Beliau mengetengahkan dua kes khas. Dalam satu kes, berat produk akhir adalah kurang daripada berat bahan mentah untuk membuat produk. Ini adalah kes kehilangan berat. Dalam kes lain, produk akhir adalah lebih berat daripada bahan mentah yang memerlukan pengangkutan. Biasanya ini adalah kes bahan mentah yang ada di mana-mana (seperti air yang digunakan dalam penghasilan produk). Ini dikenali sebagai kes kenaikan berat.

Huraikan teori ini beserta andaian dan rajah yang bersesuaian.

(20 markah)

3. Bincangkan strategi pembangunan perindustrian yang sering digunakan oleh negara sedang membangun (NSM) seperti Malaysia dalam konteks perbandingan strategi seperti berikut:

(a). perindustrian atau pertanian

(b). industri kecil (industri desa atau IKS) atau industri berskala besar (c). berintensifkan buruh atau berintensifkan modal

(d). penggantian import atau penggalakkan eksport

(20 markah)

(3)

SULIT JKE417/JKE517

...4/-

SULIT - 3 -

4. Apabila dua firma melalui proses penggabungan atau pengambilalihan (merger and acquisition), sifat dan jenis integrasi adalah ditentukan berdasarkan aktiviti setiap perniagaan dan di mana mereka beroperasi dalam rantaian bekalan industri. Terangkan bentuk-bentuk kombinasi perindustrian ini beserta contoh.

(20 markah)

5. Bincangkan dengan menyeluruh pendekatan Struktur–Gelagat–Prestasi (SCP) menggunakan SATU (1) industri pembuatan (contoh: industri automotif).

(20 markah)

6. Ekonomi Malaysia telah merentasi zamannya dan telah mengalami transformasi ekonomi yang hebat. Salah satu langkah dasar penting yang diambil oleh kerajaan untuk terus membangunkan sektor perindustrian di Malaysia ialah dasar ekonomi berasaskan pengetahuan (K-based economy) untuk meningkatkan lagi nilai tambah (value added) serta daya pengeluaran faktor keseluruhan (total factor productivity, TFP).

(a). Huraikan sumbangan teknologi terhadap daya pengeluaran faktor keseluruhan (TFP) berbanding sumbangan buruh (L) dan modal (K).

(10 markah)

(b). Bincangkan isu serta peranan pelaburan langsung asing (FDI) dan syarikatmultinasional(MNCs)dalampembangunan perindustrian Malaysia terutamanya berkaitan proses pindahan teknologi (technology transfer).

(10 markah)

- oooOooo -

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Tujuan utama kajian akhir projek ini dilakukan adalah untuk mewujudkan sebuah Galeri Rumah Melayu Melaka yang terletak di Banda Hilir yang mana ciri-ciri senibina melayu

Untuk produk seramik termaju khususnya untuk bahan elektroseramik yang banyak menekankan kualiti hasilan akhir, maka ciri-ciri bahan mentah yang diperlukan adalah serbuk

Antaranya adalah krisis Ketua Menteri yang melibatkan Stephen Kalong Ningkan yang memaksa kerajaan pusat campurtangan dan mengisytiharkan darurat bagi membolehkan pindaan

Di mana pemboleh ubah bebas merujuk kepada faktor letakan industri yang terdiri daripada faktor pengangkutan, buruh, bahan mentah, pasaran, undang-undang, tapak

Industri otomotif negara adalah satu industri berat di samping industri simen dan besi waja yang dibangunkan melalui perubahan dasar perindustrian yang

Malaysia pada dasarnya adalah sebuah negara pertanian, tetapi pada masa kini industri pertanian telah berada di tempat ketiga selepas sektor perindustrian dan pembinaan.Dalam

[Mulakan jawapsn anda untuksefiap soalan pada muka surat yang baru.]?. You may answer a question either in Bahasa Malaysia or in

Memandangkan lokasi pemiagaan adalah berhampiran dengan kawasan perindustrian, kawasan perumahan yang bam diterokai dan juga berhampiran dengan pusat bandar Melaka,