• Tiada Hasil Ditemukan

KEBERKESANAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DALAM PEMULIHARAAN BANDAR SUNGAI LEMBING

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "KEBERKESANAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DALAM PEMULIHARAAN BANDAR SUNGAI LEMBING"

Copied!
115
0
0

Tekspenuh

(1)MUHAMMAD ARIF BIN YAAKOB. IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN 2022. FYP FTKW. KEBERKESANAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DALAM PEMULIHARAAN BANDAR SUNGAI LEMBING.

(2) FYP FTKW KEBERKESANAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DALAM PEMULIHARAAN BANDAR SUNGAI LEMBING. DISEDIAKAN OLEH:. MUHAMMAD ARIF BIN YAAKOB (C18A0156) Laporan ini dihantar untuk memenuhi kehendak Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dan Kepujian. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. 2022.

(3) Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan oleh ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau institusi. TERBUKA. Saya besetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh). SEKATAN. Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah. Dari tarikh _____________ hingga _____________. SULIT. (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*. TERHAD. (Mengandungi. maklumat. terhad. yang. ditetapkan. oleh. organisasi di mana penyelidikan dijalankan)* Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian. Tandatangan Utama. Tandatangan Penyelia. ________arif_____________. _______________________. MUHAMMAD ARIF BIN YAAKOB. ENCIK SAHRUDIN BIN MOHAMED SOM. Tarikh: 17/02/2022. Tarikh:. Nota* Sekiranya Tesis ini adalah SULIT atau TERHAD, sila kepilkan bersama surat daripada organisasi dengan menyatakan tempoha dan sebab-sebab kerahsiaan dan sekatan.. 1. FYP FTKW. PERAKUAN STATUS TESIS.

(4) ii. FYP FTKW.

(5) Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. yang Maha pemurah lagi Maha penyayang dengan memanjatkan rasa syukur kerana diberikan keizinan olehNya dapat saya menyiapkan projek penyelidikan ini yang merupakan sebahagian keperluan Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian, Universiti Malaysia Kelantan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan beribu-ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung dalam melengkapkan projek penyelidikan ini. Pertama sekali, setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Sahrudin bin Mohamed Som selaku penyelia sepanjang projek ini dijalankan kerana banyak memberi tunjuk ajar serta nasihat yang tidak putus-putus sehingga projek ini siap dan lengkap. Seterusnya, penghargaan ini juga saya ucapkan kepada Ibu bapa yang tercinta kerana memberi sokongan dari segi moral dan kewangan dalam membantu saya menyiapkan projek ini. Tidak dilupakan juga buat responden dan informan yang menjadi pelengkap kajian saya kerana memberi kerjasama dan meluangkan masa yang penting dalam memberikan inputinput berkaitan kajian ini. Akhir sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan ini buat rakan seperjuangan yang membantu menyiapkan projek penyelidikan ini. Semoga jasa dan bantuan yang kalian berikan mendapat ganjaran dan dibalas kebaikan oleh Allah SWT. Sekian, terima kasih.. iii. FYP FTKW. PENGHARGAAN.

(6) HALAMAN. PENGAKUAN TESIS. I. PENGHARGAAN. III. ISI KANDUNGAN. IV. SENARAI JADUAL. VII. SENARAI RAJAH. VIII. SENARAI GAMBAR. IX. ABSTRAK. X. BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pengenalan. 1. 1.2 Latar Belakang Kajian. 3. 1.3 Permasalahan Kajian. 5. 1.4 Objektif Kajian. 7. 1.5 Persoalan Kajian. 8. 1.6 Lokasi Kajian. 9. 1.7 Skop Kajian. 11. 1.8 Kepentingan Kajian. 13. 1.9 Rumusan Kajian. 15. BAB 2 : KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan. 16. 2.2 Definisi Istilah. 17. iv. FYP FTKW. TAJUK.

(7) 23. 2.4 Sejarah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia. 24. 2.5 Sejarah Sungai Lembing. 26. 2.6 Fungsi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Di Malaysia. 29. 2.7 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Di Malaysia. 31. 2.8 Pelancongan Budaya Di Malaysia. 32. 2.9 Rumusan. 34. BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan. 35. 3.2 Pendekatan Kajian. 35. 3.3 Rekabentuk Kajian. 37. 3.3.1 Kaedah Kualitatif. 37. 3.4 Pengumpulan Data 3.4.1 Data Primer. 39. 3.4.2 Data Sekunder. 39. 3.5 Instrumen Kajian 3.5.1 Kajian Pustakawan. 41. 3.5.2 Internet. 42. 3.5.3 Borang Kaji Selidik. 43. 3.5.4 Kaedah Temubual. 43. 3.5.5 Kaedah Pemerhatian. 46. 3.5.6 Kaedah Fotografi. 47. 3.6 Analisis Data. 49. 3.7 Rumusan. 53. v. FYP FTKW. 2.3 Sejarah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

(8) 4.1 Pengenalan. 54. 4.2 Latar Belakang Informan. 56. 4.2.1 Informan 1. 56. 4.2.2 Informan 2. 57. 4.2.3 Informan 3. 57. 4.3 Hasil Dapatan Kajian. 58. 4.3.1. 58. Isu dan cabaran pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam pemuliharaan Bandar Sungai Lembing. 4.3.2. Langkah-langkah yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan. 66. (PBT) dalam usaha memulihara Bandar Sungai Lembing. 4.4 Tahap keberkesanan pihak berkuasa tempatan. 79. (PBT) dalam memulihara Bandar Sungai Lembing. 4.5 Rumusan. 88. BAB 5: PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan. 89. 5.2 Perbincangan Kajian. 89. 5.2.1 Perbincangan Objektif Kajian Pertama. 90. 5.2.2 Perbincangan Objektif Kajian Kedua. 90. 5.2.3 Perbincangan Objektif Kajian Ketiga. 91. 5.3 Cadangan Kajian. 92. 5.4 Rumusan. 95. RUJUKAN. 96. LAMPIRAN. 99 vi. FYP FTKW. BAB 4 : Dapatan Kajian.

(9) NO. RUJUKAN. HALAMAN. 3.1 Jadual kaedah kajian dilaksanakan. 50. 4.1 Jadual senarai bangunan warisan. 73. 4.2 Jadual senarai tapak warisan. 73. 4.3 Jadual senarai senarai kerjasama agensi yang terlibat. 77. vii. FYP FTKW. SENARAI JADUAL.

(10) NO. RUJUKAN. HALAMAN. 1.1 Peta lokasi Sungai Lembing. 10. 3.1 Sumber-sumber Sekunder. 40. 3.2 Kaedah Keseluruhan Kajian. 49. 4.1 Umur responden. 80. 4.2 Pekerjaan responden. 81. 4.3 Jantina responden. 82. 4.4 Bangsa responden. 83. 4.5 Kewudan pihak berkuasa tempatan. 84. 4.6 Fungsi dan tugas pihak berkuasa tempatan. 85. 4.7 Tahap Kepuasan Hati Terhadap Perkhidmatan yang disediakan oleh. 86. Pihak Berkuasa Tempatan di Bandar Sungai Lembing 4.8 Kepentingan Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Terhadap Pemuliharaan warisan Bandar Sungai Lembing.. viii. 87. FYP FTKW. SENARAI RAJAH.

(11) NO. RUJUKAN. HALAMAN. 1.1 Gambar Skop Kajian. 12. 3.1 Temubual bersama Encik Saat. 44. 3.2 Temubual secara fizikal. 45. 3.3 Kerja-kerja pembersihan oleh pekerja MBK. 46. 3.4 Persekitaran perjalanan program di Panggung Wayang Lama. 47. 3.5 Hadapan pejabat pengurusan Sungai Lembing. 48. 3.6 Persekitaran Pekan Sungai Lembing. 48. 4.1 Lembangan Sungai Lembing. 59. 4.2 Paras air banjir. 60. 4.3 Banjir Besar Di Pekan Sungai Lembing. 60. 4.4 Kemudahan yang disediakan oleh pihak MBK. 67. 4.5 Kemudahan yang disediakan oleh pihak MBK. 67. 4.6 Poster Program Bicara Muzium. 68. 4.7 Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuantan 2035. 69. 4.8 Pembentangan Rancangan Khas Kawasan. 74. 4.9 Terowong Sungai Lembing. 75. ix. FYP FTKW. SENARAI GAMBAR.

(12) Sungai Lembing merupakan sebuah tapak perlombongan yang terbesar di negeri Pahang satu ketika dahulu. Kawasan tersebut turut mendapat jolokan nama iaitu bandar yang terkaya di Semenanjung Malaysia dan turut digelar sebagai ‘El-Dorado Timur’ kerana kekayaan hasil bijih timah. Walaubagaimanapun akibat krisis kejatuhan harga bijih timah, bandar ini dibiarkan begitu sahaja dan kini kembali bangkit sebagai pusat pelancongan yang terpenting di negeri Pahang. Dalam kajian ini juga akan melihat cabaran-cabaran dan masalah yang timbul terutamanya kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam memastikan bandar tersebut kekal terpulihara. Dalam kajian ini juga melibatkan penggunaan kaedah kualitatif yang diperolehi dari sumber data yang berbeza iaitu data primer dan sekunder serta melibatkan kaedah kuantitatif terutama dalam mendapat maklum balas responden terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT). Melalui kaedah tersebut dapat melihat usaha selain keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memulihara bandar Sungai Lembing untuk satu tempoh masa yang panjang. Berdasarkan kajian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pihak luar terutama generasi akan datang mengenai peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memulihara bandar yang bersejarah. Kata kunci: Pihak Berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Sungai Lembing. x. FYP FTKW. ABSTRAK.

(13) Sungai Lembing is one of the largest mining sites in the state of Pahang a previous compilation. The area is also nicknamed the richest city in Peninsular Malaysia and is also known as 'El-Dorado Timur' due to its tin ore. However, due to the crisis of falling tin prices, the city was left alone and is now back as the most important tourist center in the state of Pahang. This study look at the challenges and problems that arise, especially to the local authority, especially the Kuantan Municipal Council (MPK) in ensuring that the city remains preserved. In this study also involves the use of qualitative methods obtained from different data sources such as primary and secondary data and involves quantitative methods, especially in obtaining feedback from respondents to the Local Authority (PBT). Through this method, we can see the efforts other than the effectiveness of the local authority (PBT) in conserving the town of Sungai Lembing for a long time. Through this study, reference can also be made to the outside of the next generation related to the Local Authority (PBT) in conserving the historic city. Key Point: local authority, Kuantan Municipal Council (MPK), Sungai Lembing.. xi. FYP FTKW. ABSTRACT.

(14) PENGENALAN 1.1 Pengenalan Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan peninggalan bangunan warisan yang tidak ternilai harganya hasil dari tinggalan zaman penjajahan pada suatu ketika dahulu. Namun begitu tapak dan bangunan warisan semakin terancam disebabkan pembangunan yang pesat dan tidak terancang. Pemeliharaan dan pemuliharaan bandar warisan bukanlah merupakan satu bidang yang baharu bagi negara kita dan mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan. Ini dapat dibuktikan dengan pengkitirifan Tapak Warisan Dunia dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) ke atas dua bandar bersejarah di Malaysia iaitu Bandaraya Melaka dan Bandar Georgetown. Disebabkan negara kita semakin hampir menuju ke negara yang maju dan pesat membangun, beberapa undang-undang baharu telah dipinda dan dikemukan dalam mengharungi isu dan cabaran memulihara bangunan warisan. Kerajaan telah menguatkuasakan beberapa bahagian undang-undang yang berkaitan dengan bangunan warisan antaranya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Warisan Kebangsaan 2005 dalam mengekalkan kelestarian dan dan dapat dipertahankan kewujudannya dengan baik selari dengan pembangunan dan pemodenan bandar. Walaubagaimanapun tanpa disedari, proses pembandaran yang pesat sedikit sebanyak telah menghakis nilai-nilai warisan yang terdapat pada struktur bangunan di bandar secara perlahan-lahan. Walaubagaimanapun kesedaran dan minat pelbagai pihak masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Kesedaran dan penglibatan masyarakat dilihat merupakan aspek yang penting bagi memastikan bangunan-bangunan dan tapak warisan yang terdapat di seluruh negara diberi perlindungan . Walaupun terdapat kemusnahan pada tapak-tapak warisan yang sering dikaitkan dengan pembangunan yang pesat namun apa yang penting kegiatan. 1. FYP FTKW. BAB 1:.

(15) serta mampu meningkatkan potensi Berdasarkan daripada Akta Warisan Kebangsaan 2OO5 iaitu dalam pembahagian skop warisan iaitu bangunan, monumen, tapak , bandar, kampung dan lain-lain termasuk tapa kalam semula jadi seperti flora dan fauna dikategorikan sebagai tapak warisan. Dalam pada itu, jelas sekali bangunan-bangunan lama mempunyai fungsi dan daya tarikan tersendiri. Ini kerana setiap bangunan mempunyai makna yang tersendiri samada tersirat mahupun tersurat, Malah bangunan lama mampu menjadi simbol identiti bagi kawasan tersebut serta mempunyai keunikan tersendiri berbanding kawasan lain. Pada masa kini, pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) atau kini telah dikenali sebagai Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) merupakan sebuah Pihak Kerajaan Tempatan yang bertanggungjawab dalam merancang, membangun dan memelihara sumber-sumber warisan dan bersejarah serta menguruskan pentadbiran terutamanya daerah Kuantan. Kawasan pentadbiranya meliputi sebanyak 324 km persegi yang melibatkan kawasan Kuala Kuantan, Ulu Kuantan, Beserah dan Sungai Karang. Pejabatnya terletak di Jalan Tanah Putih dan merupakan laluan ke Pusat Bandar dan Gambang.. 2. FYP FTKW. pemuliharaan dan pemeliharaan warisan perlu dijalankan melalui perancangan yang teliti.

(16) Asal usul Kuantan dikatakan telah wujud sekitar pada awal tahun 1850an dan dipercayai bermula sebagai sebuah penempatan. Kuantan diisytiharkan sebagai ibu negeri Pahang pada 27 Ogos 1955. Sistem kerajaan tempatan telah wujud di Kuantan pada 1 Ogos 1913 dengan penubuhan Kuantan Sanitary Board yang berfungsi sebagai kawalan kebersihan, kesihatan dan kawalan pembangunan. Pada tahun 1937, Kuantan Sanitary Board telah digantikan dengan Lembaga Bandaran Kuantan (Kuantan Town Board). Setelah hampir 16 tahun berada di bawah sistem ini, Lembaga Bandaran Kuantan telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaran Kuantan (Kuantan Town Council) dengan kawasan pentadbiran seluas 16 km persegi sahaja dan hanya melibatkan daerah Mukim Kuala Kuantan sahaja. Pada 1 September 1979 sekali lagi, Majlis Bandaran Kuantan telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Kuantan (Kuantan Municipal Council) berdasarkan. Akta Kerajaan. Tempatan (Akta 171) yang kekal hingga ke hari ini dan yang terbaru pada 21 Febuari 2021 telah dinaiktaraf sebagai Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sekaligus telah diiktiraf sebagai status bandaraya dan telah dirasmikan oleh Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah dan keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan telah diperluaskan kepada 324 km persegi yang meliputi empat mukim iaitu Kuala Kuantan, Ulu Kuantan, Beserah dan Sungai Karang. Kawasan ini meliputi 10% daripada keluasan keseluruhan bandar Kuantan dan daripada keluasan tersebut, 20% merupakan kawasan bercukai yang diberikan perkhidmatan perbandaran manakala bakinya merupakan kawasan pembangunan. Lokasi kajian yang dilaksanakan iaitu dijalankan di Sungai Lembing dan kawasan tersebut bukan perkara asing bagi masyarakat yang tinggal di daerah Kuantan. Sungai Lembing terletak di daerah Kuantan dan 29 km dari pusat bandar. Sejarah asal usul Sungai Lembing mempunyai versi berbeza iaitu versi yang pertama iaitu nama asal Sungai Lembing dapat dari sebuah kisah sebatang lembing yang digunakan untuk menongkah arus deras di Sungai Kenau dan sejak dari itu, tempat berkenaan diberi nama Sungai Lembing, sempena 3. FYP FTKW. 1.2 Latar Belakang.

(17) dua individu yang dikenali sebagai Tok Keboh dan Tok Kenau. Dikatakan lokasi dan nama Tok Keboh berpusat di Ladang Mentiga manakala Tok Kenau yang berasal dari Kuala Kenau. Dua individu ini dikatakan antara yang terawal menjumpai bijih timah di Sungai Lembing. Tok Tangguk, anak kepada Tok Kebah yang mengantikan bapanya meneruskan legasi mengambil alih dan membesarkan perusahaan bijih timah di Sungai Lembing sebelum diambil alih oleh pelombong Cina. Manakala versi lain pula menceritakan pula bahawa Sungai Lembing juga turut mendapat nama dari peristiwa seekor kijang. Dikatakan pada satu hari sekumpulan orang asli telah melontar sebatang lembing kepada kijang tersebut. Walaupun ditusuk pada lembing tersebut, kijang tersebut masih lari dan dikatakan telah terjun kerana dikejar sekumpulan orang asli seterusnya hilang di Sungai Kenau.dan dari situlah wujudnya nama Sungai Lembing. Sungai Lembing merupakan sebuah bandar pertama yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu yang berada dibawah seliaan syarikat bijih British pada satu masa dahulu iaitu Pahang Corporation Limited di Pahang dan kemudiannya diambilalih oleh Syarikat Pahang Consilolidated Company Limited (PCCL) pada tahun 1915 dan seterusnya oleh Pahang Investment Public Limited Company (PIPLC) pada tahun 1984. Bandar tersebut dipenuhi dengan kepelbagaian bangsa, agama, bahasa dan budaya dan kini menjadi pusat perlancongan terpenting di negeri Pahang.. 4. FYP FTKW. peristiwa tersebut. Versi yang lain pula mengatakan bahawa Sungai Lembing dijumpai oleh.

(18) Permasalahan kajian merupakan satu proses untuk mengenalpasti suatu situasi atau masalah dalam membuat sesuatu kajian. Setiap bangunan dan monumen yang terdapat di sekitar Bandar Sungai Lembing mempunyai nilai tersendiri dan kaya dengan sejarah sehingga mampu. menarik. kehadiran. kepada. pelancong. tempatan. mahupun. antarabangsa.. Pemeliharaan mahupun pemuliharaan sesebuah bangunan lama di kawasan kerajaan tempatan adalah sesuatu perkara yang rumit. Dalam hal ini penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah mengambil pelbagai langkah telah diambil bagi memastikan bagunan bersejarah yang terdapat di sekitar Bandar Sungai Lembing kekal terpelihara. Isu banjir merupakan isu yang kerap berlaku di bandar tersebut dan menjadi cabaran besar dalam memelihara Bandar Sungai Lembing. Kita sedia maklum isu banjir bukan perkara asing di Malaysia terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malayia dan kesan banjir tersebut boleh dikatakan sebagai bencana alam yang tragik kerana mampu menghasilkan kemusnahan yang agak besar selain kehilangan nyawa. Di sini kita akan lihat bagaimana usaha yang dijalankan pihak MPK dalam memastikan bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar Bandar Sungai Lembing dapat dikekalkan dan dipelihara ini kerana bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar bandar tersebut berhampiran dengan sungai. Banjir besar pernah berlaku paling teruk adalah pada tahun 2013 dan kesannya masih dapat dirasai sehingga ke hari ini. Bandar tersebut juga kerap kali mengalami banjir setiap tahun setiap kali negeri tersebut mengalami angin monsoon timur. Berdasarkan petikan dari akhbar Berita Harian pada 22 Ogos 2016, menyiarkan tajuk artikel bahawa satu ketika Bandar Sungai Lembing dianggap sebagai Bandar Mati. Ini kerana pada masa kejatuhan harga bijih timah, pihak syarikat dan pekerja berhijrah ke tempat lain dan kawasan tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa apa-apa perancangan mahupun sebarang pemulihan. Ini dikatakan sekiranya ketiadaan pihak yang tampil memberi bantuan,. 5. FYP FTKW. 1.3 Permasalahan Kajian.

(19) kawasan tersebut. Berdasarkan artikel yang bertajuk oleh Gudang PCCL & Kedai Bebas Cukai oleh Siti Junaimah Binti Jamaludin dalam Berita JMM jilid ke 32 menjelaskan kewujudan kedai dan gudang tersebut untuk keperluan penduduk di kawasan tersebut. Kebanyakan baranga dan produk yang berada di kedai tersebut datang dari negara Eropah dan dikatakan harganya jauh lebih murah dari harga pasaran luar. Kemudahan tersebut bertujuan bagi memastikan barang keperluan harian mencukupi untuk penduduk di kawasan tersebut. Kewujudan kedai dan gudang tersebut membuktikan kewujudan bandar tersebut. Di samping itu, berdasarkan petikan akhbar Sinar Harian pada 31 0gos 2019, kejadian kebakaran yang berlaku di Pekan Sungai Lembing turut mendapat perhatian semua pihak termasuk Tengku Muda Pahang. Ini kerana kejadian tersebut telah memusnahkan 53 premis iaitu terdiri daripada 33 rumah kongsi, 19 rumah kedai dua tingkat dan sebuah perpustakaan awam. Ini dapat dilihat sekiranya bangunan lama dibiarkan ianya akan musnah dan hilang begitu sahaja. Dalam pada itu, berdasarkan artikel yang bertajuk Konsep Pentadbiran Kerajaan Tempatan Di Malaysia: Kajian Terhadap Pemahaman Pelajar Pentadbiran Awam oleh Nor Suhaiza Md Khalil dan yang lain-lain pada tahun 2017 menjelaskan bahawa dalam keseluruhan artikel tersebut mendapati pelajar masih kurang jelas memahami pelaksanaan pentadbiran tugas pihak berkuasa tempatan. Perkara tersebut akan menjadi masalah terutama dalam kalangan masyarakat untuk memahami tugas mereka. Ini boleh memberi masalah terutama dalam menyampaikan komunikasi dan cara pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada masyarakat umum di luar sana.. 6. FYP FTKW. kawasan bersejarah akan dibiarkan dan pupus begitu sahaja tanpa mengetahui kewujudan.

(20) Dalam bahagian ini , pengkaji telah mengemukakan tiga objektif utama dalam kajian ini: 1.. Mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). dalam pemuliharaan Bandar Sungai Lembing 2. Mengetahui langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan dalam pemuliharaan Bandar Sungai Lembing 3. Menganalisis keberkesanan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memulihara Bandar Sungai Lembing.. 7. FYP FTKW. 1.4 Objektif Kajian.

(21) Berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan, persoalan kajian telah dikemukan bagi menjawab persoalan objektif kajian: 1. Apakah isu atau cabaran yang besar yang menjadi halangan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memulihara Bandar Sungai Lembing? 2. Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memastikan Bandar Sungai Lembing kekal terpulihara? 3. Apakah usaha yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dilihat penting dalam memastikan Bandar Sungai Lembing kekal terpulihara?. 8. FYP FTKW. 1.5 Persoalan Kajian.

(22) Sungai Lembing merupakan sebuah kawasan yang berada di daerah Kuantan, Pahang. Jarak lokasi kawasan tersebut dari pusat bandar adalah sejauh 42 kilometer dari dan berada di bawah Parlimen Paya Besar. Kawasan sungai lembing juga dikelilingi bukit bakau seperti Gunung Tapis dan Gunung Serudom. Sungai Lembing juga terletak berdekatan dengan sungai merupakan nadi sungai kepada Sungai Kenau dan Sungai Pahang. Kebanyakan di kawasan tersebut didiami oleh penduduk generasi asal pelombong dan dibangunkan sebagai pusat perlancongan. Pada suatu masa dahulu, Sungai Lembing merupakan sebuah kawasan dan bandar yang kaya dengan perlombongan bijih timah sehingga mendapat gelaran bandar ‘El Dorado Timur’ kerana kekayaan hasil bumi. Akibat kejatuhan harga bijih timah pada 1985, telah menyebabkan penduduk dan pelombong di kawasan tersebut untuk berhijrah ke negeri lain. Kini Bandar Sungai Lembing menjadi tersebut menjadi pusat pelancongan terpenting untuk negeri Pahang dan menerima peningkatan kunjungan pelancong setiap tahun. Sungai Lembing juga bukan sahaja kaya dengan bangunan lama mahupun bersejarah tetapi juga kaya dengan keindahan semula jadi dengan flora dan fauna seperti Bukit Panorama, Gua Charas, Bukit Sunrise (Bukit Kambing) dan Air Terjun Pelangi. Ini menjadikan kawasan tersebut bukan sahaja kaya dengan peninggalan sejarah tetapi menjadi daya tarikan kepada penggemar kaki peminat alam flora dan fauna.. 9. FYP FTKW. 1.6 Lokasi Kajian.

(23) FYP FTKW Rajah 1.1: Lokasi Peta Sungai Lembing (Bertanda Merah) Sumber: Google Maps. 10.

(24) Dalam kajian ini, pengkaji telah memfokuskan pada Bandar Sungai Lembing di Pahang. Hal ini Bandar Sungai Lembing kaya dengan tinggalan sejarah seperti bangunan dan tapak warisan serta keindahan alam semula jadi. Dalam kajian ini juga turut memberi penumpuan terhadap peranan pihak berkuasa tempatan terutamanya Pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) atau nama barunya Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan lama yang terdapat pada Bandar Sungai Lembing. Penyelidik juga turut memfokuskan apakah bangunan-bangunan yang masih kekal utuh dan terdapat di Bandar Sungai Lembing. Ini kerana hanya kebanyakan pelancong tempatan mahupun luar hanya mengenali Terowong Sungai Lembing mahupun Muzium Sungai Lembing. Kajian ini dijalankan kerana bandar tersebut terletak berdekatan dengan rumah pengkaji dan hanya memerlukan 30 minit untuk sampai ke lokasi tersebut. Selain itu, lokasi tersebut mempunyai akses kemudahan pengangkutan awam yang efisien iaitu bas awam dan mengikut jadual yang telah ditetapkan sekaligus mempunyai opsyen pergerakan ke bandar tesebut. Selain itu, bangunan-bangunan lama dan tapak bersejarah terletak agak berdekatan satu sama lain dan ini akan memudahkan pergerakaan pengkaji dari satu tempat ke tempat lain kerana lokasinya agak dekat. Dalam pada itu, terdapat pejabat pengurusan MPK turut terletak di bandar tersebut. Ini akan memudahkan pengkaji kerana tidak perlu ke pusat bandar untuk memperoleh maklumat mengenai Bandar Sungai Lembing selain mempunyai Muzium Sungai Lembing yang mempunyai banyak bahan rujukan untuk dijadikan dalam kajian. Dalam pada itu, kajian ini juga pengkaji akan menemui wakil pihak Pihak Majlis Perbandaran Kuantan atau kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam mendapatkan info dan gambaran jelas mengenai portfolio dan peranan pihak tersebut dalam memastikan kawasan Sungai Lembing terpelihara. 11. FYP FTKW. 1.7 Skop Kajian.

(25) Lembing dengan melihat sendiri suasana persekitaran dan gelagat penduduk di kawasan tersebut. Dalam pada itu, pengkaji juga akan bertanya kepada orang awam yang terdiri daripada pengunjung, penduduk, peniaga dan sebagainya bagi mendapatkan respon dan maklum balas mengenai persekitaran Bandar Sungai Lembing.. Gambar 1.1: Skop kajian (bertanda merah) Sumber: Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuantan 2035. 12. FYP FTKW. Di samping itu, pengkaji juga akan melakukan pemerhatian di sekitar bandar Sungai.

(26) Kajian yang dijalankan amat penting bagi memberi gambaran yang jelas mengenai peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) atau kini dengan nama barunya Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam pemuliharaan bangunanbangunan lama yang terdapat di Bandar Sungai Lembing. Penyelidik berasa teruja untuk mengkaji kajian ini kerana sedar bahawa Sungai Lembing merupakan sebuah kawasan yang kaya dan terkenal dengan kegiatan perlombongan bijih timah dan merupakan satu kawasan yang penting bagi pembangunan ekonomi di negeri Pahang pada suatu ketika dahulu serta mempunyai nostalgia di kawasan tersebut memandangkan pengkaji pernah dibesarkan di kawasan tersebut. Dalam pada itu, kajian ini juga ingin memberi gambaran jelas mengenai bangunan-bangunan lama yang masih berada di Bandar Sungai Lembing kerana disebabkan kawasan tersebut meninggalkan banyak kenangan dan sejarah. Oleh kerana itu, adalah penting untuk penyelidik mengetahui bahawa peranan pihak berkuasa tempatan dalam memulihara serta memelihara bangunan atau tapak warisan yang masih wujud di kawasan tersebut. Terdapat kepentingan kajian yang boleh didapati dalam kajian ini antaranya: 1) Dapat memberi gambaran jelas mengenai asal usul, sejarah dan peranan bangunan bangunan dan tapak warisan yang masih terdapat di Bandar Sungai Lembing bukan sahaja kepada masyarakat tetapi kepada dunia luar. 2) Menerangkan fungsi Bandar Sungai Lembing sebagai pusat perlombongan bijih timah kepada masyarakat di luar sana. 3) Menjadi panduan dan rujukan kepada semua golongan intelektual terutamanya kepada pelajar sekolah mahupun pelajar universiti. 4) Memberi kesedaran kepada institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti mengenai tahap kepentingan memelihara dan memulihara bangunan warisan. 5) Pihak pentadbiran mahupun pihak kerajaan dapat mengekalkan bangunan lama tersebut dengan mengekalkan ciri-ciri warisan yang terdapat pada bangunan tersebut.. 13. FYP FTKW. 1.8 Kepentingan Kajian.

(27) terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan lama bukan sahaja di Sungai Lembing tetapi di kawasan lain. 7) Pihak kerajaan dapat merangka plan perancangan bagi memelihara mahupun memulihara bangunan untuk jangka masa yang panjang.. 14. FYP FTKW. 6) Membantu pihak kerajaan mahupun agensi kerajaan yang terlibat untuk lebih peka.

(28) Secara keseluruhan, Bandar Sungai Lembing merupakan tapak warisan yang mempunyai potensi dan plan pembangunan untuk jangka masa yang panjang dalam memacu ekonomi bukan sahaja kepada kerajaan negeri Pahang malah menjadi sumber perolehan pendapatan kerajaan persekutuan. Bandar Sungai Lembing juga dilihat berpotensi menjadi sebuah pusat perlancongan terkemuka bukan kepada pelancong tempatan malah kepada pelancong luar sekaligus memberi impak positif kepada sektor perlancongan di negeri Pahang. Seterusnya, kepentingan kajian ini juga dapat memberi pendedahan yang jelas pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kepada masyarakat dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan yang terdapat di Bandar Sungai Lembing.. 15. FYP FTKW. 1.9 Rumusan Kajian.

(29) KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kajian Literatur merupakan sebuah ulasan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh dari sumber sekunder yang terdiri daripada jurnal, buku, akhbar, artikel, dokumen, penyelidikan lepas (tesis), laman web dan lain-lain. Dalam bahagian ini akan menekankan kajian yang telah dihasilkan oleh penyelidik yang sebelumnya bertujuan untuk rujukan dan maklumat bagi topik tertentu. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu pengkaji dalam membuat semakan data dengan lebih sistematik dan efisien terhadap dokumendokumen yang mengandungi idea, data dan teori yang boleh digunakan dalam kajian ini. 2.2 Definisi Istilah 2.2.1 Peranan Definisi peranan menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua merujuk kepada watak yang dilakukan oleh seseorang terhadap tugas yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula peranan merujuk kepada bahagian, sandiwara, pekerjaan, tugas dan sandiwara. 2.2.2 Pihak Berkuasa Tempatan Dalam pentadbiran sesebuah kerajaan terutama di Malaysia mempunyai tiga peringkat iaitu terdiri daripada Kerajaan Pusat (Central Government), Kerajaan Negeri (State Government) dan Kerajaan Tempatan (Local Government). Kebanyakan sistem ini diamalkan oleh negara lain terutama yang menjalankan sistem pemerintahan berbentuk federation atau persekutuan. Walaubagaimanapun, negara yang mengamalkan sistem pemerintahan yang berbentuk. unitary atau kesatuan juga masih mempunyai kerajaan tempatan antaranya. Britain, Jepun dan sebagainya. (Ahmad Atory 1991). 16. FYP FTKW. BAB 2.

(30) kawasan bandar, luar bandar gabungan daripada kedua-dua kawasan tersebut dan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri (State Government). Pada asasnya tujuan kewujudan kerajaan tersebut untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk terlibat secara langsung dalam pentadbiran tersebut sekaligus memastikan segala keputusan dapat dibuat secara pantas dan selaras dengan kehendak penduduk tempatan(Malcom W. Norris 1989). Kerajaan tempatan juga dimaksudkan sebagai subdivisyen politik dalam sesebuah negara (dalam sistem kerajaan pusat) atau negeri. Bidang kuasanya pula adalah seperti yang sudah termaktub dalam perlembagan.Kerajaan tempatan juga mempunyai kawalan terhadap hal-ehwal tempatan termasuk kuasa-kuasa mengutip cukai. Bandar yang mentadbir pula merupakan satu entiti yang dilantik atau dipilih oleh peringkat kerajaan yang lebih tinggi (misalnya dilantik oleh kerajaan negeri bagi setiap negeri atau dilantik oleh kerajaan persekutuan bagi setiap Wilayah Persekutuan) (Athi Nahappan 1968, Sady 1962, Ahmad Atory Hussain 1991). Kerajaan tempatan juga boleh dimaksudkan sebagai satu unit sistem wilayah yang mana ditentukan oleh sempadan-sempadan, identiti yang sah, struktur institusi, kuasa dan tanggungjawab yang ditentukan secara am, kedudukan khas, tahap kewangan serta lain-lain autonami (Hill 1974). Kerajaan tempatan juga boleh dikenali sebagai satu unit subordinat kepada kerajaan negeri atau pusat seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang. Walaubagaimanapun, hubungan ketiga-tiga peringkat kerajaan ini (pusat,negeri dan tempatan) haruslah bersifat perkongsian ( Norris 1980, Phang 1989) Berdasarkan Perkara 4, Senarai Kedua dalam Perlembagaan Persekutuan, kerajaan tempatan di luar Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing. Sungguhpun kerajaan tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi pentadbirannya tetap berada di bawah kawalan kerajaan persekutuan menerusi Bahagian Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.. Menurut Kementerian Perumahan Dan Kerajaan 17. FYP FTKW. Definisi kerajaan tempatan di Semenanjung Malaysia merujuk kepada kerajaan di.

(31) Bandaraya, 39 Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Sehingga kini, terdapat sebanyak 149 buah PBT telah ditubuhkan iaitu terdiri daripada 12 buah dewan/ majlis bandaraya, 39 buah majlis perbandaran dan 98 majlis daerah. Walaubagiamanapun terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh kerajaan negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti: PBT Kulim Hi-Tech, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya. Pihak berkuasa tempatan menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang membawa ertinya seseorang yang dilantik di bawah akta tersebut untuk berkhidmat dalam pihak berkuasa tempatan itu termasuklah Datuk Bandar dan Yang Dipertua. Boleh dikatakan pihak berkuasa tempatan diwujudkan berdasarkan proses perundangan dan fungsinya terhad kepada kuasa-kuasa dan tugas-tugasnya yang diperuntukkan di dalam undang-undang tersebut. Jika mereka bertindak sesuatu perkara tanpa mengikut undang-undang yang telah diwartakan,tindakan tersebut adalah ultra vires (di luar kuasa) dan mahkamah boleh menghalanginya. Prinsip ini merupakan asas kepada peranan dan tugas kerajaan tempatan. Di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) pula, peranan pihak berkuasa tempat dilihat menjadi perancang tempatan yang bertanggungjawab melaksanakan perancangan dan pembangunan sesebuah kawasan pentadbiran untuk kepentingan masyarakat dan negara.. 18. FYP FTKW. Tempatan mempunyai tiga jenis kerajaan tempatan iaitu terdiri daripada Majlis/Dewan.

(32) Pemuliharaan merupakan satu pendekatan bagi memastikan sesuatu benda dapat dipelihara dan dijaga bagi kegunaan untuk satu jangka masa yang lama. Menurut Kamus Dewan (1989:993) perkataan “pemuliharaan” berasal daripada kata dasar “pulihara” yang membawa maksud memulihkan serta memelihara (menjaga dan sebagainya), melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan sempurna. Manakala “pemuliharaan”. pula. dedifinisikan. sebagai. kegiatan. (proses,usaha,perbuatan. dan. sebagainya) yang memulihara dan mengembalikan kepada keadaan yang asal. Dalam Glosari Perancangan Dan Pembangunan Bandar (1995:19), pemuliharaan didefinisikan sebagai proses penjagaan sesuatu tempat atau bangunan bagi mengekalkan kepentingan nilai-nilai kebudayaan.Pemuliharaan juga melibatkan proses pengekalan, pemulihan,pembangunan semula dan penyesuaian. Dalam erti kata lain pemuliharaan menjadi aspek penting bukan sahaja kepada sesuatu barang tetapi mengekalkan identiti mahupun simbol kebudayaan bagi sesebuah negara. Menurut A. Ghafar Ahmad (1994(b):1) pula mengatakan bahawa pemuliharaan merujuk kepada. kerja-kerja. penjagaan. dan. pengekalan. daripada. diubahsuai. tanpa. perancangan,pengawasan dan pengurusan yang sempurna lagi menyeluruh. Selain itu,, menurut beliau lagi, pemuliharaan juga merupakan aktiviti aktiviti menjaga dan membaiki harta dan warisan lama yang mempunyai nilai seni bina dan sejarah melalui kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaharuan. Selain itu, menurut Mohd. Syawali Budi (2000:1) menyatakan bahawa pemuliharaan merupakan kerja-kerja baik pulih untuk tujuan memulih semula sesuatu tinggalan warisan seperti monumen atau tapak sejarah kepada seni bina dan bahan-bahan binaan dalam bentuk yang asal. terutama bangunan dan sebagainya itu dibangunkan pada permulaan. pembinaanya.. 19. FYP FTKW. 2.2.3 Pemuliharaan.

(33) beliau terhadap konsep dan definisi pemuliharaan. Menurut beliau, pemuliharaan merujuk kepada satu idea yang berkisar tentang sesuatu tindakan untuk membolehkan sesebuah bangunan mahupun kawasan sesuai untuk kegunaan zaman moden. Melalui idea ini, beliau berpendapat bahawa pemuliharaan merupakan suatu bidang yang mengandungi idea bagi pengekalan bangunan dan tapak-tapak lama bagi membolehkan penggunaannya pada zaman moden. Pemuliharaan boleh dikatakan merupakan suatu bidang atau kegiatan yang dapat mengekalkan serta membolehkan sesuatu bangunan atau tapak yang mempunyai nilai warisan untuk terus digunakan digunakan untuk masa akan datang seiring dengan perkembangan dunia terkini. Hal ini bermaksud sesuatu tempat atau tapak tersebut dapat dimanfaatkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan masa dan keadaan semasa seperti perlancongan warisan dan kegiatan komersial.. 2.2.4 Bandar Definisi mengenai bandar mempunyai pelbagai maksud. Setiap ahli akademik mahupun tokoh sarjana tidak kira timur mahupun barat mengemukakan pandangan berbeza mengenai maksud atau definisi bandar. Definisi bandar menurut tokoh Islam iaitu Ibnu Khaldun menafsirkan bahawa bandar adalah sebuah kawasan yang mempunyai monumenmonumen,gedung-gedung dan bangunan-bangunan yang besar dibina untuk orang ramai dabn bukan untuk dinikmati kemudahannya oleh beberapa orang sahaja. Beliau juga menyatakan bahawa bandar merupakan suatu kawasan desa yang dimajukan oleh penduduknya dan kemajuan itu bersifat tabii, iaitu terdiri daripada tahap kemajuan pertanian untuk hidup (al-darurah) meningkat ke tahap memenuhi keperluan (al-hajah), seterusnya meningkat ke tahap kesempurnaan (al-kamalat) dan mewah (al-taraf). (Ahmad Zaki, 1997:14).. 20. FYP FTKW. Dalam pada itu, menurut Larkham (1996:294) juga turut mengemukakan pandangan.

(34) perniagaan, pusat pentadbiran,pusat kebudayaan dan lain-lain. (Mohd Aris Osman 1989:3). Bandar juga boleh dedifinisikan sebagai satu pusat yang ramai penduduk dan banyak urusan perniagaan dijalankan di dalamnya. (Mohd Tajudin Rasdi dan Rosdan Abd.Manan, 2001:18) Menurut Louis Wirth, ahli sosiologi Barat pula menjelaskan bahawa bandar ialah suatu masyarakat yang lengkap kerana kedudukan geografinya mengehadkan saiz penduduknya atau elemen-elemen kawasannya lebih banyak bergabung jika dibandingkan dengan elemenelemen kemanusiaan. (Ahmad Zaki 1997, :12). Dalam Glosari Perancangan Dan Pembangunan Bandar pula mendefinisikan bandar merupakan salah satu kawasan yang mempunyai saiz penduduk yang kebiasaanya melebihi 10 000 orang, selain dilengkapi infrastruktur yang lengkap dan sebahagiannya kawasan bandar akan ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Secara amnya, bandar menjadi pusat terpenting bagi kegiatan manusia di sesebuah kawasan yang didiami oleh manusia tersebut. Ini kerana kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi akan mengubah gaya kehidupan komuniti tersebut tetapi bakal memberi impak positif kepada ekonomi dan perancangan pembangunan di kawasan tersebut.. 2.2.5 Pemuliharaan Bandar Pemuliharaan bandar mempunyai definisi dan maksud yang berbeza mengikut pandangan ahli akademik mahupun tokoh sarjana. Pemuliharaan bandar disifatkan sebagai penjagaan dan pengekalan warisan bandar daripada dimusnah atau diubah tanpa pengawalan dan pengurusan yang sempurna lagi sistematik (A. Ghaffar Ahmad, 1994). Pemuliharaan bandar juga boleh dikatakan sebagai proses pengurangan kadar perubahan fizikal yang dirancang di atas bahagian atau kawasan atau petempatan yang. 21. FYP FTKW. Walaubagimanpun, bandar secara amnya dikenali didefinisikan sebagi pusat.

(35) memenuhi keperluan peduduk yang bersifat dinamik dan sebaliknya dalam aktiviti mereka yang berterusan (Owen, 1976). Berdasarkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (2002) pula pemuliharaan bandar merujuk kepada segala proses yang terlibat untuk menjaga sesuatu tempat bagi tujuan memelihara kepentingan budaya. Tindakan-tindakannya seperti perawatan mengikut keadaan tertentu termasuklah pengekalan, pemulihan, pembangunan semula dan penyesuaian. Proses ini penting bagi memelihara kepentingan budaya.. 22. FYP FTKW. mempunyai nilai sosial, persekitaran dan sejarah dalam tempoh masa yang panjang bagi.

(36) Majlis Perbandaran Kuantan atau nama singkatannya MPK merupakan nama rasmi majlis yang bertanggungjawab mentadbir daerah Kuantan sebelum namanya ditukar kepada Majlis Bandaraya Kuantan pada 21 Febuari 2021. Lokasinya terletak di Jalan Tanah Putih,25100 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Matlamat MPK ditubuhkan pada ketika itu adalah untuk membawa Bandar Kuantan sebagai pusat pertumbahan yang bersih, indah, tersusun dan sejahtera. Matlamat tersebut menentukan hala tuju MPK untuk menerajui Bandar Kuantan sebagai bandar yang terulung. MPK turut menetapkan satu visi iaitu menjadikan Kuantan sebagai Pusat Pertumbahan Utama Wilayah Timur Yang Makmur Menjelang 2014. Sistem Kerajaan Tempatan mula dilaksanakan di Kuantan pada 1hb Ogos 1913 dengan kewujudan. Kuantan Sanitary Board yang bertanggungjawab terhadap kawalan. kebersihan, kesihatan dan kawalan pembangunan sehingga ianya ditukarkan kepada Kuantan Town Board pada tahun 1937 dan seterusnya bertukar menjadi Kuantan Town Council pada tahun 1953 dan seterusnya menjadi Majlis Perbandaran Kuantan bermula pada tahun 1979 sehingga 21 Febuari 2021 dan kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Kuantan atau nama singkatanya MBK. Antara akta yang digunakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan dalam mentadbir daerah tersebut antaranya Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171 dan Akta 172), Akta Jalan,Parit dan Bangunan (Akta 133). Terdapat juga 27 undang-undang kecil dan 3 enakmen yang masih digunapakai dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai PBT. Akta-akta ini merupakan asas penting dalam fungsi dan peranan sebagai PBT.. 23. FYP FTKW. 2.3 Sejarah Majlis Perbandaran Kuantan.

(37) Dari segi sejarah, sistem pihak kerajaan tempatan telah wujud muncul dan wujud sejak dari era Kesultanan Melayu Melaka. Ini dapat dilihat melalui jawatan yang disandang oleh pembesar tertentu yang memainkan peranan untuk memastikan keamanan, keselamatan dan keharmonian masyarakat di Melaka. Ini jelas setiap jawatan yang dipegang ketika era Kesultanan Melayu Melaka mempunyai tugas dan peranan masing-masing antaranya shahbandar,laksamana dan sebagainya. Jawatan-jawatan tersebut muncul bagi melicinkan pentadbiran kawasan Melaka pada satu ketika dahulu. Menurut Hairani et all (2013), ciri-ciri dan kewujudan kerajaan tempatan dalam bentuk yang lebih tersusun dan lebih sistematik bermula di Pulau Pinang pada tahun 1801 dengan penubuhan Jawatankuasa Penilai (Committee Of Assessors). Penubuhan pasukan tersebut menjadi titik permulaan dalam pelaksanaan fungsi kerajaan tempatan dan dianggap penting dalam menjalankan fungsi kerajaan tempatan dalam pentadbiran negeri di sesuatu kawasan tersebut dan berperanan menjadi perancang pembangunan terutama di bandar Georgetown pada ketika itu. Dalam pada itu, pada tahun 1841, ciri-ciri dan bentuk kerajaan tempatan dapat dikesan di Melaka melalui sebuah akta iaitu Akta Cukai Perbandaran. Akta tersebut diperkenalkan bertujuan untuk megutip hasil dan menjadi sumber hasil di kawasan tersebut. Corak pentadbiran kerajaan tempatan di Malaysia kebanyakan dipengaruhi oleh British berikutan penjajahan British keatas Tanah Melayu dan memberi kesan kepada perubahan gaya pentadbiran negara. Selepas Pulau-Pinang Dan Melaka, ciri-ciri kerajaan tempatan mula wujud secara beransur-ansur di negeri-negeri Melayu yang lain antaranya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) kemudian diikuti oleh Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Setelah Malaysia telah memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, beberapa peristiwa telah berlaku dalam proses perkembangan kerajaan tempatan. Dalam proses. 24. FYP FTKW. 2.4 Sejarah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Di Malaysia.

(38) kerajaan persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan dalam pentadbiran negara. Hasilnya kerajaan tempatan diletakkan di bawah seliaan kerajaan negeri. Kawalan oleh kerajaan neger inii berpandukan Akta Kerajaan Tempatan 171 dan kawalan dari kerajaan pusat melalui Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Sistem ini mula berkembang sehingga pada tahun 1963 dan berlaku pertambahan bilangan majlis dari tahun ke tahun.. 25. FYP FTKW. meratifikasi perlembagaan negara menekankan kuasa dan pembahagian tugas antara.

(39) Asal usul dan kelahiran nama Sungai Lembing mempunyai cerita yang boleh dikatakan masih samar dan masih menjadi menjadi misteri sehingga ke hari ini. Malah asal usul nama dan sejarah asal kawasan tersebut mempunyai versi cerita yang berbeza. Nama asal usul Sungai Lembing dikatakan ambil dari kisah sebatang lembing yang bertujuan untuk menongkah arus deras di Sungai Kenau. Sejak dari peristiwa itu, kawasan tersebut dinamakan Sungai Lembing(Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang). Selain itu, menurut kepercayaan orang tua-tua, nama asal usul Sungai Lembing dikatakan berasal daripada perkataan lembing iaitu sejenis peralatan yang digunakan untuk kegiatan pemburu. Senjata tersebut dipercayai digunakan oleh orang asli yang mendiami di kawasan tersebut dan mereka telah melontarkan sebatang lembing kepada seekor kijang. Dalam usaha melarikan diri, kijang tersebut telah terjun ke dalam sungai dan hilang bersamasama dengan lembing yang tertusuk pada badanya. Pada awal kurun ke-18 sekumpulan pelombong bijih timah telah datang di kawasan sungai tersebut dan ketika mereka menjalankan kegiatan mendulang di sungai tersebut, mereka telah menjumpai sebatang lembing dipercayai kepunyaan milik pemburu pada zaman dahulu. Semenjak dari penemuan tersebut kawasan tersebut dinamakan Sungai Lembing. Namun demikian, tiada sebarang bukti kukuh yang menyokong kesahihan cerita tersebut dan asal usulnya masih samar sehingga ke hari ini. Sejarah awal mengenai Sungai Lembing yang terkenal dengan kegiatan perlombongan bijh timah telah dikesan berdasarkan catatan sejarawan China yang mencatatkan tentang kegiatan mengeksport bijih timah dari Kelantan dan Pahang ke China pada pertengahan pada abad ke-13. Manakala mengikut cerita anak tempatan Pahang, pada tahun 1868 Sungai Lembing mula diterokai oleh Wan Muhamad atau lebih dikenali sebagai ‘Tok Tangguk’ yang berasal dari Kemboja tetapi menetap di Chenor, Pahang. Beliau dikatakan. 26. FYP FTKW. 2.5 Sejarah Sungai Lembing.

(40) itu, Sungai Lembing terletak di lembah Sungai Kenau dan dikelilingi oleh bukit bakau serta lokasi yang strategik. Kedatangan pelombong-pelombong dari negara China pada lewat abad ke-18 menyebabkan kegiatan ‘Tok Tangguk’ mula berkurangan. Hasil dari kesan tinggalan kawasan perlombongan wujudnya beberapa nama tempat di Sungai Lembing seperti Kolong Lahat “memahat biji” dan Bukit Segantang “mendapat bijih segantang sehari” dan sungai tersebut mempunyai hubungkait dengan kegiatan melombong bijih timah secara tradisional iaitu kaedah membuat kolong di bawah tanah. Kehadiran Sungai Lembing sangat berkait rapat dengan sejarah moden Pahang yang bermula dari penjajahan British ke atas Tanah Melayu. Ada sumber lain turut mengatakan bahawa perlombongan bijih timah sudah bermula sejak zaman prasejarah lagi. Berdasarkan rekod,setelah perlombongan Melayu berakhir ianya didominasikan oleh pelombong dari bangsa Cina yang bekerja dibawah kontrak William Frazer dan pada ketika itu Sungai Lembing terkenal di peringkat antarabangsa serta salah satu bandar yang kaya dengan hasil pengeluaran bijih timah di negeri Pahang pada ketika itu. Ini kerana kawasan tapak perlombongan tersebut merupakan tertua, terpanjang, dan paling dalam di dunia iaitu sejauh 971 meter iaitu sejauh “2400 kaki” sehingga digelar dan mendapat nama sebagai “ElDorado Timur”. Ini ditambah lagi dengan kewujudan sebuah perkampungan Inggeris yang bertapak di Sungai Kenau. Kekayaan bijih timah yang terdapat di Sungai Lembing itu dianggap sebagai “Penyelamat Mahkota Ratu England” akibat masalah kemelut ekonomi Britain pada ketika itu. Pada. November. 1885,. KDYMM. Sultan. Ahmad. Muazzam. Shah. telah. menandatangani pajakan dengan Tauke Baba Ah Sam atau lebih dikenali Lim Ah Sam dengan memajakkan kawasan seluas 2500 batu persegi meliputi Sungai Kuantan, Sungai Triang, Sungai Rompin dan Sungai Endau kepada Syarikat Pahang Company. Syarikat itu dibangunkan oleh Lim Ah Sam Bersama Goe Soo Soe dan Levis Den Dekker dalam membangunkan kegiatan perlombongan di Sungai Lembing. Menurut sumber lain, kawasan 27. FYP FTKW. mahir dan cukup pakar dalam menjalankan kerja-kerja perlombongan bijh timah. Pada ketika.

(41) Sultan Pahang. Sultan pada masa itu telah memberi hak perlombongan bijih timah kepada ayah mertuanya sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya iaitu anak kepada Lim Ah Sam. Berdasarkan konsesi pada tahun 1883, Syarikat Pahang Company telah diberikan pajakan selama 75 tahun dan dikehendaki membayar royalty sebanyak 10% ke atas bijih timah dan bijih-bijih lain yang dieksport tetapi syarikat tersebut dikecualikan daripada membayar cukai pelabuhan dan mana-mana duti lain termasuk balak yang dibenarkan diambil di setiap pelusuk negeri Pahang. Penguasaan perlombongan bijih timah mula didominasikan oleh orang Eropah pada tahun 1886 iaitu apabila syarikat The Pahang Mining Company Limited ditubuhkan di London dan William Frazer dilantik sebagai pengurus lombong pada masa itu. Syarikat tersebut bersetuju membeli konsesi asal tetapi tertangguh sehingga pada tahun 1888 kerana masalah kewangan. Konsesi baru diberikan pada tahun 1888 selama 80 tahun dengan keluasan kawasan seluas 2,500 batu persegi. Royalti juga dikenakan sebanyak 10% dan diberikan kepada sultan. Selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1898, kuasa pajakan lombong adalah tertakluk di bawah ‘mining code’. Syarikat Pahang Corporation Limited pada ketika itu masih diberi hak untuk meneruskan kegiatan melombong. Sungai Lembing ketika itu merupakan bandar pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat bijih Inggeris iaitu Pahang Corporation Limited dari tahun 1888 sehingga 1906. Pada tahun 1906, Syarikat Pahang Corporation Limited telah ditutup dan diambil alih dengan oleh Syarikat Pahang Consolidated Company Limited “PCCL” dan terus menuju pada zaman kegemilanya meskipun Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Akibat kejatuhan harga bijih timah pada 1980-an, Syarikat PCCL telah mengalami kerugian yang besar dan gulung tikar. Akibatnya, banyak bangunan, kilang-kilang, rumah agam ditinggalkan begitu sahaja hampir berpuluh-puluh tahun. Kini Sungai Lembing menjadi aset atau pusat perlancongan terpenting bagi negeri Pahang. 28. FYP FTKW. Sungai Lembing yang terletak di Ulu Kuantan pada masa itu merupakan hak milik mutlak.

(42) Berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu pihak berkuasa tempatan ialah “Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran/ Majlis Daerah, mengikut mana yang berkenan dan berhubung dengan Wilayah Persekutuan ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah Seksyen 3 Akta Ibu Kota Persekutuan,1960”. Pihak berkuasa tempatan merupakan satu badan yang diwujudkan melalui perundangan dan kegiatannya terhad kepada kuasa-kuasa dan tugas-tugasnya seperti diperuntukkan di dalam undang-undang. Di dalam akta tersebut telah menyediakan garis panduan dan tugas yang boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan dan ini termasuk fungsi-fungsi mandatori selain budi bicara (discretion) sesebuah penguasa itu. Terdapat empat jenis fungsi yang kebanyakan dijalankan oleh sesebuah pihak berkuasa iaitu antarnya bertindak sebagai perlindungan. Pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa kawalan ke atas keselamatan dan kesihatan awam. Ini termasuklah perlindungan individu daripada pelbagai jenis bahaya yang boleh dikaitkan dengan kesihatan awam, harta benda atau perkhidmatan pembersihan. Kesemua ini penting bagi memelihara kesejahteraan penduduk di kawasan tersebut. Selain itu, PBT juga berfungsi sebagai awam (communal) iaitu sebagai pemberi faedah kepada di kawasan tersebut. Ini termasuklah penjagan alam sekitar bagi memelihara ekologi yang seimbang di kawasan pentadbiranya seperti melakukan perancangan guna tanah secara maksimum dan menyediakan keadaan landskap yang baik serta kawasan rekreasi iaitu menyediakan kemudahan -kemudan sosial untuk kegiatan riadah dan senaman. Dalam pada itu,fungsi PBT seterusnya ialah individu. PBT juga menjalankan aktiviti kemasyarakatan dalam memupuk kesejahteraan dan perpaduan penduduk di kawasan tersebut.PBT juga bertindak sebagai orang tengah atau perantara dalam perkhidmatan bantuan secara terus. Melalui tugas ini, ini akan memudahkan PBT melakukan bancian dan 29. FYP FTKW. 2.6 Fungsi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

(43) merapatkan hubungan baik antara penduduk dan pihak PBT. Akhir Sekali, fungsi yang lain ialah perdagangan. Pihak PBT juga melibatkan kegiatan yang mampu mendatangkan hasil kepada penguasa tempatan bagi meningkatkan ekonomi setempat antaranya menyediakan lot-lot perniagaan dan menyediakan kadar sewa kepada peniaga yang ingin berniaga di kawasan PBT. Dalam pada itu, pihak PBT juga memberi kelulusan operasi perniagaan bagi memastikan perniagaan dijalankan selamat dan mematuhi seegala prosedur yang telah ditetapkan oleh PBT. Melalui fungsi tersebut, ianya memberi gambaran jelas mengenai fungsi PBT di Malaysia yang menjadi tunjang penting dalam pentadbiran negara.. 30. FYP FTKW. mengenalpasti masalah apa yang berlaku di kawasan pentadbiranya sekaligus dapat.

(44) Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) pihak PBT bertindak sebagai pihak berkuasa perancang tempatan. Ini bermaksud pihak berkuasa tempatan selain menjalankan tugas-tugas tradisinya ia juga bertanggungjawab merancang dan membangun kawasanya yang bertujuan untuk pembangunan nasional. Akta ini telah memperuntukkan bahawa bagi mana-mana kawasan yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan manamana pihak berkuasa perancang tempatan, Pengarah Negeri Jabatan Perancang Bandar Dan Desa hendaklah menjadi pihak berkuasa tempatan bagi kawasan tersebut. Dalam Akta 172 telah menjelaskan bahawa pihak berkuasa perancang tempatan mempunyai. peranan. dan. tanggungjawab. yang. penting. dalam. merancang. dan. membangunkan kawasan di bawah pentadbirannya. Sebagai agensi kerajaan tempatan, pihak berkuasa kerajaan tempatan perlu menyusun plan dan program secara teliti dan menyeluruh untuk mencapai matlamat negara ke arah kualiti kehidupan yang tinggi selain menikmati taraf sosio ekonomi yang tinggi setaraf dengan negara maju. Program yang diwujudkan mesti berpandukan kepada peranan pembangunan negeri, wilayah dan persekutuan seperti: 1. Menterjemah matlamat sosio ekonomi dalam bentuk spatial dan fizikal 2. Menterjemah dasar pembangunan dalam pelan perancangan fizikal 3. Memberi kepentingan kualiti alam persekitaran dalam perancangan 4. Memberi keutamaan yang setimpal terhadap keperluan bagi kemudahan perbandaran 5. Berusaha kearah pembangunan yang berteraskan pembangunan sains dan teknologi. Secara keseluruhan, peranan pihak berkuasa tempatan melihatkan pertambahan yang memerlukan kepada penyesuaian agar dapat berfungsi sebagai satu pihak berkuasa. 31. FYP FTKW. 2.7 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

(45) bahkan harus dapat memenuhi hasrat dan permintaan penduduknya. 2.8 Pelancongan Budaya Di Sungai Lembing Pelancongan budaya merupakan suatu kegiatan yang melibatkan suatu produk mahupun perkhidmatan pelancongan dengan budaya masyarakat di kawasan tersebut. Produk atau perkhidmatan tersebut kebanyakannya dalam bentuk-bentuk budaya tempatan di kawasan perlancongan tersebut. Bentuk-bentuk budaya tempatan merujuk kepada budaya benda.Pelancongan budaya merupakan sektor yang tidak asing buat di negara kita. Ini kerana hasil tinggalan penjajah dan sejarah yang lampau telah meninggalkan kesan dan impak ke atas negara kita dan membuka kepada sektor perlancongan yang sedikit berbeza dari sektor perlancongan lain iaitu perlancongan budaya. Menurut pandangan Velene L.Smith (1989:4-6) menjelaskan terdapat perbezaan antara ‘pelancongan etnik’, ‘pelancongan sejarah’ dan ‘pelancongan rekreasi’ daripada pelancongan budaya wajar dilihat dari dua sisi iaitu sesi penawaran dan sesi permintaan. Sehubungan itu, beliau mendefinisikan pelancongan budaya berdasarkan dua sisi tersebut iaitu yang pertama ialah himpunan produk yang diklasifikasikan sebagai “budaya” yang ditawarkan di sesebuah destinasi dan yang kedua ialah kecenderungan para pelawat untuk pergi ke sesebuah kawasan kerana didorong oleh faktor budaya serta aktiviti yang dilakukan di sesebuah destinasi berkait dengan budaya (Smith, 1997:4-6). Definisi mengenai pelancongan budaya boleh dikatakan berbeza mengikut pandangan tokoh ini kerana definisi kajian ini memeliki makna yang hampir sama dengan jenis-jenis pelancongan yang berbentuk sejarah, warisan dan seangkatan dengannya. Mengikut kajian yang dijalankan mengenai pelancongan budaya,menurut sorotan kajian yang dijalankan oleh Nur Ilani Binti Shari (2012) menjelaskan pembangunan pelancongan di Kuala Kangsar untuk jangka masa sederhana mahupun panjang. Kajian ini. 32. FYP FTKW. perancang tempatan yang bukan sahaja bertindak sebagai ‘fasilitator’ kepada pembangunan.

(46) salah satu kajian penting dalam pelancongan budaya di Sungai Lembing. Dalam pada itu, kajian tersebut lebih memfokuskan kepada kawasan yang terletak di Sungai Lembing di Kuantan. Beberapa kaedah digunakan dalam mengumpul maklumat bagi mendapat maklum balas mengenai kegiatan perlancongan di kawasan tersebut. Dalam hasil kajian yang terdapat dalam kajian ini, penyelidik telah melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan antaranya pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam usaha memelihara produk pelancongan budaya di Sungai Lembing. Di dalam kajian ini telah mengemukan dua kaedah dan usaha pihak MPK bagi menjaga dan memelihara Bandar Sungai Lembing sebagai pusat pelancongan budaya di negeri Pahang. Ini jelas dapat dilihat pihak berkuasa tempatan bukan sahaja terlibat dalam urusan mengutip cukai dan lain-lain tetapi terlibat secara langsung dalam memelihara bangunan dan kawasan demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan tersebut.. 33. FYP FTKW. juga memfokuskan aspek ekonomi dan sosial penduduk di kawasan tersebut dan menjadi.

(47) Tuntasnya, dalam bahagian ini telah menjelaskan bahawa kajian terdahulu dikumpul seterusnya akan diproses untuk mendapatkan hasil kajian supaya matlamat dan objektif untuk kajian ini tercapai. Dalam bab ini juga menekankan teori dan kepentingan kajian ini dalam menghurai setiap masalah dan isu dalam kajian ini. Selain itu, ianya memberi serba sedikit mengenai sejarah dan asal usul Bandar Sungai Lembing sehingga kepada peranan Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT secara lebih terperinci. Oleh itu, betapa pentingnya PBT dalam memastikan sesuatu kawasan terutamanya bandar wajar dipulihara dan dijaga untuk menjadi tatapan bagi generasi akan datang.. 34. FYP FTKW. 2.9 Rumusan.

(48) METODOLOGI KAJIAN. 3.1 Pengenalan Metodologi kajian merupakan perkara yang menjelaskan kaedah, langkah atau cara yang digunakan dalam menjalankan kajian bagi mencapai objektif dan hasil kajian. Kajian ini adalah untuk memproses maklumat dan data yang penting bagi mendapatkan hasil dapatan kajian dengan lebih tepat dan terperinci. Dalam bab ini, pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan dalam mengumpul data bagi diproses untuk menghasilkan dapatan kajian selain memastikan maklumat yang diperoleh adalah jelas dan tepat.. 3.2 Pendekatan Kajian Kajian dedifinisikan sebagai satu langkah bagi mencari jawapan kepada soalansoalan khusus yang dikemukan berkenaan sesuatu permasalahan yang timbul (Ahmad Mahdzan, 1992). Kaedah ini merupakan pengumpulan maklumat serta data terkini yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Kajian kes merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi menyokong objektif atau hasil kajian dengan lebih berkesan. Ini kerana kajian ini menggunakan peristiwa dan kajian terdahulu bagi menyokong kajian yang ingin dijalankan pada masa kini. Kajian kes ini boleh dijalankan setelah mengenalpasti peristiwa mahupun isu yang berlaku secara spesifik dan tepat. Kajian kes yang ingin dijalankan ialah berkaitan kepada sejauh mana keberkesanan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memulihara Bandar Sungai Lembing. Dalam pada itu, kajian ini akan menjelaskan usaha dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memastikan kawasan Bandar Sungai Lembing kekal 35. FYP FTKW. BAB 3:.

(49) temu bual dan kajian lapangan iaitu meninjau sendiri kawasan tersebut dengan lebih terperinci. Dari situ juga pengkaji akan mendapat maklumat tambahan dari penduduk di kawasan tersebut untuk memudahkan kajian. Pengkaji juga turut melawat sendiri ke tapak-tapak mahupun bangunan bersejarah dan warisan di kawasan tersebut untuk mendapatkan maklumat bagi mengetahui kewujudan bandar tersebut dan kepentingan kepada masyarakat pada satu ketika dahulu. Pengkaji juga turut melakukan temu bual dengan pihak berkepentingan seperti pihak PBT dalam mendapatkan maklumat mengenai perancangan dan pembangunan di Sungai Lembing bagi memelihara warisan di kawasan tersebut.. 36. FYP FTKW. terpulihara. Pada masa yang sama, kajian ini juga melibatkan kaedah kualitatif antaranya.

(50) Reka bentuk kajian adalah merupakan satu tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian (Kerlinger 1970). Kaedah ini juga memperlihatkan kaedah penyelidik dalam mengendali kajian, prosedur atau teknik yang digunakan dalam menghasilkan dapatan kajian. Tujuan reka bentuk kajian adalah untuk mengawal punca-punca bias yang boleh menganggu dapatan kajian (McMillan & Schumacher 1984). Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif dalam menjawab serta menghuraikan persoalan dalam kajian ini. 3.3.1 Kaedah Kualitatif Kajian kualitatif adalah strategi kajian yang lazimnya menekankan perkataan berbanding pengiraan data yang dikumpul dan dianalisis (Bryman, 2008). Kajian kualitatif boleh dikatakan merupakan kajian berkaitan persoalan atau penyataan dan bukannya berbentuk hipotesis. Kebanyakan kajian ini melibatkan persoalan seperti bagaimana, apa dan mengapa. Menurut Ahmad Naqiyuddin (2008), Creswell (2009) dan Neuman (2011), pemilihan reka bentuk kajian menggunakan kaedah ini berdasarkan kepada empat faktor iaitu: 1) Tujuan kajian 2) Permasalahan kajian 3) Pengalaman pengkaji 4) Kumpulan sasaran Kaedah kajian ini lebih memfokuskan untuk mewujudkan kajian yang tidak melibatkan sebarang nombor mahupun pengiraan. Jenis kajian ini lebih menekankan kepada. 37. FYP FTKW. 3.3 Reka Bentuk Kajian.

(51) yang lebih terperinci berbanding diukur dalam bentuk kualitatif. Antara contoh kajian kualitaf ialah menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, penganalisian terhadap dokumendokumen penting untuk kawasan kajian dalam mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan terperinci.. 38. FYP FTKW. pemahaman oleh pengkaji dalam menghasilkan sesebuah kajian melalui pengumpulan data.

(52) Data ialah merupakan satu pengiraan ke atas ciri-ciri, kejadian, fakta, atau ukuran kea atas sesuatu peristiwa yang boleh dikira. Data ini mempunyai dua jens data yang berbeza iaitu data primer dan data sekunder. Dalam kajian ini, pengkaji mengumpulkan data kajian ini dengan menggunakan dua sumber data yang berbeza iaitu data primer dan dat sekunder. 3.4.1. Data Primer Data primer ialah data yang berasal dari sumber asli atau pertama (Rohana Yusuf, 2004). Kebanyakan data tersebut dikumpulkan sendiri oleh pengkaji dalam mendapatkan hasil kajian dan menjawab persoalan kajian. Data asal akan dikumpulkan dan akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian (Sabitha Merican, 2005). Antara contoh data primer yang digunakan dalam kajian ini salah satunya ialah temubual, pemerhatian dan soal selidik. Kaedah ini dijalankan oleh pengkaji secara teliti dalam memahami dan menilai keberkesanan pihak berkuasa tempatan dalam memulihara Bandar Sungai Lembing. Kaedah ini penting bagi mendapatkan serba sedikit mengenai latar belakang dan punca kuasa peranan pihak berkuasa tempatan dengan lebih jelas dan tepat.. 3.4.2. Data Sekunder Data sekunder adalah merupakan data yang dikumpul oleh pengkaji lain (Sabitha Merican, 2005). Pada asalnya data tersebut digunakan untuk tujuan lain tetapi ianya digunakan mengikut kesesuaian objektif dan dapatan pengkaji pada masa kini bagi memperoleh maklumat tambahan mahupun rujukan antaranya jurnal, majalah,dokumen pentadbiran dan lain-lain. Berikut di bawah adalah rajah sumber-sumber data sekunder:. 39. FYP FTKW. 3.4 Pengumpulan Data.

(53) Tesis Surat Khabar Cerpen. SumberSumber Data Sekunder. Ucapan. Pandang + Dengar. Tayangan gambar Tayangan video. Lagu Rajah 3.1: Sumber-Sumber Data Sekunder Sumber: (Dipetik daripada Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, Sabitha Merican, 2005). 40. FYP FTKW. Bentuk Tulisan. Jurnal Buku Majalah Internet.

(54) Instrumen kajian merupakan satu alat atau kaedah yang dilaksanakan oleh pengkaji bagi melakukan sebarang kajian. Perkara tersebut bertujuan untuk memastikan tiada sebarang maklumat atau data tercicir ketika dalam melakukan sebarang kajian. Instrumen kajian merupakan asas penting dalam menjawab persoalan, objektif mahupun dapatan kajian. Pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah untuk kajian ini dengan menggunakan dua data yang berbeza iaitu data premier dan data sekunder. Berikut ialah instrumen yang dilaksanakan oleh pengkaji untuk melakukan kajian ini. 3.5.1 Kajian Pustakawan(Pembacaan) Instrumen ini merupakan kaedah pertama yang dijalankan oleh pengkaji dalam mendapatkan maklumat dan data dalam menghasilkan sebuah kajian. Pengkaji mencari maklumat dengan mencatit setiap isi-isi yang penting dalam bacaan buku mahupun sumber ilmiah lain. Pengkaji juga merujuk banyak-banyak ilmiah terutama pandangan ahli akademik, majalah dan lain-lain dalam memudahkan mendapat maklumat bagi setiap objektif kajian serta menjawab persoalan kajian yang telah pengkaji timbul dalam kajian ini. Pengkaji turut meluangkan masa dengan melawat Perbadanan Perpustakaan Negeri Pahang yang terletak di Kuantan dan Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan (Kampus Bachok) dalam mencari maklumat dan rujukan bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih jelas. Pengkaji turut meminjam beberapa buku yang penting bagi memudahkan penganalisis data dijalankan. Antara buku dan bahan ilmiah yang digunakan ialah Pemuliharaan Bandar Di Dunia oleh Ahmad Yazid Salleh dan Pemuliharaan Bangunan Warisan oleh Siti Norlizaiha Harun.. 41. FYP FTKW. 3.5 Instrumen Kajian.

(55) Internet merupakan sumber skunder dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan kaedah ini dengan melayari internet bagi memperoleh maklumat tambahan dalam memproses maklumat untuk kajian ini. Maklumat ini mudah diperoleh kerana pengkaji hanya perlu menaip atau mencari maklumat hanya di komputer riba mahupun telefon pintar. Kaedah tersebut boleh dilakukan mengikut kesesuaian dan keselesaan pengkaji selain memudahkan pengkaji menyimpan isi kandungan data dengan baik tanpa risau kehilangan atau keciciran sebarang maklumat penting dalam kajian. Kaedah ini juga membantu pengkaji bagi dalam mengakses maklumat bila-bila masa sahaja tanpa risau akan kehilangan sebarang maklumat yang diperoleh. Kaedah ini penting dalam mendapatkan maklumat dan data yang jelas terutama dalam mengkaji sejarah dan penyelidikan yang lepas terutama Google Scholar dan pelbagai aplikasi lain dalam menjalankan kajian yang dilakukan oleh pengkaji sendiri iaitu Keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Memulihara Bandar Sungai Lembing.. 3.5.3 Borang Soal Selidik Kaedah. seterusnya. ialah. melibatkan. kaedah. kuantitatif. iaitu. dengan. menggunakan borang soal selidik bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas dari. responden dalam menjawab objektif kajian. Borang tersebut mengandungi. beberapa soalan dan diedarkan kepada penduduk dan pengunjung di sekitar Sungai Lembing. Borang ini digunakan untuk mendapatkan pandangan penduduk dari pelbagai latar belakang, umur, bangsa dan lain-lain di Sungai Lembing mengenai tahap kepuasan dan keberkesanan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha memulihara kawasan tersebut. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Responden dikehendaki menjawab kesemua soalan yang diberikan untuk memudahkan pengkaji mendapat maklumat yang tepat. Bahagian A mengandungi soalan yang berkaitan 42. FYP FTKW. 3.5.2 Internet.

(56) ialah soalan mengenai tahap kepuasan pengunjung mengenai kawasan Sungai Lembing. Bahagian ini paling penting untuk memastikan penduduk mahupun masyarakat di luar sana menilai dan memahami tugas pihak berkuasa tempatan atau pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam memulihara Bandar Sungai Lembing. 3.5.4 Kaedah Temubual Temubual adalah kaedah yang melibatkan perbualan antara dua pihak yang bertujuan untuk mengumpul maklumat dan hasil kajian. Ianya melibatkan perbualan antara penemubual dengan responden untuk memperoleh segala maklumat dari responden secara lisan. Kaedah ini bersifat reflektif dan dapat mencerminkan keadaan sebenar mengenai sesuatu fenomena (Denzin, 2001). Kaedah ini merupakan salah satu komponen yang penting bagi pengkaji bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kajian yang ingin dijalankan. Melalui kaedah ini, responden dapat menjelaskan sesuatu cerita dan peristiwa dan hasilnya dapat digunakan untuk kajian seterusnya. Dalam kajian ini, pengkaji membuat temu janji bersama dengan pegawai perancang dan pembangunan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan beberapa pihak yang berkepentingan dalam mendapatkan maklumat yang jelas mengenai perancangan dan pembangunan di Bandar Sungai Lembing. Pengkaji juga turut berbual dengan penduduk di kawasan tersebut bagi memperoleh maklumat tambahan mengenai persekitaran di Bandar Sungai Lembing. Pengkaji menggunakan dua jenis temubual dalam mendapatkan maklumat iaitu i). Temubual secara maya Kaedah ini menggunakan aplikasi yang dapat disambungkan dengan talian jalur lebar. dan gajet pintar seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar. Kaedah ini juga merupakan kaedah paling mudah dibuat kerana pengkaji boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos dalam mendapatkan maklumat.. 43. FYP FTKW. latar belakang responden seperti nama, umur dan pekerjaan. Seterusnya bahagian B pula.

(57) bersambung dengan peranti alat eletronik mahupun gajet pintar.Kaedah ini sangat penting terutama dikenakan sekatan perjalanan lebih-lebih lagi ketika negara sedang berdepan dengan penularan wabak Covid 19 ini ditambah lagi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain larangan rentas daerah dan negeri menyebabkan pergerakan pengkaji agak terbatas dan hanya bergantung kepada talian internet dan memerlukan perjumpaan secara atas talian. Pengkaji telah mengatur pertemuan dengan Encik Mohammad Saat pada tarikh dan masa yang telah dipersetujui untuk menjalankan sesi temubual. Pengkaji telah menemubual Encik Mohamad Saat Bin Ahmad pada 18 Ogos 2021 bagi mendapatkan maklumat mengenai peranan dan tugas pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) melalui platform aplikasi Google Meet.Sepanjang perjumpaan berlangsung, sesi ini telah direkodkan untuk tujan simpanan dan rujukan pengkaji.. Gambar 3.1: Temubual Bersama Encik Saat secara atas maya Sumber: Muhammad Arif Bin Yaakob. 44. FYP FTKW. Kaedah ini sangat sesuai dan mudah dijalankan selagi talian jalur lebar atau internet.

(58) Temubual secara fizikal Selain itu, pengkaji juga menjalankan temuduga secara fizikal dengan berjumpa dengan pegawai dan pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Ini penting bagi mendapatkan maklumat dan laporan terkini selain mendalami sejauh mana keterlibatan pihak berkuasa tempatan dalam menguruskan kawasan Sungai Lembing. Pengkaji telah menemui Encik Zakaria secara bersemuka di Pejabat Pengurusan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Sungai Lembing yang terletak di tengah pekan Sungai Lembing pada hari Jumaat 17 September 2021.. Gambar 3.2: Temubual secara fizikal bersama Encik Zakaria Sumber: Muhammad Arif Bin Yaakob. 45. FYP FTKW. ii).

(59) Kaedah pemerhatian ialah satu kaedah penyelidikan yang boleh digunakan untuk megukur pemboleh ubah penyelidikan dan merupakan satu alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat data selain soal selidik dan temubual. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat melihat tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah yang telah dikenalpasti. Dalam kaedah ini juga, pengkaji dapat memerhati sampel-sampelnya dalam tempoh yang tertentu dan sekaligus dapat mempercepatkan proses pengumpulan maklumat. Pengkaji akan meninjau lokasi kajian yang terletak di Sungai Lembing, Kuantan dalam mendapatkan gambaran jelas mengenai persekitaran di kawasan tersebut dan turut melawat pusat pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kawasan tersebut. Dari situ juga, pengkaji juga dapat melihat kegiatan dan tingkah laku penduduk di sana serta dapat melihat tugas dan kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan atau pihak Majlis Bandaraya Kuantan ke atas Bandar Sungai Lembing. Di situ juga pengkaji mendapat laporan rancangan kawasan dan status terkini kawasan sekitar Sungai Lembing.. Gambar 3.3: Pekerja Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menjalanlkan kerja-kerja pembersihan di kawasan rekreasi Sungai Lembing Sumber: Encik Zakaria Bin Jusoh. 46. FYP FTKW. 3.5.5 Kaedah Pemerhatian.

(60) FYP FTKW Gambar 3.4: Penyusunan atucara program di Panggung Wayang Lama untu persembahan tarian tradisional Sungai Lembing Sumber: Encik Zakaria Bin Jusoh. 3.5.6 Kaedah Fotografi Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga fotografi bermaksud seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf. Fotograf ialah gabungan antara seni dan sains dalam menghasilkan imej ke atas sebatian yang peka pada cahaya. Selain itu, fotografi berperanan sebagai satu kegiatan seni yang merakam gambar daripada proses merekodkan cahaya daripada suatu medium yang sensitif kepada cahaya seperti filem atau sensor eletronik (Sarah, 2010). Kaedah ini merupakan proses penting bagi kajian dalam mendapatkan gambaran jelas mengenai persekitaran tapak kajian selain dapat memberi petunjuk baharu dalam mendapatkan maklumat yang jelas. Dalam pada itu, foto yang diperoleh tersebut boleh dijadikan sebagai bukti dan lampiran sebagai rujukan kajian yang akan datang.. 47.

(61) FYP FTKW Gambar 3.5: Hadapan Pejabat Pengurusan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Di Sungai Lembing Sumber: Muhammad Arif Bin Yaakob. Gambar 3.6: Persekitaran Pekan Sungai Lembing Sumber: Muhammad Arif Bin Yaakob. 48.

(62) Kaedah ini dilakukan setelah borang soal selidik dan temubual selesai dijalankan dan seterusnya diproses bagi mendapatkan hasil dapatan kajian dengan menganalisis data yang dikumpul dari hasil tersebut.Tujuan kaedah ini dilakukan bagi mendapatkan kefahaman pengkaji dalam menjawab ketiga-tiga objektif kajian secara terperinci selain membantu menjawab keseluruhan kajian ini. Menurut Moleong (2007), mendefinisikan bahawa teknik analisis data adalah kegiatan analisis dalam penyelidikan yang dilakukan dengan memeriksa semua data yang ada dari peralatan penyelidikan, yang terdiri dari catatan, rakaman, dokumen, ujian, dan sebagainya. Antara perkara pertama yang dilakukan adalah dengan menyusun data-data yang diperoleh samada melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif. Proses ini dilakukan bagi mengasingkan data-data yang perlu dan tidak perlu. Kaedah ini digunakan sebagai instrumen bagi menjawab ketiga-tiga objektif kajian.. Rajah 3.2: Kaedah Keseluruhan Kajian Sumber: Muhammad Arif Bin Yaakob. 49. FYP FTKW. 3.6 Analisis Data.

(63) Objektif Kajian Mengenalpasti. Pendekatan Kajian cabaran-. cabaran yang dihadapi oleh pihak. berkuasa. Instrumen Kajian. 1. Kajian Ilmiah. Kajian Ilmiah. 2. Temubual. • Melayari laman web dan potal. tempatan. berkaitan. dengan. Pihak. (PBT) dalam pemuliharaan. Berkuasa Tempatan (PBT). Bandar Sungai Lembing. • Mendapatkan bahan bacaan dan. dokumen. dari. perpustakaan. iaitu. Perpustakaan Awam Negeri Pahang. dan. Perpustakaan. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Bachok.. Temubual •. Menyediakan soalansoalan. temubual. kepada. wakil. berkuasa. pihak. tempatan. (PBT) •. Menetapkan tarikh dan masa. yang. untuk. sesuai berjumpa. dengan wakil tersebut. •. Menjalankan temubual melalui dua cara iaitu secara atas talian dan bersemuka. •. Antara peralatan yang digunakan. untuk. kaedah ini ialah alat. 50. FYP FTKW. Kaedah Kajian Yang Digunakan Oleh Pengkaji.

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Selain daripada kuasa untuk membuat undang-undang kecil yang diberi dengan nyata atau secara tersirat kepada pihak berkuasa tempatan oleh mana-mana peruntukan lain Akta

Oleh itu, kajian ini cuba melihat kepada pelaporan maklumat kewangan sukarela pihak berkuasa tempatan di internet kerana ianya secara tidak langsung dapat menggambarkan kepada

Memohon perubahan terhadap syarat-syarat yang telah ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan ke atas Pelan Susunatur yang telah diluluskan.. Memohon perubahan syarat gunatanah

Tambahnya, masyarakat seharusnya mengangkat martabat Bahasa Melayu ke aras yang lebih tinggi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus memberi penekanan dalam menetapkan nama-nama

Sehubungan itu, Phang (1997) telah menjelaskan bahawa terdapat Pihak Berkuasa Tempatan yang besar menghadapi masalah yang kronik kerana kekurangan wang tabungan

Pihak berkuasa tempatan memberitahu anda bahawa 80% daripada penduduk bandar dan 60% daripada penduduk luar bandar menikmati bekalan air bersih pada tahun 2001..

Masalah dalam sistem penyelenggaraan dan pengurusan taman-taman rekreasi oleh pihak berkuasa tempatan menyebabkan kawasan lapang kurang diselenggarakan (JPBO,

Dalam kajian ini pengkaji akan melihat bentuk pengurusan dan pentadbiran yang dijalankan, aktiviti taman, kemudahan awam dan landskap, penyelenggaraan taman serta

Pelaporan' akauntabiliti yang rendah ini mungkin dapat dijustijikasikan oleh ketiadaan sebarang bentuk kehendak statutori terutamanya daripada Kementerian Perumahan dan

Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) telah menggariskan 23 langkah pencegahan jenayah untuk dilaksanakan pada peringkat pihak berkuasa tempatan (Jabatan Perancangan Bandar

Segala data-data yang diperolehi adalah melalui beberapa kaedah iaitu melalut kaedah pengamatan bagi keadaan fizikal kawasan kajian, kaedah temu bual bersama Pihak Berkuasa

Penghargaan khas diberikan kepada Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT), perancang bandar, juru runding, pemaju tanah dan pelajar yang terlibat dalam penggunaan Kalkulator

Bagi kajian ini pengkaji mempunyai 3 objektif kajian iaitu, mengenalpasti konsep pameran yang dilakukan oleh pihak Muzium Sungai Lembing, mengenalpasti jenis-jenis teknologi

Berdasarkan kepada analisis skor ke atas tahap penglibatan awam di MDKL, ia dengan jelas menjawab objektif kajian ini iaitu tahap penglibatan awam sebagai pembuat keputusan dalam

Bagi kategori tindakan lima tertinggi ialah melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai aktiviti pencemaran sungai dan jenayah dengan mencatatkan seramai 46 responden (46%) yang

Berdasarkan kepada model kajian di atas, kajian ini melihat perhubungan antara pembolehubah tidak bersandar iaitu yang pertama adalah faktor organisasi iaitu struktur

Maklumat berkenaan WPI diperoleh melalui laman sesawang, iaitu laman web rasmi pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan laman sesawang

Bagi wilayah bandaraya Kuala Lumpur, peranan pihak berkuasa tempatan yang terdiri sama ada majlis perbandaran, dewan bandaraya dan majlis daerah memainkan peranan yang penting

Berdasarkan huraian terhadap sorotan kajian terdahulu ini juga didapati masih tiada lagi sebarang kajian yang telah dijalankan bagi mengenalpasti kelebihan dan

Kerajaan tempatan merupakan unit atau institusi pemerintahan yang berkuasa di peringkat paling bawah dalam struktur kerajaan di Malaysia bagi tempat atau daerah kecil

Bab ini telah mempersembahkan analisis data dan perbincangan terhadap penemuan kajian. Penemuan dalam kajian ini adalah peranan PBT sebagai agensi yang bertanggungjawab

Jawatankuasa Akaun Amanah Dana Kecemerlangan Pendidikan (JKDKP) UiTM Bagi tahun 2019, JKDKP telah menerima 105 permohonan dari pelbagai jabatan, di mana 66 permohonan telah

Walaupun program ini dilaksanakan secara sukarela, terdapat beberapa pihak berkuasa tempatan yang berinisiatif untuk melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh bagi