• Tiada Hasil Ditemukan

ANALISIS TERHADAP FAKTOR PERAMAL DAN PERANTARAAN KEPADA ADOPSI INOVASI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Share "ANALISIS TERHADAP FAKTOR PERAMAL DAN PERANTARAAN KEPADA ADOPSI INOVASI "

Copied!
344
0
0

Tekspenuh

(1)

Hakcipta © tesis ini adalah milik pengarang dan/atau pemilik hakcipta lain. Salinan boleh dimuat turun untuk kegunaan penyelidikan bukan komersil ataupun pembelajaran individu tanpa kebenaran terlebih dahulu ataupun caj. Tesis ini tidak boleh dihasilkan semula ataupun dipetik secara menyeluruh tanpa memperolehi kebenaran bertulis daripada pemilik hakcipta. Kandungannya tidak boleh diubah dalam format lain tanpa kebenaran rasmi pemilik hakcipta.

(2)

ANALISIS TERHADAP FAKTOR PERAMAL DAN PERANTARAAN KEPADA ADOPSI INOVASI

NAN ZAKIAH BT MEGAT IBRAHIM

DOKTOR FALSAFAH

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

2018

(3)
(4)

ii

Kebenaran Merujuk Tesis

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi keperluan pengijazahan program Ijazah Kedoktoran (Komunikasi) Universiti Utara Malaysia. Saya bersetuju membenarkan pihak perpustakaan Universiti mempamerkannya sebagai rujukan. Saya juga bersetuju bahawa sebarang bentuk salinan sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripada tesis ini untuk tujuan akademik adalah dibolehkan dengan kebenaran penyelia tesis atau Dekan Sekolah Siswazah Awang Had Salleh (UUM CAS). Sebarang bentuk salinan dan cetakan bagi tujuan-tujuan komersil dan membuat keuntungan adalah dilarang sama sekali tanpa kebenaran bertulis daripada penyelidik. Penyataan rujukan kepada penulis dan pihak Universiti Utara Malaysia perlulah dinyatakan jika sebarang bentuk rujukan dibuat ke atas tesis ini.

Kebenaran untuk menyalin atau menggunakan tesis ini sama ada keseluruhan ataupun sebahagian daripadanya hendaklah dipohon melalui:

Dekan Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok Kedah Darul Aman

(5)

iii

Abstrak

Penelitian berkaitan dengan strategi mesej, niat dan keinginan serta gelagat pencarian maklumat dengan penyertaan dalam latihan dan adopsi inovasi banyak dilakukan di Negara-negara Barat. Namun begitu, masih kurang kajian yang dapat membuktikan bahawa strategi mesej, niat dan keinginan serta gelagat pencarian maklumat menyumbang kepada penyertaan masyarakat latihan dan adopsi inovasi dalam konteks masyarakat di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membentuk model yang sepadan dalam menggambarkan hubungan antara pemboleh ubah berkenaan.

Kajian ini juga turut untuk mengenal pasti sama ada strategi mesej, gelagat pencarian maklumat dan niat dan keinginan berperanan sebagai peramal kepada penyertaan masyarakat dalam latihan dan adopsi inovasi. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif. Data dikumpulkan melalui pengedaran soalselidik kepada 373 orang responden yang merupakan peserta program latihan di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Hasil kajian menunjukkan strategi mesej, niat dan keinginan dan gelagat pencarian maklumat merupakan faktor penting yang menyumbang kepada pembentukan model adopsi inovasi. Kajian turut mendapati terdapat hubungan yang signifikan diantara strategi mesej, gelagat pencarian maklumat dan niat dan keinginan dengan penyertaan dalam latihan dan adopsi inovasi. Hasil kajian juga mendapati penyertaan dalam latihan memberi kesan perantara terhadap hubungan antara strategi mesej, gelagat pencarian maklumat dan niat dan keinginan dengan adopsi inovasi.

Penyertaan masyarakat dalam latihan dikenalpasti memberi kesan perantara terhadap hubungan strategi mesej, gelagat pencarian maklumat dan niat dan keinginan dengan adopsi inovasi. Oleh itu, kajian yang dilakukan ini menyumbang kepada bidang komunikasi pembangunan melalui pembentukan pemboleh ubah yang lebih komprehensif berkaitan dengan penyertaan dalam latihan dan adopsi inovasi seterusnya membantu memperkembangkan lagi Teori Gelagat Terancang.

Kata Kunci: Strategi mesej, niat dan keinginan, gelagat pencarian maklumat, adopsi inovasi, Teori Gelagat Terancang.

(6)

iv

Abstract

Research related to message strategies, intention and desire as well as information seeking behavior with participation in training and adoption of innovations have been done in the Western countries. However, there are still very limited studies in proving the variables of message strategies, information seeking behavior, intention and desires are contribute to the participation in training and adoption of innovation in the context of society in Malaysia. Therefore, this study aimed to form a model in describing the relationship between the variables. This research also to identify whether message strategies, information seeking behaviour, intention and desire serve as a predictor in participation in training and adoption of innovations. Quantitative methods were applied in this study. Data were collected through the distribution of questionnaires to 373 respondents who are participants trainees under supervision Majlis Amanah Rakyat (MARA). This research has shown that message strategies, intentions and desires and information seeking behaviour are an important factors that contributed to the creation of a model of innovation adoption. The study also found significant relationship between that message strategies, intentions and desires, information seeking behaviour with community participation in training and adoption of innovation. It is also found that message strategies, information seeking behaviour and intention and desire serve as a predictor of participation in training and adoption of innovation. Participation in training identified mediating effect on the relationship of message strategies, intentions and desires, information seeking behaviour with the adoption of innovation. Hence, this study contributes to the field of communication through the establishment of a more comprehensive variables related to participation in training and adoption of innovation and help to developed the Planned Behaviour Theory.

Keywords: Message strategies, intention and desire, information seeking behavior, adoption of innovations, Planned Behaviour Theory.

(7)

v

Penghargaan

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dan izinNya dapat saya menyiapkan tesis ini dengan selengkapnya. Jutaan terima kasih dan tidak terhingga kepada penyelia pertama saya Prof. Dr. Che Su Mustaffa yang telah bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab beliau sebagai penyelia bagi memastikan saya menyiapkan tesis ini dengan jayanya. Tidak dilupakan juga, segala perkongsian idea dan nasihat yang diberikan oleh penyelia kedua, Dr. Mohd Khairie Ahmad.

Tidak dilupakan juga penaja pengajian sepanjang pengajian saya iaitu pihak MyBrain di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Jutaan terima kasih kepada pihak MARA kerana memberikan keizinan dan kerjasama yang sepenuhnya di sepanjang proses kutipan data yang dilakukan. Buat responden- responden kajian iaitu peserta latihan keusahawanan anjuran MARA dan juga pihak MARA negeri Kedah dan Terengganu, terima kasih diucapkan kerana telah memberikan komitmen yang tinggi semasa proses kutipan data dijalankan.

Tidak lupa kepada kedua ibu bapa yang disayangi dan dihormati, iaitu Allahyarham Megat Ibrahim bin Megat Ali dan Nan Fatimah Bt Megat Yaman yang tidak putus untuk memberikan semangat disaat saya berputus asa dan juga doa-doa mereka bagi memastikan dipermudahkan segala urusan PhD ini. Begitu juga dengan keluarga mertua, jutaan terima kasih di atas kata-kata semangat dan doa yang diberikan kepada saya. Buat suami dan anak tercinta, Nik Mohammad Zulhairi Bin Ab. Rohim dan Nik Naura Dalysa sekalung penghargaan saya berikan kerana tidak putus memberikan kata-kata semangat dan doa supaya saya meneruskan perjuangan ini sehingga ke akhirnya. Turut memberikan semangat kepada saya, adik beradik tercinta terutama sekali Megat Azlan bin Megat Ibrahim yang selalu ada disamping saya di saat saya memerlukan sokongan.

Buat kawan-kawan seperjuangan Faridah Saad, Nurul ‘Aaina Salleh, Shazwani Shafiai, Nur Haffiza Rahaman, Azlinda Boheran Nudin dan Nurul Husna Akhmar diucapkan selamat berjaya dalam memperjuangkan Phd masing-masing dan terima kasih juga diucapkan kerana sentiasa berjuang bersama-sama di saat susah dan senang. Tidak dilupakan Dr. Romlah Ramli, Dr. Joyce Cheah, Dr .Kamsiah Kamin, Dr. Fauziah Asyiek dan Dr. Gatut Priyowidodo yang turut menyumbangkan idea dan nasihat kepada saya sepanjang pengajian PhD saya.

Tiada apa yang dapat saya ungkapkan selain jutaan terima kasih di atas segala sokongan, semangat, doa, nasihat dan idea yang diberikan oleh mereka semua kepada saya.

(8)

vi

Isi Kandungan

Kebenaran Merujuk Tesis ………. ii

Abstrak Bahasa Melayu ………. iii

Abstrak Bahasa Inggeris………. iv

Penghargaan………. v

Isi Kandungan……….. vi

Senarai Jadual……….. x

Senarai Rajah………... xiii

BAB SATU: PENGENALAN………1

1.1 Pendahuluan ……… 1

1.2 Permasalahan Kajian……… 3

1.3 Persoalan Kajian………... 9

1.4 Objektif Kajian ……… 11

1.5 1.6 Definisi Konsep ……….. Signifikan Kajian ………. 12 15 1.6 Susun Atur Tesis ……… 16

1.7 Rumusan Bab... ………... 18

BAB DUA: ULASAN KARYA ………..19

2.1 Pendahuluan ………. 19

2.2 Evolusi Komunikasi Pembangunan ………. 19

2.3 Ulasan Karya ……… 28

(9)

vii

2.3.1 Adopsi Inovasi… ………

2.3.2 Penyertaan masyarakat dalam latihan……….

2.3.3 Strategi mesej ………..

2.3.4 Niat dan keinginan ………...

2.3.5 Gelagat pencarian maklumat…..……….

29 34 42 47 50 2.4

2.5

Perbezaan faktor demografi berdasarkan penyertaan dalam latihan dan adopsi inovasi ………..

Pembangunan Hipotesis ………

52 57 2.6

2.7 2.8

Model Kajian ………..

Teori Kajian ………..

Rumusan Bab ………...

74 77 86

BAB TIGA: KAEDAH KAJIAN ……….. 86 3.1 Pengenalan ………... 86 3.2 Reka bentuk Kajian ……….. 86

3.2.1 Prosedur kajian ………

3.2.2 Instrumen kajian ………..

3.2.3 Populasi dan pensampelan ………..

3.2.4 Analisis data ………

87 91 95 98 3.3 Kebolehpercayaan dan kesahihan Instrumen ………... 100

3.3.1 Nilai Cronbach Alfa ……… 100 3.3.2 Kesahan muka ……… 100 3.3.3

3.3.4

Kesahan kandungan ………...

Analisis faktor ………

118 122

(10)

viii

BAB LIMA: PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN ………217

5.1 Pendahuluan………. 217

5.2 Ringkasan Kajian………. 217

5.3 Perbezaan penyertaan dalam latihan dan adopsi inovasi berdasarkan faktor

demografi……… 219 3.5 Kajian rintis ……….

3.5.1 Demografi responden ……….

3.5.2 Analisis kebolehpercayaan instrumen ………

3.5.3 Analisis kesahihan instrumen ………

125 125 128 133 3.6 Rumusan Bab ………. 154

BAB EMPAT: HASIL KAJIAN ……….. 155 4.1 Pendahuluan ……….. 155 4.2

4.3

Kadar Pulangan Soalselidik ………..

Ujian Normaliti………..

155 155 4.4 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen ………. 167 4.5 Analisis Kesahihan Instrumen Menggunakan Analisis Faktor Penerokaan …. 172 4.6

4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12

Demografi Responden ………..

Hasil Analisis Ujian-t dan ANOVA Sehala ………..

Hasil Analisis Korelasi ………

Hasil Analisis Regresi Pelbagai ………

Analisis Pemboleh Ubah Perantara ………..

Analisis Jalur (Path Analysis) ………..

Rumusan bab ………

179 185 195 202 204 208 216

(11)

ix

5.4 Hubungan di antara strategi mesej, gelagat pencarian maklumat, niat dan

keinginan dengan penyertaan dalam latihan………. 227

5.5 Peramal kepada penyertaan dalam latihan dan adopsi inovasi………...241

5.6 Penyertaan dalam latihan memberi kesan perantara terhadap hubungan strategi mesej, gelagat pencarian maklumat dan niat dan keinginan dengan adopsi inovasi……… 243

5.7 Pembentukan model adopsi inovasi ……….……….. 244

5.8 Rumusan kajian……… 247

5.9 Implikasi teoritikal ……….………... 248

5.10 Implikasi kajian terhadap amalan dan polisi organisasi………. 249

5.11 Limitasi kajian ……….. 252

5.12 Cadangan kajian akan datang………. 253

5.13 Rumusan bab………. 254

BIBLIOGRAFI………255

LAMPIRAN 1 SOALSELIDIK……….294

LAMPIRAN 2 HINGGA LAMPIRAN 17 ………308

(12)

x

Senarai Jadual

Jadual 3.1 Peserta kursus bagi tahun 2013 oleh MARA……… 97 Jadual 3.2 Intrepretasi nilai r ………. 100 Jadual 3.3 Penstrukturan item-item adopsi inovasi ... 105 Jadual 3.4 Penstrukturan item-item penyertaan masyarakat dalam latihan …….. 108 Jadual 3.5 Penstrukturan item-item strategi mesej ……. ………. 111 Jadual 3.6 Penstrukturan item-item niat dan keinginan ……… 114 Jadual 3.7

Jadual 3.8

Penstrukturan item-item gelagat pencarian maklumat.. ...

Demografi penilai ...

118 121 Jadual 3.9 Analisis demografi responden ... 128 Jadual 3.10

Jadual 3.11 Jadual 3.12 Jadual 3.13 Jadual 3.14 Jadual 3.15

Nilai Alfa bagi setiap pemboleh ubah...

Nilai Korelasi antara item adopsi inovasi...

Nilai Korelasi antara item penyertaan masyarakat dalam latihan...

Nilai Korelasi antara item strategi mesej...

Nilai Korelasi antara item niat dan keinginan...

Nilai Korelasi antara item gelagat pencarian maklumat...

130 131 132 132 133 134 Jadual 3.16 Nilai KMO strategi mesej ... 135 Jadual 3.17 Jumlah varians yang diterangkan oleh item-item dalam pemboleh

ubah adopsi inovasi ………... 136 Jadual 3.18 Faktor muatan bagi item adopsi inovasi ... 139 Jadual 3.19 Nilai KMO penyertaan masyarakat dalam latihan ... 140 Jadual 3.20 Jumlah varians yang diterangkan oleh item-item penyertaan

masyarakat dalam latihan ……….. 141 Jadual 3.21 Faktor muatan bagi item-item penyertaan masyarakat dalam latihan .. 143 Jadual 3.22 Nilai KMO strategi mesej ... 144 Jadual 3.23 Jumlah varians yang diterangkan oleh item-item strategi mesej … 145 Jadual 3.24 Faktor muatan bagi item-item strategi mesej……… ….. 147 Jadual 3.25 Nilai KMO niat dan keinginan ... 148

(13)

xi

Jadual 3.26 Jumlah varians yang diterangkan oleh item-item niat dan keinginan

……….. 149

Jadual 3.27 Faktor muatan bagi item-item pemboleh ubah niat dan keinginan

………. 151

Jadual 3.28 Nilai KMO gelagat pencarian maklumat ... 152 Jadual 3.29 Jumlah varians yang diterangkan oleh item-item gelagat pencarian

maklumat ………... 154 Jadual 3.30

Jadual 4.1 Jadual 4.2 Jadual 4.3 Jadual 4.4 Jadual 4.5

Faktor muatan bagi item-item gelagat pencarian maklumat ………..

Skor Z bagi keseluruhan pemboleh ubah………

Ujian Kolmogrov-Smirnov bagi keseluruhan pemboleh ubah...

Ujian Skewness dan Kurtosis bagi setiap pemboleh ubah ...

Nilai Jarak Mahalanobis ……….

Nilai VIF dan Toleren Strategi Mesej, Gelagat Pencarian Maklumat, Niat dan Keinginan dan Penyertaan masyarakat dalam latihan Terhadap Adopsi Inovasi ………

154 157 158 163 164

167 Jadual 4.6

Jadual 4.7 Jadual 4.8 Jadual 4.9 Jadual 4.10 Jadual 4.11 Jadual 4.12

Nilai Alfa bagi setiap pemboleh ubah………..

Nilai Korelasi antara item adopsi inovasi……….

Nilai Korelasi antara item penyertaan masyarakat dalam latihan…...

Nilai Korelasi antara item strategi mesej………..

Nilai Korelasi antara item niat dan keinginan………...

Nilai Korelasi antara item gelagat pencarian maklumat………

Demografi responden………

169 169 170 171 172 172 181 Jadual 4.13 Kursus yang diikuti dan sumber maklumat ……….. 183 Jadual 4.14 Jenis perniagaan ……… 185 Jadual 4.15

Jadual 4.16

Analisis Ujian-t berdasarkan faktor jantina ……….

Analisis ANOVA Sehala bagi Faktor Umur ...

187 188

(14)

xii Jadual 4.17

Jadual 4.18 Jadual 4.19 Jadual 4.20 Jadual 4.21 Jadual 4.22 Jadual 4.23 Jadual 4.24 Jadual 4.25

Jadual 4.26

Jadual 4.27 Jadual 4.28 Jadual 4.29

Jadual 4.30

Analisis Post Hoc Scheffe bagi Faktor Umur ...

Analisis ANOVA Sehala bagi Faktor Tahap Pendidikan ……….

Analisis Post Hoc Scheffe bagi Tahap Pendidikan ……….

Analisis ANOVA Sehala bagi Faktor Pendapatan Bulanan ………….

Analisis Post Hoc Scheffe bagi Faktor Pendapatan Bulanan ………...

Analisis ANOVA Sehala bagi Sektor Kerja ……….

Analisis Post Hoc Scheffe bagi Sektor Kerja ………...

Analisis ANOVA Sehala bagi sektor perniagaan ……….

Analisis Korelasi bagi keseluruhan pemboleh ubah dengan adopsi Inovasi penyertaan masyarakat dalam

latihan...

Analisis Korelasi antara adopsi inovasi dengan penyertaan

masyarakat dalam latihan ...

Model peramal kepada adopsi inovasi ...

Model peramal kepada penyertaan masyarakat dalam latihan ...

Kesan langsung strategi mesej, gelagat pencarian maklumat, niat dan keinginan terhadap adopsi inovasi ...

Hasil pengujian analisis regresi penyertaan dalam latihan sebagai pemboleh ubah perantara ...

189 189 190 191 192 193 194 194

200

201 203 204

206

208

(15)

xiii

Senarai Rajah

Rajah 3.1 Prosedur Kajian……… 91

Rajah 3.2 Populasi Kajian ………... 98

Rajah 3.3 Proses Pembentukan Item ……… 103

Rajah 3.4 Plot Scree Item-item adopsi inovasi……….... 137

Rajah 3.5 Plot Scree bagi item-item penyertaan masyarakat dalam latihan 142 Rajah 3.6 Plot Scree bagi item-item strategi mesej……... 146

Rajah 3.7 Plot Scree item-item bagi niat dan keinginan……….. 150

Rajah 3.8 Plot Scree item-item bagi gelagat pencarian maklumat ... 153

Rajah 4.1 Plot Kebarangkalian Normal (Normal Q-Q) keseluruhan pemboleh ubah ………. 158

Rajah 4.2 Plot Kebarangkalian Normal (Detrended Normal Q-Q) bagi keseluruhan pemboleh ubah ... 159

Rajah 4.6 Histogram bagi keseluruhan pemboleh ubah …………... 160

Rajah 4.7 Boxplot penyertaan keseluruhan pemboleh ubah ………... 161

(16)

1 BAB SATU

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Adopsi inovasi merupakan elemen penting dalam komunikasi pembangunan. Inovasi menjadi isu di setiap negara sejak dahulu lagi. Ini kerana adopsi sesuatu inovasi merupakan penyumbang kepada pembangunan negara dan dinilai dalam pelbagai aspek sama ada dalam konteks individu, masyarakat dan organisasi. Rogers (1962), merupakan salah seorang sarjana yang aktif membincangkan tentang inovasi dan perkembangannya. Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan inovasi diukur melalui penerimaan individu, masyarakat dan organisasi terhadap inovasi berkenaan (Tornazky & Klein, 1982). Sementara itu, Rogers dan Shoemaker (1971) pula menyatakan terdapat beberapa ciri-ciri penting inovasi untuk memastikan inovasi yang dilaksanakan diterima pakai seperti kebaikan relatif, kos, kompleksiti dan kesan inovasi.

Inovasi merupakan pengaplikasian idea baharu kepada produk, proses atau aspek yang disalurkan oleh agensi pembangunan. Agensi pembangunan mementingkan pencapaian kemajuan masyarakat melalui penyertaan masyarakat dalam latihan yang berkaitan dengan inovasi. Adopsi inovasi dikatakan sebagai impak daripada penyertaan masyarakat dalam program latihan (Jaeyeon & Leonard, 2016; Stephen &

Rafael, 2016) yang ditawarkan oleh agensi pembangunan. Agensi pembangunan bertanggungjawab sebagai pelaksana kepada proses inovasi (Rogers, 2003). Agensi

(17)

2

pembangunan yang dilantik perlu menjalankan tanggungjawab untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam latihan bagi menggunakan inovasi yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup.

Isu penyertaan masyarakat dalam latihan menjadi isu utama agensi pembangunan yang meletakkan misi menghasilkan sesuatu inovasi daripada program pembangunan yang dijalankan (Yu, 2011; Yadav, Sarangdevot & Sharma, 2012; Caroline & James, 2013).

Sekiranya hanya sebahagian kecil sahaja ahli masyarakat setempat yang menyertai program latihan, ini akan mewujudkan senario negatif dalam pemikiran masyarakat.

Masyarakat akan menganggap bahawa agensi pembangunan gagal untuk menarik minat masyarakat untuk menyertai program pembangunan masyarakat (Rogers, 2003).

Menurut Andersen, Henriksen, Secher dan Medaglia (2007), terdapat dua sebab utama perlunya penyertaan masyarakat dalam latihan yang berteraskan inovasi. Pertama, bagi menyediakan rangka kerja yang sistematik untuk membantu masyarakat membasmi masalah kemiskinan luar bandar dan kedua ialah kejayaan jangka masa panjang organisasi.

Selain daripada penyertaan masyarakat dalam latihan, penelitian lepas turut mengenal pasti beberapa faktor lain yang menyumbang kepada adopsi inovasi iaitu penggunaan strategi mesej, niat dan keinginan individu untuk menyertai program latihan dan gelagat pencarian maklumat individu. Namun, faktor-faktor ini belum dapat dibuktikan secara bersepadu dan ini menyebabkan penelitian lanjut perlu dilakukan (Remenyi, 2002; Dreyer, 2007; Saleh & Lasisi, 2011; Meyers & Maheswaran, 2014;

Arts, Frambach & Bijmolt, 2015).

(18)

3

Berdasarkan perbincangan di atas, kajian ini dilakukan bagi memenuhi jurang keperluan untuk meneliti hubungan faktor strategi mesej, niat dan keinginan serta gelagat pencarian maklumat dengan penyertaan masyarakat dalam latihan dan seterusnya mengadopsi inovasi yang dibawa oleh agensi pembangunan. Permasalahan berkaitan dengan keperluan kepada kajian yang melibatkan pemboleh ubah ini dibincangkan di bahagian berikut.

1.2 Permasalahan Kajian

Permasalahan utama yang menjadi intipati kepada kajian ini ialah berkaitan dengan adopsi inovasi serta kepentingan faktor penyertaan masyarakat dalam latihan, strategi mesej yang digunakan oleh organisasi, niat dan keinginan serta gelagat pencarian maklumat anggota masyarakat untuk menyertai program latihan. Kesemua faktor ini dikenal pasti dalam kajian lepas sebagai faktor penting dalam menyumbang kepada adopsi inovasi tetapi masih kurang dititikberatkan oleh agensi pembangunan (Pringle, 2012; Kim, Cheong & Lim, 2015; Mohan, 2015; Bytrom & Jorvelin, 2015).

Perenggan selanjutnya membincangkan tentang permasalahan dan kepentingan setiap faktor berkenaan.

Adopsi inovasi oleh masyarakat merupakan satu isu yang sangat dititikberatkan setelah sesuatu inovasi diperkenalkan. Salah satu daripada indikator penting kepada adopsi inovasi ialah penyertaan masyarakat dalam latihan yang dianjurkan oleh agensi pembangunan. Ini kerana dua faktor ini iaitu adopsi inovasi dan penyertaan masyarakat dalam latihan saling memerlukan di antara satu sama lain agar inovasi

(19)

4

yang dibawa dapat dipraktikkan oleh masyarakat sebagaimana yang dikehendaki oleh agensi pembangunan (Meyers & Maheswaran, 2014).

Di samping itu, wujud beberapa faktor lain yang dikenal pasti perlu dititikberatkan oleh agensi pembangunan bagi memastikan anggota masyarakat terlibat dalam program latihan dan seterusnya membolehkan inovasi yang diperkenalkan diterima.

Menurut Arts, Frambach dan Bijmolt (2015) dan Yu (2011) faktor berkenaan ialah strategi mesej yang diguna pakai oleh agensi pembangunan semasa menyampaikan maklumat berkaitan inovasi dan program latihan, niat dan keinginan serta gelagat pencarian maklumat ahli masyarakat untuk terlibat dalam program latihan yang ditawarkan bagi tujuan menerimapakai inovasi berkenaan. Kegagalan organisasi untuk mengambil kira faktor berkenaan akan memberikan kesan negatif kepada penerimaan inovasi (Yadav, Sarangdevot & Sharma, 2012) lantaran halangan masyarakat masih berpegang kuat kepada kepercayaan dan budaya tradisional (Bannister & Remenyi, 2005; Zhu & Kreamer, 2005; Cardona, Kretschmer & Strobel, 2013).

Penyertaan masyarakat dalam latihan seringkali diberikan perhatian apabila inovasi diperkenalkan (Macintosh, 2004; Secher, 2006) kerana penyertaan dalam program latihan dapat menyumbang kepada adopsi inovasi (Macintosh, 2004; Gronlund &

Horan, 2005; Fuchs, 2006) seperti yang telah dibincangkan. Terdapat usaha penyelidikan yang dilakukan dan mengenal pasti bahawa masyarakat kurang menyertai program latihan kerana cetek dalam aspek pengetahuan berkaitan inovasi yang dibawa (Mayoux, 1995; Khan & Begum, 1997; Luthje, 2000; Fisher, 2007).

Kajian yang telah dijalankan juga didapati tidak menyeluruh menyebabkan isu

(20)

5

berkaitan dengan penyertaan masyarakat dalam latihan terutama apabila dikaitkan dengan adopsi inovasi perlu dilakukan (Macintosh & Whyte, 2008; Liotas &

Tarabanis, 2008; Mohan, 2015).

Agensi pembangunan merupakan penyalur mesej yang penting untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam latihan (Kimmerle, Wodzicki & Cress, 2008). Namun begitu, agensi pembangunan didapati kurang memiliki keupayaan dalam mengatur strategi penyampaian maklumat (Accenture, 2001; Worall, 2005; Leal & Opp, 2005), serta tidak mengamalkan strategi mesej yang berkesan dalam menyampaikan maklumat menyebabkan kurangnya keyakinan masyarakat untuk menerima program latihan (Nelson & Wright, 1995; Pringle, 2012). Selain itu, kebanyakan kajian dilakukan melibatkan agensi pembangunan di negara Barat menyebabkan keperluan kepada fenomena yang sama diteliti di Malaysia (Noor Rahamah, 2008; Normah, Ismail & Zaiton, 2017). Ini kerana agensi pembangunan di Malaysia turut memainkan peranan yang sama iaitu mengadakan program latihan bagi mengalakkan adopsi inovasi tetapi wujud masalah ketidakseragaman dari segi penyertaan masyarakat dalam latihan untuk mengadopsi inovasi (Normah, Ismail & Zaiton, 2017).

Selain daripada permasalahan berkaitan strategi mesej yang digunakan oleh agensi pembangunan, niat dan keinginan masyarakat juga merupakan prasyarat kepada penyertaan masyarakat dalam latihan dan adopsi inovasi (Michener, 1998; von Hippel

& Katz, 2002; Franke & Piller, 2003; Trope & Libberman, 2003) yang merupakan faktor penting untuk dikaji (Dreyer, 2007; Scheir & Prugl, 2008; Lee, Gemba &

Kodama, 2014; Kim, Cheong & Lim, 2015). Menurut Pavlou dan Fygenson (2006),

(21)

6

niat dan keinginan yang positif menghasilkan masyarakat yang lebih terbuka untuk menerima inovasi manakala niat dan keinginan yang negatif menyebabkan masyarakat berkecenderungan menolak inovasi (Usoro, Sharratt, Tsui & Shekhar, 2007). Niat dan keinginan untuk menyertai program latihan adalah proses utama yang mewujudkan tingkah laku untuk menerima atau menolak inovasi (Lee, Gemba & Kodama, 2014;

Kim, Cheong & Lim, 2015). Lantaran itu, kajian ini dilakukan untuk menjawab kepada keperluan meneliti faktor ini sebagai faktor penting kepada adopsi inovasi dan penyertaan masyarakat dalam latihan.

Seterusnya, kajian lepas berkaitan isu niat dan keinginan didapati lebih memfokuskan kepada niat dan keinginan sebagai faktor perantara kepada tingkah laku individu (Tuomela, 1995; Perugoni & Bagozzi, 2001) dan kurang dikaji sebagai pemboleh ubah bebas yang menyebabkan perubahan sikap masyarakat (Balasubramanian & Mahajan, 2001; Bagozzi & Dholakia, 2002). Lantaran itu, wujud keperluan untuk meneliti faktor niat dan keinginan sebagai penyebab kepada adopsi inovasi dan penyertaan masyarakat dalam latihan (Lombard, 2001; Wrightsen, 2009; Ojala, 2012; Van Zomeren, Postmes dan Spears, 2014) menyebabkan kajian ini dilakukan untuk mengisi lompangan yang dikenalpasti.

Adosi inovasi dan penyertaan masyarakat dalam latihan turut dikaitkan dengan gelagat pencarian maklumat oleh individu apabila anggota masyarakat dikatakan harus bergiat aktif untuk mencari maklumat daripada media massa dan lain-lain sumber yang boleh dipercayai (Dillard, Shen & Vail, 2007; Hsu, Chen & Hung, 2008).

Pandangan yang sama turut dikongsi oleh pengkaji lepas yang menegaskan bahawa isu gelagat pencarian maklumat sebagai isu utama dalam menggalakkan penyertaan

(22)

7

masyarakat dalam latihan dan seterusnya mengadopsi inovasi yang dibawa (Secher, 2006; Saebo, Vishwanath & Chen, 2006; Rose & Flak, 2008; Tambouris, Liotas &

Tarabanis, 2008; Agarwal, Xu & Poo, 2011; Bytrom & Jorvelin, 2015). Namun, kajian sebegini hanya menumpukan kepada golongan professional (Saleh & Lasisi, 2011;

McKechnie, Baker, Greenwood & Julien; 2002). Senario yang berlaku pada masyarakat kini terutamanya masyarakat luar bandar ialah tidak begitu arif dan kurang pendedahan untuk mendapatkan maklumat melalui sumber yang disediakan (Aboyode, 1984; Momodu, 2002; Aldous, 2005; Van & Dontas, 2007) menyebabkan penelitian berkaitan dengan gelagat anggota masyarakat untuk mendapatkan maklumat terutama berkaitan dengan inovasi perlu dikaji (Shim, Eastlick, Lotz & Warrington, 2001;

Mommoh, 2002; Saleh & Lasisi, 2011; Mitchell, Holcomb & Page, 2013). Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengisi lompang kepada cadangan pengkaji lepas dengan mengambil kira responden yang berbeza seperti yang disarankan oleh Njoku (2004), Dutta (2009), Nacira (2013) serta Gatautis dan rakan-rakan (2015).

Isu penyertaan masyarakat dalam latihan dan adopsi inovasi turut dikaitkan dengan faktor demografi seperti jantina, umur, tahap pendidikan, pendapatan bulanan serta status perkahwinan. Banyak kajian telah membuktikan bahawa perbezaan faktor demografi menyumbang kepada perbezaan penyertaan masyarakat dalam latihan dan adopsi inovasi (Maddan & Savage, 2000; Vaidyan, 2008; Broos, 2005; Agbatogun, 2009). Sebaliknya, terdapat juga kajian yang membuktikan bahawa faktor demografi adalah tidak relevan lagi untuk dikaji (van Dijk, 2006; Machionni & Ritchie, 2007;

Vaidyan, 2008; Waigner, Hassanein & Head, 2010) kerana dapatan kajian lepas telah banyak membuktikan bahawa faktor demografi menyumbang kepada adopsi inovasi (Shaffi, 2002; Machionni & Ritchie, 2007; Siddique, 2008). Namun begitu, terdapat

(23)

8

percanggahan pandangan berkaitan dengan kepentingan faktor demografi kerana kesan demografi berbeza mengikut budaya sesebuah masyarakat seperti Malaysia (Joseph &

Amirtham, 2011; Manochehri, Esmail & Ashrafi, 2012; Yueh, 2013). Sehubungan itu, kajian ini mengambil kira pandangan pengkaji lepas yang menyatakan bahawa faktor demografi masih memainkan peranan yang penting dalam penyertaan masyarakat dalam latihan dan adopsi inovasi dan seterusnya dikaitkan dengan perbezaan budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai.

Berdasarkan pespektif teoritikal, Teori Gelagat Terancang pada awalnya telah menjelaskan bahawa sikap melalui tingkah laku, norma subjektif dan kawalan tingkah laku merupakan faktor utama kepada perubahan tingkah laku seseorang. Walau bagaimanapun, Bystrom dan Henson (2005) menegaskan bahawa dalam mengubah tingkah laku memerlukan faktor perantara sebagai faktor sokongan kepada perubahan tingkah laku. Senchez, Carballo dan Gutierrez (2011) telah mengkritik bahawa teori ini mempunyai kelemahan dalam mengandaikan tentang faktor perantara yang boleh mengubah tingkah laku. Tambahan pula, menurut Fishbein dan Ajzen (2015) masih kurang kajian empirikal yang mengintegrasikan faktor perantara sebagai faktor yang boleh mengubah tingkah laku seseorang umumnya dalam penerimaan idea baharu.

Oleh yang demikian, kajian ini membentuk andaian bahawa faktor perantara seperti penyertaan masyarakat dalam latihan mampu bertindak sebagai faktor perantara yang boleh mengubah tingkah laku masyarakat untuk menerima inovasi yang dibawa oleh agen pembangunan (Senchez, Carballo dan Gutierrez, 2011; Normah, Ismail & Zaiton, 2017).

(24)

9

Berdasarkan permasalahan kajian yang dibincangkan di atas, masalah yang sama turut diakui wujud dalam konteks agensi pembangunan di Malaysia iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dapatan kajian lepas turut mendapati bahawa agensi pembangunan seperti MARA turut mengalami masalah seperti penggunaan strategi mesej dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat yang kurang berkesan (Syed & Hamiza, 1998; Ramli & Noraini, 2009; Mohan, 2015). Di samping itu, masyarakat kurang aktif dalam mendapatkan maklumat melalui saluran internet dan tidak mempunyai niat dan keinginan yang tinggi untuk menyertai latihan yang disediakan oleh agensi pembangunan (Krueger, 2002; Dillard, Shen & Vail, 2007; Bytrom & Jorvelin, 2015).

Faktor ini secara tidak langsung telah menyebabkan kurangnya penyertaan masyarakat dan latihan seterusnya menolak inovasi (Normah, Ismail & Zaiton, 2017).

Secara keseluruhannya, permasalahan utama yang diutarakan dalam kajian ini ialah berkaitan dengan adopsi inovasi dan penyertaan masyarakat dalam latihan. Dapatan kajian lepas telah membincangkan bahawa faktor seperti strategi mesej, niat dan keinginan dan gelagat pencarian maklumat merupakan isu-isu yang dikaitkan dengan penyertaan dalam latihan dan adopsi inovasi. Lantaran itu, kajian ini meneliti sama ada faktor strategi mesej, niat dan keinginan dan gelagat pencarian merupakan faktor yang menyumbang kepada penyertaan masyarakat dalam latihan dan adopsi inovasi yang di perkenalkan oleh agensi pembangunan iaitu MARA.

1.3 Persoalan Kajian

Persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan meliputi:

(25)

10

i) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek adopsi inovasi berdasarkan faktor jantina, status perkahwinan, umur, tahap pendidikan, pendapatan bulanan, sektor kerja dan sektor perniagaan?

ii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek penyertaan masyarakat dalam latihan berdasarkan faktor jantina, status perkahwinan, umur, tahap pendidikan, pendapatan bulanan, sektor kerja dan sektor perniagaan?

iii)Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara strategi mesej, niat dan keinginan serta gelagat pencarian maklumat dengan adopsi inovasi?

iv) Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara strategi mesej, niat dan keinginan serta gelagat pencarian maklumat dengan penyertaan masyarakat dalam latihan?

v) Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara penyertaan masyarakat dalam latihan dengan adopsi inovasi?

vi) Adakah strategi mesej, niat dan keinginan sertagelagat pencarian maklumat berperanan sebagai peramal kepada adopsi inovasi?

vii) Adakah strategi mesej, niat dan keinginan serta gelagat pencarian maklumat berperanan sebagai peramal kepada penyertaan masyarakat dalam latihan?

viii) Sejauh manakah penyertaan masyarakat dalam latihan bertindak sebagai kesan perantara kepada hubungan antara strategi mesej, niat dan keinginan serta gelagat pencarian maklumat dengan adopsi inovasi?

ix) Adakah model yang dibentuk sepadan untuk menggambarkan adopsi inovasi?

(26)

11 1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, objektif kajian ini untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada adopsi inovasi dan penyertaan masyarakat dalam latihan.

Objektif khusus pula meliputi:

i) Meneliti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek adopsi inovasi berdasarkan faktor jantina, status perkahwinan, umur, tahap pendidikan, pendapatan bulanan, sektor kerja dan sektor perniagaan.

ii) Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek penyertaan masyarakat dalam latihan berdasarkan faktor jantina, status perkahwinan, umur, tahap pendidikan, pendapatan bulanan, sektor kerja dan sektor perniagaan.

iii) Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara strategi mesej, niat dan keinginan dan gelagat pencarian maklumat dengan adopsi inovasi.

iv) Meneliti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara strategi mesej, niat dan keinginan dan gelagat pencarian maklumat dengan penyertaan masyarakat dalam latihan.

v) Mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara penyertaan masyarakat dalam latihan dengan adopsi inovasi.

vi) Meneliti sama ada strategi mesej, niat dan keinginan dan gelagat pencarian maklumat berperanan sebagai peramal kepada adopsi inovasi.

(27)

12

vii)Mengkaji sama ada strategi mesej, niat dan keinginan dan gelagat pencarian maklumat berperanan sebagai peramal kepada penyertaan masyarakat dalam latihan.

viii) Mengkaji sama ada penyertaan masyarakat dalam latihan bertindak sebagai kesan perantara kepada strategi mesej, niat dan keinginan dan gelagat pencarian maklumat dengan adopsi inovasi.

ix) Menentukan sama ada model yang dibentuk sepadan untuk menggambarkan adopsi inovasi.

1.5 Definisi Konsep

Bahagian ini membincangkan tentang definisi konsep bagi setiap pemboleh ubah yang dikaji.

1.5.1 Adopsi Inovasi

Adopsi merujuk kepada menerima pakai sesuatu elemen melalui perubahan tingkah laku yang dirancang oleh individu itu sendiri (Moore & Benbasat, 1991). Adopsi terhadap sesuatu idea baharu dipengaruhi oleh keputusan pengguna, ciri-ciri inovasi, saluran komunikasi yang digunakan, sistem dan juga tahap usaha mengamalkannya (Lamble, 1984). Barao (1992) mendefinisikan inovasi sebagai idea-idea, produk dan pemikiran baharu yang dibawa oleh pihak yang berkepentingan ke dalam sesuatu kelompok masyarakat. Adopsi inovasi juga bermaksud menerima pakai idea-idea baharu yang di bawa ke dalam kelompok individu dengan mengambil kira ciri-ciri inovasi sebagai keberkesanan inovasi yang dibawa (Rogers, 1962).

(28)

13 1.5.2 Penyertaan masyarakat dalam latihan

Penyertaan didefinisikan sebagai ’pemampanan’ dan ’memperkasakan’ kelompok masyarakat ekoran daripada pelaksanaan sesuatu program yang berteraskan kemasyarakatan (Michener, 1998). Freire (1972), menghujahkan penyertaan sebagai satu kebebasan kepada masyarakat untuk mengkategorikan diri mereka dalam sesebuah kelompok yang berjuang untuk mendapatkan pembangunan yang lebih aktif.

Begitu juga dengan Postmes dan Spears (2014), yang mendefinisikan penyertaan masyarakat dalam latihan sebagai individu atau kumpulan meletakkan diri dan memberikan komitmen kepada sebarang program yang dijalankan oleh pihak tertentu yang bertujuan untuk memberikan latihan dalam menguasai sesuatu kemahiran yang diperlukan oleh individu atau kumpulan. Olson dan Ives (1980) pula mendefinisikan penyertaan sebagai aliran peringkat penguasaan seseorang individu daripada tidak boleh menguasai sesuatu sehingga dapat menguasai sesuatu benda baharu dengan lebih baik.

1.5.3 Strategi Mesej

Hwang, McMillan dan Lee (2003), mentakrifkan strategi sebagai penyusunan kaedah secara spesifik dengan mengambil kira kesan positif dan negatif akibat daripada pelaksanaan. Mesej pula merupakan maklumat, idea dan isu yang disampaikan oleh komunikator kepada audiens terhadap sesuatu isu (Taylor, 1999). Strategi mesej pula merupakan pengumpulan, penyusunan dan penyebaran sesuatu idea, isu dan maklumat dengan mengambil kira aspek kemahiran komunikasi sebagai tunjang utama dalam menyempurnakannya (McMillan & Sally, 2000).

(29)

14 1.5.4 Niat dan Keinginan

Niat didefinisikan sebagai tindakan kesedaran sosial (Tuomela, 1995) untuk memberikan komitmen dalam diri individu terhadap penglibatan kelompok iaitu secara bersama-sama dengan masyarakat yang lain (Perugini & Bagozzi, 2001).

Keinginan merupakan peranan yang dipengaruhi oleh diri sendiri untuk mengubah tingkah laku (Tuomela, 1995) dengan mengambil kira latar belakang sosial yang secara tidak langsung dapat memotivasikan diri untuk memberi maklum balas terhadap sesuatu perkara (Perugini & Bagozzi, 2001). Keinginan juga didefinisikan sebagai perasaan ingin mencuba dan seterusnya melibatkan diri secara langsung di dalam sesuatu perkara yang dilakukan terutamanya dalam kelompok masyarakat (Eagly & Chaiken, 1993).

1.5.5 Gelagat Pencarian Maklumat

Gelagat pencarian merupakan keseluruhan tingkah laku yang dirancang oleh seseorang dalam mendapatkan sesuatu maklumat (Wilson, 2000). Gelagat pencarian maklumat pula merupakan tindak balas terancang dalam mencari keperluan maklumat untuk memenuhi matlamat yang telah disusun atur mengikut keperluan utama sehingga kepada keperluan yang umum sahaja. Dalam proses pencarian maklumat, individu boleh berinteraksi dengan menggunakan beberapa sistem maklumat seperti akhbar atau pun komputer yang menggunakan sistem World Wide Web (Palmer, 1991;

Reddick, Boucher dan Groseillers (2005).

(30)

15 1.6 Signifikan Kajian

Hasil kajian ini dapat menambah kajian sedia ada yang berkaitan dengan adopsi inovasi dan penyertaan masyarakat dalam latihan yang menjurus latihan keusahawanan berteraskan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT). Kajian-kajian sebelum ini telah memperlihatkan kajian berkaitan adopsi inovasi yang pelbagai.

Kajian ini telah membuktikan bahawa adopsi inovasi juga perlu dikaji dan diperkembangkan. Kajian ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada penambahan dari segi ilmu berkaitan komunikasi pembangunan.

Kedua, kajian ini dapat menyumbang kepada pembentukan pemboleh ubah yang lebih komprehensif berkaitan dengan model adopsi inovasi dan seterusnya menghuraikan bahawa isu adopsi inovasi menjadi proses utama dalam menggalakkan penerimaan sesuatu idea yang dibawa oleh agen pembangunan apabila elemen yang diambil kira iaitu meliputi strategi mesej, ciri-ciri inovasi dan gelagat pencarian maklumat yang diramalkan mampu meningkatkan penyertaan masyarakat dalam latihan. Penyertaan masyarakat dalam latihan pula bertindak sebagai faktor pengantara penting yang membawa kepada adopsi inovasi. Ini secara tidak langsung membantu dalam membentuk pemboleh ubah yang lebih komprehensif dalam menggambarkan adopsi inovasi terutamanya dalam program pembangunan masyarakat setempat.

Ketiga, dapatan kajian ini dapat membantu untuk membentuk polisi tentang dasar pelaksanaan program pembangunan dalam kalangan masyarakat luar bandar. Dapatan kajian ini secara tidak langsung akan dapat membantu pihak kerajaan untuk mengambil kira aspek strategi mesej, niat dan keinginan, gelagat pencarian maklumat

(31)

16

dan penyertaan masyarakat dalam latihan sebagai penyumbang utama dalam adopsi inovasi. Oleh itu, kajian ini dapat menyumbang idea kepada kerajaan untuk memikirkan inisiatif yang terbaik dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat setempat tentang sesuatu inovasi pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar yang memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan penyertaan masyarakat yang aktif dalam latihan yang dikendalikan oleh agen pembangunan.

1.6 Susun Atur Tesis

Bab 1 dalam kajian ini bermula dengan idea utama berkaitan dengan kajian yang dilakukan apabila menceritakan tentang adopsi inovasi. Seterusnya, diikuti dengan permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, definisi konsep, signifikan kajian dan rumusan bab.

Bab 2 pula menghuraikan dengan lebih mendalam tentang kajian yang dilakukan dengan mengambil kira kupasan kajian-kajian lepas mengikut isu-isu kajian yang dijalankan. Kupasan kajian adalah dilakukan secara kronologi dengan membincangkan kajian-kajian lepas yang bermula dengan awalan kajian sehingga kajian yang terkini.

Turut dikupas adalah berkaitan dengan teori kajian. Teori kajian bermula dengan teori utama kajian dan seterusnya menghuraikan tentang teori dan model yang menghubungkan antara suatu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain. Model kajian ini turut dikemukakan pada bab ini.

(32)

17

Sementara itu, bab 3 membincangkan tentang kaedah kajian. Kajian ini secara keseluruhannya menjalankan kajian kuantitatif melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat utama dalam mendapatkan maklumat daripada responden kajian. Turut dinyatakan dalam bahagian ini berkaitan dengan prosedur kajian, instrumen kajian yang digunakan, populasi dan pensampelan. Analisis data yang dijalankan juga turut dihuraikan dengan mengambil kira kesemua analisis yang digunakan untuk menguji hipotesis. Hasil prakajian turut dikemukakan dalam bab ini dengan memberikan penekanan kepada aspek kebolehpercayaan dan kesahihan instrumen iaitu meliputi nilai Alfa Cronbach, kesahan muka, kesahan kandungan dan analisis faktor bagi setiap pemboleh ubah kajian.

Bab 4 membincangkan tentang dapatan kajian yang diperolehi berdasarkan kepada objektif dan hipotesis kajian yang telah dibentuk. Bab ini menghuraikan dengan lebih terperinci tentang hasil analisis demografi responden, analisis kebolehpercayaan dan kesahihan instrumen, hasil analisis korelasi, hasil analisis peramal dan hasil analisis regresi untuk membentuk model kajian.

Bab terakhir iaitu bab 5 membincangkan tentang justifikasi kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada dapatan kajian, implikasi kajian dan cadangan kajian akan datang. Bab ini membincangkan dengan lebih mendalam tentang hasil analisis kajian yang diperolehi mengikut objektif kajian yang telah dibentuk.

(33)

18 1.7 Rumusan Bab

Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan tentang permasalahan kajian, persoalan kajian dan juga objektif kajian. Pada masa yang sama juga, turut dibincangkan definisi operasi bagi setiap pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Bab ini juga turut mengemukakan tentang signifikan kajian yang dibahagikan kepada tiga aspek iaitu pengetahuan, teori dan juga polisi pihak berkaitan dengan pelaksanaan pembangunan itu sendiri. Bab yang seterusnya akan membincangkan tentang kajian- kajian lepas yang berkaitan dengan pemboleh ubah yang dibentuk dalam kajian ini, teori yang menjadi pengukuhan kepada kajian ini, model dan hipotesis kajian.

(34)

19 BAB DUA

ULASAN KARYA

2.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan tentang sorotan karya pengkaji-pengkaji lepas yang meliputi evolusi komunikasi pembangunan, adopsi inovasi, penyertaan masyarakat dalam latihan, niat dan keinginan, strategi mesej dan juga gelagat pencarian maklumat. Teori dan hipotesis yang digunakan dalam kajian ini juga turut dibincangkan.

2.2 Evolusi Komunikasi Pembangunan

Komunikasi pembangunan telah ditakrifkan dalam pelbagai konteks oleh pakar-pakar ekonomi, sosiologi dan juga komunikasi. Lerner (1964), mendefinisikan komunikasi pembangunan sebagai alat yang penting dalam menggalakkan proses pembangunan.

Quebral (1975) pula menyatakan komunikasi pembangunan merupakan proses interaksi yang melibatkan maklumat, keputusan dan arahan yang disalurkan oleh agen pembangunan dan cara pengetahuan, pendapat dan sikap masyarakat yang akan dapat dibentuk atau diubah-ubah. Konsep komunikasi pembangunan pertama kali diperkenalkan oleh Lerner (1958). Dalam dekad 1960-an agensi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) seperti UNESCO telah memfokuskan kepada sumbangan pihak akhbar, radio, filem dan televisyen terhadap pembangunan negara (Erskine, 1966).

Ketika itu, pihak berkenaan merasakan banyak bukti yang menunjukkan bahawa wujud perhubungan antara pencapaian ekonomi negara dengan berkembangnya media massa di negara berkenaan. Kajian yang dijalankan oleh UNESCO pada ketika itu menunjukkan terdapatnya korelasi yang kuat di antara pembangunan pesat sesebuah

(35)

20

negara dengan pertumbuhan media massa di negara tersebut (Freire, 1972; Fals, 1975;

Rahman, 1995). Ini turut disokong oleh pembangunan pesat yang turut sama berlaku di Negara Dunia Ketiga seperti Afrika dan Amerika Latin. Namun begitu, hingga kini masih tidak dapat ditentukan kebenaran penemuan tersebut memandangkan terdapat juga beberapa faktor lain selain daripada media massa (Lerner & Schramm, 1964).

Walau bagaimanapun, media massa masih lagi merupakan faktor paling utama yang menyumbang kepada pertumbuhan proses pembangunan (Quebral, 1975).

Dalam membincangkan tentang evolusi komunikasi pembangunan, komunikasi bagi tujuan pembangunan menggunakan teknologi media massa yang diimport dari Barat mula muncul di Dunia Ketiga pada awal 1960-an yang dianggap sebagai komponen penting dalam usaha membangunkan zaman tersebut. Ketika era itu, komunikasi pembangunan adalah suatu komponen penting dalam menyempurnakan sesuatu pembangunan (Lerner & Schramm, 1964). Pakar-pakar komunikasi seperti Daniel Lerner, Lucien Pye, Wilbur Schramm dan ramai lagi telah mencadangkan bahawa negara-negara Dunia Ketiga boleh mempercepatkan proses pembangunan melalui pelaburan yang besar terhadap infrastruktur media massa, terutamanya radio. Mereka telah berjaya menyakinkan negara-negara membangun bahawa media massa boleh digunakan dengan berkesan untuk mewujudkan suasana atau iklim yang boleh menerima kegiatan masyarakat itu sendiri sebagai cara untuk memajukan diri di samping menghapuskan kepercayaan yang boleh membantutkan proses pembangunan (Shramm, 1964; Quebral, 1975).

(36)

21

Schramm (1964) juga turut menghujahkan bahawa asal usul Komunikasi Pembangunan merupakan suatu proses yang berkembang ekoran daripada bidang komunikasi pertanian. Perkembangan komunikasi pertanian bermula dengan elemen- elemen pembangunan yang melibatkan masyarakat, pemakanan, kesihatan, perumahan, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya. Komunikasi pembangunan juga sesuai dikatakan sebagai istilah yang mampu menggambarkan skop, hala tuju dan juga struktur disiplin masyarakat setempat terhadap pembangunan (Arnstein, 1969; Fals, 1972; Chambers, 1993; Hickey & Mohan, 2004; Leal & Opp, 2005). Perkembangan dalam konsep komunikasi pembangunan terus dipergiatkan dengan menekankan kepada aspek penyertaan umumnya para petani dalam bidang pertanian sebagaimana dinyatakan oleh Quebral (1975). Quebral (1975) turut menekankan hubungan antara komunikasi pembangunan dan penyertaan masyarakat menjadi paradigma utama yang membimbing kepada program pembangunan.

Harapan yang begitu memuncak terhadap peranan komunikasi dalam pembangunan bermula pada era lewat 1950-an. Seterusnya pada era 1960-an telah berkembang suatu pengkhususan atau bidang kepakaran tentang penerapan teori dan konsep komunikasi secara khusus untuk keperluan pelaksanaan rancangan pembangunan dalam kalangan pakar dan pengamal komunikasi. Pengkhususan itu kemudian dipanggil sebagai Komunikasi Pembangunan (Rogers, 1960; Udai, 1962). Langkah pengenalan kepada pengkhususan Komunikasi Pembangunan di Asia dimulakan oleh golongan wartawan yang menggunakan istilah Kewartawanan Pembangunan (KP) atau Jurnalisme Pembangunan (JP). Ini adalah didorong oleh keinginan untuk melaksanakan pemberitaan yang mendukung liputan pembangunan. Ketika ini juga turut

(37)

22

diperkenalkan komunikasi penyokong pembangunan yang diasaskan oleh ahli agensi PBB terutamanya dari United Nation Development Programme yang berpusat di Bangkok (Lerner, 1966; Kleijans, 1975).

Pada pertengahan dekad 1960-an kepercayaan terhadap komunikasi pembangunan telah didapati mencapai suatu tahap doktrin yang jelas. Kepercayaan ini telah dirasmikan dalam suatu seminar yang ditaja oleh East-West Center, University of Hawai pada tahun 1964. Seminar ini telah mengemukakan beberapa usul yang telah mempengaruhi konsep dan amalan komunikasi pembangunan. Sokongan kuat yang diterima terhadap peranan komunikasi pembangunan, telah mendorong semakin banyak Negara Dunia Ketiga mula menerima secara positif ideologi komunikasi pembangunan. Negara Dunia Ketiga mula bertindak melabur modal yang banyak untuk memperhebatkan lagi kemudahan media massa dengan memasang saluran radio gelombang sederhana (Lerner, 1966; Lerner & Schramm, 1964; Kleijans, 1975).

Konsep pembangunan paradigma dominan mula dikritik pada tahun 1960-an yang dikatakan berkonsepkan Barat telah mendominasi ideologi politik dan nilai-nilai sosial budaya negara-negara sedang membangun akibat kebergantungan pada negara-negara maju untuk pembangunan ekonomi dan media (Rogers, 1960; Uma & Jenice, 1982).

Namun, pada pertengahan 1970-an ke atas, keyakinan penuh terhadap kuasa komunikasi sebagai elemen utama dalam mempercepatkan proses pembangunan secara adil mula dipersoalkan. Kebanyakannya mempersoalkan tentang pembangunan yang dijalankan pada ketika itu hanya dinikmati oleh sesetengah masyarakat (mereka yang berkuasa dan kaya). Ini menyebabkan wujudnya jurang sosial dan ekonomi di

(38)

23

antara mereka yang kaya dengan mereka yang miskin. Situasi ini telah melahirkan beberapa pakar komunikasi dan sosiologi dari Amerika Latin seperti Romero Beltran, Diaz Bordenava dan Reyes Matta yang semakin hebat mengkritik ideologi komunikasi pembangunan seperti Wilbur Schramm, Daniel Lerner dan Lucien Pye (Kleijans, 1975; Umar, 1983).

Ekoran bermulanya proses pembangunan yang semakin tidak adil, penelitian terhadap model pembangunan sedia ada telah dijalankan. Antara kritikan yang dikemukakan terhadap model komunikasi pembangunan adalah seperti berikut:

i) Pembangunan yang dijalankan hanya sebagai usaha dalam meminimumkan barangan atau perkhidmatan apabila memerlukan pengagihan pengeluaran ekonomi yang saksama dan adil. Sepatutnya pembangunan perlu melihat kepada usaha menyediakan saluran kepada rakyat.

ii) Faktor utama yang menghalang kepada pembangunan Dunia Ketiga bukan disebabkan kekurangan komunikasi tetapi didorong oleh meluasnya ketidakadilan ekonomi, sosial dan struktur politik .

iii) Penggerak utama kepada proses pembangunan bukan media massa tetapi kebebasan rakyat.

Walau bagaimanapun, menjelang dekad 1970-an, wujudnya perubahan konsep pada negara-negara membangun. Hal ini telah disedari walaupun banyak negara membangun telah melabur dalam infrastruktur media massa dengan menekankan industrialisasi dan modenisasi. Namun, masih ramai rakyat yang miskin, isu

(39)

24

pengangguran dan tidak berpelajaran disebabkan hasil pembangunan tidak dinikmati oleh semua rakyat (Pareek, 1968; Anderson & Wess, 1996).

Ini mengakibatkan munculnya paradigma alternatif yang mengkritik pendekatan modenisasi yang beranggapan masyarakat berperanan pasif dan penerima mesej sahaja. Pandangan ini menekankan kepada andaian bahawa kurangnya penyertaan dalam program pembangunan telah menyebabkan kegagalan proses komunikasi (Pareel, 1968, Thomas, 1994). Oleh itu, tanggungjawab berkaitan dengan pembangunan tidak harus diletakkan kepada media massa semata-mata sahaja seperti andaian awal dalam bidang Komunikasi Pembangunan.

Seiring dengan munculnya pemikiran baharu sebagai alternatif terhadap paradigma pembangunan, ini bererti perlunya penekanan kepada pendekatan komunikasi dalam pembangunan. Rogers (1978) antara lain menyarankan tentang perlunya suatu pendekatan baharu dalam proses komunikasi antara manusia. Pendekatan tersebut merupakan suatu pendekatan yang bersifat timbal balik di antara penerima.

Penggunaan model komunikasi sehala harus bertukar ke model komunikasi penglibatan, iaitu struktur komunikasi horizontal yang bersifat dua hala. Oleh itu, Menurut Chiesa, Coughlan dan Voss (1996) pendekatan komunikasi dua hala dalam pembangunan merupakan prasyarat terbentuknya kerjasama pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam proses komunikasi pembangunan. Konsep ini merupakan pendekatan baharu dalam strategi komunikasi pembangunan dalam proses komunikasi memiliki kesamarataan dalam kedudukan dan peranan antara kumpulan yang berkepentingan dengan kumpulan sasar.

(40)

25

Menurut Uma (1983), perkembangan lain yang menggerakkan pertumbuhan komunikasi pembangunan ialah disiplin ilmu-ilmu komunikasi pertanian di University of Philippines di Los Banos. Pada ketika ini banyak pihak cuba memperkenalkan dan memajukan periklanan pembangunan. Kemudiannya, konsep dan kegiatan pemasaran sosial turut dikaitkan dengan komunikasi pembangunan. Kegiatan ini yang kemudiannya semakin meluas dan berkembang sehingga merangkumi sebahagian daripada konsep dan amalan komunikasi pembangunan sebagaimana yang berkembang sehingga kini (Anderson & Wess, 1996; Chiesa, Coughlan & Voss, 1996).

Voss (1996) mengatakan bahawa sejak tahun 1970-an banyak kajian komunikasi telah dilakukan terhadap pendekatan baharu atau strategi komunikasi yang bersesuaian.

Sebahagian besar pendekatan pembangunan memberikan penekanan terhadap penyertaan masyarakat di peringkat akar umbi. Andaian pendekatan penyertaan ialah masyarakat sebagai penerima maklumat dan memiliki kemampuan untuk membangunkan dirinya dan persekitarannya dengan segala potensi yang ada sama ada dalam aspek ekonomi, sosial budaya, politik, serta dengan segala ruang serta peluang untuk terlibat dalam pembangunan secara terbuka (Bessette, 2004). Oleh itu, masyarakat memainkan peranan penting dalam melakukan perubahan demi memacu pembangunan dengan memacu potensi dan kreativiti melalui komunikasi berbentuk penyertaan yang mengalakkan lagi penerimaan idea baharu yang dibawa oleh agen pembangunan (O’cass & Ngo, 2007; Paswan, D'Souza & Zolfagharian, 2009).

(41)

26

2.2.1 Komunikasi Pembangunan dalam Konteks Malaysia

Perbincangan berkaitan dengan evolusi komunikasi pembangunan telah dinyatakan secara terperinci dalam bahagian sebelum ini. Malaysia juga tidak ketinggalan mempunyai evolusi yang tersendiri dalam membincangkan tentang evolusi komunikasi pembangunan. Pada peringkat awal kemerdekaan, negara telah menyedari tentang kepentingan komunikasi bagi mempercepatkan proses pembangunan negara dan turut dikaitkan dengan pembasmian kemiskinan. Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein telah diberi gelaran ”Bapa Pembangunan Malaysia” dan turut mengakui bahawa pentingnya komunikasi dalam menggerakkan pembangunan negara (Souza, 2001). Menurut bekas Timbalan Menteri Penerangan, Puan Hajah Rahmah Osman menyatakan faktor lain seperti wang, kecekapan pentadbiran, pengurusan yang baik, bahan dan pasaran yang baik membantu dalam memastikan pembangunan itu berjaya. Namun, tanpa komunikasi yang sistematik dan berkesan, faktor ini tidak dapat dipergunakan untuk menghasilkan pembangunan yang sepenuhnya. Kerajaan pada ketika itu telah melaburkan modal yang banyak untuk tujuan ini dengan memperbanyakkan lagi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di setiap daerah dengan dilengkapi pelbagai alatan komunikasi yang terkini (Ahmad, 1983; Adnan &

Nasution, 1992).

Dalam konteks Malaysia, terdapat usaha untuk melakukan perubahan masyarakat daripada struktur traditional agrais kepada struktur masyarakat moden yang berbentuk industri. Proses perubahan ini melibatkan beberapa dasar kehidupan, struktur pengertian, nilai dan interaksi manusia pada peringkat sedar dan tidak sedar. Dalam situasi ini, kemahiran membujuk dan memberikan keyakinan amat diperlukan oleh agen perubahan. Hubungan komunikasi secara bersemuka dalam menggalakkan

(42)

27

penerimaan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan merupakan satu hubungan secara langsung.

Sehingga kini, sumbangan komunikasi terhadap pembangunan jelas dapat dilihat melalui kesan kepada perkembangan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT).

Dalam penggunaan teknologi komunikasi yang baharu kerajaan mestilah memastikan hal ini tidak meluaskan jurang antara mereka yang kaya maklumat dengan mereka yang miskin maklumat. Ini memandangkan bahawa penggunaan peralatan ICT ini memerlukan latihan atau pendidikan yang tertentu dan ini memerlukan tanggungjawab daripada agensi pembangunan yang telah dilantik (Newbert, 2008; Hoyer & rakan- rakan, 2010). Menyedari hakikat peranan komunikasi dalam menggalakkan lagi pembangunan, kerajaan mula memperkenalkan program komunikasi pembangunan di peringkat pengajian sebagai salah satu insiatif untuk melahirkan idea-idea yang lebih bernas berkaitan program pembangunan. Orientasi kursus yang ditawarkan dalam program komunikasi pembangunan lebih menjurus kepada pembangunan negara.

Kursus tersebut diberikan tajuk ’pengembangan pertanian’ di peringkat awal pengenalannya dan kemudiannya ditukar kepada ’komunikasi pertanian’ dan seterusnya kepada ’komunikasi pembangunan’. Antara beberapa cadangan asas berkaitan strategi dan amalan komunikasi ialah seperti:

i) Komunikasi pembangunan berorientasikan matlamat. Matlamat akhir ialah pencapaian kualiti hidup yang lebih tinggi. Ini menekankan aspek perkhidmatan kepada masyarakat, khususnya kepada seramai mungkin individu dalam sesebuah masyarakat.

ii) Komunikasi pembangunan mestilah dilaksanakan dari segi mengendalikannya iaitu mementingkan kepada konsep.

(43)

28

iii)Komunikasi pembangunan adalah berorientasikan penerima dan keperluan penerima yang dapat menghasilkan maklumat, pengetahuan dan amalan seperti institusi penyelidikan.

iv) Komunikasi harus menekankan kepada keperluan inovasi dalam pembangunan.

Ini memerlukan input bersama dengan faktor lain seperti perkhidmatan teknologi dan institusi yang boleh menghasilkan pembangunan.

Revolusi pembangunan yang berlaku pada hari ini telah memperkenalkan kita kepada beberapa perkembangan dalam teknologi yang pelbagai. Sehubungan perkembangan tersebut dunia dikatakan akan menuju ke arah dunia yang dikuasai sepenuhnya oleh teknologi. Komunikasi dikatakan menjadi teras dalam setiap aktiviti sosial, ekonomi, politik, budaya dan nilai hidup masyarakat tersebut. Oleh itu, penggubal dasar negara, pakar dan pengamal komunikasi serta pendidik harus memikirkan cara yang terbaik untuk menggunakan teknologi moden komunikasi dalam tugas pembangunan masyarakat yang semakin mencabar.

Secara keseluruhannya, perbincangan di atas telah meliputi aspek berkaitan dengan komunikasi pembangunan dan perkembangan bidang berkenaan di negara Barat dan juga di Malaysia. Bahagian seterusnya akan membincangkan tentang kajian yang telah dilakukan untuk meneliti setiap pemboleh ubah dalam kajian ini.

2.3 Ulasan karya

Kajian-kajian lepas yang dibincangkan dalam bahagian ini dipecahkan kepada beberapa subbahagian yang meliputi adopsi inovasi, penyertaan masyarakat dalam latihan, strategi mesej, niat dan keinginan dan gelagat pencarian maklumat.

(44)

29 2.3.1 Adopsi inovasi

Bahagian ini mengulas tentang kajian-kajian yang pernah dilakukan berkaitan dengan inovasi yang dibincang daripada pelbagai aspek. Kajian tentang inovasi te1ah mengalami peningkatan yang pesat beberapa dekad yang lalu, bermula pada era tahun 1960-an. Everett M. Rogers merupakan sarjana yang banyak menghasilkan kajian dalam konteks inovasi dan merupakan sarjana yang mengemukakan tentang teori inovasi iaitu Teori Difusi Inovasi. Makna inovasi dengan perlahan-lahan dikembangkan mengikut peredaran semasa berkaitan dengan inovasi yang dijalankan.

Oleh kerana kajian inovasi terus berkembang, kepelbagaian definisi muncul untuk menggambarkan antara pelbagai jenis aktiviti inovatif. Ini bermula dengan pendahuluan yang unik ke arah penciptaan dan penghasilan, definisi inovasi, proses, dan inovasi perkhidmatan dicipta untuk menyerlahkan peranan pihak berkepentingan, teknologi, pengetahuan, dan pengurusan.

.

Menurut Rogers (1962) pada peringkat awal pengenalan terhadap inovasi, pengambilan keputusan oleh masyarakat untuk menerima inovasi yang diperkenalkan memerlukan penilaian secara kognitif berkaitan dengan kos dan faedah yang diperolehi ekoran daripada resapan inovasi. Dalam membangunkan inovasi memerlukan strategi yang teratur agar dapat diserapkan dengan baik terutamanya dalam kalangan masyarakat luar bandar (Robertson, 1971). Strategi pengaturan maklumat untuk menghebahkan tentang inovasi yang diperkenalkan perlu diatur dengan baik terutamanya apabila melibatkan masyarakat yang tahap pendidikannya rendah dan taraf hidup yang sederhana. Kadangkala berlaku juga situasi apabila masyarakat menolak inovasi kerana masih berpegang dengan pemikiran tradisional yang diwarisi secara turun temurun (Field, 1979).

(45)

30

Rogers (1983) dan Rogers (2003) telah menghujahkan bahawa ciri-ciri inovasi merupakan pertimbangan utama yang perlu diteliti oleh inovator dalam memastikan penerima berpotensi untuk menerima resapan tersebut. Ciri-ciri inovasi yang sering menjadi keutamaan para inovator meliputi (i) kebaikan relatif, (ii) kesepadanan, (iii) kerumitan, (iv) keupayaan percubaan, dan (v) keteramatan (David & Trond, 1975;

Rogers, 1983). Dalam konteks masyarakat luar bandar ciri-ciri inovasi yang seringkali menjadi keutamaan melibatkan ciri kebaikan relatif apabila masyarakat telah dimotivasikan sejak dari awal berkaitan tentang keunikan inovasi yang mampu menyumbang kepada perubahan di dalam kehidupan masyarakat (Bauer, 1960;

Ostlund, 1974; Takada & Jain, 1991).

Individu akan menilai ciri-ciri inovasi terlebih dahulu sama ada akan memberikan faedah dalam kehidupan sebelum menerima inovasi yang diperkenalkan (Holander;

1965; Morrison, Roberts & Hippel, 2000). Ciri inovasi seperti mudah digunakan dan dapat meningkatkan imej individu menjadi penyumbang kepada penyertaan masyarakat dalam sesuatu inovasi yang diperkenalkan (Tushman & Anderson, 1986).

Ciri-ciri inovasi yang merupakan elemen utama dalam mewujudkan penerimaan teknologi turut dibuktikan dalam kajian oleh den Hertog, Broersma dan Van Ark (2003) selain daripada faktor polisi dan dasar yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Ciri-ciri inovasi yang paling menyumbang kepada galakan penggunaan teknologi meliputi mudah digunakan, kebaikan relatif dan juga meningkatkan imej (Goyal &

Pitt, 2007) .

(46)

31

Sikap individu itu sendiri juga menyumbang kepada ciri-ciri inovasi yang meliputi kebaikan relatif, mudah digunakan dan juga meningkatkan imej (Miron, Erez &

Naveh, 2004; Damanpour & Schneider, 2008). Rogers (2003) pula menyatakan dalam membina penerimaan terhadap inovasi, ciri-ciri inovasi harus didedahkan kepada masyarakat agar dapat mewujudkan tindakan yang positif. Dalam peringkat permulaan, masyarakat seharusnya didedahkan kepada ciri-ciri inovasi yang mengutamakan inovasi yang mudah digunakan (Hafizi & Zawiyah, 2007; Lin, 2008).

Penerimaan idea inovasi dikatakan lebih sukar untuk diserapkan dalam kelompok masyarakat kerana masih terdapat masyarakat yang menolak kepada inovasi (Gatautis, Medziausiene, Tarute & Vaiciukynaite, 2015). Proses penyerapan yang berdasarkan kepada inovasi teknologi seperti internet dan laman web lebih mudah untuk diserapkan ke dalam masyarakat kerana memiliki ciri-ciri yang mampu menarik perhatian masyarakat. Ia juga turut dipengaruhi oleh kesedaran, pendapat, amalan, pemujukan dan penolakan terhadap inovasi (Nachira, 2013; Klofsten, 2015).

Oleh itu, komunikator memainkan peranan yang penting dalam memulakan langkah awal sama ada dalam menyebarkan sebarang idea, amalan atau pun objek yang baharu diperkenalkan supaya dapat mewujudkan satu kesedaran, pandangan, amalan, pemujukan dan juga tentangan terhadap inovasi yang diperkenalkan (Astebro, 2015).

Kajian Valente (2015) menjelaskan bahawa pendapat dan maklum balas daripada pengguna begitu dititiberatkan dalam memberi penjelasan yang berkaitan dengan kepercayaan atau pengukuhan sikap terhadap idea, amalan mahu pun objek baharu.

Usaha akan dilakukan secara berterusan supaya proses pembujukan dalam membawa

Rujukan

DOKUMEN BERKAITAN

Analisis Ekploratori Faktor, Analisis Pengesahan Faktor dan ujian kebolehpercayaan telah dilakukan. Hasil kajian menunjukkan korelasi antara item secara

Peranan akademia secara mutlaknya adalah menjana idea-idea baru melalui penyelidikan dan diterjemahkan dalam konteks inovasi yang memberi impak kepada kesejahteraan masyarakat

Hubungan yang kuat di antara strategi mesej dengan adopsi inovasi membuktikan bahawa faktor strategi mesej yang digunakan oleh pihak MARA menjadi faktor yang

Secara keseluruhannya, keputusan ini mengesahkan bahawa kandungan kursus tidak berupaya bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada prestasi kerja

Daripada faktor-faktor yang telah dikenal pasti secara signifikan, dimensi maklum balas tidak membina telah dikesan sebagai faktor peramal yang terbaik terhadap

Suhubungan itu, secara ulnumnya kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor utama dan penting yang mempengaruhi tahap keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan yang

Secara khususnya kajian ini menghuraikan (1) pengaruh kepimpinan transformasi sekolah terhadap komitmen pengajaran dan pembelajaran guru, komitmen inovasi pengajaran serta

Perasaan malu terhadap Hisyam telah menyebabkan Hamilah melarikan diri ke dalam rumah. Secara tidak langsung, tindakan Hamilah ini memperlihatkan bahawa dia cuba